Selasa, 20 September 2011

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Lebih 300,000 PATI tak bekerja di sektor dibenarkan

Posted: 20 Sep 2011 08:40 AM PDT

Seramai 327,991 pekerja asing tanpa izin (PATI) diisytihar tidak bekerja dalam lima sektor yang dibenarkan dalam dasar semasa kerajaan, menurut laporan fasa pertama Program Penyelesaian Menyeluruh Menangani Pekerja Asing Tanpa Izin (Program 6P).

Lima sektor itu ialah pekilangan, peladangan, pertanian, pembinaan dan 15 jenis pekerjaan dalam sektor perkhidmatan.
Read More / Baca Lagi >>

Pemuda Gerakan kesal dakwaan Benz kelas-S

Posted: 20 Sep 2011 08:39 AM PDT

Ketua Pemuda Gerakan Lim Si Pin telah menafikan bahawa beliau membuat kenyataan mendakwa naib presiden PKR Tian Chua memiliki Mercedes Benz kelas-S.

Sebaliknya, dalam satu kenyataan akhbar beliau menjelaskan bahawa dia menggunakan perkataan "menggunakan" dan bukannya "memiliki".Read More / Baca Lagi >>

Nazri to lobby PM for MRT realignment

Posted: 20 Sep 2011 08:37 AM PDT


Nazri said today that former Transport Minister Datuk Seri Ong Tee Keat (pic) had written to him recently to propose alternative routes. — file pic
KUALA LUMPUR, Sept 20 — Datuk Seri Nazri Aziz today waded into the MRT land grab controversy plaguing Jalan Sultan and Jalan Bukit Bintang traders, by promising to meet with the prime minister tomorrow to push for a realignment of the multimillion ringgit rail network.
The senior Cabinet minister told reporters here that it makes "no sense" for the government to demolish areas considered as heritage sites when it had just recently spent millions to preserve Brickfield's "Little India".
"Firstly, we would be destroying our heritage forever, in the blink of an eye.
Read More / Baca Lagi >>

Apa helah JPN guna kod '71' yang misteri?

Posted: 20 Sep 2011 08:35 AM PDT

Malaysiakini melaporkan:
Pemuda PAS terus menyatakan kebimbangan mereka terhadap sistem pilihan raya, kali ini ekoran jumlah besar pemegang kad pengenalan dengan kod 71 - yang didakwa tidak diketahui negara asal kelahirannya.
 
Pengerusi pemulihan demokrasi dan mobilisasi Pemuda PAS Suhaizan Kaiat (bawah) berkata, ini kerana berdasarkan semakan di laman web Jabatan Pendafaran Negara (JPN), tiada kod 71 disenaraikan sebagai kod rasminya.
Read More / Baca Lagi >>

Zahid Kena Pantau Politik Jamil Khir

Posted: 20 Sep 2011 08:34 AM PDT


Menteri Pertahanan Ahmad Zahid Hamidi tolong ambil perhatian sedikit terhadap apa yang ditulis oleh Ustaz Kagat seperti mana disiarkan dalam blog TKO berhubung apa dinamakan konspirasi dalam perlantikan Beg Jen Mustafa sebagai Pengarah Kagat yang dikatakan ada peranan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir dan para pengikut setianya.

Ustaz Kagat ada menyebut kedudukan beberapa orang pegawai yang dikatakan berubah selepas perlantikan itu. Ustaz Kagat itu juga menyebut Jamil masih berkuasa di Kementah dan kekuasaanya lebih meluas dari Zahid Hamidi sebagai Menteri Pertahanan.
Dalam tulisan itu juga Ustaz Kagat ada menyebut beberapa nama pegawai yang rapat de
ngan Jamil Khir dan merupakan pegawai yang beritikaf dan bertahajjud di padang Golf. Pegawai inilah yang meninggalkan kerja-kerja kepada pegawai bawahan kerana tergilakan golf.
Kalau tidak silap isu pegawai tentera tinggal opis sebelum jam 4:30 ini pernah dibangkitkan dalam Parlimen tetapi dinafikan oleh Zahid Hamidi. Sudah pasti sebagai seorang menteri berjiwa Islam dan berimej Islam Zahid tidak akan merelakan keadaan ini dan membiarkan pegawai tentera mencuri tulang.
Read More / Baca Lagi >>

Umno: Pemimpin PAS tak mampu jadi MB Kedah....

Posted: 20 Sep 2011 08:29 AM PDT

ALOR SETAR, 20 Sept – Siapa saja daripada kalangan pemimpin PAS yang dipilih menjadi Menteri Besar Kedah tidak penting kerana calon tersebut tidak mampu menyumbang untuk pembangunan dan melaksanakan projek kesejahteraan rakyat.
Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kedah, Datuk Wira Mohd Johari Baharom berkata, PAS hendaklah buktikan dahulu ia telah melaksanakan projek pembangunan untuk rakyat dan bukan mengambil kredit daripada usaha kerajaan pusat.
"Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah sendiri tidak mampu melaksanakan apa-apa projek, apakah calon lain boleh," katanya dipetik Bernama Online pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Jabatan-jabatan Persekutuan
Read More / Baca Lagi >>

Najib: Tadbir negara tidak banyak beza tugas CEO...woii..ingat negara ni syarikat swasta kaa...!!!!

Posted: 20 Sep 2011 08:28 AM PDT

KUALA LUMPUR, 20 Sept – Apa yang membuatkan Datuk Seri Najib Razak sentiasa bersemangat?
Hari ini, Perdana Menteri mendedahkan semuanya kepada rakyat Malaysia, apa yang membuatkannya sentiasa bersemangat, mendedahkan sisi menarik dalam kehidupan peribadinya dalam melaksanakan tugas dan memenuhi kepercayaan rakyat.
Dalam siaran langsung radio awal pagi ini dengan stesen MIX fm, hitz.fm dan Era, Najib telah ditanya pelbagai soalan, antara lain, bagaimana beliau mampu melaksanakan tugas dengan baik, kekal sihat dan cergas, menguruskan masa, media baru yang digunakannya dan muzik kegemarannya.
Read More / Baca Lagi >>

Jalur Gemilang: Manoharan minta maaf, UMNO-BN masih menggila

Posted: 20 Sep 2011 08:20 AM PDT

SHAH ALAM, 20 SEPT –  Isu Jalur Gemilang telah selesai selepas Ahli Dewan Undangan Negeri DAP Kota Alam Shah, M Manoharan meminta maaf secara terbuka atas pandangannya berhubung bendera Malaysia.
Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Teresa Kok berkata UMNO dan Barisan Nasional sepatutnya tidak memainkan lagi isu itu, sebaliknya menumpukan perhatian kepada segala 'transformasi' yang dilaungkan Datuk Seri Najib Razak untuk kepentingan rakyat Malaysia.
Read More / Baca Lagi >>

Permainan politik Mahathir-Najib

Posted: 20 Sep 2011 08:15 AM PDT

Oleh Daing Yahya
Tun Mahathir Mohamed telah cuba 'menasihatkan' kepada anak didiknya Datuk Seri Najib Razak http://farm1.static.flickr.com/241/458620048_56179391d4.jpguntuk menangguhkan pilihan raya umum yang ke-13 atas alasan bahawa imej UMNO-Barisan Nasional masih tidak menentu.
Bagi orang UMNO khususnya, pandangan seorang yang berpengalaman seperti Mahathir pastinya berasas. Justeru, para pemimpin UMNO pasti tidak akan 'masuk telinga kiri keluar telinga kanan'.

Read More / Baca Lagi >>

BN, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) guna kod rahsia untuk rampas Selangor

Posted: 20 Sep 2011 08:14 AM PDT


Lajnah Pemulihan Demokrasi dan Mobilisasi Rakyat, Dewan Pemuda PAS Malaysia mengesan kewujudan 170,818 pengundi misteri yang memegang kad pengenalan berkod 71, kata Pengerusinya, Suhaizan Kaiat.
Menurut beliau, daripada jumlah itu, 57.32 peratus atau 97,923 merupakan pengundi berdaftar di negeri Pakatan Rakyat.
"Masing-masing di Kedah seramai 5,793 orang, Pulau Pinang (12,799), Kelantan (15,345) dengan jumlah tertinggi berada di Selangor mencecah 29,758.

"Bagi Perak, yang dirampas Umno BN, jumlahnya juga tinggi iaitu seramai 16,680 selain Wilayah Persekutuan berjumlah 17,548," katanya dihubungi Keadilandaily.com hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Kesian ketiga-tiga adik ini, jadi mangsa bukan kepada ibu atau bapak ayam, tapi kepada cik gu 'cap ayam'......alahai.....

Posted: 20 Sep 2011 08:12 AM PDT

Perawakan adik-adik ini baik, lembut dan berpotensi dididik menjadi anak yang berguna pada negara. Mereka bukan penyangak......mereka menjadi mangsa kepada segelintir manusia yang ber'nafsu' besar......berkeinginan tinggi.....impikan nama terangkat menjadi terbilang lagi tersohor.Read More / Baca Lagi >>

Khianat awam??

Posted: 20 Sep 2011 08:11 AM PDT


Nampaknya puak-puak gerombolan sekali lagi memperkudakan mahkamah untuk 'kena'-kan Mat Sabu dalam isu Mat Indera dan serangan Bukit Kepong.
Read More / Baca Lagi >>

Mengenang Genap 13 Tahun Reformasi 1998 Anwar Ibrahim

Posted: 20 Sep 2011 08:07 AM PDT

Doi Moi.

Reformasi.

Slogan keramat yang memecah suasana tenang politik Malaysia sesudah bekas Timbalan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dipecat pada 2 September 1998.

Maka bermulalah gerakan besar-besaran rakyat yang bangun mempertahankan keadilan dan menyanggah kezaliman Mahathir dan kuncu-kuncunya sejak krisis ekonomi Asia setahun sebelumnya.

Jika diamati gerakan ini yang genap 13 tahun hari ini, telah banyak kebobrokan rejim Umno-APCO dibongkar satu persatu melalui serangan politik yang konsisten biarpun Anwar sendiri hidup di penjara selama enam tahun.Read More / Baca Lagi >>

Apakah kelebihan kepada BN sekiranya Anwar dipenjarakan ...?

Posted: 20 Sep 2011 08:03 AM PDT

Apakah kelebihan kepada BN sekiranya Anwar dipenjarakan Retak mula kelihatan dalam Umno dan Barisan Nasional (BN) sedang pemimpinnya menghadapi tekanan dengan spekulasi pilihan raya umum yang bakal dilangsungkan tidak lama lagi seiring dengan serangan habis-habisan terhadap Anwar Ibrahim yang sedang berlaku kini.
Mereka sedang menucuk-nucuk pemimpin PKR yang berkarisma dan pemimpin Pakatan Rakyat, yang masih lagi dianggap sebagai ancaman utama UMNO dan BN dalam pilihan raya akan datang, justeru mereka ingin melihat golongan ini dikeluarkan dari persada politik negara dengan apa jua kos.
Kebimbangan mereka dilihat berasas memandangkan kedudukan Anwar dalam Pakatan masih kukuh dan tidak goyah dalam gabungan pembangkang itu sekalipun pelbagai ujian dan seksaan keatasnya, terutamanya perbicaraan kes liwat yang terpaksa dihadapi oleh ahli politik yang berusia 64-tahun itu.
Read More / Baca Lagi >>

Nazri jamin dua akta baru tidak ‘keras’ banding ISA

Posted: 20 Sep 2011 08:02 AM PDT


KUALA LUMPUR, 20 Sept – Datuk Seri Nazri Aziz berkata dua undang-undang baru yang hendak digubal tidak akan membawa elemen-elemen yang 'lebih keras' berbanding Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang bakal dimansuhkan.
Menjawab gesaan kumpulan pendesak agar undang-undang baru itu wajar mengekalkan roh ISA, Nazri (gambar) berkata, kedua-dua akta yang hendak digubal itu tidak akan bersifat "lebih menindas" sebagaimana telah dijanjikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak minggu lalu.
Nazri juga berkata salah satu akta baru itu akan digunakan khusus untuk menangani keganasan manakala yang satu lagi bagi menjaga ketenteraman dan keselamatan awam dengan tumpuan ke atas soal perkauman dan agama.
Read More / Baca Lagi >>

Nazri: Tahanan tanpa bicara akan diteruskan

Posted: 20 Sep 2011 07:58 AM PDT

Amalan penahanan tanpa perbicaraan akan diteruskan walaupun dengan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 dan undang-undang pencegahan yang lain, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.Read More / Baca Lagi >>

Kami ambil tindakan undang-undang, Maybank beri NUBE amaran

Posted: 20 Sep 2011 07:57 AM PDT


KUALA LUMPUR, 20 Sept – Malayan Banking Berhad, yang terlibat dalam pertikaian perhubungan industri dengan Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Perbankan (NUBE) sejak 2009 mahu mengambil tindakan undang-undang jika kesatuan itu meneruskan serangan dengan membuat dakwaan tidak berasas.
Read More / Baca Lagi >>

Politik Samseng : Mat Sabu ditahan sebelum dibebas dengan jaminan polis

Posted: 20 Sep 2011 07:56 AM PDT

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, ditahan untuk diambil keterangan di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pulau Pinang sebelum dibebaskan dengan jaminan polis hari ini.
Read More / Baca Lagi >>

Video : Yemen Street Battles Run for a 3rd Day

Posted: 20 Sep 2011 07:54 AM PDT

Video : Pelajar Syria Selamat Tiba Di KLIA

Posted: 20 Sep 2011 07:50 AM PDT

Video - Tak dijajah: Rakyat tunggu jawapan kerajaan

Posted: 20 Sep 2011 05:30 AM PDT

Video : Rumah Mat Sabu Diserang

Posted: 20 Sep 2011 05:29 AM PDT

Video : Semakan Kehakiman Bersih 2.0 Diketahui 28 Sept

Posted: 20 Sep 2011 05:28 AM PDT

Video : Pakar DNA Australia Tidak Setuju Sel Sperma Mampu Bertahan Lebih 100 Jam

Posted: 20 Sep 2011 05:27 AM PDT

Video - Shafie: Claims Orang Asli not consulted are not true

Posted: 20 Sep 2011 05:25 AM PDT

Tiada ulasan: