Pahang Daily Online |
'Save Malaysia Stop Lynas' Meneruskan Bantahan, Minta Putrajaya Selesai Isu Lynas Sebelum PRU-13 Posted: 01 Sep 2011 11:15 AM PDT KUANTAN 2 Sept - Gerakan Selamatkan Malaysia, Hentikan Lynas (SMSL) menggesa Putrajaya menyelesaikan isu loji pemprosesan nadir bumi sebelum PRU-13. Pengerusi SMSL, Tan Bun Teet (foto) berkata pandangan penduduk Kuantan hingga Kemaman yang terkesan dengan pembinaan loji tersebut harus diberi keutamaan. "Tidak bermakna perkataan Merdeka itu sekiranya rakyat tidak dibenarkan menentukan nasib mereka, sebaliknya oleh syarikat-syarikat asing," tegas Tan dalam satu kenyataan semalam. SMSL berpendapat loji itu nanti akan memberi kesan keatas sektor pelancongan, sarang burung layang-layang, perikanan, perhotelan, makanan dan pelaburan di Kuantan dan Kemaman akibat pembuangan sisa radioaktif dan pencemaran. Tambah Tan pakar-pakar yang dirujuk oleh semua pihak berkepentingan dalam hal ini tidak menerima kesan langsung dari pembinaan loji tersebut. "Mereka tidak boleh membuat keputusan bagi pihak penduduk yang menetap di situ sejak turun-temurun. Begitu juga birokrat dan ahli politik yang duduk nun jauh," tambahnya. SMSL berkata pihaknya akan menghantar delegasi ke Perth dan Fremantle di Australia pada 2 hingga 10 September depan bagi meraih sokongan masyarakat antarabangsa. "Kami mendesak pendedahan semua perjanjian, rasmi dan tidak rasmi, antara kerajaan Pusat, Kerajaan Negeri, dan Lynas. Kita berhak tahu berapa banyak pampasan yang perlu dibayar sekiranya projek itu dibatalkan," tambah beliau. [Nampaknya bantahan terhadap Lynas terus bergema biar pun berbagai usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk menyakinkan rakyat bahawa projek itu tidak mendatangkan kesan negatif terhadap mereka. Keselamatan Lynas adalah dijamin, namun apakah jaminan itu buat selamanya. Memang kita tahu, itulah juga jaminan yang diberikan oleh kerajaan ketika membina kilang Asian Rare-Earth (ARE) di Bukit Merah Perak satu ketika dulu. Namun, apa yang terjadi selepas beberapa tahun ia beroperasi?. Inilah yang menakutkan rakyat Kuantan sebenarnya. Mereka tidak hairan orang luar mengatakan Lynas tidak berbahaya, kerana mereka tidak akan melalui kehidupan di situ. Tapi, bagaimana dengan rakyat Kuantan?. Bukankah mereka yang berhadapan dengan risiko itu sebenarnya]. |
You are subscribed to email updates from Pahang Daily Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan