Khamis, 29 September 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Musykil: Jabatan Pelajaran Negeri Pahang (JPNP) Biarkan Risalah Hasutan Di Edar Dalam Program Anjurannya Di Hotel Vistana Kuantan Semalam !!

Posted: 29 Sep 2011 02:27 AM PDT

KUANTAN, 29 Sept - Jabatan Pelajaran Negeri Pahang (JPNP) digesa tidak menjadikan bidang perguruan dan pendidikan sebagai alat untuk tujuan politik mana-mana pihak. Ini berikutan tindakan mereka membiarkan edaran risalah berbaur hasutan yang memburukkan pembangkang (Pakatan Rakyat) semasa program Pengurusan Pementoran Perkhidmatan Awam, Kementerian Pelajaran Malaysia di Hotel Vistana dekat sini semalam. Program sehari itu dirasmikan oleh YB Dr.Mohd Fuad Jarkashi, Timbalan Menteri Pelajaran sendiri. Menurut sumber, antara penceramah jemputan pada majlis itu ialah Prof. Dato' Dr.Siddek Baba, Profesor Pendidikan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Difahamkan, pihak JPNP selaku penganjur telah memaksa lima orang guru dari setiap sekolah di seluruh negeri Pahang untuk hadir ke program berkenaan. Apa yang mendukacitakan ialah program yang kononya atas nama Seminar Pemantapan Warga Pendidikan Negeri Pahang berbentuk ilmiah itu akhirnya jadi gelanggang pihak tertentu untuk menabur risalah fitnah yang berniat jahat terhadap pemimpin pembangkang di negara itu. Apa yang berlaku sungguh mengukacitakan dan amat memalukan seluruh warga pendidik itu sendiri. Tindakan biadap dan keterlaluan untuk kepentingan politik kepartian tidak wajar dibawa ke dalam program seperti itu. Apatah lagi mereka yang hadir adalah bertujuan untuk mengambil ilmu berguna tentang pendidikan itu sendiri. Selain bahan risalah yang memburukkan pakatan Rakyat serta VCD, pihak terbabit juga dipercayai telah mengadakan ceramah yang bukan untuk pemantapan guru tapi penuh tohmahan kepada Pakatan Rakyat. Program tersebut diadakan pada waktu sekolah dan ia telah mengakibatkan guru terpaksa tinggalkan pelajar mereka semata-mata menghadiri program itu.


Risalah hasutan yang jelas untuk memesongkan minda golongan pendidik

Bukti, menunjukkan betapa rosaknya mentaliti pihak terbabit sebenarnya
[Soalnya, kenapa ini harus berlaku pada sebuah jabatan yang dinaungi oleh Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin sendiri?. Sudahlah sebelum ini insititusi pendidikan dan sekolah telah digunakan sewenangnya untuk menjalankan berbagai aktiviti politik parti pemerintah. Kini. lebih dasyat lagi bila edaran risalah seperti itu dilakukan. Mereka menganggap guru-guru yang hadir pada majlis itu adalah golongan "terencat akal" yang tidak dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk. Apakah ini mentaliti golongan terbabit dalam memajukan bidang pendidikan di negara kita?. Apa yang berlaku ini seolah-olah jelas membuktikan kepada kita bahawa sememangnya Pilihanraya Umum ke-13 kini semakin hampir].

Bongkar: 'Waris' Individu Yang Telah Menangkap Mat Indera 'Di Batu Pahat Pada Tahun 1952' Dulu, Merayu Perhatian Dan Pembelaan Dari Kerajaan!

Posted: 29 Sep 2011 01:53 AM PDT

KUANTAN, 29 Sept - Salah seorang anak kepada individu yang telah berjaya menangkap "Mat Indera" hari ini tampil mendedahkan kisah sebenar insiden tersebut. Biar pun kini isu Hudud telah menenggelamkan isu kontoversi ini namun ada rahsia besar yang tidak pernah didedahkan kepada media sebelum ini telah berjaya dibongkarkan. Ramai yang tahu mengenai sejarah perjuangan Mat Indera, terutamanya dalam kes "Tragedi Bukit Kepong" itu.Umum mengetahui bahawa Mat Indera mati digantung oleh British di di penjara Ayer Molek Johor Bahru. Persoalannya, ramai yang tidak pernah tahu siapakah individu yang telah berjaya menangkap Mat Indera itu. Saparun Sibon, 46, (foto) mendakwa arwah bapanya iaitu Che'Sibon @ Tukyo bin Ahmad adalah individu yang bertanggungjawab menangkap Mat Indera selepas berlakunya "Tragedi Bukit Kepong" dulu. Menurut Saparun, bapanya ketika itu merupakan "Home Guard" yang telah diupah oleh pihak British untuk menangkap Mat Indera. Tangkapan telah berjaya dilakukan pada 14 Oktober 1952 di Kampung Parit Warijo, Sri Medan Baru Pahat Johor. Atas kejayaan tersebut, ayahnya juga telah dianugerah sijil serta pingat oleh Pesuruhjaya British di Tanah Melayu ketika itu iaitu Janeral Sir Gerald Templer. Malah katanya, selain dari sijil dan pingat terbabit ayahnya juga telah dihadiahkan wang tunai oleh kerajaan British atas kejayaan tersebut. Segala dokumen dan bukti berkaitan telah ditunjukkan bagi mengukuhkan lagi dakwaan beliau ini. Menurutnya, kisah ayahnya itu selema ini tersimpan dalam lipatan sejarah dan langsung tidak diambil perhatian oleh sesiapa pun sehinggalah isu "Mat Indera" itu timbul bila media yang mengaitkan kononnya Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu itu menyokong "komunis" dalan peristiwa Bukit Kepong yang hangat diperkatakan baru-baru ini.


Bukti kad pengenalan dan surat penghargaan tertera nama Mat Indera
Ini bukti surat penghargaan diterimanya dari Pesuruhjaya Tinggi British

Inilah wajah Mat Indera selepas beliau ditangkap oleh arwah bapanya dulu


Beliau juga mendedahkan arwah ayah dan ibunya telah mengikut arahan pihak atasan untuk menyamar sebagai "tukang masak dan orang suruhan" sehinggalah betul-betul dipercayai oleh Mat Indera. "Arwah ayah saya telah membuat kopi bercampur daun kecubung untuk diberi minum kepada kumpulan komunis dibawah pimpinan Mat Indera pada ketika itu. Sehinggalah semuanya pengsan dan pada masa itu jugalah arwah orang tua saya mengambil tangkal yang ada pada Mat Indera sehinggalah dia tersedar dan tidak boleh menghilangkan diri lagi. Tangkal yang ada pada dirinya telah diambil oleh arwah orang tua saya dan pada masa itu arwah orang tua saya membawa beberapa orang kawan-kawannya untuk menangkap dan mengikat Mat Indera serta kuncu-kuncunya dan diserahkan kepada pihak Kerajaan British di Johor Bahru", kata beliau lagi.

Waris Mohon Kerajaan Mengenang Jasa Bapanya

Menurut beliau lagi, dengan tertangkapnya Mat Indera ketika itu, pihak Kerajaan British telah memberikan hadiah wang tunai sebanyak RM75,000 atas jasa arwah bapanya. "Duit tersebut telah dibahagikan sama rata kepada kesemua anak buah dia dan selepas itu dianugerahkan sijil penghargaan berupa Pingat Jasa Kebaktian (PJK) pada zaman British tapi pingat tu entah hilang ke mana .... sijil yang diserahkan oleh The High Commissioner British iaitu Jeneral Sir Gerald Tampler", katanya. Saparun mendakwa selepas merdeka bapanya telah berhijrah keluar dari Johor. "Arwah orang tua saya ni ambil keputusan untuk berhijrah keluar daripada Johor memandangkan pada ketika itu maklumlah terlampau bermacam-macam dia dengar cerita", tambah beliau lagi. Bapanya kemudian telah meninggal dunia dalam usia 73 tahun di negeri orang. Beliau juga mengakui bapanya tidak pernah mendapat apa-apa imbuhan atau kenang jasa daripada pemerintah Kerajaan Malaysia. "Sehingga beliau meninggal dunia pun tidak pernah ada yang mengenang jasa beliau, sehinggalah sekarang ni saya sebagai pewaris utama beliau merayu pihak kerajaan negeri dan Kerajaan Malaysia atau mana-mana pihak yang berkenaan untuk menghulurkan sumbangan memandangkan isu ini timbul dan sedang hangat diperkatakan", tambahnya lagi.


[Persoalannya sekarang, apakah beliau sebagai pewaris kepada individu yang telah menangkap Mat Indera itu layak menerima pampasan atau bantuan dari Kerajaan Malaysia?. Jika benar, Kerajaan mengatakan Mat Indera itu adalah pengkhianat bangsa kerana bersekongkol dengan komunis untuk menyerang Balai Polis Bukit Kepong itu, maka sudah semestinya arwah ayah Saparun ini boleh dianggap wira. Ini kerana dengan kelicikan beliaulah yang telah menyebabkan Mat Indera ditangkap dan dihukum gantung oleh pihak British. Maka itu, beliau sebagai pewarisnya memang layak mendapat imbuhan yang setimpal daripada Kerajaan Malaysia. Jika nasib beliau tidak di beri perhatian oleh kerajaan, bermakna jasa-jasa arwah ayahnya itu langsung tidak dihargai sebenarnya. Jika tidak dihargai, ia bermakna Mat Indera adalah pejuang dan bukan arwah ayahnya yang bekerja dengan British. Inilah yang memusykilkan ?].

Panas: 'Mazlan Bongkar', Gara-Gara Kepentingan Politik, Felda Cagar Tanah 360 Ribu Hektar Tanpa Dimaklumkan Kepada Pengurus Besarnya Sendiri

Posted: 29 Sep 2011 01:07 AM PDT

KUALA LUMPUR 29 Sept - Lembaga Pengarah Felda didakwa membuat keputusan mencagarkan keseluruhan tanah Felda Plantation seluas 360 ribu hektar tanpa kehadiran Pengarah Besarnya, Datuk Dzulkifli Abdul Wahab. Cagaran tersebut dibuat kepada Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH) selama 60 tahun tanpa dimaklumkan kepada Zulkifli yang ketika itu pergi menunaikan umrah pada 25 Ogos lalu. Malah difahamkan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad turut dilantik menerajui Koperasi Peneroka Felda (KPF) atas alasan penstrukturan semula FGVH di mana jawatan tersebut kini dipegang Zulkifli sendiri. Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman (foto) menegaskan beliau yakin keputusan tersebut dipengaruhi oleh pemimpin politik berkepentingan. Katanya Timbalan Menteri Di Pejabat Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan sebelum berdolak-dalik atas cadangan yang dikemukakan Pakatan Rakyat untuk memansuhkan Felda Plantation dan diberikan tanah tersebut kepada generasi kedua dan ketiga. Jelas beliau setelah perkara ini terbongkar maka wujud tanggapan bahawa Felda mempunyai agenda tersendiri dan berselindung di sebalik alasan untuk menolak cadangan tersebut. "Keputusan ini difahamkan ditentang oleh Datuk Zulkifli sendiri kerana Isa Samad direstui Ahmad Maslan untuk campur tangan. "Felda akan sibuk dengan pelaburan dan tidak akan memberi tumpuan kepada peneroka," kata Mazlan. Mazlan turut mempersoalkan sekiranya perlantikan Isa melalui jalan "belakang" membolehkan ekuiti KPF bernilai RM399 juta iaitu 51 peratus dalam Felda Holdings akan dibawa masuk ke dalam Felda Global Ventures.


Felda kini telah lari dari matlamat asal penubuhan oleh PM Tun Razak dulu
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mendedahkan di parlimen bersabit kepincangan pelaburan melibatkan Felda Global Ventures di mana kerugian terkumpul dari tahun 1997 hingga 2010 dicatatkan hampir RM500 juta. Pelaburan dibuat menerusi Felda Iffco Sdn Bhd, Twin Rivers Techologies US, TRT Etgo Canada, Felda GLobal Ventures Middle East dan Felda GLobal Ventures Arabia. Sehubungan dengan itu beliau menuntut penjelasan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tentang keputusan yang akan memberi implikasi buruk terhadap liabiliti terbesar negara termasuk nasib peneroka. "Kebimbangan saya adalah apabila pelaburan besar di luar negara boleh lenyap seperti apa yang berlaku kepada Bank Bumiputera, Perwaja Steel dan PKFZ. "Ramai pihak (peneroka) mendesak supaya Perdana Menteri buat kenyataan terbuka... Maklumbalas yang kita perolehi adalah negatif dari kakitangan Felda sendiri," katanya.

Anwar: Pakatan Rakyat Bersetuju Cadangan PAS Untuk Laksana Hudud Belum Boleh Di Putuskan

Posted: 28 Sep 2011 05:23 PM PDT

KUALA LUMPUR, 29 Sept - Cadangan Parti Islam SeMalasyia (PAS) untuk melaksana undang-undang hudud ke atas orang Islam di Kelantan masih belum dapat diputuskan oleh majlis pimpinan Pakatan Rakyat walaupun hangat dibincangkan dalam mesyuaratnya malam tadi. Bagaimanapun, ketua umum Pakatan Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto) berkata, majlis pimpinan itu menghormati niat kerajaan Kelantan untuk melaksanakan undang-undang berkenaan. Majlis itu juga menghormati pendirian DAP yang menentang keras cadangan berkenaan, kata Anwar kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat itu di Ibu Pejabat PAS, di sini. Kesepakatan yang berjaya dicapai dalam mesyuarat selama tiga jam, lewat malam ini, hanyalah berhubung kesepakatan untuk PAS dan DAP meneruskan perbincangan bagi melaksanakan hukum hudud dan juga mempertahankan dasar-dasar bersama. "Pendiriannya jelas bahawa DAP menentang (cadangan melaksana hudud) dan PKR serta PAS menghormatinya. "Mesyuarat juga memperakui dan menghormati perbedaan ideologi setiap parti dalam Pakatan Rakyat sebagai permuafakatan demokratik, termasuk pendirian PAS berkenaan hukum syariah," katanya lagi. Jelasnya, Pakatan jelas menghormati hak dan kehendak PAS untuk melaksana hudud, namun parti Islam itu masih terikat dengan dasar bersama yang dipersetujui serta manifesto dalam Buku Jingga. "Mesyuarat juga memperakui kewujudan Enakmen Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003," tambahnya. Malah, kedua-dua enakmen tersebut dibentuk oleh dua negeri berkenaan ketika PAS, DAP dan PKR masih belum membentuk Pakatan, katanya lagi. Namun, terdapat keperluan untuk merujuk perkara itu ke majlis pimpinan Pakatan Rakyat kerana ia melibatkan pindaan perlembagaan, tambahnya.


Pakatan Rakyat akhirnya terpaksa akur dengan ketetepan dalam Buku Jingga


[Bagaimanapun, ditanya sekiranya Pakatan akan meminda perlembagaan bagi usaha itu seandainya ia berjaya membentuk kerajaan persekutuan, Anwar berkata tiada persetujuan bersama dicapai. Katanya lagi, mesyuarat juga telah terima penjelasan berhubung pendirian Kelantan dalam isu berkenaan yang disampaikan ahli exconya, Datuk Takiyuddin Hassan yang mewakili Menteri Besar. Turut hadir ialah Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Pengerusi DAP, Karpal Singh; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan juga Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail].

Tiada ulasan: