Sabtu, 17 September 2011

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Mogok Seks

Posted: 16 Sep 2011 11:00 PM PDT


MANILA: Wanita di sebuah perkampungan di selatan Filipina berjaya mewujudkan keamanan selepas mengancam melakukan 'mogok seks' jika pasangan mereka terus berperang, lapor agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), semalam.

Amaran mengenai 'mogok seks' itu dibuat wanita di Kampung Dado, Mindanao, yang sering menyaksikan berlaku pertikaian di kalangan penduduk setempat.

Pegawai serantau Suruhanjaya Tinggi Pelarian PBB (UNHCR), Rico Salcedo, berkata tindakan itu akhirnya membolehkan 102 keluarga yang mendiami kampung berkenaan hidup aman dan membangun.

"Kawasan ini sering berlaku konflik membabitkan pertikaian di antara keluarga atau isu tanah," katanya.

Menurut Salcedo, idea 'mogok seks' itu datang daripada sekumpulan wanita tempatan yang menubuhkan perniagaan jahitan.

Bisnes mereka terjejas apabila produk siap dijahit tidak dapat diserahkan kepada pelanggan kerana laluan di kampung itu sering ditutup untuk mengelak keganasan.

Menurut Salcedo, kejadian tembak-menembak sering berlaku di kalangan lelaki tempatan, terutama di kawasan berhampiran jalan.

Pemimpin kumpulan wanita itu, Hasna Kandatu, berkata mereka bersepakat enggan melayan suami masing-masing jika terus mencetuskan masalah.

"Jika mereka keluar rumah untuk berkelahi, mereka tidak dibenarkan pulang dan kami enggan melayan mereka," katanya. Pertikaian suku membabitkan masalah tanah, wang atau politik sering berlaku di selatan Filipina. - AFP

Kondom Wanita Dari China Kecil

Posted: 16 Sep 2011 09:30 PM PDT


JOHANNESBURG: Mahkamah Afrika Selatan melarang kerajaan membeli 11 juta kondom wanita dari China atas alasan ia terlalu kecil untuk kegunaan di negara berkenaan.

Sebelum ini, Kementerian Kewangan Afrika Selatan memberikan kontrak pembekalan kondom wanita itu kepada syarikat Siqamba Medical.

Akhbar Beeld melaporkan, syarikat terbabit bercadang mendapatkan bekalan itu dari China.

Sebuah syarikat yang bersaing dengan Siqamba Medical, Sekunjalo Investments Corp, mengemukakan permohonan kepada Mahkamah Tinggi Pretoria selepas gagal dalam bidaan kontrak berkenaan.

Menurut Sekunjalo, kondom wanita yang mereka bekalkan 20 peratus lebih besar berbanding produk China itu.

Hakim Mahkamah Tinggi Pretoria juga memutuskan, kondom wanita dari China itu dibuat dengan bahan yang tidak sesuai, selain gagal mendapat kelulusan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). - AFP

Cemburu Tenaga Seks Orang Lain

Posted: 16 Sep 2011 07:04 PM PDT


MOSCOW: Perdana Menteri Russia, Vladimir Putin, secara berjenaka berkata, isu skandal seks membabitkan Silvio Berlusconi dibuat oleh golongan yang cemburu.

Bercakap dalam forum antarabangsa di Sochi, Putin berkata, mereka tidak senang dengan kehebatan seksual Perdana Menteri Itali berkenaan.

"Sebanyak mana pun mereka bercakap mengenai kehebatan istimewa seksual Berlusconi, dia berjaya membuktikan kemampuannya sebagai negarawan bertanggungjawab," katanya.

Putin turut memuji dasar kekangan kewangan dilaksanakan Berlusconi bagi menangani krisis ekonomi Itali.

Berlusconi, 74, menghadapi tuduhan mengupah seorang remaja berusia 17 tahun untuk melakukan seks dengannya. - AFP

Tiada ulasan: