Jumaat, 9 September 2011

MiLo SuaM

MiLo SuaM


Isu komunis dicipta untuk robekkan poket dan otak rakyat!

Posted: 08 Sep 2011 01:31 PM PDT

SUDAH hampir dua minggu media-media propaganda menyerang Mat Sabu berkenaan isu Bukit Kepong hanya kerana beberapa potong ayat yang keluar dari mulutnya mengangkat Mat Indera sebagai hero di dalam sebuah ceramahnya di Penang.

Media propaganda seperti Utusan dan TV3 Al-Musyrikin mahu rakyat fokus kepada isu komunis, mahu orang kampung, ayam itik dan lembu kambeng naik darah dan hilang akal (No Otak).

Sebelum ini MB Johor sendiri pernah mengiktiraf Mat Indera sebagai salah seorang daripada 150 tokoh terbilang yang lahir dari Negeri Johor [Tokoh terbilang]. Tapi langsung tak jadi isu.

Sifirnya mudah, bila rakyat fokus kepada kisah propaganda komunis yang dimainkan berhari-hari di media, orang kampung, ayam itik dan lembu kambeng akan naik darah dan hilang akal. Maka kocek rakyat dengan mudah dirobekkan tanpa disedari [mStar].


Taktik ini sudah diulang berkali-kali oleh media-media propaganda untuk memperbodohkan rakyat. Bagi menyerap kemarahan rakyat terhadap kenaikkan harga barang, maka isu lain yang sensitif dan nampak gempak harus dicipta.

Orang kampung, ayam itik dan lembu kambeng menggelupur bila baca tajuk berita Utusan "Mat sabu hina pejuang negara". Tapi buat tak paham bila Allah dan Rasul digelar anjing, babi dicerca, dihina, dicaci, dicarutkan oleh Sitt Al-Wuzara [JAKIM].


Teringat cerita Bujang Lapok, kerana terlalu sibuk bergaduh dengan samseng kampung dusun di jeti penambang, Sudin tak sedar koceknya sudah rabak. Satu sen haram tak tinggal maka meloponglah mereka bertiga di Kampung Pinang Sebatang

ReJaM© "Topup naik harga 6% tak penting, Allah dan Rasul digelar babi dan anjing tak penting, teruskan fikir pasal komunis, fokus... fokus..."

Tiada ulasan: