Jumaat, 9 September 2011

MIMPI SENJA

MIMPI SENJA


Sejarah : Kira-kira 60 wanita tunai solat Jumaat

Posted: 09 Sep 2011 08:41 PM PDT

TOBIAR – Seramai kira-kira 60 golongan wanita daripada pelbagai peringkat umur meluangkan masa menunaikan solat Jumaat di Masjid Hamidi Manjalara Kampung Kepala Bukit dekat sini, bersempena majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri yang disambut di situ semalam.

Sinar Harian difahamkan kebanyakan golongan wanita dalam kariah masjid itu mengambil peluang menunaikan solat Jumaat bersama-sama golongan lelaki walaupun hukum menunaikan solat Jumaat adalah harus bagi wanita.

Justeru, golongan wanita yang hadir menunaikan solat Jumaat semalam meluahkan rasa gembira dan ia adalah pengalaman baru kerana pertama kali mereka menunaikan solat itu.

Imam Masjid Hamidi Manjalara Kampung Kepala Bukit, Ghazali Zakaria berkata, masjid ini mencatat sejarah apabila buat pertama kalinya apabila jemaah perempuan menunaikan solat Jumaat.

"Sebelum ini masjid berkenaan tidak pernah dihadiri golongan perempuan ketika solat Jumaat dan hari ini (semalam) adalah kali pertama golongan perempuan hadir.

"Solat Jumaat adalah harus bagi golongan wanita namun, jika sambutan kehadiran yang diberikan golongan wanita berterusan pada minggu seterusnya adalah perkara baik dan saya akan menyediakan tempat solat untuk mereka memandangkan jumlah jemaah lelaki agak ramai di masjid ini," katanya ketika ditemui di masjid itu semalam.

Menurutnya, pihak jawatankuasa masjid sudah memberikan pandangan mengenai majlis sambutan Aidilfitri di masjid ini dan mencadangkan supaya menjemput jemaah wanita untut turut serta menunaikan solat Jumaat.

"Cadangan itu disambut baik dengan jumlah kehadiran yang ramai dan perkara ini jarang sekali diadakan di masjid lain dalam daerah ini dan perkara ini diharap menjadi contoh oleh masjid di tempat lain," katanya.

Sementara itu, jemaah wanita Norma Yahya, 56, berkata, dia pertama kali mengikuti solat Jumaat dan ini adalah satu pengalaman baru baginya.

"Ini adalah satu pembaharuan bagi diri saya untuk sama-sama mengikuti solat Jumaat kerana sebelum ini hanya golongan lelaki sahaja yang menunaikan solat Jumaat.

"Saya akan datang tiap-tiap minggu jika sambutan menggalakkan," katanya. - SH

Umno dakwa PAS parti lahir kerana ‘kecewa’

Posted: 09 Sep 2011 07:34 PM PDT

KUALA LUMPUR, 10 Sept — Sementara kontroversi berkaitan kenyataan tragedi Bukit Kepong dan pejuang kemerdekaan berterusan, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar) mendakwa PAS sebagai sebuah parti ditubuhkan atas "rasa kekecewaan."

Katanya, PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), kedua-duanya komponen Pakatan Rakyat, ditubuhkan ekoran rasa kecewa pemimpin terdahulu.

"Ini hakikat bahawa PAS juga adalah parti yang ditubuhkan atas rasa kekecewaan seperti juga Parti Keadilan (PRK) yang ditubuhkan oleh (Datuk Seri) Anwar Ibrahim kerana kecewa tak dapat kuasa," katanya dipetik dalam satu rencana siaran Utusan Malaysia hari ini.

Anwar dipecat dari jawatan kerajaan dan Umno pada September 1998, sekali gus membawa kepada gelombang reformasi dan kelahiran PKR.

Sejak 15 hari lalu, pemimpin-pemimpin Umno terus menyerang PAS dan timbalan presidennya Mohamad Sabu kononnya mengagung-agungkan komunis dalam ceramahnya di Pulau Pinang 21 Ogos lalu.

Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu menafikan ada mengagungkan komunis dan memberi tempoh 24 jam yang berakhir semalam kepada Utusan Malaysia, media Umno untuk memohon maaf atau menghadapi tindakan mahkamah.

Mohamad mendakwa Utusan Malaysia memutarbelitkan kenyataannya.

Dalam satu kenyataan semalam, PAS juga menegaskan ia menolak ideologi komunis dan perjuangan komunis.

Mengulas lanjut kata Tengku Adnan, Mohamad perlu memahami sejarah perjuangan kemerdekaan negara.

"Mat Sabu pun lupa sejarah bagaimana PAS ditubuhkan iaitu apabila Tuan Haji Ahmad Fuad yang merupakan Pengerusi Biro Agama Umno atau Pekembar bila kalah bertanding dengan (bekas presiden Umno dan perdana menteri pertama) Tunku Abdul Rahman (Putra Al-Haj); maka kecewa dan keluar dari Umno.

"Beliau pergi ke Gunung Semanggol tubuhkan Hizbul Muslimin yang hari ini adalah PAS. Ini sejarah," katanya lagi.

Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) mengingatkan Mat Sabu supaya menghentikan segera ungkapannya yang berkaitan dengan sejarah negara jika tidak tahu tentang fakta sebenar dan buta mengenainya.

"Kalau dah jadi buta sejarah, dah tak tahu apa yang nak dibuat untuk dapatkan kuasa maka inilah jadinya. Dulu mereka pergunakan agama dan sekarang ini putar belitkan sejarah.

"Sebelum ini mereka sebut mahu negara Islam tapi kemudian hendakkan negara kebajikan dan sekarang mereka mendewa-dewakan pula bahawa komunis adalah pejuang kemerdekaan negara ini," katanya lagi.

Tengku Adnan yang juga Ahli Parlimen Putrajaya berkata, ini semua akan merosakkan, menghancurkan perpaduan dan menidakkan sejarah yang sebenarnya telah tertinta dalam negara.

Dalam tulisan hari ini, Tengku Adnan juga dipetik menegaskan, sejarah tidak boleh diubah dan hakikatnya komunis ketika itu hendak mengambil kuasa daripada pihak British dan juga orang Melayu.

"Nauzubillahi minzalik, kalau komunis memerintah negara kita barangkali kita bukan Islam malah tak taulah parti Islam itu wujud atau tak," katanya.

Semalam, PAS menjelaskan pendiriannya dalam isu sejarah kemerdekaan hari ini menerusi lapan perkara, antara lain menegaskan, Umno tidak pernah mengangkat senjata untuk mendapatkan kemerdekaan.

Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, apa yang Umno buat ialah menjalankan pusingan keempat yang akhir dan menuntut kredit mutlak atas kejayaan tersebut, tanpa sebarang pengiktirafan kepada pejuang-pejuang kemerdekaan yang tersungkur dalam tiga pusingan awal yang berjaya melemahkan kuasa penjajah.

"Pejuang-pejuang lain yang menggadaikan nyawa mereka sehingga menyebabkan penjajah dalam keadaan amat parah," katanya

Hubungan dihalang, pasangan kekasih minum racun

Posted: 09 Sep 2011 07:09 PM PDT

SEREMBAN - Seorang pekerja kargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), meninggal dunia dipercayai akibat terminum racun di sebuah rumah di Taman Bunga Sejati, Kampung Nyatoh, Rantau dekat sini, semalam.

Menurut jirannya, Suthir Babu, 26, kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa, Muhammad Faizal Raj Abdullah @ A Soraj, 28, ditemui dalam keadaan terbaring di ruang tamu rumah terbabit.

Dia berkata, seorang gadis berumur 18 tahun, dipercayai kekasih mangsa turut ditemui dalam keadaan sama dan terbaring di atas dada Muhammad Faizal di tempat kejadian.

"Semasa baru pulang dari kerja, saya tiba-tiba terdengar bunyi dengusan kuat dari arah rumah disewa mangsa.

"Kemudian, saya pergi tengok, mereka dalam keadaan terbaring serta mulut berbuih," katanya di lokasi kejadian, semalam.

Menurut Suthir, dia dan seorang jiran lain, membawa Muhammad Faizal dan gadis itu dengan kereta milik mangsa ke hospital, namun kenderaan itu gagal dihidupkan.

Suthir berkata, dia menghubungi ambulans tetapi Muhammad Faizal disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan yang tiba.

"Gadis terbabit masih tidak sedarkan diri dan saya difahamkan, dia dibawa ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) dekat sini untuk menerima rawatan," katanya.

Menurut Suthir, dua cawan plastik mengandungi cecair dipercayai racun serangga ditemui di ruang tamu.

Selain itu, katanya, terdapat sekeping nota di lokasi sama, menyatakan kekecewaan pasangan kekasih berkenaan, setelah hubungan mereka dihalang oleh keluarga.

"Dalam nota itu, turut tertera alamat dan nombor telefon keluarga mereka untuk dihubungi sekiranya mereka meninggal dunia, akibat racun terbabit," katanya.

Suthir berkata, Muhammad Faizal dipercayai menyewa di rumah berkenaan sejak tiga bulan lalu, namun jiran tidak mengetahui status hubungannya mereka.

Difahamkan, setakat petang semalam, gadis berkenaan yang dalam keadaan koma masih dirawat di HTJ dan keluarganya enggan mengulas lanjut tentang kejadian.

Muhammad Faizal dikatakan berasal dari Nilai, manakala gadis berkenaan yang juga anak bongsu dari tiga beradik berasal dari Sungai Pelek di Sepang, Selangor.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Superintendan Md Yusoff Awang, mengesahkan telah menerima laporan tentang kejadian yang diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan masih dijalankan

Santai Malam (video) : hahahaha mana nak letak muka kalau jadi kat isteri korang???

Posted: 09 Sep 2011 05:58 AM PDT

Yang ni hampa kena sokong Najib

Posted: 09 Sep 2011 05:48 AM PDT

Kad prabayar: Najib mahu cukai enam peratus dikaji semula

Oleh Shannon Teoh

KUALA LUMPUR, 9 Sept — Datuk Seri Najib Razak mengarahkan syarikat-syarikat telekomunikasi mengkaji semula langkah mengenakan cukai perkhidmatan enam peratus ke atas kad prabayar sambil menegaskan ia sukar untuk diterima dalam situasi kenaikan kos sara hidup sekarang.

Perdana Menteri menegaskan cukai itu dikuatkuasakan ketika kerajaan pula sedang berusaha untuk mengurangkan beban di sebalik kenaikan kadar inflasi sejak beberapa bulan yang lalu.

"Reaksi dan maklum balas daripada orang awam ialah langkah Telco, tidak popular dan sukar untuk diterima," kata beliau.

"Jadi, saya berharap Telco akan mengkaji semula langkah ini memandangkan kita sedang cuba mengurangkan beban ke atas orang ramai yang perlu menanggung kenaikan kos harga barang

Najib (gambar) juga menafikan Telco telah menerima kelulusan Kementerian Kewangan, sebaliknya menjelaskan keputusan itu dibuat oleh syarikat-syarikat telekomunikasi sendiri.

Pelbagai parti politik dan pertubuhan bukan kerajaan sejak semalam berkata pihaknya kesal dengan keputusan syarikat telekomunikasi yang mengumumkan pengenalan cukai perkhidmatan enam peratus ke atas pembelian tambah nilai prabayar dan pek atau kad SIM berkuat kuasa pada 15 September ini.
," kata beliau kepada pemberita di sini hari ini.

Tiada ulasan: