Senyum Tangis Sendu |
Posted: 13 Sep 2011 12:03 AM PDT Gambar hiasan ROME: Seorang lelaki berusia 42 tahun didapati bersalah membunuh seorang pelajar perempuan ketika mengadakan hubungan seks. Soter Mule telah mengikat Paola Caputo, 24 dengan seorang wanita yang lain ketika melakukan hubungan seks teknik Jepun yang dikenali sebagai 'sado-masochist' atau "shibari". Mule, seorang jurutera, pada mulanya ditahan kerana membunuh tetapi pihak berkuasa di Rome percaya yang Paola dan kawannya memberi kebenaran untuk mengadakan seks itu. Pegawai penyiasat mendapati, ketiga mereka bersama-sama malam itu, minum minuman keras dan mengambil dadah di kelab sebelum Paola, teman wanita Mule, mencadangkan mereka ke bangunan tempat letak kereta di luar Rome di mana dia bekerja sebagai penjaga. Dua wanita itu masih lengkap berbaju, diikat bersama menggunakan tali dan digantung dua meter dari atas tanah. Apabila wanita yang tidak dinamakan itu pengsan, tali regang itu menyebabkan Paola tercekik. - AFP |
Kalau Bodoh Jangan Bersuara Nanti Nampak Sangat Bodohnya Posted: 12 Sep 2011 09:40 PM PDT Celaru dan haru biru puak-puak UMNO jahiliah apabila berbicara tentang sejarah. Ada profesor pun macam sial buta sejarah. Bukan sahaja memalukan nama sebagai profesor sebaliknya menjawat jawatan sebagai Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya. Apa kejadahnya kalau bodoh tentang sejarah mahu pula bersuara? Ibarat sudahlah bodoh mahu menujukkan kebodohannya kepada umum maka nampak sangatlah bodohnya. Kebodohan manusia bukan datang dari mereka yang tidak ada ilmu sebaliknya yang ada ilmu tinggi lebih bodoh dan jahil dari orang yang tiada ilmu. Sebelum ini Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Zainal Kling menegaskan Tanah Melayu tidak pernah dijajah dan hanya dinaungi Inggeris. Jika Tanah Melayu tidak pernah dijajah, buat apa duduk melalak macam orang gila "Medeka.. Merdeka.. Merdeka". Jangan nampak sangat bodoh anda yang keterlaluan itu. Jika Tanah Melayu tidak pernah dijajah, buat menatang apa sambut Merdeka tiap-tiap tahun? Sambut merdeka itupun sudah membuktikan negara pernah dijajah oleh penjajah. Profesor mangkuk hayun kena tahu apa itu negara jajahan yang dijajah. Jika Tanah Melayu tidak pernah dijajah, buat menatang apa masuk dalam negara Komanwel. Apabila tersenarai dalam negara Komanwel, dah sahlah pernah dijajah oleh British. Komanwel itu ialah negara yang pernah menjadi jajahan takluk British dan takkan itu pun masih bodoh. Apa guna belajar sejarah tetapi bodoh macam orang tidak belajar sejarah? Patutlah ramai yang gagal dalam sejarah sebab ada profesor yang bodoh dan sial macam Zainal Kling. Jika tidak kerana profesor yang sial yang menjawab isu sejarah, mungkin rakyat tidak sedar akan profesor yang macam Zainal Kling ini. Kita dalam Islam pun dapat tahu apa itu Tuan dan Hamba. Beza hamba ialah orang yang masih belum dimerdekakan oleh tuannya. Selagi tidak dimerdekakan ia dinamakan hamba. Sama juga istilah negara pernah menjadi hamba kepada British. Sebab itu ramai yang melalak "Medeka.. Merdeka.. Merdeka" tiap-tiap tahun membuktikan negara pernah dijajah. Kalau mahu jadi profesor, jadilah profesor yang tahu sejarah dan jangan jadi profesor buta sejarah kerana kebodohan seorang profesor lebih teruk dari kebodohan lembu dipadang ragut. |
You are subscribed to email updates from Senyum Tangis Sendu To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan