Khamis, 15 September 2011

Senyum Tangis Sendu

Senyum Tangis Sendu


Apa Kejadahnya Sambut Merdeka, Ada Untung Ke?

Posted: 15 Sep 2011 03:24 AM PDT


Buat apa kita sambut Hari Kemerdekaan tiap-tiap tahun sedangkan kita tidak dijajah? Kenapa kita menyalak "Merdeka..Merdeka..Merdeka" jika kita tidak pernah dijajah? Adakah laungan itu hanya suka-suka yang dilaungkan oleh orang Melayu berfikiran sempit seperti orang UMNO? Untuk apa menjerit, terpekik dan terlolong jika kita tidak pernah dijajah oleh British?

J.W.W. Birch itu adalah orang kampung Melayu ke? Kenapa pelik bunyinya nama? Siapakah Francis Light yang wujud di Pulau Pinang pada ketika itu? Apakah kedatangan Portugis pada tahun 1511 merupakan satu lawatan rasmi ke Tanah Melayu untuk tengok bumi Tanah Melayu mekar subur. Wujudkah perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824?

Siapakah Alfonso de albuquerque? Adakah itu rakyat tempatan yang turut berjuang menentang komunis? Siapa komunis sebenarnya? Mat Kilau, Dol Said atau Tok Janggut? Mana satu komunis? Orang yang menentang penjajah atau orang yang membela penjajah. Siapakah dalang UMNO sebenarnya? Kemerdekaan disambut kerana tidak dijajah? Tidak masuk akal langsung.

Bila lagi Datuk Seri Najib mahu membuat pendirian rasmi bahawa negara kita tidak pernah dijajah sebagaimana kenyataan Prof Dr Zainal Kling, kemudian disokong pula oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir - AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Jika kita tidak dijajah, maka batalkan sahaja tarikh 31 Ogos bagi tiap-tiap tahun. Jika semenanjung menyambutnya mengapa tarikh Sabah dan Sarawak tidak sama.

Sebagai contoh bendera Malaysia. Satu pertandingan melukis bendera Malaysia (Malaya ketika itu)  telah diadakan pada tahun 1949, namun reka bentuk bendera yang terpilih dipersembahkan kepada King George VI untuk mendapatkan kelulusan pada 19 Mei 1950 terlebih dahulu sebelum sah menjadi bendera Malaya. Untuk apa meminta perkenan British bagi mengesahkan bendera Malaya sekiranya negara ini tidak dijajah?

Lagi satu mengenai Perlembagaan Rakyat yang ditulis PUTERA-AMCJA adalah sesuatu yang dilupakan kerana tidak disenangi oleh British. Namun percubaan menulis perlembagaan itulah yang menyebabkan British segera memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu kerana mereka semakin sukar mengawal kebangkitan anak bangsa. Mengapa British berikan kemerdekaan kalau tidak dijajah olehnya?

Pesan aku, jangan jadi macam UMNO yang bodoh tahap bangsat tentang sejarah.

Perkosa Dalam Kapal Mewah

Posted: 14 Sep 2011 05:50 PM PDT

DUBAI: Syarikat pelaburan Kingdom Holding yang beribu pejabat di Riyadh dan dimiliki Putera al-Waleed Bin Talal menafikan laporan mengatakan putera itu merogol seorang wanita di Ibiza pada Ogos 2008, sambil mendakwa ia tuduhan yang tidak benar sama sekali.

Penafian itu dibuat selepas akhbar New York Times melaporkan Selasa lalu, hakim di Sepanyol membuka semula kes serangan seksual terhadap al-Waleed yang digugurkan. Putera itu dituduh memperkosa seorang model berusia 20 tahun di atas kapal mewah di perairan Mediterranean pada Ogos 2008. 

Gambar hiasan

Dalam kenyataan media, semalam, jurucakap syarikat itu, Heba Fatani berkata: "Tuduhan yang dikenakan itu tidak pernah berlaku...Bukan saja al-Waleed tidak berada di Ibiza pada 2008, malah tidak pernah ke Ibiza sejak sedekad lalu. Tambahan pula, kapal dimiliki al-Waleed, Kingdom 5KR tiada di Ibiza pada 2008 dan beliau tidak pernah menyewa kapal di Ibiza." 

Menurut laporan New York Times, dakwaan itu tidak dihebahkan kepada umum dan laporan asal mengenainya tidak diketahui. Kes itu ditutup Julai tahun lalu kerana hakim di Ibiza mendakwa ia kekurangan bukti.

Namun, mahkamah daerah di Sepanyol di Pulau Balearic mengarahkan hakim melakukan siasatan dan meminta putera itu supaya tampil. Hakim, Carmen Martin Montero, tidak dapat dihubungi untuk ulasan lanjut. Menurut laporan akhbar itu lagi, model yang hanya dikenal pasti sebagai Soraya membuat laporan polis pada Ogos 2008 mengatakan putera berkenaan memperkosanya di atas kapal mewah selepas dia khayal akibat dadah. Dia berkata, dia diundang menaiki kapal mewah itu di sebuah kelab malam di Ibiza.

Mahkamah mengarahkan kes itu dibuka semula selepas ujian perubatan yang dilakukan jabatan di Institut Forensik dan Toksikologi Kebangsaan Sepanyol mendapati ada kesan air mani dan ubat tidur, nordazepam dalam air kencing model terbabit. - AN

Tiada ulasan: