MIMPI SENJA |
- "Tahajjud Cinta" - Erma Fatima minta pandangan Dr Asri
- Tazkirah : JAIS dakwa Khalid Samad, batal tauliah Dr Rani
- Hoi SPR... macamana ni , rupa-rupanya di Malaysia sudah ada yang kawin sejenis ... pasangan suami isteri pengundi pos sama jantina
- MENARIK!!! - Kalau tidak Mat Indera dah jadi abang ipar MUHYIDDIN ...
"Tahajjud Cinta" - Erma Fatima minta pandangan Dr Asri Posted: 06 Sep 2011 06:47 AM PDT PETALING JAYA: Pengarah drama Tahajjud Cinta, Erma Fatima meminta pandangan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin tentang pengisian drama arahannya itu yang dikritik kononnya telah mempersendakan agama Islam. Erma berkata, individu orang yang berilmu agama seperti Dr Asri mampu memberikan komen yang lebih rasional setelah drama yang disiarkan di itu mendapat kritikan hebat daripada penonton kira-kira dua bulan lalu. "Saya mahu dia memberi komen tentang drama itu kerana saya pernah membaca sudut pandangannya tentang beberapa buah filem Islamik di Indonesia. "Saya percaya dia dapat melihat sudut pandang yang rasional dan bukannya berlandaskan emosi memandangkan dia mempunyai pengetahuan agama yang tinggi," katanya kepada mStar Online. Tahajjud Cinta lakonan Fouziah Gous, Nur Fazura, Eman Manan, Remy Ishak, Shahz Jaszle, Tiz Zaqyah, Aaron Aziz, Tan Sri Dr Jins Shamsudin dan Neelofa ituberkisarkan tentang pengorbanan dan perjuangan seorang wanita dalam menegakkan kebenaran, hak dan reputasi mereka. Ia memaparkan kisah dua wanita iaitu Citra Maisara lakonan Nur Fazura dan Seri (Fouziah Gous) yang berasal daripada dua latar belakang berbeza. Perjalanan hidup mereka dihujani pelbagai dugaan dan cabaran dalam memperjuangkan hak-hak tersebut. Drama berkenaan disiarkan di TV3 pada setiap Jumaat, pukul 9 malam. Bagaimanapun kata Erma, Dr Asri belum dapat memberikan komen disebabkan beliau belum berkesempatan untuk menonton drama tersebut. "Dr Asri maklumkan kepada saya yang beliau akan memberikan komen selepas menonton drama tersebut. Beliau meminta saya menghantar salinan cakera padat digital (DVD) Tahajjud Cinta kepadanya. "Saya akan segera menghantar DVD kepadanya untuk dinilai," katanya lagi. Jelasnya, sejak drama itu mendapat kritikan, dia belum memberikan sebarang komen dan memohon penonton menantikan episod akhir yang dijangka disiarkan dalam masa sebulan lagi. "Saya tak nak komen apa-apa sebab Allah tahu apa yang saya cuba sampaikan. Saya rasa tak adil untuk memberikan komen sekarang ini kerana penonton hanya menonton beberapa episod, tetapi sudah memberikan kritikan. "Sepatutnya mereka menonton sehingga ke penghabisan, baru boleh buat kesimpulan penuh," ulasnya. |
Tazkirah : JAIS dakwa Khalid Samad, batal tauliah Dr Rani Posted: 06 Sep 2011 05:39 AM PDT KUALA LUMPUR, 6 Sept – Sementara isu membabitkan serbuan ke atas gereja belum lagi reda, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mendakwa Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dari PAS kerana memberikan tazkirah tanpa kuliah. Turut menerima tindakan Jais adalah Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman apabila tauliah beliau ditarik pada bulan Ramadan lalu. Khalid dipanggil di pejabat Jais hari ini dan dinyatakan pendakwaan ke atas beliau. Perbicaraan ditetapkan 24 November ini Mahkamah Syariah Klang. Beliau dibebaskan dengan jaminan mulut oleh pembantunya sementara menunggu tarikh perbicaraan. Rani dilantik sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor Jun lalu manakala Khalid, Yang Dipertua PAS Shah Alam pula sebagai salah seorang timbalanya. Rani, Adun Meru, menggantikan Datuk Dr Hasan Ali yang merupakan Exco Kerajaan Negeri bagi hal ehwal agama sebagai Pesuruhjaya PAS Selangor. "Tauliah saya tamat Ramadan lalu selepas menerimanya tahun lepas dan saya telah memohon untuk menyambungnya. Namun saya menerima surat dari Jais permohonan saya ditolak dan tauliah saya ditarik balik oleh Jais," kata Dr Rani dipetik Harakahdaily. Khalid didakwa di bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor. Jika sabit kesalahan beliau boleh didenda RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Khalid didakwa memberikan kuliah agama Islam tanpa permit ketika memberikan tazkirah Ramadan pada 16 Ogos lalu di surau Taman Seri Sementa, Kapar, Klang. Sebelum ini, Jais mendapat kritikan pelbagai pihak apabila didakwa membuat serbuan ke atas Gereja Methodist Damansara Utama. Jais pula berkata, pihaknya membuat pemeriksaan dan bukannya serbuan di gereja itu atas dakwaan dan maklumat ada usaha mengkristiankan umat Islam. Dalam pada itu, Khalid ketika dihubungi Harakahdaily berkata, semasa tazkirah Ramadan itu beliau memang menyentuh peranan umat Islam dalam menguruskan hal ehwal agama di negeri ini. "Saya memberikan tazkirah tentang cerita yang berlaku di zaman Saidina Ali menjadi khalifah Islam di mana semasa peperangan Sifin baginda dapati baju besi baginda hilang. "Apabila pulang baginda dapati seorang Yahudi sedang menjual baju besi itu di pasar lalu baginda berkata itu baju besinya. Yahudi itu pula berkata, ini aku punya. "Lalu kes ini dibawa ke mahkamah Islam ketika itu iaitu Qadhi. Qadhi bertanya Saidina Ali, apa bukti dan saksi bahawa baju besi itu baginda yang punya. "Saidina Ali berkata, bukti tidak ada tetapi saksi ada iaitu Hassan dan Husein. Qadhi kata, kedua-duanya tidak boleh jadi saksi yang adil kerana mereka berdua anak baginda. Jadi kes ini ditolak oleh Qadhi dan jadilah baju besi itu milik Yahudi itu. "Saya ingin beritahu kepada hadhirin keadilan Islam ini bukan kepada Islam sahaja bahkan kepada Yahudi pun hatta berlawan dengan Khalifah Islam sendiri. "Saya nak kaitkan, kita umat Islam kena dengar kedua-dua belah pihak dalam kes Jais siasat gereja ini bukan dari sebelah pihak dan membuat keputusan," cerita Khalid tentang tazkirah yang diberikannya - TMI |
Posted: 06 Sep 2011 02:19 AM PDT Pengundi pos suami isteri 'sama jantina' 6 September 2011 KUALA LUMPUR, 6 SEPT – DAP hari ini telah menemui lagi 21 bukti tambahan pengundi pos, dengan satu kes suami isteri 'sama jantina', pesara tentera yang masih menjadi pengundi pos dan 19 pasangan suami isteri yang mendaftar sebagai pasangan tenteranya. Ketua Pemuda DAP Kebangsaan Anthony Loke berkata, DAP telah menemui sepasang suami isteri tentera berjantina sama di Briged Kem Rasah dengan nama pasangan yang hampir sama. 'Pasangan sama jenis' itu bernama Yuniza Bte Nodin dengan kad pengenalan 750504-05-5498 dan Yuzina Bte Nodin dengan kad pengenalan tentera T6096236. Kedua mereka ini berkongsi lokaliti yang sama iaitu 130/22/07/401 – 1 Briged Kem Rasah. "Adakah tentera Malaysia membenarkan perkahwinan sama jenis? Bagaimana ini boleh terjadi? Mampukah SPR menjelaskan kesilapan sebegini? Adakah akan seperti dahulu bahawa kesilapan SPR cuma 0.0001 peratus sahaja?" kata Loke yang juga Ahli Parlimen Rasah dalam siding akhbar di sini hari ini. Beliau yang juga Pengerusi DAP Negeri Sembilan berkata, 19 pasangan tentera di Kem Rejimen Askar Melayu Diraja di Rasah pula, setiap rumah pasangan itu diwakili oleh seorang sahaja. Ini kerana, menurutnya, salah seorang dari pasangan yang berkhidmat sebagai tentera, dan pasangannya yang tidak bekerja sebagai tentera, menggunakan MyKad pasangan yang bekerja sebagai tentera. "Nombor MyKad ini bukan milik suami atau isteri anggota tentera. Jadi salah seorang suami atau isteri itu masih boleh didaftarkan di kawasan lain dan boleh pula mengundi dua kali. Ia tidak kira siapa. Isunya sekarang ialah undi tambahan sudah boleh dibuat. "Ada wanita dengan nombor kad pengenalan lelaki, dan sebaliknya. Dan perlu diingat, kesemua ini adalah pendaftar baru. Ini cuma dalam satu kem sahaja, bukan di seluruh Malaysia lagi," katanya menambah bahawa kes yang sama turut berlaku di kawasan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin. Justeru, Loke memberi contoh, N M Ezwanee bin Mat Isa bernombor kad pengenalan 830902-55-290 yang nombor belakangnya iaitu '0′ mewakili perempuan. "Sementara itu Norlianiza Binti Abu, dengan kad pengenalan tentera T5005217 lahir pada hari yang sama iaitu 2 September 1983, sama dengan kad pengenalan Ezwanee pula," katanya. Beliau turut mendedahkan lagi tentang seorang bekas tentera, Kalidass a/l Maniam yang pernah bekhidmat di Rejimen ke-2 Artileri Kem Mahkota, Johor yang masih aktif dalam senarai pengundi di situ sedangkan beliau sudah bersara dan berdaftar sebagai pengundi biasa di Parlimen Sungai Siput. Menurut Loke, Kalidass sekarang menggunakan MyKad 571226-08-5211 dan menetap di Sungai Siput Utara, Perak dan sudah tidak menggunakan kad pengenalan tentera beliau yang bernombor T3006437 itu lagi. "Ini tidak adil, SPR seharusnya menukar perubahan dan persaraan Kalidass secara automatik," kata Loke. Ketika dihubungi Roketkini, Kalidass yang telah menyertai DAP menjelaskan bahawa beliau bersara pada 2 Disember 2010. "Selepas bertukar kad tentera dengan kad pengenalan baru melalui Mindef, saya pun mendaftar sebagai pengundi. Tidak berapa lama kemudian, tergerak hati untuk menyemak nombor tentera saya yang dahulu," katanya. Justeru Kalidass terus memaklumkan perkara ini di ibu pejabat ADUN Jalong supaya penyelewengan ini dapat diketengahkan lagi. – Roketkini.com |
MENARIK!!! - Kalau tidak Mat Indera dah jadi abang ipar MUHYIDDIN ... Posted: 06 Sep 2011 12:27 AM PDT Mat Indera berkawan rapat hampir bernikah dengan kakak Muhyiddin Perkara itu dinyatakan blogger Wargamarhaen.blogspot yang menemui adik bongsu Mat Indera, Johan Indera di rumahnya di Yong Peng, Johor baru-baru ini. Menurut Johan atau mesra dipanggil pak Johan, Mat Indera pernah berguru dengan Haji Yassin, ayah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin. Haji Yassin juga dikenali sebagai Tok Guru Haji Yassin yang amat terkenal di Bakri dan Pancor, Muar. Menurut blogger berkenaan, Pak Johan telah berkongsi satu rahsia bahawa Mat Indera pernah berkawan dengan Noraini Yassin yang juga kakak kepada Muhyiddin. "Perhubungan mereka membawa kepada usaha Mat Indera untuk masuk meminang, bagaimanapun ditolak oleh ayahnya (Mat Indera) kerana merasakan perbezaan taraf mereka. Masakan seorang guru agama biasa mahu dipadankan dengan anak seorang Tok Guru yang tersohor," tulis blogger itu. Selain Haji Yassin, Mat Indera juga pernah berguru dengan Kiyai Haji Fadzil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat Sultan Johor, Sultan Ibrahim. Menurut Pak Johan, ia menjadi faktor Sultan Ibrahim enggan menandatangani surat hukuman gantungnya selepas Mat Indera ditangkap penjajah British. Sementara itu Ketua Pemuda Pas Johor, Suhaizan Kaiat turut menyatakan perkara sama selepas bertemu Pak Johan bersama Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dan Pesuruhjaya Pas Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamed. Menurut Suhaizan, Mat Indera pernah menegaskan bahawa beliau bukan komunis dalam pertemuan terakhir dengan Johan di Penjara Air Molek, Johor Bahru. "(Sebaliknya) British (yang) tuduh Mat Indera Komunis," ujarnya di laman sosial Facebook. Suhaizan turut menyenaraikan beberapa fakta yang kurang diketahui tentang Mat Indera, antaranya Indera anak kedua daripada lapan adik beradik dan ibunya meninggal ketika Johan berusia dua tahun. Johan, bapa Mat Indera, ibu tiri dan neneknya juga dikatakan diseksa oleh British dan dibuang daerah ke Singapura selama 5 tahun daripada tahun 1950 hingga 1954. British juga menawarkan wang sebanyak $25,000 sebelum Peristiwa Bukit Kepong untuk menangkap Mat Indera. Selepas peristiwa itu, tawaran dinaikkan kepada $75,000. Mat Indera datang ke Bukit Kepong di saat akhir peristiwa tersebut dan tidak terlibat dalam serangan tersebut, sebaliknya pernah menyelamatkan anggota polis pada masa itu yang bernama Yusof Rono. Beliau yang tidak pernah berkahwin digantung di Kampung Jambu Air, Taiping pada tahun 1953 dan kuburnya diasingkan daripada kubur utama selepas dihukum mati oleh British. Salasilah keluarganya dikatakan berasal dari keturunan Datuk Bentara Husin Lela, Pahlawan Siak Seri Inderapura yang pernah menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak. Mat Indera dilahirkan pada tahun 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor. Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=19819 |
You are subscribed to email updates from MIMPI SENJA To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan