Selasa, 27 September 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Panas! Surat khabar cina pun pandai menipu juga!

Posted: 26 Sep 2011 09:27 PM PDT

SAHABAT pembaca MiLo SuaM kali ini menghantar gambar keratan akhbar cina yang dilihat begitu jelas menipu para pembacanya menggunakan gambar.

Lihat gambar di bawah ini. Ketika Najib mengayuh basikal sambil melambai tangannya, ruangan bahagian kanannya kosong.

Lihat pula gambar keratan akhbar di bawah ini. Gambar yang sama, kedudukan dan gelagat yang sama, bezanya tiba-tiba Koh Tsu Koon tercongok di sebelah kanan Najib dan turut sama mengayuh basikal.


Apa tujuan penipuan ini? Sila buat kesimpulan sendiri.

ReJaM© "Lim Guan Eng masih ada di kedua-dua gambar..."

Puluhan lelaki dan seorang wanita sertai demonstrasi bogel

Posted: 26 Sep 2011 01:05 PM PDT


BERPULUH lelaki dan sekurang-kurangnya seorang wanita mengambil bahagian dalam sebuah tunjuk perasaan di San Francisco Amerika Syarikat. Bezanya, tunjuk perasaan ini dibuat dalam keadaan semua pesertanya berbogel.

Beberapa orang daripada mereka membawa sepanduk yang bertulis "Bogel bukan kesalahan jenayah" dalam tunjuk perasaan itu yang diadakan sabtu lalu.

Secara umumnya daerah San Francisco tidak melarang perbuatan berbogel di khalayak ramai, namun baru-baru ini seorang pemerhati bandar telah mengusulkan satu undang-undang kawalan terhadap amalan itu.

Pemerhati, Scott Wiener menyarankan agar dikenakan peraturan untuk mengenakan pelindung bahagian kemaluan di restoran.

Beliau juga mengesyorkan agar orang ramai yang ingin berbogel menutup bahagian pinggang ke bawah ketika berada dalam kenderaan awam.

Namun apabila ditanya, Mitch Hightower, penganjur tunjuk perasaan bogel itu berkata, gerakan pihaknya adalah untuk menggalakkan penerimaan terhadap anggota badan manusia tanpa mengira apakah bentuk dan rupanya, bukan untuk menentang cadangan terhadap undang-undang itu.

"Orang ramai di sini, yakin bahawa tiada sebarang ketidaksopanan atau kesalahan terhadap anggota badan manusia," tambahnya.


Orang ramai yang lalu lalang di situ kebanyakkannya tersenyum melihat gelagat para peserta demonstrasi bogel itu. Segelintir mereka berhenti seketika untuk bergambar bersama lelaki-lelaki bogel.

"Saya langsung tak rasa malu pun," kata Michael Zaverton, 58 salah seorang peserta yang ditemubual.

Bagaimanapun dia mengakui tidak pasti sama ada akan menyertai lebih banyak demonstrasi bogel seperti ini di lain waktu.

"Ia memerlukan keyakinan sedikit kerana kebanyakkan lelaki-lelaki ini, tidak memiliki badan yang cantik," tambahnya lagi dalam nada bergurau. [Free Malays]



ReJaM© "Semakin hari dunia semakin gila..."

Penipuan berita Bernama terbongkar!

Posted: 26 Sep 2011 05:38 AM PDT

PADA 23 September 2011, Bernama online melaporkan kononnya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata johor bukanlah negeri yang selamat kerana penuh dengan jenayah dan peluang untuk diculik sangat mudah berbanding pulau pinang.

Bernama online mendakwa kenyataan setiausaha Agung DAP itu dikeluarkan dalam satu temuramah di sebuah stesen radio di Australia [Bernama].


Mingguan Malaysia, di dalam segmen bisik-bisiknya pula cuba menangguk di air keruh. Penulis ruangan itu cuba melaga-lagakan Ketua Menteri Pulau Pinang dengan Sultan Johor [Utusan]. Apa kaitan hal ini dengan Sultan Johor?

Tapi rupa-rupanya, ini semua hanyalah agenda jahat Bernama dan Utusan untuk memfitnah Guan Eng. Salinan penuh kandungan temuramah Lim Guan Eng di stesen radio Australia itu mendedahkan perkara sebenar.

Laman sesawang rasmi ABC Radio Australia, ada menyiarkan salinan penuh temuramah tersebut beserta rakaman suara [ABC Australia]. Tidak ada satu pun kenyataan Lim Guan Eng yang memburukkan Johor.

Malah tidak ada satu pun perkataan "Johor" yang keluar dari mulut Guan Eng. Sila rujuk laman tersebut klik sini [ABC Australia]


ReJaM© "Propaganda untuk menipu makcik Felda, ayam itik lembu dan kambeng..."

Tiada ulasan: