Rabu, 21 September 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Mantan PM Sokong Lynas Dan Dakwa Protes Yang Telah Di Buat Hanyalah Untuk Tumbangkan BN !!

Posted: 21 Sep 2011 05:23 AM PDT

KUALA LUMPUR, 21 Sept - Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (foto) berkata protes yang dilancarkan ke atas usaha membuka kilang memproses nadir bumi di Kuantan merupakan satu tindakan politik untuk menewaskan BN dalam pilihan raya umum akan datang. Kenyataannya di Malaysiakini dipetik, beliau tiada apa-apa halangan ke atas projek yang diusahakan Lynas Corp Ltd itu dan "kerajaan tidak sepatutnya takut untuk meneruskan projek tersebut." Mahathir memberi alasan, kilang yang dicadangkan untuk dibina di Kuantan itu telahpun diperiksa Agensi Tenaga Atom Antarabangsa tetapi agensi berkenaan tidak melaporkan bahawa is merupakan projek berbahaya. "Namun protes masih berjalan. Satu-satunya kesimpulan yang boleh dibuat, protes ini (bertujuan) politik. "Kita perlu berhati-hati dengan bahan radioaktif. Tetapi kita tidak boleh membiarkan aktivis politik dan pencinta alam sekitar yang palsu menghalang kita daripada keuntungan ekonomi yang ditawarkan nadir bumi," katanya. Beliau mendakwa, pihak berkenaan telah menimbulkan cerita yang tidak berasas untuk menakut-nakutkan orang ramai. "Tidak kiralah sebanyak mana penyiasatan dan kajian dibuat, protes ini akan berterusan. (Protes) ini bukan berkenaan bahaya kepada kesihatan. Ia adalah berkenaan (usaha) menewaskan kerajaan dalam pilihan raya akan datang," katanya di blog chedet.cc hari ini. Tambahnya, terdapat banyak kilang yang memproses nadir bumi di banyak negara tetapi tiada laporan berhubung ancaman radiasi ke atas pekerja atau penduduk di sekitar kawasan kilang tersebut.


Benarkah perjuangan membantah Lynas dikatakan untuk tujuan politik

Dalam pada itu, beliau turut memberi contoh daripad bencana radioaktif yang berlaku sebelum ini seperti kebocoran reaktor Chernobyl di Ukraine dan juga Fukushima di Jepun. "Walaupun loji nuklear Chernobyl masih berbahaya, Kiev (ibu kota Ukraine) masih selamat daripada radiasi," katanya yang menyifatkan kadar radiasi tersebut "sangat rendah." "Ada juga kebimbangan bahawa Tokyo terjejas dengan insiden loji nuklear tenaga Fukushima. Tetapi kadar radiasi di Tokyo dilaporkan agak kecil. Tokyo selamat," katanya. Mahathir bagaimanapun berkata beliau tidak setuju dengan pembinaan loji tenaga nuklear kerana bahan itu akan terus keluarkan sinar berbahaya dan tiada cara yang selamat melupuskannya.

[Kenyataan Mahathir ini dilihat bakal menimbulkan konflik lebih besar terhadap kebencian rakyat terhadapnya, terutama bagi rakyat Kuantan yang secara majoriti membantah pembinaan kilang memproses rare earth milik Lynas Corporation Sdn Bhd di Kawasan Perindustrian Gebeng. Ramai yang kecewa bila mantan PM tiba-tiba bercakap isu tersebut, sedangkan dia sendiri tidak tinggal di kawasan terbabit. Ramai yang mencabar, jika Mahathir berani bercakap maka beliau dicabar untuk membina rumah di kawasan Gebeng atau sekitarnya. Bercakap memang mudah kata mereka, tetapi yang merasainya lebih tertekan dan bakal menanggung akibatnya. Bukankah ahli politik yang memperjuangkan isu itu seperti Fuziah Salleh adalah Ahli Parlimen Kuantan. Beliau merupakan wakil rakyat kawasan itu, maka sudah pasti bila rakyatnya memberontak dia harus menyuarakan masalah tersebut di parlimen. Malah, rakyat juga kecewa bila UMNO BN tidak mendengar rayuan dan bantahan mereka agar projek itu dibatalkan, maka bukankah kerajaan yang meluluskannya itu Kerajaan BN. Maka sudah tentulah untuk berlawan memerlukan pemimpin pembangkang. Ini bukanlah isu politik tetapi ia merupakan isu rakyat yang perlu diberi perhatain jika benar kerajaan "mendahulukan rakyat". Mahathir berhak bersuara kerana dia "mudah lupa" dan kini diangkat sebagai pejuang pula].

Kes Liwat: Pakar DNA Australia Mendedahkan Sel Putik Mungkin Bukan Dari Dubur Saiful Bukhari!

Posted: 21 Sep 2011 02:51 AM PDT

KUALA LUMPUR 21 Sept - Saksi ke empat, konsultan Molekular Genetesis, Dr Brian Mcdonald terus memberi sebab mengapa DNA "lelaki Y" yang ditemui dalam dubur pengadu Saiful Bukhari Azlan mungkin bukan Anwar. Brian turut menegaskan kemungkinan bahawa sampel putik yang diberikan kepada pihak makmal tidak diambil dari dubur Saiful. Ini berikutan katanya pakar kimia Jabatan Kimia Malaysia (JKM) Dr Seah Lay Hong dan pembantu Dr Nor Aidora Saedon mengabaikan prosedur 'differential extraction" dalam ujiannya hingga menimbulkan keraguan DNA yang ditemui mungkin berasal dari sperma sel 'epitelium' (kulit). "Awak kata DNA dari B10 boleh datang dari sel kulit Saiful sendiri?" tanya Yusof. "DNA itu tidak memberitahu kita bahawa tiada air mani dari pengadu dari putik kapas," kata Dr Brian. Yusof kemudian bertanya balas kepada Brian akan dakwaan bahawa makmal JKM tidak mempunyai akreditasi ketika menjalankan ujian sampel DNA pada tahun 2008. Katanya berdasarkan piawaian ISO17025 yang dikeluarkan agensi antarabangsa, akraditasi makmal JKM tamat pada 2011. "Jadi apa isu yang anda cuba timbulkan dengan menyatakan makmal tidak ada akreditasi ketika melakukan ujian pada 2008?" tambah Yusof.

[Menurut Brian, proses 'differential extraction' perlu dilaksanakan untuk menyingkirkan sel-sel bukan sperma bagi memastikan DNA tersebut benar-benar datang dari air mani seseorang individu. Justeru sekiranya pengasingan sel berjaya maka penggunaan slaid mikroskop juga perlu untuk memastikan sel sperma dan bukan sperma berjaya dipisahkan sepenuhnya kata beliau. Namun Peguamcara Negara II, Datuk Yusof Zainal Abiden mencadangkan bahawa slaid tidak perlu digunakan sekiranya kesemua sel tersebut telah diasingkan melalui proses 'differential extraction'. Beliau turut menunjukkan dokumen kepada mahkamah menyatakan "pencucian" sel epitelium tidak 'perlu' dilakukan tetapi hanya 'dicadangkan'. "Awak mengkelaskan eksperimen Dr Seah cacat kerana beliau tidak 'membasuh' sel epitelium?" tanya Yusoff. "Saya beri keterangan berdasarkan apa-apa yang diberitahu Dr Seah. Dia kata dia tidak melakukannya," jawab Brian. Brian menyatakan pandangan berbeza].

Chegubard Bakal Dedahkan Rahsia Cincin RM24J Rosmah Dalam Ceramahnya Di Pekan Malam Ini !

Posted: 20 Sep 2011 11:27 PM PDT

PEKAN, 21 Sept - Badrul Hisham Shaharin (foto) atau lebih dikenali sebagai Chegubard akan berceramah di Markas PAS Felda Chini 3 dekat sini jam 9.00 malam ini. Beliau yang merupakan Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dijangka akan membongkar kontroversi tentang "Rahsia Cincin RM24 Juta" yang dikaitkan dengan Rosmah Mansor, isteri Ahli Parlimen Pekan iaitu Datuk Seri Najib Razak sendiri. Maknanya, Chegubard bakal mendedahkan sesuatu yang agak panas di kawasan Najib sendiri. Harus diingat, DUN Chini dulunya pernah ditakluk oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan calonnya Jeffri Rashid menewaskan Speaker Dewan Undangan Negeri Pahang sekarang, Dato' Wan Razali Wan Mahussin dengan kelebihan majoriti hanya lima undi sahaja. Keputusan itu mencemaskan kem Najib hingga menyebabkan beliau sebenarnya sudah tumbang di Parlimen Pekan jika tidak kerana "undi pos" yang diterima. Tambahan pula ketika itu satu lai DUN dalam parlimen itu iaitu Kuala Pahang juga dikatakan berjaya dimenangi oleh pembangkang yang diwakili parti PAS. Ini bermakna, Najib Razak bukanlah terlalu hebat dan kuat di Pekan, cuma selepas beliau melakukan operasi membawa masuk begitu ramai pengundi "antarabangsa" ke situ barulah beliau menang bergaya di Pekan selepas itu. Sokongan orang Melayu Pekan terhadap Najib tidaklah sehebat mana sebenarnya. Ramai yang kecewa selama beberapa penggal menjadi Ahli Parlimen dan berada dalam kabinet orang Melayu Pekan terus ketinggalan dari sudut ekonomi dan sebagainya. Najib cuma membawa peluang-peluang pekerjaan kepada golongan tertentu dengan membawa masuk industri automotif ke Pekan. Sebaliknya, bagi rakyat biasa yang mendiami kawasan itu mereka terus ketinggalan dari segi pembangunan. Malah, nasib dan kebajikan mereka kini diabaikan berbanding dengan ribuan warga asing yang mendiami kawasan tersebut.


Inilah rupa sebahagian perkampungan Kemboja yang berjaya dijejaki itu
Fenomena warga Myanmar, Kemboja dan rakyat dari Kedah Perlis mendiami kampung-kampung baru yang duwujudkan di Pekan bukan omongan kosong lagi. Pekan kini menjadi daerah antarabangsa, anehnya rakyat tempatan tidak mendapat peluang memiliki tanah dan sebagainya, tetapi mereka yang "diimport" itu pula yang lebih diberi perhatian. Warga Kemboja dilihat memegang ekonomi di Pekan sekarang, Majoriti yang menjalankan perniagaan di dalam bandar Pekan termasuk di pasar-pasar malam dimonopoli oleh mereka. Malah di kawasan Tanjung Agas, Sekukuh, Merchong, Sungai Miang pun begitu juga. Pekan sudah jadi negara asing bagi sebahagian penduduk Pekan. Lantaran itulah mereka menolak kepimpinan Najib sebenarnya. Namun, Najib lebih bijak bilamana ketika persempadanan semula kawasan pilihanraya dilakukan oleh SPR beliau telah membawa masuk Kem Tentera Batu 10 yang lokasinya dalam Daerah Kuantan dan Parlimen Paya Besar ke Parlimen Pekan. Di wujudkannya DUN Pulau Manis sebagai satu strategi untuk mengaburi mata rakyat. Ketika itu Najib adalah Menteri Pertahanan, maka kuasa yang ada menyebabkan beribu-ribu undi pos angkatan tentera berpihak kepada beliau. Akhirnya Najib dilihat begitu gagah dan hebat, walhal semuanya tahu rakyat Pekan sendiri menolak Najib sebenarnya.

[Najib berbangga kononnya beliau mendapat undi tertinggi di Malaysia, tetapi beliau harus sedar bahawa undi yang diperoleji itu adalah bukan dari orang Melayu atau warga Pekan sendiri. Sebaliknya undi yang telah diselewengkan dengan kerjasama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Najib sebenarnya bukanlah jaguh digelanggang sendiri apabila menggunakan "pengundi import dan pos". Ada orang kata, jika itu senarionya "letak tunggul kayu pun BN menang". Bukankah ini membuktikan kepada kita hinannya Najib anak Tun Razak itu dibumi Pekan. Sudahlah projek-projek kontrak disapu oleh kroni-kroninya. Kontraktor Melayu di Pekan hanya dapat mencium bau sahaja, isinya disapu oleh kroni Najib dan Rosmah. Maka itu, datanglag beramai-ramai untuk menyaksikan Chegubard membuka gelanggang di Parlimen Pekan yang kononnya begitu gah buat Perdana Menteri Malaysia pada malam ini].

Kontroversi: "Zizan Mohon Maaf", Persoalannya Siapakah Empat Ulamak Yang Luluskan Filem Itu

Posted: 20 Sep 2011 09:30 PM PDT

KUALA LUMPUR 21 Sept - Pelakon filem "Hantu Bonceng" Mohd Razizan bin Abd Razak (foto) atau lebih dikenali sebagai Zizan telah memohon maaf secara terbuka dan menjelaskan isu dialognya yang dikatakan menghina Nabi Muhammad malam tadi. Menerusi laman Twitternya, Zizan mengakui kesilapan beliau dan menjelaskan beliau langsung tidak berniat untuk menghina agama Islam dan menyatakan terdapat empat ulama dalam Lembaga Penapisan Filem (LPF) yang telah meluluskan tayangan filem tersebut. Dua 'post' laman twitternya ialah "Sy (saya) faham.apa yg salah..salah jugak.tp (tapi) pasal hina Islam mmg jauh dri otak pkiran sy la..xde(tiada) lgsung terniat.ini adalah Agama dan Rasul sy(saya)..Maaf skiranya sy(saya) silap. "salam..xkan(takkan) la sy(saya) nk(nak) hina Rasul sy(saya) sendiri..kan dlm(dalam) babak perkataan setan 2(itu) di aju kan pada kunyit..dan dlm(dalam) penapisan film ade 4 ulama..dan telah pn(pun) di luluskan film ini.."katanya Sementara itu Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan At Tantawi mengucapkan tahniah kepada Zizan kerana mengakui kesilapan lalu memohon maaf secara terbuka. Bagaimanapun beliau mempersoalkan mengapa pengarah dan penerbit filem tersebut Ahmad Idham masih berdiam diri sehingga sekarang. Pemuda PAS sebelum ini menyatakan filem yang diarahkan oleh Ahmad Idham Ahmad Nazri itu mengandungi satu babak yang dilakonkan secara jelas menghina Rasulullah SAW apabila Zizan menyebut "Asyhadu anna Muhammadar Syaitan" yang membawa maksud "Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan". Apapun tahniah diucapkan kepada Zizan Raja Lawak kerana difahamkan telah menghubungi tokoh agama terkenal Ustaz Azhar Idrus bagi mendapatkan pandangan lanjut beliau tentang isu kontroversi ini.


Kenyataan terbaru oleh Ustaz Azhar Idrus berkenaan isu kontroversi ini

[Filem dengan durasi 90 minit itu ditayangkan di panggung wayang di Malaysia, Singapura dan Brunei bermula 31 Ogos lalu dan dikatakan mencipta sejarah dengan kutipan terbesar dalam musim perayaan dengan jumlah RM 5 juta untuk lima hari tayangan.Sepatutnya pihak yang perlu dipersalahkan ialah Pengarah dan Penulis Skrip filem berkenaan, Zizan hanya membaca dan mengikut arahan pihak terbabit. Soalnya kenapa Ahmad Idham masih membisu, malah memberikan berbagai alasan kononnya dia sudah merujuk ulamak dalam LPF sebelum filem itu diluluskan. Soalnya, siapakah dia ulamak-ulamak berkenaan yang begitu mudah mengambil tindakan meluluskan filem tersebut untuk tayangan].

Terkini: Mat Sabu "Mengaku Tidak Bersalah" Atas Dakwaan Kenyataan "Burukkan" Nama Baik Polis

Posted: 20 Sep 2011 08:29 PM PDT

BUTTERWORTH 21 Sept - Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu mengaku tidak bersalah atas dakwaan mengeluarkan kenyataan yang memburukkan nama baik anggota polis dan keluarga mereka dalam ceramahnya di Padang Menora, Tasek Gelugor, pada 21 Ogos lalu. Beliau menyatakan demikian di hadapan Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin di Mahkamah Seksyen Butterworth di sini. Ikmal menetapkan ikat jamin sejumlah RM 15 ribu dan tarikh sebutan kes ialah pada 27 Oktober hadapan dan perbicaraan akan dijalankan pada 5 hingga 9 Disember. Beliau didakwa di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 2 tahun atau dikenakan denda atau kedua-duanya sekiranya didapati bersalah. Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu kelihatan tenang tiba di mahkamah dan diiring ratusan penyokong yang tiba sejak jam 8 pagi di perkarangan mahkamah tersebut. Ketika ditanya komen beliau, Mat Sabu menyatakan kesediaan beliau menghadapi kes tersebut. "Kes ini berkenaan intrepertasi sejarah dan sepatutnya diselesaikan menerusi dialog dan debat, bukan mahkamah. "Namun, memandangkan (sudah) jadi kes mahkamah, kita akan hadapinya," tambah Mat Sabu lagi.

[Mat Sabu disiasat dan didakwa atas tuduhan mengubah fakta sejarah terutamanya dalam isu Tragedi Bukit Kepong. Namun, apakah pihak polis akan melakukan siasatan yang adil dan saksama terhadap pihak lain seperti Prof Zainal Kling dan Mantan PM Mahathir Mohamad yang secara jelas telah mengubah fakta sejarah kononnya Malaya tidak pernah dijajah oleh British. Kenyataan tersebut tidak selaras dengan sambutan Hari Kemerdekaan negara yang diadakan pada tanggal 31 Ogos setiap tahun. Laporan polis juga telah dibuat oleh beberapa pihak terhadap individu terbabit. Soalnya, bolehkan keadilan berlaku dalam dua senario yang berbeza ini. Satunya melibatkan tokoh pembangkang dan satunya penyokong kerajaan. Jika tidak, rakyat yakin isu ini sengaja dipolitikkan].

Isu Hina Rasulullah, Kenapa Pengerusi LPF Yang Islam "Tidak Sensitif Langsung" Terhadap Agama

Posted: 20 Sep 2011 06:54 PM PDT

Sungguh mengejutkan apabila kontroversi isu "Hina Rasulullah" dala filem "Hantu Bonceng" tiba-tiba dianggap tiada apa-apa oleh Lembaga Penapis Filem (LPF), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Terbaru, bila Pengerusinya, Datuk Raja Azhar Raja Abdul Manap (foto) berkata, pihaknya telah menonton dan meneliti filem itu sebelum ia ditayangkan kepada umum dan mendapati tiada unsur penghinaan terhadap agama. Beliau berkata, pelbagai tafsiran boleh diberikan dalam babak ketika pelawak terkenal Zizan terjaga dari pengsan di sebuah hospital, lalu menyebut dialog "asyhadu anna Muhammadar... syaitan" . Paling mengejutkan bila dia tergamak kata "Kalau kita tengok dalam filem itu, sebenarnya tidak ada unsur penghinaan kerana apa yang dilafazkan Zizan, ketika melakonkan babak histeria itu, bukanlah satu ayat yang penuh. "Sebaliknya ketika Zizan menyebut Syahadah beliau terhenti seketika sebelum menyebut perkataan syaitan selepas itu". Masalahnya, memanglah Zizan terhenti menyebut tetapi bukankah ia telah terkandung dalam skrip yang terpaksa diucapakan. Apakah sudah tiada ayat atau idea lain untuk babak itu, Apakah wajar perlu dibaca khalimah syahadah kemudian "syaitan". Bukankah ia adalah membawa makna satu penghinaan terhadap Rasulullah SAW itu sendiri.

Siapakah yang telah melulus dan menulis skrip kontroversi ini agaknya?

[Persoalannya, kenapakan pihak LPF boleh meluluskan adengan tersebut tanpa ada perasaan sensitif terhadap agama?. Bukankah yang menjadi ahli lembaga itu majoritinya adalah orang Islam itu sendiri. Mereka harus sedar bahawa filem berkenaan juga ditonton oleh orang bukan Islam. Maka, apakah persepsi dan tanggapan masing-masing bila perkataan itu diucapkan secara berulang-ulang oleh Zizan Raja Lawak?. Ini akan mengelirukan dan pasti ditertawakan oleh mereka. Penulis skrip dan pengarah filem berkenaan juga perlu bertanggungjawab dan memohon maaf secara terbuka akibat keterlanjurann ini. Meletakkan kesalahan atas bahu Zizan juga adalah tidak wajar dalam kes ini. Dia hanya mengikut arahan mereka yang berada dibelakang tabir. Siapakah ulamak dalam Lembaga Penapis Filem (LPF) yang dirujuk oleh Pengarah filem tersebut?].

Peneroka Felda Di Gugusan Bera Pula Fail Saman Terhadap Penyelewengan Serta Penipuan Felda !!

Posted: 20 Sep 2011 04:39 PM PDT

TEMERLOH, 21 Sept - Seramai hampir 200 orang yang mewakili 550 peneroka Felda Gugusan Bera telah hadir ke Mahkamah Tinggi Temerloh pagi semalam, bagi memberi sokongan tindakan saman terhadap Felda. Writ saman telah difailkan melalui peguam-peguam Nasar Mirbas Khan dan Hanipa Maidin. Dalam tuntutan itu Felda dan Felda Palm Industries Sdn Bhd dikehendaki membayar ganti rugi RM300 juta hasil pernjualan sawit mereka sejak 16 tahun yang lalu. Ketika bercakap kepada pemberita di luar mahkamah, Nasar Khan berkata tuntutan peneroka ialah berkaitan Kadar Perahan Dred (KPG) yang dibayar kepada peneroka dengan terdapat unsur penipuan kerana dibayar lebih rendah daripada gred sebenar. "Selain daripada itu peneroka selaku plaintif menuntut wang isi rong sawit, tandan yang ditolak tetapi diproses, keladak minyak dan abu tandan sawit yang semuanya mempunyai nilai tetapi tidak dibayar atau dikembalikan oleh Felda dan Felda Palm Industries Sdn Bhd selaku defendan. "Untuk tahun 2008, kerugian yang dialami peneroka kerana tidak dibayar hasil tersebut ialah RM19 juta dan tuntutan bermula sejak tahun 1995. Jadi kita jangka peneroka sepatutnya dibayar sekitar RM300 juta lagi," katanya.


Turut hadir ialah Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (Ketua Penerangan PAS Pusat dan selaku Pesuruhjaya PAS Pahang) , Mazlan Aliman (Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan) dan Hj.Suhaimi Said (Pengerusi Biro Hal Ehwal Felda Keadilan Pusat), Ustaz Sulaiman Mohamad (Yang Dipertua PAS Bera), Bustamin Abu Bakar (Ketua Cabang PKR Maran), Ustaz Shahril Azman Abdul Halim (Ketua Pemuda PAS Pahang) serta pemimpin-pemimpin peneroka. Sementara itu Tuan Ibrahim ketika diminta berucap, berkata para peneroka hanya menuntut keadilan terhadap hak mereka sendiri tanpa meminta hak orang lain. "Berdasarkan kes-kes saman yang sama dibicarakan di mahkamah sebelum ini, keputusannya menyebelahi peneroka. Ini menunjukkan mereka benar. "Ini muafakat mereka bersama tanpa kira fahaman politik dan latar belakang jadi isu ini adalah kepentingan bersama," tambahnya.


[Dengan tindakan terbaru ini, maka Felda kini berhadapan dengan ribuan saman daripada para peneroka atas beberapa penipuan dan penyelewengan yang dilakukan terhadap mereka di Pahang. Sebelum ini difahamkan sebanyak 1,061 saman yang sama telah dikemukakan oleh peneroka Gugusan Jengka terhadap agensi itu. Persoalannya, kenapa begitu teruk dan lari dari matlamatnya sekarang?. Mereka tidak lagi membela nasib peneroka, tetapi mengerah keringat dan memperkotak-katikkan pula peneroka terbabit. Tidak hairanlah semakin lama semakin ramai peneroka Felda yang bertindak mengerjakan ladang-ladang mereka sendiri tanpa melalui Felda. Malah disesetengah tempat, mereka yang kuat menyokong kerajaan juga sanggup berbuat demikian. Semua ini membuktikan mereka sudah tidak sanggup lagi ditipu oleh Felda dengan bayaran yang jauh lebih rendah dari yang sepatutnya. Anehnya, Felda mengenakan banyak tindakan kepada mereka ini sedangkan sawi yang dihasilkan itu juga dihantar ke kilang-kilang Felda. Maka kenapa Felda perlu melatah dan takut agaknya hingga membeza-beza kebajikan mereka yang melalui Felda atau menguruskan sendiri ladang. Inilah yang memusykilkan kira sebenarnya. Mereka untung tetapi masih tidak faham].

Tiada ulasan: