A Mum Of Three Mohd |
- Insaf dan tunaikanlah amanah...
- OMG ya Allah. Sah Bangang!!
- Hubungan mesti mantop!!
- Petanda Jatuh Tertonggeng
- Pemimpin berjiwa mewah
- Oouucchhh...!! Gilerrr...
Insaf dan tunaikanlah amanah... Posted: 27 Sep 2011 10:00 AM PDT |
Posted: 27 Sep 2011 07:36 AM PDT OMG... ya Allah. Why this man so bangang, aaaa... PAS Tunduk Kepada DAP Dalam Hukum Hudud: Mukhriz SUNGAI PETANI, 27 Sept (Bernama) -- Langkah Pas untuk tidak melibatkan masyarakat bukan Islam dalam hukuman hudud yang dicadangkan oleh kerajaan Kelantan menunjukkan parti itu tunduk kepada tekanan DAP, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kedah Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir. Kah.. kah.. kah.. kah... Excuse me... Orang macam ini ada hati nak jadi Perdana Menteri. Jahilnyer.... Like father like son. Ini mesti kes mengaji tak habis atau tarak mengaji langsung. Sebab tu, bangang ya Rabbi!! Menggong tahap gaban!! Weh.... Usah kata nak jadi Perdana Menteri.... sepatutnyer jadi menteri pun tak qualified. Ciiiittttt!! Bikin malu jer. Kalau tak tau... tutup mulut. Jangan nak memandai-mandai mengomen hukum Allah SWT. Haisy.... Mana dia ler ustad-ustad UMNO ni?? Cer story dan bagi tuition sikit pada mamat jahil ni tentang hukum Hudud. Hello.... Ustaz Ismail Kamus dah berbuih mulut berpesan... Kalau tak tau, duduk diam-diam, jangan bukak mulut dan jangan banyak mulut. Oleh sebab si bengong ni dah bukak mulut dan cakap banyak sangat, SAH..... MUKHRIZ MAHATHIR, BANGANG!! |
Posted: 27 Sep 2011 03:18 AM PDT Pada hari Ahad 14 Oktober, aku beraya di rumah anak buah di Apartment Sri Permata Seksyen 9 Shah Alam. Di kawasan berhampiran.... iaitu selepas stesen minyak Shell, aku nampak banyak khemah berhiaskan kain warna parti Keadilan. Bendera pun banyak bergantungan di sepanjang jalan di kawasan tersebut. Suasana macam ada jamuan. Weh... Open House PKR ke?? Setahu aku, PKR buat Open House Hari Raya di Ibu Pejabat-nyer. Hmmm.... lantak komer ler. Jadi... aku terus berlalu. Semalam, setelah dua hari tidak berkesempatan nak jengok blog kengkawan, aku nampak cerita bergambar tentang Rumah Terbuka PKR di sini, and then, came across pulak cerita 'panas'-nyer di sini. La.... macam-macam citer!! Anyway... antara gambar-gambar yang menarik perhatian aku ialah gambar ini.... Oh.... dik Mus pun ada sama. Aku berminat dengan dik Mus ni bukan apa... sebab bebaru ini aku dapat sms daripada seorang rakan yang mengatakan bahawa Mus akan keluar PKR, jika tak terpilih jadi calon dalam PRU13 nanti. Aku jawab balik sms tu. Aku kata.... dalam perjuangan, kalau berjuang hanya kerana nak jadi calon... atau nakkan sesuatu habuan, boleh blah!! Nak keluar... mampuih pi!! Tapi, deep in my heart.... aku rasa Mus ni, bukan jenis yang ber-gen 'katak'. Aku rasa, dia hat yang istiqamah dalam perjuangan parti yang disertainyer. Dia bukan jenis Zaid Ibrahim. Dia ada perasaan tak puas hati... tapi rasanya taklah sampai bertindak nak jadi katak. Apa-apa pun wallahua'lam... Sebagai manusia, Mus ni mempunyai nilai-nilai murni yang baik. Tapi biasaler, sebagai manusia juga, dia, aku... malah kita semua ada banyak kelemahan. Kita tak perfect... tapi kelemahan boleh diperbaiki jika kita sentiasa bermuhasabah diri dan ada kesungguhan untuk menjadi pemimpin yang disayangi rakyat dan akar umbi. Begitu juga dengan para politikus. Mereka ni, mungkin kerana terlalu nak impress boss dalam parti, kekadang mereka lupa, who's the REAL BOSS! Bare in mind.... BOSS sebenar ialah RAKYAT. So... yang kita mereka kena jaga ialah rakyat. Kalau hati rakyat dijaga... tak sombong dan berlagak dengan rakyat dan tau bawak diri ketika bersama rakyat, barulah mereka disayangi rakyat. Ingat... yang nak undi kita ialah rakyat. Jika, dipilih jadi calon tapi rakyat menyampah buat apa. Tak sior rakyat nak pangkah mereka. Sekarang ni, rakyat bukan bodoh lagi. Rakyat mahukan pemimpin yang rakyat-friendy dan yang komited memperjuangkan nasib rakyat. Ya... mereka mahukan pemimpin rakyat yang sebenar, bukan yang hipokrit dan yang hanya nampak rakyat atau yang berlagak menjadi pemimpin rakyat, masa musim pilihan raya saja. Tapi, selepas pilihan raya.... mereka jadi pemimpin parti. Muka mereka pun susah nak nampak, kerana mereka sibuk membodek pemimpin atasan parti. Weh.... itu dah tak betoi. Tapi, malangnyer.... itulah sikap dan prilaku segelintir para pemimpin parti, yang kononnyer dilihat semasa Rumah Terbuka Hari Raya PKR pada Ahad lepas. Wallahua'lam. Apa-apa pun, para pemimpin janganlah eksen sangat apabila sudah berada di atas. Tak rugi apa-apa, kalau bergaul mesra dengan rakyat jelata yang hadir. Oleh itu, sebagai latihan untuk membiasakan para pemimpin yang 'hidung tinggi' ini, agar bergaul mesra dengan rakyat jelata dan akar umbi, aku amat setuju dengan cadangan agar... dalam majlis jamuan, jangan adakan meja khas untuk para pemimpin. Semua disama-ratakan. Rakyat... akar umbi serta para pemimpin, semua mesra bersama. InsyaAllah.... dengan cara itu, hubungan rakyat@akar umbi dengan pemimpin akan cukup asam-garamnyer. Barulah bessssttt.... Mantop!! |
Posted: 26 Sep 2011 10:15 PM PDT Aku tertarik dengan gambar-gambar di bawah ini, yang terdapat dalam blog ini. Jadi, aku cilok, aku cut dan aku paste untuk dijadikan N3 di blog aku. Inilah yang dikatakan cebisan gambar, hari-hari terakhir seorang pemimpin. Kesian... Sudah jatuh tertonggeng pulak. Apakah maksud yang tersirat di sebalik peristiwa tersebut?? Apakah itu satu petanda?? Hahahaha.... Petanda yang amat melegakan hati. Tersungkurnya menteri Kabinet Dapur 1Malaysia Najib yang jaga KPI itu, mungkin membawa petanda yang dia telah dan akan tersungkur lagi di Penang. Tersungkur yang tidak akan kembali lagi. Tersungkur hingga 'mati'. Sebab itu, setelah dia tersungkur daripada basikalnyer.... dia dibawa pergi. Bye... bye... Koh Tsu Koon |
Posted: 26 Sep 2011 07:49 PM PDT Najib-Rosmah naik bas semasa berkunjung ke Perak Darul Kartun. Persepsi yang cuba diberi, ialah mereka ni pemimpin berjiwa rakyat. Itulah cara puak-puak lanun ni nak memperbodoh rakyat. Naik bas yek...?? Cer tengok rupa gaya bas. Sebijik rupa gaya lanun dua orang tu. MEWAAAAAHHHH!!! Bas... kalau tak mewah setting-nyer... tak sior lanun laki-bini tu nak naik. No keeelaaass beb!! Sebab tu, barua lanun di Perak ni, terpaksa perabis duit rakyat untuk makeover bas tersebut agar dapat disuit-kan dengan jiwa mewah kedua-dua kapla lanun dalam gambar di atas. Bodohnyer Zambri!! Itu namanyer bodek tak kena gaya. Sebab... persepsi 'pemimpin berjiwa rakyat' yang cuba digambarkan sudah 'lari'. Dengan segak dan mewahnya bontot mereka melepap dalam bas mewah tersebut, rakyat berpandangan begini....
Ini membuatkan rakyat Perak seperti aku, ya Rabbi.... getik tahap gaban dengan lanun-lanun tersebut. Cara rampasan yang keji dan tak bermaruah yang dilakukan oleh lanun-lanun tersebut untuk merampas negeri tanah tumpah darahku dulu, masih segar dalam ingatan. Tak boleh lupa beb!! Tunggu.... PRu13 nanti, 'mampuuussss' lu!! |
Posted: 26 Sep 2011 05:49 PM PDT SEORANG bayi lelaki mengalami kecederaan apabila sebuah alat pengecas bateri telefon mudah alih tertusuk di bahagian belakang kepalanya selepas terjatuh di atas peranti itu. Keadaan bayi itu dilaporkan stabil di salah sebuah hospital di Quingyuan, China selepas menjalani pembedahan selama empat jam bagi melepaskan tusukan peranti tersebut dari kepalanya. Peranti itu terpaksa dipotong sedikit demi sedikit sehingga meninggalkan hanya dua batang rod yang terbenam di kepala bayi terbabit. Akhirnya para doktor yang terlibat memotong tengkorak bayi malang itu untuk membuang bahagian terakhir peranti yang terbenam. Ketua jurubedah Li Guofeng berkata: "Sebuah peranti pengecas bateri telefon mudah alih berwarna hitam telah terbenam di belakang kepalanya" "Ini merupakan kali pertama saya menghadapi kes seperti ini." Li Guofeng mendakwa bayi tersebut dikira bernasib baik kerana masih hidup sambil menambah: "sekiranya tempurung kepalanya pecah, bayi tersebut mungkin boleh mati dalam beberapa saat." [sumber] |
You are subscribed to email updates from A Mum Of Three Mohd To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan