Rabu, 21 September 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Mat Sabu khianat awam

Posted: 21 Sep 2011 04:52 AM PDT


Malaysia Boleh!!

Kerajaan boleh buat apa saja. Mahkamah boleh buat apa saja. Polis boleh buat apa saja. Tapi rakyat tak boleh. Kalau buat, naya....!!!

Terkini dalam senario kekartunan di Malaysia....
  • Mengiktiraf Mat Indera sebagai pejuang kemederkaan pun tak boleh!! Salah di sisi undang-undang Malaysia Boleh!!
  • Mempertikaikan pengiktirafan tokoh-tokoh UMNO dedulu sebagai pejuang kemerdekaan, tak boleh!! Salah di sisi undang-undang Malaysia Boleh!!
  • Mengiktiraf tokoh-tokoh berhaluan kiri sebagai pejuang kemerdekaan kerana jasa dan perjuangan menuntut kemerdekaan negara, tak boleh!! Salah di sisi undang=undang Malaysia Boleh!!
  • Melabel tokoh-tokoh UMNO dedulu sebagai pegawai British, tak boleh!! Salah di sisi undang-undang Malaysia Boleh!!
Tak boleh...!! Tak Boleh!! Tak boleeeeeehhhh!!!

Salah di sisi undang-undang Malaysia Boleh. Anda boleh didakwa dengan pertuduhan..... apa ke bendanyer????

Haaa..... KHIANAT AWAM!!

Kah kah kah kah kah.... Malaysia Boleh!!

Hmmmm.... bagi kerakyatan kepada puluhan ribu orang asing, bagaimana pulak???

Itu khianat apa, ekk???

Khianat yang tu.... tak salah. Khianat yang tu boleh pejam sebelah mata, malah kedua-dua belah mata pejam pun tak apa. Sebab.... khianat tu dihalalkan untuk bantu UMNO terus khianat kepada rakyat dan negara.

Inilah dia negaraku..... Malaysia Boleh!!

[sumber]

Broker Kg Baru

Posted: 20 Sep 2011 06:47 PM PDT


Menteri Wilyah Persekutuan sorang ni.... berlagak sebijik macam broker. Fuuuhh.... a very persistent broker. Tak putus-putus asa, dia mencuba dan mencuba untuk merealisasikan pembangunan Kg Baru menerusi Rang Undang-Undang Pembangunan Kampong Baru.

Muka tak malu betoi!! Weh.... majoriti waris dan pemilik tanah di Kampung Baru tak sior untuk serahkan tanah milik mereka kepada lanun..... so mengapa mesti berdegil untuk teruskannyer juga?? Ini obvious, ada apa-apa..... Tentu ada apa-apa punyer. Kalau tidak... takkan ler very persistent dan beriya-iya giler babi.

Weh.... jangan dirayu dan jangan dipaksa pada orang yang tak sudi. Malu ler muka sikit....[Baca sini]

Jangan suka paksa-paksa orang ler wei... Jangan nak desak-desak orang ler wei.... Apa.... mamat ini diberi dan sedang mengejar dateline ke??? Atau.... apakah itu salah satu target yang dia mesti achive untuk meningkatkan KPI-nya??

Hahahaha.... Dapatkan Kg Baru untuk lanun, PKI-nya excellent. KPI-nya excellent, boleh dapat jadi menteri lagi. You help me.... You dapat jadi menteri. No Kg Baru.... No jawatan menteri. Mungkin sebab itulah agaknyer si 'Raja Bersiong' ini ligan untuk jayakan projek pembangunan Kg Baru ni. Dapat projek Kg Baru ini, banyak untung ooooo... Lanun manyiak untung, broker pun ala untung. Lua-lua untung!!

Kepada pewaris dan pemilik tanah di kawasan Kg Baru.... selamatkanlah warisan anda daripada JERUNG DURJANA. Kalau sudah termasuk ke dalam mulut JERUNG..... padah dan menyesal tak sudah akhirnya nanti.

Oleh itu, jika JERUNG DURJANA masih ketegaq, berdegil dan biut ya Rabbi, PRU13 nanti...... kita KIOK-kan mereka dan kita LAUK-kan demer!!

Tiada ulasan: