Ahad, 25 September 2011

pemuda cheh

pemuda cheh


hudud dicipta oleh pencipta manusia

Posted: 24 Sep 2011 06:39 PM PDT


Meskipun konsep hudud ditolak oleh rakan PAS di dalam Pakatan Rakyat – DAP, namun PAS tetap nekad untuk melaksanakan hukuman hudud di negara Kelantan.
Menteri Besar Kelantan Nik Aziz Nik Mat merangkap Mursyidul PAS malam tadi mempertahankan pendirian beliau di Kuala Terengganu.
Beliau menolak asas penentangan kumpulan yang menentang pelaksanaan hudud dengan mengibaratkan ketakutan mereka terhadap hudud umpama takutkan hantu yang tidak diketahui.

Beliau berhujah bahawa ideologi yang dipegang oleh kumpulan politik lain sama sekali tidak boleh digunakan sebagai asas peraturan berbanding dengan Islam. Beliau dalam ucapannya mengibaratkan manusia sebagai lembu dan Allah sebagai tuan manusia untuk mengukuhkan hujahnya berkenaan hudud berdasarkan.
"Bagaimana manusia boleh buat peraturan untuk manusia hidup. Manusia tidak boleh buat peraturan untuk manusia, tapi yang boleh buat peraturan untuk manusia adalah 'tukang' (pencipta) yang buat manusia. Lembu tidak boleh jaga lembu, tapi yang boleh jaga lembu 'tuan' (pemilik) lembu.
Wajib pertahan hudud
"Al-Quran jadi dasar kita orang Islam. Sama ada orang Islam itu PAS atau tidak PAS, dasar kita orang Islam adalah al-Quran.
Justeru itu beliau menegaskan bahawa orang Islam wajib mempertahankan konsep negara Islam dan hukum hudud.
Namun, beliau mendedahkan bahawa masyarakat Cina lebih cenderung menyokong pelaksanaan hukuman hudud berbanding masyarakat Melayu.
"Saya pergi ke Perak dalam 15 tahun lalu, saya kata Cinalah yang paling utama sokong hudud. Ini kerana, orang curi tidak mencuri di rumah orang miskin tapi rumah orang kaya. Cina dengan melayu mana lebih kaya, tentulah Cina yang selalu kena rompak. Betul kata orang Cina kepada saya.
"Sepatutnya, orang Melayulah yang sokong hudud tapi dukacita kerana dia juga antara orang yang menentangnya. Kita kempen, kita doa mudah-mudahan mereka semua boleh terima hudud Islam.

Tiada ulasan: