Selasa, 20 September 2011

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


I.S.A Bukan Kejam Sangat Pun - Mahathir

Posted: 20 Sep 2011 01:19 AM PDT


Teringin aku nak tengok Mahathir kena sumbat dalam Kem Kamunting sebelum pengumuman oleh Najib pada   malam 16 September lalu kerana mengatakan Internal Security Art (I.S.A) ini terlalu ringan. Cuba Mahathir menginap di sana untuk 14 hari bagi menyelami bagaimana kehidupan orang yang ditangkap tanpa dibicarakan dan buktikan kesalahan mereka. Lebih mirip rejim Israel Laknatullah.

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan sokongan beliau terhadap penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) seperti yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata langkah itu akan memberi lebih kebebasan kepada rakyat Malaysia. Namun, Dr Mahathir menegaskan ISA yang diwarisi sejak zaman British sebenarnya tidaklah terlalu kejam kerana rakyat Malaysia masih bebas memberi pandangan dan pendapat mereka.

Tindakan menghapuskan ISA meletakkan Malaysia "pada tahap moral yang tinggi", malah boleh dianggap setahap lebih baik daripada negara maju seperti Amerika Syarikat dan Britain.
Selepas penghapusan akta itu, kita boleh mulakan kempen untuk minta mereka lepaskan tahanan tanpa bicara, sebagai contoh, di kem tahanan Teluk Guantanamo.
Malaysia kini lebih liberal dengan penghapusan ISA dan berhak membuat tuntutan seumpama itu terhadap negara seperti Amerika dan Britain. - Dr. Mahathir

Semalam sebuah akhbar melaporkan Malaysia sebuah negara demokrasi di dunia. Apakah yang demokrasi? Media dan beberapa institusi belum lagi bebas dari cengkaman pemerintah yang korup seperti kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh UMNO/BN.

Berita asal seperti di bawah:


KUALA LUMPUR, 20 Sept – Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menyatakan sokongan beliau terhadap penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) seperti yang diumum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Beliau berkata langkah itu akan memberi lebih kebebasan kepada rakyat Malaysia.


Namun, Dr Mahathir menegaskan ISA yang diwarisi sejak zaman British sebenarnya tidaklah terlalu kejam kerana rakyat Malaysia masih bebas memberi pandangan dan pendapat mereka.


"Tidak semua mereka yang membuka mulut terus ditahan di bawah ISA…dan tanggapan bahawa Malaysia tidak bebas kerana ISA juga tidak tepat," katanya pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri anjuran Kelab Chedet.com di sini, Isnin.


Dr Mahathir berkata tindakan menghapuskan ISA meletakkan Malaysia "pada tahap moral yang tinggi", malah boleh dianggap setahap lebih baik daripada negara maju seperti Amerika Syarikat dan Britain.


"Selepas penghapusan akta itu, kita boleh mulakan kempen untuk minta mereka lepaskan tahanan tanpa bicara, sebagai contoh, di kem tahanan Teluk Guantanamo.


"Masih ada yang ditahan sejak 10 tahun lepas dan tidak dibicarakan, ditahan hanya kerana mereka orang Islam," kata Dr Mahathir.


Beliau berkata Malaysia kini lebih liberal dengan penghapusan ISA dan berhak membuat tuntutan seumpama itu terhadap negara seperti Amerika dan Britain.


"Dulu mereka menegurMalaysia kononnya zalim, menahan tahanan tanpa perbicaraan, namun itu yang mereka lakukan sekarang ini.


"Mungkin mereka baru sedar dalam situasi tertentu,Malaysia terpaksa menahan orang tanpa perbicaraan, namun apa yang mereka lakukan di Teluk Guantanamo lebih kejam dengan meluluskan undang-undang yang membenarkan penyeksaan tahanan," katanya.


Bagaimanapun, Dr Mahathir khuatir puak pelampau dan perkauman diMalaysia akan mengambil kesempatan untuk membuat kenyataan yang akan merugikan negara apabila ISA dihapuskan.


Zainal Kling Kata Malaysia Dijajah Kurang 400 Tahun

Posted: 19 Sep 2011 07:30 PM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Sept — Sementara polemik sama ada negara ini dijajah ataupun sebaliknya berterusan, ahli Majlis Profesor Negara Prof Datuk Dr Zainal Kling menegaskan, Tanah Melayu tidak pernah terjajah walaupun kesan pentadbiran British merupakan satu bentuk 'penjajahan'.

Malah kata beliau, adalah salah bagi banyak orang termasuk para ahli politik untuk sentiasa menyebut bahawa Malaysia khusus Tanah Melayu telah terjajah lebih 400 tahun melibatkan kuasa Eropah dan Jepun.


Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam banyak ucapannya pernah menggunakan atau memetik bahawa negara ini telah dijajah oleh kuasa asing lebih 450 tahun.

Kata Zainal, penilaian pengkaji sejarah kolonialisme British terhadap perilaku 'penjajahan' British disifatkan sebagai 'breach of trust' atau 'indirect rule'.

"Mereka kelihatan melakukan penjajahan walaupun tidak sahih walaupun hal ehwal Persekutuan Tanah Melayu terletak di bawah pentadbiran Pejabat Tanah Jajahan di Britain tetapi kedaulatan Melayu tetap terpelihara," kata beliau dalam penjelasan panjang lebar disiarkan Utusan Malaysia hari ini.

Beliau yang berhadapan dengan kritikan ekoran pandangannya awal bulan ini berkata, "yang ditegaskan di situ ialah kedudukan Tanah Melayu dalam sejarah yang panjang dan khusus di zaman British tidak pernah menjadi koloni atau tanah jajahan."

"Kedudukan yang diiktiraf ialah sebagai 'negeri-negeri naungan' atau 'protectorate'.

"Daripada ulasan sejarahwan dan pengkaji sejarah, kenyataan itu dianggap benar walaupun ada ulasan bahawa kedudukan itu hanyalah sebagai legal fiction (sebagaimana dikatakan) oleh Dr Chandra Muzaffar, Tun Dr. Mahathir menambah, 'the advisor became the ruler' dan Profesor Emeritus Khoo Kay Kim bersetuju secara am," katanya lagi.

Kata beliau, kenyataan akhbar itu pada 9 September lalu mengakui berlakunya 'penjajahan' oleh British di Tanah Melayu meskipun Tanah Melayu adalah sebuah 'protectorate'.

"Justeru percanggahan antara sifat naungan secara de jure sifat penjajahan secara de facto, maka dijelaskan dua ulasan pengkaji sejarah — Roland S. J. Braddell, seorang peguam penasihat Sultan Johor dan Raja-Raja Melayu yang menganggap penjajahan itu sebagai 'pecah amanah' terhadap kedudukan perundangan negeri-negeri Melayu atau Rupert Emerson, sejarawan Harvard, sebagai 'pemerintahan tak langsung'," katanya lagi.

Zainal berkata, pada sidang media itu diperkatakan bahawa Tanah Melayu tidak pernah menjadi tanah jajahan atau koloni pada sebarang masa sejak kejatuhan Melaka pada 1511.

"Adalah salah bagi banyak orang termasuk para ahli politik untuk sentiasa menyebut bahawa Malaysia khusus Tanah Melayu telah terjajah lebih 400 tahun," katanya.

Katanya, ucapan dituturkan sebagai membentang 'kenyataan akhbar' yang telah diedarkan oleh Urusetia Majlis Profesor Negara kepada semua wakil media, baik media cetak mahupun media elektronik yang hadir.

"Ucapan kepada media itu adalah intisari amat ringkas kepada 'kenyataan akhbar' MPN yang memilih untuk mengulas dua 'persoalan sejarah' yang penting daripada kontroversi yang timbul terhadap petikan ucapan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu pada 21 Ogos 2011. Tumpuan Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya dalam kenyataan akhbar itu ialah 'penjajahan' dan 'perjuangan'.

"Berkaitan isu penjajahan itu, yang dikutip ialah kenyataan berikut: — Tanah Melayu adalah negara naungan yang diiktiraf kedaulatan dalamannya. Kerana itu pemerintahan Tanah Melayu adalah termasuk Institusi dan Majlis Raja-Raja Melayu... Negeri-negeri Melayu Bersekutu atau Tidak Bersekutu tidak pernah menjadi tanah jajahan British," katanya lagi dalam penjelasan hari ini.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan menerusi Harakahdaily 16 September lalu, Zainal menjelaskan pendiriannya — beliau juga melihat kemunculan kuasa Eropah itu sebagai satu "penjajahan."

"... ingin saya tegaskan bahawa saya melihat kehadiran British itu sebagai penjajahan juga dan telah membawa kesan dan natijah yang amat buruk terhadap bangsa Melayu dan golongan-golongan lain," kata beliau.

Namun, kata beliau, terdapat sedikit perbezaan antara penjajahan berbentuk koloni seperti berlaku di Negeri-Negeri Selat iaitu Singapura, Melaka dan Pulau Pinang serta di Kanada, Australia ataupun malahan India, dengan penjajahan berbentuk "protectorate" dalam Negeri-negeri Bersekutu dan Negeri-negeri Tidak Bersekutu.

Katanya, Singapura mempunyai Sultan Husin Syah tetapi kerana pulau itu sebuah koloni, maka institusi raja tersebut terhapus begitu sahaja.

"Sebaliknya, Kelantan adalah sebuah 'protectorate' maka institusi raja, keistimewaan Melayu serta pelbagai peruntukan perundangan Perlembagaan Persekutuan dan negeri-negeri itu dapat kekal hingga menjadi bentuk kerajaan pada masa ini.

"Perbezaan 'tipis' (seperti kata pakar perlembagaan Profesor Aziz Bari) ini harus menjadi pemahaman oleh semua, bukan hanya oleh pakar yang bijaksana kerana ia mempunyai makna dan implikasi yang amat asasi serta bernatijah dalam kewujudan warganegara, negara dan negeri masa kini dan akan datang," kata Zainal lagi.

Selain Zainal, pendirian yang seiring juga dilontarkan oleh Khoo.

Kenyataan mereka mengundang kontroversi baru ketika polemik mengenai kenyataan berkaitan tragedi Bukit Kepong pula belum reda.

Malah awal minggu lalu, Dr Mahathir mengakui bahawa Malaysia tidak pernah dijajah oleh British tetapi menegaskan, penasihat-penasihat mereka telah bertindak seolah-olah pihak itu adalah pemerintah yang sebenar berbanding Raja-raja Melayu.

Perdana Menteri keempat itu berkata, British telah bertindak seolah-olah "kita dijajah."

Bagaimanapun Pengerusi Yayasan 1 Malaysia Dr Chandra Muzaffar tidak bersetuju dengan pendirian mereka sambil menegaskan negara ini pada hakikatnya telah dijajah oleh kuasa asing termasuk British.

Tiada ulasan: