Jumaat, 23 September 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Jalur Gemilang: DAP gantung Adun Kota Alam Shah

Posted: 23 Sep 2011 10:09 AM PDT

KUALA LUMPUR, 23 Sept — Adun Kota Alam Shah M. Manoharan digantung oleh partinya selama enam bulan berhubung satu kenyataan tentang Jalur Gemilang menerusi Facebook, minggu lalu.

Keputusan diambil oleh jawatankuasa disiplin parti hari ini.

Manoharan berkata beliau telah menerima surat penggantungan dan akan membuat rayuan, demikian lapor The Star Online.

Dalam pada itu, Bernama Online memetik pengerusi jawatankuasa tersebut Tan Kok Wai berkata: "Kami memutuskan untuk menggantungnya selama enam bulan kerana kami berpendapat ulasannya amat serius."

"Keputusan itu dibuat selepas mempertimbangkan bahawa dia telah memohon maaf dan menarik balik kenyataan itu," katanya.

Manoharan dikecam berhubung entri dalam Facebooknya yang mencadangkan supaya Jalur Gemilang diubahsuai kerana reka bentuk sekarang menyerupai bendera Barisan Nasional dan tidak melambangkan Malaysia.

KITA - Ketuanya kehulu ahli-ahlinya ke hilir.

Posted: 23 Sep 2011 05:00 AM PDT

Parti KITA sedang menghadapi masalah dan krisis yang agak besar tetapi parti ini merupakan parti yang masih kecil dan belum lagi mempunyai apa-apa 'consequence' kepada politik negara kita. KITA adalah parti lama yang diperbaharui namanya dan ianya diketuai oleh Zaid Ibrahim yang kita semua kenal.

Saya dijemput untuk menghadziri majlis pelancarannya di Sime Darby Convention Center tahun lepas dalam satu upacara yang agak gemilang dan 'impressive' penampilannya. Parti yang bernama baru itu baru setahun jagung umurnya dan masyarakat belum lagi melihat parti ini sebagai parti yang mendapat perhatian rakyat. Parti ini hanya dikenali sebagai parti yang sinonim dengan Presidennya yang terkenal itu, Zaid Ibrahim.

Saya adalah orang yang agak 'familiar' dengan wajah-wajah dan individu dalam parti ini termasuklah Presidennya sendiri Datuk Zaid Ibrahim yang saya kenali sejak 40 tahun dahulu. Dari awal lagi saya melihat KITA adalah parti yang seolah-olah kepunyaan Zaid Ibrahim sendiri dan telahan saya yang parti ini akan menghadapi masalah sekarang menjadi kenyataan.

Saya sudah mengagak yang KITA akan hanya menjadi parti Zaid Ibrahim dan perlembagaannya adalah perlembagaan Zaid Ibrahim dan cara mentadbirnya adalah cara Zaid Ibrahim. Saya pernah bertanya kepada salah seorang yang rapat dengan saya baru-baru ini sebelum berlakunya perbalahan di dalam parti ini samada KITA telah mengadakan mesyuarat Majlis Tertinggi atau apa-apa nama yang diberikan kepada barisan pimpinan parti itu.

Saya diberitahu TIDAK ADA. Dengan jawapan itu saya sudah mengagak yang parti ini belum lagi dikendalikan secara sebuah parti yang dipunyai ahli-ahlinya. Parti ini hanya bergerak mengikut kemahuan dan kehendak Presidennya sahaja iaitu Datuk Zaid Ibrahim.

Tetapi kita lupakan isu KITA tidak berfungsi sebagaimana yang dikehendaki oleh sebuah parti, tetapi yang lebih penting lagi Presiden dan ahli-ahlinya tidak sehaluan dalam pandangan dan arah tuju politik masing-masing.

KITA dianggotai oleh ahli yang tidak sebulu dengan parti-parti pemerintah. Ramai di antara mereka adalah bekas ahli PKR yang menyokong Zaid Ibrahim dan sekarang mempunyai ahli seramai 600 orang dan bukannya sebagaimana yang diberitakan seramai 3000 orang oleh pejabat KITA.

Tetapi perkembangan terakhir kini Presidennya telah bermain politik apologetic terhadap BN malahan Zaid telah memohon maaf daripada Najib kerana kononnya beliau tersilap anggapan yang Najib tidak akan berani memansuhkan ISA. Pemansuhan ISA merupakan alasan yang 'expedient' bagi Zaid untuk kembali rujuk terhadap kepimpinan kerajaan yang pernah beliau sertai dan ditinggalkannya dahulu.

Zaid mempunyai hak untuk mengalih dan menganjak pendirian beliau tetapi beliau tidak boleh lupa yang parti pimpinannya ada ahli-ahli dan beliau tidak pernah merujuk dan bertanya kepada ahli-ahli partinya sebelum mengalih dan menganjak pendirian dan pandangan beliau maka sekali lagi Zaid meninggalkan orang-orang yang menyokongnya dan pandangan rakan-rakan beliau sendiri percaya yang Zaid hanya main politik peribadi yang menebal.

Sekarang saya hampir percaya seperti apa yang diadukan oleh beberapa ahli senior parti itu yang beliau menganngap yang KITA itu adalah parti peribadi beliau dan betullah cerita yang saya dengar beliau pernah berkata kepada pemimpin-pemimpin parti itu, "This is my party, you do the way I ask you to do".

Kalau benar kata-kata ini terluah dari mulut Zaid, maka kita boleh nilailah Zaid ini samada beliau ada semangat 'team work' yang sangat diperlukan oleh parti politik lebih-lebih lagi parti yang begitu kerdil dalam politik negara ini.

Usaha ramai di antara ahli-ahli parti ini untuk mendesak beliau meletakan jawatan itu adalah isu yang tidak memeranjatkan sesiapa lagi. Bagi saya Zaid tidak mempunyai 'future' lagi dalam politik kecuali orang yang melobi untuk beliau (Zaid) kembali menyertai Kabinet itu berjaya melakukannya.

http://aspanaliasnet.blogspot.com/2011/09/kita-ketuanya-kehulu-ahli-ahlinya-ke.html

Hudud: Soi Lek tak faham pendirian Umno, kata Muhyiddin

Posted: 23 Sep 2011 04:04 AM PDT

Oleh Yow Hong Chieh

BANGI, 23 Sept — Kata dua Presiden MCA Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek hari ini bahawa ia akan keluar Barisan Nasional (BN) jika hukum hudud dilaksanakan menunjukkan beliau tidak faham pendirian Umno dalam isu tersebut, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan perdana menteri berkata Umno sentiasa jelas bahawa ia menyokong hudud secara prinsip tetapi tidak boleh menggubal satu akta sebab Malaysia tidak bersedia ke arah itu.

"Saya percaya kemungkinan Datuk Chua Soi Lek tidak faham pendirian sebenar (Umno) dalam soal (mengenai hudud)," kata beliau kepada pemberita di Universiti Kebangsaan Malaysia di sini.

Muhyiddin berkata hudud bukan satu isu dalam BN memandangkan Umno dan PAS masing-masing berbeza pegangan politik — seakan antara "langit dan bumi."

Oleh itu katanya, masyarakat Cina tidak seharusnya menjadi mangsa keraguan kononnya Umno mahu melaksanakan hukum hudud.

Pagi tadi, MCA berkata ia akan meninggalkan BN jika Umno mahu melaksanakan hukum hudud.

"Pendirian MCA sangat jelas. Kami akan menentang dengan keras hukum hudud. Jika Umno mahu melaksanakan hudud, kami akan menarik keluar dari Barisan Nasional . . . sangat mudah," kata Dr Chua.

Semalam, Muhyiddin berkata hukum hudud masih belum sesuai untuk dilaksanakan di negara ini.

Muhyiddin berkata, hukum Allah itu akan hanya dapat dilaksanakan sekiranya keadaan negara ini benar-benar kondusif dengan memastikan keamanan dan keadilan benar-benar wujud terlebih dahulu.

Beliau berkata sebagai negara berbilang bangsa, agama dan kepercayaan, Malaysia masih belum bersedia untuk memperkenalkan hukum hudud seperti mana yang dilaungkan oleh pemimpin PAS.

"Pendirian kita (Umno) bahawa di Malaysia, kita tak boleh melaksanakan dalam situasi dan keadaan sekarang. Saya tak fikir dalam keadaan sekarang ia sesuai untuk dilaksanakan. Itu pandangan kita. Kita tak persoalkan nak melaksanakan hukum hudud," katanya.

Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan berhasrat untuk terus melaksanakan hukum hudud di Kelantan biarpun ditentang rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang.

Hudud: Mengapa Pakatan Rakyat perlu melatah?

Posted: 23 Sep 2011 01:01 AM PDT

Komentar Roketkini

23 SEPTEMBER – Kadang-kadang apabila difikirkan, memang letih melayan karenah ahli-ahli politik Malaysia, tidak kira dari mana parti sekali pun. Telatah mereka seolah-olah tidak menggambarkan cita-cita rakyat, sebaliknya sibuk dengan agenda peribadi masing-masing.

Isu terbaru tentang hudud, atau lebih tepat lagi, isu yang dikitar semula dari semasa ke semasa, lebih mencerminkan permainan politik daripada penegasan mengenai akidah atau agama.

Apabila Tun Dr Mahathir Mohamad yang sentiasa dahagakan publisiti mencabar PAS supaya melaksanakan hudud di Kelantan, kepimpinan parti itu menempelak bekas Perdana Menteri yang telah menghantar suta pada 1994 mengugut mahu mengambil tindakan undang-undang jika Kelantan bertegas mahu melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (II) berkaitan hukum hudud.

Apabila Pengerusi DAP Karpal Singah menolak pelaksanaan hudud kerana bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat dilaporkan berkata beliau rela jika DAP mahu keluar daripada Pakatan Rakyat kalau tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu melaksanakan hukum hudud.

Maka ghairahlah pecacai UMNO, termasuk media kawalan mereka serta blogger upahan, memulakan serangan terhadap Pakatan Rakyat terhadap apa yang digambarkan sebagai keretakan dalam Pakatan.

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pula menyokong hasrat PAS Kelantan walau pun menambah bahawa undang-undang hudud itu perlu melindungi hak bukan Islam, di samping menegaskan perkara itu tidak pernah dibincangkan oleh pucuk pimpinan Pakatan Rakyat.

Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menyatakan UMNO tidak pernah menolak hudud, cuma keadaan sekarang tidak sesuai untuk dilaksanakan hukun jenayah cara Islam itu.

Baru sahaja para penyokong dan blogger upahan UMNO memulakan serangan terhadap Pakatan, tiba-tiba MCA pula mengugut untuk keluar dari Barisan Nasional jika UMNO mahu melaksanakan hukum hudud.

"Pendirian kami sangat jelas. UMNO mahu melaksanakan hudud, MCA bukan pihak dalam hal itu. Kami akan keluar," katanya kepada pemberita hari ini.

Pendirian PAS dan MCA

Pendirian PAS dan MCA ini telah menyulitkan usaha pecacai UMNO untuk memburukkan Pakatan Rakyat.

Pertama, bagi mereka yang selama ini mencanangkan bahawa PAS adalah kuda tunggangan DAP yang berprinsip demokrasi sekular, pendirian Nik Aziz telah membuktikan PAS tidak tunduk kepada mana-mana tekanan luar.

DAP juga tidak tunduk kepada tekanan untuk mengubah pendirian demokrasi sekular serta demokrasi sosial yang menjadi prinsip perjuangannya. Ini selaras dengan amalan Pakatan di mana setiap parti komponen adalah rakan kongsi setara atau equal partnership tanpa sebarang dominasi, seperti yang diamalkan dalam BN di mana UMNO menjadi dalang utama.

Kedua, pendirian MCA yang mungkin dikongsi oleh parti-parti komponen pelbagai kaum dalam BN akan menyebabkan segala tohmahan terhadap PAS, DAP dan PKR akan terpalit semula kepada muka mereka yang membuat tuduhan.

Dan semua ini berlaku tidak sampai seminggu selepas Datuk Seri Najib Razak dengan bangganya mengumumkan bahawa Malaysia akan dijadikannya negara demokrasi terbaik di dunia.

Kembali kepada Dasar Bersama Pakatan

Bagi Pakatan Rakyat, apa yang dikatakan masalah itu boleh diselesaikan melalui dialog dan rundingan, selaras dengan budaya politik baru yang mahu Pakatan perkenalkan tanpa sebarang paksaan yang biasa diamalkan oleh kerajaan UMNO-BN.

Rujukan yang ada untuk Pakatan ialah Perlembagaan Persekutuan yang mana ia telah dijadikan asas kepada Dasar Bersama Pakatan Rakyat.

Tiga perkara pertama yang menjadi pedoman Dasar Bersama adalah komitmen untuk:

* Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di negara ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain sejajar dengan Perkara 153.

* Mempertahankan peranan dan tanggungjawab institusi Raja berperlembagaan.

* Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu selari dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan memperluaskan Bahasa Melayu sebagai lingua franca serantau, melindungi dan memperkukuhkan penggunaan bahasa ibunda semua kaum, serta meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris demi memperbaiki daya saing Malaysia di peringkat global.

Inilah intipati Pakatan untuk mencapai cita-citanya, sebagaimana yang dicerminkan melalui slogan "Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia".

Seperti mana yang pernah dikatakan oleh Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali awal tahun ini, hudud bukan agenda dalam Dasar Bersama Pakatan.

"Hudud tak termasuk dalam agenda Pakatan Rakyat, kalau PAS mempunyai kuasa mutlak… dapat dua pertiga majoriti dalam Parlimen, perkara pertama yang akan dilakukan PAS bukan hudud," katanya.

Sebagaimana DAP tidak memaksa Pakatan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan untuk menerima ideologi demokrasi sosial atau menjadikan negara sekular sepenuhnya, tidak perlu bagi mana-mana pihak untuk memaksa penerimaan perjuangan masing-masing.

Kerjasama melalui tolak ansur dan sikap saling faham-memahami telah memperkukuhkan Pakatan sejak Mac 2008. Mengapa mahu dipecahkan perpaduan yang telah dimeterai itu?

Melatah kerana helah Mahathir?

Jika semata-mata kerana usikan Dr Mahathir pun sudah tidak terkawal perasaan, mungkin semua pihak berlu kembali bermuhasabah diri untuk menenangkan keadaan.

Lagi pun ia cuma perencanaan mainan politik Dr Mahathir yang memang diakui hebat dalam percaturan batu api. Bukan sahaja pembangkang diserangnya, pemimpin UMNO dan BN yang dibencinya turut menjadi mangsa.

Bagi Dr Mahathir, mungkin ia hanya satu cara untuk memberitahu Najib bahawa dialah (Mahathir) yang paling hebat dan mampu memecahbelahkan perpaduan Pakatan bagi menjamin kemenangan besar Perdana Menteri dalam pilihan raya umum akan datang.

Ini bermakna isu hudud sekarang ini dijadikan oleh Dr Mahathir sebagai bahan politiknya untuk memaksa Najib supaya akur dengan kehendaknya.

Agenda politik Mahathir dan Najib tidak ada kena-mengena dengan perjuangan murni Pakatan yang perlu ditumpukan demi kebaikan rakyat semata-mata.

Pakatan mahu membebaskan rakyat semua kaum dan agama dari UMNO-BN yang dibelenggu rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan, serta membawa era baru dalam usaha menambah pendapatan, mengurangkan beban kewangan dan peluang-peluang ekonomi, pendidikan dan pekerjaan yang lebih baik.

Dalam hal ini, mengapa Pakatan Rakyat perlu melatah? – Roketkini.com

BN Sabah digesa henti penjualan pulau serta-merta

Posted: 23 Sep 2011 12:00 AM PDT

(Oleh: Masdar Wahid)

SABAH: KEADILAN mendesak kerajaan Barisan Nasional di Sabah menghentikan penjualan pulau-pulaunya serta-merta, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP), parti itu, Dr Roland Chia Ming Shen.

Beliau yang juga Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri (MPN) menegaskan, penjualan itu mengundang ancaman keselamatan di negara ini.

"Kita mendesak kerajaan Sabah umumkan siapa pemilik pulau-pulau itu dan mungkinkah ia diberi kepada kroni,"

"Kedua, kita juga menuntut kerajaan negeri dedahkan sejak bila pemilik tanah memiliki geran dan atas tujuan apa penjualan pulau itu dibuat," katanya dihubungi Keadilandaily.com hari ini.

Roland bimbang jika penjualan itu tidak dihentikan, ia bakal mengundang ancaman pengganas.

"Dalam keadaan pulau tidak dijual pun, rakyat kita diculik seperti yang kerap berlaku di Semporna, inikan pula jika pulau-pulau kita dijual," tegas beliau.

Beliau mengulas kemarahan rakyat Sabah berhubung penjualan pulau Mengalum, Pandanan dan Montukod yang dijual menerusi pusat pasaran talian terus berpangkalan di Toronto, Kanada.

Pulau Mengalum terletak di luar pantai Kota Kinabalu seluas 101 hektar, dijual kepada umum pada harga AS$18 juta.

Pulau Pandanan berdekatan Semporna (empat hektar) pula dilapor dijual pada harga AS$2 juta dan Pulau Montukod, kira-kira satu kilometer di luar Kinarut (kira-kira tujuh hektar) dijual dengan harga AS$11.266 juta.

Kelmarin, Pengarah Jabatan Tanah dan Ukur negeri, Datuk Osman Jamal memberitahu, penjualan pulau itu boleh dilakukan kreana ia 'milik persendirian'.

Sementara itu Datuk Seri Musa Aman selaku Ketua Menteri kekal membisu walaupun penjualan tiga pulau Sabah itu sudah lama diperkatakan di internet.

Sebelum ini, Pensyarah Undang-Undang Universiti Malaysia Sabah (UMS), Marja Azlima Omar menasihatkan kerajaan Sabah segera menamakan 250 pulau di negeri itu.

Ini kerana Marja bimbang pulau-pulau itu berdepan tuntutan negara jiran seperti berlaku dalam kes pulau Batu Putih.

Lebih 500 pulau wujud di Sabah dengan separuh daripadanya tidak mempunyai nama termasuk 55 di Tawau, daerah yang bersempadan dengan Indonesia.

Pasport Siapa Ni?

Posted: 22 Sep 2011 11:30 PM PDT

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/311562_10150306705668277_528348276_8143962_1302014392_n.jpg


Dari facebook Azmie Taha. Ditemui sekelompok paspot warga asing dibuang dalam semak pada tahun 2009, dipercayai selepas diguna lepas mengundi PRU 2008, namun masih menjadi misteri. Agak2 anda kenapa jadi begini?

'MCA akan berpisah dengan Umno jika laksana hudud'

Posted: 22 Sep 2011 10:30 PM PDT

Hazlan Zakaria

MCA hari ini mengulangi pendiriannya yang anti-hudud sehingga akan sanggup berpisah dengan sekutu lamanya, Umno, jika parti Melayu itu melaksanakan perundangan Islam itu.

Presidennya, Datuk Seri Chua Soi Lek berkata, jika Umno mahu melaksanakan hudud, MCA tidak mahu menjadi sebahagian daripadanya.

Beliau menegaskan demikian dalam satu sidang akhbar selepas mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan persidangan menjadikan negara berpendapatan tinggi satu realiti, di Subang Jaya hari ini.

Bagaimanapun, katanya, beliau memahami bahawa sebagai orang Islam, orang Melayu dalam Umno mesti menerima hudud tetapi beliau menghargai hakikat bahawa tiada pemimpin Umno yang mendesak pelaksanaannya, tidak seperti PAS yang mahu berbuat demikian.

"Apa yang jelas ialah MCA menentang hudud," katanya dengan tegas.

Chua mengulas kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam bahawa Umno sebagai parti orang Islam, mesti menerima undang-undang hudud, sambil berkata bukan lagi masanya bagi perundangan Islam itu dilaksanakan di Malaysia yang penduduknya berbilang agama.

Ust Azhar Idrus- Tolak Hudud & Persenda Hal Agama

Posted: 22 Sep 2011 10:00 PM PDT

Jika Pakatan Rakyat menang, ini pasti berlaku kepada Malaysia...

Posted: 22 Sep 2011 09:30 PM PDT

Oleh Iskandar Dzulkarnain

Semua pasti tertunggu-tunggu akan pengumuman tarikh pilihan raya umum yang akan datang. Ia mungkin berita paling sensasi buat semua. Ramai yang tahu siapa yang akan menang. Orang BN atau penyokong BN tidak sabar untuk mengetahui keputusannya, begitu juga orang Pakatan, atau penyokong-penyokong Pakatan Rakyat yang diketuai oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jika Anwar berjaya mengalahkan Perdana Menteri BN, Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang dijangka, keadaan akan parah bagi parti Barisan Nasional yang telah memerintah selama 5 dekad. Ada juga bercakap tentang pengaliran keluar wang yang banyak dan bagaimana ratusan mesin pencarik telah disiap sediakan untuk mencarik semua dokumen yang dikhuatiri boleh menjadi bukti. Sememangnya akan berlaku huru-hara selepas PRU ke -13, tetapi itu sememangnya adalah sebahagian dari politik dan politik sememangnya kotor.

Kini, penyokong Pakatan Rakyat semakin yakin bahawa PRU yang ke-13 adalah pengakhiran untuk BN atas pelbagai sebab. Mudah-mudahan, mereka tidak terlalu mudah merasa selesa hanya dengan keputusan pungutan suara yang diadakan baru-baru ini yang menunjukkan peratusan populariti Najib telah menjunam sebanyak 6 peratus. Perjuangan ini jauh dari berakhir.Ssebenarnya ia belum pun bermula. Jadi, sebelum DAP, PAS dan PKR mula bergembira atas 'kemenangan' itu (ya, ramai Ahli Parlimen dan ADUNs sudah pun mengucapkan tahniah kepada masing-masing!), mereka benar-benar harus mengggunakan lebih banyak masa mengatur strategi dan jentera mereka yang masih jauh dari memuaskan.

Tetapi bagi kita, rakyat Malaysia yang tidak bertanding, kita boleh cuba membayangkan masa depan tanpa BN. Bagaimanakan kehidupan dengan Pakatan?

Rakyat akan meraikan kemenangan

Akan disaksikan adalah sambutan kemenangan besar-besaran di kawasan bandar dan daerah di seluruh Negara. Orang ramai pasti keluar di jalanan dengan senyuman gembira dan bersama-sama menyambut kemenangan dengan sorakan selepas tumbangnya rejim angkuh dan sombongan itu.

Pembaharuan yang sudah lama ditunggu-tunggu akan dilaksanakan dengan seberapa segera sejurus selepas Parlimen bersidang. Apa yang boleh dilaksanakan secepat mungkin akan diumumkan dalam media. Kerajaan Pakatan yang baru akan melancarkan kempen untuk menerangkan dan mendidik semula rakyat tentang hak-hak asasi mereka.

Rakyat Malaysia akan diseru untuk bersatu dan memberi layanan yang sama rata di antara satu kaum dengan kaum yang lain. Kekok pada mulanya, akan tetapi, rakyat Malaysia akan mula menerima kenyataan dan berganding tangan untuk menyatakan bahawa kita semua adalah rakyat Malaysia tanpa mengira warna kulit dan keturunan.

Sedikit demi sedikit, pengenalan diri, sijil lahir dan passpot akan tidak lagi mempunyai ruang untuk pengenalan kaum. Agama juga mungkin tidak dinyatakan di masa hadapan, apabila rakyat Malaysia mula menghargai kebebasan yang baru dikecapi. Akta Perhubungan Kaum juga akan diluluskan untuk memastikan sikap perkauman boleh disabitkan sebagai kesalahan dibawah undang-undang.

Sikap perkauman sememangnya tidak akan hilang dengan begitu cepat. Namun, pada masa ini, ia tidak mungkin akan disabitkan sebagai satu kesalahan. Bila suasana sudah berubah, semakin ramai yang akan berani untuk meruntuhkan tembok penghalang dan mula menerima setiap orang dengan identitinya sendiri. Persahabatan tanpa mengira kaum akan berkembang dan menular disegenap tempat. Ini sememangnya sesuatu yang harus disuburkan dan bukanlah dikekang.

Meritokrasi dan persaingan sihat akan mula diamalkan di Malaysia, untuk hari esok yang lebih cerah. Kerajaan juga akan mencari jalan untuk membantu yang lemah. Rakyat Malaysia akan keluar dari tempurung mereka dan berani untuk melakukan kelainan. Sekarang sudah tiada orang yang akan mengahalang mereka dari melakukan itu dan ini.

Berakhirnya segala jenis penindasan

Satu Suruhanjaya Diraja akhirnya akan dibentuk untuk menyemak dan mentransformasikan Polis Diraja Malaysia agar bertaraf dunia, dan menjadi sebuah organisasi abad ke-21 yang cekap, bersih dan amanah. Berdedikasi untuk memberi khidmat kepada rakyat dan negara dengan integriti dan menghormati hak asasi manusia, dan pada pada masa yang sama mengekalkan sikap berkecuali dengan sepenuhnya.

Satu lagi Suruhanjaya Diraja akan ditubuhkan untuk memastikan bahawa Angkatan Tentera Malaysia tidak sama sekali akan terlibat dalam mainan politik dan bebas dalam menjalankan tugas mereka. Mereka juga akan diingatkan bahawa tugas mereka adalah kepada Raja dan negara dan akan mempertahankannya tanpa melayan permintaan ahli-ahli politik rakus. Ini sudah pasti bukan skop kerja Angkatan Tentera Malaysia.

Badan Kehakiman akan dirombak untuk mencerminkan kebebasannya yang mutlak. Ia juga untuk memastikan 'check dan balance' badan Eksekutif dan Perundangan sistem kerajaan Malaysia.

Sementara itu, perkhidmatan awam juga akan menyaksikan perubahan yang baik di mana gaji akan naik lebih berpadanan dengan pasaran semasa. Ini boleh berlaku apabila pembaziran yang tidak munasabah telah dipotong. Kerajaan Pakatan Rakyat akan melaksanakan latihan semula untuk memastikan pekerja mahir adalah mencukupi bagi pasaran kerja. Kabinet juga akan melihat pengecilan dengan pelupusan Kementerian dan jawatan Menteri yang tidak penting.

Akta Keselamatan Dalam Negeri yang kuno dan usang, Akta Rahsia Rasmi, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan Akta, Akta Hasutan dan Ordinan Darurat juga akan dimansuhkan.

Orang ramai akan digalakkan untuk bersuara tanpa rasa takut, manakala media arus perdana yang selama ini dikawal oleh BN akan diberi kebebasan untuk menyiarkan kebenaran yang tidak diputar-belitkan dan pada masa yang sama menjaga etika kewartawanan tanpa ada berita palsu yang mengelirukan.

Kita semua bersaudara

Status bumiputera tidak akan dihapuskan seperti yang ditakuti tetapi kerajaan akan memastikan bahawa ini akan secara beransur-ansur diperluaskan kepada orang lain.

Kerajaan juga akan menjalankan projek-projek untuk melebarkan akses internet kepada penduduk luar bandar, dalam usaha untuk mewujudkan rakyat yang celik dan berilmu.

Kebarangkalian besar, Bahasa Inggeris sekali lagi akan menjadi medium pengajaran Sains dan Matematik. Sekolah vernakular mungkin akan dimansuhkan untuk menjadi sekolah kebangsaan di mana bahasa Melayu dan Inggeris adalah medium pengajaran. Pilihan akan diberi untuk mempelajari bahasa Cina atau Tamil sebagai bahasa ketiga yang wajib. Kebanyakan pendidik percaya semangat nasionalisme bermula dari usia muda, dan dengan memisahkan kanak-kanak hanya akan membawa kepada perpecahan.

Tadbir Urus akan dilakukan dengan system Kompetensi, Akauntabiliti dan Ketelusan (CAT) dan akan dilaksanakan di peringkat Persekutuan, dan juga di semua negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan. Ini akan menyekat perbuatan rasuah. Kronisme juga akan pupus setelah amalan wajib tender dilaksanakan.

Anwar dan pasukannya juga akan melaksanakan latihan semula secara besar-besaran untuk memastikan pekerja-pekerja menjadi cukup mahir bagi pasaran kerja. Mereka juga akan mengkaji semula polisi-polisi yang sedia ada dan mengurangkan buruh asing yang tidak perlu yang menyekat kemajuan ekonomi negara dan boleh menimbulkan risiko kepada keselamatan kita. Kilang-kilang dan perladangan akan digalakkan untuk beralih kepada automasi penuh untuk menangani pergantungan yang semakin meningkat terhadap tenaga kerja asing.

Ekonomi akan kekal sebagai suatu cabaran besar buat kerajaan baru. Untuk meningkatkan taraf ekonomi, kerajaan akan mengkaji semula bajet 2011 dengan memotong perbelanjaan yang besar dan sia-sia dan memansuhkan projek-projek yang bermodal besar dan mengalihkan dana itu kepada sektor-sektor yang kritikal.

Gaji akan meningkat dan skala gaji minima akan mula berkuat kuasa. Ini akan memberi manfaat kepada sektor besar Malaysia dan sekaligus meningkatkan ekonomi negara dengan kuasa pembelian rakyat yang lebih besar. Untuk menarik pelaburan asing, kerajaan akan meningkatkan amalan perdagangan bebas yang akan memberi manfaat kepada negara dalam jangka masa panjang.

Akhirnya, pembaikpulihan akan bermula

Proses pembaikpulih negara akan bermula. Rakyat Malaysia tidak sabar-sabar untuk menanti masa depan yang lebih cerah dan lebih gemilang. Kehidupan masyarakat seperti yang kita tahu ini akan berubah ke arah kebaikan dan akan menjadi jauh lebih berbeza dari apa yang kita lalui sekarang – setelah penat ditindas oleh BN selama 50 tahun pemerintahan.

Rakyat Malaysia mesti bersedia untuk perubahan dan belajar untuk melakukan perkara-perkara yang berbeza. Untuk cemerlang, kita akan perlu untuk berusaha lebih gigih dan kerana akan ada lebih banyak peluang terbuka apabila rasuah yang memberi peluang kepada kekayaan segera sudah pupus.

Tetapi, jika BN menang, iklim politik, ekonomi dan sosial akan kekal tidak berubah. Najib dan UMNO sentiasa menjanjikan pembaharuan yang melangit. Sebaliknya, kita tahu mereka tidak pernah menunaikan janji mereka kerana mereka tidak pernah pun melakukannya sebelum ini. Tidak sampai sebulan selepas itu, Ibrahim Ali dan koncu-koncunya akan muncul dan mengugut kaum-kaum minoriti sekaligus mengakibatkan perpecahan orang Melayu untuk kesekian kali.

Kehidupan kekal sama seperti 50 tahun yang lalu. Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menjadi Perdana Menteri untuk tempoh lima tahun seterusnya. Keamanan akan diganggu oleh orang-orang pengacau Perkasa setiap kali ahli politik UMNO perlu mengalihkan perhatian negara daripada kerakusan mereka yang membabitkan wang berbilion-bilion, contohnya dua loji tenaga nuklear bantuan Perancis.

Perubahan yang bakal dibawa oleh pilihan raya umum benar-benar harus dinilai oleh rakyat Malaysia kerana undi merekalah yang akan menentukan segalanya. Jadi, undilah dengan bijak.

- Malaysia Chronicle

Hudud: Pakatan jangan masuk jerat Umno-BN, kata pemimpin PAS

Posted: 22 Sep 2011 09:25 PM PDT

Oleh G Manimaran


KUALA LUMPUR, 23 Sept — Pemimpin-pemimpin kanan PAS mengambil tindakan segera 'merawat mudarat politik' pagi ini dengan menggesa kepimpinan Pakatan Rakyat agar memberi fokus ke atas isu-isu kebajikan rakyat dan tidak terperangkap dengan serangan Umno-BN termasuk soal hukum hudud sekarang.

Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, mutakhir ini media Umno sengaja membesar-besarkan pelbagai isu bagi mengalihkan tumpuan kerja Pakatan Rakyat.

"Isu ucapan (Timbalan Presiden PAS) Mohamad Sabu, isu bendera (Jalur Gemilang), isu hudud, isu sejarah kemerdekaan merupakan antara isu-isu yang sedang sengaja diwujudkan menjelang pilihan raya umum akan datang.

"Isu sedemikian diwujudkan untuk mengalih perhatian kepada isu-isu utama yang mempunyai kesan langsung kepada keselamatan negara seperti isu warga asing yang diberi kerakyatan mudah dan penyelewengan wang rakyat dan rasuah secara besar-besaran," kata beliau dalam satu kenyataan pagi ini.

Beliau juga menggariskan terdapat banyak isu lain iaitu warga asing diberi hak mengundi, peningkatan kos hidup yang membebankan, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan selepas pilihan raya umum ke-13, undang-undang baru bakal menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

"Semua ini adalah isu besar yang sepatutnya menjadi isu sebenar untuk pilihan raya umum ke-13 kerana ia mempunyai impak kepada rakyat secara langsung," katanya.

Selepas isu membabitkan Mohamad yang dikenakan tuduhan di mahkamah baru-baru ini, sejak kelmarin PAS diselubungi kontroversi berkaitan hukum hudud. Ia turut mengheret sekali DAP.

Kata Tuan Ibrahim, teknik mengalih perhatian dengan membawa isu yang sengaja diada-adakan terutama isu bangsa, agama dan pelbagai isu sensitif sememangnya menjadi hobi dan senjata BN untuk lima dekad lalu, terutamanya pada waktu timbulnya isu-isu yang tidak dijawab mereka.

Justeru kata beliau, Pakatan Rakyat dinasihatkan untuk mengawal emosi apabila berdepan dengan provokasi sebegini.

"Ini kerana isu-isu yang sengaja dibangkitkan adalah untuk mengganggu emosi supaya Pakatan Rakyat terus berbalah dengan mereka dalam isu yang sengaja diwujudkan sehinggakan tiada ruang dan masa untuk mengungkit isu-isu yang lain yang lebih penting dan berbangkit," kata beliau.

Pendirian yang sama dilahirkan oleh ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad yang turut menggesa pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat meletakkan fokus ke atas isu-isu semasa lebih penting bagi menghadapi pilihan raya umum.

Beliau memberi amaran Pakatan Rakyat akan berakhir jika pemimpin-pemimpinnya tidak berhati-hati dengan terperangkap dengan isu 'tidak perlu buat masa sekarang', yang dibesarkan oleh Umno-BN sekarang.

"Ia (Pakatan) seharusnya berupaya untuk kekal fokus dengan isu-isu, ia akan membantu kami keluar daripada serangan dan menghadapi pilihan raya... kita ada tugas penting untuk memenuhi pengharapan rakyat sekarang... menghadapi pilihan raya umum dan menang," kata beliau sambil menyifatkan dua isu yang dilihat akademik iaitu negara Islam dan hukum hudud boleh dibincangkan kemudian.

"Kita tidak wajar berdebat atau membincangkan isu-isu bersifat akademik ini pada waktu genting menjelang pilihan raya umum ke-13," katanya.

"Kita tahu apa yang difikirkan oleh musuh-musuh kami, jadi mereka akan menggunakan isu seperti ini, hudud dan negara Islam untuk melemahkan Pakatan Rakyat," kata beliau sambil menambah, "isunya bukan sangat menguasai kerajaan pusat, tetapi lebih daripada itu ialah mewujudkan sistem dua parti di negara ini... untuk itu kita kena kekal kukuh dan mantap dalam Pakatan."

Dengan turut merujuk kepada pendirian PAS dan Pakatan Rakyat dalam isu bekas model sambilan Kartika Sari Dewi Shukarno tahun lalu, wakil rakyat penggal pertama ini berharap kepimpinan perikatan dengan segera menyelesaikan isu terbaru ini.

"Malah isu ini telah disentuh oleh (Pengerusi DAP) Karpal Singh ketika Konvensyen Pakatan tahun lalu dan semuanya berjalan lancar, dan tiba-tiba menjadi isu semula sekarang," katanya agak kecewa dengan perkembangan semasa.

Ketika ditanya sama ada beliau sudah menjangkakan isu ini akan dibangkitkan semula, Ahli Parlimen Kuala Selangor ini berkata: "Saya memang sudah menjangkakan isu ini (hudud) akan berkembang jadi rumit macam hari ini."

"Sebab itu, saya memaklumkan Setiausaha Agung (PAS, Datuk Mustafa Ali) dan mengadakan satu sidang media semalam," kata beliau, yang sidang media semalam mendakwa kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di Tanjong Malim kelmarin bertujuan menggugat kedudukan Pakatan Rakyat.

Isu hukum hudud muncul semula susulan idea yang dibangkitkan pada Seminar Syariah Peringkat Kebangsaan di Kota Baru pada Selasa lalu.

Ia berkembang sehingga semalam apabila Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat lebih rela jika DAP mahu keluar daripada Pakatan Rakyat jika tidak bersetuju dengan pendiriannya mahu menegakkan hukum hudud dan menubuhkan negara Islam.

Nik Aziz berkata beliau akan tetap dengan pendiriannya untuk menegakkan hukum hudud dan penubuhan negara Islam walaupun mendapat tentangan hebat daripada rakan sekutunya itu.

Kata beliau, tiada sesiapa pun termasuk DAP berhak menolak hukum hudud dan penubuhan negara Islam itu selagi semua manusia menumpang di bumi Allah ini dan hukum Islam yang mahu ditegakkan itu adalah kerana ia hukum Allah, bukannya manusia.

Nik Aziz berkata demikian mengulas kenyataan Karpal bahawa parti itu tetap menolak penubuhan negara Islam dan pelaksanaan hukum hudud kerana ia bertentangan sama sekali dengan Perlembagaan Persekutuan.

Tengah hari semalam, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim secara peribadi menyokong pelaksanaan hukum hudud, tetapi katanya ia belum dibincangkan oleh Pakatan Rakyat.

Kelmarin, Nik Aziz menolak pandangan bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin bahawa keadaan negara ketika ini tidak kondusif untuk melaksanakan hukum hudud itu.

Perlu tegur pemerintah bagi penambahbaikan

Posted: 22 Sep 2011 09:00 PM PDT

ArtikelOleh USTAZ ZAINUDIN HASHIM

ALAM ruangan Muhasabah kali ini, perbincangan tertumpu kepada pandangan Syeikh Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi dalam soal jawab islamonline.net keluaran 25 Julai llu berhubung isu penambahbaikan dalam negara melalui proses tegur-menegur, sejauh mana proses itu perlu dilakukan, bergantung kepada isu berbeza antara sebuah negara dengan negara lain, kerana ia tidak sama dari sudut iklim sosio budaya, politik dan ekonomi. Berikut penjelasan beliau yang dikira sebagai pemangkin kekuatan ummah.

Pendahuluan

Istilah mungkar meliputi aspek yang cukup luas khususnya dalam kancah politik, sedangkan perkataan mungkar itu pula merangkumi pelbagai kemungkaran yang melanda masyarakat, yang membuahkan natijah negatif, sesungguhnya dalam al-Quran dan hadis-hadis baginda Rasulullah s.a.w banyak memperkatakan secara panjang lebar berhubung amaran Allah terhadap manusia yang berdiam diri dalam perkara mungkar.

Tegasnya, berdiam diri dalam perkara atau isu yang melibatkan kemungkaran adalah satu tindakan negatif apatah lagi melibatkan golongan pemerintah atau rakyat jelata yang boleh menggugat dan menggoncang iman golongan berkenaan, justeru Sirah Nabi Muhammad s.a.w. menjadi rujukan kepada isu berkenaan.

Adalah salah apabila masyarakat hanya memfokuskan kemungkaran pada perkara yang melibatkan perbuatan zina dan minum arak semata-mata, tanpa dilibatkan kemungkaran lain khususnya yang menyentuh persoalan pentadbiran negara yang boleh mendatangkan impak besar terhadap institusi pemerintahan yang dikuasai mereka yang bernama Islam.

Apatah lagi dalam perkembangan terbaru, khususnya pihak pembangkang telah membongkar rahsia penipuan pemerintah yang terus mahu berkuasa dengan melakukan penyelewengan terhadap daftar pemilih pengundi dengan beberapa penipuan jelas menunjukkan terdapat pengundi-pengundi asing (bukan warganegara) diberikan kad pengenalan bertujuan menjadi pengundi kepada pemerintah pada pilihan raya akan datang.

Persoalannya di sini, tidakkah tindakan itu dianggap sebagai mengkhianati negara dan juga boleh memporak-perandakan keselamatan negara?

Apakah sesuai pelakunya (yang memberi hak kewarganegaraan kepada pendatang luar) dimasukkan kepada penjara di bawah kesalahan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)?

Dalam isu ini, adakah kakitangan JPN atau SPR perlu dipersalahkan atau di sebalik tabir ada dalangnya?

Perbuatan tersebut boleh dikategorikan sebagai mengkhianati negara dan rakyat jelata, ia akan menimbulkan rasa gusar dan tidak puas hati di kalangan banyak pihak, maka ia juga dianggap sebagai mungkar yang perlu dibuat perubahan.

Tanggungjawab semua pihak bagi merubah kemungkaran pemerintah Kemuliaan rakyat tidak boleh diabaikan atau dipandang remeh, apabila ia berlaku, maka yang melakukannya dianggap melakukan satu jenayah dan kemungkaran yang besar yang patut menerima akibat daripada perbuatannya itu, sama ada secara sedar ataupun tidak, kerana rakyat merupakan golongan yang mampu merubah segalanya.

Justeru, apabila pihak pemerintah/pemimpin negara melakukan penyelewengan dalam pilihan raya (walaupun ia bukan matlamat untuk berkuasa, namun ia masih boleh diterima kerana tidak melibatkan pertumpahan darah), asalkan mereka yang tidak bersetuju dengan penyelewengan itu sanggup bertanding untuk menyatakan kesediaan mereka memerintah negara bagi menggantikan pemerintah yang menyeleweng.

Ini kerana tegas Syeikh al- Qaradhawi, bagi mereka yang tidak menyertai pilihan raya sebagai wasilah untuk mendapatkan kuasa memerintah, dianggap sebagai orang yang telah melakukan kemungkaran, kerana apabila tidak menyertainya, kuasa tersebut akan dipikul oleh mereka yang tidak layak dan membiarkan kemungkaran akan terus berlaku.

Tidakkah kita mendengar di kebanyakan negara-negara yang ditadbir oleh pemerintah/ pemimpin beragama Islam, tetapi pada masa yang sama tidak menjalankan hukum-hukum Allah SWT dalam al-Quran, maka banyaklah penyelewengan seperti mengaut keuntungan dengan merompak wang negara untuk kepentingan peribadi, memonopoli harga barangan asas keperluan rakyat bagi kepentingan pihak tertentu.

Tidak cukup dengan itu, mereka menangkap rakyat tanpa bicara (takut akan terbongkar kesalahan mereka), menyeksa mereka tanpa belas kasihan dalam penjara, memberi serta menerima rasuah yang sudah menjadi perkara rutin biasa, ampu-mengampu pada perkara batil juga amalan biasa yang berleluasa di kalangan golongan pemerintah, menjadikan musuhmusuh Islam sebagai kawan setia, sedangkan mereka yang seagama dan senegara diabaikan peranan dan fungsi mereka, itu semua adalah mungkar segala mungkar yang patut diubah segera sebelum melarat menjadi virus yang tidak boleh lagi diselamatkan.

Persoalannya di sini, adakah seorang muslim yang berpegang teguh kepada ajaran agamanya sanggup berdiam diri tanpa melakukan sesuatu, maka bagi merubah kemungkaran yang telah disebutkan di atas walaupun sekadar keluar mengundi untuk memilih mereka yang lebih peka, prihatin dan bertanggungjawab kepada Islam telah menjalankan hak kewajipan agama?

Umat musnah apabila biarkan mungkar tanpa dirubah Apabila semua yang tertera di atas benar-benar berlaku dalam negara yang diperintah umat Islam, maka sesungguhnya akan lenyaplah roh mesej (risalah) Islam ke muka bumi ini dengan hilangnya kemuliaan umat Islam yang sebenarnya merupakan sebaik-baik umat yang dikeluarkan Allah kepada umat manusia sejagat, sepertimana yang difirmankan Allah melalui ayat 110 surah Ali Imran.

Justeru, tidak hairanlah apabila baginda Rasulullah s.a.w memberi amaran kepada jenis umat Islam yang tidak ambil peduli penyelewengan yang berleluasa dalam negara menerusi sabdanya yang bermaksud: "Apabila kamu lihat umatku takut (terlalu menghormati) kepada golongan zalim lalu berkata kepada : Wahai orang zalim! Kamu ucapkanlah selamat tinggal kepada mereka (umat Islam). Hadis riwayat Ahmad bin Hanbal dalam kitab musnadnya daripada Abdullah bin 'Amru.

Selaku umat Islam yang mengaku beriman kepada keenamenam rukun iman, tidak boleh hanya berpeluk tubuh dan berdiam diri di hadapan mungkar yang berlaku tanpa bertindak melakukan sesuatu bagi merubah kemungkaran tersebut dalam apa jua isu, sama ada kemungkaran atau penyelewengan dari sudut politik, ekonomi, kebudayaan atau kemasyarakatan.

Mereka hendaklah merubahnya dengan kuasa yang ada jika mampu melakukannya, jika tidak dengan lidah iaitu memberi peringatan atau nasihat, kalaupun tidak mampu ubahlah dengan hati iaitu berdoa sahaja, itulah selemahlemah iman, bagaimana pula jika tidak melakukan melalui ketiga-tiga cara yang disarankan baginda Rasulullah, sudah tentu seseorang Muslim dianggap tidak mempunyai iman dalam diri.

Walaupun jihad atau merubah kemungkaran dengan hati yang dianggap kedudukan yang paling rendah sekali di antara pendekatan yang lain, namun ia masih tergolong dalam usaha untuk merubah walaupun yang paling lemah, baginda Rasulullah s.a.w ada bersabda yang bermaksud: "Tidak seorang nabi sebelumku yang diutus oleh Allah, melainkan baginya golongan Hawariyyun (pembela dan penolong) yang mengikut perjalanan hidupnya, melaksanakan perintahnya, kemudian selepas itu berlaku penyelewengan, iaitu golongan yang pandai berkata-kata tetapi tidak buat apa yang dikatakannya, mereka bertindak apa yang tidak diperintahkan kepada mereka, sesiapa yang berjihad menentang mereka ini dengan kuasa yang ada padanya, dia adalah seorang yang benar-benar beriman, sesiapa yang menentangnya dengan lidahnya, dia juga adalah orang yang beriman dan sesiapa yang menentangnya setakat dengan berdoa sahaja sekalipun, dia masih dianggap seorang yang beriman, tidak ada selepas itu iman dalam hati manusia walaupun hanya sebesar biji sawi."

Larangan pelajar berpolitik

Posted: 22 Sep 2011 08:30 PM PDT

Oleh MAT ZAIN MAT ISA

BUKAN lagi suatu yang mengejutkan apabila Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said dilaporkan memberi amaran kepada para penuntut di luar negara tajaan Kerajaan Negerinya agar tidak terlibat dengan sebarang aktiviti politik.

Kenyataannya minggu lalu itu bukanlah sesuatu yang pertama kali dibuatnya. Ia juga bukan lontaran yang asing bagi para pemimpin Umno, terutama apabila berucap pada majlis dihadiri para penuntut terbabit.

Walaupun pada zahirnya amaran Ahmad itu seakan memperlihatkan keprihatinan dan rasa tanggungjawab beliau selaku ketua kerajaan untuk menjamin para pelajar dari negerinya tidak terganggu pembelajaran atau terjejas tumpuan terhadap pelajaran, ia sebenarnya lebih berhasrat menjaga kepentingan politik Umno dan Barisan Nasional (BN).

Dalam erti kata lain, ia bukan bermaksud menghalang penglibatan secara total manamana penuntut di dalam apa jua aktiviti bercorak politik atau dianjurkan mana-mana pertubuhan politik. Amaran itu sebenarnya disertakan pengecualian sekiranya mereka terlibat dengan politik yang menguntungkan Umno-BN.

Bukankah itu sikap hipokrit dan pendirian berat sebelah yang senantiasa menjadi amalan parti itu? Samalah juga dengan kes pertikaian fakta sejarah sebagaimana yang masih digema-riuhkan segenap saluran media dan alat propaganda pemerintah sejak hampir tiga minggu lalu.

Pemimpin PAS didakwa cuba mengubah sejarah, terutama berkaitan perjuangan kemerdekaan. Lalu sebilangan pemimpin dan penjuak Umno seakan sanggup bermati-matian mempertahankan fakta sejarah yang selama ini telah termaktub dan diterima sebagai benar.

Kenapa mereka begitu bersungguh mempertahankannya, walaupun diakui beberapa tokoh dan ilmuan bahawa terdapat kecacatan dan keciciran fakta dalam sejarah negara? Faktor utamanya ialah kerana sejarah yang diketahui ditulis oleh para pengkaji dan penulis Barat atau mereka yang terdidik dengan indoktrinasi pemikiran Barat itu telah memberikan imej dan pengiktirafan paling baik untuk Umno.

Ia seolah-olah menggambarkan hanya para pemimpin Umno pejuang sebenar kemerdekaan negara dan hanya parti itu paling layak diberi penghargaan di atas kejayaan memperolehi kebebasan daripada belenggu penjajahan.

Selaku 'anak emas' penjajah British, parti Melayu yang tidak memakai nama Melayu itu menikmati pelbagai keistimewaan sepanjang era penjajahan. Para pemimpinnya berjuang dalam senang dan diberi layanan sebaik termampu oleh penjajah.

Sedangkan pada masa sama, sebilangan individu pejuang kemerdekaan lain bukan sahaja ditekan, diburu, ditahan dan diseksa, malah pertubuhan yang mereka anggotai juga diisytiharkan sebagai pertubuhan haram oleh British.

Secara logik pun manusia yang waras sudah dapat menilai, sudah tentu ada sesuatu yang tidak kena mengapa British mempamer- kan perbezaan sikap dan pendirian yang begitu ketara terhadap Umno berbanding kumpulankumpulan pejuang Melayu lain.

Rakyat tidak pernah didedahkan dengan apa-apa syarat dikenakan British kepada Umno sebagai kemestian yang perlu dipatuhi sekiranya mahu Tanah Melayu dimerdekakan.

Apakah munasabah British hanya angkut kain-baju dan melangkah keluar meninggalkan rumah dengan mempersilakan Umno mengambil alih tempatnya?

Semudah itukah suatu bangsa yang rakus dan tamak mengabaikan kepentingannya di tanah jajahannya? Atau, mungkinkah kerana British yakin 'anak emas'nya yang bakal mengambil alih teraju negara ini sudah dipastikan bukan sahaja bakal meneruskan dasar dan peraturan dikehendakinya, tetapi juga budaya diajarnya. Mereka bukan setakat mengagungkan cara berpakaian dan bertutur ala- Barat, malah minuman rasmi sewaktu di bawah pemerintahan British turut dikekalkan.

Sejarah penyerahan secara bisik-bisik antara Umno dan British itulah yang tidak didedahkan. Apa yang ditulis dan diajarkan kepada anak bangsa hanyalah sisi positif dan muluk sahaja.

Barangkali Umno tersangat bimbang sekiranya fakta sejarah sebenar terbongkar dan diterima rakyat. Sebab itu sikapnya terhadap sebarang usaha mengkaji dan menulis semula sejarah negara agak keras. Umno takut kebaculannya yang tunduk kepada syarat menguntungkan penjajah ditelanjangi.

Sekiranya sejarah yang bakal ditulis semula itu akan tambah menguntungkan Umno, pada adatnya parti itu akan tampil dengan seribu satu hujah merasionalkannya.

Ketakutan sedemikianlah juga sebenarnya membelenggu para pemimpin Umno, termasuk Ahmad yang begitu beriya-iya melarang para penuntut melibatkan diri dalam aktiviti politik. Bahkan beliau memberi amaran keras akan menamatkan tajaan mana-mana pelajar terlibat dengan aktiviti politik yang memudaratkan.

Tidak sukar difahami amaran itu hanyalah agar mereka tidak terlibat dengan pembangkang, sekali gus mengancam kepentingan Umno-BN.

Buktinya, tidak pernah pula dilarang para penuntut bergiat aktif dan menghidupkan Kelab- Kelab Umno di luar negara. Tidak pula dipertikaikan tumpuan masa dan perbelanjaan mereka untuk politik yang mungkin menjejaskan pembelajaran.

Kumpulan aktivis Umno ini jangan dikatakan berkemungkinan ditamatkan tajaan pelajaran mereka, sebaliknya saban tahun wakil mereka dibiayai untuk menjadi jemputan khas ke perhimpun- an agung parti itu di ibu negara.

Itulah bukti hipokritnya para pemimpin Umno!

Fahami helah terdesak Najib

Posted: 22 Sep 2011 08:00 PM PDT

APAKAH Najib betul-betul terdesak sehingga sedia menciplak janji-janji Pakatan Rakyat se perti dimuatkan dalam Buku Jingga?Walaupun tawaran perubahan Pakatan Rakyat lebih luas berbanding beberapa perubahan yang telah diumum Dato' Seri Najib Tun Razak malam 15 Sept lalu, tetapi ia agak mengejutkan


Pengumuman oleh Najib itu melibatkan pemansuhan dan pindaan bilangan akta yang banyak, antaranya termasuk:

1.Perlembagaan Persekutuan;

2.Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960; 3.Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) (No. 5) 1969;

4.Akta Kediaman Terhad 1933;

5.Akta Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1964;

6.Akta Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 1979;

7.Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984;

8.Akta Buang Negeri 1959;

Kalau Najib memegang kuat kepada prinsip yang berkait rapat dengan pengumumannya, masa yang cukup harus diperuntukkan untuk urusan dewan berkaitan di mana pertimbangan juga harus diberikan kepada urusan-urusan seperti kemungkinan memansuhkan sama sekali keperluan permohonan lesen penerbitan dan digantikan dengan pendaftaran bersifat administratif, menghadkan kuasa Menteri dengan mengizinkan keputusan Menteri dicabar dalam Mahkamah dan sebagainya.

Namun, apa yang diperlihatkan Najib hanyalah tentang kisah lambat dan lembab Umno dalam menangani kebobrokkan dan menyantuni kehendak rakyat.

PAS dan Pakatan Rakyat telah lama menentang akta zalim ISA, malah ketika Umno mempertahankan akta drakonian itu, ramai pemimpin PAS dan pembangkang disumbat ke Kem Tahanan Kamunting.

Apa yang boleh dikatakan, akhirnya Umno-BN tunduk dengan tuntutan rakyat dalam Buku Jingga yang difitnah dan dicaci-cerca oleh pemimpin Umno selama ini.

Dalam keadaan terdesak, diakui Najib terpaksa mengambil tindakan drastik dalam percubaannya untuk mendapatkan sokongan rakyat. Kalau selepas Pilihan Raya Umum 2008 Umno memerlukan Najib dengan retorik dan popularitinya untuk menenteramkan kemarahan rakyat terhadap Umno, kini populariti Najib jatuh dan dilihat sebagai liabiliti Umno yang bakal menenggelamkan parti itu kalau dibiarkan terus memegang tampuk pimpinan.

Mahathir baru sahaja menyarankan agar jangan diawalkan pilihan raya umum akan datang, Najib pula mengambil tindakan yang bercanggah dengan kemahuan Mahathir seperti yang pernah dilakukan oleh Pak Lah, dengan membuat pengumuman pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan seumpamanya yang dilihat sebagai indikator ketibaan pilihan raya umum dalam jangka masa yang lebih pendek.

Tindakan tersebut juga dapat dilihat sebagai percubaan Najib untuk mendapat sokongan rakyat agar dapat berdiri teguh sebagai seorang pemimpin negara yang memegang kuasa dan membuat keputusan.

Maksudnya Najib enggan menunduk kepada kuasa dalaman Umno yang semakin hari semakin tidak puas hati de ngan beliau dan juga peranan Rosmah dalam pentadbirannya.

Apabila wujud sebuah parti yang memberikan harapan, adalah wajar pemimpin bermasalah dalam parti tersebut ditukarkan agar parti tersebut dapat bertindak secara gagah membawa perubahan secara dasar kepada negara.

Tetapi, apabila wujud sebuah parti yang terlalu korup sifatnya, tidak cukup sekadar menukar pemimpin dan mengharapkan pemimpin baharu dapat membawa harapan baharu berlandaskan sebuah parti yang korup.

Harapan baharu datang daripada perubahan secara dasar dan pembaharuan keseluruhan. Dalam konteks Malaysia hari ini, pertukaran parti yang memerintah lebih penting daripada pertukaran pemimpin sebuah parti. Jangan lagi rakyat mengulangi sejarah pertukaran pemimpin Umno tanpa menukarkan Umno itu sendiri. Sebarang tindakan drastik setelah mengambil kira percaturan politik realiti tidak bermakna parti yang memerintah mampu berubah secara dasar dan menyeluruh.

Pemuda UMNO cuba sabotaj ceramah Anwar Ibrahim di Melaka.

Posted: 22 Sep 2011 07:30 PM PDT

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya rakyat negeri ini akan membuat kejutan besar pada pilihan raya umum (PRU) ke-13, kelak.

"Ini firasat saya. Dalam dua, tiga bulan kebelakangan ini, kita nampak bibit-bibit kebangkitan yang ketara. Insya-Allah," katanya.

Seperti Johor, Melaka dianggap kubu kuat Umno tetapi tanggapan itu kian meleset berikutan pertambahan drastik penyokong Pakatan Rakyat di kedua-dua negeri itu.

Ceramah itu bersempena program Pentas Angkatan Muda KEADILAN (AMK) di Markas KEADILAN Ranting Pengkalan, Alor Gajah di sini, malam semalam.

Kira-kira 2,000 penduduk tempatan mengikuti program yang berlangsung di perkarangan markas yang terletak di perkampungan Melayu.

Naib Presiden, N Surendran; Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Johor, Datuk Chua Jui Meng dan Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin, hadir sama.

Pada ucapannya, Anwar yakin Melaka mampu ditawan walaupun negeri itu dilabel kubu kuat Umno berikutan keputusan PRU 12 menunjukkan banyak kubu kuat Umno dimenangi Pakatan Rakyat.

"Permatang Pauh kubu kuat Umno. Selangor juga kubu kuat Umno tapi, pada pilihan raya (umum) lalu, kita tawan. PRU 13 ini, Melaka boleh ditawan atau tidak?"

"Boleh!" sahut sorakan orang ramai dengan penuh semangat sambil sebahagian besar menjulang tangan.

Namun, kata Anwar, anak muda negeri itu perlu rajin mendapatkan maklumat sebenar penyelewengan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) untuk disebar kepada umum.

"Google. Cari sendiri. Nilaikan. Apakah ini (ucapan beliau) fitnah atau fakta yang cuba disorok kerajaan Umno. Kemudian, sebarkan," katanya.

Terdahulu, kehadiran Anwar diganggu sekumpulan Pemuda Umno diketuai Lokman Adam tanpa dihalang, apatah lagi ditangkap walaupun kira-kira 50 anggota polis 'berkawal'di Pusat Khidmat KEADILAN di Taman Asean.

Malah, ucapannya di dewan pusat khidmat itu juga disabotaj pihak tertentu apabila bekalan elektrik terputus ketika Anwar mengupas isu ketakutan Umno terhadap kebangkitan rakyat.

PRU 13: Melaka akan buat kejutan – Anwar

Posted: 22 Sep 2011 07:00 PM PDT

(Fazallah Pit)

MELAKA: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim percaya rakyat negeri ini akan membuat kejutan besar pada pilihan raya umum (PRU) ke-13, kelak.

"Ini firasat saya. Dalam dua, tiga bulan kebelakangan ini, kita nampak bibit-bibit kebangkitan yang ketara. Insya-Allah," katanya.

Seperti Johor, Melaka dianggap kubu kuat Umno tetapi tanggapan itu kian meleset berikutan pertambahan drastik penyokong Pakatan Rakyat di kedua-dua negeri itu.

Ceramah itu bersempena program Pentas Angkatan Muda KEADILAN (AMK) di Markas KEADILAN Ranting Pengkalan, Alor Gajah di sini, malam semalam.

Kira-kira 2,000 penduduk tempatan mengikuti program yang berlangsung di perkarangan markas yang terletak di perkampungan Melayu.

Naib Presiden, N Surendran; Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Johor, Datuk Chua Jui Meng dan Ketua AMK Pusat, Shamsul Iskandar Mat Akin, hadir sama.

Pada ucapannya, Anwar yakin Melaka mampu ditawan walaupun negeri itu dilabel kubu kuat Umno berikutan keputusan PRU 12 menunjukkan banyak kubu kuat Umno dimenangi Pakatan Rakyat.

"Permatang Pauh kubu kuat Umno. Selangor juga kubu kuat Umno tapi, pada pilihan raya (umum) lalu, kita tawan. PRU 13 ini, Melaka boleh ditawan atau tidak?"

"Boleh!" sahut sorakan orang ramai dengan penuh semangat sambil sebahagian besar menjulang tangan.

Namun, kata Anwar, anak muda negeri itu perlu rajin mendapatkan maklumat sebenar penyelewengan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) untuk disebar kepada umum.

"Google. Cari sendiri. Nilaikan. Apakah ini (ucapan beliau) fitnah atau fakta yang cuba disorok kerajaan Umno. Kemudian, sebarkan," katanya.

Terdahulu, kehadiran Anwar diganggu sekumpulan Pemuda Umno diketuai Lokman Adam tanpa dihalang, apatah lagi ditangkap walaupun kira-kira 50 anggota polis 'berkawal'di Pusat Khidmat KEADILAN di Taman Asean.

Malah, ucapannya di dewan pusat khidmat itu juga disabotaj pihak tertentu apabila bekalan elektrik terputus ketika Anwar mengupas isu ketakutan Umno terhadap kebangkitan rakyat.

Analisis Pakatan Rakyat menuju PRU 13 di Sabah

Posted: 22 Sep 2011 06:30 PM PDT

Siti Salasiah Salamun

Pendahuluan

Pada 16 September yang lalu, bersamaan dengan sambutan Hari Malaysia, Konvensyen Pakatan Rakyat Sabah telah berlangsung dengan jayanya di Convention and Event Center, Star City, Kota Kinabalu Sabah. Konvensyen ini dihadiri oleh semua penyokong dan ahli dari Pakatan Rakyat seluruh negeri.

Konvensyen yang bermula dari pukul 1.00 petang hingga 5.00 petang itu bertujuan untuk merasmikan Buku Jingga Pakatan Rakyat Negeri Sabah. Lim Kit Siang, Haji Mohamad Sabu dan Datuk Seri Dr Wan Azizah antara pimpinan Pakatan Rakyat yang turut hadir memberikan ucapan dan sekaligus merasmikan Buku Jingga Pakatan Rakyat.

Tawaran PR

Tawaran baru Pakatan Rakyat (PR) untuk rakyat Sabah meliputi 20 perkara. Antaranya adalah mengenai agama, menjunjung kedaulatan negeri Sabah, menangani pendatang asing tanpa izin (PATI), pemuliharaan tanah Sabah, Borneonisasi, pengambilalihan Blok L dan M, 20 perkara autonomi Sabah, royalti minyak dan gas, dasar kabotaj, pengawalan cukai hasil negeri Sabah, kajian fungsi FELDA dan FELCRA, Yayasan Orang Asal, pembasmian kemiskinan, perumahan rakyat, peranan Yayasan Sabah dan lain-lain.

Penerimaan rakyat Sabah terhadap PR pada masa ini adalah pada tahap yang amat baik. Di sesetengah kawasan, wakil PR sama ada terdiri daripada PAS, DAP atau PKR, dijadikan rujukan utama oleh masyarakat setempat untuk memberitahu masalah dan mendapatkan penyelesaian kepada masalah itu, hal ini menjadi simbolik kepada ketidakcekapan wakil rakyat BN yang ada untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberikan.

Menurut Ketua Penerangan Pas Sabah, Hisamudin Sulaiman yang juga merupakan Yang Dipertua Pas Kawasan Pensiangan, apabila beliau turun mendengar keluhan dan permasalahan masyarakat di kawasannya, di samping mendedahkan penipuan yang dilakukan oleh BN, pada ketika itulah masyarakat sedar bahawa selama ini mereka hanya ditipu dan tidak diambil berat langsung oleh wakil rakyat yang dipilih oleh mereka dalam PRU lalu.

Beliau juga mendakwa bahawa penduduk kampung memberikan kepada beliau beberapa pucuk surat yang mengandungi berbagai-bagai permintaan daripada penduduk kampung. Beliau menegaskan kepada penduduk kampung bahawa tugas wakil rakyat yang dipilih dalam pilihanraya bukan hanya untuk memberikan beras sekilo dua ataupun memberikan 'tandas segera', tetapi ia lebih dari itu, iaitu mendengar dan menyelesaikan permasalahan yang wujud.

PAS mengukuh di Sabah

Di kawasan Sandakan pula, penerimaan masyarakat terhadap PR juga pada tahap yang amat memberangsangkan. Masyarakat di sekitar Batu Sapi sangat teruja apabila mengetahui bahawa Tuan Guru Haji Hadi akan turun ke kawasan mereka, namun harapan mereka untuk bertemu dengan dengan beliau tidak kesampaian apabila beliau tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu yang tidak dapat dielakkan.

Namun kedatangan beliau di tempat lain seperti di Tawau, amat meriah dan disambut dengan baik.

20 perkara yang ditawarkan oleh PR untuk rakyat Sabah dalam PRU ke 13 yang diurakan-urakan bakal berlangsung dalam masa terdekat ini, merupakan antara isu yang sangat genting dan menjadi satu tuntutan kepada PR untuk memberikan yang terbaik kepada rakyat Sabah jika PR berjaya menakluki 'fixed deposit' BN ini.

Antara isu yang cukup sinonim dengan rakyat negeri ini, adalah isu Tanah Hak Adat Bumiputera (NCR). Di semua kawasan, terutamanya kawasan pedalaman, seperti di kawasan Pensiangan, kawasan Batu Sapi, dan kawasan Beluran serta di Merotai, penduduk kampung meneroka dan mengusahakan tanah-tanah tersebut untuk dijadikan kawasan petempatan dan pertanian atau penternakan. Apabila tanah-tanah tersebut diusahakan, ia sepatutnya menjadi milik penduduk yang mengusahakannya.

Namun, hal yang sebaliknya pula terjadi apabila kerajaan sewenang-wenangnya merampas tanah NCR tersebut. Pampasan yang dijanjikan hanya menjadi 'pemanis mulut' sahaja tanpa ada tindakan susulan. Rakyat dibiarkan turun naik ke mahkamah dan akhirnya kes ditutup.

Pembelaan yang sewajarnya dibuat oleh wakil rakyat seperti yang diharapkan oleh penduduk kampung, tidak terjadi. Malahan wakil rakyat pula hilang entah ke mana. Hanya akan muncul apabila ada program nyanyian, kebudayaan dan acara tari menari yang sememangnya sinonim dengan jiwa wakil rakyat BN negeri ini.

Tahun ini, PAS Sabah amat tekun dan gigih untuk memastikan Sabah tidak lagi menjadi 'fixed deposite' BN pada PRU akan datang. Pada Mei tahun ini, Konvensyen PAS Sabah yang berlangsung di Sabah Hotel, Sandakan yang bermatlamatkan "merakyatkan PAS di Sabah" telah mengusulkan juga beberapa tindakan lain antaranya untuk menyebarkan isi kandungan Buku Jingga, menarik undi masyarakat bukan Islam, mengenalpasti permasalahan masyarakat setempat, kursus pilihanraya kawasan dan penekanan kualiti ahli.

Pada 17 September yang lalu pula, Konvensyen Pas Negeri Sabah telah berlangsung di Yaho Hotel, Kota Kinabalu. Konvensyen pada kali ini turut dimeriahkan dengan kehadiran semua ahli PAS dari seluruh pelusuk negeri ini. Konvensyen yang berlangsung selama sehari ini turut mengupas mengenai Negara Berkebajikan: Tawaran Pas yang telah disampaikan oleh ahli parlimen Pasir Putih Kelantan, Ustaz Muhammad Husin.

Menariknya, konvensyen kali ini menggunakan buku MENEGAKKAN PERJUANGAN: Memenangi Pilihanraya Menerusi Persiapan Tarbiyyah yang ditulis oleh Ustaz Datuk Abu Bakar Chik yang turut digunakan ketika Ijtimak Tarbawi DPPP di Rusila Terengganu pada Oktober tahun lalu.

Sebanyak tiga kertas kerja telah dibentangkan iaitu 'Menegakkan Perjuangan', 'Pilihanraya adalah Jihad dan Wasilah Perjuangan' yang disampaikan oleh Ketua Dewan Ulama Pas Sabah, Ustaz Nuruddin Abdullah dan pembentangan ketiga mengenai 'Adakah PAS boleh menang dan memerintah Malaysia' yang disampaikan oleh Ketua Penerangan PAS Sabah, Saudara Hisamudin Sulaiman. Majlis ini diakhiri dengan bacaan doa wehdah oleh Ketua Pemuda PAS Sabah, Saudara Lahirul Latigu.

Jaringan PAS dan NGO

Konvensyen PAS kali ini juga disertai oleh beberapa wakil NGO yang turut serta bersama-sama memperjuangkan isu setempat, antaranya NGO ini bekerjasama dengan PAS Sabah untuk menangani isu alam sekitar yang melibatkan pembukaan lombong arang batu di Felda UMAS. Hasilnya, mereka berjaya menghentikan pembukaan lombong tersebut. Hal ini secara tidak langsung menampakkan bahawa PAS adalah sebuah parti yang universal, tidak hanya merangkumi hal ehwal keagamaan semata-mata.

Di Sabah, pilihanraya Parlimen Batu Sapi yang diadakan tahun lalu adalah cerminan kepada usaha PR di Sabah, khususnya di Sandakan. Walaupun ketika itu wakil dari PKR yang menjadi calon bertanding, namun usaha untuk memenangkan calon ini turut dibantu oleh jentera dari semua parti PR. Hasilnya, lebih 3000 pengundi yang mengundi calon PKR ini. Ia merupakan satu 'hint' awal betapa rakyat Sabah mahukan perubahan yang lebih baik dan wakil rakyat dipilih biarlah menjadi mata dan telinga kepada rakyat di parlimen nanti, bukan hanya melihat dan membiarkan rakyat terseksa.

Keberkesanan pendidikan rendah PAS

Penerimaan masyarakat terhadap PAS juga turut dilihat melalui peningkatan murid yang berdaftar di PASTI yang ada di seluruh negeri. Hal ini menunjukkan kepercayaan yang tinggi oleh masyarakat agar anak-anak mereka dapat dididik dengan baik dan berkonsepkan Islam.

Dakwah Islamiyyah turut dapat disebarkan secara 'bil hikmah' melalui PASTI. Rata-rata ibu bapa pelajar yang menghantar anak-anak ke sekolah PASTI, berpakaian tidak menepati syariat Islam dan disinilah peranan guru ditonjolkan. Beretika pakaian yang sopan dan menutup aurat merupakan tuntutan wajib untuk semua guru PASTI.

Pada masa ini juga, PASTI beroperasi di seluruh tempat yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan tidak hanya tertumpu pada sesuatu kawasan sahaja. PASTI ada di bandar-bandar besar, di flat-flat mewah dan ada juga di kawasan perumahan elit. Hal ini menunjukkan bahawa PAS mampu untuk memberikan pendidikan bukan hanya kepada golongan sasaran tertentu sahaja tetapi merangkumi kepada semua golongan.

Rintangan seteru politik

Namun, kepastian yang nyata adalah pihak BN tidak akan pernah untuk berdiam diri membiarkan Sabah jatuh ke tangan PR. Ternyata pelbagai usaha difokuskan kepada negeri ini untuk memenangkan BN di Sabah pada pilihanraya akan datang.

Ketika syawal baru-baru ini pun, Ketua Menteri turun ke semua masjid yang ada untuk menyampaikan sumbangan dan membuat rumah terbuka menjamu rakyat yang dahagakan janji ketika PRU lalu. Pemberian beras dan barang-barang keperluan lain kepada golongan sasaran seperti ibu tunggal atau orang kurang upaya sudah menjadi kelaziman untuk wakil BN apabila turun bertemu masyarakat.

Malangnya wakil BN menganggap bahawa itu sudah cukup untuk memadamkan janji-janji yang dibuat ketika PRU lalu. Rakyat Sabah sudah bertahun hidup dalam keadaan yang sama, tidak ada perubahan yang drastik walaupun Sabah merupakan negeri yang kaya pada suatu ketika dahulu. Jalan raya misalnya, hanya dibaiki apabila tiba musim pilihanraya, jambatan di kampung hanya akan dibaiki apabila wakil rakyat BN akan melawat kampung tersebut dan jalan yang berlubang hanya akan ditampal apabila Ketua Menteri melawat kawasan tersebut.

Fenomena yang amat menyedihkan. Adakah rakyat yang tinggal di kawasan itu tidak berhak untuk mendapat kemudahan yang baik? Kenapa perlu tunggu 'orang besar' masuk ke kawasan tersebut baru semuanya akan dipulihkan? Saya menyarankan agar Ketua Menteri dan jemaah menterinya berulang alik dari Sandakan ke Kota Kinabalu, atau dari mana sahaja, dengan menaiki kereta melalui jalan raya yang ada. Biar mereka turut merasai betapa sistem perhubungan jalan raya yang ada di negeri ini berada pada tahap yang amat teruk.

Di kawasan Sandakan, misalnya di kawasan pedalaman Batu 12, sehingga saat ini penduduk masih belum mendapat bekalan air bersih walhal tempat tersebut mempunyai sekolah dan petempatan. Penduduk di kawasan itu juga perlu menunggu 11 tahun untuk mendapatkan sistem perhubungan jalan raya yang lebih baik.

Logik atau tidak rakyat perlu menunggu bertahun lamanya untuk mendapat kemudahan yang lebih baik? Sedangkan BN memerintah Sabah lebih lama daripada tempoh itu. Jika anda berkesempatan ke Sandakan, anda akan melihat sepanjang jalan dari Batu 14 hingga ke Batu 12, jalan raya sedang dalam proses pembesaran. Hal ini rentetan daripada jumlah kenderaan yang semakin bertambah. Satu langkah yang amat baik dan disambut baik oleh semua penduduk namun persoalan yang timbul, kenapa sekarang usaha itu dibuat?

Kenapa tidak selepas sahaja kemenangan BN di Sabah pada PRU lalu? Bergerak pula ke kawasan bas ekspres Sandakan, anda akan melihat satu kawasan yang amat daif. Kawasan bas ekspress ini hanya terdiri daripada beberapa pondok tiket bas dan tandas serta beberapa gerai jualan makanan. Dan lebih malang lagi, kawasan bas ekspres ini tidak berbumbung.

Namun, jika anda ke Tawau atau Kota Kinabalu, anda akan dapat merasakan bahawa stesen bas ekspres yang ada setaraf dengan stesen bas ekspres di bandar utama negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Cukup lengkap dan gah. Walhal, Ketua Menteri Sabah adalah anak jati Sandakan, namun mengapa Sandakan seakan-akan dianaktirikan, sedangkan Sandakan merupakan bandar terpenting selain Kota Kinabalu dan Tawau.

Stesen bas harian yang terletak di tengah-tengah bandar Sandakan turut mengalami nasib yang sama, dianaktirikan daripada pembangunan. Stesen bas ini tidak berbumbung, (kecuali stesen bas Labuk yang merupakan stesen bas swasta) dan ia sangat menyukarkan pengguna apabila hujan. Hal ini bertambah sukar apabila terdapat bas sesuatu kawasan yang adakalanya jauh dari tumpuan orang ramai.

Hal ini sudah wujud bertahun lamanya tanpa ada apa-apa tindakan daripada pihak kerajaan negeri. Perkara ini patut dipandang dengan serius kerana kebanyakan penduduk menggunakan bas sebagai pengangkutan utama. Jika hal ini tidak ditangani dengan baik, ia akan membebankan rakyat. Jika alasan sempit dan tidak ada ruang yang diberikan, ia adalah tidak relevan kerana kemudahan ini adalah lebih penting daripada pembinaan kompleks membeli belah (Harbour Mall) yang semakin pesat dibangunkan di pinggir bandar Sandakan. Jika kompleks ini ada tempatnya di bandar ini, kenapa pula tidak boleh diperuntukkan tempat untuk stesen bas harian?

Masalah setinggan

Isu setinggan juga amat sinonim dengan negeri ini sama ada di Sandakan, Kota Kinabalu dan Tawau. Di Sandakan, kawasan setinggan BDC yang dulunya terletak di Batu 2 dirobohkan tanpa pembelaan yang wajar diberikan kepada penduduk yang terlibat. Kawasan tersebut kononnya akan digunakan untuk mendirikan Hotel Sri Malaysia namun sehingga ke hari ini, lebih dari 5 tahun kawasan setinggan itu dirobohkan, belum pun ada tanda-tanda pembangunan dilakukan. Semuanya hanya untuk menghapuskan kawasan setinggan agar negeri ini dikatakan 'zero setinggan' walhal hakikatnya rakyat merempat dan terpaksa mencari tempat tinggal yang lebih mahal kosnya.

Adakah ini langkah yang betul-betul bijak mengurangkan kemiskinan di Sabah? Penduduk masa kini yang tinggal di kawasan setinggan bagaikan telur di hujung tanduk. Bila-bila masa sahaja tempat mereka akan dirobohkan. Ketika berkunjung ke Batu Sapi Ramadhan lalu, rumah penduduk di kawasan Kampung Lupak Meluas juga ingin dirobohkan dan tidak ada seorang pun wakil rakyat yang turun menjadi 'front liner' mempertahankan penduduk.

Apabila ditanya kepada pihak berkuasa yang bertanggungjawab merobohkan kawasan tersebut, mereka hanya menyatakan bahawa wakil rakyat mereka yang memberikan arahan. Sudah terang lagi bersuluh bahawa wakil rakyat yang dipilih oleh mereka hanya 'menyayangi' mereka apabila tiba musim pilihanraya sahaja.

Isu PATI

Kebanjiran PATI di Sabah juga tidak dapat ditangani dengan baik oleh kerajaan Negeri. Tawaran PR untuk PRU akan datang adalah menyempurnakan penubuhan Suruhanjaya DiRaja bagi mencari jalan menyelesaikan kemelut pendatang asing tanpa izin di negeri ini. Pendaftaran PATI sebagai penduduk tetap yang dijalankan oleh kerajaan bulan lalu amat membimbangkan.

Penduduk amat takut jika hak yang sepatutnya dimiliki dirampas dan diberikan kepada PATI. Pendaftaran yang dilakukan juga amat merobek hati penduduk, kerana ada antara penduduk tetap negeri ini yang terpaksa berurusan ke Putrajaya semata-mata untuk mendapatkan kad pengenalan penduduk tetap, tetapi kerajaan sewenang-wenangnya memberikan hak tersebut kepada PATI.

Rakyat menghabiskan ribuan ringgit dan perlu menanti bertahun-tahun untuk mendapatkan kad pengenalan, PATI pula mendapat kerakyatan hanya dalam masa beberapa jam. Bukan itu sahaja, kebanjiran PATI di Sabah turut menyebabkan kadar jenayah meningkat. Pecah rumah, mencuri, penyeludupan rokok dan sebagainya turut membimbangkan masyarakat tempatan.

Pelbagai isu yang boleh dicanang untuk menjatuhkan BN di Sabah, point utamanya adalah menyampaikan kepada masyarakat tentang maklumat dan kebenaran yang sepatutnya mereka ketahui.

Meraih kepercayaan penduduk tidak mudah, tapi apabila kita menyampaikan kebenaran insya Allah mereka akan dapat berfikir pilihan yang lebih baik. Jika tempat mereka tidak boleh diakses menggunakan internet, kita perlu turun menyampaikan. Keadaan di Sabah amat berbeza dengan kawasan lain.

Di Sabah ada tempat yang perlu untuk menaiki kereta pacuan empat roda, ada tempat yang hanya boleh menggunakan pengangkutan air, dan ada jalan yang tidak berturap, dan tanah merah. Namun semua ini bukan halangan untuk kita membantu menyampaikan kepada masyarakat. Saya amat yakin dan percaya bahawa rakyat di bawah bayu ini mahukan perubahan kerana semuanya sudah muak menderita di bawah pemerintahan BN yang tidak mempedulikan rakyat.

Penutup

Bahang pilihanraya semakin terasa samada akan diadakan pada tahun ini atau tidak. Pelbagai usaha harus dijalankan oleh semua jentera pilihanraya kawasan. Penculaan, mengenalpasti permasalahan setempat, mendekati golongan sasaran, menarik undi bukan Islam, memantapkan kualiti ahli dan memperbanyakkan program dan aktiviti bersifat luaran, tidak hanya tertumpu aktiviti dalaman sahaja. Jika usaha sudah dibuat sebesar Gunung Kinabalu dan sedalam Lautan China Selatan, namun jika kemenangan masih belum diberikan, bersabarlah kerana Allah SWT beserta dengan orang-orang yang sabar.

Simpanan tunai Selangor RM1.1b, rekod 28 tahun

Posted: 22 Sep 2011 06:05 PM PDT

Harakahdaily

SHAH ALAM, 23 Sept: Dalam tempoh enam bulan tahun ini, Kerajaan Negeri Selangor berupaya menambah simpanan tunai sebanyak RM200 juta, menjadikannya RM1,100 juta.

"Jumlah ini merupakan rekod kewangan paling baik negeri bertuah ini dalam tempoh 28 tahun," kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau menyatakan demikian pada Majlis Santapan Malam anjuran Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan di Pusat Konvensyen Shah Alam, malam tadi.

Selain Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, turut berangkat ialah Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Menurutnya, pada akhir tahun lepas, simpanan tunai Kerajaan Negeri Selangor berjumlah sebanyak RM918 juta.

Secara keseluruhan, katanya, kejayaan Selangor memperkasa pembangunan dan melestarikan kemajuannya adalah dengan restu, nasihat dan sokongan penuh Tuanku Sultan terhadap kerajaan negeri sekarang yang mengamalkan tadbir urus yang telus, bertanggungjawab, berhemah dan berhemat.

Katanya, Negeri Selangor juga telah menunjukkan peningkatan yang begitu ketara di dalam jumlah pelaburan dalam negeri.

Jelasnya, semenjak 2008 hingga Jun 2011, Selangor telah berjaya menarik pelaburan berjumlah lebih RM35,000 juta.

Ini bermakna, ujarnya Kerajaan Negeri Selangor sekarang bukan sahaja berjaya meningkatkan hasil negeri tetapi juga berjaya melaksanakan pengurusan kewangan dengan cekap dan berkesan.

"Walhal pada awalnya adalah menjadi kekhuatiran yang teramat sangat dalam diri patik selaku peneraju Kerajaan Negeri yang baharu untuk memikul amanah majoriti rakyat majmuk di negeri Selangor yang inginkan pembaharuan dalam erti kata hasil mahsul negeri dinikmati secara adil dan saksama dalam kalangan rakyat majmuk di negeri ini," ujarnya.

Beliau menambah, demi kemaslahatan negeri dan rakyat negeri ini seluruhnya pula, Kerajaan Selangor sekarang melaksanakan dasar "Merakyatkan Ekonomi Selangor" yang mengandungi pelbagai program kebajikan bagi membantu rakyat majmuk pelbagai peringkat agar dapat sama-sama menikmati hasil pembangunan dan kemajuan negeri ini.

Menurutnya, melalui dasar itu, beliauk dan barisan kepemimpinan di peringkat negeri, daerah, mukim dan kampung bersependapat bahawa hasil bumi negeri Selangor ini adalah milik rakyat Sultan Selangor.

Oleh itu, katanya limpahan daripada hasil pembangunan dan kemajuan negeri ini sewajarnya dikembalikan kepada seluruh rakyat negeri Selangor supaya sama-sama menikmatinya.

Katanya, dengan penduduk negeri berjumlah 5.3 juta orang yang terdiri daripada Melayu sekitar 49 peratus; Cina sekitar 29 peratus, India sekitar 16 peratus, dan keturunan lain sekitar 6 peratus, mereka tanpa mengira kelainan bahasa, agama, latar belakang pendidikan dan kecondongan politik, adalah layak menerima bantuan menurut program dan skim yang ditawarkan oleh kerajaan negeri sejak Jun 2008, sejajar dengan misi menjadikan Selangor sebuah negeri idaman, maju dan berkebajikan.

Beliau berkata, sejak dasar itu diperkenalkan 100 hari selepas menerajui pentadbiran Negeri Selangor hinggalah Jun 2011; sejumlah RM500 juta telah disalurkan terus kepada rakyat Selangor.

Selain itu, katanya Skim Air Percuma 20 meter padu berjumlah melebihi RM387 juta, Skim Tabung Warisan (RM1.8 juta), Hadiah Anak Masuk Universiti (RM19 juta), Skim Usia Emas dan OKU (RM49 juta) dan Skim Mikro Kredit Luar Bandar dan Kemiskinan Bandar yang kini melebihi RM2 juta dan berbagai-bagai bantuan kemasyarakatan yang akan diberikan secara berterusan.

Dalam bidang pelaburan pula, beliau bersyukur kerana negeri Selangor terus didatangi oleh para pelabur dari dalam dan dari luar negara.

Katanya, sejak Januari hingga 30 Jun tahun 2011 ini sahaja jumlah pelaburan negeri Selangor bernilai sebanyak RM5,200 juta iaitu 18 peratus dari keseluruhan pelaburan di dalam negara.

Beliau menambah, pelaburan tersebut terdiri dari pelaburan domestik sejumlah RM2,100 juta dan pelaburan asing berjumlah RM3,100 juta.

"Ini bermakna Selangor berada di tempat teratas dalam keseluruhan pelaburan di dalam negara," katanya.

Menurutnya, dari jumlah RM5,200 juta pelaburan tersebut terdapat sebanyak 135 projek yang terdiri dari 89 projek baharu dan selebihnya 46 projek sedia ada.

"Hal ini menjadikan Selangor jauh meninggalkan negeri-negeri lain yang kebanyakannya mempunyai tidak lebih dari 50 projek," katanya lagi.

Jelasnya, melalui pelaburan RM5,200 juta di atas Selangor telah berjaya membuka ruang pekerjaan sebanyak 10,000 pekerjaan yang kebanyakannya di dalam bidang elektronik dan elektrikal produk.

"Selangor berbangga menjadi penyumbang terbesar cukai dalam negara iaitu sebanyak 21 peratus pada 2010 dan kita menjangkakan jumlah yang sama dapat kita unjurkan pada tahun ini jika tidak jumlah yang lebih besar," katanya.

Rakyat Selangor juga, kata beliau menikmati hasil dari pengurusan hasil pasir yang kini dijalankan secara tersusun kerajaan negeri melalui anak syarikat kerajaan negeri; Kumpulan Semesta Sdn Bhd di mana peningkatan hasil pasir amat ketara sekali.

Katanya, pada tahun 2007, kutipan royalti hasil pasir hanya RM4 juta, 2009 sejumlah RM 5 juta dan pada 2010 melonjak kepada RM11 juta.

Menurutnya lagi, manakala pada tahun ini setakat bulan Jun telah mencapai kepada RM12 juta.

"Sejak ditubuhkan hingga setakat Jun 2011, Kumpulan Semesta telah berjaya mengumpul keuntungan berjumlah hampir RM50 juta," katanya.

Hudud: Umno dicabar nyatakan pendirian rasmi

Posted: 22 Sep 2011 06:04 PM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 23 Sept: Umno didesak supaya mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan pendirian parti itu menyokong hasrat Kelantan untuk melaksanakan hudud.

"Umno sepatutnya sudah lama mengeluarkan arahan kepada wakil rakyatnya yang beragama Islam agar menyokong usaha Kerajaan Negeri Kelantan ini dan Terengganu suatu ketika dahulu untuk laksanakan hudud," kata Penolong Setiausaha Dewan Ulamak PAS Pusat, Nazmi Nik Din.

Ini, katanya memandangkan Umno selalu mendakwa parti itu parti terbesar mewakili umat Islam di negara ini.

"Jadi kita nak dengarlah sama ada Umno bercakap benar ataupun tidak untuk membela umat Islam, kalau bukan Islam tak sokong hudud itu kita fahamlah, yang masalahnya Umno dakwa parti itu bela Islam, jadi kita nak tahu pendirian mereka tentang hudud sepertimana yang dihasratkan oleh Kerajaan Kelantan.

"Kita juga nak tahu berkenaan pendirian Umno di bawah pimpinan Najib sekarang berkenaan surat yang dihantar oleh bekas PM dulu kepada Kerajaan Negeri Kelantan yang mengugut mahu dikenakan tindakan terhadap Kelantan sekiranya melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (II) yang mana ianya masih lagi tersimpan di pejabat Menteri Besar sepertimana yang dilaporkan dalam Harakahdaily semalam," ujar beliau lagi.

Menurut laporan Harakahdaily semalam, Perdana Menteri ketika itu ialah Dr Mahathir Mohamad dengan tegas menjelaskan dalam surat tersebut tidak akan memberi kerjasama kepada Kelantan apabila hudud dilaksanakan.

Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, surat yang dihantar Dr Mahathir dahulu atas sifatnya sebagai Perdana Menteri.

Beliau dipetik berkata, "saya tidak pernah mendengar dasar bahawa mana-mana surat yang dihantar Perdana Menteri akan tamat tempoh kuatkuasa apabila beliau tidak lagi berada pada jawatan tersebut.

"Adakah semua perkara akan tamat tempoh dan perlu diperbaharui apabila berlaku peralihan Perdana Menteri.. Lucu sekali cabaran Tun Mahathir."

"Saya juga memohon Datuk Seri Najib Tun Razak dapat menarik balik surat tersebut dan membenarkan Kelantan melaksanakan hudud jika benar-benar Umno ikhlas berjuang untuk agama," ulas Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam respons beliau melalui facebook semalam sepertimana dipetik dari Harakahdaily.

Persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan pada 1993 meluluskan Kanun Jenayah Syariah (II).

Kemudian diikuti oleh Negeri Terengganu setelah dimenangi oleh PAS pada tahun 2004 di bawah kepimpinan Menteri Besar Terengganu pada waktu itu iaitu, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Tiada ulasan: