Ahad, 25 September 2011

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Bernama fitnah Guan Eng, Utusan sebarkannya

Posted: 25 Sep 2011 09:19 PM PDT

KUALA LUMPUR, 26 SEPT –Selain lidah rasmi UMNO seperti Utusan Malaysia dan TV3, agensi berita nasional Bernama turut menyertai serangan terhadap Pakatan Rakyat dengan menyiarkan berita palsu dengan niat memfitnah terhadap Lim Guan Eng.
Bernama dalam laporan berita pada 23 September telah menyebut:
"Lim, yang juga Setiausaha Agung DAP, dalam satu temuramah sebuah stesen radio di Australia dilaporkan, berkata Johor bukanlah negeri yang selamat kerana penuh dengan jenayah dan peluang untuk diculik sangat mudah berbanding di Pulau Pinang. Kenyataan Lim itu dibuat sebagai cubaan untuk mengalihkan pelaburan Australia dari Johor ke Pulau Pinang."
Read More / Baca Lagi >>

Taktik Najib pertahan kuasa

Posted: 25 Sep 2011 09:14 PM PDT

Setiap hari, rakyat pasti terbaca, terlihat, atau terdengar khabar mengenai cubaan-cubaanhttp://peraktoday.com/wp/wp-content/uploads/2011/03/020409-Najib4001.jpg "Bapa Transformasi" membawa perubahan.
Setiap masa juga, rakyat terus dipujuk supaya jangan bimbang, sebab keselamatan negara dan ketenteraman awam masih terjamin di bawah jagaan kerajaan Umno-BN. Maka, pasca perutusan "perubahan" Perdana Menteri, ke mana hala tuju BN? Lebih-lebih lagi, ke mana hala tuju demokrasi Malaysia?
Read More / Baca Lagi >>

Pemburu Bintang Tiga dedah peranan polis

Posted: 25 Sep 2011 09:13 PM PDT

TERUS mempertahankan kenyataan kontroversinya bahawa Mat Indera yang menyerang balai polis Bukit Kepong wira sebenhttp://books.google.com/books?id=QLwNSYk7PTIC&printsec=frontcover&img=1&zoom=1&edge=curlar dan bukan "polis British", Mohamad mendedahkan peranan polis waktu itu seperti yang ditulis dalam buku Pemburu Bintang Tiga karya Syed Osman Syed Omar.
Syed Osman seorang polis yang matanya buta kerana cedera diserang hendap komunis.

Dalam buku itu, bekas pegawai polis itu sendiri mengakui antara tugas polis pada masa itu menjaga kepentingan British di estet dan lombong British.
"Lebih separuh daripada buku ini tulis pasal jaga estet mana, lombong mana. Ini polis yang tulis, bukan aku," katanya sambil menjulang buku berkulit biru itu.
Read More / Baca Lagi >>

Tarikh PRU ke 13 yang paling sesuai untuk BN

Posted: 25 Sep 2011 09:12 PM PDT

Oleh: ZULKIFLI YAHAYA

Pilihanraya umum ke 13 sudah semakin hampir. Kalau diibaratkan dunia akan kiamat, cuma matahari terbit dari sebelah Barat yang belum berlaku. Analoginya, cumhttp://2dayblogger.com/blog/wp-content/uploads/2011/06/pilihanraya-umum.jpga Parlimen yang belum dibubarkan. Selain dari itu semua petunjuk menggambarkan bahawa pilihanraya boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.
 
Dalam tradisi politik Malaysia, selain dari Allah SWT yang mempunyai penentuan mutlak terhadap segala sesuatu; tarikh pilihanraya ditentukan oleh Perdana Menteri.
Read More / Baca Lagi >>

Mengisi kemerdekaan berteraskan Islam

Posted: 25 Sep 2011 09:11 PM PDT

Oleh PROF DR BADLIHISHAM MOHD NASIR
HARI sambutan kemerdekaan merupakan suatu tarikh keramat bagi mana-mana negahttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhB-P_WZ8f8G5E3R8uCn-V0gUrK34gbGh8DQjGqAgHNWH7rJ4WT297xl4HYqP86v-qnzio69SLlds6AYZTRDfJbZ-HQnW3ocKWGwSsI-Nq27pMub7ZGMWw9va-U5_zJD8imHzN_7JnDJgE/s400/merdeka1.jpgra yang pernah mengalami penjajahan.Tarikh ini disambut meriah dengan berbagai-bagai upacara bagi mengenang kembali detik-detik bersejarah terlepas daripada belenggu penjajah.
Secara umumnya, kemenangan menghadapi penjajah dianggap sebagai suatu kejayaan besar dan mutlak bagi melambangkan erti kemerdekaan sesebuah negara.
Read More / Baca Lagi >>

Timbalan Perdana Menteri Ke II Dalam Pembikinan?

Posted: 25 Sep 2011 09:09 PM PDT

Oleh Mohd Sayuti Omar
CADANGAN yang dikemukakan oleh Pertubuhan Pasok Memogon (Upko) supaya BN mewujhttp://www.topnews.in/law/files/barisan-nasional.jpgudkan timbalan pengerusi ke II di kalangan parti komponen BN Sabah dan Sarawak membuka perca politik baru di negara ini.
Cadangan itu akan mengheret kepada pelaksanaan satu polisi atau transformasi siasah mengejutkan kalau ia berlaku.

Read More / Baca Lagi >>

PAS telah buka jalan tulis semula sejarah

Posted: 25 Sep 2011 09:08 PM PDT

Oleh SAFAR JUMAAT
SEBAGAI bekas pelajar sekolah rendah dan menengah di Malaysia, tentulah ramai yang http://al-ahkam.net/home/images/stories/pas_kanak2.jpgterkejut dengan kenyataan Prof Dato' Dr Zainal Kling bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah.
Namun, dari kenyataan itu, ia sekaligus membuktikan ada sesuatu yang tersembunyi dalam sejarah negara ini, sama ada Tanah Melayu pernah dijajah atau tidak, tetapi siapakah yang terlibat secara langsung di dalam menuntut kemerdekaan.

Malah, yang lebih penting, apakah pejuang-pejuang kemerdekaan ini dimonopoli sekumpulan puak kanan sahaja, dan tidak langsung melibatkan puak beraliran kiri.Read More / Baca Lagi >>

Ulama berjuang merdekakan Malaya, Umno dapat ihsan British

Posted: 25 Sep 2011 09:07 PM PDT

DATO' YAZID JAAFAR atau lebih dikenali dengan panggilan Pak Yazid, 87, adalah anthttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiDZlbMqg6Wb0eBbvEtSZEvhprCnQVVCzCom9qBKQo5IaWohmxI9r_lKUCApKum7SCuRQhQqlNQe7i_HH2ozbcNz8O9ntmU87gtSftBZf-Nd-MlOXbu3Dxf4yvIFFg0K6EVRPo5GwxSdRc/s320/pak+yazid.bmpara askar Melayu yang dipanggil berbaris semasa pengisytiharan kemerdekaan negara di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957 lalu.
 
Beliau yang kini bergelar ulama mendakwa walaupun para ulama pencetus kemerdekaan, golongan itu dipinggirkan untuk sama-sama berjumpa orang Inggeris di London.

Malah perjanjian yang dimeterai dengan Lord Ried tidak pernah ditunjuk kepada golongan ulama. Atas faktor-faktor itu, katanya kepada wartawan ROY RASUL yang menemubualnya , antara penyebab ulama tidak sehaluan dengan Umno sehingga kini.
Read More / Baca Lagi >>

Undilah BERSIH 2.0

Posted: 25 Sep 2011 09:06 PM PDT

Dalam laporan Berita Harian Jumaat lalu (23 September 2011, halaman 4) berjudul "5 wakil BN dalam jawatankuasa tingkat pilihan raya", disediakan kotak "INFO" yang menyenaraikan "Lima wakil BN".  Yang menarik perhatian penulis ialah, identiti kaum (atau etnik?) diketengahkan seolah-olah identiti tersebut merupakan pertimbangan utama semasa pimpinan Barisan Nasional menentukan wakil rakyat yang bakal "menganggotai Jawatankuasa Pemilih Parlimen bagi mengkaji dan menambahbaik sistem serta proses pilihan raya negara".
Read More / Baca Lagi >>

Melayu terpedaya oleh strategi Cina!

Posted: 25 Sep 2011 08:46 PM PDT

Orang Melayu biasanya cepat marah apabila terdengar desas-desus bahawa orang Cina akan menerajui pucuk pimpinan di Putrajaya. Itupun jika berita ini adalah benar.  Ini dengan jelasnya menunjukkan bahawa adalah mustahil untuk orang Cina menjadi Perdana Menteri Malaysia dan ini bermakna slogan 1Malaysia yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri Najib Tun Razak adalah retorik kosong sahaja.
Justeru itu, strategi Umno untuk memecahbelahkan Pakatan Rakyat dan meraih undi ialah untuk menghebohkan berita palsu bahawa DAP adalah lebih kuat daripada PAS dan orang Melayu akan rugi jika mereka undi PAS sebab PAS telah ditenggelamkan oleh DAP.
Read More / Baca Lagi >>

Akta Kerja : Umur persaraan pekerja swasta naik, antara 60-64 tahun

Posted: 25 Sep 2011 08:43 PM PDT


KUALA LUMPUR, 26 Sept — Kerajaan sedang menggubal satu undang-undang baru bagi menaikkan umur persaraan pekerja sektor swasta sehingga 64 tahun dengan had bersara mandatori 60 tahun. Di bawah akta baru yang bakal dinamakan undang-undang umur persaraan sektor swasta, seseorang pekerja hanya akan bersara apabila mencapai usia 60 tahun, dan jika khidmatnya masih diperlukan, pekerja terbabit boleh dilanjutkan khidmat mereka selama empat tahun lagi.
Read More / Baca Lagi >>

Akta Kampung Baru-Kerajaan Jangan Zalimi Pemilik Dan Pewaris Tanah

Posted: 25 Sep 2011 08:36 PM PDT

Oleh AHMAD ZAMRI BIN ASA'AD KHUZAIMI
Sekretariat Pembangunan Kampong Baru(SPKB) mendesak Kerajaan menarik balik Rang Undang-Undang Perbadanan Pembangunan Kampong Baru 2010 (RUU PPKB 2010) yang akan dibentang untuk bacaan kedua dalam sidang Parlimen bermula Oktober 2011 akan datang kerana majoriti penduduk, pemilik dan pewaris tanah Kampong Baru jelas membantah cadangan untuk mewujudkan Perbadanan Pembangunan Kampung Baru menerusi Akta tersebut.

Read More / Baca Lagi >>

Taking the fight to enemy territory

Posted: 25 Sep 2011 08:34 PM PDT

BN supremo Najib Tun Razak is leading the charge in the political battle but he is not gettting support from his allies.
KUALA LUMPUR: Najib Tun Razak is on the offensive – the prime minister has gone down to the grassroots to make his case and at the same hitting out at the opposition.
For the last two years, he has borne the brunt of the opposition onslaught on him – ranging from his personal life to the policies he had mooted and implemented.
Now he is taking the battle to the enemy territory and his intense "campaigning" has sparked strong speculation that the 13th general election is just around the corner.
Since taking over the helm of the nation in April 2009 from Abdullah Ahmad Badawi, Najib had straightened out and strengthened Umno, the backbone of the ruling Barisan Nasional (BN).
Read More / Baca Lagi >>

Adakah Malaysia tunai hak asasi manusia?

Posted: 25 Sep 2011 08:32 PM PDT

PETALING JAYA, 26 Sept: Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menuntut penubuhan Jawatankuasa Khas Parlimen bagi mengkaji garis panduan hak asasi manusia yang diamalkan di Malaysia.

Tuntutan tersebut terkandung dalam deklarasi Mahasiswa yang dicapai sebulat suara di Kongres Gerakan Mahasiswa Nasional 3.0 bermula Sabtu lalu sehingga tengah hari semalam.

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Shukri Abdul Razab berkata, tuntutan penggubalan Jawatankuasa Khas Parlimen ini selaras dengan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Read More / Baca Lagi >>

Demi Kuasa Umno Bn Sanggup Khianati Negara

Posted: 25 Sep 2011 08:28 PM PDT

Oleh Mohd Hafez
IPOH, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain, menyatakan kini, jelas bahawa Umno BN adalah pengkhianat negara dan bangsa, demi untuk terus mengekalkan kuasa yang ada pada mereka.

Menurut beliau, Umno BN sanggup memberikan kerakyatan kepada warga asing .Pemberian Kerakyatan segera ini pada mulanya dikesan berlaku di Sabah dan kini telah menjadi masalah yang rumit bagi rakyat asal Sabah di sana.

Read More / Baca Lagi >>

50 Sebab Mengapa Umno Perlu Dihalau Dari Selangor

Posted: 25 Sep 2011 08:26 PM PDT

Setelah 1 penggal ditadbir oleh Pakatan Rakyat, rakyat Selangor kini semakin hidup di dalam kesejahteraan setelah sejak merdeka semakin lama semakin terhakis hak rakyat tidak kira apa jua bangsa.

1. Kerajaan Pakatan Rakyat sangat peka tentang keadaan ekonomi dunia dengan tidak mengadakan perbelanjaan penuh berhemah dan tidak boros.

2. Kerajaan Negeri Selangor semakin kaya dengan perolehan yang meningkat dan jika diberikan peluang lagi negeri Selangor pasti lebih maju dan kaya.Read More / Baca Lagi >>

Tikus membaiki labu

Posted: 25 Sep 2011 08:24 PM PDT

Lebih 300 penduduk dan peniaga berpendapat tindakan MBSA hanya memburukkan keadaan.
Sebagai penduduk di Taman Sri Muda, Shah Alam sejak 11 tahun lalu, saya sedikit terkejut apabila tiba-tiba sahaja ada perubahan haluan jalan raya di sekitar kawasan pasar di taman perumahan ini.
Perkara berkenaan saya perhatikan pada 2 September 2011, iaitu sebaik tamat cuti Hari Raya Aidil Fitri.
Perubahan haluan Jalan Murni 25/61 (jalan sehala) adalah yang paling menimbulkan kekeliruan dan tanda tanya.
Apabila hala jalan itu diubah, penduduk yang pergi ke pasar, pasar raya, kedai-kedai, tempat makan dan sebagainya terpaksa menggunakan Jalan Makmur 25/64 yang memang diketahui umum sentiasa sesak sepanjang hari.
Memang amat menghairankan mengapa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) tiba-tiba mengubah haluan beberapa jalan di kawasan berkenaan sehingga penduduk bangun pada suatu pagi awal September dan mendapati haluan jalan sudah berubah.
Read More / Baca Lagi >>

PTPTN sepatutnya bantu, bukan bebankan pelajar

Posted: 25 Sep 2011 08:22 PM PDT

Isu pendidikan harus menjadi prioriti utama oleh kerajaan dalam usaha untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang mempunyai daya intelek yang mampu menterjemahkan aplikasi pengetahuan dalam bentuk yang praktikal bagi mewujudkan sebuah kebudayaan yang beretika serta peningkatan dan pengembangan dalam aspek pembangunan fizikal.
Namun, bagi melaburkan modal insan sebagai pelaburan mutlak dalam masyarakat, peruntukan dana melalui subsidi pendidikan mahupun pinjaman merupakan salah satu usaha yang realistik bagi mencapai tujuan pendidikan.
Antara isu yang berkaitan dengan pinjaman dalam pendidikan adalah isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Asasnya, PTPTN telah ditubuhkan di bawah akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997 berobjektifkan untuk memastikan pembiayaan yang efisien disediakan kepada pelajar yang layak mengikuti pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) selaras dengan hasrat kerajaan bahawa tidak ada pelajar yang gagal memasuki IPT atas sebab-sebab kewangan.
Read More / Baca Lagi >>

Mazlan tak mahu bertelagah dengan MBFM

Posted: 25 Sep 2011 08:19 PM PDT

BERA, 26 Sept: "Saya tak akan bertelagah dengan badan belia Felda kerana tidak ada untungnya, bagi kami matlamatnya sama iaitu memperjuangkan hak belia iaitu mahu mengangkat martabat generasi kedua dan ketiga Felda," kata Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman ketika ditanya mengenai serangan badan-badan belia sekutu Felda yang akhir-akhir ini menyerang beliau dalam media dan majlis rasmi.
(Gambar: Mazlan sedang berkata sesuatu kepada Adun Triang, Leong Ngah Ngah semasa jamuan hari raya PAS Bera.)
Read More / Baca Lagi >>

Dakwaan 'Undilah' bawa mesej tersirat 'mengarut'

Posted: 25 Sep 2011 08:18 PM PDT

Penerbit video siaran pengumuman khidmat awam, 'Undilah' - Pete Teo - menyifatkan dakwaan klip video itu mempunyai mesej tersirat yang yang memihak kepada pembangkang sebagai "mengarut dan tidak masuk akal".Read More / Baca Lagi >>

MTUC piket 3 Okt jika Parlimen bahas undang-undang buruh

Posted: 25 Sep 2011 08:16 PM PDT


KUALA LUMPUR, 26 Sept — Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) akan berpiket — dilihat sebagai tindakan kata dua yang pertama di bawah kepimpinan baru - pada hari pertama sidang Parlimen bulan depan jika Putrajaya meneruskan perbahasan rang undang-undang buruh tanpa perbincangan di majlis melibatkan tiga pihak. Pendirian itu diputuskan pada mesyuarat majlis am MTUC semalam. MTUC lazimnya mengadakan mesyuarat am setiap enam bulan.
Sesi baru Parlimen bermula 3 Oktober ini dan akan berlarutan sehingga pertengahan Disember.
Read More / Baca Lagi >>

Warga asing talian hayat BN

Posted: 25 Sep 2011 08:12 PM PDT

Sungguh jelek dan memalukan apabila sebuah parti yang mendakwa dirinya parti terbesar yang didokong rakyat, menguasai kerajaan lebih 50 tahun, terpaksa mendapatkan khidmat warga asing untuk membantu mereka mengekalkan kuasa.

Umno-Barisan Nasional tidak boleh menafikan fakta, bahawa di bawah pemerintahan mereka, mereka terlalu mudah untuk memberikan kerakyatan kepada warga asing.

Dasar kerajaan Umno-BN terlalu longgar. Mereka sanggup menggadaikan status warganegara yang begitu berharga itu hanya semata-mata untuk mengekalkan kuasa dengan penuh rakus dan tamak haloba.
Read More / Baca Lagi >>

ISA bukan penentu kemenangan PRU-13

Posted: 25 Sep 2011 08:11 PM PDT

26 Sept — Walaupun banyak pihak melihat langkah pentadbiran Najib memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan mempengaruhi aliran sokongan rakyat terutamanya pengundi Melayu, namun perkembangan itu tidak akan memberi impak besar. Malah ia bukan penentu kepada keputusan pilihan raya umum ke-13. Bagaimanapun mereka tidak menolak langkah Putrajaya itu boleh mempengaruhi pengundi-pengundi atas pagar dalam membuat keputusan.
Read More / Baca Lagi >>

Hudud dan Kelantan

Posted: 25 Sep 2011 08:09 PM PDT

Prof Dr Abdul Aziz Bari
Selepas melawat Kelantan dan memberi taklimat kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat, semalam serta mendengar sentimen daripada akar umbi, saya kini boleh meluahkan perkara berikut; yang masyarakat di luar Kelantan tidak boleh menghargai.Read More / Baca Lagi >>

Hudud: Nik Aziz masih harap Putrajaya sokong PAS tunai mandat 20 tahun

Posted: 25 Sep 2011 08:07 PM PDT


KUALA LUMPUR, 26 Sept — Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengadakan pertemuan dengan pakar perlembagaan dan pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan PAS di Kota Baru semalam sambil menegaskan, hukum hudud hanya akan melibatkan Muslim dan mengharapkan kerjasama Putrajaya untuk melaksanakan undang-undang itu. Pendirian itu disampaikan oleh Menteri Besar Kelantan ketika menemui Prof Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa dan Dr Dzulkefly Ahmad, ahli jawatankuasa kerja PAS dan pengarah eksekutif Pusat Penyelidikan parti Islam itu.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: