Selasa, 20 September 2011

A Mum Of Three Mohd

A Mum Of Three Mohd


Pergi mampooss ler!!

Posted: 20 Sep 2011 09:00 AM PDT

Najib: Kerajaan BN tak pandai nak tipu rakyat

September 20, 2011

PUTRAJAYA, 20 Sept – Datuk Seri Najib Razak berkata kerajaan tidak tahu bagaimana hendak menipu rakyat apatah lagi menyeleweng fakta sejarah sepertimana yang dilakukan pembangkang.

Perdana Menteri berkata perjuangan kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah berada pada landasan yang benar dan jelas serta sentiasa menunaikan janji dan tanggungjawab untuk kesejahteraan rakyat serta negara.

Beliau berkata apa yang dilaungkan oleh pembangkang, antaranya janji semasa pilihan raya umum 2008 yang tidak ditunaikan sehingga sekarang, hanya untuk kepentingan dan agenda politik mereka semata-mata.

"Perjuangan kita (BN) ialah untuk menentukan negara kita semakin maju dan rakyat semakin makmur. Dari dulu lagi kita memperjuangkan perkara ini... bukan perkara baru," kata beliau dipetik Bernama Online.

"Kita ada agenda yang amat jelas... pihak lain (pembangkang) tidak ada sesuatu yang boleh kita pegang, kepada cakap-cakap dan janjinya," katanya pada majlis Ramah Mesra Aidilfitri Persatuan Bekas Anggota Jabatan Kemajuan Masyarakat di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana hari ini.

Najib berkata kesejahteraan dan kebahagiaan rakyat telah lama diperjuangkan kerajaan BN, namun ada pihak yang mengambil kesempatan untuk memutarbelitkan fakta.

"Apa yang penting, kita bekerja kuat memberi penjelasan sehingga ke peringkat akar umbi. Kita mesti membetulkan fitnah yang ditabur atau fakta yang diseleweang

"Selain menjelaskan perkara ini (fitnah dan fakta yang diseleweng), kita juga perlu jelaskan Umno dan BN sebagai parti yang mendahului kelok pembaharuan. Jangan mereka (rakyat) anggap (Umno dan BN) sebagai parti lama, parti yang tiada idea baru... tiada kesegaran dalam perjuangan," katanya.

Najib, yang juga penaung persatuan itu berkata, sekiranya pembangkang diberi kuasa memerintah Malaysia, ia boleh membawa sejarah hitam kepada negara ini.

"Nauzubillah, kalau dia (pembangkang) dapat kuasa, saya fikir dia nak rombak segala-galanya apa yang kita pertahankan, kita warisi. Nak tafsir sejarah (ikut mereka), nak tukar bendera... banyak lagi perkara karut yang mereka akan buat," katanya.-MI

Kerajaan tak tahu nak tipu rakyat....?? Kah kah kah kah.....

Eh eh... tak tahu tipu, ekk??? Tipu tak tau... tapi kencing.... veli-veli cleber!!

Ooooo.... di bawah UMNO@BN, rakyat dan negara sejahtera dan makmur, ekk??

Rakyat sejahtera ke, kalau dibebani dengan kos sara hidup yang tinggi gilerr babi, akibat harga barangan yang melambung tinggi??

Rakyat sejahtera ke, kalau dibebani dengan pelbagai cukai itu dan ini??

Rakyat makmur ke, kalau hidup terbeban dengan hutang untuk meneruskan kehidupan??

Rakyat sejahtera ke, kalau gaji tak naik-naik, dok ditakuk lama??

Rakyat makmur ke, kalau kualiti hidup mereka merosot??

Rakyat sejahtera ke, kalau duit rakyat dibazirkan dengan mendirikan bangunan mencakar langit agar piem dapat meninggalkan satu legasi??

Negara makmur ke, kalau hutang negara mengunung tinggi??

Negara sejahtera ke, kalau pelaburan tak masuk dan pendapatan merosot??

Negara sejahtera ke, kalau rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa berleluasa??

Negara makmur ke, kalau semua institusi negara diperlembu hingga dipandang hina oleh dunia luar??

Negara tak malu ke, kalau jadi negara badut yang jadi bahan ketawa dunia luar kerana gejala 'Malaysia Boleh'-nya. Ya... boleh melakukan benda-benda pelik dan tak masuk akal.

Negara akan sejahtera ke, kalau kerajaan dengan mudah dan tanpa rasa bersalah, memberi kerakyatan kepada orang luar semata-mata untuk kekalkan kuasa??

Negara dan rakyat sejahtera dan makmur ke kalau maruah dan kedaulatannya tergadai kepada orang luar??

Kerajaan tak tahu menipu???? Pergi mampooss ler!!

Khianat awam??

Posted: 20 Sep 2011 06:54 AM PDT


Nampaknya puak-puak gerombolan sekali lagi memperkudakan mahkamah untuk 'kena'-kan Mat Sabu dalam isu Mat Indera dan serangan Bukit Kepong.

Konon beritanyer... Mat Sabu akan didakwa atas tuduhan khianat awam. Apa ke bendanya khianat awam... wallahua'lam. Macam-macam pertuduhan yang pelik-pelik timbul, semata-mata nak kena para pemimpin Pakatan Rakyat yang tak sependapat dengan mereka. Gilerr babi betoi.


Ini laporan di Malaysiakini....

Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth esok ekoran ucapannya berhubung isu Mat Indera dan tragedi Bukit Kepong.

Peguam Hanipa Maidin (gambar, kanan) berkata, anak guamnya dimaklumkan pihak polis akan didakwa bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam.

Tambahnya, pendakwaan terhadap anak guamnya dijangka dibuat pada jam 9 pagi.

Utusan Malaysia
pada 27 Ogos lalu melaporkan pemimpin parti Islam itu dalam ceramahnya di Pulau Pinang sebagai berkata, Mat Indera wira sebenar dalam tragedi itu dan bukannya "polis British".

Ucapan itu mencetuskan kontroversi besar dan dikritik pelbagai pihak, terutamanya pemimpin BN dan meleret kepada polemik kemerdekaan negara dan sama ada negara ini pernah dijajah.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Hanipa berkata, pihaknya mempertahankan Mohamad tidak patut dituduh di mahkamah. [Seterusnya di sini]

Jika pandangan tak selari jer dengan propaganda mereka....cepat jer mereka akan caj di mahkamah. Mereka buat mahkamah tu macam mak bapak mereka yang punyer. Padan dengan gurka-gurka belaan mereka.... macam lembu kena cucuk hidung, mengikut jer...... Boss kata sondol..... mereka sondol. Menyondol membabi buta. Pertuduhan pulak... lawak giler. Khianat awam... Kah kah kah kah...

Well, nak sondol... sondol ler. Nak dakwa... dakwa ler. Hangpa ingat Mat Sabu kisah?? Hangpa ingat, hangpa boleh takutkan Mat Sabu?? Wrong person ler weh....

Hangpa nak dakwa?? Silakan.... Dia akan pi ke mahkamah esok dengan peguam dia.

We'll see what will happen tomorrow. Tunggu....

Suedefella!!

Posted: 19 Sep 2011 08:30 PM PDT


KOTA BHARU, 19 Sept: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa memfailkan saman terhadap blogger Kickdefella sebanyak RM5 juta berhubung dakwaan fitnah ke atasnya.

Writ saman dan pernyataan tuntutannya ke atas Kickdefella atau nama sebenar Syed Azidi Syed Abdul Aziz difailkan di Kaunter Pendaftaran, Mahkamah Tinggi Malaya, Kota Bharu, petang ini.

Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan diwakili Peguam Hisham Fauzi dari Tetuan Hisham Fauzi & Associates.

Di dalam writ saman itu, Husam selaku plaintif menuntut Syed Azizi selaku defendan memohon maaf secara bertulis kepadanya tanpa syarat.

Defendan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada plaintif dengan menyiarkan permohonan maaf di dalam laman blog defendan serta memadam ketiga-tiga artikel yang ditulis oleh defendan di dalam blog defendan iaitu yang bertajuk 'HUSAM TELAH MENIPU RAKYAT DAN SAHABAT' pada hari Khamis 27 Januari 2011, artikel 'SEBELUM KITA LUPA NORMALA SUDIRMAN' yang diterbitkan pada hari Khamis 3 Februari 2011 dan artikel 'HUSAM ITU PEMBOHONG' pada hari Ahad 3 Julai 2011. [Seterusnya di sini]


Apabila kehendak hati tak dituruti... seseorang itu boleh mengkhianati persahabatan yang telah terjalin. Pengkhianatan boleh berlaku dalam banyak cara. Salah satu nyer, melalui penulisan... Ya, penulisan yang dipenuhi dengan fitnah dan tohmah.

Itulah persepsinyer.... senario yang berlaku antara YB Husam Musa dan Kickdefella. Apabila YB Husam merasakan Kickdefella telah melampaui batas dalam penulisannyer, maka terimalah padahnyer.

Dalam penulisan Kickdefella, YB Husam Musa berasakan dia difitnah dan dia ditohmah. Oooo... itu sesudah lebeh. Maka, natijahnyer..... Kickdefella disaman di mahkamah. RM5 juta beb!! Uish.... bisa tinggal 'spender' jer si Kicdefella ni nanti, kalau Husan menang saman tersebut.

Harap-harap kebenaran akan terserlah. Kita tunggu dan lihat, apa kesudahannya nanti. Tunggu....

UMNO menuju alam Barzakh

Posted: 19 Sep 2011 06:09 PM PDT


Nampak sangat bukan 'anak jantan'nyer. Baling bom petrol, sembuyi tangan.Buat kerja dalam gelap.... takut orang nampak. Apa punyal samdol daaa....!!

Begitulah nasib seorang wira rakyat yang berani menyatakan yang benar. Keberanian dan kelantangannya bersuara menyatakan kebenaran, telah membuat puak-puak dan juak-juak serta barua-barua gerombolan jadi meroyan al-gilerr babi. Tak dapat tanduk.... telinga mereka pulas. Tak dapat Mat Sabu... anak isteri dan rumah dia, mereka ugut dan 'kerja'kan. Soooo..... BACUL!!

Weh.... hal politik lawan dengan politik ler. Jangan lawan secara fizikal dan emosional. Bacul tu. Kesian ler sikit pada UMNO. Sudahlah orang getik dan orang jauhi.... perbuatan ini telah bikin orang makin meluat padanya. Meluat tahap gaban, beb!!

Perbuatan samdol-samdol ini tidak sedikit pun mempopularkan UNMO, sebaliknya akan menolak UMNO lebih dekat ke liang lahad.

Congratulations UMNO!! Selamat memasuki alam'barzakh'.


[sumber]

Tiada ulasan: