Pahang Daily Online |
Posted: 22 Sep 2011 07:05 PM PDT KUANTAN, 23 Sept - Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) digesa bersikap profesional dalam melaksanakan undang-undang terhadap penduduk di bandar ini. Ia berikutan mereka masih mengamal sikap "double standard" terhadap penguatkuasaan undang-undang yang telah ditetapkan. Apa tidaknya, mereka bertegas dan cukup taat dalam melakukan operasi saman parking, kutipan cukai pintu, lesen pasar malam dan sebagainya. Tetapi dalam waktu yang lain, mereka dilihat terus gagal menangani premis-premis "mesin kuda" yang kini tumbuh bagaikan cendawan di bandar ini. Malah, difahamkan, setakat ini sudah hampir 50 buah premis terbabit beroperasi tanpa ada sebarang tindakan oleh pihak terbabit. Biar pun, Exco Kerajaan Negeri Pahang mengumumkan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini kononnya banyak premis haram yang menjalankan operasi "mesin kuda" telah dibenteras namun semuanya itu hanyalah "indah khabar dari rupa" sebenarnya. Kebanyakkan dari mereka langsung tidak turun padang untuk meninjau operasi perniagaan berkenaan yang kini masih beroperasi seperti biasa. Paling menyedihkan ada maklumat, terdapat pegawai penguatkuasa Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) sendiri yang "masuk pintu depan dan keluar pintu belakang" sekiranya diarahkan memantau kegiatan itu. Operasi Oleh Pihak Berkuasa Gimik Semata-Mata Soalnya sekarang kenapa kegiatan "haram" ini terus berleluasa tanpa sekatan. Paling mengecewakan bilamana premis yang berkenaan berselindung disebalik "cafe siber". Tinjaun krew kami ke sekitar bandar Kuantan mendapati, rekabentuk premis berkenaan hampir sama disemua tempat. Mereka beroperasi tanpa papan tanda, tanpa lesen dan tanpa segalanya. Biasanya pada pintu pintu berkaca akan ditampal dengan poster "games" bagi mengaburi mata orang ramai kononnya mereka hanya sajikan permainan video dan internet di dalamnya. Agak malang juga bila pelanggan tetap mereka adalah orang Melayu yang beragama Islam. Malah, pada bulan Ramadhan yang mulia baru-baru ini pun, begitu ramai yang tidak melepaskan peluang "berjudi" di premis-premis berkenaan. Anehnya, kenapa mereka bebas beroperasi tanpa sekatang?. Siapakah dalang disebaliknya. Malah terdapat maklumat mengatakan sekiranya ada operasi dijalankan oleh pihak berkuasa, mana-mana mereka yang sanggup menyamar ditangkap ketika operasi itu akan dibayar imbuhan tertentu dalam jumlah yang agak besar juga. Ia bagi tujuan untuk diambil gambar kononnya premis berkenaan telah diserbu dan kegiatan tersebut berjaya dilumpuhkan. Masalahnya, beberapa hari selepas itu semua komputer yang dirampas akan "datang semula" ke premis berkenaan sebenarnya. Inilah senario yang berlaku sejak dulu lagi. Laporan muka depan Utusan Malaysia hari ini perlu adi iktibar buat semua Bukti, rekabentuk yang hampir sama jelas mengaburi mata orang ramai premis mesin kuda yang terletak di Jalan Pasar dan Bukit Setongkol |
Posted: 22 Sep 2011 01:17 PM PDT Seperti yang dijangka oleh ramai pihak, kemungkinan mantan Menteri Dalam Negeri yang kini merupakan Pengerusi Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) iaitu Datuk Zaid Ibrahim (foto) bakal kembali kepada UMNO dalam masa terdekat ini. Ia berikutan beberapa "taktik licik" beliau untuk mengaburi mata rakyat dengan melakukan helah "perang dingin" sesama "orang kuat" parti baru-baru ini. Sandiwara pergolakan dalaman itu dilakukan bagi memudahkan KITA dikuburkan dan Zaid kembali bersama UMNO sebelum pilihanraya umum ke-13 tidak lama lagi. Baru-baru ini, parti yang ditubuhkan Januari lepas, dikatakan bergolak apabila ramai anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti itu mengecam hebat tindakan "tidak beretika dan tidak mengikut perlembagaan" Presiden Datuk Zaid Ibrahim memecat anggota CWC. Tindakan memecat tiga anggota CWC setiausaha pusat Abdul Latif A. Tambi, bendahari Rashid Azad Khan dan anggota CWC Muhammad Firdaus Christopher dikatakan dibuat tanpa sebarang sebab kukuh dan hanya menerusi surat tidak rasmi iaitu hanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Malah, seorang anggota CWC parti itu, Mohd Zahrein Zakariah dikatakan akan memanggil satu mesyuarat agung luar biasa parti sebagai saluran undang-undang untuk mendesak Zaid meletak jawatan. Sekali pandang, memang rakyat melihat Zaid akhirnya teraniaya. Selepas keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dia kemudian cuba untuk menjadi "jaguh seperti Anwar" dengan "menakluki" parti kecil seperti Parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) sebenarnya. Zaid Sedang Intai Peluang Kembali Kepada UMNO Bekas Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Wilayah Persekutuan itu akhirnya menubuhkan parti Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) pada awal Januari tahun ini. Keputusan drastik Zaid keluar PKR menerusi blognya dan kemudian memecat ahli CWC parti KITA menerusi SMS membuktikan memang ada sesuatu yang tidak kena kepada bekas Calon PKR di Pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor ini. Nampak benar, beliau bukanlah seorang tokoh pemimpin yang berwibawa untuk berjuang membela rakyat. Apa yang lebih dikejarnya ialah "pangkat dan jawatan". Biar pun dia mecipta sejarah sebagai satu-satunya Menteri di Malaysia yang meletakkan jawatan ketika "masih berkuasa", namun kini Zaid nampak begitu kecewa dengan keputusan beliau dulu. Beliau sangka dia boleh disanjung sebagai "hero" seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim, namun semua itu meleset. Akhirnya Zaid Ibrahim mencatur semula peluang untuk kembali kepada UMNO selepas melihat partinya sekarang "KITA" tidak mendapat sokongan majoriti rakyat. Malah, KITA dilihat tidak mempunyai harapan langsung untuk mendapat undi pada Pilihanraya Umum Ke-13 ini nanti. Jika adapun, mungkin ramai calon mereka akan "hilang wang pertaruhan" jika KITA terus menyertai PRU-13 menerusi pertembungan tiga penjuru. Maka akhirnya, Zaid terpaksa mencari jalan terbaik untuk beliau kembali kepada UMNO. Bagai "bulan jatuh ke riba", peluang yang dinantikan Zaid akhirnya tiba bila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bertindak memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) baru-baru ini. Tindakan Najib itu, memberi ruang terbuka untuk beliau kembali kepada UMNO. Tambahan pula, ketika dia meletak jawatan dan meninggal parti itu, isu tentang ISA adalah antara punca yang menjadi faktor utama tindakan drastiknya dulu. Zaid Di Uji Sebelum Di Terima Semula Sertai UMNO Najib dan kepimpinan UMNO tidak semudah itu mahu menerima semula Zaid Ibrahim. Beliau harus diuji kesetiaan dan keikhlasannya untuk "kembali ke pangkuan UMNO". Akhirnya Zaid mencari jalan agar dia dipecat oleh KITA, agar rakyat tidak nampak yang dia bersalah. Di atur strategi kononnya KITA bergolak agar "skrip nampak lebih real". Dalam masa yang sama dia juga mengeluarkan kenyataan memuji Perdana Menteri yang bertindak berani memansuhkan ISA, kerana itulah yang diperjuangkan ketika meninggalkan UMNO dan kerajaan. Kini, satu lagi ujian terakhir yang mungkin diuji kepada Zaid Ibrahim. Beliau mesti meyakinkan rakyat bahawa kerajaan BN pimpina Najib harus dikekalkan kerana sudah melaksanakan segala pembaharuan termasuk memansuhkan ISA. Lantaran itu jugalah, Zaid khabarnya akan mengadakan jelajah demokrasi KITA ke seluruh negara bagi meminta rakyat menyokong usaha Perdana Menteri, menyelamatkan demokrasi di Malaysia. Aalasan kukuh beliau berbuat demikian sudah pastilah berkenaan pengumuman pemansuhan undang-undang darurat, Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan undang-undang berkaitan akhbar, yang memberikan kebebasan berhimpun dan bersuara kepada rakyat, adalah perisytiharan yang penuh bermakna dan bersejarah. Dalam satu kenyataan semalam, Zaid mengatakan adalah amat penting bagi rakyat di semua peringkat dalam negara ini memahami tujuan dan maksud transformasi dasar itu. Kononnya tanpa pemahaman yang mendalam, maka rakyat Malaysia boleh dikelirukan oleh pihak-pihak yang menentang transformasi berkenaan. [Beliau dikatakan telah menubuhkan urusetia jelajah tersebut dalam usaha membantu Perdana Menteri mendapat kembali sokongan semua pihak tanpa mengira fahaman politik kononnya transformasi yang dibuat oleh Najib itu mendatangkan manfaat kepada rakyat seluruhnya. Atas kesedaran inilah dan bagi memastikan usaha murni Perdana Menteri tidak tergendala, parti KITA pimpinan Zaid akan mengadakan pertemuan dengan orang ramai untuk memberi penjelasan dan penerangan dalam beberapa hal berkaitan dengan isu ini. Beliau kononnya akan memberi penerangan tentang persoalan bagaimana negara dan rakyat akan mendapat manfaat daripada transformasi itu nanti. Khabarnya jadual jelajah KITA itu akan bermula di Pasir Putih (27 Sept), Kota Bharu (28 Sept), Jerantut (2 Okt), Petaling Jaya (4 Okt), Kapar (6 Okt), Bangi, Selangor (9 Okt), Seri Andalas (14 Okt), Kota Kinabalu (17 Okt), Sungai Petani (20 Okt) dan Kelana Jaya (26 Okt). Bukankah, ini adalah satu usaha terdesak Zaid dalam meraih kembali kepercayaan Najib terhadap beliau sebenarnya. Hasil usaha gigih beliau ini, sudah pasti akan membolehkan dia diterima semua ke dalam UMNO dan kemungkinan besar dilantik semula ke dalam kabinet atau setidak-tidaknya menjadi calon BN pada Pilihanraya Umum Ke-13 nanti. Inilah yang diharapkan oleh Zaid Ibrahim pada masa ini sebenarnya. Soalnya, apakah rakyat boleh menerima penjelasan dan penerangan oleh Zaid ini?. Karier politiknya pasti akan hancur dan "busuk sebusuknya" jika dia "U-Turn" dalam masa terdekat ini. Apapun, syabas buat Zaid kerana pandai untuk bermain politik seperti ini]. |
You are subscribed to email updates from PDO :: Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan