Ahad, 18 September 2011

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Bukti Dol Said Bunuh Tentera Inggeris, Inggeris Itu Bukan Penjajah Ke?

Posted: 17 Sep 2011 11:30 PM PDT


MELAKA: Seorang waris kepada pejuang Melaka, Datuk Dol Said mendakwa kerabat Naning tidak pernah menerima pengiktirafan selepas Inggeris memansuhkan Naning pada 1832.

Abu Hussin Datuk Mangun Ibrahim, 70, yang juga oneng-oneng (generasi ke-5) Dol Said berkata, Naning pernah berjasa mempertahankan tanah air pada masa dulu, justeru pihak berkenaan wajar memberi sedikit imbuhan kepada kerabat Naning yang masih ada.

Menurutnya, kekuatan Naning ketika itu diakui pihak Belanda yang pernah berperang dengan Naning selama 10 tahun.

Beliau berkata, ketika Inggeris mahu menyerang Naning, Belanda memaklumkan kepada Inggeris bahawa Naning kuat dan bukan sembarangan orang walaupun hanya menggunakan senjata keris, pedang, tombak dan batu yang dilontar menggunakan tali.

"Bagaimanapun, Inggeris pada masa itu tidak percaya dan yakin boleh mengalahkan Naning dalam tempoh satu hari kerana memiliki senjata lebih canggih seperti senapang dan meriam.

"Pada 1829, Inggeris menghantar 40 askarnya dari Melaka ke rumah Dol Said bertujuan membawanya ke Melaka untuk berbincang, namun beliau enggan menuruti. Ketika itu Dol Said berada di atas rumah dan askar Inggeris memanggilnya turun, tetapi beliau enggan.

"Ini membuatkan askar Inggeris naik ke rumah Dol Said untuk memaksanya turun serta mengikuti mereka. Bagaimanapun, Dol Said bertempur dan menewaskan semua askar Inggeris," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Cherana Puteh, Alor Gajah, di sini.

Menurut Abu Hussin, sebaik mendapat tahu askar mereka ditewaskan Dol Said, Inggeris menghantar lebih ramai askar dan bermulalah Perang Naning pertama.

Berdasarkan fakta sejarah, peperangan untuk menakluki Naning pada masa itu memihak kepada Naning diketuai Dol Said yang gagah dan bijaksana.

Pertempuran disertai pengikut Dol Said yang membantah campur tangan Inggeris di Naning, mengakibatkan Inggeris tewas dan terpaksa berundur ke Melaka semula selepas 20 hari serangan.

Pada Mei 1832, Inggeris melancarkan serangan kedua ke atas Naning dan mengerahkan lebih 1,000 askar lengkap dengan meriam. Bagaimanapun, ia mendapat tentangan hebat daripada Dol Said dalam pertempuran sengit.

Dol Said dengan pintarnya menentang tentera Inggeris yang besar ketika itu menggunakan cara peperangan gerila. Akhirnya, selepas lima bulan pertempuran berlangsung, Inggeris berjaya menawan Taboh tetapi Dol Said berjaya melepaskan diri.

Abu Hussin yang juga mantan Datuk Seri Nan Kaya dan Datuk Lembaga Tiang Balai Wilayah Naning (Datuk Lembaga Tertua) berkata, Dol Said meninggal dunia pada 1849 akibat sakit tua dan disemadikan di makam besar berhampiran sawah padi di belakang Masjid Taboh Naning, Alor Gajah.

Hancur Selangor Lepas Ni Bro

Posted: 17 Sep 2011 09:37 PM PDT


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menerima 7,000 borang daripada bekas ahli parti pembangkang Selangor untuk menyokong Barisan Nasional (BN), semalam.

Mereka ahli PKR dari Sri Muda, Shah Alam, Bukit Kemuning, Puchong, Kinrara, Bukit Jalil, Petaling Jaya dan Ijok membuat keputusan itu dengan kerelaan hati tanpa sogokan daripada mana-mana pihak.

Tindakan itu juga sebagai tanda bantahan kerana semua janji yang dibuat Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 gagal ditunaikan.

Najib menerima borang itu dalam program 'Sireh Pulang ke Gagang' yang dihadiri 2,000 ahli baru BN di Dewan Agong Tuanku Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini.

Terdahulu, dalam ucapannya, beliau menyifatkan keputusan dibuat itu membuktikan semakin ramai ahli parti pembangkang hilang kepercayaan dengan barisan kepemimpinan kerajaan Selangor.

"Saya terharu dengan persetujuan untuk sokong BN dan kita sememangnya berhasrat mewujudkan kerajaan yang kuat lagi utuh kerana ia menjadi tunjang kepada masa depan negara," katanya.

Perdana Menteri berkata, keutuhan kerajaan pemerintah sangat penting kerana menjadi penentu terhadap kejayaan sesebuah negara.

P/s: Mugkin warga Bangla tidak memenuhi kuota pengundi hantu kot.

Tiada ulasan: