Ahad, 25 September 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Budaya Menulis Kalangan Pemimpin PAS Hambar

Posted: 25 Sep 2011 07:35 AM PDT

Oleh Zahiruddin Zabidi

SEBAGAI editor dan penulis buku, menjadi kelaziman bagi saya berkunjung ke mana-mana kedai buku. Dari kedai buku kecil hinggalah kepada rangkaian kedai buku gergasi seperti MPH dan POPULAR. Bagi para pencinta buku, berkunjung ke kedai buku samalah perasaan terujanya dengan para wanita atau isteri yang melihat jualan murah di gedung membeli-belah, sukar dinyatakan! Bagaikan ada adrenalin khas yang entah dari mana menguasai waras akal dan jiwa lantas mendorong diri ke sana.

Kebelakangan ini apabila saya berkunjung ke rangkaian kedai buku besar khususnya, ada satu fenomena yang mungkin jarang kita lihat sebelum ini. Saya mendapati buku-buku tulisan tokoh-tokoh parti politik seteru kerajaan semakin membanjiri rak-rak khususnya pada ruang politik, sosial dan kebudayaan. Namun hakikatnya, majoriti buku-buku tersebut adalah tulisan tokoh-tokoh Pakatan Rakyat selain PAS!

Sebagai seorang penulis dan penyokong tegar PAS, saya amat terkilan dengan fenomena ini. Ianya seakan menggambarkan budaya penulisan, budaya intelektual tidak berakar umbi dan sinonim dengan PAS. Meskipun begitu, kita masih boleh tersenyum dan berbangga dengan beberapa orang tokoh muda dan lama PAS yang tekal dan prolifik dalam penulisan dan terbukti buku-buku mereka banyak terdapat di kedai buku agama (biasanya banyak buku berkaitan dakwah dan PAS) termasuk rangkaian kedai buku utama.

Antara penulis yang masih prolifik sehingga hari ini adalah Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang sendiri dengan lahirnya buku mini terbarunya mengenai penerangan konsep Negara Berkebajikan selain jujukan buku politik Islam terbitan PTS Publications & Distributin Sdn Bhd. Tokoh pemuda PAS yang juga pemilik syarikat penerbitan Jundi Resources, Ustaz Riduan Md Noor juga antara yang wajar dipuji. Selain daripada konsisten dalam penulisan, beliau juga sentiasa bersedia menerbitkan bahan-bahan daripada tokoh-tokoh parti bagi disebarkan. Malah bukan sahaja buku, terbaru beliau melalui Dewan Pemuda Pas Pusat menerbitkan pula majalah haraki dengan harga yang sangat berpatutan bagi tujuan pengembangan fikrah secara menyeluruh kepada generasi baru PAS.

YB Syaari Sungib dalam kesibukan menguruskan kawasan dan bersidang di dalam Dewan Undangan Rakyat masih sempat menerbitkan dua buah karya terbarunya berjudul Sengsara Kem Kemunting terbitan Strategic Information and Research Development Centre dan Islam Demokrasi dan Hak Asasi Manusia diterbitkan Kemilau Publika Sdn Bhd. Dr Mujahid Yusuf Rawa juga sempat mencuri perhatian daripada ahli PAS dan masyarakat umum Malaysia dengan kelahiran buku Menuju Pas Baru iaitu estrak daripada tesis PhD beliau yang kemudian menjadi perbahasan agak hangat.

Terima kasih kepada mereka

Tidak saya nafikan bahawa ada usaha daripada para wartawan keluarga besar Harakah dan tokoh-tokoh penulis yang pro PAS seperti Ahmad Lutfi Othman yang membukukan tulisan-tulisan beliau pada ruangan Catatan Hujung dalam Harakah, lantas diterbitkan oleh Kemilau Publika Sdn Bhd. Selain daripada itu, akan diterbitkan juga buku berjudul Travelog Wartawan Islam tulisan Roslan Hamid, Ustaz Zainudin Hashim juga mengumpulkan kembali tulisan beliau dalam Harakah dan diterbitkan oleh syarikat yang sama dengan tajuk Allah is Calling.

Sebelum itu Siasah melalui penulis vateran yang juga bos besarnya, Mohd Sayuti Omar pernah mengeluarkan sejujuk buku hasil daripada kompilasi artikel-artikel penulis dan wartawan politik yang mapan daripada tabloid tersebut. Tulisan-tulisan daripada almarhum Rustam A. Sani. Haris Zalkapli, Ismail Hashim dan beberapa nama lagi berjaya diterbitkan. Kita sangat berterima kasih kepada para penulis dan wartawan yang sentiasa sudi mencurahkan tenaga dan kreativiti sekalipun tidak mendatangkan pulangan yang besar dari sudut royalti dan bayaran. Namun sumbangan mereka ini kepada generasi mendatang bagi memahami ranjau perjuangan PAS dari pelbagai perspektif politik amat besar. Semoga ia menjadi kebajikan di sisi Allah.

Kita masih menantikan tulisan-tulisan artikel, rencana dalam Harakah oleh tokoh-tokoh seperti Dinsman, Pak Shukur Harun, H Fansuri, Subky Latif, Mat Sabu, Zul Yahya, Hanipa Maidin dan ramai lagi agar dibukukan. Tulisan-tulisan ini melalui lidah rasmi PAS iaitu Harakah bukan sahaja akan menjadi aset malah merupakan data-data sejarah PAS yang bakal ditelaah dan dirujuk oleh masyarakat masa depan.

Harapan kepada para pemimpin

Salah satu genre yang sangat penting dalam sejarah adalah biografi, autobiografi dan memoir. Jujurnya PAS dilihat tidak menitikberatkan hal ini, sehinggakan para pemimpin utama PAS meninggal seorang demi seorang tanpa sempat dirakamkan segala pengalaman, onak duri perjuangan, pahit manis mereka bersama PAS serta harapan mereka bagi dijadikan sumber primer kepada seluruh ahli PAS malah pengkaji bersifat akademik di universiti-universiti dalam dan luar negara.

Mereka yang menulis atau mengkaji menggunakan sumber-sumber sekunder, daripada pandangan dan rakaman orang terdekat mereka seperti isteri dan anak-anak masih lagi tidak dapat menyamai sumber daripada batang tubuh pemimpin itu sendiri ketika mereka masih hidup. Benarlah ada pemimpin yang beranggapan penulisan sebegini semacam menjual diri, terpaksa menceritakan kehebatan diri sendiri dan dikahuatiri mendatangkan unsur riak dan ujub. Namun, mereka juga perlu ingat bahawa, tanpa rekod-rekod ini bagi dijadikan rujukan pada masa hadapan ianya boleh dianggap satu 'dosa' politik yang lebih besar kepada perjuangan dan generasi yang akan meneruskan kesinambungan perjuangan parti.

Betapa kita terkilan dengan pulangnya 'Kamus PAS', Ustaz Hasan Syukri ke alam abadi tanpa sempat dirakam perjalanan dan sejarah penglibatan beliau dalam PAS melalui beliau sendiri. Begitu juga dengan tiada rekod rasmi daripada mulut mantan Presiden PAS, Ustaz Dato' Fadzil Noor dalam bentuk buku, malah ramai sudah tokoh yang turut pulang selamanya kepada Allah bersama pengalaman dan sejarah perjuangan mereka yang tidak ternilai itu. Ada beberapa buku yang membicarakan mengenai mereka, namun ianya tidak semahal catatan mereka atau daripada mereka sendiri.

Saya menyeru semua pemimpin PAS daripada peringkat tertinggi hinggalah ke peringkat cawangan agar merekod dan menulis kembali kisah kehidupan mereka dalam bentuk biografi atau travelog agar dapat diperwariskan kepada kami. Jikapun mereka sendiri tidak mampu, maka wajarlah PAS melalui satu daripada lujnahnya menubuhkan pasukan penulis yang bertanggungjawab menemu-ramah dan merekod dalam bentuk video biografi setiap pimpinan dan tokoh kemudian ditulis pula dalam bentuk buku. Mereka hanya perlu pastikan para tokoh ini bercerita sambil pasukan inilah yang akan merakam, mencatat kemudian menulisnya. Saya yakin Dinsman sangat setuju dan berpengalaman dalam menguruskan hal ini.

Jujurnya saya sangat cemburu kepada pimpinan DAP yang sangat prolifik dalam penulisan dan kebanyakan mereka sudah mempunyai karya sendiri yang sedang beredar dalam kalangan masyarakat melalui toko-toko buku seluruh negara. Terbaru Lim Kit Siang menerbitkan sebuah buku bertajuk The Right To Differ yang merupakan biografi perjuangan politik beliau sendiri. Justeru, saya kira kita wajar meneladani budayan kepenulisan dalam DAP yang tidak kering daripada penghasilan buku-buku respon dan analisis kepada politik, sosial, ekonomi dan budaya.

Antara lain, saya bimbang sejarah, pemikiran dan ijtihad para pimpinan ini terlelap dek zaman sebagaimana hilangnya ijtihad-ijtihad imam besar fiqah seperti Imam Al-Auzaie dan Imam Daud Zahiri sehingga menimbulkan kesukaran bagi dijadikan rujukan dan iktibar kepada generasi mendatang.

* Penulis adalah editor di sebuah rumah penerbitan buku-buku bahasa Melayu

Isu Hukum Hudud: Semua tertakluk kepada perlembagaan, Anwar

Posted: 25 Sep 2011 07:26 AM PDT

Oleh Anwar Ibrahim

Saya tegaskan bahawa Pakatan Rakyat merupakan suatu muafakat utuh dan berlandaskan kejujuran mahukan Perubahan buat rakyat negara Malaysia. Oleh kerana itu, isu yang menyentuh kepentingan rakyat pastinya dibincangkan bersama kesemua wakil dari parti komponen serta keputusan yang dibuat merupakan pendirian bersama.

Pun demikian Pakatan Rakyat berpendirian, setiap dari parti komponen sewajarnya mempunyai ruang untuk mengungkapkan keyakinan, faham serta ideologi terutamanya kepada pendokong mereka.

Saya sendiri telah merujuk ke mahkamah syariah berkaitan tuntutan qazaf, dan pimpinan Pakatan Rakyat tidak pernah pula menghalang. Hakikatnya hanya Menteri Hal Ehwal Agama UMNO yang bertindak menghalang saya dari meneruskan tuntutan qazaf tersebut. Selain itu Jamil Khir terpalit dengan tuduhan bahawa beliau menggunakan dana zakat bagi membiayai kos guaman kerana tidak memulakan pendakwaan terhadap Saiful Bukhari dalam tuntutan Qazaf saya. Permuafakatan Pakatan Rakyat bukanlah suatu bentuk usahama seperti UMNO-BN yang sekadar mahu mendapat laba politik sehingga menafikan hak serta suara mereka yang tidak sehaluan.

Berkaitan hasrat Negeri Kelantan mahu melaksanakan hudud, saya berpandangan kita sewajarnya menghormati keputusan tersebut, namun pastinya ia tertakluk kepada beberapa perkara. Pertamanya persoalan Maqasid al Syariah, Matlamat Utama Syariah, iaitu menjamin keadilan untuk semua. Malah dalam karya saya yang berjudul Gelombang Kebangkitan Asia, tuntas saya ungkapkan keutamaan Maqasid al Shariah demi menjamin keadilan untuk semua. Justeru adalah baik untuk kita merenung beberapa aspek perundangan syariah yang berjaya dilaksanakan di Kelantan, maka tidak wajar buat saya menempelak atau meremehkan langkah tersebut.

Sebagai seorang Muslim, pastinya saya menjunjung tinggi perintah Allah SWT serta pesan-pesan Nya yang terkandung di dalam Al Quran. Apabila ditanya, apakah pandangan saya mengenai hudud di Malaysia dan isu berkaitan undang-undang syariah serta perlaksanaannya oleh mahkamah syariah di negara ini, jawab saya, dalam konteks masyarakat Malaysia, kita semua tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Oleh kerana itu perlaksanaan hukum Islam sewajarnya mengambil kira keberkesanan pentadbiran mahkamah syariah negara ini memastikan keadilan untuk semua. Menyentuh persoalan keadilan untuk semua, perlaksanaan undang-undang syariah semestinya menjamin hak bukan Islam tidak dicerobohi serta dizalimi. Saya menasihati rakan-rakan untuk meneliti kenyataan saya ini berasaskan muafakat yang tertera dalam Buku Jingga:

"Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153."

Namun apa yang saya kesalkan adalah hipokrisi UMNO-BN memperalatkan isu hudud ini sebagai permainan politik. Pimpinan UMNO-BN tidak pernah berhasrat membincangkan isu ini secara tuntas dan serius. Mantan Perdana Menteri, Mahathir menolak bulat-bulat malah mempersendakan peranan undang-undang syariah serta beberapa pesan yang dianggap sebahagian dari sunnah Rasulullah SAW. Media yang dikuasai pemerintah pula mencanangkan kononnya undang-undang syariah sebagai suatu warisan zaman primitif.

Harus diingat, pandangan beberapa kerat pimpinan UMNO yang mempersenda hukum Islam ini sesungguhnya tidaklah mewakili umat. Waima mutakhir ini beberapa pimpinan UMNO memperlihatkan diri sebagai jagoan memperjuangkan Islam, manakala seringkali pula mereka menuduh pimpinan Pakatan Rakyat sebagai pengkhianat agama dan bangsa, sedangkan yang sering dilaung-laungkan oleh pimpinan UMNO-BN sekadar retorika membakar sentimen serta sering tersasar dari kehendak syariah yang mahukan kemaslahatan untuk rakyat.

*Kenyataan media oleh Anwar Ibrahim (gambar kanan) selaku Ketua Umum PKR.

Kepimpinan pusat DAP letak jawatan jika hudud jadi agenda Pakatan

Posted: 25 Sep 2011 06:59 AM PDT

Oleh Clara Chooi

KUALA LUMPUR, 25 Sept – Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mengancam keseluruhan kepimpinan parti itu akan meletakkan jawatan jika pelaksanaan hukum hudud dipaksa dimasukkan ke dalam rangka kerja Pakatan Rakyat.

Kenyataan itu dibuat ketika kepimpinan dijadual mengadakan mesyuarat Rabu ini untuk membincangkan isu yang sudah lama berlarutan.

Menurut laporan Star Online hari ini, Lim menekankan bahawa Pakatan Rakyat yang dianggotai DAP, PAS dan PKR dibentuk berdasarkan dasar bersama dan persefahaman, khususnya dalam isu-isu berkaitan dengan usaha melawan rasuah dan mempertahankan keadilan.

Hukum hudud, kata beliau, tidak pernah dimasukkan ke dalam rangka kerja bersama Pakatan Rakyat atau Buku Jingga, dan oleh itu tidak seharusnya menjadi sebahagian daripada agenda perikatan itu.

"Oleh itu jika pelaksanaan hukum hudud digariskan dalam rangka kerja dasar bersama dan Buku Jingga, keseluruhan jawatankuasa pusat parti akan meletakkan jawatan," kata beliau selepas merasmikan Konvensyen DAP Wilayah Persekutuan di sini.

Bajet 2012 Najib Perlu Tangani Beban Rakyat- Anwar

Posted: 25 Sep 2011 04:05 AM PDT

PETALING JAYA 25 SEPTEMBER : Penasihat EKonomi Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan Belanjawan Negara yang bakal dibentang bulan depan perlu mencakupi perihal yang memberi kesan besar kepada rakyat seperti perumahan awam dan harga barang.

Menurut beliau, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Menteri Kewangan seharusnya memberi perhatian terhadap rakyat dan bukan hanya menumpukan kantung kroni.

Menurut beliau, kegagalan mengawal ekonomi negara sejak lebih sedekat lamanya sehingga mengakibatkan berbilion ringgit wang negara dibazirkan menyebabkan negara kurang daya kompetetif di peringkat antarabangsa.

"Kita dah masuk tahun ke 14 defisit, kawalan kewangan tidak bertanggungjawab. Tiada perubahan besar dalam menentang korupsi. Yang kaya mendapat faedah besar menerusi IPP dan penswastaan. Mereka mesti ambil perhatian isu inflasi, isu gaji golongan berpendapatan rendah dan perumahan awam di golongan menengah dan rendah," kata beliau kepada para wartawan di rumah terbuka aidilfitri Parti Keadilan Rakyat di sini hari ini.

Sebelum ini, laporan Ketua Audit Negara tahun 2008 menyatakan ketirisan sebanyak RM28 billion setahun mendatangkan kejutan kepada rakyat dan ahli parlimen Pakatan Rakyat.

Pemimpin Pakatan Rakyat menganggap ketirisan sebanyak RM 28 billion setahun adalah bencana yang tidak mungkin dapat diatasi kerana ketirisan itu berlaku dan dilakukan oleh pemimpin-pemimpin utama negara yang sudah menjadi budaya tegar mereka.

Hasil pemerhatian tersebut, Pakatan memperkenalkan Buku Jingga yang menggariskan keutamaan dalam perbelanjaan negara dan menutup segala ketirisan dalam sistem kewangan negara.

Teori yang sama dipraktikkan di Selangor dan Pulau Pinang dan buktinya kedua-dua negeri itu mempunyai lebihan pendapatan.

Malah menurut Anwar, beliau tidak yakin janji Najib bahawa belanjawan yang akan dibentangkan pada 7 Oktober depan adalah inklusif, menumpukan rakyat dan meningkatkan langkah-langkah transformasi.

Ujarnya, Najib sudah melaungkan perkara sama demi mendapatkan populariti sejak memegang kementerian itu tiga tahun lalu namun masih tiada apa yang berubah. Beliau memberi contoh pemansuhan ISA sebagai bukti kenyataan beliau.

"Seperti ISA, tiada apa yang berlaku? Apa idea di sebalik pengumuman pemansuhan itu? untuk membebaskan masyarakat dan menghormati demokrasi. Ini masih tak berubah,"katanya.

Pakatan bincang isu hukum hudud Rabu ini, kata Anwar

Posted: 25 Sep 2011 03:59 AM PDT

Oleh Lisa J. Ariffin

KUALA LUMPUR, 25 Sept — Pakatan Rakyat akan menyelesaikan isu terbaru membabitkan hasrat PAS mahu mengadakan hukum hudud pada mesyuarat kepimpinan perikatan itu Rabu ini.

Sehubungan itu Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju bahawa kesemua parti perlu mencapai konsensus berhubung isu sensitif ini - yang melibatkan pendirian DAP dan PAS sejak sekian lama.

Anwar yang juga Ketua Pembangkang berkata mesyuarat Majlis Kepimpinan Pakatan Rakyat sebenarnya diadakan untuk membincangkan Bajet 2012 yang akan dibentangkan bulan depan tetapi kepimpinan perikatan turut bersetuju untuk menyentuh perkara berkaitan isu hudud.

"Mesyuarat telah dijadualkan untuk membincangkan soal bajet dan juga isu (hudud) yang telah dijadikan besar oleh media," kata beliau merujuk kepada liputan media ke atas isu hukum hudud sejak awal minggu lalu.

Bagaimanapun Anwar menekankan bahawa isu hudud bukan sesuatu yang baru, malah PAS juga jelas dengan pendirian mereka.

Semalam, Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh menggesa Pakatan Rakyat memanggil mesyuarat tergempar kepimpinan dengan segera bagi menyelesaikan kontroversi berkaitan hukum hudud.

Karpal yang sebelum ini secara terbuka mengkritik hasrat kerajaan negeri Kelantan menegaskan, pihaknya akan sentiasa menolak pembentukan negara Islam.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, kelewatan menangani isu semasa ini akan menjejaskan keyakinan rakyat ke atas Pakatan Rakyat khususnya di kalangan bukan Islam.

"Mesyuarat tergempar mesti diadakan dengan segera untuk menjelaskan pendirian Pakatan dalam isu ini dan kontroversi ini mesti berakhir," katanya.

Khamis lalu, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau lebih rela jika DAP mahu keluar daripada Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.

Kenyataan Terkini TG Nik Aziz Berhubung Isu Hudud Dan Karpal Singh

Posted: 25 Sep 2011 03:47 AM PDT

Alhamdulillah, selesai merasmikan Hari Penternak, Peladang dan Nelayan Negeri Kelantan 2011 sebentar tadi. Wartawan bertanya tadi tentang kenyataan Karpal Singh terhadap hudud dan saya. Saya katakan, saya hormati Karpal Singh sebagai seorang yang berpengalaman dlm bidang undang2. Tambahan pula, saya mengira laporan akhbar sendiri terdedah kpd manipulasi. Selebihnya saya boleh menyelesaikan hal ini dgn beliau tanpa melibatkan pihak media.

http://www.facebook.com/nikaziz

Puak Ibrahim Laknat Memang Gila!

Posted: 24 Sep 2011 11:57 PM PDT

http://media1-cdn.malaysiakini.com/399/86229796a5804396b10131cbfbb20f0d.jpg

Petikan Malaysiakini

Sambutan Aidilfitri dan ceramah timbalan presiden PAS Mohamad Sabu di Seremban malam tadi, tercemar apabila beberapa penyokong PAS cedera akibat dibaling batu dan air botol, malam semalam.Fracas during Mohd Sabu ceramah at Seremban
Acara yang dijadual bermula jam 9 malam tetapi setengah jam sebelum itu, kira-kira 100 penyokong kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mula berhimpun di tepi jalan utama yang terletak kira-kira 60 meter dari pentas ceramah.

Mereka membawa sepanduk dan kain rentang seperti "Mat Sabu Pembohong", "Mat Sabu Perosak Bangsa" dan "Mat Sabu Hina Pejuang".

Pada awalnya, keadaan dilaporkan terkawal tetapi apabila Mohamad atau lebih popular dengan panggilan Mat Sabu mula menyampaikan ceramah pada jam 10.15 malam, ahli-ahli PERKASA itu didakwa cuba bergerak ke arah pentas.

Mohd Sabu ceramah at SerembanMereka bagaimanapun dihalang oleh penyokong PAS dan akibatnya berlaku tolak-menolak dan keadaan menjadi tidak terkawal.

Ketika itu, kira-kira 800 orang menghadiri majlis berkenaan.

Beberapa air botol dan juga batu kemudiannya didakwa dilontarkan ke arah pentas berkenaan hingga menyebabkan ada penyokong PAS yang dilaporkan cedera. Seorang daripada mereka juga mendakwa dibelasah oleh ahli PERKASA.

Timbalan pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Ghazali Mat Som yang merupakan penganjur acara itu kesal dengan kejadian tersebut dan mendakwa ahli PERKASA bertindak ganas.

"Seorang lelaki cedera di hidung dan kepalanya. Ada juga yang mendakwa ditumbuk di pipi dan terkena balingan batu di bahagaian belakang badan.

"Sebelum kejadian, seorang ahli PERKASA mahu menyerahkan memorandum bantahan tetapi kami tidak bersetuju menerimanya dan meminta mereka supaya bersurai.

"Kami kemudian memaklumkan kepada pihak polis dan apabila polis minta mereka bersurai, mereka juga engkar dan mula menunjukkan kebiadapan. Apabila lebih ramai polis datang, barulah mereka bersurai," katanya.

Bukan anti-PAS

Sehubungan itu, Ghazali menggesa polis supaya bertindak dengan adil dan memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang.

Sementara itu, Setiausaha PERKASA Negeri Sembilan, Alias Mohamad yang turut hadir semasa kejadian itu semalam, ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini berkata bahawa mereka bukanlah anti-PAS tetapi sekadar menyatakan bantahan terhadap Mat Sabu.

Kami bukan menentang PAS secara keseluruhan tetapi hanya menyatakan bantahan kami terhadap Mohamad Sabu yang menyakitkan perasaan banyak anggota tentera.

"Ramai bekas anggota tentera hadir malam tadi dan mereka kecewa dengan kedegilan Mat sabu dan keenggannya meminta maaf berhubung kenyataannya.

"Dia yang diiktiraf komunis dan memartabatkan komunis.

Apabila diminta mengulas mengenai beberapa penyokong PAS yang cedera itu, Alias berkata PERKASA hanya mahu menyerahkan memorandum tetapi dihalang.

"Kami hanya mahu menyerahkan memorandum bantahan tetapi kami telah dihalang oleh penyokong PAS. Ini menyebabkan keadaan panik dan kejadian seumpama itu tidak sepatutnya berlaku.

"Tetapi saya difahamkan seorang daripada ahli kami juga terkena simbahan air panas daripada sumber yang tidak diketahui," katanya.

Setan Perkasa

Hudud : DPPNK Sambut Baik Kenyataan Khairy

Posted: 24 Sep 2011 09:39 PM PDT

http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/307958_10150393788203140_269683628139_10142913_1408598385_n.jpg


Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) menyambut baik kenyataan Yang Berhormat Khairy Jamaluddin, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia yang dilaporkan menggesa kerajaan Pusat agar melakukan pindaan perlembagaan bagi membolehkan kerajaan Kelantan melaksanakan hudud. Kenyataan Khairy tersebut dilaporkan di dalam akhbar Mingguan Malaysia, hari ini 25 September 2011 di halaman 11.

Melihat kepada Mingguan Malaysia yang merupakan lidah UMNO sendiri, DPPNK penuh yakin bahawa kenyataan tersebut benar-benar dinyatakan oleh Khairy dan bukannya merupakan manipulasi berita semata-mata.

Justeru, DPPNK menyambut baik dan menyifatkan kenyataan Khairy itu mewakili suara Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia keseluruhannya yang mahukan agar Kelantan diberikan peluang untuk melaksanakan hudud seperti yang telah dibentangkan hampir 20 tahun yang lampau.

Sekalipun bertentangan dengan pandangan Presidennya sendiri, DPPNK mengharapkan agar Khairy dapat meneruskan desakan ini di peringkat parti dan kerajaan serta tidak tunduk dengan mudah kepada ugutan parti MCA dan Gerakan seperti yang ditunjukkan oleh Presidennya. DPPNK sifatkan Khairy sebagai seorang jauh terbuka dan berani berbanding dengan mana-mana pemimpin yang ada di dalam UMNO.

DPPNK berharap agar cadangan Khairy ini turut disambut baik oleh Pergerakan Pemuda UMNO Kelantan dan juga pimpinan UMNO di negeri Kelantan demi melihat undang-undang yang berteraskan syariah ini dapat dilaksanakan.

Sekian, wassalam.

Yang menjalankan tugas,

AHMAD FADHLI BIN SHAARI,

Ketua Penerangan,

Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK).

Bertarikh : 25 September 2011

Hudud: Mat Sabu dakwa ‘keris Umno tikam tuan’

Posted: 24 Sep 2011 08:10 PM PDT

KUALA LUMPUR, 25 Sept ─ Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan tindakan Umno menyerang PAS dengan isu hudud ibarat "keris makan tuan" apabila menerima tentangan daripada parti komponen perikatan itu.

Mohamad mendakwa sejak isu itu muncul semula minggu lalu, pelbagai percanggahan pandangan antara pemimpin Umno turut diketengahkan, menyebabkan parti komponen BN mula meragui pendirian Umno.

"Mungkin pemimpin tertinggi Umno fikir isu hudud boleh kuatkan kembali perpaduan BN.

"Tiba-tiba keris makan tuan apabila MCA dan Gerakan mengugut mahu keluar BN kerana isu hudud," kata beliau dipetik Harakahdaily hari ini.

Mohamad berkata isu hudud membuktikan Umno tidak pernah belajar daripada sejarah.

"Sejak berpuluh-puluh tahun terutama selepas PAS kembali memerintah Kelantan pada 1990, Umno mempermain-mainkan isu hudud untuk menakut-nakutkan orang bukan Islam kepada PAS.

"Tiba-tiba hari ini, Umno yang ditolak oleh majoriti pengundi bukan Islam," kata beliau sambil menambah, "lebih buruk lagi, parti-parti di dalam BN pula berbalah sesama sendiri kerana hudud."

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek serta pemimpin-pemimpin parti berkenaan sepatutnya sudah mengetahui pendirian Umno berhubung hukum hudud dan ia tidak perlu dijadikan isu.

Muhyiddin berkata pendirian Umno adalah sama seperti dahulu dan perkara itu sepatutnya tidak berbangkit di kalangan parti komponen Barisan Nasional (BN) kerana ia berbeza dengan PAS.

"Isu yang disebutkan oleh Chua tak berbangkit. Jangan timbul syak wasangka dalam pemikiran masyarakat Cina dan lain-lain termasuk masyarakat Islam tentang perkara itu.

"Bagi saya, pendirian yang kita ambil itu bukan baru tetapi sejak beberapa kepimpinan sebelum ini," katanya mengulas kenyataan Dr Chua bahawa MCA akan keluar daripada BN jika Umno melaksanakan hukum Hudud.

Sehubungan itu tegas Mohamad, PAS tidaklah terdesak untuk menggunakan isu hudud dengan harapan isu interpretasinya terhadap sejarah akan tenggelam ketika Umno dan BN semakin berbalah sesama sendiri.

"Umno dan BN semakin berbalah sesama sendiri kerana tindakan mendakwa saya.

"Bukan setakat kenyataan kenyataan Naib Presiden MCA sahaja yang memberikan gambaran kerajaan (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) tidak cerdik kerana pendakwaan tersebut, malah beberapa tokoh Umno sendiri menemui dan menghubungi saya secara peribadi menyatakan rasa tidak setuju terhadap serangan-serangan seperti histeria semata-mata kerana interpretasi sejarah," kata beliau.

Semalam, Naib Presiden MCA Gan Ping Sieu berkata, tindakan mendakwa Mohamad boleh memberi negatif tanggapan terhadap kerajaan.

Mohamad seterusnya berkata, walaupun kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad cuba memberikan gambaran yang negatif terhadapnya, "tetapi orang melihat kenyataan bekas Perdana Menteri mendedahkan sifat tidak cerdik kerajaan Najib kerana pendakwaan itu."

Hudud Satu Pencegahan dan Pendidikan, Bukan Hukuman- Dato' TG Nik Aziz Nik Mat

Posted: 24 Sep 2011 07:11 PM PDT

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

تِلْكَ حُدُودُ اللَّهِ وَمَنْ يُطِعِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ يُدْخِلْهُ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا وَذَلِكَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ(13
وَمَنْ يَعْصِ اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَيَتَعَدَّ حُدُودَهُ يُدْخِلْهُ نَارًا خَالِدًا فِيهَا وَلَهُ عَذَابٌ مُهِينٌ (14)- النساء: 13-14

Yang bermaksud : Itulah batas-batas (Syariat) Allah. Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam Syurga yang mengalir dari bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan itulah kejayaan yang amat besar. Dan sesiapa yang derhaka kepada Allah dan RasulNya, dan melampaui batas-batas SyariatNya, akan dimasukkan oleh Allah ke dalam api neraka, kekalah dia di dalamnya, dan baginya azab seksa yang amat menghina. – Surah Al-Nisa', ayat 13-14

Tema sambutan Hari Hududullah pada tahun 1432 Hijrah ini ialah "Hudud Satu Pencegahan dan Pendidikan, Bukan Hukuman". Bermakna perundangan Islam termasuk hukum hudud amat mengutamakan prinsip mencegah dan mendidik umatnya ke arah keharmonian hidup bermasyarakat. Oleh itu, di dalam al-Quran, perkataan hudud disebut sebanyak 11 kali di dalam 7 ayat yang dirangkumi di dalam 5 surah yang berlainan. Satu ayat daripadanya membicarakan tentang hukum hakam puasa, tiga daripadanya tentang hukum cerai dan iddah, dan satu ayat lagi membicarakan tentang hukum faraid atau pembahagian harta pusaka, seperti mana ayat tersebut di atas. Kemudian, satu ayat juga menceritakan sikap orang-orang munafik yang suka melanggar hudud Allah dan satu lagi membicarakan tentang hukum zihar.

Penelitian terhadap ayat-ayat tersebut memberikan kefahaman kepada kita bahawa hudud bukanlah bermaksud hukuman ke atas penjenayah terhadap kesalahan-kesalahan seperti mencuri, berzina dan minum arak sahaja, tetapi lebih luas lagi ia mencangkupi semua batasan syariat yang ditentukan oleh Allah SWT. Justeru, satu silap faham yang sangat dikesalkan apabila disebut hudud, maka digambarkan sebagai satu hukuman yang kejam terhadap pesalah. Malah dilabelkan pula sebagai undang-undang primitif yang ketinggalan zaman. Sedangkan setiap pekara yang dibatasi oleh syariat dengan hukum halal dan haram dalam kehidupan manusia adalah disebut "hududullah" (hudud Allah).

Contohnya makan minum, dihalalkan oleh Allah SWT tetapi memakan perkara yang haram dikira melanggar hudud Allah. Melunaskan tuntutan fitrah manusia untuk berpasangan dibenarkan oleh Allah SWT melalui ikatan perkahwinan dan diharamkan jika dilakukan melalui bersekedudukan tanpa berkahwin yang menyebabkan hubungan zina dan ia dianggap melanggar hudud Allah. Nyata sekali, setiap perkara yang haram, melanggar perintah Allah SWT, maka dianggap melanggar hudud Allah SWT. Rasulullah SAW mengumpamakan perbuatan melakukan perkara yang haram ini seperti menceroboh tanah larangan milik Allah SWT. Sabda Rasulullah SAW:

أَلَا وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمًى أَلَا إِنَّ حِمَى اللَّهِ فِي أَرْضِهِ مَحَارِمُهُ أَلَا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ

Yang bermaksud : Ketahuilah bahwa setiap raja mempunyai tanah larangan, dan ketahuilah sesungguhnya larangan Allah di bumiNya adalah hal-hal yang diharamkanNya. Ketahuilah bahwa di dalam tubuh ada seketul daging, apabila daging itu baik maka seluruh tubuh itu baik. Dan apabila daging itu rosak maka seluruh tubuh itupun rusak. Ketahuilah, itulah qalb. – Hadis riwayat Bukhari.

Kekeliruan

Saya menyebut hakikat ini kerana kekeliruan yang timbul atau sengaja ditimbulkan di dalam negara kita bahawa hudud ertinya hukuman ke atas pesalah. Maka hudud telah diwajahkan dengan wajah yang begitu buruk dan mengerikan. Seolah-olah apabila hukum hudud dilaksanakan, semua tangan akan dipotong dan semua batu akan dijadikan lontaran untuk pesalah. Kita masih terngiang-ngiang kata-kata sinis yang dilontarkan sedikit masa lalu yang menyatakan: "Jika mahu menikmati sup tangan, silalah ke Kelantan' dan "akan habislah batu-batu di Kelantan digunakan untuk melontar pesalah zina." Paling dukacitanya, kata-kata itu terbit daripada bibir orang Islam sendiri. Sekalipun kata-kata itu sudah lama diucapkan, tetapi kesannya telah memberikan imej yang negatif terhadap undang-undang Allah SWT.

Hasilnya, masyarakat bukannya semakin dekat dengan Islam tetapi semakin jahil dan semakin jauh daripada syariat Islam yang sebenar. Syariat Islam bukannya dilihat indah dam cantik, tetapi dilihat primitif, ketinggalan zaman, ouf of date dan sebagainya. Tanggapan seperti ini bukan sahaja berlegar di kalangan non muslim bahkan masyarakat umat Islam sendiri masih keliru di dalam memahami keindahan syariat Islam yang sebenar.

Kekeliruan dan kejahilan ini bertambah parah apabila beberapa isu agama yang berlaku sejak akhir-akhir ini tidak ditangani sebagaimana yang diajar oleh Islam. Natijahnya, Islam semakin dipandang serong oleh masyarakat. Isu-isu seperti larangan non muslim memasuki masjid dan juga bacaan al-Quran di pembesar suara misalnya, ditangani dengan wajah yang lebih cenderung ke arah sentimen tanpa bimbingan ilmu yang sebenar. Hasilnya, sentimen yang dibakar bertambah panas sedangkan panduan sebenar Islam diketepikan.

Saya sifatkan golongan yang menolak, menghina dan mengenepikan syariat Islam khususnya hudud merupakan golongan yang jahil dan tidak mengetahui keindahan syariat Islam itu sendiri. Sekalipun mungkin mereka beragama Islam, tetapi Islam yang dianuti hanya di ruang yang terbatas tanpa didaulatkan sebagai undang-undang yang memerintah. Hakikatnya, menolak undang-undang syariah samalah ertinya dengan menafikan kebijaksanaan Allah SWT selaku Pentadbir alam ini. Kalaulah seorang warganegara yang berani mengkritik undang-undang negaranya sendiri boleh dianggap sebagai menghina dan mempersendakan undang-undang tersebut, maka lebih besar kesalahannya jika seorang Islam berani mengkritik undang-undang Islam sebagai ketinggalan zaman dan tidak sesuai dengan masa, orang ini bukan sahaja mencabar kebijaksanaan dan kekuasaan Allah S.W.T, tetapi boleh menjejaskan imannya sebagai seorang muslim.

Saya yakin, sebahagian besar daripada masalah ini ialah kerana kejahilan terhadap keindahan undang-undang Islam itu sendiri. Justeru, Kelantan mengambil inisiatif untuk mengadakan sambutan Hari Hududullah setiap tahun dan pada tahun ini pula diadakan seminar undang-undang syariah peringkat kebangsaan untuk memberikan pendedahan dari masa ke semasa kepada masyarakat agar apabila tiba saat dan masanya yang membolehkan hudud dilaksanakan, ia akan dilaksanakan dengan penerimaan dan kefahaman daripada masyarakat yang sudah terdidik dengan maklumat-maklumat yang benar.

Optimis

Saya optimis, jika wajah sebenar undang-undang syariah didedahkan, tidak akan ada suara-suara sumbang yang menolak pelaksanaannya nanti. Kata cerdik pandai tidak kenal maka tidak cinta.

Sehubungan itu, besarlah harapan saya agar seminar ini dapat dilaksanakan dari masa ke semasa dan hendaklah dibuka penyertaannya kepada penyertaan masyarakat non muslim untuk datang mendengar dan mengemukakan persoalan agar setiap kemusykilan dapat dijawab oleh para ilmuan bukannya diperdebatkan di dada-dada akhbar sehingga menjadi isu politik yang bias.

Hasarat Kerajaan Negeri ialah untuk mempertingkatkan syiar Islam di Kelantan ini. Oleh itu, saya menyeru kepada semua jabatan kerajaan sama ada negeri atau pesekutuan agar sama-sama bertanggungjawab dalam meningkatkan kualiti iman di kalangan rakyat dengan berkerjasama menyeru kebaikan, mencegah kemungkaran dengan cara masing-masing. Mudah-mudahan kehidupan kita semua ini akan mendapat ihsan dan keberkatan dariNya.

Firman Allah SWT :

ولْتَكُنْ مِنْكُمْ أُمَّةٌ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Maksudnya: "Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru kepada kebajikan dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik serta melarang daripada segala yang salah. Dan mereka yang demikian ialah orang yang berjaya". –Surah Ali Imran, ayat 104.

Apa yang penting difahami bahawa hukum hudud ini bila dilaksanakan, bukannya pelaksananya adalah orang politik. Tetapi hakim yang akan menjatuhkan hukuman. Itupun setelah menjalani perbicaraan yang adil terlebih dahulu. Jadi tidak perlu untuk merasa gerun dan takut dengan hukum hudud kerana bimbang kononnya akan dikuasai oleh orang politik.

Justeru, saya mengharapkan agar tabiat menolak hudud ini dapat diperbetulkan agar jangan menjadi kebiasaan di kalangan masyarakat. Jika gejala penolakan ini tidak dibendung, saya bimbang menjadi satu trend yang sebenarnya membawa kesan yang tidak baik terhadap akidah umat Islam. Jangan merasakan ini sebagai satu isu yang mudah kerana mempertikaikan hukum hudud sebenarnya mempertikaikan Allah SWT.

Penegasan Allah

Sebagai mengingatkan kembali, hayatilah penegasan Allah mengenai hudud yang bertaraf "tilka" memberi makna kehormatan, ketinggian dan peringkat atasan dari segi keutamaannya. Bermakna ia perkara penting. Maka orang yang tidak menerima hudud Allah, orang itu adalah orang durhaka!

Hukuman-hukuman hudud akan dilaksanakan oleh orang yang pakar mengenainya. Penghukuman hudud ada orangnya yang kita panggil hakim. Ia adalah tugas hakim bukannya orang politik. Maka rakyat atau mereka yang ragu, tidak perlu bimbang.

Kita juga kena ingat balik kisah "riddah" pada zaman Saidina Abu Bakar menjadi khalifah. Keputusan beliau ialah mengisytihar perang terhadap golongan riddah. Lalu Saidina Abu Bakar menegaskan: "Usahkan orang tidak mengeluarkan zakat, orang yang tidak beri 'tali hidung' ('iqal) unta, aku akan perangi mereka." Ia bermakna perbuatan yang bersifat durhaka itu tidak bolleh dibiarkan, kerana bila dibiarkan akan rosaklah masyarakat (orang ramai).

Sama juga, dengan seseorang itu yang membiarkan bacaan fatihah secara tidak betul tajwid, akan berterusan dengan tidak betul. Sedangkan kerana bacaan tidak betul itu, mwenyebabkan ia berubah makna atau menjadi makna yang tidak betul.

Akhirnya, rakaman tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang telah istiqomah dan sentiasa mengambil tanggungjawab menjayakan misi hududullah ini.

*Olahan daripada ucapan pada Sambutan Hari Hududullah Negeri Kelantan, pada 22 Syawal 1432 bersamaan 20 September 2011, jam 10.40 pagi di Balai Islam Lundang, Kota Bharu.

Gambar Majlis Makan Malam Amal Bersama TG Nik Aziz Dan Ustaz Azhar Idrus

Posted: 24 Sep 2011 06:37 PM PDT

http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/317450_264030426963572_146443882055561_835086_1589027264_n.jpg

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/317450_264030430296905_146443882055561_835087_1160870179_n.jpg

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/317450_264030436963571_146443882055561_835088_916815832_n.jpg

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/317450_264030440296904_146443882055561_835089_478928768_n.jpg

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/317450_264030443630237_146443882055561_835090_1712693118_n.jpg

http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/302349_264031970296751_146443882055561_835095_2113948833_n.jpg

Isu Hudud: Penjelasan Lengkap Ucapan Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Terengganu

Posted: 24 Sep 2011 03:25 PM PDT

24hb September 2011

Saya tegaskan bahawa Pakatan Rakyat merupakan suatu muafakat utuh dan berlandaskan kejujuran mahukan Perubahan buat rakyat negara Malaysia. Oleh kerana itu, isu yang menyentuh kepentingan rakyat pastinya dibincangkan bersama kesemua wakil dari parti komponen serta keputusan yang dibuat merupakan pendirian bersama. Pun demikian Pakatan Rakyat berpendirian, setiap dari parti komponen sewajarnya mempunyai ruang untuk mengungkapkan keyakinan, faham serta ideologi terutamanya kepada pendokong mereka. Saya sendiri telah merujuk ke mahkamah syariah berkaitan tuntutan qazaf, dan pimpinan Pakatan Rakyat tidak pernah pula menghalang. Hakikatnya hanya Menteri Hal Ehwal Agama Umno yang bertindak menghalang saya dari meneruskan tuntutan qazaf tersebut. Selain itu Dato' Jamil Khir terpalit dengan tuduhan bahawa beliau menggunakan dana zakat bagi membiayai kos guaman kerana tidak memulakan pendakwaan terhadap Saiful Bukhari dalam tuntutan Qazaf saya. Permuafakatan Pakatan Rakyat bukanlah suatu bentuk usahama seperti Umno-BN yang sekadar mahu mendapat laba politik sehingga menafikan hak serta suara mereka yang tidak sehaluan.

Berkaitan hasrat Negeri Kelantan mahu melaksanakan hudud, saya berpandangan kita sewajarnya menghormati keputusan tersebut, namun pastinya ia tertakluk kepada beberapa perkara. Pertamanya persoalan Maqasid al Syariah, Matlamat Utama Syariah, iaitu menjamin keadilan untuk semua. Malah dalam karya saya yang berjudul Gelombang Kebangkitan Asia, tuntas saya ungkapkan keutamaan Maqasid al Shariah demi menjamin keadilan untuk semua. Justeru adalah baik untuk kita merenung beberapa aspek perundangan syariah yang berjaya dilaksanakan di Kelantan, maka tidak wajar buat saya menempelak atau meremehkan langkah tersebut.

Sebagai seorang Muslim, pastinya saya menjunjung tinggi perintah Allah SWT serta pesan-pesan Nya yang terkandung di dalam Al Quran. Apabila ditanya, apakah pandangan saya mengenai hudud di Malaysia dan isu berkaitan undang-undang syariah serta perlaksanaannya oleh mahkamah syariah di negara ini, jawab saya, dalam konteks masyarakat Malaysia, kita semua tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan. Oleh kerana itu perlaksanaan hukum Islam sewajarnya mengambil kira keberkesanan pentadbiran mahkamah syariah negara ini memastikan keadilan untuk semua. Menyentuh persoalan keadilan untuk semua, perlaksanaan undang-undang syariah semestinya menjamin hak bukan Islam tidak dicerobohi serta dizalimi. Saya menasihati rakan-rakan untuk meneliti kenyataan saya ini berasaskan muafakat yang tertera dalam Buku Jingga:

"Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153."

Namun apa yang saya kesalkan adalah hipokrisi Umno-BN memperalatkan isu hudud ini sebagai permainan politik. Pimpinan Umno-BN tidak pernah berhasrat membincangkan isu ini secara tuntas dan serius. Mantan perdana menteri, Dr Mahathir menolak bulat-bulat malah mempersendakan peranan undang-undang syariah serta beberapa pesan yang dianggap sebahagian dari sunnah Rasulullah SAW. Media yang dikuasai pemerintah pula mencanangkan kononnya undang-undang syariah sebagai suatu warisan zaman primitif. Harus diingat, pandangan beberapa kerat pimpinan Umno yang mempersenda hukum Islam ini sesungguhnya tidaklah mewakili umat. Waima mutakhir ini beberapa pimpinan Umno memperlihatkan diri sebagai jagoan memperjuangkan Islam, manakala seringkali pula mereka menuduh pimpinan Pakatan Rakyat sebagai pengkhianat agama dan bangsa, sedangkan yang sering dilaung-laungkan oleh pimpinan Umno-BN sekadar retorika membakar sentimen serta sering tersasar dari kehendak syariah yang mahukan kemaslahatan untuk rakyat.

ANWAR IBRAHIM

Shorter version in English of the statement above hereby attached.

The implementation of hudud in the state of Kelantan must in all circumstances be subject to the maqasid al Shari'a, that is, the Higher Objectives of the Shari'a, the most paramount of which is to ensure justice for all, regardless of race, status or religion. This warrants the existence of Shari'a judges who are capable of dispensing justice without fear or favour and a Shari'a judicial system which is independent of political pressure or other kinds of influence that would impair its functions in the administration of justice.
As a Muslim, I am bound by the commandments of my religion including the injunctions as ordained in the Holy Qur'an. As I have stated before, the right to practice one's faith is a fundamental freedom that is guaranteed by the Federal Constitution. In this regard, it must be stressed that non-Muslims are and must continue to be in all circumstances exempt from the Shari'a jurisdiction. This view is perfectly consistent with the position of the Pakatan Rakyat as laid out in the Orange Book:

"…to defend the Federal Constitution, to uphold the position of Islam as the religion of the Federation, to ensure that other religions may be professed and practiced fully, and to safeguard the special position of the Malays and the natives of Sabah and Sarawak as well as the interests of other races in line with Article 153."

We condemn the hypocrisy of UMNO and Barisan Nasional in exploiting the hudud issue for political mileage. Even more deplorable are the sinister machinations orchestrated by UMNO in attempting to stoke the fires of ethnic and religious tension by repeatedly playing up the issue in their media.

To the non-Muslim audience, they project an anti-Shari'a stance even on some occasions rubbishing it as a primitive system while to the Muslim audience; they relentlessly attack Pakatan Muslim leaders as being traitors to their religion and race by consorting with non-Muslim leaders. Without doubt these actions are part and parcel of the overall plan to drive a wedge in the Pakatan coalition and bring about internal strife and in the process hope to weaken the coalition and the chances of victory in the next elections

I would like to stress that Pakatan Rakyat is a coalition built on the principle of consensus and mutual trust and respect. We hold firm to the conviction that any issue which affects the interest of the people must be discussed frankly in a civilized manner with the objective of seeking an amicable resolution. We also believe that each and every component party of the coalition should be given its legitimate right to explain its position on significant issues to its members.

ANWAR IBRAHIM

Tiada ulasan: