Sabtu, 17 September 2011

PENYAPU SIAL

PENYAPU SIAL


cerdiknya anwar tapi banggangnya najib akal letak dekat celah burid saifool liwat....!!!!

Posted: 16 Sep 2011 05:19 PM PDT

 

Selamat hari Malaysia untuk semua rakyat Malaysia. Hari Malaysia disambut pada 16 September untuk memperingati penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 dengan penyertaan Sabah, Sarawak dan Singapura.

Hari Malaysia dan Hari Kemerdekaan disambut serentak pada hari ini menjadikan hari Malaysia begitu meriah. Melalui kaca televisyen tadi meriahnya sehinggakan pisang dan keledek diarak bersama. Kenapa begitu meriah, kerana Anwar lebih cerdik dari Najib. Juga kerana ia juga ada kaitannya dengan pilihanraya.

Kerana cerdiknya Anwar dari Najib, kita mendapat cuti pada 16 September, hanya bermula pada 2010. Sebelum ini hanya Sabah dan Sarawak yang bercuti dan hari Malaysia seolah-olah sepi setiap tahun. Namun kerana Anwar yang riuhkan tarikh 16 September, Sabah dan Sarawak, barulah ia diberi perhatian, malah Naib Presiden UMNO pun terpaksa diberikan kepada Sabah. Sebelum ini Sabah dan Sarawak diremehkan!! Ditakdirkan Najib hanya sebagai peniru!!

Saya kenal UMNO...parti pembacul ...Saya kenal siapa Mat Indera, saya lama berkawan dengannya - Pak Majid....

Posted: 16 Sep 2011 05:15 PM PDT

 

IPOH: "Saya kenal siapa Mat Indera, saya lama berkawan dengannya semasa saya berada di Johor". "Mat Indera bukan komunis, dia perjuang kemerdekaan, dia terlibat dengan Parti Kebangsaaan Melayu Malaya". Demikian ditegaskan oleh Abdul Majid Saleh, yang lebih dikenali Pak Imam Majid, seorang pejuang kemerdekaan yang berani menentang penjajahan Inggeris sehingga beliau dipenjarakan oleh Inggeris selama tujuh tahun.

Beliau memberitahu, beliau bersama Ismail Kali menubuhkan PKMM di Perak, iaitu di Sungai Lesung, Tapah. Beliau telah bergerak ke serata negeri untuk melebarkan pengaruh PKMM. Kemudian beliau telah berpindah ke negeri Johor dan terlibat secara aktif mengembangkan PKMM di Johor. PKMM telah berkembang ke seluruh daerah di Johor.

Semasa beliau aktif menggerakkan PKMM di Johor itulah beliau kenal dengan Mat Indera."Mat Indera itu lulusan agama, dia mengajar agama, saya selalu bertemu dengannya," ujar Imam Majid. Sehubungan itu beliau menafikan sekeras keras dakwaan pihak Umno dan media pro Umno yang mengaitkan Mat Inera dengan komunis dan menyifatkan ianya satu pembohongan dan fitnah besar yang kepada pejuang kemerdekaan itu.

Menurutnya, penjuang menentang penjajah dan berjuang untuk membebaskan negara ini dari cengkaman dipelopori pejuang pejuang terdahulu termasuk pejuang pejuang dari PKMM, saperti Dr Burhanudin Al Helmi, Ustaz Abu Bakar Baqir dan ramai lagi ahli ahli dan pejuang PKMM. "Umno buat apa ketika itu, Umno tidak buat apa apa, Umno sebenarnya penakut," ujarnya. Menurutnya lagi, malah Umno pula yang menentang PKMM, Umno rapat dengan Inggeris, kerana itu Umno bukan musuh Inggeris, sebaliknya PKMM adalah musuh Inggeris. "Saya ingat dalam penangkapan ahli ahli dan pejuang kemerdekaan tidak kurang 86,000 telah ditangkap oleh Inggeris dan `disumbat' dalam penjara dan kem-kem tahanan.

Beliau sendiri dimasukkan ke kem-kem tahanan dari satu tempat ke satu tempat di Johor, Singapura, Melaka dan Perak. "Mana ada orang Umno yang ditangkap oleh British , Umno itu pengecut" ujarnya. Mengenai hubungannya dengan Dr Burhanuddin Al Helmi, beliau memberitahu Dr Burhanuddin adalah rakan rapatnya semasa berada di Singapura. Beliau begitu kagum dengan Dr. Burhanudin yang dianggapnya seorang pemimpin yang hebat dan menguasai banyak bahasa. Pak Imam Majid semakin yang semakin uzur masih mampu mengingat kisah perjuangan beliau bersama rakan rakan menentang Inggeris

sejarah malaysia bukan milik UMNO lahanat...anjing penjajah ini tidak wajar di iktiraf sebagai pejuang kemerdekaan....jadi milik siapakah sejarah malaysia..????

Posted: 16 Sep 2011 04:57 PM PDT

Isu Bukit Kepong dan penelitian semula

Tanggal 5.00 pagi, 23 Februari 1950, Malaya di bawah jajahan British dikejutkan dengan peristiwa berdarah serangan komunis terhadap rumah pasung (balai polis) Bukit Kepong sehingga melibatkan banyak nyawa terkorban.

Peristiwa ini menjadi titik hitam bagi seluruh anggota rumah pasung Bukit Kepong yang menyebabkan ramai keluarga kehilangan korban. Difahamkan, sekitar 200 gerila komunis yang diketuai Goh Peng Tun menyerang rumah pasung terbabit.

Berlaku pertempuran di antara pihak komunis dan anggota polis yang diketuai Sarjan Ray Dancey. Antara yang terlibat sama di dalam pertempuran terbabit termasuklah Sarjan Jamil Muhd Shah serta 15 anggota polis platun campuran tugas am dan konstabel polis marin yang dipimpin Sarjan Jamil.

Selepas pertempuran sengit berlangsung hampir 5 jam, pihak komunis berjaya menawan rumah pasung terbabit dan mereka membakar bangunan-bangunan di sekeliling mereka. Kesan ini meninggalkan kemusnahan dan menyebabkan banyak nyawa terkorban di kalangan pihak komunis dan anggota polis semasa berlaku pertempuran terbabit.

Namun, kisah berkenaan isu Bukit Kepong selalu diperdebatkan kerana tiada fakta-fakta sahih dikumpulkan secara rasmi, malah, kajian berkenaan kisah ini hanyalah diperoleh melalui sumber sekunder.

Penelitian dibuat berdasarkan naratif pengalaman mereka yang terlibat sendiri dengan peristiwa ini. Selain itu, versi penceritaan sejarahnya semakin kabur kerana ianya hanya diperolehi melalui cerita-cerita waris keturunan mangsa kejadian yang diperceritakan semula, yang bercampur aduk dengan mitos dan legenda.

Siapakah Mat Indera?

Mat Indera sering dikatakan seorang pejuang nasionalis kiri Melayu yang menyertai Rejimen ke-10 Parti Komunis Malaya yang mengambil tindakan mengangkat senjata melawan penjajah British.

Pemimpin komunis Melayu Abdullah C.D dalam memoirnya yang secara terang-terangan mengaku Mat Indera adalah orang kuat Rejimen Ke-10 di Johor tetapi versi lain pula termasuk satu kajian pelajar Universiti Malaya pada 1973 mengatakan Mat Indera adalah nasionalis Melayu yang kuat beragama Islam yang telah bersama-sama dengan komunis untuk menentang penjajah British.

Persoalan di sini adakah wajar Mat Indera dianggap sebagai pejuang kemerdekaan?

Pertama, harus diingati bahawa peristiwa Bukit Kepong berlaku sebelum tarikh kemerdekaan diisytiharkan pada 31 Ogos 1957. Maka, secara teknikalnya, Malaya masih lagi di bawah naungan King George VI sebagai tanah jajahan British.

Oleh yang demikian, sebarang pertentangan terhadap penjajahan sebelum Merdeka termasuk daripada UMNO, MCA, MIC, PKMM, API, AWAS, PKM dan banyak lagi wajar dianggap sebagai usaha membebaskan Malaya.

Kedua, Mat Indera, seorang berfahaman nasionalis kiri terpaksa mengangkat senjata apabila parti politik perjuangan kiri seperti PKMM, API dan AWAS sudah pun diharamkan oleh British pada tahun 1947 kerana menggugat gagasan penjajahan di bumi Malaya.

(Perlu diingat bahawa selepas parti-parti nasionalis kiri diharamkan, PKM masih halal dan bebas bergerak sehingga British mengisytiharkan darurat pada 1948).

Di atas kesempatan itulah, pejuang-pejuang kemerdekaan awal terpaksa menggunakan jalan yang lebih radikal untuk menuntut kemerdekaan. Di antaranya Abdullah CD, Rashid Maidin dan Shamsiah Fakeh.

Ketiga, perjuangan menuntut kemerdekaan dengan cara radikal sekali pun, mereka wajar menerima pengiktirafan sebagai pejuang anti-penjajah. Mereka tiada pilihan lain kerana penjajah telah mengharamkan parti atau gerakan mereka.

Sebagai contoh, Jose Rizal yang merupakan pendiri Katipunan juga mengambil jalan radikal dan tetap dianggap sebagai wira kebangsaan Filipina menentang penjajah Sepanyol.

Revolusi Indonesia yang dikepalai mantan Presiden Republik Indonesia pertama, Sukarno, juga terlibat dalam gerakan subversif bersama-sama Jeneral Sudirman, Jeneral Nasution, Tuanku Imam Bonjol menentang Belanda dalam perang menuntut kemerdekaan.

Malah, nama-nama seperti Cut Nyak Dien, Raden Adjeng Kartini turut diiktiraf sebagai pejuang nasionalis walau pun mereka mengangkat senjata.

PKM sebelum dan selepas Merdeka

Parti Komunis Malaya yang dirasmikan penubuhannya oleh Ho Chih Minh di Negeri Sembilan pada 1930 merupakan sebuah parti berideologi Marxisme-Leninisme dan Maoisme. Ia adalah antara segelintir pertubuhan politik yang bergerak bebas sebelum Perang Dunia Kedua.

Semasa pendudukan Jepun, PKM di bawah unit Tentera Anti-Jepun Rakyat Malaya (MPAJA) telah bekerjasama dengan unit komando British menentang penjajahan Jepun. Pada masa yang sama Kesatuan Melayu Muda yang dipimpin oleh pejuang nasionalis kiri Ibrahim Yaakob bekerjasama dengan Jepun bagi membebaskan bumi Malaya daripada cengkaman British.

Jepun menerima kerjasama KMM hanya kerana mahu mengekalkan kuasa di Malaya manakala perjuangan bersenjata PKM menentang Jepun dipersetujui British kerana ia membabitkan kepentingan penjajah Inggeris di Asia Tenggara.

Selepas Jepun menyerah diri pada 1954, konflik tercetus apabila PKM menguasai Malaya selama 14 hari sebelum pentadbiran tentera British kembali ke tanah jajahannya. Di sini timbul konflik di antara PKM dan British.

Ketegangan itu berlarutan hingga 1948 apabila British mengharamkan PKM dan PKM pula melancarkan perang gerila untuk menghalau penjajah. Dengan kebenaran British, Tunku Abdul Rahman yang memimpin Majlis Perundangan Malaya (setelah UMNO, MCA dan MIC menang pilihan raya umum pertama) mengadakan rundingan damai di Baling pada Disember 1955 dengan wakil PKM Rashid Maidin dan Chin Peng.

Rundingan ini gagal apabila Tunku mensyaratkan PKM meletak senjata, menyerah diri dan disoal siasat oleh kerajaan Majlis Perundangan Malaya yang masih di bawah jajahan British sebelum apa-apa keputusan dibuat sedangkan PKM memohon untuk aktif dalam politik tanah air tanpa menggunakan kekerasan.

Oleh kerana rundingan ini berlaku sebelum Merdeka, PKM masih layak digelar pejuang kemerdekaan.

Namun, tindakan PKM untuk berkeras mengangkat senjata selepas 31 Ogos 1957 menimbulkan banyak persoalan tentang perjuangan komunis di Malaya.

Apakah PKM pasca-Merdeka mahu menjatuhkan kerajaan Malaya merdeka secara kekerasan? Adakah PKM mahu menubuhkan negara satelit komunis China atau Rusia melalui keterlibatan mereka dalam gerakan Communist International?

Lantas, PKM pasca-Merdeka hanyalah bertujuan membela kepentingan ideologi politik mereka semata-mata. Sedangkan pada masa yang sama gerakan kiri di Malaya seperti Partai Rakyat Malaya dan Partai Buruh Malaya yang telah membentuk Socialist Front telah memilih jalan demokrasi berparlimen walau pun mereka ditekan dan ditindas oleh kerajaan Perikatan.

Jadi tidak salah jika dikatakan bahawa perjuangan PKM selepas Merdeka adalah penentangan terhadap kerajaan yang dipilih oleh rakyat, dan bukan lagi usaha menuntut kemerdekaan.

Meluruskan garisan sejarah

Sebagai sebuah penelitian semula, fakta sejarah tidak seharusnya diselewengkan. Biarlah ia kekal sebagai warisan yang terbela hingga ke anak cucu-cicit kita walau pun ada yang pahit untuk ditelan.

Tidak dinafikan bahawa PKM sememangnya sebuah parti politik yang mengamalkan perjuangan bersenjata, malah pimpinannya menerima pingat daripada empayar British kerana bersama menentang penjajahan Jepun.

Untuk menolak sejarah perjuangan PKM menentang penjajah Jepun dan kemudiannya British sebelum Merdeka adalah tidak adil dan bersifat pembohongan sejarah.

Pejuang-pejuang nasionalis kiri seperti Burhanuddin Al-Helmy (yang bukan komunis tetapi tokoh Islam yang memimpin PKMM dan PAS), Ahmad Boestamam (yang mempimpin API dan Partai Rakyat), Ishak Haji Muhammad atau Pak Sako (yang memimpin Partai Buruh), Shamsiah Fakeh, Abdullah CD, Rashid Maidin (kesemuanya PKM) dan Mat Indera sendiri adalah antara insan-insan Melayu yang memperjuangan kemerdekaan negara.

Mereka berjuang dengan rakan-rakan dari pelbagai parti dan pertubuhan dari kalangan bukan Melayu demi membebaskan bumi Malaya daripada penjajahan dan membentuk sebuah negara pelbagai kaum dan agama.

Pengkajian sejarah perlu diteliti dan diteruskan demi menegakkan kebenaran yang terselindung oleh kepentingan politik semasa.

Kata-kata Winston Churchill bahawa “sejarah ditulis oleh orang yang menang” wajarlah dimuhasabahkan semula. Ini kerana pengorbanan wira-wira tidak didendang itu tidak boleh diabaikan untuk meluruskan kembali penceritaan sejarah yang tepat.

Sejarah Malaysia sepatutnya ditulis oleh orang yang cintakan kebenaran, tidak berpihak dan hanya mahu fakta ditafsirkan dengan jujur dan ikhlas.

Kata-kata George Santayana, “mereka yang melupakan sejarah pasti akan mengulangi (kesilapannya)” harus dititipkan demi perjuangan yang bernama keadilan untuk semua. –

penyapu sial

perjuangan komunis selepas pasca merdeka bukan sebenar benarnya untuk mengembang ideologi...yang ini menjadi alasan kuat UMNOPORNO untuk menafikan peranan PKM dalam perjuangan menuntut kemerdekaan tetapi sebenarnya mereka(PKM ) tidak mengiktiraf kerajaan pasca merdeka kerana kerajaan tersebut adalah masih di bawah pengaruh penjajah British walaupun telah merdeka pada nama...kerajaan UMNO yang memerintah masih mengekalkan ideologi yang di terapkan oleh penjajah...dengan kata lain penjajah sudah pergi tetapi meninggalkan penjarah yang mewarisi budaya penjajah...

penjarah tingalan penjajah UMNO ini seboleh boleh cuba menghapuskan sejarah perjuangan bersenjata kumpulan radikal termasuk PKM...mereka UMNOPORNO yang bangsat ini cuba menafikan hak sejarah kumpulan radikal ini dengan mengecop kumpulan tersebut sebagai cuba menyebar ideologi komunis secara paksa di kalangan rakyat...

dengan kata lain umno berbuat helah kerana tak mau ada pihak yang bersaing dalam kuasa politik di negara ini dan secara tidak lansung menaikkan nama pukimak ini kunun kununnya sebagai pejuang kemerdekaan unggul dan tunggal yang menuntut kemerdekaan...pada hal bangsat ini tak layak lansung...kerana parti bangsat dan pukimak ini sememang seumpama kelawar penghisap darah yang mengambil kesempatan tanpa perlu meumpahkan keringat dan mereka inilah yang tidak mahu kemerdekaan sebenarnya...

hanya setelah mendapat tekanan pihak berhaluan kiri barulah bangsat bangsat ini sibuk berlakun nak tuntut kemerdekaan...sampai tergamak mencantas pihak yang sebenarnya mempelopori kemerdekaan...

Tiada ulasan: