Khamis, 22 September 2011

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


HUDUD : TAKTIK KOTOR MAHATHIR MENJADI

Posted: 22 Sep 2011 05:44 PM PDT


Seperti yang dijangka, Mahathir berjaya memporak perandakan semula hubungan PAS dan DAP sekarang ini. Isu Hudud yang dibangkitkan semula berjaya mengenakan kedua-dua pihak. Maka, berperanglah antara Nik Aziz dengan Karpal Singh. Paling melucukan, kali ini Berita Harian pula kali ini mengambil alih tugas Utusan Malaysia untuk mensensasikan keadaan. Tujuannya cuma satu sahaja, bila DAP keluar Pakatan Rakyat, maka hancurlah impian Pembangkang untuk menguasai Putrajaya selepas ini.Read More / Baca Lagi >>

Belanjawan Najib Jamin Harga Barang Naik Tahun Depan

Posted: 22 Sep 2011 05:36 PM PDT

Membaca butir-butir penting dari Belanjawan Najib Tun Razak, saya terfikir satu perkara yang sangat-sangat penting untuk diperkirakan:


Di manakah Najib Mahu Mencari Wang Untuk Membayar Perkara2 Di Dalam Belanjawan Beliau?

Setahu saya, negara Malaysia "berhutang" (baca: defisit) di dalam tiap-tiap belanjawan semenjak 1997. Sehingga hari ini, hasil dari belanjawan "kurang duit" selama hampir 15 tahun berturut-turut, hutang kerajaan Malaysia telah mencecah hampir 54% dari hasil negara. Ini mengikut laporan rasmi Bank Negara.Read More / Baca Lagi >>

PAS Terengganu janji tawaran terbaik untuk rakyat

Posted: 22 Sep 2011 05:27 PM PDT

KUALA TERENGGANU, 23 Sept: PAS menjanjikan kerangka manifesto terbaik sebagai tawaran kepada rakyat Terengganu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, akan datang.
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut berkata manifesto pilihan raya PAS Terengganu telah siap 90 peratus.
Justeru itu, katanya dalam masa terdekat ini akan diketengahkan beberapa 'tawaran' kepada rakyat dan masyarakat umum.
Read More / Baca Lagi >>

LPF: Jakim akui Hantu Bonceng tak hina Nabi Muhammad......ha.ha..Jakim..!!!

Posted: 22 Sep 2011 05:26 PM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Sept ─ Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan dialog mengenai syahadah dalam filem Hantu Bonceng yang ditayangkan sejak akhir bulan lalu tidak mempersendakan Nabi Muhammad. Pengesahan itu dibuat setelah pegawai jabatan berkenaan menonton filem itu, kata Pengerusi Lembaga Penapis Filem (LPF) Datuk Raja Azahar Raja Abdul Manap.
Beliau berkata dalam babak pelawak terkenal Zizan yang sedang terlantar di hospital selepas kemalangan jalan raya yang menyebabkan wanita yang membonceng motosikalnya maut, Zizan telah mengucap kalimah syahadah setiap kali muncul wajah wanita yang maut itu.
"Dalam kesemua kalimah (Zizan) ada elemen berhenti sekejap. Oleh itu, tidak timbul sama sekali isu mempersendakan syahadah kerana perkataan syaitan tidak disebut dalam satu nafas," katanya dalam kenyataan.
Read More / Baca Lagi >>

IGP: BN boleh kalah PRU jika gagal urus isu ISA...ha.ha...terbongkar Polis BN..!!!

Posted: 22 Sep 2011 05:23 PM PDT


KUALA LUMPUR, 23 Sept ─ Dalam pandangan seumpama yang jarang-jarang dikeluarkan, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mengingatkan, kerajaan Barisan Nasional (BN) boleh kalah dalam pilihan rayau umum jika tidak menangani isu berkaitan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dengan baik.
Pendirian itu digariskan dalam satu buku berkaitan dengan 1 Malaysia yang diterbitkan sebelum pengumuman pentadbiran Najib mengenai ISA minggu lalu.
Menurut Ismail (gambar), isu ISA iaitu undang-undang yang diperkenalkan pada 1960, akan terus menjadi topik politik yang hangat untuk diperbincangkan dan pihak pembangkang akan terus menagih simpati dan sokongan pengundi.
Read More / Baca Lagi >>

Video : Recognising the Palestinian state

Posted: 22 Sep 2011 05:17 PM PDT

Video : Tun Mahathir Ada Niat Jahat

Posted: 22 Sep 2011 05:16 PM PDT

Video : Jangan Manipulasi Sejarah Kerana Taksub Politik

Posted: 22 Sep 2011 09:19 AM PDT

Video : MPN Lakukan Jenayah Akademik

Posted: 22 Sep 2011 09:18 AM PDT

Video : Dr. Dzulkefly Beri Amaran pada Mahathir.

Posted: 22 Sep 2011 09:13 AM PDT

Simpanan tunai Selangor RM1.1b, rekod 28 tahun ..tanda pakatan tak pandai perintah eh..!!

Posted: 22 Sep 2011 09:07 AM PDT

SHAH ALAM, 23 Sept: Dalam tempoh enam bulan tahun ini, Kerajaan Negeri Selangor berupaya menambah simpanan tunai sebanyak RM200 juta, menjadikannya RM1,100 juta.
"Jumlah ini merupakan rekod kewangan paling baik negeri bertuah ini dalam tempoh 28 tahun," kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Beliau menyatakan demikian pada Majlis Santapan Malam anjuran Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan di Pusat Konvensyen Shah Alam, malam tadi.
Selain Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, turut berangkat ialah Raja Permaisuri Agong,  Tuanku Nur Zahirah dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Menurutnya, pada akhir tahun lepas, simpanan tunai Kerajaan Negeri Selangor berjumlah sebanyak RM918 juta.
Secara keseluruhan, katanya, kejayaan Selangor memperkasa pembangunan dan melestarikan kemajuannya adalah dengan restu, nasihat dan sokongan penuh Tuanku Sultan terhadap kerajaan negeri sekarang yang mengamalkan tadbir urus yang telus, bertanggungjawab, berhemah dan berhemat.
Read More / Baca Lagi >>

Analisis Pakatan Rakyat menuju PRU 13 di Sabah

Posted: 22 Sep 2011 09:05 AM PDT

Pendahuluan
Pada 16 September yang lalu, bersamaan dengan sambutan Hari Malaysia, Konvensyen Pakatan Rakyat Sabah telah berlangsung dengan jayanya di Convention and Event Center, Star City, Kota Kinabalu Sabah. Konvensyen ini dihadiri oleh semua penyokong dan ahli dari Pakatan Rakyat seluruh negeri.
Konvensyen yang bermula dari pukul 1.00 petang hingga 5.00 petang itu bertujuan untuk merasmikan Buku Jingga Pakatan Rakyat Negeri Sabah. Lim Kit Siang, Haji Mohamad Sabu dan Datuk Seri Dr Wan Azizah antara pimpinan Pakatan Rakyat yang turut hadir memberikan ucapan dan sekaligus merasmikan Buku Jingga Pakatan Rakyat.
Tawaran PR
Tawaran baru Pakatan Rakyat (PR) untuk rakyat Sabah meliputi 20 perkara. Antaranya adalah mengenai agama, menjunjung kedaulatan negeri Sabah, menangani pendatang asing tanpa izin (PATI), pemuliharaan tanah Sabah, Borneonisasi, pengambilalihan Blok L dan M, 20 perkara autonomi Sabah, royalti minyak dan gas, dasar kabotaj, pengawalan cukai hasil negeri Sabah, kajian fungsi FELDA dan FELCRA, Yayasan Orang Asal, pembasmian kemiskinan, perumahan rakyat, peranan Yayasan Sabah dan lain-lain.
Read More / Baca Lagi >>

Kadar Pertumbuhan Ekonomi Selangor Memberangsangkan

Posted: 22 Sep 2011 09:01 AM PDT


SHAH ALAM 22 SEPT : Kadar pertumbuhan ekonomi bagi Negeri Selangor sehingga tahun 2030 dijangka pada kadar lima peratus setahun. Statistik juga menunjukkan hampir 22 peratus nilai Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia disumbangkan oleh negeri Selangor.

Perkara ini dinyatakan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohamed Khusrin Munawi dalam taklimat kepada Yang di-Pertuan Agong di Bilik Gerakan Negeri, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri hari ini.

Majlis itu adalah sempena lawatan rasmi ke bawah duli tuanku ke Selangor.

Taklimat tersebut turut dihadiri Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, para EXCO kerajaan negeri dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan negeri.
Read More / Baca Lagi >>

Pemilihan calon payung terjun perlu dikekal, kata Mahathir

Posted: 22 Sep 2011 08:55 AM PDT

KUALA SELANGOR, 22 Sept — Pucuk pimpinan parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu meneruskan sistem pemilihan calon 'payung terjun' di kalangan berpendidikan tinggi dan berpengalaman untuk pilihan raya kerana ia masih sesuai dengan senario politik masa kini.
Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) berkata calon payung terjun yang terdiri daripada kalangan berpendidikan tinggi dan berpengalaman mampu memikul tanggungjawab melaksanakan tugas dengan berkesan terutamanya membantu kerajaan melicinkan sistem pentadbiran.
Read More / Baca Lagi >>

Peguam dedah rasuah Scorpene di London 30 September

Posted: 22 Sep 2011 08:54 AM PDT

KUALA LUMPUR: Peguam kedua Suara Rakyat Malaysia (Suaram) yang mengendalikan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene, Joseph Breham akan berada di kota London pada 30 September ini.
Breham akan hadir bagi memaklumkan tentang perkembangan kes itu pada majlis mengumpul dana kes berkenaan yang kini difailkan di Mahkamah Terbuka Perancis, kata Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel.
Menurut Cynthia, satu forum akan dianjurkan Suaram di mana Breham akan memberitahu perkembangan terbaru dan langkah yang diambil bagi mempercepatkan proses pelantikan hakim.
"Forum ini dibuat untuk warga Malaysia yang menetap di London dan mereka akan dijelaskan serta diberitahu perkara sebenar yang berlaku,"katanya.
Read More / Baca Lagi >>

Machiavellian Dr M: Slams Mat Sabu while dealing Najib a backhanded blow

Posted: 22 Sep 2011 08:53 AM PDT

Machiavellian Dr M: Slams Mat Sabu while dealing Najib a backhanded blowFormer premier Mahathir Mohamad is stepping up a two-prong psy-war against the Pakatan Rakyat and Prime Minister Najib Razak. Firstly, he doesn't want Pakatan to win the general election, but neither does he want Najib to win the Umno presidency which will follow GE-13.
So what does he do? He attacks one head-on and the other sideways. 85, Mahathir may be, but the wily veteran who ruled Malaysia with a fist of iron for 22 years is still as cunning as ever.
In his latest public appearance, Mahathir told a function in Kuala Selangor that the Najib administration should not have arrested and charged the PAS deputy president. Instead, they should wish for 1,000 Mat Sabus.
According to Mahathir, Sabu had done PAS a great deal of damage and if he were still prime minister he would pay PAS members to "talk nonsense" like Sabu and alienate the people.
Read More / Baca Lagi >>

Nik Aziz tetap mahu hudud, tak peduli pendirian DAP

Posted: 22 Sep 2011 08:51 AM PDT

KOTA BARU, 22 Sept — Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat lebih rela jika DAP mahu keluar daripada Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.
Nik Aziz (gambar) berkata beliau akan tetap dengan pendiriannya untuk menegakkan hukum hudud dan penubuhan negara Islam walaupun mendapat tentangan hebat daripada rakan sekutunya itu.
"Saya tetap dengan Islam kerana benda (perkara) ini wujud pada tahun 1950-an lagi dan bukannya benda baru. Berdialog beberapa kali berdialog dah," kata beliau.
Read More / Baca Lagi >>

Hudud: Desakan Tun M punya agenda sebaliknya

Posted: 22 Sep 2011 08:49 AM PDT

KUALA LUMPUR, 22 Sept: Perlaksanaan hukum hudud hanya akan dibuat mengikut keadah dan saluran demokrasi serta melalui proses legislatif-perundangan dan bukan secara paksaan, kata AJK PAS Pusat Dr. Dzulkefly Ahmad.
Menurutnya, selain melepasi proses perundangan itu, PAS juga akan memastkan ianya diterima rakyat sebelum dilaksanakan.

"Saya nak jawab kepada Tun (Dr Mahathir), kita (PAS) akan mengambil pentas demokrasi melalui saluran legislatif dan bukan secara dipaksa atau melalui pintu belakang-back-door," katanya pada sidang media di Pejabat Agung PAS hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab kenyataan Tun M yang mencabar PAS Kelantan melaksanakan Hudud di negeri itu ekoran beliau yang disifatkan penghalang perlaksanaan itu sebelum ini, sudah tidak lagi menjadi perdana menteri.
Read More / Baca Lagi >>

Video : Pembahagian Kerusi PR Selangor Selesai

Posted: 22 Sep 2011 04:37 AM PDT

Video : Terima bantahan PAS, SPR gugur 52 nama

Posted: 22 Sep 2011 04:36 AM PDT

Video : PAS S'gor jumpa JAIS minggu depan

Posted: 22 Sep 2011 04:35 AM PDT

Mahathir: Rakyat pandang jijik wakil rakyat mewah...ha.ha...kita serupa....!!!

Posted: 22 Sep 2011 04:07 AM PDT

Mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menegur wakil rakyat BN supaya mengubah imej mewah yang ditonjolkan sehingga menyebabkan rakyat berasa jijik dengan parti itu.

NONEKatanya, faktor tersebut merupakan salah satu sebab BN merekodkan prestasi buruk pada 2008 – yang masih belum dapat dipulihkan hingga kini.

Persepsi tersebut antara lainnya berpunca daripada kegiatan membeli undi dari kalangan perwakilan semasa pemilihan parti.

"Golongan muda pandang parti komponen sebagai korup dan mereka tidak ingin sokong. Walau tak ramai yang tak sokong, sikit-sikit tak dapat undi, kita akan kalah," katanya dalam satu majlis di Dewan Umno bahagian Kuala Selangor hari ini.Read More / Baca Lagi >>

Jawatankuasa Khas Parlimen: Pakatan Rakyat Usah Jadi Flip-Flop

Posted: 22 Sep 2011 04:02 AM PDT

an2PERTAMA sekali penulis ingin mengucapkan syabas kerana akhirnya pemimpin-pemimpin PR bertindak matang dengan menerima pembentukan Jawatankuasa Khas Parlimen untuk memperbaiki sistem Pilihanraya.   Sebelum ini penulis ada mengkritik pemimpin PR kerana memandang sinis akan pengumuman pembentukan jawatankuasa ini.
Dato' Seri Anwar Ibrahim pada persidangan berita di sini berkata, keputusan untuk menyertai jawatankuasa khas terpilih itu adalah bagi memastikan wakil mereka dapat membawa cadangan pakatan pembangkang yang menuntut pilihan raya yang bersih, iaitu reformasi keseluruhan proses dan pelaksanaan pilihan raya.
Read More / Baca Lagi >>

Rangsangan Kerjaya Siswazah Selangor

Posted: 22 Sep 2011 03:59 AM PDT



Kumpulan Perangsang Selangor Berhad menjemput semua siswazah dan graduan dari negeri Selangor yang masih mencari pekerjaan untuk menyertai program Rangsangan Kerjaya Siswazah Selangor (RKSS) yang dianjurkan di bawah agenda CSR (Corporate Social Responsibility) Perangsang Selangor.
Antara pengisian Program RKSS ini adalah penyediaan kursus-kursus latihan secara PERCUMA seperti berikut:-

1. Sijil Program Pembangunan Kemahiran Siswazah (13 hari)
2. Sijil Pembangunan Usahawan Muda (23 hari)
3. Sijil Perbankan dan Kewangan Islam (13 hari)
4. Sijil Kemahiran Teknikal dan Bukan Teknikal (11 kursus) (5-10 hari)

Untuk mendapat penerangan lanjut dan mendaftar, sila hadir ke Majlis Pelancaran, Penerangan dan Pendaftaran pada 30 September 2011 di Auditorium Dewan Jubli Perak, Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor. Majlis akan dirasmikan oleh YAB Dato' Menteri Besar Selangor.
Maklumat lanjut sila layari:
www.kps.com.my/csr-events/latest

RANGSANGAN KERJAYA SISWAZAH SELANGOR

Gempur Selangor: Gagal Jawab Isu Atau Kerana Poket Sudah Terdesak?

Posted: 22 Sep 2011 03:53 AM PDT

Oleh: sripetaling

"Kuala Lumpur,21hb Sep 2011. Umno dilaporkan akan berkampung di Selangor dalam usaha merampas semula Selangor dari Pakatan Rakyat. Cuma persoalan yang bermain di dalam pemikiran kita ialah kenapa UMNO beria-ria dan ghairah sangat ingin merampas Selangor dari Pakatan Rakyat?

Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: