Muslimeen United |
- Video : Mat Indera bukan anggota PKM - Adik
- Umno tercedera dengan senjatanya sendiri
- Bongkar taktik mamak Penang nak fitnah Mat Sabu!
- BERS✔H Kecam Hanya MP BN Diberi Dana Khas
- Senarai Nama Manusia Yang Ada Tauliah Bercakap Agama Di Selangor?
Video : Mat Indera bukan anggota PKM - Adik Posted: 07 Sep 2011 02:22 AM PDT |
Umno tercedera dengan senjatanya sendiri Posted: 07 Sep 2011 02:12 AM PDT KUALA LUMPUR, 7 Sept: Umno disifatkan tercedera dengan senjatanya sendiri apabila membangkit isu ucapan timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu dalam isu perjuangan kemerdekaan negara. (Mohamad Sabu menunjukkan buku yang mendedahkan siapakah Mat Indera sebenarnya) Ini kerana, tindakan media Umno yang membangkitkan isu ini menyebabkan semua pihak mula menilai siapakah pejuang kemerdekaan sebenarnya. "Ternyata kali ini Umno cedera dengan senjatanya sendiri," kata Dr Dzulkefly Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS. Usaha media tradisional mengeksploitasi isu ceramah Mohamad Sabu berakhir dengan pendedahan sejarah yang lebih besar tentang perjuangan kemerdekaan. Semacam baru disedarkan umum mula bertanya, bagaimana boleh digelapkan sejarah perjuangan kemerdekaan selama ini. Ini kerana, selama ini rakyat disogokkan hanya Umno yang memperjuangkan kemerdekaan negara. Hari ini rakyat tahu bahawa ada tiga kelompok pejuang kemerdekaan iaitu agamawan yang diwakili oleh Dr Burhanudin Alhemi, Abu Bakar Al Bakir dan lain-lain, nasionalis kiri pula adalah sosialis dan komunis manakala nasionalis kanan adalah golongan seumpama Umno. Turut terdedah fakta sebenar Mat Indera apabila buku 'Pengukir Nama Johor' yang diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor yang menamakan beliau sebagai salah seorang hero dan pejuang kemerdekaan dari Johor. Kes ini juga, katanya, mendedahkan kepada rakyat bahawa mereka mahukan keadilan dalam penulisan sejarah negara. "Malang dalam situai ini profesor sejarah yang terpaksa membuat kenyataan bahawa British bukannya penjajah..kalau gitu apa erti kemerdekaan kalau tidak ada penjajah pada tahun 1957 itu," soal Dr Dzulkefly terhadap kenyataan seorang profeor sejarah. Pakar perlembagaan pula, katanya, menyanggah pandangan profesor itu kerana hakikatnya ia adalah penjajahan. Dalam 12 hari polimik ini, katanya, ia telah menyebabkan rakyat mula memahami sejarah yang selama ini cuba dipendamkan oleh Umno di mana Umno mahu tonjolkan dirinya sahaja yang perjuang kemerdekaan. Beliau yang juga AJK PAS Pusat dan anggota parlimen Kuala Selangor berkata, sebagaimana Umno menutup pejuang sebenar kemerdekaan negara, perdebatan isu ini juga menutup isu sebenar negara sekarang. "Isu sebenar negara sekarang adalah daftar pemilih yang kotor, tuntutan lapan perkara Bersih 2.0, kenaikan harga barang, pengurusan ekonomi yang buruk dan sebagainya," kata Dr Dzulkefly. Selain itu, isu ranking universiti Malaysia yangt terus tercorot di belakang berbanding dengan lain-lain universiti juga terpadam dengan isu ini selepas 12 hari ia dibahaskan. Universiti Malaya, iaitu universiti terbaik di Malaysia hanya berada di ranking 167 berbanding 700 universiti di dunia, manakala Universiti Kebangsaan Malaysia (279) berbanding National Universiti Singapura (28) dan Nanyang Universiti (58). Namun begitu, katanya, perdebatan ini telah mendedahkan Umno kepada masalahnya sendiri iaitu apakah benar Umno sahaja yang berjuang untuk kemerdekaan negara ini. "Seorang penulis Umno sendiri, Datuk Mohd Arif Sobri Aziz melalui blognya juga menghentam Umno kerana menurutnya Umno hanya terlibat dalam pusingan terakhir perjuangan sahaja dan menafikan segala perjuangan yang telah dibuat oleh pihak sebelum itu," katanya. Umno tidak angkat senjata memperjuangkan kemerdekaab, orang lain yang perjuang dengn jiwa raga mereka, Umno tidak boleh mendakwa semua pujian untuknya kerana ia hanya mengambil lap terkahir sahaja, tulis pemimpin Umno Pahang itu. -Hrkh |
Bongkar taktik mamak Penang nak fitnah Mat Sabu! Posted: 06 Sep 2011 05:47 PM PDT SEMUA orang kampung, ayam itik, lembu kambeng, sila lihat wajah mamak ini baik-baik. Ini mamak dari Kesatuan Mamak Tiada Otak (United Mamak No Otak) cawangan Penang. Gara-gara kemaruk nak jadi wakil mamak Parti United Mamak No Otak, ini mamak cuba memfitnah Timbalan Presiden Parti Islam se-Malaysia, PAS saudara Mohammad Sabu. Mamak ni mahu orang kampung, ayam itik, lembu kambeng fikir timbalan presiden Parti Islam suka curi duit, tapi dia sudah kantoi kah kah kah! Dia bagi tau Utusan Merapu, Mat Sabu curi duit RM3,373.50. Sebab apa? Dia kata sebab bil rawatan bedah dan cucuk skrew di kaki Mat Sabu cuma RM5,060.54 tapi Mat Sabu dapat duit RM8,434.05, Tak percaya tanya [Utusan]. Mamak ni kata dia ada bukti! Apa buktinya? Di bawah ini dokumen bil hospital yang membuktikan pemimpin parti Islam curi duit kata ini mamak! Rupa-rupanya mamak ni nak tipu orang kampung, nak tipu ayam itik lembu kambeng! Satu lagi bil dia sorokkan kah kah kah! RentaP© "Bungkuslah harapan lu nak jadi calon wahai mamak kah kah kah..." Sumber [Anak Sungai Derhaka] |
BERS✔H Kecam Hanya MP BN Diberi Dana Khas Posted: 06 Sep 2011 05:45 PM PDT Bersih 2.0 membidas Barisan Nasional (BN) sambil mendakwa perikatan itu secara tidak adil menyalurkan dana khas, hanya kepada kerusi-kerusi Parlimen dianggap putih tetapi mengabai bahagian-bahagian yang dikuasai pembangkang. Gabungan bukan kerajaan yang menuntut pembaharuan pilihan raya ini berkata, rakyat Malaysia seharusnya perlu ada akses adil ke atas dana bahagian pilihan raya tanpa mengira latar belakang parti yang disokong. "Bersih 2.0 mengecam ia (dana khas) sebagai satu jenayah ke atas demokrasi di mana dana bahagian pilihan raya diberikan kepada wakil-wakil BN berdasarkan pemilihan mereka," kata gabungan itu dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini. Bersih 2.0 juga berkata, menggunakan peruntukan khas seperti ini sebagai alat pilihan raya untuk mendapatkan sokongan adalah tindakan memalukan dan satu bentuk rasuah menyalahgunakan dana awam. "Ia satu penghinaan terhadap sambutan kemerdekaan, di mana pengundi tidak harus dipaksa untuk mengundi sesebuah parti yang khusus untuk mendapatkan akses kepada peruntukan ini," katanya lagi. Sehubungan itu kata Bersih 2.0, pihaknya mahu kesemua kerajaan negeri dan pusat, sama ada BN atau Pakatan Rakyat agar menghormati demokrasi dan menghentikan amalan semasa menyalurkan dana pembangunan bahagian pilihan raya kepada wakil rakyat daripada parti masing-masing. Katanya, perlu ada undang-undang untuk menghalang dan mengenakan tindakan ke atas kesemua bentuk salah laku yang mengabur sempadan antara parti dan kerajaan atau penyalahgunaan sumber-sumber negara bagi tujuan memihak sesebuah parti. Semalam, The Malaysian Insider membawa laporan bahawa wakil rakyat BN disediakan dana wang tunai khas oleh kerajaan pusat untuk mengadakan pelbagai aktiviti dan prasarana secara langsung di bahagian Parlimen masing-masing - ketika pilihan raya umum ke-13 semakin dekat sudah hangat diperkatakan. BN menang 140 daripada 222 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum 2008. Akhbar harian Sin Chew Daily melaporkan bahawa peruntukan yang disediakan boleh mencecah sehingga RM2.5 juta bagi sesetengah bahagian. Bagaimanapun tiada dana bagi kawasan yang dikategorikan sebagai "hitam", di mana BN hilang kedua-dua kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pada pilihan raya umum ke-12 tiga tahun lalu. Beberapa ahli Parlimen yang dihubungi The Malaysian Insider mengesahkan mereka telah disediakan peruntukan khas, yang dibayar antara RM500,000 dan RM2.5 juta – bergantung pada jumlah pemilih dan sama ada kerusi terbabit dimenangi BN ataupun sebaliknya. Seorang wakil rakyat berkata, pembayaran sudah mula dikeluarkan sejak sebelum sambutan Aidilfitri dan akan terus dibayar secara berperingkat sehingga akhir tahun ini. Mengambil kira perkembangan itu, The Malaysian Insider difahamkan pilihan raya umum ke-13 dijangka akan berlangsung akhir suku pertama ataupun awal suku kedua tahun depan. Dalam laporannya, Sin Chew Daily pula menyebut BN mengklasifikasikan sesuatu bahagian seperti "hitam", "kelabu" dan "putih" – di mana BN dan Pakatan Rakyat menguasai kerusi atau BN menang dengan majoriti kecil – akan menerima antara RM1 juta dan RM2 juta. Peruntukan akan diagihkan mengikut kawasan "putih" di mana BN memegang kedua-dua kerusi persekutuan dan negeri. The Malaysian Insider membawa laporan Julai lalu bahawa Putrajaya telah meluluskan geran segera RM100,000 bagi setiap bahagian ekoran aduan ahli-ahli Parlimen BN mendakwa pentadbiran Najib hanya memfokus projek-projek besar di Lembah Klang, langkah yang menurut mereka tidak akan membantu perikatan itu dalam pilihan raya umum ke-13. Difahamkan, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menjanjikan setiap ahli Parlimen BN RM100,000 pada satu pertemuan dengan sekitar 100 wakil rakyat BN Julai lalu. Laporan itu menyebut dana itu dijangka disalurkan sebelum sambutan Aidilfitri akhir Ogos. Ahli-ahli Parlimen memberitahu Muhyiddin dan menteri-menteri yang lain bahawa kerajaan seharusnya memstikan lebih banyak dana disalurkan kepada bahagian-bahagian diwakili mereka berbanding tumpuan ke atas projek mega seperti Transit Rapid Massa (MRT) sekiranya BN mahukan mandat kukuh dalam pilihan raya umum ke-13. Beberapa ahli Parlimen yang menghadiri majlis makan malam itu memberitahu The Malaysian Insider bahawa rakan-rakan mereka mempersoalkan nilai projek MRT ke atas kempen BN dalam pilihan raya umum ke-13. Menurut mereka, Kuala Lumpur merupakan "kubu" pembangkang sekarang dan menerima peruntukan pembangunan dalam jumlah yang begitu besar. Justeru ramai ahli Parlimen mahukan lebih banyak peruntukan dana awam khususnya di bahagian masing-masing. -TMI MP BN Dapat Dana Khas Hingga RM2.5 Juta Menjelang PRU 13 Itu petanda UMNO BN bakal berkubur tidak lama lagi. Menganggap hanya ahli parlimen BN sahaja yang berhak dan layak untuk diberikan dana pilihanraya dan menafikan hak ahli parlimen Pakatan Rakyat. Hal yang sama pernah berlaku sewaktu pilihanraya lalu dimana MB Selangor semasa itu menghabiskan peruntukan kerajaan negeri Selangor hanya untuk ADUN-ADUN BN yang kemudiannya membawa kehancuran kepada kerajaan UMNO BN Selangor sendiri. UMNO BN terlupa hampir separuh pengundi di seluruh negara telah memilih Pakatan Rakyat di dalam PRU 2008 yang lalu. Justeru tiada sebab mereka menganak-tirikan ahli parlimen PR. Najib akan mendapat nasib seperti Khir Toyo Selangor nanti. Kezaliman UMNO BN itu pasti ada "harganya" untuk dibayar - kekalahan besar di dalam PRU nanti di seluruh negara! -GB |
Senarai Nama Manusia Yang Ada Tauliah Bercakap Agama Di Selangor? Posted: 06 Sep 2011 05:21 PM PDT negara islam, nak cakap pasal agama pun kena pakai tauliah merdeka kepala hotak kalau masih ikut telunjuk kafir laknatullah! |
You are subscribed to email updates from Muslimeen United To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan