Isnin, 26 September 2011

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Bro! Hati-hati dengan Mamat Penipu Ni

Posted: 26 Sep 2011 07:51 AM PDT


Gua dapat maklumat bahawa Mamat ni telah tipu ramai kawan-kawannya dengan berhutang. Sampai hari ini ada kawan-kawanya yang telefon dengan SMS tidak dijawab olehnya. Sampai bila agaknya dia akan menipu kawan-kawannya yang sanggup memberi bantuan kepadanya.

Kawan-kawannya menghulurkan bantuan kerana alasan ialah 

"nyo kato mak tiri dio wat nyanyo ko dio,pah naik bukit nok terjun turun,nok mintok simpati ore rama biar bui pitih ko dio," - Abe Jen Santana

[Dia kata mak tiri dia buat aniaya pada dia, lepas naik bukit mahu terjun turun, mahu minta simpati orang ramai supaya memberinya duit pada dia - Abe Jen]

"ambo hmpir2 doh tu boh,tp x dan wi lgi pitih..kbtulan ambo nk pkai pitih,kalu lh btul ni prangai dio..hrap dio btaubat lh.." - TokAyah TheLegend

[Saya hampir-hampir terkena masa tu, tapi tidak sempat bagi lagi.. Kebetulan saya mahu guna duit, kalau betul ini perangai dia.. Harap dai bertaubat - TokAyah TheLegend]



Dan banyak lagi komen-komen yang boleh didapati dari facebooknya di alamat ini. Sila klik 

Ada juga slip bank yang dibank in kepada akaun adiknya yang bernama Fakhrul Razi yang mempunyai akaun Maybank bernombor 164061677018.


Buka itu sahaja, beliau juga menipu bahawa maknya telah dihantar ke Hospital Jerteh kerana sakit. Gua pun tidak tahu sakit ke tidak. Buktinya SMS yang dihantar ialah berbunyi

Salam.. mie, bir xseko jd ag ni.. dugaan belakoni.. mie, bir nak pinjam 100 la dulu pg ni.. xdok aral, esk bir helo blik.. ni no akaun maybank 164061677018 fakhrur razi  (adik bir)..

[Salam.. Mie, Bir tak sangka jadi macam ni.. Dugaan semua ini.. Mie, Bir mahu pinjam RM100 dulu pagi ni.. Tiada aral, esok Bir telefon semula.. Ni no akaun Maybank 164061677018 fakhrur razi  (adik bir)..] 






Siapakah ADUN PAS Yang Gila Publisiti?

Posted: 26 Sep 2011 02:01 AM PDT


Sekarang manusia tidak kira ahli PAS, UMNO, DAP atau PKR sibuk memperkatakan pasal isu hudud. Semua ini rancangan sahaja. Kita mahu tengok apakah yang akan berlaku selepas ini. Gua bukan nak sentuh isu tersebut cuma gua mahu menulis tentang seorang ADUN PAS yang gila glamour dan publisiti.

ADUN PAS ini memang gila publisiti dan glamour. Semua hasil kerja dia mahu sempurna seperti hasil kerja orang lain. Gua tidak kisah kalau dia mahu glamour atau publisiti jika semua yang dia buat betul tetapi paling gua tidak faham dengan ADUN ini ialah menekan manusia bagaikan hamba.

Setahu gua, UMNO tidak kejam seperti ADUN PAS ini. Gua bukan fitnah tetapi ini realiti dan semua orang tahu siapa ADUN ini. Dia buat kerja macamlah dia punyai jentera yang ramai. Hidup pun seperti duduk dalam lubang. Siapa mahu pandang ADUN gila glamour seperti beliau.

Setiap kali datang projek, ada yang menjadi mangsanya. Ditekan sana-sini bagaikan tenaga kerja itu ramai sedangkan tidak ada sesiapa mahu bekerja dengannya kerana sudah tahu perangai ADUN ini. Gua ingat, dia buat seperti itu semata-mata untuk kepenting dirinya. Bukan itu sahaja, ADUN ini ada sekor kaki ampu dan bodek.

Gua tunggu masa untuk bagi tahu siapakah ADUN PAS ini. Sebelum dia bertanding DUN atau Parlimen atau kedua-duanya sekali, aku akan buktikan siapakah dia yang sebenarnya kepada rakyat. Gua harap rakyat tidak menyesal memilihnya sebelum tiba pilihan raya dan buat perhitungan yang baik sebelum memangkahnya.

Sebelum pembuangan undi, gua akan susun semua cerita ini kepada pembaca. Gua buat ini untuk intergriti ADUN. Sudah bagi masa dia berubah namun kita tengok siapa yang akan ucap selamat tinggal dalam arena politik tanah air. Maka bersedialah gantung tali leher selepas ini.

Sekarang gua tidak kira engkau ADUN PAS ke, ADUN UMNO ke yang penting integriti. Gua tidak mahu barah mencemarkan nama PAS. Kalau dia ADUN UMNO gua tidak kisah. Jangan kejar Putrajaya kalau barah sama seperti UMNO.


Apa Nak Jadi Dengan Malaysia, Budak 10 Tahun Jadi Ketua Geng Pecah Rumah

Posted: 25 Sep 2011 06:57 PM PDT


BETONG: Seorang murid tahun empat dipercayai menjadi ketua satu geng pecah rumah dianggotai enam remaja yang memecah masuk rumah sepasang suami isteri dan melarikan pelbagai barangan kemas bernilai RM5,000.

Budak lelaki itu dan lima rakannya yang berusia antara 12 hingga 14 tahun melakukan kegiatan itu di rumah mangsa di kompleks kediaman kakitangan kerajaan di sini, 17 Oktober lalu, sebelum mereka ditahan polis pada Jumaat dan kelmarin.

Pemilik rumah berkenaan yang berusia 34 tahun membuat laporan polis sebaik menyedari kejadian itu selepas dia dan isterinya pulang bercuti dari Kanowit, kira-kira jam 8 malam Jumaat lalu.

Polis menahan seorang anggota kumpulan terbabit berusia 13 tahun di rumahnya beberapa jam selepas mangsa membuat laporan sebelum lima yang lain ditahan bersama pelbagai barangan kemas keesokannya.

Sumber polis berkata, semua suspek kejadian pecah rumah itu mudah diselesaikan apabila mereka dikesan memakai minyak wangi yang mempunyai bau sama dipercayai yang dicuri dari rumah mangsa. "Kumpulan penyamun cilik itu dipercayai sempat 'berkelah' di rumah pasangan terbabit sambil menjamu selera bijirin dan coklat sebelum mencuri pelbagai barangan kemas dan barang berharga," katanya.

Menurutnya, sebaik mangsa pulang dari bercuti, mereka terkejut apabila mendapati dapur rumah berselerak dengan bijirin serta coklat sebelum melakukan pemeriksaan.

"Pasangan terbabit kemudian memeriksa bahagian atas dan mendapati laci almari terbuka, manakala barang kemas serta barangan berharga lain hilang sebelum mangsa membuat laporan polis, kira-kira jam 7.30 malam.

"Susulan laporan itu, polis menggerakkan operasi bagi memburu anggota kumpulan terbabit dan berjaya menahan seorang suspek berusia 13 tahun di rumahnya beberapa jam kemudian dan lima lagi rakannya pada keesokan hari," katanya.

Sumber itu berkata, berikutan penahanan itu, polis menemui semula barangan berharga seperti rantai, gelang, cincin dan subang dicuri suspek.

"Kita turut mendapat maklumat mengenai gerak-geri kumpulan terbabit melalui penduduk yang kebetulan terserempak kelibat mereka di sekitar rumah berkenaan pada hari kejadian," katanya.

Menurutnya, semua suspek direman empat hari bermula semalam dan kes disiasat mengikut Seksyen 457, Kanun Keseksaan kerana pecah rumah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Mohd Bukhori Saffai ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan ibu bapa remaja terbabit sudah dimaklumkan mengenai penahanan anak mereka.

Tiada ulasan: