Murai Anak Emas |
Lulus Lesen Judi n Arak Kepada Non Muslim Bolih (kunun nya) Hudud Untuk Orang Islam ? Posted: 26 Sep 2011 09:09 AM PDT Hudud tuntutan agama Islam, non Muslim tak payah masuk campur, Hukum ini untuk orang Islam. Hukum jenayah islam terbahagi kepada 3; hudud,qisas dan ta'ziz. hukum hudud dan qisas telah ditetapkan oleh Allah sendiri tentang jenis kesalahan, beban bukti dan hukumannya. pemerintah hanya bertanggungjawab melaksanakannya sahaja. Adapun ta'zir ialah jenis kesalahan yg setengahnya ada disebut secara jelas oleh nas-nas syarei dan ada yg diserahkan kpd pemerintah untuk menentukan samada sesuatu perbuatan itu salah @ tidak, manakala hukuman bagi kesalahan ta'zir adalah bidangkuasa pemerintah untuk menentukan jenis hukumannya, begitu juga cara membuktikannya ada yg disebut melalui nas-nas syaei dan ada yg diputuskan oleh para ulama/pemerintah. Salahguna kuasa boleh diletak dibawah kesalahan Ifsad fi-alrdhi ( melakukan kerusakan melampau kpd masyarakat/negara) iaitu bawah kesalahan hudud, kalau tidak teruk sangat boleh dituduh di bawah ta'zir shj. manakala rasuah adalah kesalahan ta'zir dan pemerintah boleh memperuntukkan apa2 hukuman setimpal atas nasihat ulama mujtahid @ para penggubal u2 syariah. Hukuman kpd kesalahan ifsad fi-ardhi ialah sama dgn hukuman Hirabah (merompak @ menyamun) iaitu samada bunuh @ salib @ bunuh dan salib @ potong tangan dan kaki secara bersilang @ penjara/buang negeri mengikut tahap kesalahan yg dilakukan. > credit to Che Ibrahim Mohamed. |
You are subscribed to email updates from Murai Anak Emas To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan