Sabtu, 17 September 2011

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Tun M kata Komponen BN Lembik. ......Presiden BN......ha..ha..ha..

Posted: 17 Sep 2011 08:52 PM PDT


KUALA LUMPUR 17 Sept. - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan sesetengah parti komponen Barisan Nasional (BN) yang nampaknya tidak begitu bermaya sejak kebelakangan ini supaya cergas semula dan turun ke padang untuk menghadapi dan membantu rakyat.

Tanpa menamakan mereka, beliau berkata parti-parti itu harus meyakinkan diri bahawa mereka mempunyai kemungkinan akan terus berjaya supaya BN akan menjadi suatu 'formidable force' atau kuasa yang kuat bagi menghadapi pilihan raya yang akan datang.
Read More / Baca Lagi >>

Habislah PKR : 7,000 bekas ahli PKR Selangor sertai BN - Najib.........patut sebut 70,000 baru ok...!!!

Posted: 17 Sep 2011 08:50 PM PDT


SHAH ALAM, 17 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menerima 7,000 keping borang keahlian untuk menyertai Barisan Nasional (BN) daripada bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) dari sekitar Selangor.
Mereka terdiri daripada ahli PKR di kawasan Seri Muda, Shah Alam, Bukit Kemuning, Puchong, Kinrara, Petaling Jaya dan Ijok.
Read More / Baca Lagi >>

BN Selangor - bermimpi di siang hari

Posted: 17 Sep 2011 08:47 PM PDT

Najib berkata yang beliau tidak takut dengan Anwar kerana beliau mengakui yang dalam sebuah demokrasi parti adalah lebih kehadapan dari individu. Tetapi jika benar apa yang di katakan oleh PM itu maka beliau tidak payah menyebut nama Anwar tetapi di sebaliknya beliau sepatutnya bercakap tentang PR, bukannya Anwar.

Apa yang di katakan oleh PM itu benar kerana tidak ada sesiapa yang perlu takut pada mana-mana individu. Saya yang begitu kecil ini pun tidak takut pada Anwar dan pada sesiapa sahaja yang melakukan rasuah dan salah guna kuasa. Yang perlu semua pihak takut dalam politik ini ialah rakyat yang ramai yang mempunyai hak kepada seluruh negara kita.
Read More / Baca Lagi >>

Najib masih nak kelentong rakyat !

Posted: 17 Sep 2011 08:43 PM PDT

Masih bersikap angkuh, takbur dan hipokrit !

Di bawah ini ialah Petikan kata-kata Najib ketika berucap menutup Konvensyen Barisan Nasional (BN) Selangor di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini petang semalam ……"Saya tidak takut dengan Anwar Ibrahim,.. saya tidak keberatan jika perlu berhadapan dengan Ketua Pembangkang itu dalam mana-mana debat ala pemilihan presiden"

Acah je tu,… hakikatnya sudah terbukti Najib yang sebenar ialah seorang yang  penakut!  Najib yang sebenar ialah pembohong. Contoh – Najib berjanji untuk membenarkan perhimpunan BERSIH di stadium, tapi tak ditunaikan, malahan cuba berdolak dalik. 
Read More / Baca Lagi >>

Menekuni perutusan Aidilfitri Tok Guru Nik Aziz

Posted: 17 Sep 2011 08:40 PM PDT

Oleh Abd Shukur
DALAM suasana sambutan Aidilfitri yang berterusan diadakan di sana sini dengan pelbagai cara, saya terkesan dengan perutusan hari raya Menteri Besar Kelahttp://dinmerican.files.wordpress.com/2010/04/nik-aziz.pngntan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat baru-baru ini.
Beliau menyeru umat Islam ketika menyambut hari raya, supaya membuka ruang beramah mesra dengan sahabat handai, jiran bukan Islam, bahkan penghuni rumah berdekatan masjid dan surau daripada kalangan bukan Islam agar dijemput sama merayakan hari raya.
Read More / Baca Lagi >>

Jangan loba dalam bab makan

Posted: 17 Sep 2011 08:39 PM PDT

Oleh MOHAMMAD ZAKI YAHPAR YAHYA AL-MUARI
SEBULAN pada bulan Ramadan, kita telah berjaya mengekang nafsu dengan 'ketiadaan' https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhIBoQPzlRQCY-wlPnwt8CzybjBi9Jjqya1_vAF1mjTM7MxL4BBc7FR_DxLrLQAN0JJSEZyhVxYLmKC2cb4vISblclfIN-sY8IjsreIP8caoh35eFTUo1sPkYx8v_WQX9ggLjjnZfWz2kCa/s400/openhouse.jpgsyaitan. Kita telah melakukan banyak amal ibadah dengan sebab keberkatan bulan ini. Pada waktu siangnya kita menahan diri daripada perkaraperkara yang membatalkan puasa termasuklah makan dan minum.
Kita telah pun masuk di bulan Syawal iaitu bulan ke-10 dalam kalendar Hijrah. Jika dalam bulan Ramadan, kita dijamu dengan pelbagai hidangan pada waktu berbuka puasa. Dengan adanya 'bazar Ramadan', majlis berbuka puasa, dan bermacam lagi majlis yang menghidangkan makanan, sesetengah kita masih lagi dapat mengawal nafsu makan itu.
Read More / Baca Lagi >>

Perhebat isu harga barang

Posted: 17 Sep 2011 08:38 PM PDT

Oleh Zulkifli Yahya
SERANGAN bertalu-talu terhadap Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan PAS shttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiQGXHw9HqSmLNDDUQ6N1HZVBe8rjoaPr4LfZo7nGrvijdFtBJvOJkOXNWij66jjVeMSGdJUYzF3sf5cOJU6-R6bl70DVRmNJsFU7VeApmeECND1c2nuAIjAkLKh669g5oDeoDfgNuohycL/s400/barang+naik2.JPGendiri berhubung isu Mat Indera dibuat tanpa henti, setiap hari. Ada pihak dalam Pakatan Rakyat yang sudah panik, nampak macam kertas undi PAS dalam tong undi terbang melayanglayang.

Serangan media talibarut BN secara bersepadu dan bertalu-talu itu adalah salah satu daripada kaedah peperangan. Pada zaman Rasulullah s.a.w. ia dipanggil Pakatan Ahzab.
Read More / Baca Lagi >>

Ketua Hakim yang baru harus elak jadi alat politik Umno

Posted: 17 Sep 2011 08:37 PM PDT

Oleh ROY RASUL
KUALA LUMPUR: Jabatan Undang-undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Pusat berharap proses transisi Ketua Hakim Negara yang baruhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgl3FVVAQTSQib4zWOSSNksO972k2GBplE66Tl8wnnyntLc7SCujMJy2EywZsQxLNm4iDvecFNuOpKPDwG48A6NSnSgRKCT3K3ldUF4RgDaDIMvL7x6YCJFqBQzYmrQ-jg3-mIiR1V7K3M9/s1600/mahkamah.jpg Hakim Besar Malaya Tan Sri Arifin Zakaria dapat menyokong hasrat murni seluruh rakyat Malaysia.
Pengarahnya, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi berkata, ini kerana mereka ingin melihat Ketua Hakim Negara dapat mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada sistem Kehakiman Negara, setelah tercalar teruk sejak peristiwa hitam pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas pada tahun 1988.
Read More / Baca Lagi >>

Papa Gomo bongkar penipuan Eskay dan Dato T!

Posted: 17 Sep 2011 08:36 PM PDT

UTUSAN Malaysia ada menyiarkan kenyataan Eskay, bahawa beliau telah memberitahu polis lokasi hotel tempat lelaki yang didakwanya adalah Anwar Ibrahim berzina dengan pelacur cina [Utusan].

Tujuan Eskay mendedahkan lokasi hotel tersebut kononnya untuk mempercepatkan siasatan pihak Polis.

Read More / Baca Lagi >>

AKN Ganti ISA. Berkuatkuasa Sertamerta

Posted: 17 Sep 2011 08:33 PM PDT

Pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) oleh YAB Dato' Seri Najib Razak telah diganti dengan satu akta baru yang berkuasa sertamerta.

Akta baru itu dikenali sebagai AKN atau nama penuhnya Akta Keselamatan Najib.  
PETALING JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan rakyat supaya tidak terlalu ghairah dengan pengumuman mengenai pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana undang-undang baru bakal menyusul.

Libyan forces battle to loosen grip on Gaddafi towns

Posted: 17 Sep 2011 07:59 PM PDT

Anti-Gaddafi fighters step on a picture they found of Muammar Gaddafi as they celebrate the taking of Herawa yesterday. — Reuters pic
BANI WALID, Libya, Sept 18 — Libyan interim government forces charged a desert stronghold controlled by fighters loyal to Muammar Gaddafi and battled on the streets of the ousted leader's hometown as they struggled to quash his last pockets of support. Nearly a month since they drove Gaddafi's forces out of the capital Tripoli, transitional government fighters have become mired in sieges of his loyalists' remaining redoubts, raising doubt over whether they can quickly unite the vast country.
Forces backed by Libya's National Transitional Council (NTC) made little headway against stiff resistance in Gaddafi's birthplace Sirte yesterday, but were able to celebrate the capture of the town of Herawa 60km to the east.
Read More / Baca Lagi >>

Anwar Kena Sahut Cabaran Najib Untuk Berdebat

Posted: 17 Sep 2011 07:49 PM PDT

SELEPAS mengumumkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan dan beberapa akta dan undang-undang lain akan dikaji yang boleh disifatkan satu langkah berani Najib Razak, hari ini dia menunjukkan satu lagi keberanian apabila mengatakan tidak gentar dengan Anwar Ibrahim.

Katanya dia sedia berhadapan untuk berdebat dengan Anwar Ibrahim ala-ala pemilihan presiden. Perdebatan itu berasaskan dan ruang demokrasi yang sedia ada.

Saya rasa bukan saja saya gembira dengan perkembangan ini tetapi orang lain juga. Saya tidak mahu soal siapa akan menang dalam perdebatan ini tetapi kalau peristiwa itu berlaku ia merupakan satu lagi perubahan politik di negara ini. Ia juga satu sejarah yang dicatat di era Najib selaku Perdana Menteri.
Read More / Baca Lagi >>

Jutaan demonstran bergabung dalam aksi anti-Saleh di Yaman

Posted: 17 Sep 2011 07:44 PM PDT


SANA'A (Arrahmah.com) – Jutaan orang bergabung dan memenuhi jalanan di seluruh Yaman, menyerukan peningkatan aktivitas perubahan dan mundurnya Ali Abdullah Saleh, Press TV melaporkan Sabtu (17/9/2011).

Sementara Saleh masih memegang teguh kekuasaannya, para demonstran menyelenggarakan aksi massa pada hari Jumat (16/9) di ibukota dan mengulangi pernyataan bahwa mereka tidak akan mundur sampai penguasa diktator Saleh mundur.
"Ini adalah revolusi sejati" dan "Bebaskan rakyat! Lanjutkan revolusi ini! Demi kebaikan!" teriak para demonstran.
Read More / Baca Lagi >>

Video : ISA Repeal-It's a people's victory 16 Sept 2011

Posted: 17 Sep 2011 07:40 PM PDT

Video : Weather did not dampen the Malaysiaku spirit

Posted: 17 Sep 2011 07:39 PM PDT

Halang bercakap agama tak masul akal

Posted: 17 Sep 2011 07:37 PM PDT

KLANG, 18 Sept: "Menghalang ahli politik ataupun mereka yang dipilih oleh rakyat bercakap dan menyampaikan maklumat tentang agama adalah satu perkara yang tidak masuk akal, malah saya tidak setuju langsung," jelas Ahli Dewan Undangan Negeri Meru (Adun), Dr Abd Rani Othman.
Beliau yang telah ditarik balik tauliah mengajar oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sebelum ini menyuarakan ketidakpuashatiannya terhadap Jais kerana ingin menyekat aktiviti dakwa di kalangan pemimpin dari PAS.
"Pentauliahan ini diwujudkan adalah kerana ini mengelak daripada berlakunya penyebaran ajaran sesat oleh mereka yang kita tidak kenali tetapi apa yang berlaku sekarang adalah sebaliknya.
"Kita melihat ramai ahli politik yang mempunyai sijil-sijil agama yang diiktiraf sama ada di dalam mahupun di luar negara dan kebanyakan darinya telah mendapat pengiktirafan dari Arab dan juga Mesir.
"Jadi isu ajaran sesat tidak timbul, malah menghalang mereka-mereka ini dari menyampaikan sesuatu kebaikan adalah bertentangan dengan apa yang Islam kehendaki," jelasnya.
Read More / Baca Lagi >>

Mansuh ISA: Kerajaan perlu penuhi syarat ‘taubat’

Posted: 17 Sep 2011 07:36 PM PDT

KUALA LUMPUR, 18 Sept: Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Razali menegaskan bahawa kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Umno sekarang hendaklah memenuhi syarat 'bertaubat' sebelum ianya diterima.
Beliau menegaskan demikian sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri Malaysia dalam satu perutusan kelmarin yang mengambil keputusan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Malaysia.
"Kita mengalu-alukan tindakan tersebut tetapi kita juga mendesak tidak akan undang-undang yang baru pada masa yang akan datang yang mempunyai matlamat dan pendekatan yang sama diwujudkan untuk menggantikan ISA, jangan bertukar kulit sahaja tapi isi tetap serupa," ulas beliau ketika dihubungi semalam.
Read More / Baca Lagi >>

Hsien Loong: Kerajaan akan terus bantu Melayu Singapura.....

Posted: 17 Sep 2011 07:32 PM PDT

SINGAPURA, 18 Sept — Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong memberi jaminan kerajaannya akan terus menyokong kemajuan masyarakat Melayu di negara itu.
"Masyarakat Melayu melakukan lebih baik dalam pengajian mereka dan memegang jawatan yang baik. Peluang untuk lebih ramai cemerlang, seperti kajian semula Skim Subsidi Yuran Pengajian Tinggi Mendaki (TTFS)," rangkaian televisyen tempatan Channel NewsAsia memetik beliau berkata pada sambutan Aidilfitri di Serangoon North di sini.
Antara semakan itu ialah perubahan kriteria kelayakan daripada berdasarkan pendapatan bulanan keluarga kepada pendapatan per kapita iaitu memberi peluang kepada lebih ramai pelajar Melayu mendapatkan subsidi itu.
Read More / Baca Lagi >>

Meeting Point — Bahagian 1

Posted: 17 Sep 2011 07:30 PM PDT

18 SEPT — Wan membuka mesej pertama dalam peti masuk dan mula membacanya. Ringkas, padat dan tidak berselindung.
"Aku suka kau. Boleh bertemu?"
Wan meneliti nama pengirim mesej itu. Patterson. Pasti nama palsu. Dia membawa kursor ke atas nama Patterson lalu mengkliknya. Profil pemuda itu terpapar di skrin komputer riba.
Dibacanya semua maklumat peribadi yang dinyatakan pemilik akaun yang menggunakan nama Patterson itu dengan penuh teliti. Dilihatnya juga foto profil yang terpapar. Juga palsu — foto Robert Pattinson. Mungkin dari filem "Remember Me".
Read More / Baca Lagi >>

Selamat tinggal ISA, selamat datang GST

Posted: 17 Sep 2011 07:24 PM PDT

KUALA LUMPUR, 18 Sept: Pemaksaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) hanya boleh dielakkan dengan menolak Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya umum akan datang, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.
"(Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Tun Razak) telah memberi isyarat yang jelas bahawa GST akan dipaksakan ke atas rakyat selepas pilihan raya akan datang, maksudnya selepas BN menang dalam pilihan raya akan datang.
"Dengan sendirinya ia memberi mesej yang jelas kepada rakyat supaya menolak BN habis-habisan dalam pilihan raya akan datang jika mereka tidak mahu GST dipaksakan ke atas mereka," katanya.
Read More / Baca Lagi >>

PKR ragui klip terbaru, dakwa Umno-BN teruskan taktik lama

Posted: 17 Sep 2011 07:22 PM PDT


KUALA LUMPUR, 18 Sept — Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan tindakan menyiarkan satu lagi sedutan klip, menunjukkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan lif apartmen lokasi didakwa melanggani pelacur asing, sebagai perbuatan terdesak Umno-BN berterusan dan terancang dengan bantuan pihak berkuasa.
Naib Presiden PKR N Surendran berkata, pihaknya yakin tindakan sedemikian akan dipertingkatkan ketika pilihan raya umum ke-13 disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.
Sambil menegaskan orang ramai sudah bosan dengan perbuatan sedemikian, peguam ini menambah, beliau yakin Umno-BN akan meneruskan serangan sedemikian selepas ini.
Read More / Baca Lagi >>

Mansuh ISA: ‘Buat apa ucap Putrajaya terima kasih, itu amanah kerajaan’

Posted: 17 Sep 2011 07:21 PM PDT


KUALA LUMPUR, 18 Sept — Pemimpin politik dan wakil masyarakat tidak perlu mengucapkan terima kasih kepada pentadbiran Najib atas keputusan kerajaan pusat mahu memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan beberapa undang-undang berkaitan kerana pihak berkuasa yang merampas hak rakyat selama ini, kata pakar perlembagaan Prof Abdul Aziz Bari (gambar).
Dengan merujuk kepada pendirian bekas mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan beberapa pihak lain, Aziz berkata, adakah rakyat perlu mengucapkan terima kasih kepada pencuri yang melarikan barang milik seseorang.
Oleh itu tegas beliau, sudah menjadi tanggungjawab dan amanah kerajaan pusat untuk mengembalikan hak-hak rakyat yang dirampas selama lebih lima dekad yang lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Umno in trouble with grassroots after failing to discredit Mat Sabu

Posted: 17 Sep 2011 07:20 PM PDT

Umno in trouble with grassroots after failing to discredit Mat Sabu People's perception matters most in politics. Mohamad Sabu (Mat Sabu) is the newly crowned Vice President of PAS and his nemeses are not too pleased to have such a public persona leading PAS, as he is too popular among Malaysians. Just lately he has caused unprovoked fury among those who are politically motivated in the opposing political camp to demean him as a very popular moderate Muslim leader. The pro-UMNO media coverage over the Muhammad Indera (Mat Indera) Bukit Kepong issue (1950) and Malay states' sovereignty before independence (1771-1957) has brought Mat Sabu into a remarkable frontage of publicity. This political propaganda has backfired for the sponsors and it has made Mat Sabu and PAS more popular despite he not being given a fair crack of the whip - thank pro-UMNO media for this enormous accomplishment.
Read More / Baca Lagi >>

Showdown looms over Palestinian statehood

Posted: 17 Sep 2011 07:19 PM PDT

The Palestinian demand for statehood is expected to go through a sticky patch when the matter comes up for debate at the UN General Assembly.

by JT Nguyen
NEW YORK: The Palestinian demand for UN statehood recognition is heading for a showdown in the UN General Assembly next week, where countries that support a negotiated Israeli-Palestinian settlement are trying to stop the move.
The 193-nation assembly is a pro-Palestinian bastion, and the Palestinian statehood bandwagon appeared unstoppable as it rolled over US and European efforts to block it this week.
Read More / Baca Lagi >>

Ahaaks : Benarkah Najib Altantuya Tak Takut Anwar Ibrahim??

Posted: 17 Sep 2011 07:02 AM PDT


Kah kah kah...

Kah kah kah...


Mansuh ISA - Cadangan Buku Jingga Pakatan Rakyat, tapi Najib Altantuya cedok dan ambik nama kah kah kah...

Hapus tol - Cadangan Buku Jingga Pakatan Rakyat, tapi Najib Altantuya buat sikit-sikit takut Mahathir mengamuk dengan UEM kah kah kah...


Kalau tak takut, kenapa reka kes liwat nak sumbat Anwar Ibrahim kat Sungai Buloh??


Kalau berani sangat, kenapa suruh Datok T menyamar jadi pelakon blue tuduh Anwar Ibrahim langgan pelacur padahal shooting kat Siam kah kah kah...


Kalau terrer sangat kenapa suruh pencacai rosakkan kereta Anwar Ibrahim yang masa tu Wan Azizah yang naik kalau takde niat nak bunuh kah kah kah...


Kalau pandai sangat kenapa tak suruh Nicolas Sarkozy tutup mulut William Bourdon kes kapal selam Scorpene yang Anwar Ibrahi bongkar kah kah kah...


Kah kah kah...


Ini tak takut namanya??


Kah kah kah...



Hanya dua hari selepas mengumumkan pembaharuan beberapa undang-undang termasuk mahu memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) — langkah dilihat bertujuan mengekang pengaruh Pakatan Rakyat — Datuk Seri Najib Razak hari ini mengisytiharkan beliau tidak takut untuk menghadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: