Selasa, 20 September 2011

Roslan SMS Corner

Roslan SMS Corner


Angin perubahan dalam mahkamah

Posted: 19 Sep 2011 09:51 PM PDT

Saya masih teringat membaca berita ini dalam akhbar The Star ketika berada dalam tingkatan tiga pada tahun 1978 dahulu. Kebetulan hari ini bersempena ulangtahunnya yang ke 40 akhbar berkenaan menerbitkan kembali berita yang sama.

Tajuknya:

Judge springs "no wig" surprise and no bowing too (Hakim membuat kejutan tanpa menggunakan "wig" (rambut palsu tradisi hakim-hakim Biritish) dan tiada lagi tunduk hormat)

Ianya mengisahkan tentang Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu Datuk Hashim Yeop Abdullah Sani (kemudiannya bersara sebagai Tan Sri Ketua Hakim Malaya) yang pada pagi Isnin 24 Mei 1978 telah masuk ke Mahkamah Tinggi Ipoh bersongkok tanpa "wig" atau rambut palsu tradisi yang digunakan oleh hakim-hakim di Malaysia mengikuti tradisi hakim-hakim Inggeris.

Pada pafi itu sebelum mahkamah bersidang Allahyarham telah membacakan kenyataan berbunyi:

I will dispense with my wig as of today (Saya tidak lagi akan menggunakan "wig" mulai hari ini)

It has been on my religious conscience for quite a while and I can no longer bear the sin as it is "haram" for a Muslim to wear a wig. (Telah lama pegangan agama saya memanggil saya dan kini saya tidak lagi sanggup memikul dosa kerana adalah haram bagi seorang Muslin mengenakan rambut plasu)

The authority is found in a hadis sahih by Imam Bukhari, from Aisyah, Asma', Ibnu Mas'ud, Ibnu Umar and Abu Hurairah. The Holy Prophet is known to have made censures on this point on at least two separate occasions. (Nasnya boleh diperolehi dari hadis sahih oleh Imam Bukhari, Aisyah, Asma', Ibnu Mas'ud, Ibnu Umar dan Abu Hurairah. Rasulullah saw diriwayatkan pernah dua kali membuat larangan berkenaan perkara ini dalam dua majlis berasingan.)

Beliau menambah dalam kenyataannya bahawa mulai hari itu tiada lagi perlu tunduk hormat dalam mahkamahnya, kata beliau:

You may say you are bowing to the Bench, but the trouble is I am sitting on it and I don't like to be bowed at. (Anda mungkin berkata bahawa anda tunduk hormat pada kerusi hakim (kerana menghormatinya) masalahnya saya yang duduk di atasnya dan saya tidak suka ditunduk hormat begitu.)

Let us everyone of us instead bow to your own God and our society will be a better society to live in. (Marilah kita semua sebaliknya tunduk pada Tuhan masing-masing, dengan itu masyarakat kita akan menjadi lebih baik buat semua)

Sesungguhnya ketika itu Allahyarham lah merupakan Hakim Muslim pertama yang memberikan pendirian dan pandangan agama dalam mahkmahnya. Beliau telah membangkitkan keberanian buat hakim-hakim lain yang kemudiannya tiada lagi tajut atau segan untuk menerapkan fahaman dan pegangan agama khasnya Islam dalam tingkah-laku dan keputusan masing-masing.

Kalau kita perhatikan sekarang hakim-hakim telah lebih berani dari tahun 1978 sila lihat gambar di bawah:

Cuma yang terkilan berkenaan Allahyarham adalah penglibatan beliau dalam kes pemecatan Tun Sallah Abbas sebagaimana terkandung dalam buku "Mayday for Justice" yang mengisahkan kejadian disebalik pemecatan Tun Salleh dan beberapa hakim lain ketika itu.

Mungkin "religious conscience" nya tidak terdetik ketika itu, wallahualam. Apa pun kita sedekahkan al fatihah buat roh Allahyarham.

Jangan jadi kaki "kencing"

Posted: 18 Sep 2011 10:39 PM PDT

Tadi saya menghadiri satu mesyuarat membincangkan darihal hutang tertunggak. Hakikatnya manusia hari ini tidak terlepas dari keperluan untuk berhutang. Masalahnya apabila kita tidak bijak atau cuai dalam menguruskan hutang maka akibatnya kita menjadi mangsa hutang. Inilah yang lazimnya berlaku.

Kita berhutang untuk membeli rumah, untuk membeli kereta, ada yang berhutang untuk memajukan lagi perniagaan atau sebagai modal perniagaan. Ada juga berhutang melalui kad kredit, ini sudah pasti antara yang paling popular. Ada juga berhutang kerana mahu berkahwin, mahu melancong dan sebagainya. Ada yang punya asas untuk berhutang ada juga yang berhutang ikut suka.

Memang apabila kita perlu wang maka kita akan gunakan apa sahaja ilmu dan kepakaran diri untuk merayu bagi mendapatkan wang tadi melalui berhutang. Ini samada melalui institusi kewangan, peminjam wang berlesen termasuk "ah long" dan yang paling popular melalui saudara mara,atau kawan-kawan.

Saya pernah berhutang dan pernah juga memberi hutang. Jadi apabila kita berhutang sepatutnya kita memikul amanah untuk membayar kembali jumlah yang kita hutang itu dan menepati apa sahaja syarat dan janji yang telah kita buat semasa mahu mendapatkan hutang tadi.

Sudah pastilah nama baik dan maruah kita menjadi cagaran apabila kita berhutang terutama dengan kawan-kawan atau saudara-mara. Apabila kita tidak menepati janji apalagi kalau melarikan diri pula dari hutang tadi ringkasnya tidak mahu bertanggungjawab sudah semestinyalah nama baik dan maruah kita akan ternoda. Begitulah juga apabila berhutang dengan institusi kewangan kita akan di "black list" dan seumpamanya. Dengan "ah long" pula nahas padahnya!

Saya ada kawan-kawan yang semasa mencurahkan masalah dan kesusahan mereka sampai mengusik hati, jiwa dan perasaan kita. Lalu kita terpanggil untuk membantu dengan sangkaan kawan ini pasti membayar balik apabila ia senang atau sebagaimana yang ia janjikan. Tetapi apabila tiba waktunya ia bertangguh-tangguh, lebih parah lagi cuba melarikan diri dan ada yang paling muka tebal mampu berlakon seolah tiada apa yang berlaku.

Akibatnya kawan menjadi lawan, harga diri dan maruah tergadai dan tiada lagi dihurmati.

Kesimpulannya nasihat kepada diri kita sendiri jauhilah dari berhutang lebih-lebih lagi dengan kawan-kawan atau saudara-mara. Kalau terdesak sangat pastikan anda nanti mampu mebyara kembali sebagaimana yang dipersetujui. Jika ada masalah, jangan larikan diri, bertanggungjawablah samada minta tangguh dan buat perjanjian baru.

Sesungguhnya maruah dan harga diri kita lebih mahal dari dicap sebagai "kaki kencing" – istilah popular hari ini.

Anda ada pengalaman?

Antara kibarkan dan tidak..........

Posted: 18 Sep 2011 08:50 AM PDT

Saya terpanggil untuk mengulas isu seorang wakil rakyat yang ymenyatakan "malu" mengibarkan Jalur Gemilang. Beliau malah mahu mencadangkan agar bendera Negara ditukar rupanya. Wakil rakyat berkenaan kemudiannya menarik balik dan memohon maaf atas kenyataan beliau itu.

Saya tidak berhasrat mengkritik beliau cuma mahu mengulas dari perspektif lain.

Sedarkah kita bahawa bukan hanya bendera Malaysia dan Amerika Syarikat sahaja yang tampak mirip sebenarnya banyak lagi Negara jua begitu namun demikian tidak pernah kita dengar rakyatnya bangkit mahu tukar rupa bendera mereka. Seiras Jalur Gemilang sesungguhnya bukan hanya AS malah Republik Liberia di Afrika juga begitu, tidak patriotikkah rakyat Liberia?

Lihat bendera "Matahari Terbit" Jepun, tidakkah bendera Bangladesh juga mirip kecuali Bangladesh berlatarbelakang hijau sedangkan Jepun putih. Adakah rakyat Bangladesh mahu ikut Jepun?

Bagaimana pula bendera Jerman dan Belgium?

Bagaimana pula Indonesia dan Poland, tidakkah Singapura juga berjalur merah putih? Singapura dipengaruhi Indonesia atau sebaliknya atau Poland, bagaimana ya?

Sehubungan itu tahukah anda pengaruh "Sang Saka Merah Putih", simbol perjuangan menuntut kebebasan dan pemerintahan sendiri atau kemerdekaan yang popular dizaman 40an. Kerana itu warna merah putih ini menjadi warna bendera Republik Indonesia, ia juga panji-panji PKMM atau parti kiri Melayu sebelum UMNO (yang diharamkan oleh British) dan kemudiannya dicadangkan oleh rombongna PKMM sebagai bendera UMNO dalam satu persidangan yang turut dihadiri Allahyarham Ahmad Boestamam. Malah bukan hanya Umno, PAS yang lahir diera itu turut menjadikan merah putih sebagai warna bendera asalnya hasil semangat perjuangan ini.

Sesungguhnya masing-masing ada asal-usul sejarahnya tersendiri dan tiada satu Negara berdaulat atau merdeka mahu meniru mana-mana bendera Negara lain. Bendera maing-masing adalah kebangaan masing-masing dan tidak sebaliknya.

Sudah lebih 54 tahun kita merayakan ulangtahun hari kemerdekaan Negara, 1963 melalui Malaysia, dan inilah bendera yang kita kibarkan tanpa mengira perbezaan politik, kaum atau sebagainya. Dan sebagai tambahan tahukah anda "pengganas" kominis di hutan dahulu pun sama-sama merayakan Hari Kebangsaan tanggal 31 Ogos, sila rujuk "Memoir Shamsiah Fakeh" muka 88:

"Mneurut buku-buku yang ditulis oleh bekas pemimpin Rejimen ke 10 yang dapat kami baca ada mengatakan yang para pejuang di hutan setiap tahun merayakan Hari Kebangsaan 31 Ogos secara besar-besaran."

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

Tiada ulasan: