Sabtu, 17 September 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Mansuh ISA: Ternyata Akhirnya Najib 'Terpaksa' Tunduk Dan Ciplak Tawaran Dalam Buku Jingga Yang Dijanjikan Pakatan Rakyat Itu Sebenarnya!

Posted: 16 Sep 2011 05:36 PM PDT

KUALA LUMPUR, 17 Sept - Biarpun pengumuman Perdana Menteri malam kelmarin dialu-alukan, namun hakikatnya ia adalah menciplak janji Pakatan Rakyat seperti dimuatkan dalam Buku Jingga, kata Ketua Penerangan PAS Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (foto). Malah katanya, tawaran perubahan Pakatan Rakyat lebih luas berbanding beberapa perubahan yang telah diumum Datuk Seri Najib. "Perjuangan kita menentang akta zalim ini sudah lama dahulu, cuma Umno BN ni lambat faham. "Apa yang saya boleh kata, akhirnya BN tunduk dengan tuntutan kita dalam Buku Jingga," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang. Beliau mengulas perutusan khas Hari Malaysia perdana menteri yang mengumumkan keputusan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Selain memansuhkan ISA, katanya, kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa. Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, beliau yakin pengumuman Najib itu dibuat dalam keadaan BN sangat terdesak untuk menarik sokongan rakyat berdepan Pilihan Raya Umum ke-13. Apatah lagi ujarnya, ucapan Najib tersebut tidak memberi fokus kepada kemerdekaan negara, malah lebih kepada janji perubahan politik mendepani pilihan raya. "Realitinya Najib dalam keadaan terdesak untuk meraih undi dalam PRU-13 sehingga beliau berani merombak apa yang sebelum ini dipertahankan sungguh-sungguh," kata Tuan Ibrahim lagi. Jika benar Najib Ikhlas melakukan perubahan politik katanya lagi, perdana menteri itu perlu juga memastikan sistem pilihan raya negara ini diperbaiki termasuk lapan perkara yang terkandung dalam tuntutan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih). Sementara itu, beliau juga turut membidas sikap Najib dan UMNO BN yang sehingga kini masih berdiam diri dalam menyatakan pendirian berhubung kenyataan Majlis Prefesor Negara (MPN) bahawa Tanah Melayu tidak pernah dijajah, namun hanya dinaungi British. "Rakyat masih menunggi pendirian rasmi kerajaan berhubung perkara itu," katanya lagi.

[Nampaknya, tindakan Najib itu jelas sekali membuktikan beliau kini memang terdesak untuk kembali memenangi hati rakyat. Dengan memansuhkan ISA dan juga beberapa akta lain yang mahu dikaji melambangkang bahawa semua undang-undang itu adalah sudah tidak relevan sama sekali. Malah, akta-akta tersebut sudah ketinggalan zaman dan dicipta oleh penjajah British dalam usaha mengekang kemaraaan suara rakyat itu sebenarnya. Namun, harus diingat biar apa pun undang-undang dikaji atau dibatalkan, tetapi rakyat secara majoritinya mahu agar Najib dan Kerajaan Malaysia melakukan pembersihan terhadap perjalanan pilihanraya di negara ini. Itulah asasanya dalam menjamin kelangsungan pentabdiran dan politik negara. Jika asasnya sudah tidak betul, maka sudah pasti yang lainnya akan turut sama. Oleh itu, rakyat perlu sedar dan berhati-hati dengan tindakan kerajaan ini. Malah, kita menjangkakan lebih banyak tawaran Buku Jingga akan diciplak Najib dalam Bajet 2011 nanti].

PAS Menganjurkan Program 'Clean Up The World' Di Kuantan Mulai 17 Dan 18 September Ini, Ramai Pemimpin Besar Pakatan Rakyat Di Jangka Hadir!

Posted: 15 Sep 2011 09:28 PM PDT

KUANTAN, 17 Sept - Parti Islam SeMalaysia (PAS) bakal menganjurkan program "Clean Up The World 2011" bermula hari ini 17 hingga esok 18 September. Program yang diuruskan oleh Lajnah Alam Sekitar PAS Malaysia (LASPAS) itu dijadualkan berlangsung di Kampung Sungai Ular dan Kampung Balok, dekat sini. Pelbagai acara dan aktiviti telah disusun untuk menjayakan program selama dua hari tersebut. Program ini merupakan kempen alam sekitar komuniti sedunia yang bertujuan untuk menyemai kefahaman dan kesedaran di kalangan masyarakat dunia untuk memelihara kebersihan alam persekitaran. Ia merupakan salah satu kempen alam sekitar sedunia yang dianjurkan bertepatan dengan Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Program ini dianjurkan pada minggu ketiga bulan September pada setiap tahun. Memasuki tahun ke-19 penganjurannya, kempen ini bakal menggerakkan kira-kira 35 juta sukarelawan dari 130 buah negara. Program ini adalah merupakan inisiatif serta komitmen yang diambil secara proaktif oleh LASPAS untuk menjayakan kempen yang dijalankan di seluruh dunia tersebut. Bertepatan dengan fungsi dan misinya, LASPAS komited dalam menggerakkan usaha yang berkesan dalam pemeliharaan alam sekitar. Clean Up The World dijayakan bersama oleh komuniti perniagaan, kelab dan persatuan, institusi pendidikan, jabatan dan agensi kerajaan, serta masyarakat awam melalui pelbagai bentuk acara serta aktiviti lain.


Antara pemimpin besar yang bakal akan hadir pada majlis makan malam
[Sementara itu antara pengisian program tersebut hari ini (17 September) ialah majlis perasmian yang akan disempurnakan oleh Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu di Kg. Sungai Ular. Beliau turut akan berceramah pada malamnya bersama YB Anthony Loke (Ahli Parlimen Rasah & AJK DAP Pusat), Hj.Zulkefly Mohamad Omar (Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Malaysia) dan Andansura Rabu (Pengerusi Lajnah Lajnah Perumahan, Pengguna Dan Alam Sekitar PAS Pahang). Turut akan diadakan pada hari ini ialah gotong-royong membersihkan sungai dan pantai, menanam pokok dan mengumpul bahan kitar semula, pertandingan mewarna kanak-kanak, pemeriksaan kesihatan, derma darah dan persembahan kebudayaan. Sementara itu pada hari esok 18 September pula program Larian Bersih Merdeka dan Jelajah Berbasikal Bersih Merdeka akan diadakan di Kampung Balok. Turut akan diadakan ialah Majlis Jamuan Mesra Aidil Fitri bersama PAS Kawasan Indera Mahkota. Acara kemuncak pada malamnya akan diadakan Jamuan Makan Bersama Pemimpin di Sekilau Restoran, Jalan Air Putih. Antara tetamu kehormat yang bakal menyertainya ialah Tok Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS dan Menteri Besar Kelantan), Datuk Husam Musa (Naib Presiden PAS), Nurul Izzah Anwar (Naib Presiden PKR), Tuan Hj Zulkefly Mohamad Omar (Pengerusi Lajnah Alam Sekitar PAS Malaysia), Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (Ketua Penerangan PAS Dan Peseuruhjaya PAS Pahang), YB Leong Ngah Ngah (Pengerusi DAP Pahang) dan Dato' Fauzi Abdul Rahman (Pengerusi PKR Pahang). Info, sila klik Clean Up The World].

Tiada ulasan: