RAKYAT MARHAEN |
- Fighters head towards showdown with pro-Gaddafi town
- Mydin: Kedai Rakyat to boost Tukar uptake
- MB Johor dakwa Mat Indera komunis, rancang serangan Bukit Kepong
- Keluarga Mat Indera: Kami kecewa dengan MB Johor
- Menjejak MAT INDERA - Siri 4 : Fakta MENGEJUTKAN Disebalik Serangan Bukit Kepong
- 'Tidak merdeka kalau komunis menang'
- Nak Tunjuk Hero Ke..Nak Cari Publisiti.....
- Jadilah Seperti Mereka Dalam Kerenceman Bermazhab
- Debat- Cicak Mengkarung Jadi mangsa
- Momokan Komunis Terhadap Hj Mohamad Sabu dan PAS
- Sejarah Untuk DiJual
- Islam, perkauman dan konspirasi
- Institusi kehakiman penegak keadilan sebenar
- Kalah pilihan raya tiket jadi menteri
- Gerakan Islam dalam mencapai kemerdekaan
- Bang Mat : 'Sudah 12 hari saya diserang'
- Ada Berani : Blogger cabar Jais siasat tazkirah Satim Diman
- Hentikan polimik Mat Indera ini...!!
- 1MBD bakal ambil alih IWK
- Unease growing in Syrian army
- DAP: 1,824 in Johor's Ledang electoral roll not in EC, NRD records
- Mashitah Arah Pondan Bernama Natasya Itu Ditahan.!!!
- Rakyat Sabah pasti termuntah baca penipuan Utusan
- Umno leaders must stop this madness
- Lokasi persembunyian Gaddafi diketahui
Fighters head towards showdown with pro-Gaddafi town Posted: 07 Sep 2011 08:27 PM PDT WISHTATA, Sept 8 — Libya's new rulers sent a column of extra fighters towards the tribal bastion of Bani Walid overnight, preparing a showdown with supporters of ousted leader Muammar Gaddafi, possibly including his sons or even Gaddafi himself. |
Mydin: Kedai Rakyat to boost Tukar uptake Posted: 07 Sep 2011 08:22 PM PDT SUBANG JAYA, Sept 8 — The introduction of Kedai Rakyat 1 Malaysia will speed up government efforts to modernise sundry shops by increasing retail competition and forcing out inefficient players, says its operator Datuk Ameer Ali Mydin. The Mydin Mohamed Holdings Bhd managing director said the entry of "another very strong force" like Kedai Rakyat into the market will give small retailers — already haemorrhaging customers to hypermarkets — greater incentive to take part in the Small Retailer Transformation Programme (Tukar). Tukar is a government initiative to upgrade sundry shops into mini markets with technological guidance and free consultation from hypermarket operators Carrefour, Giant, Jaya Jusco, Econsave, Tesco and Mydin. "If you don't change, you are not going to be around," Ameer Ali told The Malaysian Insider in an interview. Sundry shop owners who do not jump at the chance to apply for low-interest Tukar loans of up to RM60,000 at three per cent interest per annum will have no one to blame but themselves if their business goes bust, he further warned. "They (small retailers) should take that opportunity now given by the government to borrow dirt cheap... and modernise the shop," he said. Read More / Baca Lagi >> |
MB Johor dakwa Mat Indera komunis, rancang serangan Bukit Kepong Posted: 07 Sep 2011 08:21 PM PDT KUALA LUMPUR, 8 Sept — Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman menegaskan Ahmad Indera atau lebih dikenali sebagai "Mat Indera" telah merancang serangan ke atas Bukit Kepong pada 1950 selain mendakwa beliau berusaha keras mempengaruhi orang Melayu menyertai "kegiatan haramnya" dalam Parti Komunis Malaya (PKM). Read More / Baca Lagi >>Dalam berita muka depan Berita Harian hari ini, yang bersandarkan pada rencana khas Ghani sendiri, Menteri Besar juga mendakwa berdasarkan fakta sejarah peristiwa Bukit Kepong, Mat Indera dengan sengaja dan sedar menjadi anggota gerakan pertubuhan besar pengganas komunis PKM, sebagai Ketua Rejimen Ke-10, yang kejam serta zalim serta mengancam keselamatan dan ketenteraman orang awam pada ketika itu. Semalam, keluarga Mat Indera mempertahankan beliau bukan merupakan komunis dan mahu kerajaan membersihkan namanya. "Dia bukan seorang 'pejuang' untuk mendapatkan kemerdekaan negara yang pada masa itu sedang diusahakan secara rundingan aman dan lebih berhemah serta bertamadun," kata Ghani lagi. Ghani menulis, apabila pihak berkuasa British menguatkuasakan darurat pada 19 Jun 1948 semua parti politik berhaluan kiri seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar (Awas) dan PKM diharamkan dan ramai ahlinya mengambil tindakan sama ada berdiam diri, melarikan diri ke Singapura, bersatu dengan militan PKM ataupun meneruskan hasrat berjuang di atas platform lain termasuk menyertai Umno. |
Keluarga Mat Indera: Kami kecewa dengan MB Johor Posted: 07 Sep 2011 08:19 PM PDT KUALA LUMPUR, 8 Sept — Keluarga Ahmad Indera, individu yang dikaitkan dengan tragedi Bukit Kepong enam dekad lalu, berkata pihaknya kecewa dengan kenyataan Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman semalam yang mendakwa dia bukan seorang pejuang kemerdekaan sebaliknya pengganas yang kejam dan zalim. Read More / Baca Lagi >>Bagaimanapun keluarga itu menegaskan, mereka tidak berputus asa dalam pendirian mereka mahukan kerajaan membersihkan nama Mat Indera. "Saya kecewa dengan apa yang dikatakan (oleh Menteri Besar Johor), tetapi kami tidak akan berundur daripada mendesak kerajaan membersihkan nama abang kami," kata adik Mat Indera, Baharom Shah, kepada The Malaysian Insider ketika ditemui pada forum bertajuk "Mat Indera — Pejuang atau Pengkhianat Kemerdekaan" di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di sini, malam tadi. |
Menjejak MAT INDERA - Siri 4 : Fakta MENGEJUTKAN Disebalik Serangan Bukit Kepong Posted: 07 Sep 2011 08:14 PM PDT RAYMOND DANCEY Ketua Balai Polis Bukit Kepong Sebaik saja Jepun kalah di dalam peperangan dunia ke-2, tentera-tentera Gurkha dan Fiji mula menunjukkan belang mereka di Tanah Melayu. Berdasarkan maklumat dari Pak Johan dan Awang, perangai tentera ini yang suka bermabuk-mabuk dan gilakan perempuan meresakan penduduk kampung. Barangkali mereka di luar sana boleh merujuk kepada orang-orang lama yang masih hidup bagaimana perangai tentera Fiji dan Gurkha semasa pendudukan British di Tanah Melayu. Tanyalah benarkah mereka ini akan mengambil mana-mana perempuan yang mereka suka?. Jawapan dari XPDC yang kami lalui adalah memang benar. Mereka menjadi antara punca kebencian orang kampung dan Mat Indera terhadap British. |
'Tidak merdeka kalau komunis menang' Posted: 07 Sep 2011 08:01 PM PDT Disebabkan kepentingan politik, komunis pun PAS sanggup dakwa sebagai pejuang kemerdekaan. Ini satu kenyataan bodoh. Fikirlah habis-habis sebelum bercakap. Memang orang Melayu dahulu dahagakan kemerdekaan yang terlibat dengan API, PKMM dan gerakan kiri menyumbang ke arah kemerdekaan. Cuma kaedah yang mengambil semangat Melayu Raya dari Indonesia tidak diterima secara menyeluruh oleh rang Melayu dan raja-raja Melayu.. Maknanya ideologi keras mereka tidak sesuai diguna pakai oleh majoriti. Read More / Baca Lagi >> |
Nak Tunjuk Hero Ke..Nak Cari Publisiti..... Posted: 07 Sep 2011 07:59 PM PDT Oleh SERIKANDI MUJAHIDAH Isu debat UMNO dan PAS ni bukan benda baru..lama dah..sejak Allahyarham Ustaz Fadhil Nor masih ada lagi. Setiap kali timbul perkara-perkara yang mengelirukan atau pun perlukan penjelasan…debat ini pasti dicadangkan. Cuma seingat SM, mula-mula UMNO APCO begitu ghairah nak berdebat tapi last-last minit…mereka batal. PAS sedia bila masa dan di mana saja yang dicadangkan oleh UMNO APCO. PAS lebih suka kalau debat tu dapat ditonton secara live oleh orang ramai. Ini bermakna PAS tidak gentar bersemuka dengan UMNO APCO dalam apa hal sekali pun kerana PAS tidak pernah mengeluarkan kenyataan tanpa fakta dan tanpa bukti. Read More / Baca Lagi >> |
Jadilah Seperti Mereka Dalam Kerenceman Bermazhab Posted: 07 Sep 2011 07:58 PM PDT Oleh Aris Awang Sejukkan hati, dinginkan pemikiran, berbahasalah dengan lidah yang manis, menulislah dengan perkataan yang indah... InsyaAllah, Ia tidak akan mengurangkan sedikit pun kepercayaan kita terhadap apa yang kita yakini! Contohilah mereka ini dalam menghadapi kerencaman bermazhab. Ada dua tokoh besar, yang satu adalah faqih besar di zamannya dan marji tertinggi Syiah di masa itu, tokoh ulama yang jarang ada padanannya di era kontemporer ini, beliau adalah Ayatollah al-Udzma Boroujerdi Read More / Baca Lagi >> |
Debat- Cicak Mengkarung Jadi mangsa Posted: 07 Sep 2011 07:57 PM PDT Oleh: WFAUZDIN NS KETUA Pemuda Umno, Khairy Jamaludin sudah mula perasan dan syok sendiri apabila Timbalan Presiden PAS, Muhammad Sabu menyerahkan kepada Pemuda PAS untuk menguruskan debat berkaitan isu siapa pejuang kemerdekaan. Nampaknya Mat Sabu kenal siapa lawan yang sesuai dengan beliau bukannya cicak mengkarung yang tiada apa-apa nilai di dalam Umno itu. Read More / Baca Lagi >> |
Momokan Komunis Terhadap Hj Mohamad Sabu dan PAS Posted: 07 Sep 2011 07:56 PM PDT Oleh Ustaz Ahmad Awang Sudah hampir dua minggu Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu (HMS) menjadi sasaran serangan pucuk pimpinan UMNO, bermula daripada Presidennya, Dato' Sri Najib Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin serta lain-lain pemimpin UMNO pelbagai peringkat terutama yang paling kuat mengampu seperti Rais Yatim, Ahmad Maslan, Noh Omar, dan Khairy Jamaluddin. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 07 Sep 2011 07:54 PM PDT Oleh Ahmad Zawawi Setiap yang telah berlaku adalah sejarah. Jari yang kudong akibat bermain mercun semasa kecil adalah merupakan sejarah juga. Dan berbagai lagi peristiwa dalam kehidupan ini yang tidak dapat lari dari lipatan sejarah. Cuma perkara-perkara yang mempunyai kepentingan-kepentingan tertentu sahaja dapat didokumenkan dan diberi nilai sejarah. Bercakap tentang Peristiwa Bukit Kepong sangat jelas ianya bukan Sejarah Malaysia. Ia berlaku pada tahun 1950, tujuh tahun sebelum Persekutuan Tanah Melayu mencapai Kemerdekaan. Jika ada yang masih belum tahu, Malaysia terbentuk pada tahun 1963. Read More / Baca Lagi >> |
Islam, perkauman dan konspirasi Posted: 07 Sep 2011 07:52 PM PDT oleh NIK NAZMI Antara buku yang memberikan kesan besar kepada idealisme politik saya ialah the Autobiography of Malcolm X yang saya ambil daripada seorang teman di MCKK ketika usia 14 tahun. Saya memang seorang ulat buku dan teman tersebut memberikan kepada saya. Malcolm X merupakan pemimpin Nation of Islam sebuah kumpulan kulit hitam yang bukan sahaja berasaskan ajaran songsang Islam, tetapi juga Ketuanan Kulit Hitam. Bagaimanapun Malcolm meninggalkan kumpulan tersebut dan menunaikan ibadah haji sebagai seorang Muslim pada 1964 – satu pengalaman benar-benar meninggalkan kesan besar kepada dirinya. Pengalamannya menyaksikan masyarakat pelbagai kaum dapat menunaikan rukun Islam tersebut dengan aman damai di Mekah mengubah persepsinya terhadap isu kaum dan beliau menolak ideologi Ketuanan Kulit Hitam.Read More / Baca Lagi >> |
Institusi kehakiman penegak keadilan sebenar Posted: 07 Sep 2011 07:52 PM PDT Oleh Tuan Guru Abdul Hadi Awang INSTITUSI kehakiman adalah perkara penting bagi menegakkan keadilan sebenar dalam masyarakat secara praktikal. Undang-undang yang adil sekalipun, kadang-kadang menjadi tidak adil dengan sebab pelaksanaannya pincang. Hukum Islam yang dinyatakan oleh Allah Yang Maha Adil, dan contoh yang ditunjukkan oleh Rasul yang bersifat adil perlu dilaksanakan dengan adil juga.Islam menetapkan cara yang menjamin dan mengukuhkan tegaknya keadilan dalam aspek kehakiman. Read More / Baca Lagi >> |
Kalah pilihan raya tiket jadi menteri Posted: 07 Sep 2011 07:50 PM PDT Oleh ANAS SIAPA hendak menjadi menteri di zaman pemerintahan PM Najib Razak mestilah kalah pilihan raya sebab Najib merasakan orang yang kalah pilihan raya ialah orang yang kuat pengaruh dan hebat. Sebab itulah Najib melantik orang-orang yang kalah pada PRU menjadi menteri. Paling baru beliau melantik Presiden MIC, G. Palanivel yang kalah di Parlimen Hulu Selangor pada PRU-12 dulu menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Manakala Koh Tsu Kon dan Shahrizat yang kalah juga pada PRU 2008 juga diberikan jawatan menteri. Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin yang menang pilihan raya tidak pula Kalah pilihan raya tiket jadi menteri dilantik. Read More / Baca Lagi >> |
Gerakan Islam dalam mencapai kemerdekaan Posted: 07 Sep 2011 07:50 PM PDT Oleh Abu Firdaus Sambutan ulang tahun hari kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos ini dan penubuhan Malaysia pada 15 September adalah wajar mengingatkan semula detik-detik khususnya untuk anak-anak muda yang menyokong PAS. Apabila berbicara mengenai pembentukan negara Tanah Melayu, empat tokoh ini pasti disebut-sebut dan layak dipanggil bapa-bapa kemerdekaan. Mereka ialah Dr Burhanuddin Al-Hilmy, Ahmad Boestamam, Dato' Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman. Read More / Baca Lagi >> |
Bang Mat : 'Sudah 12 hari saya diserang' Posted: 07 Sep 2011 07:41 PM PDT KUALA LUMPUR, 8 Sept: Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu memulakan hujah dalam forum malam tadi dengan melahirkan rasa pelik kenapa beliau diserang begitu rupa oleh Umno dan akhbarnya Utusan Malaysia dan media pro-Umno yang lain. Menurutnya, malam tadi genap 12 hari 12 malam beliau diserang. "Bermula 21 Ogos hari tu sehinggalah hari ini. Setengah jam warta berita, 10 minit serang saya. "Saya pun kadang-kadang duduk depan cermin perhati diri saya, dimana mereka takut sangat kat aku ni. Kaya pun tidak, berpengaruh pun tidak," katanya disambut ketawa hampir 200 hadirin yang hadir. Read More / Baca Lagi >> |
Ada Berani : Blogger cabar Jais siasat tazkirah Satim Diman Posted: 07 Sep 2011 06:28 PM PDT KUALA LUMPUR, 8 Sept: Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dicabar supaya menyiasat Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Dr Mohamad Satim yang memberikan tazkirah di sebuah masjid di Kampung Melayu Subang. Cabaran tersebut dibuat oleh blogger Tulang Besi berdasarkan berita Sinar Harian pada 22 Ogos 2011 melaporkan Ketua Pembangkan Selangor, Satim Diman, telah memberi tazkirah di dalam sebuah masjid di Kampung Melayu Subang. Mengikut laporan Sinar Harian itu: PUCHONG - "Kalau dia tidak suka orang Melayu di Malaysia, dia boleh pindah ke negara lain," kata Ketua Pembangkang Dun Selangor, Datuk Dr Mohamad Satim Diman mengenai tindakan seorang pelakon lelaki terkenal era 1980-an yang didakwa mengkafirkan kerajaan, memperlekehkan institusi istana serta mengecam orang Melayu sebagai bangsa yang bodoh dalam takzirahnya di sebuah masjid di Kampung Melayu Subang, minggu lalu. Read More / Baca Lagi >> |
Hentikan polimik Mat Indera ini...!! Posted: 07 Sep 2011 06:24 PM PDT |
Posted: 07 Sep 2011 06:18 PM PDT KUALA LUMPUR, 8 Sept — Indah Water Konsortium (IWK), syarikat pembetungan nasional, dijangka akan diswastakan dalam waktu terdekat dan bakal diambil alih oleh sebuah syarikat agensi pelaburan strategik 1MDB, demikian menurut sumber-sumber Kementerian Kewangan. Kira-kira 11 tahun lalu kerajaan terpaksa menyelamatkan syarikat itu selepas syarikat terdahulu berhadapan dengan masalah kewangan. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 07 Sep 2011 06:16 PM PDT A flurry of desertions from Syria's military shows there is restlessness among the rank-and-file over its repression of the popular uprising. LONDON: A flurry of desertions from Syria's military shows unease among the rank-and-file over its repression of unrest but the army's overall clout seems unaffected, allowing President Bashar al-Assad to go on using force to prop up his weakened authority. Further violence would worsen communal strains in the army, a pivotal power base for Assad, who is from the minority Alawite sect, while more desertions would raise opposition morale as he steps up efforts to crush protests now in their sixth month. But a tipping point predicted by some analysts, at which a balance of fear favouring the government swings sharply and hastens its collapse, has not been reached. "Low-level army defections appear to be on the increase, but they are still not affecting the effectiveness of military operations," a diplomat in the Syrian capital said of the mostly-conscript, 220,000-strong armed forces. |
DAP: 1,824 in Johor's Ledang electoral roll not in EC, NRD records Posted: 07 Sep 2011 06:14 PM PDT Johor DAP has raised alarm over the latest electoral roll for the Ledang parliamentary constituency, after discovering that a big number of them were not found in the Election Commission and National Registration Department's online databases. Read More / Baca Lagi >>Ledang DAP liaison committee secretary Ee Chin Li claimed that out of a total of 59,281 voters in the area, the party's Voters Validation Task Force found that 1,824 of them had no records in both NRD and EC's online system. Ee said one of them also had a MyPR card number, suggesting that a non-citizen had been confirmed as voter, similar to earlier revelations by PAS and online portals of non-citizens being allowed to vote and given instant citizenship for this purpose. |
Mashitah Arah Pondan Bernama Natasya Itu Ditahan.!!! Posted: 07 Sep 2011 06:12 PM PDT Jabatan Agama Islam Negeri Perlis digesa bertindak segera menahan Natasya, 28, lelaki berperwatakan wanita, sekali gus menghukumnya mengikut peruntukan undang-undang yang sewajarnya. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mashitah Ibrahim berkata, hanya jabatan itu yang terletak di bawah pemerintahan negeri mempunyai kuasa berbuat demikian, malah bertanggungjawab membendung masalah sosial kalangan umat Islam. "Kita tak boleh membiarkan perkara begini. Dia sudahlah berperwatakan wanita, mengaku dirinya perempuan, ada pula lelaki yang kata sanggup ikut ke mana saja walaupun diri sakit akibat disimbah asid.Read More / Baca Lagi >> |
Rakyat Sabah pasti termuntah baca penipuan Utusan Posted: 07 Sep 2011 06:10 PM PDT KALAU diimbas kembali, sebelum ini sudah berpuluh kali didedahkan pembohongan media-media propaganda Umno seperti Utusan Malaysia dan TV3 Al-Musyrikin untuk memperbodohkan rakyat. Read More / Baca Lagi >> |
Umno leaders must stop this madness Posted: 07 Sep 2011 06:07 PM PDT Umno did not fight a war to gain independence. It just ran the final fourth lap. Only Utusan and Umno are capable of doing that and it does not matter how imbecilic and mundane it sounds. Umno's godsend issue now is the communism of Mat Sabu. But where is the political premium for Umno in debating this issue? There is no mileage in Umno escalating the issue of Mat Sabu extolling communism. If pursued further, in the end, Umno will be exposed for what it truly is – a racist non-inclusive Malay political party. Read More / Baca Lagi >> |
Lokasi persembunyian Gaddafi diketahui Posted: 07 Sep 2011 06:06 PM PDT TRIPOLI - Seorang jurucakap kumpulan pemberontak yang menguasai sebahagian besar Libya menyatakan, mereka mengetahui lokasi persembunyian Muammar Gaddafi. Read More / Baca Lagi >>Jurucakap itu, Anis Sharif turut memberitahu semalam bahawa mereka kini menunggu masa yang sesuai untuk menangkap atau membunuh Gaddafi. Menurutnya, pemimpin berusia 69 tahun itu masih berada di Libya dan dikesan dengan menggunakan khidmat risikan manusia serta teknologi moden. Beliau enggan mendedahkan lokasi Gaddafi sedang bersembunyi tetapi memberitahu pemimpin Libya berkenaan kini bersembunyi di kawasan seluas 60 kilometer yang dikepung oleh pemberontak. |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan