Rabu, 21 September 2011

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Kerajaan zalim kepada penduduk Kampung Baru

Posted: 21 Sep 2011 09:21 PM PDT

 Majoriti penduduk Kampung Baru menolak Rang Undang-Undang Pembangunan Kampong Baru dan sehubungan itu  Sekretariat Pembangunan Kampong Baru (SPKB) mendesak kerajaan menarik balik  rang undang-undang itu  yang dijadualkan akan dibentangkan untuk bacaan kedua dalam sidang Parlimen bulan Oktober ini.
Pengerusinya, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi menegaskan,  walaupun mendapat bantahan keras dari pemilik dan pewaris tanah Kampong Baru , Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Senator Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin tetap berkeras untuk membentangkan rang undang-undang itu bacaan kedua.
Read More / Baca Lagi >>

Malaysia Maju : 41 pekerja muda diisytihar muflis setiap hari

Posted: 21 Sep 2011 09:19 PM PDT

KUALA LUMPUR 22 Sept. – Kajian Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna (CRRC) mendapati sebanyak 41 pekerja muda diisytiharkan mulis setiap hari dengan 60 peratus daripada kalangan golongan yang sama berhadapan dengan masalah hutang yang serius.
Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk N. Marimuthu memberitahu, hampir 50 peratus individu yang mendapatkan khidmat nasihat daripada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) adalah berumur di bawah 40 tahun.
"Dalam pada itu sebanyak 72 peratus pengguna tidak mempunyai perancangan untuk menghadapi persaraan manakala 77 peratus pekerja muda beranggapan bahawa kemampuan mereka untuk menguruskan kewangan peribadi adalah kurang baik,"  kata Marimuthu dalam satu kenyataan hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Mansor: 'Undi PKR kuatkan Melayu di P Pinang'

Posted: 21 Sep 2011 09:16 PM PDT

Umno, satu-satunya parti komponen BN yang mempunyai 11 kerusi DUN di Pulau Pinang, sering mengadu bahawa kerajaan negeri 'pimpinan DAP' kurang perwakilan Melayu.Read More / Baca Lagi >>

Mangsa BN : Saman RM218 juta ke atas BN, Elegant terus gagal

Posted: 21 Sep 2011 09:15 PM PDT

elegant advisory barisan nasional posters in 2004 election 110808Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menolak permohonan rayuan sebuah syarikat pembekal barangan pilihan raya, Elegant Advisory Sdn Bhd terhadap BN.

Hakim Mohamad Ariff Md Yusof berkata keputusan itu dibuat kerana mendapati tuntutan syarikat itu telah ketinggalan masa.

Katanya, terdapat tempoh masa kerana kes berkenaan difailkan selepas enam tahun dari tahun 2004.

"Mahkamah juga arahkan Elegant Advisory membayar kos RM1,500 yang mesti dibayar dalam tempoh sebulan dari tarikh ini."
Read More / Baca Lagi >>

'Bukan salah Kelantan belum laksana hudud'

Posted: 21 Sep 2011 09:12 PM PDT

NONEBekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, bukan menjadi kesalahan Kelantan ekoran hukum hudud masih tidak dapat dilaksanakan di negeri itu disebabkan keterbatasannya.

Katanya, suasana kondusif untuk melaksanakan hukum itu terikat bukan sahaja dengan persekitaran dalam negeri tetapi juga dengan pentadbiran kerajaan pusat.

"Selagi Kelantan tidak mendapat kerjasama Pusat sepenuhnya, tidak mungkin suasana kondusif itu dapat diwujudkan.

"Selepas itu banyak lagi perkaitan lain yang mesti dilangsaikan sebelum dilaksanakan," kata Dr Asri (kanan).

Dalam kenyataannya hari ini, Dr Asri berkata, Kelantan telah memainkan peranan mempromosi hukuman itu walaupun masih terbatas disebabkan banyak kekangan.
Read More / Baca Lagi >>

Kelantan dan tanggungjawab hudud

Posted: 21 Sep 2011 09:11 PM PDT

22 SEPT — Apabila sebut hudud di Malaysia, ramai yang akan mengingati hasrat Kelantan untuk melaksanakan undang-undang tersebut. Ada yang menyatakan hasrat tersebut sekadar mainan politik, padahal tuduhan itulah mainan politik.
Saya bukan anak Kelantan, tidak juga aktivis parti di Kelantan. Saya orang luar Kelantan yang sering diberikan peluang oleh Kerajaan Kelantan untuk melihat pentadbiran dari dekat. Saya yakin bahawa dalam isu hudud hasrat Kelantan bukan main-main. Ia adalah hasrat yang terbit dari perasaan tanggungjawab perintah muslim terhadap ayat-ayat Allah dalam al-Quran dan nas-nas Rasulullah s.a.w dalam sunnah baginda.
Saya sendiri mendengar perkataan YAB Menteri Besar Kelantan ketika ditanya tentang hudud, beliau menjawab: "Jika Allah tanya saya di akhirat, saya akan beritahu Kerajaan Pusat menghalang saya melaksanakannya."
Saya lihat wajahnya, saya rasai kejujuran dan kebimbangan beliau yang diamanahkan pemerintahan mengenai hukum Allah berkenaan. Apa tidaknya, Allah menegaskan dalam al-Quran: (maksudnya) "Ini ialah satu 'surah' yang Kami turunkan, dan Kami wajibkan hukum-hukumnya, serta Kami turunkan padanya ayat-ayat keterangan yang nyata supaya kamu beringat. Perempuan Yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman" (Surah an-Nur: 1).
Read More / Baca Lagi >>

Siapa karut, Mat Sabu ke Zainal Kling?

Posted: 21 Sep 2011 09:08 PM PDT

Subky Latif   
MAT Sabu menyarankan supaya sejarah ditulis semula disebabkan oleh sejarah kemerdekaan tidak  ditulis dengan betul. Maka sekalian penyokong kerajaan mengira Mat Sabu mengarut.

Dalam reaksinya atas kontroversi Mat Sabu itu, Prof. Zainal Kling, jika di barat dipanggil Prof.  Kling saja berpendapat Tanah Melayu tidak pernah dijajah British. Pro Mat Sabu pula mengiranya karut juga.
Read More / Baca Lagi >>

Hudud: Nik Aziz kata respons Dr M lucu, mahu Najib tarik balik surat ‘lama’

Posted: 21 Sep 2011 09:06 PM PDT


KUALA LUMPUR, 22 Sept — Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam sebagai sesuatu yang melucukan apabila meminta Menteri Besar Kelantan itu merujuk hasrat mahu melaksanakan hukum hudud kepada pentadbiran Najib.
Nik Aziz berkata mengikut protokol pentadbiran negara mana-mana surat rasmi yang dihantar kepada perdana menteri tidak akan tamat tempoh kuat kuasa apabila penyandang semasa meletakkan jawatan.
Read More / Baca Lagi >>

Samun : Tiga pegawai SPRM samun KLIA dilucut tugas ....Malaysia Boleh..!!

Posted: 21 Sep 2011 09:04 PM PDT

Tiga pegawai SPRM samun KLIA dilucut tugasKUALA LUMPUR - Tiga pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang ditahan polis dipercayai terlibat dengan kes samun ke atas seorang pengurup wang di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah dikecualikan dan dilucutkan daripada sebarang tugasan siasatan.
Ketiga-tiga mereka dilucutkan daripada sebarang tugasan sementara menunggu hasil siasatan polis, menurut kenyataan SPRM yang dikeluarkan di sini, Selasa.
Menurut SPRM ketiga-tiga pegawai itu bukan terdiri daripada pegawai kanan tertinggi suruhanjaya itu seperti yang dilaporkan dalam sebuah akhbar tempatan hari ini, dan menganggap dakwaan yang dibuat oleh akhbar itu adalah sesuatu yang serius.
Read More / Baca Lagi >>

Judi Versi UMNO : Judi haram makin banyak di Melaka ....Judi berlesen pun banyak..!!!

Posted: 21 Sep 2011 09:02 PM PDT

Judi haram makin banyak di MelakaMELAKA - Sebahagian daripada penduduk di negeri ini kini melahirkan kebimbangan dengan kewujudan pusat-pusat perjudian haram yang tumbuh membiak bagai cendawan di negeri itu tanpa tindakan tegas pihak penguat kuasa.
Pusat perjudian yang beroperasi di kafe-kafe siber di seluruh negeri ini dikatakan turut menimbulkan rasa tidak puas hati kepada pemimpin kerajaan negeri ini.
Menurut sumber, kerajaan negeri pernah melahirkan rasa tidak puas hati itu kerana pihak berkuasa tidak tegas dalam menangani kegiatan itu.
Namun, pengusaha premis perjudian berkenaan pula semakin rakus mengaut keuntungan apabila kegiatan mereka berjaya menarik minat ramai pelanggan berpendapatan rendah, golongan belia, pelajar sekolah dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT).
Read More / Baca Lagi >>

Masalah ‘Puasa Enam’

Posted: 21 Sep 2011 09:00 PM PDT

Ustazah Maznah Daud
Ramadan Karim telah pun berlalu pergi. Kini umat Islam, khususnya di Malaysia masih ghairah meraikan kemeriahan Syawal yang dianggap sebagai bulan raya.
Selain raya, Syawal juga dikaitkan dengan 'puasa enam'. Kita sedia maklum akan hukum serta fadilatnya. Namun persoalan sering timbul mengenai cara melaksanakannya.
Di sini saya akan cuba huraikan beberapa persoalan yang berkaitan dengannya.
1. Hukum
Terdapat beberapa hadis yang sahih berkaitan dengan puasa pada bulan Syawal. Antaranya:
a. Sabda Nabi sallallahu alaihi wasallam yang bermaksud: "Sesiapa yang berpuasa Ramadan dan diikuti dengan enam hari daripada Syawal, dia seolah-olah berpuasa sepanjang tahun." Riwayat Muslim daripada Abu Ayyub.
b. "Sesiapa yang berpuasa Ramadan, satu bulan ganjarannya sepuluh bulan. Dan dia berpuasa enam hari daripada bulan berbuka (Syawal), dengan itu genaplah (pahala) satu tahun." Riwayat Sa'eid bin Mansur daripada Thauban.
Read More / Baca Lagi >>

Ada apa dengan Gorbachev dan Habibie

Posted: 21 Sep 2011 08:54 PM PDT

Pada akhir dekad 1980-an, pemimpin Parti Komunis Soviet Union Mikhail Gorbachev melancarkan reformasi politik dan ekonomi untuk membaharui azam dan iltizam pemerintahan kuku besi yang semakin tidak disukai rakyat Rusia.
Pada akhir dekad 1990-an, menjelang alaf baru, B.J. Habibie menggantikan Suharto yang meletak jawatan sebagai Presiden Indonesia berikutan kebangkitan reformasi rakyat Indonesia, khususnya para pelajar, akibat krisis ekonomi dan sistem pemerintahan yang zalim.
Read More / Baca Lagi >>

Pru 13 : Belanjawan 2012, peluang terakhir jamin undi BN

Posted: 21 Sep 2011 08:52 PM PDT

Menjelang Pilihan Raya Umum ke-12 pada Mac 2008, pembangkang menjanjikan penurunan harga minyak serta-merta sekiranya berjaya menguasai Putrajaya.

Sejak itu, isu harga minyak yang menjejaskan Barisan Nasional ekoran keputusan Tun Abdullah Ahmad Badawi yang menjadi perdana menteri pada masa itu terus menjadi isu kritikal melibatkan sokongan pengundi.
Read More / Baca Lagi >>

Ke arah Sifar Pembangkang di Negeri Sembilan...!!!

Posted: 21 Sep 2011 08:50 PM PDT

SENAWANG, 20 September – Penduduk DUN Paroi hari ini seolah olah bangkit bagi membuktikan bahawa mereka sudah bersedia memberi semula kawasan DUN Paroi ke atas pentadbiran Barisan Nasional.  'Majlis Pemimpin Bersama Rakyat serta Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2011 dan Sambutan Kemerdekaan ke 54 Peringkat DUN Paroi' kunjungan lebih dari 10 ribu orang.
Bertempat di Padang Sekolah Men. Keb. Senawang kehadiran Menteri Besar, Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan dan isteri di sambut dengan persembahan Silat Gayong Taman Widuri.
Read More / Baca Lagi >>

Video : Mufti Perak tidak berkata benar....

Posted: 21 Sep 2011 08:47 PM PDT

Video : Coffins of protesters carried in Sanaa

Posted: 21 Sep 2011 08:42 PM PDT

Video : Yemeni protester holds up 'shell fired by government forces'

Posted: 21 Sep 2011 08:41 PM PDT

Video : Battle for Gaddafi hometown continues

Posted: 21 Sep 2011 08:40 PM PDT

Video : Mat Indera miliki ilmu halimunan !

Posted: 21 Sep 2011 08:39 PM PDT

Video: Palestinians Protest in West Bank

Posted: 21 Sep 2011 08:32 PM PDT

Video : Pakatan hantar 3 wakil sertai JK Khas pilihanraya

Posted: 21 Sep 2011 08:31 PM PDT

Video - Hantu Bonceng: Zizan tanya Ustaz Azhar

Posted: 21 Sep 2011 08:30 PM PDT

Insaf Dalam Menilai Setiap Insan

Posted: 21 Sep 2011 08:29 PM PDT

Oleh Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
Dalam kehidupan ini kita akan bertemu dengan pelbagai ragam manusia. Setiap inhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjG2no3UIWRQrn-F6Fahdo-SlWC30n1B9OVyYrdcVC5rckeBL9YyhXQNBmDgcx_iuEhUifHWPnQFe66dQBPy78053qV2Aj8BrwAV1FVBld7TYbBnim0-N5gr6wqTT-dF4wgcMr3ZXIjYpQ/s1600/prof+madya+dr+mohd+asri+zainul+abidin.jpgdividu membawa pelbagai perwatakan. Kadang-kadang kita keliru dalam membuat penilaian. Keliru dalam menentu watak baik dan buruk. Ini disebabkan pada diri seseorang itu boleh terkumpul kedua unsur tersebut; unsur baik dan unsur buruk.

Jika kita melihat kepada seseorang insan pada unsur baik semata, tentu kita akan menilainya sebagai insan yang baik.
Read More / Baca Lagi >>

Negeri Lain Wajar Contohi Selangor Laksana Gaji Minima

Posted: 21 Sep 2011 08:28 PM PDT


SUNGEI WAY 22 SEPT: Langkah kerajaan negeri Selangor memperkenalkan skim gaji minima yang bermula Januari tahun hadapan disambut baik  Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA).

Pelaksanaannya yang sekian lama dinantikan, akhirnya kini dapat direalisasikan seterusnya dapat membantu meringankan beban rakyat di negeri ini, kata Presiden FOMCA, Datuk Marimuthu Nadason.

Bahkan menurut beliau, pelaksanaan skim gaji minima ini sekaligus dapat memacu ekonomi ke arah negara berpendapatan tinggi.

"Saya rasa dengan gaji minima ini apa yang akan kita boleh menjadi sebuah negara yang berpendapatan tinggi. Bila kita memberikan gaji yang sepatutnya seseorang itu  patut dapat, saya pasti produktifnya akan meningkat.
Read More / Baca Lagi >>

Obama ingatkan Palestin tiada jalan singkat rasai damai

Posted: 21 Sep 2011 08:26 PM PDT

Presiden Amerika Syarikat Barack Obama mengadakan pertemuan dengan pemimpin Palestin Mahmoud Abbas di New York semalam. — Foto Reuters
NEW YORK, 22 Sept — Presiden Amerika Syarikat Barack Obama memberitahu Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa rakyat Palestin berhak mendapatkan negara mereka sendiri tetapi ia harus diperoleh menerusi perundingan dengan Israel.Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: