Isnin, 19 September 2011

Kopitiam Bang Nan

Kopitiam Bang Nan


Tahniah Husam....!! Berani kerana benar...

Posted: 19 Sep 2011 07:16 AM PDT

Husam saman Kickdefella RM5 juta

KOTA BHARU, 19 Sept: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa memfailkan saman terhadap blogger Kickdefella sebanyak RM5 juta berhubung dakwaan fitnah ke atasnya.

Writ saman dan pernyataan tuntutannya ke atas Kickdefella atau nama sebenar Syed Azidi Syed Abdul Aziz difailkan di Kaunter Pendaftaran, Mahkamah Tinggi Malaya, Kota Bharu, petang ini.

Beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan diwakili Peguam Hisham Fauzi dari Tetuan Hisham Fauzi.

Di dalam writ saman itu, Husam selaku plaintif menuntut Syed Azizi selaku defendan memohon maaf secara bertulis kepadanya tanpa syarat.

Defendan membuat permohonan maaf secara terbuka kepada plaintif dengan menyiarkan permohonan maaf di dalam laman blog defendan serta memadam ketiga-tiga artikel yang ditulis oleh defendan di dalam blog defendan iaitu yang bertajuk 'HUSAM TELAH MENIPU RAKYAT DAN SAHABAT' pada hari Khamis 27 Januari 2011, artikel 'SEBELUM KITA LUPA NORMALA SUDIRMAN' yang diterbitkan pada hari Khamis 3 Februari 2011 dan artikel 'HUSAM ITU PEMBOHONG' pada hari Ahad 3 Julai 2011.

Husam juga menuntut Syed Azidi mengiklankan permohonan maaf tersebut di dalam akhbar nasional harian bahasa Melayu selama satu (1) hari, bayaran gantirugi sebanyak RM5 juta kepada plaintif bagi gantirugi terhadap perbuatan fitnah yang telah disiarkan di ruangan blog defendan, gantirugi teladan, gantirugi melampau, gantirugi punitif.

Selain itu, satu injunksi bagi menghalang defendan dan/atau ejen-ejennya dan/atau pembantu-pembantunya dan/atau sesiapa sahaja dari berkomunikasi, memberi komen, mengulangi dan/atau menyebabkan menyebabkan penerbitan kenyataan-kenyataan atau perkataan yang berunsur fitnah terhadap plaintif, plaintif diberi kebebasan untuk memohon perintah-perintah lanjut, faedah pada kadar 8% setahun ke atas gantirugi yang dibenarkan oleh mahkamah dari tarikh writ saman hingga penyelesaian penuh, kos atas dasar peguamcara dan klien, kos untuk tuntutan ini; dan lain-lain relif yang mahkamah fikirkan wajar, adil dan sesuaimanfaat. - harakahdaily

Ini Hasan Ali sendiri cakap...kalau dia gila saja dia masuk UMNO!

Posted: 19 Sep 2011 07:02 AM PDT

Sekodor mengingatkan apa yang keluar dari mulut beliau tahun lalu. Jadi spekulasi beliau keluar parti dan masuk UMNO tak timbul....

Nak jadi pemerintah kena matang. Tahniah PAS...!!

Posted: 19 Sep 2011 12:06 AM PDT

Tindakan matang, cakap-cakappun matang....barulah rakyat respect.

PAS: Pakatan tak akan tukar bendera Malaysia

Pakatan Rakyat memberi jaminan bendera Malaysia yang diguna-pakai sejak negara mencapai kemerdekaan tidak akan ditukar sekalipun pembangkang mengambil alih Putrajaya.

Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, tiada keperluan untuk menukar bendera kerana ia adalah lambang kedaulatan negara.

"Isu ini tidak perlu jadi polemik kerana ia tidak akan menjadi dasar Pakatan Rakyat, dan PAS secara tegas tidak akan sesekali menyokong cadangan sedemikian daripada sesiapa pun...

"Disebabkan itu, sebagai rakyat Malaysia, bendera negara perlu dipertahankan, tidak boleh diperlekehkan dan dipersendakan, katanya dalam satu kenyataan media.

Tuan Ibrahim mengulas bidasan Umno terhadap kenyataan seorang pemimpin DAP, M Manoharan (kanan) yang juga ADUN Kota Alam Shah dalam Twitter beliau baru-baru ini menyatakan akan bertindak menukar corak bendera Malaysia sekiranya Pakatan menang.

Bagaimanapun, beliau telah memadamkan komen berkenaan dan memohon maaf secara terbuka atas keterlanjurannya.
Bendera yang dikatakan hampir menyerupai bendera Amerika Syarikat itu diguna-pakai sejak 1948 setelah mendapat restu daripada Majlis Raja-Raja. Ia hanya dinamakan Jalur Gemilang pada 1997.

Menurut Tuan Ibrahim, isu utama kini bukanlah mengenai bendera tetapi BN yang memerintah negara.

"Slogan BN, 1Malaysia yang menggunakan lambang bendera Malaysia itu juga bukan isu utama kerana slogan akan sentiasa bertukar.

"Pada zaman Tun Dr Mahathir, berapa banyak slogan yang telah digunakan BN hanya sebagai penyedap kata? Demikian juga zaman Tun Abdullah Badawi dengan Islam Hadharinya dan kini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan dengan promosi 1Malaysia yang hebat, namun tetap gagal memahamkan orang sebijak Tun Dr Mahathir mengenai maksud slogan tersebut sehingga kini, apatah lagi rakyat Malaysia," kata beliau.

Justeru, Tuan Ibrahim yang juga pesuruhjaya PAS Pahang menyeru agar semua pimpinan Pakatan Rakyat bekerja keras bagi menumbangkan kerajaan BN pada pilihan raya akan datang.

"Itulah isu yang harus difokuskan oleh semua pemimpin, anggota, penyokong Pakatan Rakyat dan rakyat yang inginkan pembaharuan dan jaminan masa depan yang lebih baik," akhiri beliau.

Tiada ulasan: