Sabtu, 17 September 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Siti & Datuk K sertai konvoi "Superbike" 1Malaysia

Posted: 17 Sep 2011 11:01 AM PDT


Sebanyak 235 buah motosikal berkuasa tinggi "Superbike" telah memulakan perjalanan dalam Kembara IMalaysia  salama 8 hari mengelilingi semenanjung Malaysia anjuran SAM ( Superbike Association of Malaysia) jam 9.00 pagi Sabtu,

Majlis Makan Malam sempena dengan acara ini telah diadakan di Dewan Merdeka PWTC malam Jumaat.

DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor turut mencemar duli berangkat untuk bersama-sama superbikers dalam majlis tersebut seterusnya melepaskan para peserta.

Peserta konvoi akan bermalam di Pengkalan TLDM Lumut malam ini sebelum bertolak ke Pulau Pinang keesokan paginya

Sepanjang perjalana konvoi akan didahului oleh Menteri Pertahanan Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi dan isteri. Turut sama dalam konvoi adalah penyanyi tersohor negara Dato Siti Norhaliza dan suami Dato K ... Lagi gambar-gambar DI SINI .

Manakala perjalanan dari Mersing ke Pasir Gudang akan di dahului oeh DYMM Sultan Johor.

Sepanjang perjalanan peserta akan melakukan beberapa program khidmat masyarakat sebelum pulang ke Kuala Lumpur pada 22 September 2011

Tiada ulasan: