Muslimeen United |
- Fahami Kandungan Kanun Jenayah Syariah II Kelantan
- Sah Umno Dalang Disebalik Serangan Gangster Ke atas Program Libat Hj Md Sabu .
- HUDUD DAN BEBERAPA GAMBARAN SALAH
- ALHAMDULILLAH... Bila pencen baru dapat hidayah...tahniah Bekas OCPD
- Hak PAS laksana Enakmen Syariah tak dinafikan
- Ancam Mat Sabu: Polis digesa siasat Perkasa
- Tarikh-tarikh PRU13 dari Nujum-nujum Politik.
- Menjelang 60 tahun, rahsia kekuatan PAS
- Hudud : Keputusan Mesyuarat Pakatan Rakyat,Respon Tok Guru Nik Aziz
- Mahkamah bebas ahli PAS pakai baju Bersih
- Hudud: Pakatan akui enakmen syariah Kelantan, Terengganu
- Video - Pembikin Filem Kontroversi Hentam Utusan Malaysia.... Mengapa???
- Semua tertumpu ke Pejabat Agung PAS malam ini
- Kuota Bumiputera : Najib Ikut Telunjuk Soi Lek?
- Kenyataan Najib yang menolak hudud sukarkan pemimpin Umno Kelantan
- Tok Guru Nik Aziz Beri Jaminan ' Hudud ' Tak Libatkan Bukan Islam
- Kedah terus utuh dengan pentadbiran sifar rasuah
- Kenyataan Menteri Dalam Negeri di sanggah oleh Hakim..!!
- Video : Wacana Sinar,Wajarkah Sejarah Ditulis Semula?
- PRU 13: Ulamak PAS bersiap gempur Umno
- Generasi media baru bakal tumbangkan Umno-BN
- Program UMNO Dalam Markas FRU, Ketua Polis Negara Membisu!!
- Mufti Perak, Perlis Sokong Hasrat PAS Laksana Hudud
- Media perdana bakal manipulasi kenyataan Puad
Fahami Kandungan Kanun Jenayah Syariah II Kelantan Posted: 29 Sep 2011 06:42 AM PDT Beliau bagaimanapun berkata, terdapat sedikit perbezaan pendapat di kalangan pemimpin DAP dari segi penafsiran undang-undang tersebut iaitu sebarang undang-undang jenayah terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Mahkamah Sivil, bukan Mahkamah Syariah. "Di Kelantan, enakmen tersebut wujud mengikut prosedur di Dewan Undangan Negeri yang mendapat sokongan 39 undi sewaktu dibentang. "Jadi tak timbul kita melanggar prinsip demokrasi cuma percanggahan pendapat di sini dan DAPmenentang kerana penafsiran yang berbeza...mungkin DAP tak setuju bukan soal hudud tapi soalnya kerana pada penafsiran DAP bahawa sebarang undang-undang jenayah terletak di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan dan Mahkamah Syariah, bukan Mahkamah Syariah," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily hari ini. Pakatan Rakyat selepas mesyuarat kira-kira tiga jam lewat malam tadi sebulat suara memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 sebelum muafakat dalam Pakatan Rakyat wujud. Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Pakatan Rakyat menghormati semangat PAS untuk melaksanakan hudud di Kelantan namun turut tidak menafikan hak DAP dan PKR untuk menyatakan pandangan mereka dalam isu syariah. Ujar Tuan Ibrahim, soal bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan hanya boleh ditentukan oleh mahkamah namun Kelantan tetap mempunyai hak untuk melaksanakan undang-undang tersebut. "Bagi PAS, kita lihat samada bertentangan atau tidak bertentangan (dengan Perlembagaan Persekutuan), itu keputusan pihak berautoriti seperti mahkamah dan sebagainya dan pengakuan ini mengiktiraf undang-undang tersebut dan hak kelantan untuk laksana undang-undang tersebut. Bagaimanapun katanya, dalam Buku Jingga, pelaksanaan hudud memang tidak termasuk dalam agendanya. Sebaliknya yang dipersetujui bersama ialah menghormati sistem demokrasi dalam negara. "Hudud tidak termasuk dalam perkara yang dipersetujui bersama (dalam Buku Jingga) tapi yang dipersetujui bersama ialah menghormati sistem demokrasi. "Jadi dalam menghormati sistem demokrasi, cadangan Kelantan untuk laksanakan hudud juga merupakan keputusan yang dibuat secara demokratik iaitu melalui Dewan Undangan Negeri," katanya. Dalam pada itu Tuan Ibrahim berkata, PAS akan terus memberikan penerangan mengenai hudud kepada orang Islam dan bukan Islam agar mereka faham bahawa undang-undang ini hanya terpakai kepada orang Islam sahaja. "Pas akan teruskan penerangan dan Menteri Besar Kelantan (Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat) pun telah buat kenyataan bahawa PAS akan teruskan penerangan kepada sesiapa yang kurang jelas dari semasa ke semasa melalui seminar, dialog, wacana ilmiah dan bersikap terbuka terhadap apa yang sulit dalam enakmen hudud ini. "Sebab kita laksana hudud kepada orang Islam sahaja, orang bukan Islam tidak terlibat dengan enakmen ini dan yang keduanya kita laksanakan dalam konteks Kelantan sahaja," katanya. | |
Sah Umno Dalang Disebalik Serangan Gangster Ke atas Program Libat Hj Md Sabu . Posted: 29 Sep 2011 06:41 AM PDT | |
HUDUD DAN BEBERAPA GAMBARAN SALAH Posted: 29 Sep 2011 06:31 AM PDT Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul AbidinPerbincangan ini menyambung artikel yang lepas tentang perlaksanaan hudud. Ramai orang salah sangka apabila membayangkan negara yang dipimpin berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah itu sebagai negara yang agenda utamanya mengintip dan menghukum rakyat yang tidak mematuhi syariat.Gambaran negara yang islamik sebagai negara yang sibuk mencari pesalah untuk dihukum dengan undang-undang hudud adalah gambaran yang silap yang ada di fikiran sesetengah pihak yang kurang memahami Islam. Seperti yang saya jelaskan sebelum ini, hudud hanya makanisme untuk mengatasi jenayah-jenayah tertentu, bukan gambaran keseluruhan negara Islam, bahkan bukan hudud juga undang-undang yang merangkumi semua jenayah. Banyak lagi jenayah yang tidak tersenarai di bawah hudud. Peratusan besar jenayah yang pelbagai, terutama di zaman ini berada di bawah takzir (discretionary punishment). Makanisme ini pula memerlukan suasana yang kondusif untuk perlaksanaannya. Seseorang muslim apabila berbicara tentang pemerintahan dan tanggungjawab pemerintahan bukanlah membayangkan mekanisma mengatasi jenayah semata, tetapi membayang tanggungjawab keadilan dan kebajikan yang menjadi asas tersebarnya kebaikan dan keamanan dalam negara. Justeru itu, Khalifah Umar bin Abd al-Aziz apabila beliau dilantik menjadi khalifah, beliau seakan tergamam dan begitu hiba. Beliau terus bersendirian bersolat dan menangis. Airmatanya bercucuran hingga ke janggutnya. Apabila isterinya Fatimah bertanya, dia berkata: "Wahai Fatimah! Aku telah dikalungkan urusan umat Muhammad ini yang berbagai bangsa. Maka aku terfikir tentang orang fakir yang lapar, yang sakit lagi derita, orang yang tidak berpakaian yang susah, orang yang dizalimi lagi dipaksa, tawanan perang yang jauh, orang tua yang uzur, orang yang mempunyai keluarga yang ramai sedangkan hartanya sedikit dan seumpama mereka yang berada di segala tempat dan penjuru negara. Aku tahu tuhanku akan bertanya aku mengenai mereka pada hari kiamat kelak. Aku bimbang alasanku tidak cukup kukuh untuk menjawabnya, lalu aku pun menangis" (Al-Zahabi, Tarikh al-Islam wa Wafayat al-Masyahir wa al-A'lam, 7/197. Beirut: Dar al-Kitab al-'Arabi/1407H) Demikianlah gambaran tanggungjawab pemerintahan yang ada dalam pemikiran beliau. Tanggungjawab menyebarkan kebajikan, pembahagian harta yang adil dan amanah serta kebaikan untuk rakyat di segenap lapisan masyarakat. Tanggungjawab inilah yang beliau takut dan bimbang Allah hukum beliau di akhirat kelak. Inilah asas kerahmatan dalam kepimpinan negara yang berdasarkan wahyu Allah. Tanggungjawab pemerintah di hadapan Allah tentang kebajikan rakyat lebih ditakuti dibandingkan di hadapan rakyat sendiri atau 'suruhanjaya rasuah'. Itulah gambaran negara yang sepatutnya berada dalam pemikiran umat Islam yang cintakan Islam. Para sarjana Islam telah lama memperkatakan hal ini. Muhammad bin Ka'ab al-Qurtubi apabila diminta oleh 'Umar bin Abd al-Aziz untuk menyifatkan keadilan pemerintah, katanya: "Jadilah engkau bapa kepada yang muda, anak kepada yang tua, saudara kepada yang sebaya. Demikian juga kepada wanita. Hukumlah manusia dengan kadar kesalahan dan kemampuan mereka. Jangan engkau pukul disebabkan kemarahanmu walaupun satu pukulan, nanti engkau termasuk dalam golongan yang melampau".( Ibn Muflih, Al-Adab al-Syar'iyyah, 1/202. Beirut: Muassasah ar-Risalah/1417H). Membezakan Jenis Jenayah Dalam hudud ada dua jenis dosa yang dihukum; pertama; dosa yang membabitkan kesalahan individu dengan Allah S.W.T seperti berzina dan minum arak. Dosa bahagian ini lebih kepada merosakkan diri pelaku itu sendiri. Kedua; dosa yang merosakkan atau mengancam keselamatan masyarakat awam seperti merompak, merogol, mencuri, memberontak dan perkara yang berkaitan dengannya. Dosa bahagian pertama Islam melarang kita melakukan tajassus ataupun intipan. Sementara dosa bahagian kedua, oleh kerana ia mengancam masyarakat dan fitnah lebih besar dari tajassus, maka intipan boleh dilakukan. Ini seperti yang disebut oleh al-Imam al-Syaukani (meninggal 1250H): "Aku katakan; jika hanya semata-mata sangkaan maka tidak mencukupi dalam hal ini. Bahkan mestilah dengan pengetahuan, jika tidak ia termasuk dalam tajassus yang dilarang berdasarkan dalil al-Quran. Namun dibolehkan untuk suatu kemaslahatan yang mana membantah kemungkaran itu lebih kukuh dibandingkan meninggalkan tajassus dan kerosakan meninggalkan bantahan terhadap kemungkaran lebih dahsyat dari kerosakan tajassus. Atau mungkin boleh digabungkan bahawa pengharaman tajassus berkaitan dengan tanpa pengetahuan (sangkaan) kerana tidak dinamakan tajassus jika perlaksananya benar-benar mengetahui". (Al-Syaukani, Al-Sail al-Jarar, 4/591 Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah/1405H) Hudud Dan Hak Privasi Ramai akan menganggap, apabila hudud dilaksanakan bererti privacy individu akan terganggu. Intipan di sana-sini akan dibuat untuk mencari orang yang berzina dan minum arak. Ini diburukkan lagi dengan gambaran perlaksanaan sekarang yang dilakukan oleh pihak penguatkuasa agama di sesetengah tempat apabila mereka seakan memasang 'spy' dalam mencari pelaku maksiat peribadi. Hal ini amat salah dan bercanggah dengan firman Allah dalam Surah al-Hujurat ayat 12: (maksudnya) "Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang.." Dr Yusuf al-Qaradawi menyebut: "Aku ingin agar diberikan perhatian tentang perkara yang penting mengenai hudud; bahawa Islam tidak terkejar-kejar mencari bukti, tidak mengintai untuk melaksanakan hukum ke atas pelaku kesalahan, tidak mencipta alat untuk mencari rahsia pelaku maksiat atau memasang kamera tersembunyi mengambil gambar ketika mereka melakukan jenayah. Tidak pula menguatkuasakan polis pencari jenayah atau perisik untuk mengintip mereka yang menyanggahi syarak sehingga ditanggap yang terbabit. Bahkan kita dapati panduan Islam dalam hal ini tegas setegas-tegasnya dalam memelihara kehormatan peribadi manusia, pengharaman tajassus (mengintip) dan mencari keaiban manusia. Tidak boleh dilakukan oleh individu, tidak juga oleh pihak kerajaan". (http://www.qaradawi.net/library/53/2534.html.) Kemudian beliau mengemukakan dalil riwayat al-Hakim daripada 'Abd ar-Rahman bin 'Auf : "Bahawa dia berkawal bersama Umar bin al-Khattab r.ahuma pada suatu malam di Madinah. Ketika mereka sedang berjalan, tiba-tiba ternampak nyalaan api di sebuah rumah. Mereka pun pergi menuju ke situ sehingga apabila hampiri didapati pintunya berkunci, di dalamnya ada sekumpulan orang dengan suara yang kuat. Lalu Umar r.a. berkata -sambil memegang tangan 'Abd ar-Rahman-: "Kau tahukah ini rumah siapa?". Jawab: "Tidak". Kata Umar: "Ini rumah Rabi'ah bin Umayyah bin Kalaf, mereka sekarang sedang mabuk arak, apa pendapat kau?". Kata 'Abd ar-Rahman: "Aku berpendapat kita sekarang telah melakukan apa yang Allah larang, Allah berfirman: "Jangan kamu mengintip". Kita telah mengintip. Maka Umar pun pergi dan meninggalkan mereka".( Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, dinilai sahih serta sokong oleh al-Zahabi). Akibat dari amalan yang salah memberikan gambaran yang salah tentang hudud. Islam dalam urusan jenayah atau maksiat peribadi tidak membongkar yang tertutup, sebaliknya hanya mencegah yang nyata dan zahir sahaja. Seperti kata al-Imam al-Ghazali (meninggal 505H) : "Hendaklah kemungkaran tersebut zahir (jelas) kepada ahli hisbah (pencegahan) tanpa perlu melakukan intipan. Sesiapa yang menutup sesuatu kemaksiatan di dalam rumahnya, dan mengunci pintunya maka tidak harus untuk kita mengintipnya. Allah Ta'ala telah melarang hal ini" (Al-Ghazali, Ihya 'Ulum al-Din, 3/28, Beirut: Dar al-Khair/1990). Membina Masyarakat Yang Pemaaf Dalam perlaksanaan hudud, pemerintah hendaklah mendidik rakyat agar mengelakkan sikap suka mengangkat kes hudud kepada pihak mahkamah atau berkuasa. Sebaliknya, hendaklah digalakkan kemaafan antara rakyat dan diselesaikan diluar mahkamah. Ini seperti hadis Nabi s.aw: "Sesungguhnya pencuri pertama dalam Islam dibawa kepada Nabi s.a.w lalu diperintahkan agar dipotong tangan. Wajah Rasulullah s.a.w seakan kecewa sedih. Mereka berkata: "Wahai Rasulullah! Seakan engkau membenci hal ini". Jawab Nabi s.a.w: "Mengapa tidaknya aku benci, kamu semua telah menjadi penolong syaitan menentang saudara kamu. Sesungguhnya tidak wajar bagi pemerintah yang diangkat kepadanya hukuman had melainkan dilaksanakan". Lalu baginda membaca firman Allah: "Hendaklah kamu maafkan dan lupakan kesalahan, tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu? (Surah an-Nur: 22)" (Riwayat Ahmad dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Dihasankan oleh al-Albani dalam Silsilah al-Sahihah). Keinginan sesetengah masyarakat awam yang tidak faham yang seakan 'mengidam' untuk melihat tangan dipotong adalah tidak serasi dengan inspirasi hudud bahkan itu menjadikan mereka 'penolong syaitan'. Hudud Memerlukan Ijtihad Baru Tiada siapa yang mukmin menafikan kewujudan nas-nas hudud dalam al-Quran dan as-Sunnah. Cumanya, perincian hudud itu memerlukan ijtihad yang mengambil kira soal perubahan zaman dan tempat. Umpamanya kadar barang curian memerlukan ijtihad yang baru kerana fuhaqa sejak dahulu berbeza dalam hal ini. Cara potongan; penggunaan alatan moden dan ubatan moden juga perlu diambil perhatian atas sifat ihsan Islam dalam semua perkataan. Demikian juga suasana masyarakat juga hendaklah diambil kira. Demikian ruangan taubat dalam hudud juga hendaklah diluaskan dengan memakai mazhab yang luas dalam hal ini. Mereka yang bertaubat sebelum tangkapan patut digugurkan hukuman hudud dan boleh diganti dengan takzir (discretionary punishment). | |
ALHAMDULILLAH... Bila pencen baru dapat hidayah...tahniah Bekas OCPD Posted: 29 Sep 2011 06:27 AM PDT Bekas OCPD: Bukit Aman buat keputusan 'tak bijak' Seorang bekas pegawai kanan polis yang terlibat dalam peristiwa Memali mendakwa keputusan pegawai atasannya di Bukit Aman untuk menangkap pemimpin PAS Ibrahim Mahmood atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya sebagai 'tidak bijak'. Bekas ketua polis daerah Baling, Tunku Muszaffar Shah Tunku Ibrahim dalam bukunya 'Memali: A policeman remembers' berkata keputusan tidak bijak itu dibuat dengan campurtangan politik serta kerana memandang rendah ketabahan pengikut Ibrahim. Peristiwa berdarah pada 19 November, 1985 menyebabkan kematian Ibrahim, 13 pengikutnya dan empat anggota polis, selepas percubaan kali kedua untuk menahan beliau di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960. Muszaffar menulis bahawa pegawai-pegawai tertinggi di Bukit Aman sepatutnya tidak menuruti arahan daripada pemimpin politik mereka dan menolak permintaan yang tidak selaras dengan norma-norma atau prosedur polis. "Budi bicara dan tindakan polis tentang bagaimana mereka harus melaksanakan tanggungjawab perlu mengikut situasi pada peringkat akar umbi," katanya. Pada masa itu, pihak polis diletakkan di bawah jagaan Tun Musa Hitam dalam kapasiti beliau sebagai Menteri Dalam Negeri. Tun Dr Mahathir Mohamad ketika kejadian itu adalah perdana menteri. Menurut Kertas Putih yang dibentangkan di Parlimen pada bulan Februari 1986, kerajaan cuba memberikan justifikasi bagi menangkap Ibrahim di bawah ISA dengan menuduh beliau menubuhkan Gerakan Revolusi Islam yang bertujuan untuk menggulingkan kerajaan persekutuan dengan kekerasan. Walaupun Muszaffar tidak membekalkan apa-apa dokumen mengenai contoh campur tangan politik itu, katanya, Musa telah mengeluarkan arahan khusus semasa percubaan pertama pada 2 September 1984 untuk menangkap pemimpin PAS berkenaan. Dalam buku itu, Muszaffar berkata Musa telah mengarahkan Bukit Aman untuk memastikan bahawa pihak berkuasa tidak menggunakan kekerasan semasa menangkap Ibrahim dan berundur sekiranya mereka menghadapi rintangan. Dengan diketuai oleh ketua daerah polis cawangan khas, pihak berkuasa menuju ke rumah Ibrahim di Kampung Charok Puteh pada jam 2:45 pgi hari berkenaan tetapi berundur mereka dihalang oleh puluhan penduduk yang bersenjatakan buluh runcing dan senjata lain. | |
Hak PAS laksana Enakmen Syariah tak dinafikan Posted: 29 Sep 2011 06:17 AM PDT Semalam, hampir empat jam Pakatan Rakyat membincangkan hasrat PAS mahu melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah 11 di negeri Kelantan berjalan dalam keadaan penuh harmoni dan semangat toleransi yang seimbang. Sungguhpun mewakili anutan ideologi dan agama yang berbeza, namun disiplin muafakat dan keterbukaan sikap diserlahkan dalam setiap hujjah dan perbahasan bagi memastikan Pakatan Rakyat bukan sahaja berupaya merungkai masaalah yang sedang dihadapi tetapi juga terus mendada, mendepani segala cabaran dan halangan yang mahu menggagalkan Pakatan membuka ibupejabat pentadbiran kerajaannya di Putrajaya. PAS menyatakan hasratnya yang murni dengan penuh tertib dan jelas membawa maksud mahu melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah 11 di Kelantan bersulamkan hujah yang bernas pula dari saff kepimpinannya yang diketuai oleh presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Sementara rakan – rakan parti kompenan Pakatan yang terdiri dari DAP dan PKR mengemukakan pandangan balas mereka, mengimbangi kepentingan semua pula melatari scenario politik semasa. Akhirnya, kata sepakat dicapai dengan semua parti kompenan Pakatan mempertegaskan untuk saling kukuh mengukuh dalam perkara yang dipersetujui bersama seperti objektif, agenda, dasar dan prinsip yang terkandung di dalam Buku Jingga. Sementara dalam perkara yang berbeza seperti teras ideologi dan prinsip agama yang dianut meletakkan semua parti kompenan Pakatan untuk saling hormat-menghormati antara satu sama lain. Dihormati sewaktu mati Kenyataan ini adalah suatu yang telah didirikan di atas semangat muafakat yang luar biasa pula menepati ajaran Islam yang suci. Bagaimana Rasulullah saw pernah bangun berdiri tatkala dibawa lalu di hadapannya jenazah bukan Islam, lantas Baginda SAW ditegur ekoran tindakan baginda berdiri menghormati jenazah tersebut. Baginda menjawab, bukankah ia juga manusia, dihormati sewaktu hidupnya dan dihormati juga sewaktu matinya. Menghormati tidak bermakna bersetuju. Sebagaimana Islam tidak pernah dan tidak boleh bersetuju dengan agama yang mensyirikkan Allah SWT. Namun Islam mengajar kita menghormati hak mereka untuk menunaikan ajaran agama yang mereka anut malah mereka tidak boleh sekali – kali dipaksa menerima Islam. Justeru, Islam hanya sah dianut dengan yakin, sedar dan insaf. Demikianlah sebaliknya, mereka juga wajar menghormati hak orang Islam untuk mengamal atau melaksanakan tuntutan ajaran Islam meskipun mereka tidak bersetuju dengan ajaran Islam tersebut kerana menghormati tidak bermakna bersetuju. Menghormati bermakna tidak menghalang. Sebagaimana Islam tidak boleh menghalang bukan Islam melaksanakan hak dan ajaran agama mereka justeru Islam dituntut menghormati mereka, demikianlah sebaliknya mereka juga tidak menghalang hak orang Islam untuk mengamal dan melaksanakan tuntutan ajaran Islam seperti undang-undang syariah Islam. Inilah semangat dan ruh hormat – menghormati dalam perkara yang berbeza antara Islam dan bukan Islam. Sangat jauh bezanya jika kita melihat bagaimana Umno dan BN melayan hasrat PAS untuk melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah 11 di negeri Kelantan. Sejak awal dulu, pemimpin Umno biarpun mengaku muslim sangat konsisten untuk menolak perlaksanaan syariat Islam ini. Bertindak biadap Sudahlah mereka menolak syariat itu, mereka juga bertindak lebih nekad dan biadap apabila turut menghalang PAS yang mahu melaksanakannya. Umno gagal menjadi budak baik, apabila mereka tidak mampu melaksanakannya, dia halang dan marah pula orang lain yang mahu melaksanakannya. Umno bukan sahaja gagal menjadi budak baik tetapi kelihatan sangat naïf dan gugup apabila tergesa-gesa presidennya mengeluarkan komitmen enggan melaksanakan hukum Hudud yang menjadi sebahagian dari syariat Allah SWT sebaik sahaja disergah MCA yang mengancam mahu keluar dari BN jika Umno melaksana hudud. Padahal MCA hanya acah – acah sahaja untuk meninggalkan BN kerana mereka terlebih awal tahu "perut pedal" Umno sangat "istiqamah" menentang dan enggan melaksanakan hudud. PAS telah membuat pengisytiharan sejak 1993 (sebelum wujudnya Pakatan Rakyat) untuk melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah 11 apabila enakmen itu telah diluluskan di DUN Kelantan yang dikuasai oleh PAS pada waktu itu. Kemudiannya diperkukuhkan pula pengisytiharan itu pada tahun 2003 apabila Enakmen Jenayah Syariah tersebut dilulus dan digazetkan pula oleh DUN Terengganu apabila PAS menguasai negeri itu secara demokrasi. Pengisytiharan dan hasrat tersebut tidak pernah dinasakhkan (dihapuskan) malah Kelantan terus membina semangat dan mendidik rakyatnya dengan menganjurkan siri wacana, diskusi, forum bagi menjelaskan hukum jenayah syariah (hudud) secara terperinci. Terbaru, Mursyidul Am PAS Datuk Abdul Aziz Nik Mat selaku menteri besar sekali lagi mempertegaskan hasrat untuk melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah 11 setelah sekian lama tertangguh kerana berhadapan dengan pelbagai kekangan. Saya melihat penegasan itu bukan retorik atau gimik menghadapi pilihan raya justeru itulah yang diulang saban tahun, sama ada tahun pilihan raya atau tidak. Sebaliknya penegasan itu datang dari iman dan taqwa beliau selaku seorang Islam, pula berilmu dan memiliki kuasa memerintah kerajaan negeri. | |
Ancam Mat Sabu: Polis digesa siasat Perkasa Posted: 29 Sep 2011 02:39 AM PDT Sambil menyifatkan ancaman itu boleh mencetus ketegangan, Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berkata pihak polis sepatutnya sudah boleh memanggil Perkasa. "Sepatutnya pihak polis boleh mengambil tindakan terhadap Perkasa yang membuat ancaman secara terbuka. "Mereka boleh cakap apa yang mereka nak cakap, tetapi jangan pulak sampai bertindak menghalang hak orang lain berceramah," katanya yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena kepada Harakahdaily. Beliau berkata demikian sebagai mengulas amaran Perkasa Negeri Sembilan bahawa mereka akan menganjurkan lebih banyak protes ke atas Mohamad Sabu jika timbalan presiden PAS itu berani menjejakkan kakinya di negeri berkenaan untuk menyampaikan ceramah. Amaran itu dilontarkan ketuanya Mohd Noor Nordin Abdullah yang dengan angkuh berkata beliau sendiri akan mengetuai protes terhadap Mohamad, jika timbalan presiden PAS itu enggan memohon maaf berhubung kenyataannya mengenai peristiwa Bukit Kepong. Sabtu lalu satu pergaduhan tercetus pada ceramah Mat Sabu di Ampangan, Seremban. Pada kejadian itu dua penyokong PAS cedera selepas bergelut dengan ahli Perkasa yang menyerbu pentas ceramah ketika timbalan presiden PAS sedang berucap. | |
Tarikh-tarikh PRU13 dari Nujum-nujum Politik. Posted: 28 Sep 2011 11:02 PM PDT Ramalan-ramalan politik ini tentunya datang dari ahli-ahli nujum politik negara yang datangnya dari pelbagai medium termasuklah medium internet, media cetak, cofee house hotel yang berbintang-bintang hinggalah ke kedai kopi di bawah pokok. Walaupun ada juga ahli-ahli nujum politik negara ini hanya menjampi mangkuk ajaib atau bebola kristal mereka di kedai-kedai kopi, tetapi bacaan politik sesetengah mereka ini tidak boleh diperlekeh begitu sahaja kerana bacaan politik mereka ini juga tidak kurang menariknya. Biar pun ada sesetengah ramalan sedikit merapu, nakal dan bersifat propaganda, tetapi banyak juga yang mampu memberi hujah-hujah dengan baik bersandarkan fakta-fakta yang menarik untuk difikirkan. Dari mangkuk ajaib dan bebola kristal ahli-ahli nujum yang datang dari pelbagai medium ini, bermacam ramalan dapat dilihat, seperti siapakah calon parti tertentu, siapa tikam belakang siapa, siapa bakal menang dan yang paling popular ketika ini ialah bilakah Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) akan diadakan. Dalam banyak-banyak tilikan yang meramalkan tarikh sebenar PRU 13 akan diadakan, terdapat beberapa tarikh yang begitu hangat disebut-sebut oleh ahli-ahli nujum politik negara ini. 11 Februari 2012 Minggu lalu, sebuah akhbar harian turut tidak ketinggalan meramalkan tarikh PRU 13 dengan tajuk utama muka hadapannya yang meramal PRU 13 akan diadakan pada 11 Februari 2012. Dalam liputan khas PRU 13 dengan empat muka penuh itu, ianya bolehlah dianggap satu analisa yang menarik dengan pembentangan faktanya yang begitu teliti. Cuma yang tidak dikaitkan dalam analisa tersebut ialah perbicaraan kes liwat 2 yang sedang dihadapi oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dianggap oleh sesetengah ahli nujum lain sebagai salah satu faktor yang mungkin berada dalam perhitungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Persoalan yang mungkin sesuai untuk diperhitungkan tentunya seperti bilakah perbicaraan kes liwat 2 itu selesai, adakah Anwar akan didapati bersalah, jika mahkamah mendapati beliau bersalah apa pula hukumannya nanti yang sudah tentulah bukan denda ketuk ketampi. Silap-silap hari bulan, jawapan-jawapan dari persoalan-persoalan itu tadi boleh menyebabkan Anwar hilang kelayakkan untuk bertanding dalam PRU 13 nanti. Apa pun yang pastinya, kes liwat 2 itu memang banyak memberikan kelebihan kepada Najib dalam usaha untuk memadamkan impian Anwar untuk bergelar PM Malaysia. Malah bukan itu sahaja, sekiranya Anwar hilang kelayakan bertanding gara-gara keputusan mahkamah nanti, kubu kuat Anwar di Permatang Pauh dengan sendirinya menjadi kucar-kacir untuk memilih calon sesuai dalam PRU 13 kelak. Harus diingat, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail ketika ini masih jauh untuk menghabiskan tempoh 'edah' setelah hilang kelayakan untuk bertanding dalam mana-mana pilihan raya di negara ini ekoran tindakan meletakkan jawatan sebagai YB di parlimen yang sama pada 2008. PAS ramal 11 November 2011 Selain akhbar harian tersebut yang menjangkakan 11 Februari 2012, Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut juga memberitahu PAS telah menyasarkan tarikh 11 November 2011 sebagai tarikh pilihan raya diadakan. Kata beliau, bajet yang bakal dibentangkan pada 7 Oktober nanti merupakan bajet pilihan raya untuk mengambil hati rakyat agar memberikan undi mereka kepada Barisan Nasional (BN). Sementara itu, tarikh lain yang juga sedang hangat diperkatakan ialah pada 11 Oktober tahun ini iaitu empat hari selepas pembentangan Bajet 2012. Namun ramalan 11 Oktober nampaknya hampir tidak menjadi kenyataan apabila hanya tinggal seminggu lebih sahaja lagi dari sekarang sebelum menjelangnya tarikh yang diramalkan itu sedangkan hingga hari ini Parlimen masih belum dibubarkan. Ditambah pula dengan faktor pembentangan Bajet 2012 pada 7 Oktober nanti dan perbahasan sebelum bajet boleh diluluskan yang pastinya memakan masa yang panjang. Membubarkan parlimen sebelum undian meluluskan bajet di parlimen dijalankan dan persidangan yang hanya selesai pada awal Disember nanti akan banyak mencetuskan kontroversi dari segi perlembagaan. Seperti kata Profesor Dr Aziz Bari, silap-silap hari bulan Bajet 2012 jadi bajet tidak sah dan terpaksa dibentangkan semula. Kalau Najib masih bernasib baik, dapatlah sekali lagi beliau membentangkan bajet dan kalau tidak bernasib baik, Tan Sri Muhyiddin Yassin atau pun pihak yang sekarang ini berada di blok yang bertentangan pula membentangkan Bajet 2012. Najib sendiri tentulah tidak mahu dilihat sebagai PM paling kurang cerdik apabila membuat keputusan tidak bijak dalam memilih masa paling sesuai untuk membubarkan parlimen untuk mengadakan pilihan raya. Angka 11 Ramalan-ramalan ahli-ahli nujum politik negara menjadi semakin menarik apabila masing-masing cuba mengaitkan ramalan mereka dengan angka 11 apabila Najib memberitahu DJ sebuah stesyen radio bahawa angka itu begitu dekat dengan dirinya. Sekiranya Najib sememangnya mempunyai tahap obses yang begitu tinggi dengan angka tersebut, maka bacaan mudah boleh dibuat dengan mengandaikan tarikh 11 November 2011 (11/11/11) sebagai pertaruhannya. Namun ianya tidaklah semudah itu untuk membaca perhitungan politik dalam fikiran Najib hinggalah ke saat ini. Sudah tentunya Najib tidak akan meletakkan angka tersebut sebagai antara kriteria utama dalam mencaturkan masa depan politik beliau dan parti yang diterajuinya. Kalaupun betul Najib memilih tarikh 11 haribulan untuk mengadakan PRU 13, sudah semestinya ada perhitungan lain yang menjadi keutamaan Najib ketika memilih tarikh itu berbanding faktor angka 11 itu sendiri. Sekali lagi, Najib tentulah tidak mahu dilihat sebagai PM paling kurang cerdik untuk memilih tarikh sesuai untuk membubarkan parlimen bagi mengadakan pilihan raya. Mac 2012 – Tony Pua Bagi Ketua Publisiti DAP, Tony Pua pula meramalkan PRU 13 bakal diadakan dalam tempoh kurang enam bulan dengan menyasarkan sekitar Mac 2012. Manakala dalam sembang kedai kopi sedikit masa dahulu, seorang ahli nujum politik negara yang pernah berkhidmat sebagai pengiring khas kepada seorang kenamaan politik di Sarawak pernah memberitahu PRU 13 akan diadakan pada 15 November tahun ini. Bagaimanapun gambaran dalam mangkuk ajaibnya tidaklah begitu jelas dek riak-riak air di dalamnya dan kerana itu beliau tidak dapat memberi hujah bagi menyokong kenyataannya melainkan memberitahu tarikh itu diperolehi daripada ahli politik yang beliau sendiri iringi itu. Pada Jun lalu pula, politik negara tiba-tiba menjadi riuh apabila ada ahli nujum politik negara yang meramalkan PRU 13 bakal diadakan pada bulan berikutnya iaitu Julai lalu apabila Umno sibuk mengadakan simulasi pilihan raya. Namun ramalan tersebut turut tidak menjadi kenyataan apabila tiada apa-apa yang berlaku sehinggalah ke penghujung bulan itu. Ramalan nakal Ada juga ramalan yang tampak nakal tetapi mencuit hati apabila 'menyedarkan hakikat sebenarnya,' Najib sendiri juga sama seperti ahli-ahli nujum politik negara yang lain, masih terteka-teka bila agaknya isterinya mahukan parlimen dibubarkan. Ramalan lain yang tidak kurang juga nakalnya apabila meramalkan Datin Seri Rosmah Mansor bakal diturunkan sebagai calon 'heavy weight' bagi BN walaupun tidaklah mustahil, untuk melanggar dan melenyek-lenyek Pakatan Rakyat. Begitulah 'istimewanya' negara kita berbanding negara lain apabila rakyatnya khusus bagi pemain-pemain politiknya, berseronok merasai debaran dengan penuh suspen untuk mendapatkan ramalan terbaik daripada ahli-ahli nujum politik negara. Berbanding di kebanyakkan negara-negara lain, tarikh pilihan raya telah pun diumumkan berbulan-bulan lebih awal sekaligus menghilangkan unsur suspen dan 'thrill' seperti mana kita di sini. Free Malaysia Today | |
Menjelang 60 tahun, rahsia kekuatan PAS Posted: 28 Sep 2011 11:01 PM PDT Idris Ahmad PAS akan menyambut ulang tahun ke 60 pada 1 Oktober 2011 di Dewan Melinium Kepala Batas. Pas memilih Pulau Pinang kerana nostalgia lama Pas yang dilahirkan secara rasmi pada 24 Nov 1951 di Bagan Tuan Kecil Seberang Perai. Pas sudah muncul sebagai parti yang tertua di Malaysia, setelah Umno 1946 diharamkan oleh mahkamah, sedangkan Umno sekarang ialah Umno 1988. Apakah rahsia Pas sehingga mampu menonggah arus dan badai taufan yang melanda, namun Pas dengan izin Allah mampu berada di persada politik tanah air bergerak dengan penuh izzah. Semua ini kerana Pas mempunyai dasar Islam yang tulin. Walaupun Pas telah bertukar kepimpinan daripada berbagai latar belakang namun Pas tidak pernah menukar dasar, iaitu Islam sebagai mana termaktub di dalam Perlembagaan Pas fasa 3. Mereka memilih Pas kerana dasar, bukan kerana pemimpin. Islam yang tulin sentiasa dinamik dan sesuai dengan semua masa dan keadaan. Oleh itu semua perhitungan yang dibuat semuanya bersandarkan kepada ajaran Islam. Pas tidak sekali-kali untuk menggadaikan prinsip Islam semata-mata untuk mendapat kemenangan dunia yang tidak seberapa Islam yang diperjuangkan oleh Pas ialah Islam yang lengkap (syumul), merangkumi semua perkara samaada ibadah, politik, ekonomi, akhlak. Dalam erti kata yang lain yang merangkumi urusan hidup dan mati. Pas mahu memperjuangkan Din wa daulah (agama dan Negara). Pas menerima konsep Islam secara keseluruhan "syumul", bukan tempelan. Pas bukan menerima Islam pada perkara puasa tetapi menghalalkan judi. Pas bukan parti yang menerima hukum zakat tetapi tidak beriman dengan ayat hukuman zina. Pas bukan parti yang menerima hukum wajib puasa tetapi menolak ayat mengenai pengharaman arak. Islam yang diperjuangkan oleh Pas bukan rekaan mana-mana pemimpin. Tetapi ia bersumberkan kepada apa yang diajar oleh Nabi Muhammad SAW yang mengajar dan mendidik melalui wahyu yang disampaikan kepada kita. Kerana Islam bukan satu doktren rekaan mana-mana pihak. Dengan itu apa sahaja tindakan yang kita lakukan ia bertitik tolak kepada apa yang diperlakukan oleh Nabi dan Rasul S.A.W. Islam yang diperjuangkan bukan satu yang hendak dipolitik atau mainan politik semata-mata. Oleh itu Pas berusaha untuk memertabatkan Islam apabila ia diberi kuasa. Bukan kita memperalatkan Islam untuk mencari sokongan. Walaupun Pas pernah dituduh merasuah syurga oleh pemimpin Umno. Justeru itu Pas perlukan kuasa. Jika ada kuasa maka kita boleh melaksanakan apa yang diperintahkan oleh Allah SWT kepada kita. Sebaliknya kalau kita tidak mendapat kuasa maka segala kecantikan Islam hanya boleh terdapat dalam kitab feqah dan lipatan tamaddun Islam sahaja Pas mengajak manusia kepada Islam bukan supaya taasub kepada mana-mana pemimpin. Oleh itu ahli Pas tidak akan keluar parti jika pemimpin mereka keluar parti, kerana perjuangan mereka bukan kerana individu. Berapa ramai pemimpin Pas yang melarikan diri dalam perjuangan tetapi kesetian ahli tidak pernah luntur, malahan Pas semakin berkembang. Keluarnya mereka daripada parti tidak memberi kesan apa-apa kepada parti. Dato' Samad Idris (Bekas Menteri Kebudayaan) telah memberi komentar mengenai perjuangan Pas seperti berikut, "Faktor fanatik kepada perjuangan Pas tidak boleh diketepikan begitu sahaja, mereka setia dengan Pas, mereka sanggup dibakar hangus, direndam basah, dicincang lumat, oleh sebab itu Dato' Mohd. Asri dan Mohd. Nakhaei keluar daripada parti mereka anggap melukut tepi gantang". Utusan Malaysia 13hb. Disember 1990) Rahsia kekuatan Pas yang lain ialah kerana Pas mempunyai ahli yang ikhlas. Mereka menyertai Pas tidak ada matlamat yang lain, kecuali untuk melihat Islam dihayati di negara ini. Penyertaan mereka tanpa dipaksa sebaliknya dengan kesedaran yang membuahkan iman di dalam diri mereka untuk berjuang bersama dengan Pas, selagi Pas berpegang dengan dasar Islam. Kehadiran mereka bersama Pas bukan untuk meminta sesuatu daripada Pas, sebaliknya mereka yang akan berusaha untuk memberi kepada Pas samaada di segi wang ringgit atau tenaga. Mereka sedar jika berjuang bersama dengan Pas telah terpahat di dalam fikiran mereka bahawa perjuangan ini susah dan payah. Mereka tidak mengharapkan sesuatu di dunia atau imbuhan daripada Pas atau wakil rakyat Pas. Kekuatan ini lah yang dimiliki oleh Pas kerana mempunyai ahli yang begitu ikhlas di dalam perjuangan. Mereka mengahbiskan wang ringgit dan harta benda untuk diinfaq kepada Pas. Ini boleh dilihat setiap kali pilihanraya mereka mengeluarkan belanja sendiri tanpa mengharapkan daripada pemimpin atau parti. Walaupun di kalangan mereka ini hanya bekerja sebagai pesawah, penoreh getah, buruh kasar, tetapi mempunyai jiwa yang besar untuk menumbangkan kezaliman di nagara ini. Tepatlah seperti sabda Rasulullah SAW"Bukanlah kaya itu, kaya harta, tetapi kaya yang sebenar ialah kaya jiwa". Apabila calon yang bertanding menang, sedikit pun mereka tidak ungkit kerja buat dan meminta kembali imbuhan yang mereka labur semasa pilihanraya, cuma mereka harap laksana amanah parti dan ingatlah kepada petugas parti yang memenangkan mereka. Semua pengkaji politik akur bahawa kekuatan inilah yang membolehkan Pas bergerak sehingga kini dan menjadi saingan terdekat dengan Umno. Sekiranya Pas tidak mempunyai ahli yang ikhlas bagaimana Pas mampu bertahan sehingga kini. Bukan senang untuk melawan gergasi politik yang mempunyai seluruh kelengkapan untuk menghalang kebangkitan sokongan kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Wasiat Allahyarham Profesor Dr Zulkifli Muhammad kepada wakil rakyat Pas selepas pilihanraya 1964 amat menyusut hati. "Saya perlu memberitahu saudara satu daripada syarat kejayaan bagi satu perjuangan ialah keikhlasan. Kita mungkin bodoh, mungkin jahil, mungkin tidak tahu apa, mungkin tidak kuat. Tetapi keikhlasan ada pada kita, maka ada harapan cita-cita ini dapat dilaksanakan. Tidak ada gunanya kita cerdik , pandai, kuat, sekiranya kita tidak ikhlas apa yang diperjuangkan. Kita sucikan tujuan kita kepada itu. Kita ketepikan kepentingan yang lain dari itu, ini perlu pada kita. Keikhlasan yang tidak ada belah baginya lagi. Keikhlasan yang tidak mengira yang lain selain dari apa-apa yang kita tuju di dalam perjuangan asal kita. Kejayaan orang yang dahulu pada diri kita, semuanya pada keikhlasan. Amat perlu keikhlasan ini, kita tanam, kita pupuk pada diri kita" Sebab itu jika ada di kalangan ahli yang menyertai Pas mempunyai agenda yang tersembunyi mereka ini tidak akan kekal lama, samada mereka ini terbuang atau pun mereka yang membuang diri mereka sendiri. Ahli Pas yang datang daripada berbagai peringkat dan darjat. Ahli-ahli Pas ada yang berkelulusan Ph.d hinggalah yang buta huruf. Mereka menyertai Pas bukan hendak dapat benda tetapi kerana cintakan Islam. Mereka sanggup menerima risiko yang berat daripada pihak yang berkuasa seperti tidak diberikan subsidi, anak tidak dapat biasiswa, dipotong bantuan kebajikan. Semuanya mereka sanggup menerima kerana perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas. Kehadiran mereka dalam program ceramah atau program parti tanpa diupah dan disuruh, sanggup untuk berbelanja berbelas-belas ringgit semata-mata untuk mendengar ucapan pemimipin mereka yang dicintai dan menderma kepada perjuangan Ahli yang ikhlas walaupun buta huruf adalah lebih baik daripada mempunyai ijazah berjela-jela tetapi boleh dibeli oleh Umno. Ahli-ahli Pas yang menerima tarbiah yang jelas mereka tidak rela membiarkan maksiat dan berkompromi dengan program maksiat. Umno bimbang hendak membuat program maksiat kerana takut kepada Pas yang sentiasa menentang program yang berunsur maksiat. Rahsia kekuatan Pas yang lain ialah kerana ia didokong oleh ulama' dan mereka yang mempunyai latar belakang agama. Kebetulan penubuhan Pas kerana kesedaran untuk membentuk jamaah yang melakukan kerja-kerja para nabi dan Rasul yang terdahulu iaitu mengajak kepada kebaikan dan mencegah daripada melakukan perkara munkar. Ulama' yang memahami agama dan perintah Allah akan melibatkan diri bersama dengan Pas. Penglibatan mereka secara langsung telah memberikan impak yang besar kepada Pas. Kerana sikap orang melayu yang begitu intim dengan orang agama telah berjaya memberi kesan yang positif kepada perjuangan Pas. Penyertaan orang agama bersama Pas kerana serasi dengan apa yang mereka belajar di sekolah, pondok atau universiti. Sebab itu Mahathir Mohd Khir pernah menulis Pas mempunyai kaitan dnegan 3P, iaitu padi pondok dan Pas. Memang ini terbukti tempat yang kuat pengajian agama maka di situlah akan menjadi pengkalan Pas. Sebab itu Pas berkembang di Kelantan walau pun penubuhanya di Seberang Perai, kerana Kelantan mempunyai institusi pondok yang banyak. Pondok menjadi pengkalan Pas walaupun ia bukan markaz Pas tetapi secara tidak langsung segala idea dan fikrah yang bawa oleh Tok Guru telah mempengaruhi orang awam yang untuk menyokong Pas. Sebab itu jika ada Tuan Guru pondok yang menyokong perjuangan Umno, maka pondoknya tidak ramai penghuninya akhirnya pondok tersebut mati begitu sahaja. Dokongan di kalangan profesionl dan aktivis hasil daripada pentarbiahan yang mereka dapat daripada ulamak telah menjadi nilai tambah kepada Pas. Mereka ini pula berusaha untuk mendekati golongan yang mungkin tidak mampu untuk duduk bersila di masjid atau di surau bersama dengan Tuan Guru. Apabila orang ramai melihat sikap keterbukaan Pas dan pelbagai ragam yang memimpin Pas maka mereka akan tertarik bersama dengan perjuangan Pas. | |
Hudud : Keputusan Mesyuarat Pakatan Rakyat,Respon Tok Guru Nik Aziz Posted: 28 Sep 2011 11:00 PM PDT | |
Mahkamah bebas ahli PAS pakai baju Bersih Posted: 28 Sep 2011 10:49 PM PDT KUANTAN, 29 Sept: Mahkamah Sesyen di sini, semalam membebaskan tanpa melepaskan dua ahli PAS yang ditangkap di Rompin 2 Julai lalu kerana memakai baju kuning berlogo Bersih 2.0. Mohd Fadzli Ramly, 33, seorang peguam ialah AJK Pemuda PAS Pahang sementara Abdul Manaf Md Hassan, 41, merupakan AJK PAS Dun Tioman. Ketika dihubungi, Mohd Fadzli berkata beliau masih belum berpuas hati dengan keputusan berkenaan dan mahkamah masih belum memulangkan baju-T yang dirampas daripadanya sebelum ini. "Ini tuduhan mengarut dibuat akibat rasa terdesak kerajaan Umno dan BN hendak menyusah dan menakut-nakutkan rakyat yang menuntut pilihan raya bersih dan adil. "Kami akan ambil tindakan saman ke atas kerajaan," katanya yang juga Pengarah Pilihan Raya PAS kawasan Dewan Undangan Negeri Tioman. Sebelum ini mereka dituduh di bawah Seksyen 47 Akta Pertubuhan kerana memakai baju sebuah pertubuhan haram. Pendakwaan dilakukan ketua unit pendakwaan negeri Pahang, Kalmizah Salleh manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam Hon Kai Ping dan Hisham Ramzam di hadapan Hakim Fathiyah Idris. Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa memiliki pakaian yang tertera tulisan Bersih 2.0 yang menuntut pilihan raya bersih dan adil bagi kepentingan suatu pertubuhan yang menyalahi undang-undang, di markas PAS Kampung Mentara, Rompin, kira-kira jam 10.50 malam, 2 Julai lalu. Bagi kesalahan itu, mereka didakwa mengikut Seksyen 47 Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335) yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali kerana menyiar dan memiliki perkataan yang tertera bagi kepentingan pertubuhan haram. Kedua-duanya dikenakan jaminan sebanyak RM3,000 bagi setiap tertuduh dengan seorang penjamin. Sementara itu, turut meraikan pembebasan mereka ialah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar Kelantan, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Ustaz Yusuf Embong dan ahli-ahli PAS. -Hrkh | |
Hudud: Pakatan akui enakmen syariah Kelantan, Terengganu Posted: 28 Sep 2011 04:02 PM PDT KUALA LUMPUR, 29 Sept: DAP, PKR dan PAS hari ini mengambil pendirian akan mempertahankan segala dasar yang dipersetujui bersama disamping menghormati perbezaan ideologi di antara ketiga-tiga parti khususnya dalam isu hudud. Bercakap pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Pejabat Agung PAS, lewat malam tadi, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata mereka mengormati aspirasi PAS mahu melaksanakan hudud disamping menghormati pandangan DAP yang membantahnya ekoran bertentangan dengan perlembagaan. Kesemua komponen parti katanya memperakui kewujudan Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan 1993 dan Enakmen Jenayah Syariah Terengganu 2003 sebelum muafakat dalam Pakatan Rakyat. "Kita mendengar penjelasan Datuk Taqiyuddin Hassan yang mewakili kerajaan Kelantan bahawa perlaksaan hudud di negeri itu hanya boleh dibuat dengan pindaan perlembagaan persekutuan. "Kita tidak boleh menafikan mana-mana hak PAS, DAP dan PKR untuk mengemukakan pandangan termasuk dalam isu syariah. "Kita jelas menghormati hak dan aspirasi PAS (mahu laksanakan hudud). Cuma dia terikat dengan apa yang kita sebut dasar bersama, semangat perlembagaan dan Buku Jingga," katanya. Turut serta pada sidang media itu Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Pengerusi DAP Karpal Singh, Penasihat DAP Lim Kit Siang serta 23 ahli mesyuarat yang lain. Sebelum ini, semua pimpinan Pakatan Rakyat diarah tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hudud sehinggalah mencapai pendirian bersama pada mesyuarat malam ini. Mesyuarat yang bermula kira-kira jam 9 malam tadi antara lain bagi mencari pendirian bersama berhubung perbezaan pandangan antara ketiga-tiga parti dalam isu hudud. "Mesyuarat Pakatan Rakyat juga mempertegaskan bahawa kami tidak akan terheret dengan mainan politik Umno BN untuk memecah belahkan kesatuan Pakatan Rakyat," kata Anwar lagi. Isu hudud telah bergema kembali ekoran cabaran yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Kelantan agar melaksanakan hudud kerana beliau bukan lagi perdana menteri. Kata Mahathir, pemimpin PAS Kelantan sentiasa menyalahkan beliau apabila tidak melaksanakan undang-undang itu ekoran satu surat amaran yang dikeluarkan semasa beliau menjadi PM lalu. Mahathir meminta Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz meminta kebenaran dari Datuk Seri Najib untuk berbuat demikian. Najib pula dalam jawapannya berkata, beliau tidak akan memberikan kebenaran itu walaupun timbalannya, Tan Sri Muhyidin Yassin berkata sedia untuk berbuat demikian. Parti MCA dan Gerakan memberikan amaran kepada Umno, mereka akan keluar dari BN jika membenarkan undang-undang Islam itu dilaksanakan. Ekoran itu, DAP juga membuat kenyataan akan keluar Pakatan Rakyat jika pakatan setuju menjadikan agenda hudud sebagai agenda bersama Pakatan. Ia terus panas apabila Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyatakan kerelaan jika DAP mahu keluar daripada Pakatan Rakyat kerana tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam. Nik Aziz berkata demikian mengulas kenyataan Karpal bahawa parti itu tetap menolak penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud kerana ia bertentangan sama sekali dengan Perlembagaan Persekutuan. -Hrkh | |
Video - Pembikin Filem Kontroversi Hentam Utusan Malaysia.... Mengapa??? Posted: 28 Sep 2011 08:01 AM PDT | |
Semua tertumpu ke Pejabat Agung PAS malam ini Posted: 28 Sep 2011 07:05 AM PDT KUALA LUMPUR, 28 Sept: Semua mata tertumpu kepada Pejabat Agung PAS malam ini iaitu tempat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat mengadakan mesyuaratnya. Walaupun tidak ada panggilan untuk sidang akhbar, adalah dijangka wakil media akan memenuhi perkarangan bangunan PAS itu bagi mendapatkan keputusan mesyuarat yang bakal menentukan hala tuju politik Malaysia selepas ini. Harakahdaily difahamkan, pimpinan tertinggi PAS, PKR dan DAP akan bermesyuarat malam ini bagi membincangkan cadangan PAS 'untuk melaksanakan undang-undang jenayah syariah untuk orang Islam dan di Kelantan sahaja.' Isu ini berbangkit ekoran cabaran bekas Perdana Tun Dr Mahathir Mohamed agar kerajaan Kelantan melaksanakan hukum hudud kerana beliau sudah tidak lagi menjadi Perdana Menteri. Kata Dr Mahathir, beliau telah dianggap oleh PAS sebagai penghalang pelaksanaan hudud ekoran surat amaran yang beliau hantar kepada Menteri Besar Kelantan yang melarang kerajaan negeri Kelantan melaksanakannya. Ekoran itu, Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, beliau akan meminta kebenaran daripada PM sekarang, Datuk Seri Najib Razak. Belum sempat permohonan dibuat, Najib sudah berkata, kerajaan tidak akan membenarkan hudud dilaksanakan di negara ini. Pengerusi DAP, Karpal Singh juga berkata, hudud tidak boleh dilaksanakan di negara ini kerana berlawanan dengan perlembagaan dan DAP tidak bersetuju dengannya. Yang menjadi bertambah parah lagi apabila media melaporkan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula berkata, kesemua pimpinan DAP yang ada sekarang akan meletakkan jawatan jika hudud dilaksanakan melalui platform Pakatan. Walaupun ia laporan yang tidak tepat (kerana apa yang dikatakan beliau adalah kesemua pemimpin DAP akan meletakkan jawatan jika pelaksanaan hudud ada dalam agenda bersama Pakatan iaitu dalam buku Jingga yang telah dikeluarkan), ia telah mengelirukan banyak pihak. Hubungan PAS dan DAP sebelum ini telah pecah pada tahun 2003 apabila berbangkit isu Negara Islam selepas dokumen negara Islam dikeluarkan PAS. Selepas satu mesyuarat yang diadakan di sebuah hotel, DAP memutuskan keluar dari Barisan Alternatif (BA) dengan meninggalkan PAS dan Keadilan. Ekoran dari perpecahan itu dan isu-isu yang berkaitan dengannya, PAS dan Keadilan ketika itu telah kalah teruk dalam pilihan raya umum 2004 termasuk kehilangan sebuah negeri iaitu Terengganu dan mengekalkan Kelantan dengan majoriti yang kecil (tiga kerusi yang kemudiannya menjadi satu kerusi selepas PAS kalah dalam pilihan raya kecil Pengkalan Pasir). Suasana berbeza Kini, dengan suasana yang berbeza, isu panas antara PAS dan DAP datang lagi dan pemimpin PAS dan DAP akan bertemu lagi. Isunya adalah pelaksanaan undang-undang jenayah syariah yang termasuk hukum hudud di dalamnya. Tetapi kali ini, ada PKR di tengah-tengah dengan pengerusi kepada mesyuarat ini adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Hampir semua pemimpin kanan ketiga-tiga parti akan hadir dalam mesyuarat yang bermula jam 9 malam ini kecuali Tuan Guru Nik Aziz yang tidak dapat hadir (mungkin keberatan untuk memberikan kebebasan perbincangan). Bagi penganalisis politik, Profesor Bridget Welsh, hudud bukan isu utama rakyat negara ini sekarang kerana isu utamanya adalah isu ekonomi, isu bagaimana kerajaan BN telah menggunakan duit rakyat untuk mempertahankan kuasa mereka. Namun, bagi sesetengah pihak dalam PAS, isu ini adalah kebaikan yang datang dalam masalah yang menimpa (blessing in disguise). Bagi mereka, serangan Umno terhadap PAS kononnya 'PAS adalah kuda tunggangan DAP' akan dibuktikan dalam isu ini. "Jika PAS berkata bersetuju untuk tidak melaksanakan hudud sebagaimana kehendak DAP, maka sahlah tuduhan Umno bahawa PAS adalah kuda tunggangan DAP. "Namun, jika PAS, PKR dan DAP dapat mencapai kata sepakat untuk berkata, 'kita benarkan PAS laksanakan undang-undang ini untuk orang Islam sahaja dan di Kelantan sahaja bukan untuk lain-lain negeri', saya yakin halangan untuk Pakatan Rakyat menuju Putrajaya tidak ada lagi. "Tetapi, jika isu ini gagal dicapai kata sepakat malam ini, dan DAP akan mengambil tindakan yang sama sebagaimana tahun 2003 lalu, Pakatan akan hancur dan saya yakin DAP juga akan kehilangan sokongan khasnya orang Melayu," kata pemimpin PAS itu. Bagi beliau, Kelantan dimenangi oleh PAS sejak tahun 1990 tanpa sebarang kaitan dengan DAP dan negeri itu berjaya dipertahankan oleh PAS sehingga kini. PAS pula bersama dengan Pakatan Rakyat membentuk bersama negeri Selangor, Kedah dan juga Pulau Pinang di samping Perak sebelum ini. Beliau dengan penuh yakin berkata, pihak yang paling rugi jika perpecahan berlaku adalah DAP kerana sudah pasti Selangor akan jatuh dan silap-silap Pulau Pinang pun akan jatuh dalam pilihan raya akan datang tanpa sokongan Melayu. "PAS boleh jadi akan berjaya mengekalkan Kelantan dan Kedah walaupun bersendirian atau bersama PKR atas sokongan Melayu dengan isu ini dan boleh jadi akan menang juga di beberapa negeri lain," kata beliau. Namun, bagi Bridget Welsh (gambar kanan) , andaian ini tidak tepat kerana sebahagian Melayu juga tidak bersetuju dengan hudud dan lebih terpengaruh dengan isu ekonomi apatah lagi pengundi Cina dan India. Namun beliau bersetuju bahawa, jika PAS benar-benar mahu melaksanakannya, ia perlu melalui proses demokrasi yang terbaik termasuk pungutan suara selepas menang agar tidak ada mana-mana pihak yang terasa dizalimi. "Itupun akan masih ada golongan minoriti yang akan terasa dizalimi," kata beliau kepada Harakahdaily menjelang mesyuarat malam ini. Namun, semua persoalan di atas akan dicerakinkan oleh para pimpinan utama Pakatan Rakyat malam ini. Jika mereka berjaya melepasinya, bermakna jalan ke Putrajaya terbuka luas. Namun, jika ujian hasil mainan Tun Dr Mahathir ini gagal diatasi, esok tidak akan ada Pakatan Rakyat lagi. Pun begitu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustyafa Ali dikatakan sangat yakin, soal pecah antara PAS dan DAP tidak akan berbangkit dalam mesyuarat malam ini. Ini kerana, binaan Pakatan yang ada sudah cukup kuat untuk menempuh segala badai yang melanda dan yakin pemimpin Pakatan sudah cukup dewasa untuk mengatasinya dengan baik. -Zulkifli Sulong | |
Kuota Bumiputera : Najib Ikut Telunjuk Soi Lek? Posted: 28 Sep 2011 07:04 AM PDT KUALA LUMPUR, 28 Sept: Adakah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengikut kata Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek berhubung penghapusan kuota ekonomi? Berucap pada Khazanah Megatrends Forum 2011 di sini semalam, Najib memberi peringatan bahawa kuota Bumiputera akan digugurkan satu hari nanti, tetapi menegaskan kerajaan harus terus membantu bakat-bakat terbaik kaum itu bagi memastikan wujudnya persekitaran bisnes yang berdaya saing. Beliau berkata Model Baru Ekonomi (MBE) menggalakkan tindakan afirmatif berdasarkan meritokrasi dan 'kita harus menggalakan hak Bumiputera'. Sementara itu, Soi Lek meminta kerajaan mementingkan keupayaan merit dan bukannya kuota dalam memastikan perkongsian tulen antara bumiputera dan bukan bumiputera mencapai matlamatnya. Ini kerana, jelasnya dalam perniagaan di kebanyakan sektor seperti pembinaan, peniaga bumiputera lebih banyak mendapat kelebihan berbanding bukan bumiputera. Katanya, perkembangan itu tidak sihat dan memerlukan perhatian serius daripada kerajaan kerana jika ia berterusan, peniaga bumiputera tidak akan mampu disaingi oleh pihak lain yang lebih layak. Beliau berkata demikian selepas perasmian Kongres Ekonomi Cina bertajuk Peranan Masyarakat Cina Mencapai Sasaran Model Baru Ekonomi (MBE) dan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) di sebuah hotel di ibu negara pada 14 Ogos tahun lalu. -.Hrkh | |
Kenyataan Najib yang menolak hudud sukarkan pemimpin Umno Kelantan Posted: 28 Sep 2011 07:02 AM PDT SHAH ALAM – Kenyataan Perdana Menteri yang menolak hudud daripada dilaksanakan, akan lebih menyukarkan pemimpin Umno Kelantan untuk menyaingi Pas memenangi hati rakyat negeri itu. Penganalisis Politik dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Abdul Aziz Bari berkata, Pas sudah melakukan apa yang mereka perlu lakukan mengenai hudud. "Mereka memerlukan laluan dan kuncinya berada di tangan Umno (sebagai Kerajaan Pusat). Apabila pemimpin Umno sendiri (Datuk Seri Najib Tun Razak) mengatakan hudud tak akan dilaksanakan, Pas sudah boleh lepas tangan. Rakyat tidak akan salahkan mereka," katanya. Dalam keadaan ini, kata Abdul Aziz, pemimpin Umno Kelantan berada dalam kedudukan paling sukar kerana mereka dilihat sebagai penghalang hudud dilaksanakan. "Kita harus ingat, permintaan hudud di Kelantan disal:urkan melalui proses demokrasi. Pas terus diberi mandat untuk memerintah Kelantan sejak 1990. Ini sudah cukup bagi rakyat Kelantan untuk menunjukkan kehendak mereka," katanya. Bagi Abdul Aziz, Umno dilihatnya tidak bersedia untuk melaksanakan hudud walaupun mereka mengaku menerimanya. Ini kerana, Kerajaan Pusat yang diterajui parti itu tidak pernah memberi laluan kepada hudud untuk dilaksanakan. "Saya melihat Umno menentang dan mensabotaj pe-laksanaan hudud. Ini akan menyebabkan parti itu menghadapi masalah dalam kalangan orang Islam," katanya. Mengenai orang bukan Islam, Abdul Aziz berkata, bukan semua mereka menolak hudud. "Presiden Majlis Ketua-ketua Gereja Katolik Malaysia, Dr Paul Tan Chee Ing pun berkata, tidak betul bagi kerajaan menghalang Kelantan melaksanakan hudud. Biarlah mereka laksanakan apa yang mereka mahu kerana undang-undang itu hanya untuk orang Islam saja, tidak melibatkan orang bukan Islam," katanya. Abdul Aziz berkata, keny:ataan Najib secara terang-terangan menolak pelaksanaan hudud menyebabkan Umno di negeri ini sudah boleh dianggap 'gulung tikar'. Ahli akademik yang dianggap pakar perlembagaan itu berkata, Umno seharusnya membantu Pas, bukan menghalang parti itu. "Jika tidak, parti itu akan terus kehilangan undi orang Islam kerana dianggap sebagai penghalang satu pelaksanaan undang-undang tuhan. Ini kerana, pelaksanaan hudud tak dapat tidak perlu dengan kerjasama Umno," katanya. Abdul Aziz berkata, selain Umno, semua kumpulan yang memperjuangkan kepentingan Melayu/Islam yang lain seperti Pertubuhan Kebangsaan Pribumi Perkasa (Perkasa) juga harus menyokong hudud. -SH | |
Tok Guru Nik Aziz Beri Jaminan ' Hudud ' Tak Libatkan Bukan Islam Posted: 28 Sep 2011 02:40 AM PDT Tok Guru Nik Aziz menolak pandangan bahawa keadaan negara tidak sesuai untuk melaksanakan hukum hudud. — Foto fail KUALA LUMPUR, 28 Sept — Dilihat sebagai usaha berterusan mahu meyakinkan bukan Muslim, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini memberi "jaminan" undang-undang hudud jika dilaksanakan tidak akan dikuatkuasakan ke atas bukan Islam. Mursyidul Am PAS ini berkata undang-undang itu yang diusahakan sejak 17 tahun lalu untuk dilaksanakan di Kelantan hanya meliputi masyarakat Islam. "Saya memberi jaminan jika hukum hudud dilaksanakan di Kelantan, ia tidak akan dikuatkuasakan ke atas bukan Islam sebab hanya meliputi umat Islam," kata Nik Aziz dalam mesej menerusi laman sosial Facebook hari ini. Ia merupakan mesej ketiga daripada Nik Aziz sepanjang satu minggu ini, yang dilihat mahu meyakinkan bukan Islam mengenai hukum hudud. Pendirian itu diketengahkan pada hari kepimpinan Pakatan Rakyat bersiap sedia untuk mengadakan mesyuarat berhubung isu tersebut selepas DAP dan PAS bertembung dan bertegas dengan pendirian masing-masing. Mesyuarat Pakatan Rakyat akan berlangsung di ibu pejabat PAS di sini, malam ini. Pada 24 September lalu, Nik Aziz meminta bukan Muslim memberi pandangan jujur sama ada mereka akan bersetuju jika undang-undang itu dilaksanakan. "Perbincangan terbuka, kepada rakan-rakan bukan Islam yang dihormati, adakah anda akan bersetuju jika hukumam hudud dilaksanakan? "Sila berikan pandangan anda mengenai perkara ini, tanpa prejudis, sentimen politik dan emosi," kata Menteri Besar Kelantan dalam mesej terdahulu. Kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS berusaha untuk melaksanakan undang-undang ini sejak awal 1990-an tetapi tersekat ekoran amaran kerajaan pusat yang disampaikan pada 1994 ketika pentadbiran Mahathir. Isu itu berkembang semula sebagai kontroversi minggu lalu Nik Aziz menegaskan beliau lebih rela jika DAP mahu keluar dari Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam. Sebelum ini Nik Aziz berkata, beliau akan tetap dengan pendiriannya untuk menegakkan hukum hudud dan penubuhan negara Islam walaupun mendapat tentangan hebat daripada rakan sekutunya itu. Kata beliau, tiada sesiapa pun termasuk DAP berhak menolak hukum hudud selagi semua manusia menumpang di bumi Allah ini dan hukum Islam yang mahu ditegakkan itu adalah kerana ia hukum Allah, bukannya manusia. Nik Aziz berkata demikian mengulas kenyataan Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh bahawa parti itu tetap menolak penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud kerana ia bertentangan sama sekali dengan Perlembagaan Persekutuan. Berdasarkan satu kenyataan minggu lalu, Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau secara peribadi menyokong pelaksanaan hukum hudud, tetapi ia tidak dibincangkan oleh Pakatan Rakyat. Minggu lalu, Nik Aziz menolak pandangan bekas mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin bahawa keadaan negara ketika ini tidak kondusif untuk melaksanakan hukum hudud itu.TMI | |
Kedah terus utuh dengan pentadbiran sifar rasuah Posted: 28 Sep 2011 02:39 AM PDT KUALA LUMPUR, 28 Sept: Setelah tiga tahun mengurus dan mentadbir negeri, Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah ternyata terus utuh dengan pentadbiran sifar rasuah. Sehingga kini tiada kes rasuah yang disabitkan kepada pemimpin kerajaan mahupun pegawai kerajaan, malah Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah ternyata berjaya mentadbir negeri dengan baik dengan mengutamakan keadilan, pertanggungjawaban dan intergiti. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menegaskan, penentangan terhadap rasuah merupakan dasar utama Kerajaan Pakatan Rakyat dan sesiapa sahaja yang terbabit dengan rasuah hendaklah dihukum dan tidak dilindungi, manakala semua urusan kerajaan mestilah dilaksanakan secara telus tanpa sebarang penyelewengan. Menurut beliau, sejak mengambilalih tampuk pemerintahan negeri, beberapa langkah berhubung hasrat kerajaan untuk menegakkan pentadbiran yang berintegritikan telah dilaksanakan. Katanya, antaranya termasuklah Menteri Besar dan Exco telah membuat pemotongan gaji dan elaun secara bulanan ke Tabung Tunku Mahmud serta pengurangan elaun mesyuarat bagi Menteri Besar dan Exco yang menjadi anggota Lembaga Pengarah anak-anak syarikat Kerajaan Negeri (GLC). "Ahli-ahli Lembaga Pengarah GLC tidak lagi dibayar elaun tetap bulanan seperti yang diamalkan semasa Kedah berada di bawah pemerintahan BN sebelum ini yang mencecah sehingga RM7 juta setahun tetapi sekarang hanya menerima eluan hadir mesyuarat yang tidak pun mencapai RM2 juta setahun," katanya. Setelah Pakatan Rakyat memerintah Kedah, menurut beliau seperti yang dicatatkan di dalam buku Kedah Sejahtera 2008, Menteri Besar tidak lagi menggunakan jet khas, tidak lagi tinggal di hotel mewah ketika ada urusan kerja di Kuala Lumpur, sebaliknya hanya tinggal di apartmen biasa yang disewa oleh Kerajaan Negeri. Katanya, Menteri Besar turut meminimumkan perjalanan ke luar negara dengan hanya 3 kali dalam tempoh 3 tahun, manakala Exco pula dinasihati menaiki penerbangan kelas ekonomi jika melakukan perjalanan dengan pesawat walaupun layak menggunakan "business class". "Sebaik mengambil alih pentadbiran kerajaan pada 2008, Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah terus bertindak dengan merangka dan melaksanakan aktiviti strategik dalam bidang pembangunan, pendidikan, pembangunan insan, ekonomi, pertanian, industri, kebajikan dan pelancongan demi merealisasikan gagasan Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua," katanya. Di dalam buku yang diterbitkan oleh Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri Kedah itu, Azizan menegaskan, walaupun baru tiga tahun mengurus dan mentadbir negeri, pencapaian Kerajaan Negeri dapat dilihat dengan jelas oleh rakyat. Katanya, dalam masa yang sama, rakyat juga dapat melihat usaha ke arah kemajuan negeri dan kebaikan rakyat akan diteruskan oleh Kerajaan Negeri melalui Pelan Strategik Kedah Sejahtera 2010-2015 yang telah dilancarkan sebelum ini. Dari sudut pentadbiran, setelah mengambil alih pemerintahan negeri, pemberian kontrak sesuatu projek di bawah Kerajaan Negeri telah dilaksanakan secara telus dan adil. Hasilnya, menurut beliau, Laporan Ketua Audit Negara pada tahun 2009 menyatakan Kedah telah berjaya meningkatkan hasil sehingga 205 peratus dari hasil balak berbanding tahun 2007, hasil pemberian konsesi secara tender terbuka," jelasnya. Sejak Pakatan Rakyat memerintah Kedah, perakuan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009 jelas menunjukkan Kerajaan Negeri berjaya meningkatkan hasil negeri. "Buat pertama kalinya, GLC telah berjaya menyumbang sebanyak RM30 juta kepada Kerajaan Negeri. Sumbangan seperti ini tidak pernah dilakukan semasa Kedah berada di bawah BN sebelum ini. "Lebih jauh dari itu, ekoran dari perancangan strategik yang dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Kedah, Defisit Belanjawan 2010 sebanyak RM16 juta telah berjaya diatasi," jelasnya. -Hrkh | |
Kenyataan Menteri Dalam Negeri di sanggah oleh Hakim..!! Posted: 27 Sep 2011 10:55 PM PDT BERSIH dibenar cabar pengharaman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan Gabungan untuk Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) mencabar keputusan Kementerian Dalam Negeri yang mengharamkan pergerakan itu. Hakim Rohana Yusof mendapati permohonan BERSIH 2.0, diketuai peguam yang juga pengerusinya Ambiga Sreenevasan dan 14 anggotanya 'tidak semborono'. Dengan mengetepikan bantahan kerajaan, hakim Rohana menetapkan 22 November depan untuk mendengar merit permohonan itu. Hakim bagaimanapun membenarkan bantahan responden terhadap tindakannya merampas beberapa barangan daripada sekretariat BERSIH 2.0 di pejabatnya di Petaling Jaya. Keputusan dibuat dalam kamar. | |
Video : Wacana Sinar,Wajarkah Sejarah Ditulis Semula? Posted: 27 Sep 2011 07:40 PM PDT | |
PRU 13: Ulamak PAS bersiap gempur Umno Posted: 27 Sep 2011 07:39 PM PDT KUALA LUMPUR, 28 Sept: Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Dr Khairuddin Razali (gambar) menegaskan bahawa pihaknya telah siap menyusun strategi dan pelan tindakan untuk menggempur Umno BN dalam Pilihan raya Umum (PRU) ke-13 nanti. Menurut beliau, Dewan Ulamak telah menggerakkan jenteranya di seluruh negara untuk memastikan matlamat menuju ke Putrajaya menjadi kenyataan dengan izin Allah SWT. Beliau menambah, ia merupakan sebahagian keputusan dan pelan tindakan yang telah diambil dalam Retreat Ulamak Pelapis PAS yang telah diadakan di Perak, baru-baru ini. "Kita telah mengeluarkan arahan kepada seluruh jentera dewan untuk bersiap sedia menghadapi PRU 13 nanti yang mungkin akan diumumkan pada bila-bila masa sahaja," tegas beliau. "Insya Allah kita akan menyediakan 12 orang khutaba' mengikut skala yang tertentu dan buku panduan petugas dalam masa sebulan ini untuk menjadi panduan yang jelas bukan sahaja kepada petugas Dewan Ulamak PAS Pusat tetapi juga diagihkan kepada seluruh petugas-petugas dari pelbagai lajnah dan dewan,"tambah beliau. Menurutnya, buku manual itu akan mendedahkan bagaimana Umno gagal untuk membela nasib umat Islam secara sepatutnya di negara kita sekarang. Beliau menjelaskan ia adalah buku yang ingin memberi nasihat seluruh rakyat Malaysia dan Umno secara tidak langsungnya supaya kembali kepada panduan Al-Quran dan as-Sunnah yang telah ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w. "Kita menyeru kepada semua ahli Dewan Ulamak sama ada pada peringkat pusat ataupun negeri agar berada dalam bersiap dan mengikut segala perancangan yang telah ditetapkan dan yang paling penting senantiasa berdoa kepada Allah SWT supaya segala usaha kita ini diberkati oleh Allah SWT kerana itulah matlamat utama perjuangan kita," ujar beliau lagi. -Hrkh | |
Generasi media baru bakal tumbangkan Umno-BN Posted: 27 Sep 2011 05:01 PM PDT KUALA TERENGGANU - Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) bakal tumbang dalam pilihan raya akan datang dengan tangan-tangan generasi media baru, anak-anak muda 'facebook', 'twitter' dan 'blogger'. Beliau berkata 80 peratus golongan tersebut telah menolak hujah Umno dan Barisan Nasional kerana mereka mendapat maklumat "fist hand" yang hanya dihujung jari mereka. "Anak-anak muda sekarang ini maklumat dihujung jari. Jangan lupa generasi baru sekarang generasi facebook, generasi twitter, generasi bloggers dan generasi internet. "Mereka ini mendapat maklumat 'fist hand' dan 80 peratus golongan ini telah menolak hujah Umno dan Barisan Nasional. "Ingat golongan anak muda facebook inilah yang menggulingkan kerajaan Hosni Mubarak dan anak muda inilah yang akan mengguling kerajaan Umno-BN dalam pilihan raya akan datang," ujarnya dalam program Forum Rakyat Sempena Merdeka di Markaz Tarbiyyah PAS Kuala Terengganu, di Kuala Ibai, dekat sini, Ahad 25 September. Dalam pada itu, menurutnya, Umno-BN melakukan pelbagai cara fitnah terutama melalui media Utusan Malaysia bagi memenangi hati rakyat. Amalan Umno dan BN itu, katanya, umpama kempen pada tahun-tahun 60-an, menggunakan akhbar Utusan yang sama. Menurutnya, rakyat di negara ini terutama dari kalangan kaum Cina dan India semakin kuat menolak kerajaan BN. "Rakyat telah berubah tetapi pemerintah (BN) belum lagi berubah. Dia (Umno) masih berkempen ala tahun 60-an. "Kajian yang dibuat orang tionghua (Cina) 80 peratus tidak mengundi Barisan Nasional (BN). Orang India sedang meningkat sokongan mereka kepada pembangkang Pakatan Rakyat," jelasnya. Oleh itu, kata Mohamad kekuatan Umno-BN hanya kepada orang Melayu terutama yang berada di luar bandar. Menurutnya, Umno-BN berusaha menambahkan sokongan orang Melayu terhadap parti itu dengan diputar-belit kenyataan pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat. Forum tersebut turut mengundang dua ahli panel lain iaitu Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa, Profesor Dr Mohamad Abu Bakar dan Profesor Dr Hasan Hasbullah sebagai moderatornya. -BO | |
Program UMNO Dalam Markas FRU, Ketua Polis Negara Membisu!! Posted: 27 Sep 2011 04:59 PM PDT Backdrop jelas tertera program Umno dan sekeliling Markas FRU penuh bendera Umno Ucapan Dato Ishak sungguh bersifat politik kepartian Solidariti Anak Muda Malaysia Negeri Sembilan memandang serius perkara ini. Ini menunjukkan polis khususnya FRU sudah terjebak mengambil sikap dalam politik kepartian. Ketua Polis Negara harus tampil menyatakan pendiran dalam perkara ini. Dato' Hj. Ishak Ismail hadir bukan sifatnya selaku mana – mana kapasiti jawatan kerajaan tetapi hadir dan berucap atas kapasiti Ketua Umno Bahagian Seremban. Lebih serius program ini berlaku selepas polis dilihat melindungi dan gagal bertindak dengan kejadian Pemuda Umno Seremban yang menyerang sehingga mencederakan orang awam ketika Majlis Hari raya anjuran PAS yang dihadiri oleh Hj. Mohamad Sabu baru – baru ini. [Sumber] | |
Mufti Perak, Perlis Sokong Hasrat PAS Laksana Hudud Posted: 27 Sep 2011 04:57 PM PDT Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyokong hasrat Pas mahu melaksanakan hukum hudud di Kelantan. Namun begitu katanya, Pas seharusnya menyediakan semua proses pelaksanaannya, termasuk prosedur-prosedur yang ditetapkan, perbicaraan dan saksi. "Jika semua ini tiada masalah, saya ucap tahniah dan bolehlah melaksanakannya kerana sudah lama hudud mahu dijadikan undang-undang tetapi hingga kini belum dibuat. "Apa yang saya bimbang, hudud hanya sekadar memotong tangan pencuri sedangkan dalam aspek lain tidak dapat dilaksanakan," katanya. Katanya, sebagai orang Islam, ahli Pas perlu tunaikan janji dan jangan menjadikan hukum ini kempen politik menjelang pilihan raya. "Perlu ingat, undang-undang Islam merangkumi tiga perkara, iaitu hudud, qisas dan takzir. Pas tidak boleh melaksanakan hanya satu kerana boleh menyebabkan ketidakadilan. "Mereka perlu menjelaskan kepada masyarakat yang hudud bukan hukuman untuk menyeksa seperti potong tangan, sebat dan bunuh, sebaliknya menjadi pengajaran," katanya. Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya berkata, melaksanakan hukum hudud adalah kewajipan orang Islam dan tidak boleh dipersoalkan. "Sekarang hudud menjadi masalah kerana orang politik yang tidak memahami Islam bercakap dan orang Islam pula mempolitikkannya. "Ia bertambah panas dekat pilihan raya dan orang politik sibuk mengenainya sedangkan selepas pilihan raya, hudud tidak diambil peduli dan senyap begitu sahaja," katanya. Sementara itu, pensyarah kanan Universiti Pertahanan Nasional Malaysia, Dr Ridhuan Tee Abdullah berkata, orang Islam perlu menerima hudud sebagai perundangan negara kerana ia terkandung dalam al-Quran. Katanya, perlaksanaan tidak boleh dilakukan bersendirian, sebaliknya mendapat kerjasama daripada kerajaan persekutuan. "Saya tahu Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah lama mahu berjuang untuk melaksanakan hudud dan kenapa tiba-tiba muncul semasa :Pilihan Raya Umum Ke-13 akan tiba. "Akibatnya, rakyat melihat hudud sekadar cakap-cakap sahaja dan untuk membuktikan komitmen Pas, mereka perlu benar-benar melaksanakannya," katanya. -SH | |
Media perdana bakal manipulasi kenyataan Puad Posted: 27 Sep 2011 04:57 PM PDT Kenyataan tersebut mengaitkan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan peristiwa Memali yang menyatakan Anwar pernah mengatakan Ibrahim Libya adalah seorang penjenayah sewaktu di luar negara. Dr. Puad mengeluarkan kenyataan tersebut apabila Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail mempersoalkan adakah Ustaz Ibrahim Libya juga dituduh sebagai penjenayah sedangkan beliau hanyalah membantah tindakan kerajaan ingin menahannya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). "Kalau perjuangan Mat Indera yang berjuang menentang penjajah British kita boleh katakan pemberontak sehingga melabelkan beliau sebagai komunis bagai mana pula kes Ustaz Ibrahim Libya. "Mengenai peristiwa Memali tidak perlu kita timbulkan kembali kerana ia menjadi sejarah hitam kepada penduduk kampung tersebut. Episod Memali menggambarkan orang kampung bersalah dan ini dimainkan oleh media sebelum ini. "Kes ini telah lama berlalu biarlah ia menjadi sejarah kepada negara ini yang menyebabkan berlakunya pertumpahan darah yang ramai, jika ia di timbulkan kembali oleh media arus perdana akan menyebabkan hati penduduk disana terguris, jadi untuk mengelakkan perkara sedemikian tidak berlaku lebih baik senyap," jelas Saifuddin. Tambahnya lagi, sekarang bukannya masa untuk tuduh menuduh diantara satu sama lain jika tidak mempunyai fakta yang tepat. "Sekarang bukannya masa untuk kita tuduh menuduh diantara satu sama lain apatah lagi tidak mempunyai fakta yang tepat. Jangan kerana Anwar di dalam PKR maka isu ini ditimbulkan kerana perkara itu berlaku sewaktu beliau di dalam Umno tapi itu belum pasti kebenarannya. "Kita tidak perlu meletakkan siapa bersalah samada Anwar, Tun Musa Hitam mahupun Tun Mahathir Mohamed kerana politik tuduh menuduh sudah berakhir. "Apa yang pasti peristiwa sedemikian tidak perlu berulang lagi," sambungnya lagi. Sementera itu, pakar Sejarah Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Datuk Dr Ramlah Adam memberitahu peristiwa Memali itu perlu ada kajian lengkap. "Pengkajian yang perlu diteruskan dan mesti bersikap adil, ini bagi memberi satu kebenaran dalam peristiwa tersebut. "Kajian sejarah perlu diberikan penekanan oleh pihak tertentu agar budaya tuduh menuduh dapat dielak. "Saya bersetuju dan sekarang bukan masa untuk kita tuduh menuduh kerana yang paling penting mencari kebenaran disebalik peristiwa Memali," jelas Ramlah. Sebelum itu, peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985. Insiden ini mengorbankan 18 orang dan berpuluh-puluh yang lain tercedera serta penahanan beratus-ratus orang. Kesemua yang ditahan telah dibebaskan kecuali 36 orang. Mereka ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Dalam pertempuran antara orang kampung dengan pihak polis, Ustaz Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali dengan Ibrahim Libya telah terbunuh. Polis memanggil operasi ini sebagai 'Operasi Angkara/Operasi Hapus'. Peristiwa itu terjadi ketika Datuk Seri Musa Hitam menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Keselamatan Dalam Negeri. Ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad selaku Perdana Menteri Malaysia berada di China. - Muhammad Faizal |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan