Jumaat, 16 September 2011

Pulakdah!

Pulakdah!


Wanita MATI Selepas DIHEMPAP Tubuh Wanita TERJUN BUNUH DIRI

Posted: 16 Sep 2011 02:07 AM PDT

Kedua-dua tubuh mayat ini diuruskan pihak pengurusan mayat.

SINGAPURA - Bukan ada satu, tetapi dua mayat ditemui di kaki blok di Bishan St 13 dalam kemalangan pelik yang berlaku pada hari Isnin lalu. Mayat yang dipercayai Lau Fong Kien, 55, telah meninggal dunia setelah ditimpa oleh wanita yang terjatuh, Puan Ng Sock Luan, 48, di bahagian bawah blok itu menurut laporan The New Paper.

Ng Sock Luan, 48, mengalami kemurungan 

Lau Fong Kien, 48, wanita malang.

Lau yang didiagnosis dengan kanser payudara peringkat satu beberapa tahun yang lalu, dan pulih daripada penyakit itu meninggal dunia selepas terkena hentakan yang kuat akibat ditimpa tubuh Ng. Adalah dipercayai bahawa ketika kejadian berlaku tiada siapa yang melihatnya.

Di bahagian bawah blok, kedua-dua tubuh mayat tersebut dibasahi darah dan nasi yang tertumpah. Kedua-dua mereka meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian di kaki Blok 179 kira-kira jam 11 ​​pagi.

Seorang penduduk telah menghubungi polis kira-kira jam 11:20 tengahari apabila kedua-dua mayat itu ditemui. Paramedik yang tiba sejurus selepas panggilan mengesahkan Lau telah meninggal dunia pada jam 11:35, dan Puan Ng pada 11:38.

Menurut laporan Straits Times, Puan Ng dan Puan Lau tinggal di kawasan kejiranan yang sama iaitu di tingkat 11 dan 15, tetapi tidak mengenali antara satu sama lain.

 Di sinilah kedua-dua tubuh mayat itu ditemui.

Kesan darah dan nasi yang bertaburan di tempat kejadian.

Puan Lau, seorang pesara ketika itu di dalam perjalanan pulang dari rutin pemeriksaan kesihatan di Sinseh Cina. Beliau telah membelikan makanan tengah hari untuk ibunya dari kedai kopi yang berdekatan.

Pegawai Pentadbiran sambilan, Ng dipercayai telah melompat dari koridor tetapi tidak dapat dipastikan dari aras berapa dia terjun.

Ng telah mengalami kemurungan sejak dua bulan lepas dan telah diberi ubat. Suaminya, Ting Thiam Ho, 49, memberitahu The Straits Times pada kebiasaannya dia akan dipantau olehnya atau anak-anak mereka. Walau bagaimanapun, dia ditinggalkan sendiri selama beberapa jam semalam ketika suaminya memnghadiri mesyuarat tergempar dan anak-anaknya di sekolah.

Apabila Ting pulang pada kira-kira jam 3:00 petang dan mendapati Ng telah hilang, dia menyedari ada sesuatu telah terjadi.

Polis telah mengklasifikasikan kedua-dua kes sebagai kematian mengejut. Siasatan sedang dijalankan.

Disebalik PEMANSUHAN ISA, Akta Baru Yang LEBIH ZALIM?

Posted: 15 Sep 2011 05:13 PM PDT


Janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 dan beberapa undang-undang menindas yang lain disambut dengan berhati-hati oleh pemimpin-pemimpin PKR sebagai kemenangan untuk rakyat, termasuk beribu-ribu aktivis-aktivis tempatan dan asing yang berjuang berekad-dekad bagi memansuhkannya.

Walau bagaimanapun, mereka membidas Najib kerana cuba memberi gambaran palsu kepada rakyat Malaysia bahawa mereka boleh mengharapkan demokrasi yang lebih besar, tetapi sebenarnya ia hanyalah sedikit perubahan dan kemungkinan akan undang-undang baru yang dibuat untuk menggantikan ISA boleh mengandungi fasal yang sama untuk menindas.

"Pertamanya, kita tidak tahu apakah undang-undang baru akan dibuat untuk menggantikan ISA dan Ordinan Darurat. Ia boleh menjadi lebih teruk lagi. Juga, jika Najib benar-benar ikhlas, dia akan memansuhkan Akta Hasutan dan Akta Rahsia Rasmi, yang mereka telah gunakan untuk memaksa rakyat menjadi pak turut. Kami sentiasa berkata tidak ada keperluan untuk ISA. Akta Hasutan dan OSA sudah cukup teruk," kata pengarah strategi PKR Rafizi Ramli.


Kebebasan bersuara dan berucap tetap disekat seperti sebelum ini

Pemimpin PKR juga tidak tertarik dengan pemansuhan keperluan bagi firma media untuk memperbaharui lesen penerbitan mereka setiap tahun. Mereka berkata bahawa lesen masih perlu diperolehi daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN), dan kuasa untuk membatalkan lesen itu pada bila-bila masa dan atas apa-apa sebab juga masih kepada Menteri Dalam Negeri.

"Semua media arus perdana dimiliki oleh parti-parti politik seperti Umno, MCA dan MIC. Mereka perlu menjaga parti dan lesen itu perlu diperbaharui setiap tahun. Bagi media alternatif, klebihan kepada media-media PAS seperti Harakah. Walau bagaimanapun ia tetap boleh diharamkan pada bila-bila masa," Naib Presiden PKR dan juga MP Batu Tian Chua.

"Juga perhatikan, Najib tidak menarik balik pengharaman Suara Keadilan. Dalam erti kata lain, beliau memerlukan klausa 'menarik balik'. Jika anda tidak percaya, cuba anda memohon lesen untuk menerbitkan terbitan Malaysia Chronicle harian atau mingguan dan lihat sama ada anda boleh mendapatkan apa-apa kelulusan?"


Masih enggan mengakui sistem dua parti

Sememangnya, ia tidak memberikan prospek yang baik dan ini membayangkan bahawa persekitaran politik semasa yang huru-hara akan berterusan sehingga selepas pilihan raya umum yang akan datang, yang ramai percaya akan diadakan dalam masa beberapa bulan akan datang.

Keengganan Najib untuk memberi ruang demokrasi, atau mengakui kewujudan sistem dua-parti politik di negara ini menunjukkan beliau enggan untuk menerima pembaharuan sebenar.


Reformasi pilihan raya diabaikan

Walaupun dia berjanji untuk mengkaji semula undang-undang yang melarang rakyat Malaysia untuk berhimpun di tempat awam, bersetuju untuk membenarkan kebebasan berhimpun mengikut norma antarabangsa, namun Najib senyap mengenai tuntutan reformasi pilihan raya yang dituntut oleh perhimpunan Bersih 2.0 pada Julai 9 lalu.

Jawatankuasa Pilihanraya Parlimen untuk reformasi pilihan raya yang sudah dibentuk bulan lepas telah mengalami masalah dengan permulaan yang memeningkan, sama seperti pengumuman malam tadi. Dan Najib kemudian mengakui terdapat had dalam apa yang dia membenarkan, ini menyebabkan ancaman oleh Pakatan supaya tidak menyertai SPA.

"Ini adalah teras demokrasi - hak untuk mengundi dan pastikan anda betulkan sistem semasa yang begitu korup dan condong membenarkan BN untuk menipu. Ia adalah satu penghinaan terhadap hak-hak asasi demokrasi kami ," kata Tian.

"Saya tidak percaya Najib akan mengabaikan reformasi pilihan raya. Dia mampu sekurang-kurangnya memperbaharui janjinya untuk memastikan bahawa daftar pemilih dibersihkan sebelum dia mengadakan pilihanraya."


Pengumuman

Ketika menyampaikan perutusan khas Hari Malaysia 2011 di Angkasapuri, yang disiarkan secara langsun, Najib telah berjanji untuk memansuhkan ISA dan undang-undang Darurat sebaik sahaja Parlimen bermula pada 3 Oktober. Perubahan-perubahan lain yang dia umumkan termasuk:

* Kerajaan akan gerakkan jadual di parlimen untuk memansuhkan ketiga-tiga proklamasi darurat yang telah diisytihar dulu, ditamatkan kuatkuasanya supaya rakyat Malaysia boleh maju ke hadapan

* Akta Keselamatan Dalam Negeri hendaklah dimansuhkan; digantikan dengan undang-undang anti-keganasan yang mengehadkan penahanan tanpa perbicaraan, tiada seorang pun yang ditangkap kerana ideologi politik mereka

* Akta Buang Negeri 1959 yang dimansuhkan; Akta Kediaman Terhad 1933 dikaji semula

* Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, yang memerlukan pembaharuan tahunan lesen penerbitan oleh syarikat-syarikat media, akan dimansuhkan

* Undang-undang yang melarang perhimpunan di tempat awam akan dikaji semula untuk membenarkan kebebasan berhimpun mengikut norma-norma antarabangsa

Najib juga berkata bahawa undang-undang baru akan digubal untuk melindungi keamanan, keharmonian dan keselamatan negara.

Tiada ulasan: