Isnin, 26 September 2011

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


pembunuh bertukar posisi dengan penyamun ...jahanam rakyat malaysia...SPRM tukar pegawai dituduh samun pengurup wang...muakakakaka...!!!

Posted: 26 Sep 2011 05:52 AM PDT

 

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak menukar tiga pegawainya yang disyaki menyamun pengurup wang rakyat asing pada 15 September lalu, ke bahagian pentadbiran jabatan itu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Zakaria Jaffar, berkata pertukaran itu bagi memastikan ketiga-tiga pegawai berusia 20 hingga 35 tahun itu tidak terbabit dalam kes penyiasatan sepanjang siasatan polis.

"SPRM memandang serius kes ini dan tidak akan melindungi pegawai-pegawai berkenaan yang didakwa terbabit dalam perbuatan jenayah.

"Justeru tindakan diambil untuk menukar pegawai-pegawai berkenaan ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia berkuatkuasa serta merta dan hanya akan menjalankan tugasan pentadbiran sepanjang siasatan polis," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian penyerahan Kompleks Pejabat SPRM Kelantan di Kota Bharu hari ini.

Tiga pegawai SPRM yang dilaporkan bertugas di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya sebelum ini ditahan kerana disyaki menyamun seorang pengurup wang rakyat asing kira-kira RM900,000 pada 15 September lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Zakaria berkata, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan dalaman berhubung kes itu bagi menentukan sebarang pelanggaran peraturan yang serius dan jika terdapat pelanggaran, SPRM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang lebih berat dan setimpal.

Beliau berkata, ketiga-tiga pegawai terbabit terdiri daripada pegawai berpangkat Pemangku Penolong Pesuruhjaya (Gred P48), Penolong Kanan Penguasa (Gred P32) dan Penolong Penguasa (Gred P29).

Sementara itu, Zakaria berkata, bangunan baru SPRM Kelantan bernilai RM24.6 juta itu akan beroperasi sepenuhnya pada 1 November ini.

Beliau berkata, bangunan yang mula dibina pada Ogos 2008 di atas tanah seluas 0.727 hektar di Mukim Kenali, berhampiran bandar Kota Baharu itu dilengkapi pelbagai prasarana termasuk bilik temubual dan rakaman saksi, bilik menunggu saksi serta tiga unit lokap untuk lelaki dan wanita selain kemudahan untuk golongan kelainan upaya seperti lif, bilik air dan kawasan parkir khas.

"Aspek keselamatan turut diberi perhatian khusus dengan dilengkapi kamera litar tertutup (CCTV) di luar dan dalam kawasan bangunan, tingkap yang dipasang jeriji besi serta pintu masuk yang dilengkapi sistem 'kad akses'," katanya.

Majlis penyerahan replika kunci itu disempurnakan oleh Pengarah Kanan Cawangan Kerja Bangunan Am, Jabatan Kerja Raya Kuala Lumpur, Datuk Dr Amer Hamzah Mohd Yunus kepada Zakaria.

 

Bernama

 

penyapu sial

kenape tak tuduh di bawah sek kanun acara jenayah -SAMUN BERKAWAN!

ADA PILIH KASIH PULAK! SEBAB MENYAMUN TU SEMUA TU PANGKAT BESAR? KEBAL DARI UNDANG UNDANG K?

MACAM HARI TU 6 ORANG PEGAWAI IMIGRESEN KENA TAHAN BAWAH ISA 3 BULAN JE LEPAS TU BEBAS! BUAT DUIT RASUAH RATUS RIBU KERANA LEPAS MASUK PENDATANG INDON/PATI!

Hudud belum sesuai dilaksana di Malaysia konek konek pemimpin UMNOPORNO tersepit di celah jubor MCA,GERAKAN dan YAHUDI....!!!

Posted: 26 Sep 2011 05:44 AM PDT

Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata hukum hudud belum dapat dilaksanakan kerana masalah kesesuaian dalam masyarakat majmuk negara ini.

Beliau berkata sebagai orang Islam, keyakinan terhadap hukum hudud itu tidak timbul tetapi kesesuaian pelaksanaannya menyebabkan ia tidak dapat dilakukan kerana rakyat yang berbilang kaum.

"Masalah (berhubung isu Hudud) yang dihadapi oleh DAP dan PAS, biarlah mereka selesaikan tetapi pendirian kita sebagai kerajaan Barisan Nasional (BN), hukum hudud belum sesuai dilaksanakan di negara ini, " katanya kepada pemberita selepas melancarkan program 'Kami Anak 1Malaysia' membabitkan 2,000 pelatih dan 500 bekas pelatih Program Latihan Khidmat Negara(PLKN) di Bagan Datoh hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Pertahanan berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan seluruh kepimpinan kerajaan BN berpendirian sama bahawa hukum hudud belum sesuai dilaksanakan.

Mengenai cadangan mewujudkan jawatan Timbalan Pengerusi BN kedua dilantik daripada kalangan parti komponen, beliau berkata perkara ini perlu dibawa pada mesyuarat majlis tertinggi BN.

"Perkara ini tidak boleh dilontarkan tanpa dibawa ke mesyuarat majlis tertinggi kerana sebarang keputusan perlu mendapat persetujuan sebulat suara kerana itu merupakan konvensyen BN dari dulu," tambahnya.

Bernama

penyapu sial

Hukum hudud itu hukum Allah yg sesuai dilaksanakan di mana-mana dan sesuai sepanjang zaman... Menteri seolah-olah berkata bahawa"Allah tidak pandai buat hukuman? sbb xsesuai kat Malaysia?".... apa status akidah menteri ni?..aku pun tak tau...

kita menumpang bumi Allah suka-suka je cakap x boleh laksana kan di malaysia...malaysia ni umno yg buat ke.....bodoh punya pemimpin...x layak jadi pemimpin zahid ni....

agak2 tahun bila sesuai tu? dah 54 tahun asik tak sesuai je.. adakah ALLAH tak pandai buat undang2 sampai ianya jadi tak sesuai plak..

memang tak boleh bila2 pun sbb takut dgn MCA dn Gerakan..harapkn keris terjulur je..huhu

UMNO Lebih Takut Pada MCA dari Allah

Posted: 26 Sep 2011 05:34 AM PDT

'MCA akan berpisah dengan Umno jika laksana hudud'
Hazlan Zakaria, Sep 23, 11, 12:09pm


MCA hari ini mengulangi pendiriannya yang anti-hudud sehingga akan sanggup berpisah dengan sekutu lamanya, Umno, jika parti Melayu itu melaksanakan perundangan Islam itu.

Presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek berkata, jika Umno mahu melaksanakan hudud, MCA tidak mahu menjadi sebahagian daripadanya.

Beliau menegaskan demikian dalam satu sidang akhbar selepas mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan persidangan menjadikan negara berpendapatan tinggi satu realiti, di Subang Jaya hari ini.

Bagaimanapun, katanya, beliau memahami bahawa sebagai orang Islam, orang Melayu dalam Umno mesti menerima hudud tetapi beliau menghargai hakikat bahawa tiada pemimpin Umno yang mendesak pelaksanaannya, tidak seperti PAS yang mahu berbuat demikian.

"Apa yang jelas ialah MCA menentang hudud," katanya dengan tegas.

Chua mengulas kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bahawa Umno sebagai parti orang Islam, mesti menerima undang-undang hudud, sambil berkata bukan lagi masanya bagi perundangan Islam itu dilaksanakan di Malaysia yang penduduknya berbilang agama.

 

 

penyapu sial

Jelaslah selama ini UMNO tunduk pada MCA (dan MIC) dan menolak hukum Allah. UMNO letak MCA dan MIC lebih tinggi dari kehendak Allah SWT. UMNO sanggup humban hukum Allah SWT semata-mata mahu melihat MCA dan MIC gembira.

Tidak hairanlah kerana selama UMNO wujud pun yang memberi wang kepada UMNO untuk beroperasi adalah MCA. Jadi, apabila MCA berkata mereka tidak mahu hukum Allah SWT, maka UMNO tunduk patuh.

Mengata Dulang Paku Serpih, Mengata Orang Dia Yang Lebih

Namun, pemimpin2 UMNO seperti Dr Mahathir Muhammad Iskandar Kutty secara azali MEMBENCI HUKUM ALLAH. Maksudnya, MCA tak perlu minta, Dr Mahathir secara sukarela akan pastikan hukum Allah SWT dihinjak dan dihina di Malaysia.

Dr Mahathir membenci Islam lebih dari dia benci Yahudi. Dr Mahathir boleh berkawan dengan Yitzhak Rabin dan boleh pastikan hukum Islam tidak dilaksana di Kelantan.

Tiada ulasan: