Rabu, 28 September 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Kehadiran MB Kelantan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat Di Sambut Meriah, 'Hampir Dua Ribu' Hadir Ke Majlis Hi-Tea Di Indera Mahkota Petang Tadi!

Posted: 28 Sep 2011 03:08 AM PDT

KUANTAN, 28 Sept [8.18 pm] - Kehadiran YAB Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (foto) dalam Majlis Hi-Tea di Restoran Saji Rahmat, Indera Mahkota dekat sini telah disambut meriah oleh rakyat setempat. Hampir dua ribu penyokong Pakatan Rakyat memenuhi setiap ruang dalam restoran terbabit. Kehadiran beliau sungguh bermakna bagi orang ramai, kerana sudah terlalu lama Nik Aziz tidak hadir dalam mana-mana program di sini sebenarnya. Dalam ucapannya selama kira-kira setengah jam, Nik Aziz banyak menyentuh soal agama Islam, Nik Aziz turut menyelar pihak yang mengatakan Islam itu hanya untuk orang Melayu sahaja. "Islam sampai ke negara China lebi awal dari Tanah Melayu. Tengok, kubur sahabat Nabi (Rasulullah SAW) juga ada di China. Ia sebagai bukti bahawa Islam memang sampai ke sana lebih awal dari kita. Sepatutnya di Malaysia, Islam dipimpin oleh orang Cina bukannya orang Melayu. Islam bukan untuk kaum-kaum tertentu tapi untuk semua.", kata Nik Aziz. Mursyidul Am PAS itu juga banyak bercakap soal hukum hudud. "Hukum Hudud terlaksa ke atas orang-orang Islam sahaja. Ia tidak terpakai kepada bukan Islam. Kalau hukum bunuh (mati) seperti pengedaran dadah dan senjata api boleh diterima pakai, kenapa hukum hudud yang tidak menyebabkan kematian tidak boleh diterima" Beliau turut menegaskan Islam adalah agama bukannya ideologi seperti demokrasi, komunis, sosialis dan lain-lain yang kesemuanya adalah ciptaan manusia semata-mata. "Manusia buat untuk manusia. Bumi ini Allah yang buat. Kenapa kita nak memandai-mandai tak nak ikut hukum Allah (Hudud). Macam motokar Mercedes, macam mana nak ambil enjin Toyota. Kenapa nak tolak hukum Allah. Dunia Allah yang cipta dan ada hubungan dengan akhirat. Dunie regunya akhirat. Walau bagaimana cerdik pun manusia, mereka tak boleh tahu benda yang Allah buat termasyk yang ghaib", kata beliau. Bercakap soal Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) beliau berkata "Dari dulu lagi dikenakan kepada tok guru-tok guru pondok yang mana mereka ini bukannya penjenayah dan yang mengenakan itu pun orang Islam. Jadi, mengapa terlalu lama masa diambil untuk dia faham bahawa ISA ini zalim?", tambah Nik Aziz lagi.


Antara ribuan orang ramai yang telah membanjiri restoran Saji Rahmat

MB Kelantan, Tuan Guru Nik Abd Aziz Akan Hadir Dalam Majlis Hi-Tea Di Indera Mahkota Petang Ini

Posted: 28 Sep 2011 02:27 AM PDT

KUANTAN, 28 Sept [1.34 pm] - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (foto) akan berada di Restoran Saji Rahmat, Bandar Indera Mahkota dekat sini jam 5.30 petang ini. Menteri Besar Kelantan itu dijangka bersama dalam majlis Hi-Tea bersama rakyat hingga jam 7.00 petang. Tiket berharga RM10 telah dijual kepada orang ramai. Program itu juga bertujuan untuk kumpul dana PAS Pahang dalam menghadapi PRU-13 ini.


Restoran Saji Rahmat, lokasi majlis Hi-Tea bersama Tuan Guru Nik Aziz
Semoga bertambah rahmat dan berkatnya kepada pemilik terbabit

[Restoran Saji Rahmat dulunya hanya dikenali sebagai Restoran Rahmat merupakan antara destinasi yang sering dikunjungi oleh warga Kuantan sejak sekian lama. Populariti restoran terbabit juga memang diakui oleh orang ramai yang sering berkunjung ke situ. Disamping masakan panas, turut disediakan ialah nasi berlauk untuk kemudahan pelanggan. Restoran terbabit juga menyediakan kemudahan Katering kepada mana-mana pihak yang menganjur sebarang majlis keramaian di sekitar Kuantan. Kemudahan "Wi-Fi" untuk pelanggan melayari internet juga disediakan].

Risalah Fitnah: "Ketua Penerangan" PKR Pahang, Razali Alias "Buat Laporan" Polis Di IPD Kuantan!

Posted: 28 Sep 2011 01:55 AM PDT

KUANTAN, 28 Sept - Satu laporan polis berkaitan edaran "risalah fitnah" telah dibuat oleh Ketua Penerangan PKR Pahang, Razali Alias (foto) di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan petang semalam. Dalam laporan tersebut Razali mahu pihak polis menyiasat siapakah dalang yang disebalik pengedaran risalah berkenaan. Difahamkan, risalah terbabit dihantar melalui pos ke rumah-rumah penduduk sekitar kawasan Beserah, Indera Mahkota dan sekitarnya sejak beberapa hari yang lalu. "Saya sendiri turut menerima risalan berbaur hasutan berkenaan semalam", kata Razali. Berdasarkan kepada rekod penghantaran, ia dipercayai dipos dari negeri Perak. Namu, identiti pengirimnya tidak diketahui. "Risalah terbabit lebih ditujukan kepada parti DAP, berdasarkan kepada kenyataan DAP Anti Islam, DAP Anti Melayu, Karpal Singh Tolak Negara Islam, Lim Guan Eng Jadi Umar Abdu Aziz, Siew Hina Sultan Perak, Tony Pua Cadang Hapus Diskaun Bumiputera, Kit Siang Tuduh UMNO Dalang 13 Mei dan banyak lagi", tambah Razali. Edaran risalah ini jelas menunjukkan bahawa Pilihanraya Umum Ke-13 kini semakin hampir sebenarnya. Jika tidak, kenapa risalah seperti itu diedarkan kepada rakyat?. Turut hadir dalam laporan polis tersebut ialah Zaidi Ahmad (Pengarah Pilihanraya PKR Pahang), Kamarzaman Md Yunus (Setiusaha PKR Pahang), Kamarul Hatta (SAMM Pahang) serta lain-lain.


[Edaran risalah terbabit jelas sekali berniat jahat dan tidak wajar berlaku sebenarnya. Apakah benar telahan ramai pihak bahawa Pilihanraya Umum Ke-13 bakal diadakan pada bulan November ini agaknya. Jika tidak, kenapa edarah risalah yang biasanya diedarkan ketika musim pilihanraya boleh dilakukan sekarang. Tambah mengejutkan, ia bukan dari negeri Pahang sendiri tetapi dari negeri yang jauh iaitu Perak. Dari mana mereka memperolehi alamat-alamat penduduk tempatan?. Apakah, kerja-kerja ini mendapat kerjasama dari agensi yang mempunyai maklumat peribadi rakyat seperti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) atau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)?. Insiden ini seolah-olah memnunjukkan pihak berkenaan memfokuskan kepada kawasan kritikal atau berpeluang untuk dirampas semula oleh UMNO Barisan Nasional. Buktinya, kejadian edaran risalah terbaru ini hanya berlaku di Parlimen Indera Mahkota yang kini dikuasai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebenarnya. Inilah yang memusykilkan!].

Dr.Aziz Bari: Bajet 2012 Tidak Sah Jika Di Bentang Sebelum Lulus Gara-Gara Parlimen Di Bubarkan !

Posted: 27 Sep 2011 11:19 PM PDT

PETALING JAYA, 28 Sept - Bajet 2012 yang dibentangkan sebelum pembubaran parlimen dianggap tidak sah dan perlu dibentangkan semula sekiranya parlimen dibubarkan sebelum bajet tahunan tersebut tidak diluluskan terlebih dahulu. Demikian menurut Pensyarah Fakulti Undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa, Profesor Dr Aziz Bari (foto) hari ini. Menurutnya proses pembentangan bajet tahunan itu perlu diluluskan terlebih dahulu dalam persidangan yang sama dimana proses tersebut akan memakan masa lebih sebulan. "Bila bajet dah dibentangkan, ia harus diselesaikanlah sehingga diluluskan dalam persidangan parlimen itu. "Kalau bajet belum lagi diluluskan tetapi PM dah bubarkan parlimen, bajet tersebut boleh dianggap tidak sah dan bajet baru perlu dibentangkan semula dalam persidangan parlimen selepas pilihan raya dijalankan," kata Dr Aziz yang juga dianggap sebagai pakar perlembagaan. Beliau juga memberitahu pembentangan bajet tidak boleh dibuat ketika parlimen sudah dibubarkan. "Kalau parlimen sudah bubar, lagilah tak boleh bentangkan bajet, macamana nak bentangkan bajet sedangkan pada masa itu parlimen sudah bubar, dianggap tak wujud," tambah beliau lagi.

[Pembentangan bajet yang dijadualkan pada 7 Oktober ini perlu dibahaskan oleh Ahli-ahli Parlimen terlebih dahulu sebelum undian untuk meluluskan bajet dibuat dalam mesyuarat ketiga, penggal keempat bagi Parlimen ke-12 yang hanya berakhir pada 1 Disember ini. Sebelum ini, beberapa pemerhati politik menjangkakan PRU 13 bakal diadakan pada bulan Oktober ini atau beberapa hari selepas Bajet 2012 dibentangkan. Rata-rata pemerhati politik turut menganggap bajet kali ini merupakan bajet pilihan raya bagi memancing undi pengundi dalam PRU-13 ini nanti].

Panas: Seorang Lagi Pemimpin PKR Pahang Pula Dedah Penyelewengan, Desak Pemilihan Cabang Pekan Pada 2 Oktober Ini Di Tangguhkan Segera!

Posted: 27 Sep 2011 06:00 PM PDT

KUANTAN, 28 Sept [9.00 am] - Seorang lagi pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pahang yang dikenakan tindakan displin yang memungkinkan mereka akan dipecat dari parti itu hari ini tampil dan mendedahkan dia akan membuat laporan polis terhadap pihak yang menuduhnya menyertai Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA). Beliau ialah Abd Rahman Othman (foto) atau lebih dikenali sebagai Bob Rahman yang merupakan bekas Naib Ketua PKR Cabang Pekan. Dalam kenyataannya, beliau mengesyaki ada pihak-pihak tertentu sedang cuba untuk menjatuhkan maruahya dengan tuduhan tersebut. Beliau kecewa kerana pihak terbabit hanya ingin menghukumnya berdasarkan beberapa laporan tidak berasas oleh pihak-pihak tertentu yang memusuhinya. Beliau turut mendedahkan beberapa kepincangan yang berlaku dalam tindakan PKR Pahang terhadap pemilihan PKR Cabang Pekan yang akan diadakan Oktober ini. Berhubung dengan isu pemecatan beliau, Bob Rahman mendakwa semua itu adalah satu perancangan jahat untuk menjatuhkan beliau dan menganggap pihak terbabit supaya jangan mencari pasal dengannya. Beliau juga ada mendedahkan akan membuta laporan polis terhadap pihak-pihak tertentu dan menggesa PKR Pusat menangguhkan Pemilihan Cabang Pekan pada 2 Oktober ini. Ikuti kenyataan beliau selanjutnya.


[Sesuatu perlu dilakukan jika mahu memulihkan kembali kepercayaan rakyat terhadap PKR di Pahang. Jika tidak, rakyat gusar dua parlimen yang dimenangi oleh parti itu pada PRU12 lalu iaitu Indera Mahkota dan Kuantan akan jatuh semula ke tangan UMNO BN pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti. PDO akan melaporkan maklumat lanjut tentang isu ini dari masa ke semasa. Ia sebagai ikhtibar dan pengajaran kepada mana-mana pihak yang tidak jujur dan cuba membuat onar dalam perjuangan masing-masing. Ingatlah, PKR harus benar-benar berubah jika ingin pulihkan kembali kepercayaan rakyat terhadap parti itu. Harapan besar untuk mengambil alih pentabdiran Kerajaan Negeri Pahang kini terbuka luas sebenarnya. Namun, jika masalah dalaman masih gagal diselesaikan dengan sebaik mungkin maka kita khuatir impian tersebut akhirnya akan berkecai dan terkubur begitu sahaja. Laporan seterusnya akan menyusul].

Panas: Apakah Motif 'Pertemuan Sulit' Duta Besar Amerika Dengan Pemimpin Pembangkang Pahang

Posted: 27 Sep 2011 05:27 PM PDT

KUANTAN, 28 Sept - Ramai yang terkejut dengan tindakan Duta Besar Amerika Syarikat, Paul W.Jones (foto) telah mengadakan satu pertemuan sulit "tertutup" dengan kempimpinan pembangkang (Pakatan Rakyat) Pahang di Hotel Hyatt dekat sini semalam. Tidak diketahui apakah hasil pertemuan tersebut, namun ia sesuatu yang cukup menarik untuk diperkatakan sebenarnya. Apakah ia tanda sokongan pihak terbabit kepada pembangkang dalam usaha mengambilalih tampuk kepimpinan negeri ini pada Pilihanraya Umum akan datang agaknya. Namun, butir-butir bertemuan gagal diperolehi setakat ini. Apa yang pasti ia kemungkinan besar menjurus ke arah itu agaknya. Dalam pertemuan semalam, antara pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir ialah Dato' Fauzi Abd Rahman (Pengerusi PKR Pahang), Ustaz Yusuf Embong (Timbalan Persuruhjaya PAS Pahang) dan YB Leong Ngah Ngah (Pengerusi DAP Pahang). Turut hadir ialah Ahmad Nizam Hamid (Timbalan Pengerusi PKR Pahang), Kamarul Hatta Ali (SAMM Pahang) dan lain-lain pemimpin. PDO tidak dimaklumkan tentang pertemuan tersebut setakat ini. Cuma kami menjangkakan ia sebagai tanda awal sokongan pihak kedutaaan ke arah perubahan politik baru di bumi Pahang.

Duta Besar AS bergambar dengan kepimpinan Pakatan Rakyat Pahang

[Pertemuan sulit ini pastinya menggusarkan Kerajaan Negeri Pahang terutamanya pimpinan UMNO BN sebenarnya. Apatah lagi disaat bahang pilihanraya umum ke-13 yang kian terasa sekarang ini. Apakah pembangkang dilihat bakal menakluki Pahang pada PRU itu nanti agaknya. Jika ini berlaku, sudah pastilah ia satu keputusan yang cukup bersejarah kerana Pahang adalah negeri kelahiran Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak. Nampaknya, ada agenda besar yangs edang dirancang untuk tujuan tersebut. Namun, ramai juga yang musykil dengan pertemuan sulit ini. Mereka gusar, ada sesuatu perancangan dan strategi licik antara pembangkang dengan Kedutaaan Amerika bagi tujuan memastikan kemenangan Pakatan Rakyat di negeri ini pada PRU-13 nanti. Apapun, maklumat lanjut pertemuan ini akan dimaklumkan kemudian]. sumber

N.Surendran, Keputusan Inkues Ahmad Sarbaini Sukar Untuk Di Percayai & Jelas Tidak Konsisten !!

Posted: 27 Sep 2011 05:01 PM PDT

SHAH ALAM, 28 Sept - Keputusan mahkamah koroner semalam yang mendapati kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor, Ahmad Sarbaini Mohamad pada 6 April lalu sebagai nahas kerana terjatuh dari aras tiga bangunan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) disifatkan sebagai sukar dipercayai demikian jelas Naib Presiden PKR, N Surendran (foto). Surendran berkata keputusan tersebut malah tidak boleh diterima ekoran ia tidak konsisten dengan fakta kes. "Mahkamah koroner memaksa kita untuk percaya bahawa Sarbaini yang secara sukarela datang ke pejabat SPRM di Cheras, kemudiannya mahu melarikan diri dengan merangkak keluar dari tingkap di aras tiga."Tiada penjelasan diberikan tentang bagaimana dan mengapa rakaman CCTV selama 22 jam dipadam, yang mana ianya memaparkan detik-detik di mana Sarbaini menemui ajalnya", katanya dalam satu kenyataan. Mahkamah koroner semalam memutuskan bahawa kematian pegawai kastam Ahmad Sarbaini Mohamad pada 6 April lalu adalah satu kemalangan. Surendran bagaimanapun berkata perkara yang paling membimbangkan adalah tindakan SPRM sepanjang kes Sarbaini. "Sebagai institusi awam utama yang dibiaya sepenuhnya dengan wang rakyat, keutamaan SPRM seharusnya adalah untuk mendapatkan kebenaran perkara tersebut, menghukum mereka yang bertanggungjawab dan melaksanakan reformasi untuk mengembalikan keyakinan rakyat," katanya. Sebaliknya dalam kes seperti ini, Surendran menyifatkan SPRM bertindak seperti individu yang terdesak untuk membersihkan namanya walau dengan apa jua cara sekalipun. tvsnews

[Nampaknya, satu lagi keputusan inkues yang menimbulkan keraguan selepas apa yang berlaku kepada inkues Teoh Beng Hock. Banyak keraguan dan kemusykilan rakyat masih belum terjawab dalam kes ini. Soalnya, apakah kreadibiliti kerajaan dapat dipulihkan apabila pihak terbabit sering mencari alasan untuk menolak kemungkinan ada usaha keraguan dalam kes-kes segini. Memang benar, tuduhan yang dibuat kononnya mangsa membunuh diri terlalu sukar untuk diterima oleh sesiapa pun malahan ahli keluarga mangsa yang terbabit. Tidak mungkin ada manusia yang akan membunuh diri di satu tempat terbuka atau pejabat awam melainkan lokasi yang sulit dan tidak diketahui oleh orang ramai. Mana mungkin ada orang datang jabatan kerajaan kemudiannya membunuh diri dengan begitu mudah. Jika itu keadaannya maka jabatan kerajaan sudah menjadi lokasi yang tidak selamat lagi buat rakyat. Apakah ini adil untuk rakyat?].

Tiada ulasan: