Muslimeen United |
- Dari Mana Dato’ Noh Omar Rompak Wang RM 770,000.00?
- Kenyataan bodoh SPR 'si anjing Umno'
- Isu Keluar Parti: Antara Pembohongan & Realiti
- 'Pengampu Rosmah Sahkan Pembelian Berlian RM24 Juta'
- UMNO Terpukul Sebagai Talibarut Penjajah, Zainal Kling Pusing Kata Malaya Tak Pernah Dijajah!
- Kerajaan "Hilang Akal" - Mahfuz
- Laknat Allah..Apa Jenis Manusia Macam ini...
- BERSIHKAN SPR!!!!! Hasmidah Surahbil yang bukan warganegara pun boleh mengundi
- Coretan minggu pertama Syawal 1432H
- TG Nik Aziz, TG Abd Hadi dan Mat Sabu ceramah malam esok
- Ogos di Perth, Julai di Itali, Jun di Kazakh: Masa untuk Umno mengikat Najib
- Forum : Mat Indera - Pejuang Atau Pengkhianat Kemerdekaan?
- Tiada Bukti Untuk Dakwa Mat Sabu, Tapi Ada Banyak Bukti Mat Sabu Untuk Dakwa Utusan
Dari Mana Dato’ Noh Omar Rompak Wang RM 770,000.00? Posted: 09 Sep 2011 09:57 AM PDT Akhbar Sinarharian bertarikh 30 ogos 2011 selasa menyiarkan berita bergambar bahawa YB Dato' Noh Omar, Ahli Parlimen Tg Karang telah memberikan sumbangan hari raya berupa daging, ayam, beras, gula, minyak dan tepong kepada 11,000 pengundi Parlimen Tg Karang. 2. Kupon Berlambang UMNO/BN "Program Penyampaian Sumbangan Hari raya Daging Lembu, Ayam dan Beras" telah diedarkan disurau-surau dan masjid dalam Parlimen Tg Karang beberapa hari sebelum program tersebut. 3. Sumbangan telah disampaikan oleh pada 28 Ogos 2011 di beberapa tempat seperti: Dewan Dato'Hormat Tg Karang No 2 Jalan Bukit Belimbing K.Selangor. Surau Nurul Hidayah Sg Kajang,Tg Karang. Galeri Tg Karang Kg Gulang2 Sg Terap Sg Sireh Surau Sg Kajang Baru. 3. Setiap tempat pengagihan sumbangan hari raya itu telah mendapat antara 4 hingga 10 ekor lembu. Dianggarkan tidak kurang dari 50 ekor lembu diseluruh parlimen Tg Karang telah di sembelih. Upah sembelih adalah RM 50.00 seekor. 4. Disamping itu FAMA Bt 2, Kuala Selangor telah menghantar 4000 ekor ayam ke Tg Karang Pada 28 Ogos 2011. 5. Tiap orang menerima antara RM 60.00 hingga RM 70.00 berupa daging lembu, ayam 2 ekor, beras 10 kg, gula, tepong dan minyak. 6.Menurut Sinarharian 30 Ogos 2011 seramai 11,000 telah menerima sumbangan. Jadi jumlah sumbangan Hari raya oleh Noh Omar adalah dianggarkan berjumlah antara RM 660,000 hingga RM 770,000.00. 7. Sumbangan daripada Menteri Pertanian ini hanya tertumpu kepada pengundi Parlimen Tg Karang sahaja, tidak termasuk pengundi UMNO Sg Besar (Bahagian Dr Khir Toyo ---- musuh bubuyutan Dato'Noh) dan UMNO Bahagian Kuala Selangor. Justeru itu sebagai pengundi dan rakyat Selangor merasa heran : Bagaimana Dato' Noh Omar mendapat wang sebanyak itu? Selaku Menteri Pertanian,ia telah mengamalkan salahguna kuasa dengan meminta FAMA Kuala Selangor menghantar 4000 ekor ayam untuk program tersebut. Juga selaku Menteri Pertanian mengapa pengundi Parlimen Tg Karang sahaja mendapat sumbangan hari raya. Kupon sumbangan hari raya adalah program UMNO/BN telah diedar disurau/masjid dalam Parliman Tg Karang. 8. Harap mereka yang bertanggung jawab dapat menyiasat program tersebut. Daripada http://penorehgetah.blogspot.com |
Kenyataan bodoh SPR 'si anjing Umno' Posted: 09 Sep 2011 09:53 AM PDT "Tampilkan individu berkenaan kalau PAS mempunyai bukti yang kukuh, selain menghantar senarai nama dan dokumen berkaitan isu yang dibangkitkan," kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar (bawah) kepada akhbar Sinar Harian hari ini. Menurut laporan akhbar tersebut, Wan Ahmad memberi contoh 'kes Mismah' yang membuktikan bahawa dakwaan PAS adalah tidak berasas. - Mkini. Memang satu cabaran yang sangat-sangat bodoh. Perlu diingat, apa yang Pemuda PAS Malaysia dedahkan selama ni bukannya sahih pengundi hantu, cuma sebagai nama-nama yang disyaki sebagai pengundi hantu. Pasainya PAS memang takdak upaya untuk tentukan status sebenar nama-nama tu. Apa yang Pemuda PAS buat selama ni cuma gunakan maklumat yang SPR bagi dalam daftar pemilih dan bandingkan dengan data yang JPN bagi secara online. Usaha Pemuda PAS tu cuma nak buktikan yang Daftar Pemilih yang SPR buat tu memang meragukan. Nama yang ada dalam daftar pemilih tapi dalam database JPN samada status PR, KAS atau langsung takdak dalam database JPN. Macamana Pemuda PAS nak sahut cabaran bodoh Timbalan Pengerusi SPR tu untuk cari individu-individu tu kalau SPR tak bagi alamat terkini lengkap individu-individu tu dan takdak pegawai JPN yang berani bagi alamat lengkap individu-individu tu kalau Pemuda PAS mintak pun tu pasai tindakan tu salah dari segi peraturan. Kalau pun Pemuda PAS bernasib baik, gunakan maklumat terhad yang SPR bagi dalam daftar pemilih dan boleh terjumpa penama yang disyaki pengundi hantu tu, takkan orang tu sanggup nak tampil secara sukarela mengaku yang dia memang 'pengundi hantu'. Nama-nama yang Pemuda PAS dedahkan tu aku yakin semuanya bukan warganegara yang dalam proses memohon taraf warganegara. Takkan depa berani nak tampil pasai depa yakin kalau depa tampil tentu punya permohonan depa untuk dapat status warganegara akan ditolak. Silap-silap haribulan depa pulak yang akan dikenakan tindakan. Undang-undang Malaysia ni bukan boleh dikira sangat. Lagi pun bukan kerja Pemuda PAS nak buat semua tu. Pemuda PAS dah dedahkan nama-nama tu dan jadi tanggungjawab SPR untuk siasat dan buat pembersihan kalau pendedahan tu benar. Pasainya adalah tanggungjawab SPR untuk ujudkan daftar pemilih yang bukan saja bersih tapi mesti dilihat bersih. Setakat yang Pemuda PAS dedahkan tu pun, cuma kes Mismah saja yang SPR betul-betul jawab. Tu pun disalahkan JPN konon database JPN yang online tak dikemaskini. Yang mushkilnya dah berapa lama kes Mismah tu didedahkan, takdak dengar pun ada tindakkan JPN kemaskini database online tu. Payah sangat ka nak kemaskinikan database online JPN tu. Kalau kementerian pelancongan boleh keluarkan belanja 1.8juta cuma untuk buat facebook takkan JPN tak boleh dapat peruntukan untuk kemaskini database yang jauh lebih penting dari ujudkan facebook tu. Cuma kali ni web JPN ditulis "Semua sistem semakan melalui portal / sms akan mengalami gangguan mulai hari ini kerana kerja-kerja penyelenggaraan." Tak pulak dibagitau berapa lama penyelenggaraan tu dibuat. Harap-harap penyelenggaraan tu termasuk proses kemaskini database online JPN. Dan yang lebih penting lagi, proses kemaskini tu dibuat bukan dengan membandingkan database online JPN tu dengan database SPR. Kut-kut ada yang lupa, aku nak ingatkan yang SPR sebelum ni pernah mengaku ujud 'pengundi klon' hasil pendedahan Pemuda PAS dan jugak bloggers. Cenangau Daunkari |
Isu Keluar Parti: Antara Pembohongan & Realiti Posted: 09 Sep 2011 09:37 AM PDT Kenyataan Rasmi : Isu 50 Ahli PAS Keluar Parti - pt_kedah Merujuk kepada berita Bernama pada 8 Sept 2011 bertajuk Lebih 50 Anggota Pas Padang Terap Keluar Parti Marah Kenyataan Mat Sabu, kami Dewan Pemuda PAS Padang Terap ingin menyatakan UMNO sanggup menipu rakyat, sudah kehabisan modal dan ketandusan isu untuk menyerang PAS. Itu kesimpulan tepat berkaitan isu 50 orang lompat parti di Padang Terap. Ada beberapa isu yang perlu dijawab oleh Umno dan difikirkan oleh rakyat. 1. Berapa ramai sebenarnya yang melompat parti. Menurut berita RTM1, yang masuk UMNO TUJUH orang. Berita Bernama dan akhbar Sinar Harian melaporkan 50 orang. Dalam gambar yang ditayangkan hanya DUA orang. Apapun seperti biasa akhbar akan bagi jumlah yang besar dan memanipilasi angka untuk meraih sokongan rakyat. Tidak mungkin Umno sanggup masuk berita tajuk utama muka hadapan dengan tajuk: "DUA ORANG MASUK UMNO DI PADANG TERAP", sedangkan Dato Seri Mahawangsa Mahadzir Khalid adalah Ahli Majlis Tertinggi Umno dan ketua pembangkang UMNO Kedah yang jugak Ketua Bahagian Umno Padang Terap. Siapakah yang menipu dalam isu ini? Oleh itu, Dewan Pemuda PAS Padang Terap mencabar Dato' Seri Mahawangsa Mahadzir Khalid menyenaraikan nama-nama "ahli PAS" yang melompat itu dan daripada mana cawangan keahlian mereka. Sekiranya beliau gagal buktikan dalam masa tiga hari, maka benarlah bahawa beliau hanya cuba menipu rakyat Padang Terap. Kami akan sedarkan rakyat dengan segala mekanisma yang ada untuk buktikan bahawa beliau bulan setakat menipu rakyat Padang Terap, tetapi rakyat Kedah dan juga Malaysia. 2. RTM 1 menyiarkan rakaman temubual wartawan dengan En Ismail Abdullah atau dikenali sebagai "Ismail Yamaha". Siapa yang menonton televisyen akan memahami isu sebenar iaitu beliau tidak puashati dengan Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK) Kg tandop Besar iaitu saudara Omar Bin Mat Zain yang dilantik oleh kerajaan negeri. Kononnya MKK, PAS dan kerajaan negeri tidak berperanan sewajarnya dalam membantu En Ismail yang ditimpa musibah. Bumbung rumahnya diterbangkan ribut. Ahli Parlimen Padang Terap YB Ustaz Mohd Nasir bin Zakaria merangkap Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan sendiri turun bersama pengerusi MKK menyampaikan sumbangan dan diterima oleh isterinya. Gambar dilampirkan adalah buktinya. Malah, beliau menyerahkan sumbangan melalui PAS cawangan untuk disampaikan kepada En Ismail. 3. Temubual wartawan berkenaan isu Timbalan Presiden PAS dan Mat Indera telah dijawab oleh anak beliau En Yusuf Ismail. Sekali lagi berlaku kekeliruan laporan akhbar dan tv. Isu komunis atau isu bantuan? Sekiranya mahu bantuan sila ambil, namun memutarkan isu adalah sangat tidak beretika dan memalukan. Tiada isu majlis penyerahan borang UMNO kerana protes kepada Timbalan Presiden PAS.Isu sebenar ialah isu tidak puas hati kepada beberapa pihak. 4. Isu ini sebenarnya sengaja ditimbulkan untuk menutup penyelewengan yang dilakukan terhadap amanah rakyat. Isu sebenar ialah kegagalan dan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin politik tetapi yang menjadi mangsa ialah rakyat yang tidak berdosa. Sila lihat dan sebarkan penyelewengan DSM Mahadzir Khalid sebagai Pengerusi Seri Temin Development SDN BHD yang menggunakan wang GLC untuk parti UMNO.Ini rekod penyelewengan yang berlaku di Padang Terap. Duit rakyat diambil ini diambil untuk program parti. Sungguh menjijikkan. Jumlah ini tidak termasuk RM130,000.00 yang diagih pada Pilihanraya Umum 2008. Semua ini diambil dari rekod Audit: 1) Membiayai Pergerakan Pemuda UMNO padang Terap untuk pembelian T Shirt dan wang saguhati aktiviti konvoi bermotorsikal sebanyak RM4.000.00. 2) Sumbangan untuk UMNO Cawangan Kerasak, Padang Terap menjalankan aktiviti parti sebanyak RM5,000.00. 3) Bayar cenderahati bagi mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Padang Terap sebanyak RM26,150.00. 4) Bayar pemasangan billboard sempena Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang Terap sebanyak RM10,000.00. 5) Persiapan tempat Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang Terap RM10,000.00 6) Sewa khemah dan meja untuk Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang Terap RM10,000.00 7) Makan dan minum Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang Terap RM21,700.00 Justeru itu, pihak Dewan Pemuda PAS padang Terap berpandangan, isu kemasukan beramai-ramai ini hanya gimik bagi menutup segala persoalan besar berkaitan masalah yang dihadapi oleh UMNO dan segala penyelewengan termasuk SPR yang kini dipersoalkan oleh rakyat. Rakyat akan terus meneliti maklumat yang tepat dan berfakta dan akan membuat keputusan yang bijak. (Keterangan Gambar- YB Ustaz Mohd Nasir Zakaria menunjukan atap yang terkena ribut.Sebelah belaiu ialah isteri kepada En Ismail.Turut bersama ialah MKK Tandop Besar Sdr Omar Mad Zain ( Berbaju Hijau) Dan Pengarah Majlis Tindakan Dun Pedu saudara Shukri Abdullah.) YB USTAZ MOHD NASIR ZAKARIA KETUA PEMUDA PAS PADANG TERAP AHLI PARLIMEN PADANG TERAP.
|
'Pengampu Rosmah Sahkan Pembelian Berlian RM24 Juta' Posted: 09 Sep 2011 09:35 AM PDT KUALA LUMPUR 9 SEPT : Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berbohong apabila menafikan pembelian cincin bernilai RM24.4 juta yang dibawa masuk melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Menurut Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin yang dipetik Keadilan Daily berkata, 'pengampu-pengampu' Rosmah sendiri mengesahkan pembelian cincin berkenaan. Badrul merujuk kenyataan Anuar Shaari, bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang mendakwa cincin itu kepunyaan bakal besan Rosmah, Maira Nazarbayez yang dipesan masuk dari New York, Amerika Syarikat. "Kini rakyat tertanya-tanya sama ada cincin itu kepunyaan Rosmah, mahu diberikan kepada Rosmah dan pergi ke mana selepas dibawa keluar dari KLIA. "Pengampu-pengampu Rosmah menyebabkan Rosmah lebih terperangkap," kata Badrul atau lebih dikenali dengan Chegu Bard. Menjawab dakwaan Anuar Shaari, Chegu Bard berkata, serbuan SPRM ke bahagian kargo KLIA mengesahkan dokumen yang mengiringi kemasukan cincin itu ke Malaysia adalah sah. "Apa yang saya dapat, dokumen itu sahih. Dalam kotak tertera nama Datin Seri Rosmah Mansor," kata beliau. SAMM sebelum ini mendedahkan pembelian berlian dikenali sebagai "Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond" yang diterbangkan melalui KLIA dan bebas daripada cukai import. Selain itu, NGO itu turut mendakwa mempunyai salinan cetakan dokumen dari skrin komputer bagi membuktikan pembelian cincin berkenaan. Rosmah pada 29 Julai lalu menafikan pembelian berlian berkenaan selepas dua minggu isu itu didedahkan dan menyifatkannya sebagai satu fitnah, sementara penulis blog pro-Umno mula menyebarkan berita cincin itu dibawa keluar dari KLIA ke Singapura. Airoceanic Express Sdn Bhd – yang didakwa agen bagi urusniaga tersebut sebelum ini juga enggan mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkara itu. Lanjutan dari itu, pada 18 September ini SAMM akan melancarkan kempen risalah mendedahkan rentetan skandal itu yang masih belum didedahkan kepada umum, kata Chegu Bard. Ia akan dilancarkan di Pekan, Pahang jika masih tiada sebarang hasil siasatan yang memuaskan daripada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPRM), tambahnya lagi. Menurutnya, Pekan dipilih sebagai lokasi pelancaran kempen itu kerana ia merupakan kawasan Parlimen Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. "Orang Pekan harus beri penilaian yang tepat tentang seorang Ahli Parlimen yang mereka undi yang akhirnya menjahanamkan negara melalui isterinya," kata Chegu Bard. |
UMNO Terpukul Sebagai Talibarut Penjajah, Zainal Kling Pusing Kata Malaya Tak Pernah Dijajah! Posted: 09 Sep 2011 09:30 AM PDT Zainal Kling: Malaya tak pernah terjajah Berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British, dakwa sejarahwan Profesor Datuk Dr Zainal Kling. "Fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British). Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik," katanya. Katanya lagi, sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi. "Dinaungi tidak sama dengan kolonial... Hanya tiga negeri sahaja yang merupakan tanah jajahan iaitu, Singapura, Melaka dan Pulau Pinang. "(Negeri-negeri) yang lain adalah dinaungi (atau) dilindungi... Sejak mula Tanah Melayu bukan tanah jajahan atau koloni. Ini fakta sejarah dan perspektif sejarah (itu) perlu diubah. "Jangan kita sebut, kita terjajah selama 400 tahun. Itu adalah kesalahan yang amat besar," katanya di Putrajaya hari ini. MKN: Kesan pentadbiran British satu bentuk penjajahan Katanya, Tanah Melayu hanya terjajah selama dua tahun sewaktu pemerintah Malayan Union pada awal 1946 hingga akhir 1947 dan di zaman penjajahan Jepun. Sementara itu, Majlis Profesor Negara (MPN) dalam kenyataannya berkata, zaman pentadbiran British yang disamakan dengan "penjajahan British" sebenarnya tidak sahih dan tidak wajar digunakan. Bagaimanapun, menurut majlis itu "kesan pentadbiran British itu merupakan satu bentuk penjajahan". "British diberi kuasa untuk 'mentadbir' dari segi pengurusan am dan kewangan serta eksploitasi khususnya sumber alam. "Penilaian pengkaji sejarah kolonialisme British terhadap perilaku 'penjajahan' British itu disifatkan sebagai 'breach of trust' atau 'indirect rule'. "Mereka kelihatan melakukan penjajahan walaupun tidak sahih, walaupun hal ehwal Persekutuan Tanah Melayu terletak bawah pentadbiran Pejabat Tanah Jajahan di Britain tetapi kedaulatan Melayu tetap terpelihara," kenyataan itu dipetik. Sekarang siapa yang mahu cuba pesongkan fakta sejarah? Apakah kerana UMNO terpukul dengan label talibarut penjajah maka sekarang seorang professor diminta untuk menyatakan bahawa pendudukan British di tanahair bukan berstatus penjajah? Jika demkian halnya, mengapakah Tunku Abdul Rahman menjerit-jerit perkataan MERDEKA sebanyak tujuh kali di Padang Kelab Selangor pada 31 Ogos 1957 yang disaksikan oleh 20,000 orang hadirin? Merdeka dari apakah itu? Bukankah merdeka dari penjajahan? Lagi besar sejarah hendak diputarbelitkan, lebih besar dari sejarah mat Indera yang dituduh komunis yang hanya bersandarkan sekeping buku seorang komunis Abdullah CD namanya. Namanya "naungan British". Hakikatnya itulah penjajahan. Jika "dinaungi" atau "dilindungi" semata-mata, maka kita tidak sebut MERDEKA selepas selepas bebas daripadanya. Mari kita tinjau erti kemerdekaan seperti yang diterbitkan di portal SAMBUTAN 54 TAHUN KEMERDEKAAN. "Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah. Kekuatan politik untuk memperolehi kemerdekaan perlu didokong oleh penguasaan ilmu pengetahuan untuk mempercepatkan proses pembangunan negara." Di situ sudah jelas terungkap perkataan PENJAJAHAN dan membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing! Nak putar macam mana lagikah wahai UMNO tentang hakikat bahawa kamu adalah talibarut penjajah dan bahawa sesungguhnya kamulah sekarang ini yang hendak mengubah fakta sejarah? -GB |
Kerajaan "Hilang Akal" - Mahfuz Posted: 09 Sep 2011 02:29 AM PDT Sambil mengajak rakyat menolak cukai perkhidmatan sebanyak enam peratus bagi pembelian tambah nilai prabayar dan permulaan prabayar/pek SIM bagi semua syarikat telekomunikasi, beliau berkata, rakyat mesti memahami bahawa langkah itu sebenarnya adalah langkah kerajaan sendiri dan bukannya langkah syarikat-syarikat telekomunikasi. "Pertamanya, syarikat-syarikat telekomunikasi berebut-berebut menawarkan perkhidmatan yang lebih murah kepada pengguna dan agak ironi jika tiba-tiba mereka mahu mengenakan tambahan bayaran sebanyak enam peratus. "Kedua, sebelum ini, syarikat-syarikat telekomunikasi tidak mengenakan levi di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 1975 bagi perkhidmatan prabayar mudah alih kerana tidak dikuatkuasakan oleh kerajaan. "Oleh itu, ia dengan sendirinya bermakna kerajaanlah yang beria-ia mahu menguatkuasakan levi tersebut mulai 15 September ini," kata Mahfuz. Ahli Parlimen Pokok Sena itu mempersoalkan mengapa kerajaan tergamak menghempaskan beban ke atas rakyat bawahan termasuk yang berpendapatan rendah malah yang tidak berpendapatan yang merupakan majoriti pengguna perkhidmatan prabayar mudah alih. "Majoriti pengguna perkhidmatan prabayar mudah alih ialah rakyat bawahan termasuk rakyat berpendapatan rendah, orang miskin, remaja tanpa pekerjaan, pelajar sekolah dan mahasiswa. "Tindakan kerajaan memeras mereka untuk menambahkan pendapatannya tidak boleh diterima sama sekali," kata Mahfuz yang juga Pengerusi Lujnah Pengguna PAS. Sebagai kerajaan, katanya lagi, ia sepatutnya memikirkan cara untuk mengurangkan beban rakyat dan bukannya menambahkan lagi beban rakyat terutama rakyat miskin. Jika kerajaan sudah hilang akal untuk menambahkan pendapatan negara, Mahfuz secara sinis mengesyorkan para pemimpin kerajaan terutama anggota kabinet pergi meminta sedekah di tangga-tangga jejambat dan di mana sekalipun. "Meminta sedekah tidaklah seburuk memeras rakyat berpendapatan rendah, rakyat miskin dan para pelajar," katanya. Mahfuz menggesa rakyat menolak sukai tersebut kerana ia sebenarnya adalah muqaddimah kepada pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) serta tindakan merentap subsidi yang akan dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) jika parti itu memenangi pilihan raya akan datang. |
Laknat Allah..Apa Jenis Manusia Macam ini... Posted: 08 Sep 2011 11:17 PM PDT Lebih menyedihkan Wahid Hussin yang tinggal bersendirian di Kuala Penyu dekat sini, sanggup menempuh perjalanan sejauh lebih 60 kilometer (km)menaiki bot dan pengangkutan awam lain sebaik keluar dari Hospital Kuala Penyu, semata-mata mahu meraikan Aidilfitri bersama anak lelaki berusia 40-an, di sebuah kampung di sini. Warga emas yang kematian isteri lebih 12 tahun lalu itu bukan saja 'dibuang' berhampiran Masjid Jamek An-Nur, malah wang tunai dimiliki termasuk yang disumbang orang ramai ketika dirawat di hospital turut dikebas anak derhaka terbabit. Warga emas itu bernasib baik apabila ditemui dalam keadaan lemah oleh pekerja masjid di tepi pokok bunga berhampiran masjid sebelum dibawa ke pekarangan rumah ibadat itu untuk diberi bantuan sebelum diserahkan kepada pengurusan untuk tindakan selanjutnya. Masih berbaju pesakit hospital, Wahid yang ditemui Harian Metro di pekarangan Masjid Jamek An-Nur di sini, tidak dapat menahan sebak apabila mengenangkan perbuatan anak kandungnya itu. |
BERSIHKAN SPR!!!!! Hasmidah Surahbil yang bukan warganegara pun boleh mengundi Posted: 08 Sep 2011 11:14 PM PDT Harakahdaily melaporkan: source: http://cenangau.blogspot.com/KUALA LUMPUR, 8 Sept: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mencatatkan sejarah negara apabila seorang penduduk sementara pula disahkan boleh mengundi dalam negara ini.Buktinya macam gambar kat bawah ni. Rupa MyKAS sebenar macam imej contoh kat atas tu. Jelas ditulis kat atas kad tu 'BUKAN WARGANEGARA'. Kalau bukan warganegara macamana SPR boleh sahkan nama depa sebagai pengundi? Puas aku cari apa sebenarnya maksud MyKAS tu dalam web JPN. Yang ada cuma pasai MyKad, MyKid dan MyPR tapi aku tak jumpa MyKAS. Hasil carian di google aku jumpa facebook Luahan Pengguna Mykas ( Kad Pengenalan Sementara). |
Coretan minggu pertama Syawal 1432H Posted: 08 Sep 2011 11:12 PM PDT Selamat Hari Raya diucapkan sekali lagi. Maaf Zahir dan Batin. Adalah diharap pengunjung blog yang beragama Islam sudah mula berpuasa enam dan sekiranya belum, bersedia untuk memulakannya dalam masa seminggu dua ini. Menurut pesanan Ar-Rasul, yang bermaksud, sesiapa yang berpuasa sebulan Ramadhan dan seterusnya berpuasa 6 hari pada bulan Syawal, dia seolah-olah telah berpuasa sepanjang tahun. Maka adalah amat rugi sekiranya kita tidak memanafaatkan tawaran dari Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang yang sentiasa menyediakan peluang untuk kita menebus dosa dan kesalahan kita. Sambil menikmati betapa Pemurahnya Allah AzZa wa Jalla, saya mengambil kesempatan di sini untuk mencatit beberapa perkara berhubung pelbagai isu untuk diperbincangkan. JAIS DAN DUMC Dr Siti Mariah, Ahli Parlimen Kota Raja, telah mengetengahkan isu ini di dalam blognya. Saya hanya ingin menyebut betapa kecewanya saya apabila mendengar pihak JAIS memohon sebulan tambahan lagi untuk menyediakan laporan. Ini akan pasti memberikan gambaran negatif terhadap professionalisma JAIS yang bertindak dengan begitu cepat 'memeriksa' sebuah Gereja tetapi begitu lambat dalam mengeluarkan laporan mengenainya. Saya difahamkan bahawa pihak DUMC telah bertemu dengan rombongan PAS dan secara umumnya menyatakan mereka tidak ada kena-mengena dengan majlis malam tersebut. Majlis itu adalah majlis NGO yang memohon jasa baik mereka untuk membenarkan mereka menggunakan dewan milik Gereja dan itu sahaja. Laporan 'memurtadkan orang Islam' diterima dari pihak yang tidak dikenali dan pihak JAIS bertindak tanpa siasatan yang lebih terperinci. 'Pihak yang tidak dikenali' yang melaporkannya mungkin berniat jahat dari awal? Sama-sama kita tunggu laporan yang semestinya tinggi melangit kerana memakan masa berbulan-bulan untuk disediakan. UNIT SELAMATKAN AQEEDAH Ini turut dibangkitkan oleh Dr. Mariah. Sebenarnya saya tidak tahu menahu tentang Unit ini kerana ianya tidak dibincang di peringkat PAS Selangor dan mungkin merupakan initiatif Exco Agama, Dato' Dr. Hassan Ali sendiri. Mungkin juga ianya dibincang bersama dengan penasihat-penasihat beliau tetapi bukan dengan PAS Selangor atau PAS Pusat. Apa yang saya boleh ulas ialah ianya meletakkan kesalahan ke atas LZS dan saya tidak tahu samada analisa itu adalah tepat atau sebaliknya. Masalah timbul apabila LZS tidak diletak dibawah kerajaan Negeri dan oleh itu kita tidak boleh berbuat apa-apa. Ini menjadi lebih parah apabila budaya ketelusan dan pertanggung-jawaban tidak dihayati oleh 'kelompok lama'. Persoalan perlu pergi ke Gereja dahulu kemudian baru boleh mendapat layanan dari LZS seperti yang telah disebut pun ada betulnya. Takkan begitu perkiraannya. Kalau hendak dibaiki, maka baiki untuk semua, bukan untuk yang ke Gereja sahaja. 'KETEGASAN' MAIS MAIS dilihat tegas mempertahankan tindakan JAIS dan dikaitkan pula dengan DYMM Sultan. Saya difahamakan satu perjumpaan khas telah diadakan di antara NGO-NGO Islam bersama JAIS dan Dato Adzib dari MAIS yang turut dihadiri wakil dari pejabat Peguam Negara. Mereka membincangkan Memorandum yang ingin dihantar ke DYMM Sultan yang menyerang Menteri Besar berhubung isu Kristianisasi ini. Nampak-nampak gaya satu usaha bersungguh-sungguh ingin menjatuhkan MB. Adalah diharapkan tiada exco dari PR, lebih-lebih lagi dari PAS, yang turut serta! Pada zaman Khir Toyo apabila BN merompak Negeri Selangor, semua diam. Samada MAIS, ataupun JAIS, termasuk Pejabat Peguam Negara mahupun pihak yang menggelar diri mereka mewakili istana. Tetapi di zaman MB yang berkebajikan, bersih dari rasuah dan mementingkan rakyat, apa saja alasan boleh digunakan untuk menempelak MB. Adalah dikhuatiri akan ada yang mula bertanya, "mengapa dulu diam, sekarang nak bising?" Seterusnya nanti ada pula yang akan menganggap dulu dapat bahagian! Sekarang habuk pun tiada, maka itulah sebabnya bikin kecoh. Dulu pada zaman BN kaki rasuah memerintah Selangor, jarang sekali kedengaran berita Sultan Selangor kecuali berhubung program adat istiadat. Sekarang, Baginda kerap diketengahkan, menegur dan membidas MB. Itulah perangai UMNO. Bila UMNO sudah tidak laku, mereka ketengahkan Sultan sedangkan dulu mereka sendiri yang mencaci Sultan. Yang paling saya khuatir ialah tercemarnya imej pihak Istana dan DYMM Sultan Selangor sekiranya terus diheret sedemikian rupa oleh juak-juak UMNO/BN. Institusi yang 'above politics' atau 'mengatasi pertimbangan politik' ini akan tercemar dalam kelicikan politik UMNO yang hanya ingin terus berkuasa walau apa sekalipun yang akan berlaku. Sanggup mengorbankan rakyat dan Negara asalkan mereka kembali memerintah Selangor. Itulah dasar Muamar Gaddafi, dan itulah yang mencerminkan dasar UMNO sekarang! MAT SABU DAN MAT INDERA Pasti ramai terkejut bila didedahkan dengan fakta sejarah bahawa Mat Indera adalah seorang yang berpendidikan agama yang diiktiraf ketokohannya oleh kerajaan negeri Johor. Beliau mati ditali gantung pada tahun 1953. Digantung oleh kerajaan penjajah British yang telah meletakkan hadiah sebanyak RM 75,000 bagi yang berjaya menangkapnya. Maka siapa pula dalang yang menangkapnya? Pihak Komuniskah? Yang menagkapnya dan menyerahkannya kepada pihak British tidak lain dan tidak bukan ialah pemimpin UMNO! Hakikatnya, pada zaman penjajah, ramai yang bangun menentang British. Pihak agamawan, pihak aliran kiri dan pihak kommunis. UMNO yang tidak pernah tahu erti susah payah perjuangan duduk dibawah ketiak penjajah. Itulah sebabnya mengapa apabila saya minta wakil rakyat dan pemimpin UMNO di Parlimen untuk menamakan seorang pemimpin UMNO yang dipenjarakan British, semua diam membisu. Saya telah membuat cabaran ini tidak kurang sebanyak dua kali di Parlimen. Ke dua-dua kali sunyi sepi. Khairy Jamaluddin berkata bahawa UMNO memilih cara yang bijaksana, elakkan tumpah darah. Mungkin benar, tapi sekiranya ia benar sekalipun, ianya tidak memberi UMNO hak untuk memutar belit sejarah sehingga menafikan perjuangan pihak lain yang lebih gigih dan lebih ikhlas sehingga mengorbankan nyawa sendiri demi merdeka. Tidakkah pemimpin UMNO yang menyebut "hendak buat jarum pun tidak pandai, hendak bicara pasal merdeka?" Lagipun, terdering dalam telinga saya petikan dari tulisan Lord Cromer, bekas Gabenor British di Mesir, dalam bukunya 'Modern Egypt', yang bermaksud; "England bersedia memberikan kemerdekaan politik sepenuhnya kepada tanah jajahannya, sebaik-baik sahaja telah wujud tersedia generasi intelek atau ahli-ahli politik yang telah dibentuk melalui pendidikan Inggeris untuk mengambil alih tetapi dalam keadaan bagaimana sekalipun kerajaan Inggeris tidak akan bertolak ansur walau sesaat untuk penubuhan sebuah negara Islam yang merdeka". Petikan ini sering dibacakan kepada saya dibeberapa majlis yang telah saya hadiri sejak usia remaja lagi. Mungkin generasi itulah yang dianggap Khairy sebagai generasi bijaksana sehingga mereka bersekongkol dengan British menahan dan membunuh rakyat Negara ini yang menuntut kemerdekaan. Atau apakah mungkin bakal mantan ketua pemuda UMNO ini ingin mencabar saya untuk berdebat pula? PELARIAN ISLAM UIGHUR YANG MALANG Tengah-tengah bulan Ramadhan beberapa orang Pelarian Islam Uighur yang datang dengan mengharapkan perlindungan telah dikembalikan ke Negara China atas permintaan kerajaan China. Kumpulan ini adalah terdiri dari masyarakat yang beragama Islam dari Sinkiang (Xin Xiang) yang berjumlah 11 atau 12 orang. Mereka sedang berjuang menuntut hak mereka dari kerajaan China. Mereka datang mengharapkan suaka politik dari pihak UN. Berhenti di Malaysia mungkin kerana dianggap Malaysia Negara ummat Islam dan kerajaannya kerajaan yang akan membela nasib mereka. Mungkin terlalu meyakini berita dan propaganda yang disiarkan oleh kerajaan UMNO/BN. Lebih-lebih lagi dalam isu memperjuangkan nasib ummat Islam yang kononnya sedang dimurtadkan pihak Gereja. Mungkin mereka beranggapan kerajaan sebegini sudah pasti akan membantu mereka. Mungkin juga mereka mengharapkan PERKASA akan ke jalan raya dan begitu juga kumpulan PATRIOT, untuk membela nasib mereka. Namun, semuanya bagaikan fatamorgana. Mereka ditahan Polis, dituduh melakukan jenayah memperdagangkan manusia dan dihantar balik ke China. Ini dilakukan dengan penuh pengetahuan bahawa di China, besar kemungkinan mereka akan diseksa dan dipenjarakan. Dan perkara ini berlaku menjelang Eidul Fitri. Sedangkan pihak UN memohon supaya mereka disimpan di Malaysia sambil permohonan mereka untuk mendapat taraf pelarian di bawah lindungan UN diproses. Akhirnya UN membidas tindakan kerajaan Malaysia, Amerika Syarikat juga turut membidasnya dan NGO antarabangsa dan tempatan, yang turut terdiri dari NGO bukan Islam, turut membidas tindakan kerajaan Malaysia. Tindakan yang kejam dan tidak berperikemanusiaan. UMNO, PERKASA dan PATRIOT? Mereka perjuangkan 'Melayu Islam' kononnya. Kaum Pelarian Islam Uighur tidak dikenali mereka. Begitu juga dengan nasib ummat Islam di Urumqi. Dikhabarkan bahawa mereka telah dilarang berpuasa oleh kerajaan China. Kerajaan Malaysia, UMNO, PERKASA, PATRIOT hanya berpeluk tubuh mendiamkan diri, membisu seribu bahasa. Golongan inikah yang ingin kita gelar sebagai pejuang? WaLlahu 'Alam KHALID SAMAD |
TG Nik Aziz, TG Abd Hadi dan Mat Sabu ceramah malam esok Posted: 08 Sep 2011 11:03 PM PDT KUALA LUMPUR, 9 Sept: Penjelasan tentang pelbagai isu yang dibangkitkan oleh media sekarang dijangka akan dijelaskan dengan sepenuhnya dalam ceramah umum oleh tiga pemimpin utama PAS malam esok, 10 September. Majlis ini akan menampilkan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden, Haji Mohamad Sabu. Ceramah ini akan diadakan di Dewan Koleh Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM), Taman Melewar mula jam 9 malam. Ia diadakan sempena dengan Konvensyen Negara Berkebajikan yang akan diadakan mulai pagi esok di tempat yang sama. Ketiga-tiga mereka dijangka menjelaskan pendirian masing-masing terutama dalam isu sejarah kemerdekaan negara ekoran serangan berterusan media BN terhadap Mohamad Sabu. Hari ini masuk hari ke 14 Mohamad Sabu diserang dalam isu ini kononnya beliau memperkecilkan peranan pasukan keselamatan dan polis dan menyokong komunis. Ia ekoran ucapan Mohamad Sabu di Pulau Pinang 21 Oktober lalu. Dalam ucapan itu, Mohamad Sabu berkata, orang ramai tidak lagi meraikan hari merdeka dengan meriah kerana merasakan ia bukan sambutan merdeka yang sebenarnya tetapi majlis meraikan sejarah Umno sahaja. Padahal, katanya, bukan pemimpin Umno sahaja yang berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan negara tetapi ramai lagi termasuk Mat Indera yang turut menyerang rumah pasong Bukit Kepong pada tahun 1950 ketika Tanah Melayu di bawah penjajahan British. Nik Aziz sehingga kini menyifatkan laporan Utusan itu mengarut manakala Abdul Hadi mempertikaikan banyak tindakan pemimpin Umno dalam memperjuangkan kemerdekaan negara. Datuk Onn misalnya dipertikaikan sikapnya kerana banyak mendapatkan nasihat British sebelum membuat sesuatu keputusan untuk kerajaan Johor ketika beliau menjadi pegawai kanan negeri itu. -Hrkh |
Ogos di Perth, Julai di Itali, Jun di Kazakh: Masa untuk Umno mengikat Najib Posted: 08 Sep 2011 07:29 PM PDT Tidak salah jika seseorang ingin melarikan diri dari kesibukan tugs harian dan mengambil cuti pendek untuk berehat dan bersantai. Waktu rehat dan beriadah perlu malahan penting bagi membentuk cara hidup sihat. Kenapa pula kecoh bila perdana menteri Malaysia melawat Australia untuk berehat bersama keluarga dan kawan-kawan? Pertamanya, harinya ialah 31 Ogos, hari penting dalam kalender Malaysia kerana pada hari tersebut Malaysia merdeka dari koloni British.Dalam kata lain,ianya ialah Hari Merdeka. Keduanya, terdapat tandatanya siapa yang menaja percutian tersebut, adakah ia atas sebab peribadi atau sebab umum? Tanpa ragu, tahun ini kerajaan menyambutnya pada 16 spetember berbanding smbutan besar2an termasuk perarakan pada 31 Ogos, bagi memperingati kemasukan Sabah dan Sarawak bagi membentuk Persekutuan Malaysia pada tahun 1963.,bagaimanapun adalah menyalahi protocol sebagai seorang perdana Menteri jika secara senyap2 tanpa memberitahu rakyat kemana tujuan kamu. Separuh benar dan rahsia Kini terdapat kekecohan akibat hal tersebut yang menarik perhatian ramai pihak termasuk komuniti diplomatic luar. Cara pembantu-pembantu PM mengelak dan tidak memberitahu hal sebenar berbanding jawapan yang telus dan jujur apabila ditanya dimana PM sangat lah membimbangkan. Bukankah PM sesebuah Negara itu adalah seorang yang dikenali ramai?. Malah, ada seorang pembantunya memberitahu PM bercuti keluar Negara tetapi enggan memberitahu dimana dan kenapa. Seorang lagi, mugkin terlalu teruja,memberitahu PM berada di australi untuk rawatan fisioterapi atau pembedahan lutu,sebagaimana yang dilaporkan dalam beberapa blog? Najib kelihatan boleh berjalan dengan baik ketika beliau akhirnya muncul di khalayak ramai pada hari Isnin. Jadi apakah sebab disebalik keputusan PM untuk menaiki jet peribadi kerajaan dan menuju ke Australia? Alasan terbaru ialah beliau menyambut HariRaya yang jatuh pada 30 Ogos bersama pelajar-pelajar Malaysia di sana. Tapi adakah lapuran yang beliau bertemu pelajar-pelajar disana saja cukup untuk menjadi justifikasi terhadap penggunaan wang rakyat? Bukan kita mengatakan bahwa anak-anak kita tidak pentin, tettepai ada sebab musabab yang lebih kukuh yang menunjukkan PM mengambil kesempatan dari wang rakyat untuk menghabiskan hanya 2 jam masanya untuk majlis umum,dan menghabiskan masa seminggu dengan bercuti.Bagi rakyat Malaysia, Najib menggunakan alasan urusan rasmi bagi kepentingan peribadinya. UMNO perlu ambil tindakan disiplin Hal ini bukan sesuatu yang mengejutkan kerana bekas perdana menteri terdahulu juga berkongsi kegemaran yang sama iaitu secara diam-diam ke luar Negara dengan duit rakyat. Sudah sampai masanya UMNO,partii politik terbsar membersihkan hal dalamannya, kerana ambil perhatian bahawa kesemua PM lepas adalah presiden UMNO. Jika UMNO gagal berbuat demikian, bagaimana nak mengharapkan rakyat mengundi calon nya dalam pilihanraya akan datang. Jika majlis tertinggi enggan bertindak maka rakyat dijangka terus mempunyai tangapan bahawa UMNo ialah parti paling korup di Negara ini, jika bukan dirantau ini. Cuba renungkan.tahun 2006, bekas PM Abdullah Badawi menggunakan duit rakyag untuk percutian 6 hari ke carribean.ketika itu, dinyatakan 4 hari lawatan kerja ,tapi tiada yang kelihatan seperti lawatan rasmi kecuali beliau berucap di parmine St Vincent.seorang pemberita yang menyertai rombongan itu berkata ketika ke Jamaica,sebagai sebahagian dari lawatan tersebut, rombongan hanya berurusan dengan kemungkinan pelaburan Negara dalam explorasi tenaga dan projek pembinaan, manakala persinggahan PM di St Vncent ialah untuk berehat dari tekanan kerja. Berita mengejut ini di siarkan dalam nota diplomatic US yang ditulis oleh misi di sini dan dihantr ke Washington. Satu lagi percutian secara rahsia yang bertopengkan lawatan kerja, dam rakyat menggelarkanPM ke 5 tersebut Mr Clean! Era baru dimana ramai MP pembangkang yang memerhati Sekarang, ramai pemerhati pembangkang yang memerhati dari segi kewangan, bukan hal mudah bagi pemimpin BN untuk melepaskan diri seperti masa lepas. Dan ini adalah perkembangan positif buat Malaysia. Rakyat boleh harapkan sebarang lawatan PM ke laur Negara di teliti secara halus. Alasan seperti potensi kemasukan pelaburan tidak boleh diterima lagi tanpa butir2 terperinci.Lagipun, bagaimana lawatan-lawatan ini benar-benar membawa faedah kepada Negara? Hal yang sama berlaku kepada kontrak2 besar komersil dan sector awam, dan lain-lain projek mega,terutama nya yang tiada tender terbuka.Kos sepatutnya dikaji secara terperinci. Masa telah berubah,UMNO perlu bijak dan belajar menangani reality di Malaysia tahun 2010an.jika tidak, ini la sebabnya mereka selalu dituduh masih ditakuk lama,masih bermain denganpermainan perkauman dan keagamaan yang sensitif dan merbahaya.ini bukan hanya merbahaya kepada masyarakat, tetapi juga dikecam masyarakat civil dan dunia keseluruhannya. Aussie in August, Europe in July, Kazakhstan in June Satu kes yang ketara ialah rombongan mewah ke Vatican dalam bulan Julai. Lawatan Najib ke Eropah bermula di negland, dengan permaisuri seolah mengejinya kerana layanan buruknya terhadap rally Bersih yang menyeru kea rah pilihanraya yang bersih dan adil.kemudian beliau ke Vatican untuk memperkukuhkan hubungan dengan Holy See.Tapi sebaik saja beliau menjejakkan kaki pulang ke tanahair, beliau menghampakan harapan kearah hubungan baik Islam-Kritian dengan menghina Kristian. Sehingga kini,persoalan masih berlegar adakah beliau dan isterinya Rosmah merancang ke Vatican supaya mereka boleh terus dengan rancangan percutian peribadi ke Itali dan Mediterranean?percutian ini berlangsung beberapa hari hingga beliau mendapat khabar timbalannya Muhyddin merancang mesyuarat peringkat tinggi dengan pemimpin2 UMNO bagi mmebincangkan bagaimana untuk mengurangkan salahlaku beliau dan menghalang dari kerosakan besar terhadap imej Negara. Bila najib memendekkan cutinya, beliau mmeberi alas an rindu kepada tanahair dan berterima kasih kepada ROsmah kerana sangat memahami dan ikut serta pulang awal. Iya, satu lakonan hebat tapi tidak berakhir disitu saja.pada hari yang sama, seorang peguam Perancis, William Bourdon yang dijangka akan mendedahkan peranan pegawai atasan termasuk Najib dalam isu pembelian Scorpene telah diusir dari Kuala Lumpur sebelum dapat menghadiri jamuan makan malam dan siding media. UMNO perlu bertanggungjawab terhadap pemimpin atau akan kehilangan sokongan Apa kebaikan lawatan tajaan wang rakyat ke Perth kepada rakyat Malaysia? UMNO perlu bertanggungjawab terhadap masalah yang dibawa oleh presiden parti mereka terhadap Negara. Beliau mungkin ketua pada masa ini tapi parti jenis apakah UMNO ini? Diktator? Bolehkan Najib berbuat sesuka hatinya,walaupun melibatkan nama UMNO dan Malaysia yang akan buruk?Bukankah ini masa untuk UMNO mengkaji semua; jika Najib masih berbelanja besar, kepimpinan lemah dan penuh skandal? Bukan kah sudah sampai masa UMNO bertindak,mungkin tindakan disiplin dengan surat untuk minta penjelasan berkenaan salah laku tersebut? Jika UMNO fikir ini adalah strategi politik negatf dari pakatan rakyat, maka siasatan dalaman dan minta saksi tampil ke depan. Jika UMNO sebuah parti yg bertanggungjawab, ia akan berbuat demikian.Jika tidak,janga harap rakyat Malaysia atau orang melayu akan mengundi calon nya jika meraka yang berada di pucuk pimpinan tertinggi juga tidak boleh menjadi telus dan jujur,apatah lagi memegang pimpinan dalam Negara ini. Yang kelakarrnya, pelajar Malaysia di Perth sangat marah bila kenyataan2 mereka di putarbelitkan supaya menggambarkan presiden UMNo terkini ialah seorang pemimpin yang hebat dan memberi inspirasi , supaya beliau dapat mengelak dari berbagai tuduhan di dalam Negara.Jika benar UMNO tidak dapat mengikat presidentnya, satu hal memalukan buat parti dan negara - Malaysia Chronicle |
Forum : Mat Indera - Pejuang Atau Pengkhianat Kemerdekaan? Posted: 08 Sep 2011 03:43 PM PDT Part 1Part 2Part 3 |
Tiada Bukti Untuk Dakwa Mat Sabu, Tapi Ada Banyak Bukti Mat Sabu Untuk Dakwa Utusan Posted: 08 Sep 2011 03:29 PM PDT Polis: Kertas siasatan kenyatan Mat Sabu siap Polis telah menyiapkan kertas siasatan terhadap timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu yang didakwa berkata pengganas komunis yang menyerang dan membunuh anggota polis dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar perjuangan kemerdekaan negara. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob berkata kertas siasatan itu dihantar ke Bukit Aman hari ini untuk diteliti dan akan dirujuk kepada pejabat pendakwa raya dalam tempoh terdekat. Katanya polis telah mengambil keterangan daripada timbalan presiden PAS itu, yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu, Ahad lalu. "Polis turut merekodkan 68 kenyataan daripada pemberita, saksi bebas serta mereka yang membuat laporan polis terhadap beliau bagi melengkapkan siasatan dan sama ada beliau akan didakwa atau tidak, ia bergantung kepada Pejabat Pendakwa Raya," katanya dalam sidang akhbar di Georgetown hari ini. Beliau berkata Mohamad Sabu turut disiasat menurut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan yang menggemparkan masyarakat. Sehingga semalam, sebanyak 266 laporan polis terhadap Mat Sabu telah diterima di seluruh negara, kata Ayub. Mat Sabu dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lepas, dipetik sebagai berkata pengganas komunis yang membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara. Beliau enggan menarik balik kenyataannya dalam ceramah itu walaupun diminta berbuat demikian oleh pelbagai pihak termasuk rakan sekutunya yang juga pengerusi DAP Karpal Singh. - Bernama Tinggal 24 jam sebelum Utusan disaman |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan