Selasa, 27 September 2011

Pulakdah!

Pulakdah!


LENGAN Tersumbat Dalam LUBANG TANDAS

Posted: 27 Sep 2011 05:03 AM PDT

KUALA LUMPUR, 27 Sept -- Seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Ah Seng (duduk), 65, menunjukkan lengan kanannya yang termasuk dalam lubang tandas di sebuah stesen minyak di Selayang di sini, hari ini.

Ah Seng (duduk) ditenangkan anggota Bomba dan Penyelamat selepas lengan kanannya yang termasuk dalam lubang tandas di sebuah stesen minyak di Selayang di sini, hari ini.

Lelaki tersebut mendakwa beliau cuba menarik keluar kunci keretanya yang termasuk di dalam lubang tandas namun lengannya tersangkut di dalam lubang tersebut.

Pihak Bomba dan Penyelamat yang tiba kira-kira 4 petang berjaya mengeluarkan lengan mangsa yang tersepit kira-kira 10 minit kemudian. - BERNAMA

TERKINI : Takziah Untuk Blogger EDYES

Posted: 27 Sep 2011 03:53 AM PDT

Blogger EDYES (kanan) bersama adik-beradik SAMM ketika RAPAT KEBANGSAAN (PENGURUSAN) SAMM 02/2011 24-25 SEPTEMBER 2011


Blogger Author Faethal merakamkan takziah dan rasa sedih di atas pemergian ayahanda saudara Edy Noor, Pengarah Propaganda SAMM.

Ayah beliau Abdul Muhin diberitakan meninggal sebentar tadi (6.00 petang) iaitu sehari selepas ulang tahunnya yang ke 53 semalam. Ayahnya telah hampir setengah tahun bergelut dengan penyakit leukemia.

Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang – orang yang soleh. Moga Edy tabah dengan ujian. Jenazah akan dibawa untuk dikebumikan di Jelai, Gemas.

Ucapan takziah boleh dihantar ke email peribadi beliau; edyesdotcom@gmail.com.

Dia Bukan ROSMAH, Tetapi Dia Sanggup KORBANKAN DIRI Kerana BEG TANGAN

Posted: 26 Sep 2011 11:56 PM PDT


WANITA ini sanggup membahayakan nyawanya semata-mata untuk menyelamatkan tiga buah beg tangan berjenama ketika rumahnya terbakar di Hong Kong, menurut laporan Wanbao.

Wanita yang sedang tidur di apartmen Sham Shui Po telah dikejutkan oleh asap tebal di dalam bilik tidurnya.

Bagaimanapun dia berjaya mengatasi rasa panik dan berusaha untuk menyelamatkan diri, itu selepas hanya selepas dia ke bilik lain dan "menyelamatkan" tiga beg tangan berjenama daripada Louis Vuitton dan Gucci kepunyaannya dan anak perempuannya.

Beliau kemudian memanjat tingkap dan memanjat turun dari bangunan melalui tangga bomba, sambil membawa beg tangannya.

Wanita itu memutuskan untuk menyelamatkan beg tangannya dan anak perempuannya kerana ia sangat berharga bagi mereka.

Pakar-pakar psikologi mengatakan bahawa ianya adalah sifat natural manusia untuk menyelamatkan barang-barang berharga. "Tetapi naluri ini biasanya lebih biasa berlaku di kalangan wanita kerana harta dan barangan mereka lebih berharga daripada lelaki."

LEMAS Ketika Membetulkan BOT KAWALAN JAUH

Posted: 26 Sep 2011 09:46 PM PDT

ARAU, 27 Sept -- Orang ramai memerhatikan Pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia menjalankan gerakan mencari mangsa lemas, Mohd Nor Hafizie Mohd Nan, 19, di Sungai Arau dekat sini, semalam.

Kejadian kira-kira 5 petang semalam, mangsa terjun ke sungai untuk membetulkan bot kawalan jauhnya yang terbalik sebelum dihanyutkan arus deras.

Gerakan mencari dihentikan kira-kira 12 tengah malam tadi setelah mayat mangsa gagal ditemui.

Usaha mencari diteruskan semula pada 8 pagi tadi.

Mangsa, Mohd Nor Hafizie Mohd Nan, 19, mati lemas ketika bermain bot kawalan jauh di Sungai Arau dekat sini, semalam.

Bintang BOLA SEPAK Penalti Secara 'Backheel' TERKORBAN Dalam Kemalangan

Posted: 26 Sep 2011 06:17 PM PDT




Awana Diab, pemain bola sepak yang menjadi terkenal dan sensasi di internet gara-gara melakukan tendangan penalti secara 'backheel', telah terkorban dalam kemalangan kereta.

Pemain bola sepak Emiriah Arab Bersatu berusia 21 tahun, mula menjadi terkenal sejak bulan Julai lalu ketika melakukan sepakan penalti 'nakal' ketika negaranya menang 7-2 ke atas Lubnan.

Sebagai seorang bakal pemain yang berbakat, kehilangan Awana di dalam tragedi kemalangan ketika perjalanan balik dari latihan semalam amat dirasai.

Khalfan Al Rumaithi, presiden UAE FA, berkata: "Awana adalah sangat jujur, berminat dan komited dengan tugasnya. Ia adalah satu kehilangan besar bagi kami, ia adalah berita yang sangat menedihkan."

Zhang Jilong, pemangku presiden Gabungan Bola Sepak Asia, juga memberikan penghormatan kepada pemain tersebut.

Beliau menambah: "Bagi pihak AFC dan bola sepak Asia, saya ingin mengucapkan takziah kepada keluarga komuniti bola sepak UAE, keluarga dan rakan-rakan Awana.


"Meninggal dunia pada usia muda adalah satu kehilangan besar kepada bola sepak Asia dan UAE khususnya."

Bagi mengenang kembali saat yang menjadikannya terkenal, saksikan aksi Diab mengambil sepakan penalti tersebut:

Tiada ulasan: