Khamis, 29 September 2011

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Tuduh PAS tapi terserlah Umno khianati Melayu

Posted: 29 Sep 2011 08:59 PM PDT

KUALA LUMPUR, 30 Sept: Hipokrasi Umno semakin terserlah dan terbukti dengan keghairahan menghapuskan kuota Bumiputera 30 peratus, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

"Selama ini, tanpa segan silu Umno berlagak sebagai pejuang Melayu, tetapi hakikat sebenarnya semua itu hanyalah untuk memperdayakan orang-orang Melayu supaya menyokong parti yang dinamakan parti perasuah oleh (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) itu," katanya.

Read More / Baca Lagi >>

PAS mahu impak 'lebih kuat' di Pulau Pinang

Posted: 29 Sep 2011 08:50 PM PDT

Tidak ramai yang sedar bahawa PAS bermula di Pulau Pinang, - dan kerana itu, parti Islam itu memilih Kepala Batas untuk menyambut ulangtahunnya ke-60, kata Ahli Parlimen Parit Buntar, Mujahid Yusuf Rawa.
Read More / Baca Lagi >>

Makna kenyataan Pakatan Rakyat tentang hudud

Posted: 29 Sep 2011 08:39 PM PDT

Kata sepakat parti-parti Pakatan Rakyat dicapai hasil pertemuan empat jam pemimpin-pemimpin semalam.

Keputusan yang dicapai ialah kompromi yang boleh dijangka bagi sebuah gabungan parti politik berbeza ideologi.

Apa yang dicapai dalam mesyuarat pemimpin PR itu sebenarnya bukan sesuatu yang baharu, kerana sekadar menegaskan sekali lagi bahawa PR ialah satu gabungan dengan agenda bersama.

PR telah bersetuju dengan dasar bersama dan agenda yang dicatat dalam Buku Jingga yang dilancarkan pada konvensyen gabungan itu pada Disember tahun lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Jangan emosi, isu sebenar adalah ekonomi…

Posted: 29 Sep 2011 08:36 PM PDT

Oleh Chung Hosanna

30 SEPTEMBER – Kehidupan Johan, 30, tidak berubah sejak Perdana Menteri Najib Razak mengumumkan bajet 'raksasa' 2011 yang antaranya melibatkan projek gergasi seperti Menara Warisan Merdeka.
Seperti ramai pekerja yang sebaya dengannya, Johan (bukan nama sebenar) tidak mampu membeli rumah. Johan dan teman wanitanya sedang merancang untuk berkahwin, mereka mengharapkan bantuan kedua-dua ibu bapa untuk memberi sedikit sumbangan kepada bayaran muka rumah pengantin baru. Jika tidak, mereka perlu terus menyewa.
Read More / Baca Lagi >>

TAZKIRAH JUMAAT : 9 GOLONGAN WANITA YANG ADA DI NERAKA

Posted: 29 Sep 2011 08:31 PM PDT

Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut: "Saya bersama Fatimah berkunjung ke rumah Rasulullah dan kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, "Mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?" Baginda menjawab, "Pada malam aku di Isra'kan ke langit, daku melihat orang sedang mengalami berbagai penyeksaan...maka bila teringatkan mereka aku menangis. Saya bertanya lagi, "Wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?" Baginda bersabda:

1. Wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih.

2. Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan api yang mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.

3. Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.

4. Wanita yang digantung, diikat kedua kaki & tangannya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking.

5. Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.


Read More / Baca Lagi >>

HIMPUNAN BEKAS TENTERA BERSAMA MB KELANTAN DAN DS ANWAR - 02 OKT DI SERDANG, SELANGOR

Posted: 29 Sep 2011 08:24 PM PDT


Kepada semua bekas tentera dijemput untuk menghadiri Program Himpunan Bekas Tentera Bersama Rakyat pada 02 Oktober 2011 bertempat di Stadium Tertutup MPSJ Serdang Jaya, Jln 7/1, Serdang Jaya, Selangor.  Program bermula jam 08.00 malam sehingga 12.00 malam.
Read More / Baca Lagi >>

Kaji semula Mahkamah Syariah di Malaysia

Posted: 29 Sep 2011 08:21 PM PDT

Oleh Jofri Jaraiee (PAS Miri)   
Apakah perlaksanaan undang-undang Islam di Mahkamah Syariah di Malaysia benarhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhQsvuHFYcMgDk18ZqKy7OuNHFjW6y3waTt_-RJGLem3AjnkZX0z7Qk05_pv5RkTYwR-ailBdxz6rd2U_8HESOwuV7t4QfDVycJI_bkSUwbg4bA3FiJnIBeWtiiEMfFA9e69d-DEyoAhg_Z/s400/scales-justice.jpg-benar selari dan menepati dengan kehendak Al Quran dan Hadis?

Inilah persoalan yang perlu kita fikir bersama kerana selama ini terdapat beberapa keraguan tentang hukuman yang di laksanakan oleh Mahkamah Syariah di Malaysia seperti hukuman orang yang mencuri, berzina, perogol dan juga peminum arak yang agak berlainan dengan hukuman yang terdapat dalam Al Quran dan Hadis.
Read More / Baca Lagi >>

PRU 13: Bn Perak Tidak Menentu

Posted: 29 Sep 2011 08:20 PM PDT

Badan Perhubungan PAS Negeri Perak melihat setiap kali sidang media Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir sering disebut tentang kedudukan kerusi dan http://www.perakbn.com.my/publish/image.php?code=46juga calon untuk mewakili Barisan Nasional (BN) Negeri Perak pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 13 nanti.
 
Adakah kali ini Datuk Seri Zambry turut akan menangis sepertimana Tan Sri Haji Mohammad Tajol Rosli Mohammad Ghazali ketika menjadi Pengerusi BN Perak ketika menjelangnya PRU 12 tahun 2008 dahulu kerana terpaksa menggadai kerusi Parlimen Gerik kepada Gerakan.
Read More / Baca Lagi >>

Musuh gagal pecahkan Pakatan Rakyat

Posted: 29 Sep 2011 08:19 PM PDT

Oleh Abd Shukur Harun
Tidak syak lagi keputusan kesepakatan yang dicapai dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat malam kelmarin mengenai isu hudud sudah tentu tidakhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgLTWC-wmBW02Su-SYGjuup4JgQnA35Z-PLLtf0M24VGVt9rTggMUzEyshQLfc0QPguUn4HSna1dt8uoNIRjo_pHcgeJo4G5U5-ky3MI_e_AvD5SZe8Etj-A5VujwLpMK-z6e7idBbGB7ed/s660/PAKATAN+RAKYAT.jpg akan mengembirakan musuh-musuh Pakatan Rakyat yang selama ini ingin benar melihat perpecahan dalam Pakatan.

Tentu saja ini sebuah kematangan politik yang luar biasa ditunjukkan oleh pimpinan Pakatan Rakyat apabila mereka memutuskan dalam suasana mesyuarat yang sangat harmonis bahawa mereka akan terus mempertahankan dasar-dasar bersama yang telah dicapai, di samping menghormati perbezaan pendapat.
Read More / Baca Lagi >>

Isu Hudud Selesai, Pakatan Keluar Kenyataan Bersama

Posted: 29 Sep 2011 08:17 PM PDT

Oleh Mohd Sayuti Omar
USAHA dan tektik pihak UBN untuk melihat Pakatan Rakyat retak dan hancur dengan cuba melaga-laga pakatan tiga parti itu; Pas, DAP dan PKR menerusi hukum hudud sebagai isu dan senjata pilihan raya telah gagal.
Mulanya hukum hudud dikira bakal menjadi senjata ampuh UBN untuk meranapkan Pakatan Rakyat apabila isu itu dikecurkan semula. Pakatan Rakyat yang mulanya kelihatan cemas apabila isu hukum hudud seakan sukar dikawal tetapi akhirnya kembali tenang semula hasil dari kewarasan politik dan kepaduan persepakatan di kalangan pemimpin PR dalam menghadapi apa juga isu atau serangan ke atas mereka.
Read More / Baca Lagi >>

Hudud: Pendirian rasmi Parti Islam Semalaysia (PAS)

Posted: 29 Sep 2011 08:12 PM PDT

KUALA LUMPUR, 30 Sept: Selaras dengan pendirian Pakatan Rakyat yang mengiktiraf Enakmen Jenayah Syariah di Kelantan dan Terengganu, PAS berpendirian kedua-dua negeri itu berhak memperkanunkan undang-undang tersebut.

Dalam satu kenyataan menyatakan pendirian rasmi parti itu, Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, persoalan kini, sejauh mana kesediaan Kerajaan Pusat memberi kebenaran untuk melaksanakannya.

Read More / Baca Lagi >>

Taib terus berkuasa, kekalkan menteri ‘yes boss’

Posted: 29 Sep 2011 08:07 PM PDT

KUALA LUMPUR, 30 Sept: Pengumuman kabinet baru Sarawak yang telah diumumkan oleh Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud merupakan senarai kabinet yang telah dijangka.
Ketua Pemuda PAS negeri, Mohammad Arifiriazul Paijo (gambar) berkata, tidak banyak perubahan yang dilakukan di dalam kabinet baru Sarawak kali ini.
Katanya, beberapa perkara yang perlu bagi Pemuda PAS Sarawak ingin tekankan berkenaan barisan kabinet baru Sarawak kali ini.
Menurutnya, hampir semua muka-muka lama masih lagi dikekalkan sebagai menteri penuh kabinet Kerajaan Negeri Sarawak.
Kelmarin, Taib mengumumkan rombakan Kabinet yang menyaksikan pelantikan hanya seorang Timbalan Ketua Menteri, Tan Sri Jabu Anak Numpang.

Semua menteri dikekalkan portfolio masing-masing kecuali Datuk Fatimah Abdullah dilantik menerajui Kementerian baru, Kementerian Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga.
Read More / Baca Lagi >>

YDP Yadim: Muslim tentang hudud ciptaan parti gilakan kuasa...!!

Posted: 29 Sep 2011 08:05 PM PDT


KUALA LUMPUR, 30 Sept — Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) Aziz Jamaludin Mhd Tahir berkata, masyarakat Islam hanya membantah hukum hudud ciptaan mereka yang gila kuasa memerintah, bukannya "menentang hukum hudud yang sebenar."
"Setiap orang Islam tidak menentang hukum hudud yang sebenar, tetapi yang ditentang sekarang ialah hukum hudud ciptaan mereka yang gila kuasa untuk memerintah," kata beliau (gambar) yang merujuk kepada usaha PAS sejak hampir dua dekad lalu.
Dalam menginterpretasikan hukum hudud, katanya, "kita sebenarnya harus memisahkan antara hukum hudud yang digariskan oleh al-Quran dan hadis, dengan hukum hudud yang digubal oleh yang mempunyai kepentingan politik semata-mata."
Read More / Baca Lagi >>

Scorpenes sepatutnya boleh menyelam dan Altantuya sepatutnya masih hidup

Posted: 29 Sep 2011 08:04 PM PDT

Scorpenes sepatutnya boleh menyelam dan Altantuya sepatutnya masih hidupMusim panas beralih kepada musim luruh di London, udara amatlah sejuk, dan Pengawal di Istana Buckingham telah bertukar memakai pakaian musim panas berwarna merah terang mereka kepada 'greatcoats' kelabu untuk musim sejuk. Cuaca tidak pernah menghalang pelancong dari mengunjungi ke London, mereka masih akan berduyun-duyun ke Buckingham dan jalan-jalan sibuk yang terdapat di London.
Tetapi pada hari Jumaat, 30 September, di salah satu dewan kuliah di 'BPP Law School' di Red Lion Street, yang amat dekat dengan stesen Holborn, perhimpunan yang lebih serius akan diadakan.

Read More / Baca Lagi >>

Sidang Parlimen penggal keempat bakal jadi tumpuan rakyat

Posted: 29 Sep 2011 06:53 PM PDT

Jamhariah Jaafar

30 SEPT — Mesyuarat ketiga, penggal keempat Parlimen yang akan bermula 3 Oktober ini menjanjikan pelbagai isu dan peristiwa menarik berikutan ia bukan saja mungkin menjadi medan perdebatan terakhir semua parti dan Ahli Parlimen sebelum Pilihan Raya Umum Ke-13, bahkan ia amat penting kerana beberapa akta dan rang undang-undang dibentang atau dimansuhkan.
Rakyat juga akan memberi perhatian lebih serius pada sidang kali ini berikutan ia adalah sidang yang akan membentangkan Belanjawan Negara 2012 dan kerajaan Barisan Nasional (BN) dijangka mengumumkan pelbagai peruntukan, insentif dan mungkin bonus kepada kakitangan kerajaan.
Read More / Baca Lagi >>

ISA makeover: Old poison in new bottles

Posted: 29 Sep 2011 06:48 PM PDT

Why is there a justification for new anti-terrorism laws when our existing laws can cope with any eventuality?

By Kua Kio Soong
Prime Minister Najib Tun Razak's recent announcement to repeal the much-loathed Internal Security Act (ISA) does not give us cause for celebration when he simultaneously says that it will be replaced by two anti-terrorism laws.
There is no doubt that these new anti-terrorism laws will again allow the government-of-the-day to detain people without charge. The entire function of the ISA since 1960 has been for the Alliance and then the Barisan Nasional government to deal with the opposition and other dissidents through detention without charge.
Read More / Baca Lagi >>

Sambutan 60 Tahun: Perjuangan PAS dalam kerangka demokrasi

Posted: 29 Sep 2011 06:43 PM PDT

KUALA LUMPUR, 30 Sept: Menjelang Sambutan 60 Tahun PAS yang bermula malam ini, PAS menjelaskan bahawa aktiviti dan perjuangannya adalah dalam kerangka demokrasi dan peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

Pemuda PAS sokong adakan muzakarah hudud

Posted: 29 Sep 2011 06:42 PM PDT

KUALA LUMPUR, 30 Sept: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) menyambut baik keputusan Mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang memutuskan untuk membenarkan PAS memberi penerangan mengenai undang-undang syariah.
"Keputusan ini jelas menunjukkan keterbukaan Pakatan Rakyat dalam memahami pendirian setiap parti komponennya," kata ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor.
Katanya, keputusan itu juga membuktikan bahawa PAS tetap istiqamah dengan pendiriannya untuk menegakkan hukum Islam di negara ini sejak ianya ditubuhkan pada tahun 1951 sehingga hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Melayu abad ke-21 usah ambil hak orang lain, .......tapi guna kuasa politik untuk membelasah Hak Rakyat dan Harta Negara..!!!

Posted: 29 Sep 2011 06:40 PM PDT

KUALA LUMPUR, 29 Sept – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mahu bangsa Melayu abad ke-21 tidak berlindung di sebalik perlindungan kerajaan untuk mencapai kejayaan dalam apa jua bidang.
Sebaliknya, beliau berkata bangsa Melayu abad ini perlu mempunyai keupayaan dan kebolehan untuk mencapai hasrat tersebut.
"Kalau kita hendak menjadi bangsa yang bermaruah dan terhormat kita tidak boleh berselindung dengan kerajaan tetapi mesti ada keberanian dan keyakinan diri untuk berjaya.
Read More / Baca Lagi >>

SSM Gagal : Gaji satu lapis sektor awam diwujud semula, naik hingga 40 peratus....Prospek janji PRU 13..!!!

Posted: 29 Sep 2011 06:38 PM PDT


KUALA LUMPUR, 30 Sept — Putrajaya dijangka memperkenalkan sistem saraan baru sektor awam, menggantikan Sistem Saraan Malaysia (SSM) — antara lain menawarkan skim gaji satu lapis atau peringkat — yang bakal membawa kenaikan gaji sehingga 40 peratus.
Sistem saraan yang namanya masih dirahsiakan dijangka diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2012 — yang ramai melihatnya sebagai "bajet pilihan raya umum ke-13".
Kerajaan bercadang untuk melaksanakan mulai 1 Januari 2012 bersama sistem penilaian baru, yang dikenali sebagai Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (Prospek).
Read More / Baca Lagi >>

Hudud: Antara ‘tidak menyokong’ dan ‘menghalang’

Posted: 29 Sep 2011 06:35 PM PDT

Sesungguhnya Allah akan bagi dugaan berdasarkan kemampuan seseorang untuk menerimanya.

Keputusan mesyuarat Pakatan Rakyat (PR) kali ini mencatatkan sejarah tersendiri kerana telah berjaya memincang isu utama yang menyentuh secara langsung pendirian PR.

Hasil perbincangan yang memakan masa lebih tiga jam itu telah merumuskan satu keputusan yang akan memperteguhkan lagi hubungan PR walaupun berhadapan dengan isu yang rumit. Ternyata cubaan Umno-BN sekali lagi gagal memecah-belahkan PR dalam isu ini.
Read More / Baca Lagi >>

PAS: ‘Yang halang laksana hudud Umno, bukan DAP’

Posted: 29 Sep 2011 06:32 PM PDT


KUALA LUMPUR, 30 Sept — Susulan mesyuarat Pakatan Rakyat kelmarin, PAS menegaskan yang menghalang pelaksanaan hukum hudud adalah Umno bukannya DAP — rakan komponen dalam perikatan mereka berusia tiga tahun.
Ketua Penerangan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) berkata, PAS mengakui DAP mempunyai pandangan berbeza dalam soal pelaksanaan hudud dan pendirian mereka dalam tidak menyokong sistem perundangan syarak.
"Akan tetapi, ini bukanlah perkara pelik kerana mereka bukan beragama Islam dan tiada tuntutan syarak ke atas mereka," kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Akta ganti ISA mesti disekat

Posted: 29 Sep 2011 06:30 PM PDT

MEMANSUHKAN ISA adalah tindakan yang betul dan ia mesti dialu-alukan, tetapi ganti ISA yang dicadangkan oleh kerajaan tidaklah dialu-alukan dan tidak perlu menunggu-nunggu bentuk dan rupanya.
Jika Tunku Abdul Rahman Putra selepas bersara dari Perdana Menteri menyesal ISA diadakan kerana ia telah disalah gunakan, sedang ISA itu digubal semasa pentadbirannya.
Sekali pun ISA yang Tunku buat adalah ditujukan untuk komunis tetapi ia telah digunakan sama untuk yang lain dari komunis.
Tan Sri Abdullah Ahmad Kok Lanas semasa menjadi Anggota Parlimen menyebut betapa penahanan empat orang Anggota Parlimen semasa dia menjadi Anggota Dewan Rakyat ditahan secara menyalahgunakan ISA. Empat orang yang disebutkan dalam ucapannya di Parlimen ditahan di zaman empat Perdana Menteri yang berlainan.
Read More / Baca Lagi >>

Takut pada kezaliman Umno BN, bukannya hudud

Posted: 29 Sep 2011 06:25 PM PDT

KUALA LUMPUR, 30 Sept: Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh menegaskan bahawa warga Malaysia bukan Islam hanya perlu takut kepada kezaliman yang dilakukan oleh Umno ke atas mereka dan statistik kadar jenayah sepanjang 54 tahun negara merdeka.
Menurutnya, orang bukan Islam tidak perlu takut dan bimbang kepada hukum hudud kerana ianya hanya terbatas perlaksanaannya ke atas umat Islam sahaja dan tidak melibatkan mereka.
Jelasnya, orang bukan Islam diberikan pilihan untuk memilih undang-undang hudud sekiranya itu adalah pilihan mereka.
"Non Muslim tak perlu gusar dengan hukum hudud, yang perlu mereka bimbang dan takut ialah kezaliman Umno BN yang telah dilakukan sepanjang 54 tahun kita merdeka, kezaliman Umno sudah pun terbukti dan diketahui umum, namun hudud pasti akan menjamin keadilan," kata beliau.
Read More / Baca Lagi >>

Video - Zainal: Operating in a hotzone - Part 1

Posted: 29 Sep 2011 06:20 PM PDT

Tiada ulasan: