Rabu, 14 September 2011

Pahang Daily Online

Pahang Daily Online


Isu Komunis: Timbalan Presiden PAS, "Mat Sabu" Failkan Saman Terhadap Akhbar Utusan Malaysia

Posted: 14 Sep 2011 07:30 AM PDT

KUALA LUMPUR 14 Sept - Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu hari ini menyaman akhbar Utusan Malaysia ekoran penyiaran satu berita yang didakwa memfitnahnya berhubung isu komunis. Saman tersebut difailkan pagi tadi di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melalui firma guaman Tetuan Mohamed Hanipa & Associates. Ianya berikutan laporan muka depan akhbar UMNO itu pada 27 Ogos lalu bertajuk "Mohamd Sabu Hina Pejuang, Anggap Pengganas Komunis Hero Sebenar Tragedi Bukit Kepong" yang didakwanya sebagai fitnah. "Saya hanya mempertahankan diri dan mengelak daripada fitnah terutama tuduhan komunis, tuduhan sebagai pengganas dan mempertikai aqidah. "Fitnah-fitnah yang disebutkan tadi boleh menyebabkan keselamatan saya dan keluarga saya terjejas, maka kita perlu ambil tindakan undang-undang," kata Mohamad pada sidang medianya di Pejabat Agung PAS hari ini. Turut serta pada sidang media itu peguam mewakilinya, Hanipa Maidin. Menurut Hanipa, saman tersebut menamakan dua pihak iaitu Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad sebagai pencetak dan penerbit akhbar berbahasa Melayu itu. Antara yang dituntut termasuklah ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan. Bagaimanapun jumlah ganti rugi bergantung kepada tafsiran mahkamah.



[Dalam laporan Utusan Malaysia 27 Ogos lalu, akhbar itu siarkan Mohamad Sabu sebagai mendakwa Mat Indera, lelaki yang didakwa bersekongkol dengan Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai tersebut. Bagaimanapun laporan itu dakwa Mohamad sebagai tidak benar dan fitnah kerana beliau tidak pernah mengaitkan Mat Indera dengan Komunis namun dilapor sebaliknya akhbar itu. Ekoran laopran itu juga menurut Mohamad, beliau dan anggota keluarganya yang lain menerima pelbagai ugutan termasuk dalam bentuk khidmat pesanan ringkas (SMS) seperti 'awak patut bertaubat, awak berbohong dan jangan sampai ada yang simbah asid ke atas isteri dan anak perempuan kamu.' Beliau berkata, ada juga mendesak beliau dibuang negara, termasuk dikenakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), selepas laporan akhbar didakwa pesongkan kenya­taan itu].

Warta Pahang: 'Perjuangan' Tuntut Kemerdekaan Negara Ini Melibatkan Pelbagai Kaum Sebenarnya

Posted: 14 Sep 2011 12:42 AM PDT

KUANTAN, 14 Sept - Menteri Besar Pahang, Dato' Sri DiRaja Adnan Yaakob (foto) menegur sikap sesetengah pihak yang menegur sikap segelintir pihak yang cuba mempolitikkan sejarah kemerdekaan negara. Beliau turut berkata bahawa perjuangan menuntut kemerdekaan negara melibatkan pelbagai kaum sebenarnya. "Perjuangan Kemerdekaan juga turut disertai oleh orang-orang bukan Melayu. Pengasas, pemula dan yang lebih tampil ke hadapan ialah orang Melayu. Kemudian ianya turut disertai oleh orang - orang bukan Melayu terutamanya dari kaum Cina dan juga India," tegas beliau ketika menyampaikan ucapan sempena Sambutan Hari Kemerdekaan Negara di Dewan Jubli Perak, Sultan Haji Ahmad Shah dekat sini kelmarin. Program yang dianjurkan hasil kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang dan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) itu telah dihadiri oleh lebih daripada 2000 orang Veteran Askar Melayu dan juga Bekas Polis serta Home Guard dari seluruh negeri Pahang. Program itu diadakan sebagai pengisian kepada sambutan bulan Kemerdekaan Negara kali ke 54 yang akan diraikan pada 16 September ini. Diantara pengisian Program ialah Sesi Pengkisahan daripada tiga orang Veteran Askar Melayu dan juga Pegawai Polis, Forum Sejarah dan Perasmian Penutup oleh Menteri Besar. Adnan turut luangkan masa beramah mesra dan memberi sumbangan kepada para peserta di akhir program itu.


Adnan sedang beramah mesra dengan beberapa orang peserta yang hadir

[Dalam ucapannya juga Adnan ada menyebut bahawa keganasan komunis di negara ini bukan sahaja menyebabkan orang Melayu yang menjadi mangsa tetapi juga kepada kaum lain, terutamanya kaum Tionghua (Cina). Menurut beliau, kenyataan itu perlu diterima oleh semua pihak agar tidak timbul sebarang kekeliruan dikalangan rakyat dimasa akan datang. Terkadang ada benda yang kita perlu terima hakikat dan ada yang tidak boleh diterima. Namun, harus diingat bahawa perpaduan rakyat amat perlu diutamakan pada masa ini jika tidak mahu negara kita terus dijajah lagi. Penjajahan alaf baru bukan lagi dalam bentuk kekerasan, malahan juga menerusi ideologi dan fahaman tertentu. Hanya rakyat yang bijak sahaja dapat menilai serta membuat pertimbangan dengan sewajarnya isu ini].

Edaran Risalah Jangan Tipu Rakyat Anjuran PSM Cameron Highland Berjaya Di Adakan Biar Pun Di Halang Pihak Polis Di Wisma Sri Pahang Pagi Tadi

Posted: 13 Sep 2011 10:56 PM PDT

KUANTAN, 14 Sept - Seramai tiga belas orang ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) Cameron Highlands telah mengadakan edaran risalah "Jangan Tipu Rakyat" di pintu masuk Wisma Sri Pahang dekat sini pagi tadi. Program bermula kira-kira jam 11.00 pagi itu, turut dihadiri oleh beberapa orang ahli PKR dan PAS. Mereka bersama-sama mengedarkan risalah di kawasan pintu masuk Wisma Sri Pahang, Masjid Negeri Sultan Hj.Ahmad Shah I dan sekitarnya Program itu diketuai Saudara Suresh Kumar (foto), selaku Pengerusi PSM Cawangan Cameron Highlands. Menurut Suresh, tujuan edaran risalah itu diadakan adalah untuk mendesak Kerajaan Negeri Pahang supaya mendengar rintihan mereka terhadap beberapa masalah yang telah dihadapi sejak tiga tahun yang lalu. "Kerajaan BN tidak mahu selesaikan masalah, malah langsung tidak pedulikan apa yang kami suarakan. Aduan termasuk memorandum, surat dan perjumpaan sudah pun dibuat kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), Menteri Besar Pahang (Dato' Sri DiRaja Adnan Yaakob) dan bekas Pegawai Daerah Cameron Highland (Dato' Muhammad Noor Abdul Rani) dan Pegawai Daerah yang baru iaitu Dato' Abd Muain Abd Hamid. Namun tiada satu pun tindakan telah diambil oleh pihak berkenaan", katanya. Antara perkara yang di bangkitkan ialah berkaitan masalah pekebun kecil di Blue Calley yang sudah 40 tahun bertani tetapi masih tidak diberikan Lesen Pendudukan Sementara (LPS). Malahan mereka telah dihalau keluar dari rumah masing-masing dan kawasan rumah itu diberikan LPS kepada kroni Barisan Nasional (BN). Turut dibangkitkan ialah berkaitan masalah gerai yang sudah 20 tahun diusahakan tiba-tiba dikeluarkan arahan pengosongan untuk memberi laluan projek mega Aranda Nova.


Peserta bergambar dengan sepanduk di pintu masuk Wisma Sri Pahang

Kamarul Hatta SAMM juga hadir memberikan sokongan kepada peserta

Para peserta sempat juga menjamu selera bersama Blogger Cucumatkilau

Antara beberapa orang anggota polis yang hadir memantau program itu
Edaran risalah telah berjaya dilakukan dalam tempoh setengah jam sebelum diarahkan bersurai oleh pihak polis. "Saya terkilan dengan layanan yang diberikan oleh pihak polis terhadap kami. Polis mahu menahan kami untuk dibawa ke IPD Kuantan. Bila ditanya atas alasan apa, mereka jawab undang-undang am. Saya pertikaikan apa itu undang-undang am. Setelah perbincangan dilakukan, kami akhirnya tidak dibawa ke IPD untuk siasatan. Seterusnya kami mengedarkan risalah di sekitar bandar Kuantan. Sambutan diterima dari kalangan orang ramai amat menggalakkan", tambah beliau lagi. "Saya terkejut begitu ramai anggota polis Cawangan Khas (SB) yang hadir memantau sebelum kehadiran pegawai polis atasan yang beruniform. Kami tidak buat salah, hanya edar risalah bukan berdemo atau berucap pun. Saya merasakan polis seolah-olah hanya mahu menakutkan orang ramai terutamanya peserta yang hadir", katanya lagi. Semasa program berjalan peserta terbabit didapati sempat merentangkan kain sepanduk yang tertulis "Jangan Tipu Rakyat". Kelihatan juga beberapa orang wartawan media yang hadir membuat liputan program tersebut tadi. "Kami ucapkan berbanyak terima kasih kepada para wartawan yang membuat liputan termasuk juga rakan-rakan Pakatan Rakyat dari PKR dan PAS yang turut hadir", tambahnya.

[Sebenarnya, kehadiran pihak polis ke lokasi terbabit tidaklah bermakna mereka mahu melakukan tindakan yang bertentangan dengan undang-undang. Pihak polis perlu mengambil tindakan tegas untuk menghentikan aktiviti tersebut memandangkan ia dibuat dikawasan tumpuan awam yang menyebabkan berlaku berbagai ganguan di kawasan terbabit. Tambahan pula, tindakan mengadakan program di pintu masuk Wisma Sri Pahang adalah tidak sesuai kerana ia jelas tidak bertentangan dengan etika. Adalah lebih elok, peserta terbabit membuat memorandum dengan mendapatkan tandatangan sebahagian besar penduduk yang teraniaya dan datang ke Kuantan dengan menyerahkan memorandum tersebut daripada mengedarkan risalah. Bukan semua rakyat tahu edaran berkenaan kerana ada diantara mereka yang tidak langsung mengambil tahu apa yang berlaku di Cameron Highlands sebenarnya. Mujurlah pihak polis boleh bertimbangrasa dengan tidak menangkap atau membawa semua peserta ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan (IPD) untuk disoal siasat. Jika tidak sesuatu yang lebih merumitkan pasti akan terjadi. Apapun syabas kepada mereka yang memastikan perjalanan program berkenaan lancar dan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku kepada semua peserta yang terbabit].

Warta Pahang: Kenyataan Negara Tidak Di Jajah, PAS Anggap Penghinaan Buat Raja-Raja Melayu !

Posted: 13 Sep 2011 09:35 PM PDT

TEMERLOH, 14 Sept - PAS menganggap kenyataan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa British dijemput ke tanah air untuk menjadi penasihat pentadbiran adalah memperlekeh dan menghina Raja-Raja Melayu. Ketua Penerangan PAS Pusat Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man (foto) berkata, pada hakikatnya penjajah Inggeris itu bukanlah baik tetapi menggunapakai strategi tertentu sehingga sebahagian orang Melayu boleh merasa senang berlindung di bawah mereka. Tuan Ibrahim berkata demikian sebagai mengulas kenyataan media Dr Mahathir semalam yang mengatakan sultan-sultan memutuskan untuk menjemput British datang ke tanah air dan menasihatkan mereka mengenai cara mentadbir negeri. Beliau berkata demikian sebagai menyokong kenyataan Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) Datuk Zainal Kling sebelum ini bahawa Malaya tidak pernah dijajah oleh British. Menurut Tuan Ibrahim, British sememangnya penjajah tetapi mereka masuk ke Tanah Melayu dengan pendekatan yang tidak seeprti Belanda. "Ketika British menjajah India, mereka menggunakan pendekatan serangan dan membuang raja-raja di sana mengakibatkan tentera mereka mengalami banyak kekalahan. "Apabila datang ke Tanah Melayu mereka menukar strategi dengan menyebelahi anak-anak raja tertentu. Sebab itu kita tengok kebanyakan negeri-negeri Melayu berlaku perbalahan sesama anak raja yang semuanya didalangi British. Orang Melayu yang tidak menyebelahi mereka diburu dan dibunuh. "Kita mahu gambarkan bahawa British bukanlah baik, bukannya rakan perlindungan seperti digambarkan. Sebagai contoh Perjanjian Pangkor diadakan di atas kapal perang dan terdapat unsur pemaksaan," katanya dalam sidang media di pejabat Perhubungan PAS Pahang semalam.


Dato' Tuan Ibrahim, Mussanif Abd Rahman dan Nizam Abd Hamid (PKR)

Justeru tambah Tuan Ibrahim, pendapat Dr Mahathir British dijemput untuk menjadi penasihat dalam pemerintahan hanyalah memperlekeh raja-raja Melayu. Dalam pada itu Tuan Ibrahim berkata ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa komunis Cina baik sebaliknya komunis di Malaysia dulu jahat, hanyalah untuk menutup perhubungan intim Umno dengan Parti Komunis China. "Bukan setakat hubungan kerajaan, apa yang berlaku ialah terdapat penjanjian persefahaman (MoU) antara Umno dengan Parti Komunis China yang mengadakan pertukaran lawatan antara pemuda parti masing-masing," katanya. Tuan Ibrahim berkata, PAS Pahang akan mengadakan program Jejak Pejuang Kemerdekaan yang akan menemui dan mengumpulkan balik pahlawan-pahlawan Melayu yang pernah menentang penjajah Inggeris pada zaman masing-masing. sumber

[Senario yang berlaku hari ini benar-benar mengelirukan rakyat Malaysia sebenarnya. Tambahan pula sejak zaman berzaman masing-masing belajar sejarah kemerdekaan serta penjajahan British di Tanah Melayu. Tiba-tiba dizaman moden ini ada pula tokoh politik dan akademik yang tiba-tiba mengubah fakta tersebut. Persoalannya, kenapa Perdana Menteri Najib Razak pula menuduh pihak lain yang mengubah fakta sejarah. Sedangkan, sudah terang lagi bersuluh ada pemimpin tertentu dalam kerajaan yang jelas berbuat demikian. Kenapa tidak ada laporan polis dibuat terhadap insiden ini. Sedangkan ia jelas telah menghina raja-raja Melayu itu sendiri sebenarnya. Masing-masing menikus, tidak berani bersuara dan mendiamkan diri. Walhal mereka juga kecewa dengan kenyataan tersebut].

Warta Pahang: Hala Tuju Perjuangan Tidak Jelas, Datuk Alimuddin Sawal Akhirnya Tinggalkan PKR

Posted: 13 Sep 2011 09:07 PM PDT

JERANTUT, 14 Sept - Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Jerantut baru-baru ini dikejutkan dengan kehadiran seorang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang tampil menyatakan kekecewaannya kepada parti itu dan mengumumkan pengunduran keluar dirinya dari PKR seterusnya menyertai UMNO. Kehadiran ahli PKR Mentakab, Datuk Alimuddin Sawal (foto) ternyata mengejutkan semua pihak termasuklah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Ketua UMNO Bahagian Jerantut, Tan Sri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar. Alimuddin mengambil kesempatan bertemu tokoh politik yang hadir dalam mesyuarat bahagian yang lalu, semata-mata untuk mengisytiharkan dirinya keluar daripada (PKR) cabang Mentakab. kerana tidak serasi lagi dengan hala tuju parti pembangkang itu. Hasrat pengunduran keluar dari PKR itu disambut baik Mohamed Nazri dan Tengku Azlan serta ahli jawatankuasa UMNO Jerantut, dengan turut menyaksikan pengisytiharan keluar itu adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Tawar, Datuk Dr. Ahmad Shukri Ismail, ADUN Tahan, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak, Ketua Wanita UMNO Bahagian Jerantut, Norhelan Mahmud dan Ketua Puteri, Hartini Abdul Rahman. Mohamed Nazri berkata, tindakan Alimuddin disifatkan tepat pada masanya berikutan kini PKR dalam kegelapan untuk mencari laluan menuju ke Putrajaya seperti yang diuar-uarkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim. Menurutnya, pemilihan Alimuddin yang keluar parti untuk menyertai UMNO membuktikan terdapat kepincangan jelas dalam PKR yang tidak mampu membawa hala tuju dengan jelas dan baik, melainkan hanya berangan untuk menakluki negara. sumber

Warta Pahang: Seramai 'Lima Ribu' Peserta Bakal Sertai Perbarisan Hari Kemerdekaan Di Kuantan!

Posted: 13 Sep 2011 08:53 PM PDT

KUANTAN 14 Sept - Seramai lima ribu peserta akan menyertai perbarisan sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 peringkat negeri di Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) Jumaat ini. Pengerusi Jawatankuasa Sambutan Hari Kemerdekaan Pahang, Dato' Mohd. Sharkar Shamsudin (foto) berkata, penyertaan itu melibatkan 60 kontinjen pejalan kaki dan 40 kontinjen berkenderaan. "Perbarisan akan bermula tepat pukul 9 pagi dan dijangka berakhir pada pukul 11 pagi bertemakan Transformasi Berjaya Rakyat Sejahtera. "Oleh yang demikian, beberapa jalan berhampiran lokasi perbarisan iaitu Jalan Tanah Putih, Jalan Mahkota dan Jalan Bukit Ubi ke Jalan Mahkamah akan ditutup dari pukul 7 pagi hingga 12 tengah hari," katanya kepada pemberita selepas sesi taklimat perbarisan tersebut di Wisma Sri Pahang kelmarin. Menurutnya, sambutan tersebut yang diadakan sempena cuti Hari Malaysia diraikan serentak di sepuluh daerah lain negeri ini. Katanya, Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah turut mencemar duli bagi acara sambutan itu. Bagaimanapun, jelasnya, di daerah lain akan dihadiri oleh Pegawai Daerah yang mempunyai program tertentu di tempat masing-masing. Beliau yakin persembahan perbarisan dan beberapa acara kali ini merupakan satu kelainan berbanding sambutan sebelum ini. "Saya yakin setiap persembahan termasuk perbarisan kali ini bersesuaian dengan generasi pada masa kini dan menepati tema sambutan. "Justeru, semua pihak dialu-alukan hadir bagi memeriahkan acara dan menyelami erti kemerdekaan sebenar," jelas beliau lagi. sumber

Mat Sabu: Jika Tidak Di Jajah Mengapa Sambutan Kemerdekaan Di Adakan, Kenyataan Dr.Mahathir Sengaja Menghina Pemimpin UMNO Sebenarnya !!

Posted: 13 Sep 2011 10:48 AM PDT

KUALA LUMPUR 14 Sept - Sambutan Hari Kemerdekaan selama 54 tahun ternyata sia- sia jika benar Tanah Melayu tidak pernah dijajah, seperti yang didakwa bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad. Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu (foto) berkata demikian bagi mengulas kenyataan Dr Mahathir bahawa hakikat kehadiran British di Malaya adalah kerana mereka bertindak seperti penjajah sekali gus bersetuju dengan kenyataan Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) Datuk Zainal Kling bahawa Malaya tidak pernah dijajah oleh British, tetapi menegaskan hakikatnya, sultan-sultan akhirnya bertindak mengikut arahan British. Menurut Mohamad Sabu, kenyataan Mahathir itu juga disifatkan hanya mahu mempertahankan MPN sekali gus sebagai cubaan meyakinkan rakyat yang semakin keliru dengan sejarah tanah melayu. "Andaian itu adalah cubaan mereka (Umno) untuk lari daripada kenyataan bahawa Malaysia ini tidak pernah dijajah. Sekirannya itu andaian mereka, sambutan hari kemerdekaan adalah sambutan yang main-main selama ini," katanya ketika ditemui diluar perkarangan Mahkamah Sesyen Jenayah, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas menghadiri perbicaraannya dan 44 yang lain berhubung kes Himpunan Aman Rakyat Membantah Kenaikan Harga Barangan Dan Perkhidmatan (PROTES), semalam. Mahathir dilaporkan berkata, secara teknikalnya memang Tanah Melayu tidak pernah dijajah kerana Sultan telah memutuskan untuk menjemput British manasihat baginda berkenaan pentadbiran negara ini. "Kita secara teknikal tidak pernah terjajah. Apa yang kita lakukan adalah sultan-sultan memutuskan untuk menjemput British datang ke mari dan menasihatkan mereka mengenai cara mentadbir negeri. Dalam kata itu, kita tidak dijajah. "Seperti di Pulau Pinang, kita dibayar supaya memberikan mereka stesen untuk berdagang... Tetapi hakikatnya, apabila British berada di sini, mereka beroperasi seolah-olah kita dijajah". tambahnya.

Kenyataan Mahathir Menghina Pemimpin UMNO


Jumaat lalu, Zainal berkata, berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British. Menurut Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, pemerintahan British sebelum ini hanya bertindak sebagai Perdana Menteri yang menasihat Sultan. "Ia hanyalah andaian Tun Dr mahathir, seperti negara kita hari ini, Yang Dipertuan Agung adalah pemerintah dan penasihatnya adalah Perdana Menteri, tetapi yang menjalankan tugas eksekutif adalah Perdana Menteri, Yang Dipertuan Agung adalah penaung, begitu jugalah situasinya pada zaman dahulu, apabila British bertindak sebagai penasihat jadi mereka adalah pemerintah kepada negara kita dahulu." kata beliau. Katanya lagi, kenyataan Mahthir itu bukan sahaja mengelirukan malah ia memberi kesan kepada pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan ekoran keliru dengan fakta dan kesahihan teks pelajaran mereka. "Situasi ini amat mengelirukan, saya cadangkan agar peperiksaan SPM dan lain-lain ditangguh supaya sejarah dikaji semula kerana pelajar menjadi keliru apabila profesor-profesor yang pakar dalam sejarah kononnya memberi pandangan bertentangan dengan apa yang ada dalam teks pelajaran mereka," kata Mat Sabu lagi.



[Apa yang jelas, kenyataan Dr.Mahathir itu sebenarnya sengaja menghina pemimpin UMNO terdahulu terutamanya "Bapa Kemerdekaan" Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj itu sendiri sebenarnya. Mahathir "Mudah Lupa" dan seolah-olah tidak berpijak di bumi yang nyata ketika mengeluarkan kenyataan itu. Sepatutnya, ahli-ahli UMNO berbondong-bondong perlu membuat laporan polis terhadap Mahathir sama seperti apa yang dibuat terhadap Mat Sabu sebelum ini. Soalnya, kenapa mereka menikus dan tidak berani?. Mana pergi Ibrahim Ali dan Perkasa?. Mana pergi NGO-NGO yang kononnya membela pejuang kemerdekaan?. Patutlah diakhir hayatnya Tunku tidak diraikan sebagai pejuang. Malah, beliau disisihkan seolah-olah bukan pemimpin UMNO. Apatah lagi ketika itu beliau bersama Tengku Razaleigh Hamzah dalam Parti Melayu Semangat 46. Benarlah kata Mat Sabu, jika negara kita tidak pernah dijajah maka kenapa perlu dilaungkan "merdeka, merdeka, merdeka" pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka itu agaknya?. Merdeka apa yang diraikan pada setiap tahun, jika kenyataan Mahathir ini diambilkira?. Bukankah ia jelas mengelirukan rakyat Malaysia, terutamanya pelajar sekolah sekarang ini].

Kes Liwat: Shamsul Nafi Dakwaan Bahawa Anwar Dapat Layanan Istimewa Sepanjang Perbicaraan !

Posted: 13 Sep 2011 09:41 AM PDT

SHAH ALAM 14 Sept - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah mendapat layanan istimewa sepanjang perbicaraan kes fitnah liwat kedua yang dihadapinya kini, menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin (foto). Malah katanya, Anwar seringkali berdepan dengan diskriminasi serta dinafikan haknya sebagai orang kena tuduh (OKT) untuk mendapatkan pelbagai dokumen pendakwaan untuk pembelaan tuntas. Shamsul berkata demikian mengulas dakwaan Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Mohd Johari Bahrom kononnya Anwar dengan sengaja melengah- lengahkan perbicaraan kesnya demi meraih simpati dan sokongan rakyat. Kenyataan Johari yang disiarkan akhbar Berita Harian baru-baru ini turut mendakwa, Anwar mendapat layanan istimewa berbanding tertuduh lain sepanjang perbicaraan keatasnya berlangsung. "Johari Baharom tidak faham undang- undang dan kenyataan itu adalah kenyataan yang lahir daripada pengetahuan yang cetek tentang perkembangan kes dan juga undang-undang itu sendiri. "Dalam kes ini tidak timbul istilah Datuk Seri Anwar memohon penangguhan dan terdapat layanan istimewa dan sebagainya. Prosedur yang diikuti ialah prosedur yang telah ditetapkan undang- undang. Dan tidak ada satu pun kita lihat layanan yang istimewa misalnya dibebaskan tanpa bayaran ikat jamin dan sebagainya," katanya. "Pada saya kenyataan Johari baharom boleh dikenakan satu tindakan atau dituduh sebagai menghina mahkamah kerana perbicaraan sedang berlangsung dan Datuk Seri Anwar pun ketika memberi percakapan daripada kandang tertuduh di hadapan hakim, hakim sendiri pun tidak mengambil sikap untuk melakukan pendakwaan menghina mahkamah terhadap beliau," tegasnya.



[Shamsul Iskandar Md Akin yang juga seorang peguam berkata perbicaraan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim berjalan mengikut jadual dan tidak ada usaha untuk melambat- lambatkan perjalanan kes. Malah segala tindakan yang diambil pihak pembelaan adalah mengikut prosedur undang- undang dan menjadi haknya sebagai orang yang didakwa. Shamsul menambah, tindakan Johari mengulas kes yang sedang dalam perbicaraan boleh dianggap sebagai memberi tekanan dan menghina mahkamah. Ekoran kenyataan Johari itu, Shamsul minta Hakim Datuk Zabidin Mohd Diah menggunakan kuasa beliau sebagai hakim untuk memberi amaran kepada mereka yang hina mahkamah ketika kes masih berjalan]. tvsnews

Tiada ulasan: