Khamis, 22 September 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Chegubard "Tetap Pertahankan Dakwaan" Beliau Tentang Cincin RM24 Juta Milik Rosmah Mansor !

Posted: 22 Sep 2011 01:11 AM PDT

PEKAN, 22 Sept - Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) iaitu Badrul Hisham Shaharin menegaskan beliau mempunyai bukti-bukti yang cukup unutk mengesahkan penglibatan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dengan kes cincin RM24 juta. "Saya punyai bukti biarpun pihak-pihak berkenaan cuba memadamkannya", kata beliau yang juga popular dengan nama Chegubard. Beliau berkata demikian dalam ceramah anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Markaz PAS, Felda Chini 3 di sini malam tadi. Menurut Chebgubard lagi, beliau hairan dengan sikap UMNO dan media arus perdana yang cuba memesongkan minda dan menipu rakyat. "Mereka keluarkan cerita kononnya mencabar saya supaya membuat laporan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Padahal saya sudah pun pergi ke pejabat SPRM Pulau Pinang sebelum itu lagi. Bukankah ini menunjukkan kebodohan mereka", kata Chegubard. Beliau turut menafikan yang dia membawa cerita fitnah dalam hal itu. Cuma katanya media cuba memutar belit kononnya dia sengaja mahu memalukan isteri Perdana Menteri. "Saya dedahkan kerana kebenaran, jika tidak kenapa pihak berkenaan bergegas ke KLIA dan menyoal siasat pegawai yang bertanggungjawab tehadap kemasukan cincin tersebut. Jika ia fitnah sudah pasti mereka tidak tergesa-gesa dan kelam-kabut menutup bukti-bukti berkenaan. Mujurlah saya sempat meramkan gambar pada skrin komputer pihak kastam di KLIA sebelum rekod itu dipadamkan oleh pihak berkenaan. Mereka ubah cerita kononnya cincin dibawa ke sini untuk pameran dan kemudian dibawa ke Singapura. Mereka cuba memesongkan fakta selepas gusar dengan pendedahan yang saya telah pun saya lakukan", kata Chegubard.

Gempar: Pengarah Pilihan Raya PKR Dedah Najib Bakal Bubarkan Parlimen "Selepas Bentang" Dan Sebelum "Ketua Pembangkang Bahas" Bajet 2012!

Posted: 21 Sep 2011 08:05 PM PDT

PEKAN, 22 Sept - Pengarah Pilihanraya PKR Pahang, Zaidi Ahmad (foto) mengejutkan ramai pihak bila dia mendedahkan bahawa Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak kemungkinan besar akan membubarkan parlimen dalam tempoh terdekat ini. Ia berdasarkan kepada senario semasa tentang beberapa isu panas yang dibangkitkan dan juga beberapa pertemuan sulit antara Najib dengan pihak-pihak tertentu dalam Parlimen Pekan untuk membincangkan strategi pilihanraya mutakhir ini. Beliau berkata demikian dalam ceramahnya di Markaz PAS, Felda Chini 3 dekat sini malam tadi. "Saya mendapat ilham ini menerusi Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Malaysia sendiri", katanya. Beliau turut menegaskan, bahawa pembubaran parlimen kemungkinan besar akan dibuat selepas pembentangan Bajet 2012 oleh Najib tidak lama lagi. "Najib dijangka akan membentangkan Bajet 2012 pada 7 Oktober. Biasanya selepas ini Ketua Pembangkang akan diberi ruang yang luas untuk membahaskan bajet tersebut. Tapi, 7 Oktober jatuh pada hari Jumaat dan Anwar (Ketua Pembangkang) pasti akan membahaskannya pada hari Isnin 10 Oktober. Maka, Anwar tidak sempat untuk bahaskan bajet itu kerana Najib akan umumkan pembubaran parlimen pada hari tersebut", kata beliau. Beliau turut yakin dan menegaskan selepas itu SPR diberi tempoh 60 hari untuk menetapkan hari pencalonan dan pengundian Pilihanraya Umum ke-13. "SPR kemungkinan besar akan tetapkan 29 Oktober sebagai hari penamaan calon dan pengundian biasanya 9 atau 10 hari selepas itu. Tapi memandangkan tempoh itu begitu hampir dengan Hari Raya Aidil Adha maka mungkin akan dianjakkan seminggu dua selepas itu. Dalam tempoh itu difahamkan Najib dan Rosmah akan tunaikan fardhu haji di Mekah. Media akan "cover" berita itu seluas-luasnya bagi menagih simpati rakyat terutamaya orang Melayu Islam. Kononnya mereka sudah insaf dann rakyat mesti undi BN. Maknya sekitar pertengahan atau hujung bulan November pilihanraya pasti dijalankan", kata beliau lagi.


Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir dalam ceramah malam
taditermasuk Chegubard, Razali Alias, Jeffri dan Wak Sarjuni (PAS)

[Kenyataan beliau itu mengejutkan ramai pihak yang mendengar ceramah tersebut. Mereka hairan bagaimana beliau boleh tahu maklumat tersebut sedangkan ia adalah sulit. Namun menurutu Zaidi, jika Najib tidak berani adakan pilihanraya pada tempoh yang beliau nyatakan maka kemungkinan besar ia akan diadakan pada awal tahun 2012 nanti. Namun, kenyataan yang dibuat oleh beliau itu sebenarnya bukanlah ilham dari mana-mana pihak. Cuma ia mungkin bersumberkan kepada maklumat yang boleh dipercayai. Melihat kepada senario politik hari ini, ia memungkin juga apa yang dikata. Cuma ramai yang menjangka Najib akan adakan pilihanraya umum pada tarikh keramat yang diminatinya iaitu 11 November 2011 (11.11.11). Apakah telahan itu benar?. Maklumat diterima ramai petugas pilihanraya SPR kini sudah menerima surat tawaran dan pengesahan lokasi pusat mengundi yang perlu dijaga oleh mereka. Biasanya, jika surat sudah dikeluarkan maka ia akan menjurus kepada pilihanraya dalam tempoh terdekat. Tidak mungkin ia dianjakkan terlalu jauh dari sekarang. Apapun semua pihak diminta bersedia dengan apa jua kemungkinan yang berlaku].

Panas: Bekas ADUN Pulau Manis, Parlimen Pekan Yang Di Wakili 'Perdana Menteri Malaysia' Sendiri Mempersoalkan Tindakan SPR Serta Kerajaan BN!

Posted: 21 Sep 2011 06:41 PM PDT

Pengumuman sama ada pekerja dari Bangladesh diberi kerakyatan untuk mengundi lebih dinantikan dari apa yang diumumkan dalam perutusan khas Perdana Menteri sempena Hari Malaysia baru-baru ini, kata blogger ahli UMNO, Dato' Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz (foto). Bagi beliau, jika dibuat pendedahan sepenuhnya mengenai perkara sedemikian, akan dapat diselesaikan cakap-cakap mengelirukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kononnya senarai pengundi yang kemaskini ada para mereka dan senarai yang boleh dilihat oleh umum tidak kemaskini. Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Manis dalam kawasan Parlimen Pekan itu mempersoalkan, mengapa daftar pengundi yang terkini dan kemaskini tidak boleh dilihat oleh umum."Saya tak mahu atendan pam minyak Bangladesh mempunyai hak mengundi yang sama dengan saya," tegas beliau ketika mengulas perutusan Datuk Seri Najib Tun Razak itu yang beliau sifatkan "tidaklah luar biasa". Mohd Ariff menyifatkan dakwaan SPR kononnya senarai pengundi yang kemaskini hanya untuk edaran dalaman sebagai terkeluar dari apa jua ukuran kesopanan dan memperbodohkan kita. Walaupun beliau mengakui pengumuman Najib seperti penghapusan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) juga penting, tetapi beliau membangkitkan tentang "harapan rakyat untuk mendengar pengistiharan yang membawa perubahan substantif ke dalam kehidupan harian mereka". "Besar mana bahagian rakyat negara ini yang tertakluk dengan pembubaran ISA? Adakah ISA menjadi faktor penting dalam kehidupan harian rakyat yang berdepan dengan harga barangan yang kian meningkat, korupsi yang meluas, urusniaga kerajaan yang di rahsiakan tapi menguntungkan mereka yang terpilih?" kata beliau di blognya.

DEB Sukar Andai Pemimpin Tidak Berjiwa Melayu

Mengulas lanjut ucapan Najib itu, Mohd Ariff berkata, jika kita mahu isitiharkan sesuatu yang berani dan menggegarkan dalam media umum seperti siaran TV, rakyat sebenarnya mengharapkan perkara yang melibatkan kehidupan seharian mereka. Beliau memberikan beberapa contoh perkara yang dinanti-nantikan oleh rakyat. "Orang Melayu misalnya mahu melihat apakah program konkrit untuk merealisasikan agenda ekonomi Bumiputera. "Jika kita telah pun mengistiharkan bahawa wadah mencapai agenda tersebut ialah Model Ekonomi Baru- atau market driven affirmative action, apa jadah nya komponen MEB tersebut? Adakah penjualan asset strategik negara merupakan cara terpenting meliberalisasikan ekonomi Malaysia? Pertukaran saham MAS dengan saham Air Asia mendekatkan lagi pencapaian agenda ekonomi Bumi?," beliau mempersoalkan. Mohd Ariff mengingatkan, jika diletakkan pemimpin yang tidak berjiwa Melayu dalam Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang bangga pula dengan pemujaan mereka kepada factor 'merits', sampai bila pun agenda ekonomi Bumiputera tidak akan tercapai. "Sebab itu, saya mengharapkan ucapan PM akan melibatkan antara lain pengisytiharan kita bubarkan Khazanah Berhad dan saham yang mereka pegang dan portfolio pelaburan yang ada dalam tangan mereka dipindahkan kepada institusi Amanah Pelaburan Bumiputera. "Juga saya ingat saya akan dengar bahawa urusan jual beli dan pemindahan saham oleh PNB sebagai pengurus pelbagai Amanah Pelaburan Bumi akan di perketatkan dan urusniaga mereka akan lebih telus dan terang. "Saya ingatkan PM akan beri amaran kepada institusi ini bahawa mereka memegang asset pencipta pulangan bagi pihak rakyat dan bukan bagi pihak beberapa syarikat milik bumi yang kaya raya dan terkenal," kata Dato' Ariff Sabri lagi.


Blog Sakmongkol antara yang ditakuti oleh pemimpin UMNO sendiri

Sebagai contoh, kata Mohd Ariff, ada rakyat kita sedar yang Sapura sebagai contoh sedang membuat bidaan untuk membeli saham UMW yang di miliki oleh PNB? "Saham inilah yang beri pulangan yang baik kepada PNB yang kemudiannya bolehkan PNB bayar pulangan yang baik kepada pemegang saham PNB. Sapura yang sudah kaya dan akan bergabung dengan Kencana (yang ber'front'kan anak Dr Mahathir sedangkan pemilik sebenar nya ialah tauke Singapura) tidak perlu jadi tamak dan mahu mengaut segala sumber pulangan yang baik. "Apa akan tinggal untuk golongan bumiputera yang lain? Jika kerajaan membenarkan pembelian oleh Sapura bererti benarlah fahaman saya mengenai istilah Bumiputera itu; Bumi di belakang, putera (bangsawan, yang terkenal, yang bertalian) berada di barisan depan, ambil dulu segalanya," persoal beliau.

[Dato' Ariff Sabri ini adalah antara muka-muka pemimpin yang masih layak untuk diangkat sebagai pemimpin. Masalahnya, dimanakah landasan perjuangan beliau sekarang ini. Namanya begitu digeruni oleh ramai pemimpin UMNO Pahang hatta Menteri Besar itu sendiri. Beliau tiada ruang lagi untuk memperbetulkan UMNO melainkan behadapan secara "anak jantan" dengan parti itu. Menegur dari dalam ada kalanya akan menyebabkan kita terpelanting. Inilah yang berlaku kepada beliau yang hanya sepenggal sahaja menjadi ADUN Pulau Manis iaitu kerusi DUN yang diwujudkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atas sumbangan untuk PM Najib Razak di Parlimen Pekan itu sendiri. Ariff Sabri sebenarnya sudah "dicop" sebagai penderhaka dan pengkhianat oleh ramai pemimpin atasan UMNO Pahang gara-gara keberanian beliau membuat teguran terbuka menerusi blognya. Apakah ada masa depan politik lagi untuk beliau selepas ini agaknya. Beliau wajar kembali bersama rakyat dan terus berjuang jika benar ingin membawa perubahan dalam politik di tanahair kita selepas ini. Jika terus bersama UMNO maka kami yakin dia tetap akan dianggap musuh oleh pihak tertentu. Langkah terbaik, kembali bersama rakyat marhaen. Itu pun jika beliau berani membuat tindakan. Jika tidak, sampai bila-bila pun masa depan politiknya tidak akan ke mana-mana lagi].

Tiada ulasan: