Selasa, 27 September 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Peguam Lynas Nafi Bekas PM "Mahathir" Sokong Projek Itu Kerana Anaknya Punyai Kepentingan !

Posted: 27 Sep 2011 05:59 AM PDT

Lynas Corporation Ltd menolak dakwaan bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Dr.Mahathir Mohamad menyokong loji pemprosesan nadir bumi di Gebeng, Pahang itu, kerana anak sulungnya, Datuk Mokzhani mempunyai kepentingan dalam projek berkenaan. "Kontrak itu ... yang bernilai keseluruhannya kira-kira RM9.1 juta mewakili sebahagian kecil daripada pendapatan tahunan Kencana Petroleum Bhd," kata peguam Lynas Andrew Arnold dalam sepucuk surat hari ini. "Ia sangat tidak betul... bagi mencadangkan Mahathir akan tahu ataupun mengambil berat tentang kontrak yang agak kecil dan tidak seberapa yang dibuat oleh anak syarikat Kencana Petroleum Bhd." Mokzhani Mahathir (kiri) adalah Ketua Pegawai Eeksekutif Kumpulan Kencana Petroleum Bhd, yang anak syarikatnya diberikan kontrak dalam proses tender terbuka oleh Lynas. Khamis lalu, kumpulan aktivis alam sekitar Save Malaysia Stop Lynas (SMSL) mendedahkan bahawa syarikat itu berjaya mendapat kontrak untuk mereka bentuk, memasang, membekalkan talian, keluli karbon dan tangki keluli tahan karat. Sehubungan itu, Lynas menuntut permohonan maaf berhubung dakwaan itu dan tuntutan lain oleh SMSL yang dilaporkan dalam sebuah portal berita. Dakwaan lain yang disangkal oleh Lynas adalah bahawa HSBC Bank Australia telah menjual sahamnya dalam syarikat itu yang bernilai jutaan dolar bagi elakkan publisiti buruk. mkini

[Patutlah Mahathir beriya-iya benar sokong Lynas mutakhir ini. Rupanya syarikat anak beliau mempunyai kontrak dalam projek terbabit. Jika inilah keadaannya, maka sudah pasti mana-mana pihak yang mempunyai kepentingan dalam Lynas menyokongnya. Tapi anehnya, ada juga pihak yang menolak Lynas tetapi masih mempunyai kepentingan dalam projek tersebut. PDO sedang menyiasat dan akan membongkarkan syarikat terbabit dalam masa terdekat ini. Jika benar dakwaan itu, maka sesuatu yang amat malang bagi mereka kerana telah menipu rakyat bila depan menyokong bantahan tetapi dibelakang pula menyokong projek Lynas. Itu khianat kepada kepercayaan rakyat namanya!. Kenapa ini harus berlaku?].

PKR Pahang, Buat "Laporan Polis" Terhadap Umi Hafilda Ali Serta OCPD Lipis Berkenaan Gangguan Ceramah Anwar Ibrahim Di Kampung Terap Budu

Posted: 27 Sep 2011 03:19 AM PDT

KUANTAN, 27 Sept [6.32 pm] - Laporan polis bantahan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terhadap Umi Hafilda dan Ketua Polis Daerah Lipis, Supt. Abdul Razak Hassan telah dibuat oleh Zaidi Ahmad, Pengarah Pilihanraya PKR Pahang jam 3.10 petang tadi. Turut bersama beliau dalam laporan itu tadi ialah Razali Alias (Ketua Penerangan PKR Pahang), Kamarzaman Md Yunus (Setiausaha PKR Pahang), Kamarul Hatta (SAMM Pahang) dan lain-lain. Dalam laporannya Zaidi mendakwa pihak polis dipercayai gagal memainkan peranan yang adil dan saksama terhadap rakyat. Ini jelasnya, mereka gagal memberhentikan ceramah oleh Umi Hafilda Ali yang dijalankan tanpa permit, penuh dengan caci maki, lucah, mencarut dan unsur-unsur yang boleh menyebabkan ketegangan. Beliau juga hairan, bagaimana pihak polis boleh membenarkan satu majlis jamuan hari raya dihadapan tapak ceramah Pakatan Rakyat yang permitnya sudah diluluskan oleh mereka sendiri. Tindakan OCPD Lipis ini jelas sekali melanggar etika dan profesionalisme seorang pegawai kerajaan yang gajinya dibayar dari hasil duit rakyat. Tambah mengejutkan, tindakan provokasi yang dilakukan oleh ahli-ahli Perkasa Lipis itu juga memang benar didalangi oleh pemimpin UMNO yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan terbabit (Benta) iaitu Dato' Mohd Sofi Tan Sri Abdul Razak. "Aneh bila OCPD sendiri iaitu Supt. Abdul Razak Hassan yang turut hadir dalam majlis berkenaan, tidak berani memberhentikan majlis ceramah tersebut sedangkan beliau sebenarnya punyai kuasa berbuat demikian", kata Zaidi.


Zaidi Ahmad menunjukkan laporan polis yang telah dibuat oleh beliau


Kenyataan media Zaidi Ahmad selepas laporan polis tersebut dibuat

[Nampaknya telahan awal PDO bahawa majlis ceramah Umi Hafilda itu adalah anjuran UMNO kini terserlah jua akhirnya. Ini bermakna, UMNO berkerjasama dengan Perkasa untuk mengganggu ketenteraman awam. Ceramah tanpa permit dibenarkan, sedangkan jika ia dilakukan oleh parti pembangkang sudah pasti pihak polis akan menjalankan tugas dengan "cekap dan adil" untuk mengarahkan program berkenaan dihentikan. Malahan, pernah berlaku kes ketika ceramah PAS bertembung dengan ceramah Lokman Nor Adam bersebelahan Pasti As-Saadah di Kuantan dimana pihak polis mengarahkan ceramah PAS itu dipindahkan ke tempat lain. Sedangkan PAS mengadakan program di premis sendiri. Alasan yang diberikan tidak mahu berlaku perbalahan dan sebagainya. OCPD Kuantan bertindak bijak dalam hal ini. Tapi, kenapa OCPD Lipis gagal bertindak adil dan saksama?. Cukup memalukan apabila institusi polis dipergunakan sewenangnya untuk kepentingan politik seperti ini. Siasatan yang rapi perlu dijalankan, apakah puncanya kejadian ini boleh berlaku?].

AMK Pahang Kecewa Dengan Tindakan Provokasi Perkasa Ketika Program Ceramah Anwar Di Lipis !

Posted: 26 Sep 2011 09:58 PM PDT

KUANTAN, 27 Sept [1.00 pm] - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pahang hari ini meluahkan rasa kecewa dan terkilan dengan sikap yang ditunjukkan oleh NGO Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) yang dipimpin oleh Datuk Ibrahim Ali. Ia berikutan tindakan pihak terbabit yang dipercayai menaja program ceramah Umi Hafilda Ali bersebelahan dengan ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kuala Lipis malam kelmarin. Dalam kejadian itu, mereka dikatakan sengaja mahu menimbulkan provokasi dan huru-hara sama seperti apa yang berlaku dalam ceramah Mat Sabu di Negeri Sembilan sebelum ini. Tindakan mengadakan ceramah, Umi Hafilda oleh Perkasa itu dipercayai didalangi juga oleh UMNO Bahagian Lipis yang tidak senang dengan kehadiran Ketua Pembangkang itu ke kawasan mereka. Mujurlah tiada kejadian yang tidak diingini berlaku dalam kejadian terbabit. Menurut Ketua AMK Pahang, Ahmad Sani (foto) berkata walaupun berbagai provokasi dilakukan pihak Perkasa namun segalanya dapat di atasi.. Malah katanya, AMK Pahang bertanggungjawab dalam menjaga dan mengawal keselamatan Anwar dalam programnya di Lipis itu. "Alhamdulillah Komandan Perkasa Lipis adalah rakan kepada AJK AMK Indera Mahkota.. Tahniah juga kepada Tuan Rumah iaitu PKR Cabang Lipis'....", kata kenyataan beliau di laman facebook AMK Indera Mahkota hari ini.


Sahabat, Fitri AMK dan komanden Perkasa Lipis berjaya redakan keadaan

[Banyak pihak yang ditemui sungguh terkejut dengan situasi semasa negara kita sekarang ini. Nampaknya Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) sudah mula bertindak agreasif dengan membelakangi undang-undang sebuah negara demokrasi. Mereka seolah-olah mendapat "greenlight" daripada pihak-pihak tertentu untuk bertindak keterlaluan terhadap mana-mana program ceramah anjuran parti pembanngkang. Apakah ini caranya Perkasa bertindak?. Bukankah mereka semua terdiri dari kalangan orang Melayu yang penuh dengan budi pekerti. Kenapa ini harus berlaku dalam negara Malaysia yang tercinta ini?. Bukankah ini menunjukkan ada unsur-unsur menganggu ketenteramana awam sebenarnya. Wajarkah senario ini terus dibiarkan?. Pihak berkuasa perlu bertindak tegas dalam mengawal keadaan ini agar ia tidak menjadi parah. Jika tidak, sudah pasti insiden yang lebih teruk akan berlaku bila tindakan "menggempur" ceramah pembangkang dilakukan di seluruh negara. "Agenda apakah" yang mahu dilakukan Perkasa agaknya?].

Ganggu Ceramah Anwar, PKR Buat Laporan Polis Terhadap Umi Hafilda Dan OCPD Lipis Petang Ini

Posted: 26 Sep 2011 07:15 PM PDT

KUANTAN, 27 Sept [10.21 am] - Satu laporan polis akan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan jam 3.00 petang nanti oleh Pengarah Pilihanraya Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Pahang, Zaidi Ahmad (foto) berhubung isu gangguan ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 25 September lalu. Laporan dibuat terhadap Umi Hafilda Ali (foto) dan Ketua Polis Daerah Kuala Lipis, Supt Abdul Razak Hassan berkaitan dengan gangguan semasa Ketua Umum PKR itu menyampaikan ceramahnya pada malam tersebut. Satu sidang media akan diadakan selepas itu di perkarangan IPD Kuantan selepas itu. Menurut Zaidi, beliau hairan bagimana ceramah Umi Hafilda boleh diberikan permit sedangkan PKR telah berbuat demikian sejak awal lagi. Malahan, lokasi ceramah tersebut juga bertentangan dengan lokasi ceramah Anwar di Kampung Terap, Budu iaitu bersebelahan dengan Sekolah Menengah Panglima Garang Abdul Samad. Jaraknya begitu hampir dan hanya dipisahkan dengan jalanraya semata-mata. Anwar Ibrahim khabarnya dalam rangka lawatan kerja sehari ke Pahang Barat, dimana sebelum itu beliau hadir Majlis Jamuan Hari Raya Aidil Fitri PKR Cabang Bentong. Beliau juga sempat merasmikan pejabat PKR Cabang tersebut. Anwar bergegas pula ke Raub selepas itu untuk berceramah di Markas PAS, Tanah Bercangkul, Gali Tengah, Raub. Dari Raub beliau kemudian telah ke Kuala Lipis untuk sesi terakhir lawatan kerja dan ceramah beliau di sana.


Ceramah Anwar yang dikatakan telah pun diganggu oleh Umi Hafilda itu

Anwar Ibrahim bersama kepimpinan pakatan sebelum berceramah di Lipis

Anwar Ibrahim berceramah dan semasa sambutan ketibaannya di Bentong

Bersemangat, ketika menyanyikan lagu Keadilan di pejabat PKR Bentong

Anwar Ibrahim ketika ceramah serta sambutan semasa dia tiba di Raub

Bergambar bersama kepimpinan PAS di Markas PAS Tanah Bercangkul


[Apa yang berlaku terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam ceramah Anwar di Kuala Lipis itu sungguh mengejutkan sebenarnya. Ini kerana, jarang berlaku dimana-mana (melainkan ketika musim pilihanraya) pihak polis boleh meluluskan permit ceramah kepada dua pihak dalam masa dan lokasi yang sama. Biasanya, pihak polis akan menasihatkan pihak tertentu supaya memberi laluan kepada mereka yang memohon permit lebih awal. Malah, pihak satu lagi pasti akan diarahkan berpindah lokasi atau mengubah ke tarikh yang lain. Persoalannya kenapa OCPD Lipis tidak berbuat demikian?. Masalahnya, kepada ceramah Umi Hafilda boleh diadakan di lokasi yang sama dengan ceramah Anwar?. Ia seolah-olah senagaja dirancang oleh pihak-pihak tertentu bagi tujuan menggangu. Kenapa takut dengan ceramah pembangkang?. Bukankah UMNO dan BN boleh menagtur ceramah Umi Hafilda pada masa yang lain?. Kenapa tidak serius pertahankan prinsip demokrasi?. Apa yang berlaku ini sungguh memalukan dan tidak sewajarnya terjadi. Isu kecil akhirnya panas bila ada pihak yang gagal laksanakan undang-undang mereka secara profesional].

Tiada ulasan: