Ahad, 25 September 2011

Murai Anak Emas

Murai Anak Emas


Umno, MCA, Gerakan, DAP Hina Tuntutan Amalan Agama Islam

Posted: 25 Sep 2011 02:14 AM PDT

Perkara 3. Agama bagi Persekutuan.

(1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.

Orang Islam tidak pertikai urusan agama lain, mereka bolih amalkan apa saja tuntutan agama mereka.

Hudud adalah sebahagian tuntutan amalan dalam agama Islam, kenapa perlu Umno, MCA, Gerakan dan DAP pertikai kan atau sengaja bermain api.

Salah kah Kelantan yang majoriti beragama Islam ingin melaksanakan Hudud keatas penganut nya ? dengan tidak melanggar perlembagaan negara.

Kami orang Islam khusus nya menuntut apa yg di sebut perkara 3 (1) perlembagaan persekutuan itu saja.

Tidak bolih kah orang Islam yang ada dalam umno, MCA, Gerakan dan DAP (kalau ada) menyokong tuntutan Kerajaan negeri Kelantan itu, sekira nya ada cacat cela tolong beri cadangan dan penambah baikan, sudah 54 tahun negara sudah merdeka kata nya, Orang Islam masih terkial2 untuk mengamal kan ajaran agama mereka, Kelantan pernah mangamal Hudud sebelum merdeka, orang Cina yang menghuni sekitar Kg. Cina waktu itu tidak ada apa2 masalah pun, sampai ada antara komuniti meraka bolih membaca menulis Jawi.

imageTGNA pencetus Hudud di Kelantan

Kelantan sudah mencetus nya, tapi tidak ada kerjasama walau pun pimpinan negara di ketuai olih orang Islam kunun nya, berbagai2 helah dan ugutan untuk menyekat nya.

Wahai penganut2 Islam tak kira dari parti apa pun tidak terasa apa2 kah dalam hati kamu ketika Islam di hina ini ?, selagi UMNO teraju pemerintahan malaysia selagi itu lah Islam akan di HINA, ya bagaimana orang Islam dalam PKR ?.

Nak perjelas lagi, HUDUD bukan agenda PAS tapi ia nya tuntutan Allah keatas hamba yang percaya kepada Nya untuk di amalkan, melainkan kamu dengan helah MAJMUK, Allah mencipta manusia sememang nya MAJMUK, cari lah bumi lain yang MELAYU saja penghuni nya sekiranya kamu handal dari Allah.

Tiada ulasan: