Kerabu Bersuara ® |
- Anwar: K’jaan dinasihati Apco, undang2 zalim bakal ganti ISA
- "Asyhadu anna Muhammadar Syaitan"; LPF dan FINAS amat perlu Panel Syariah yang aktif
- Enggan beri Suara Keadilan permit, bukti Najib tidak ikhlas
- Lagi peneroka Jengka saman Felda RM510 juta
- Baru Masuk! Husam Sahut Cabaran Saman Blogger Kickdefella RM5 juta
- UPSI Oh UPSI! Tak Habis-Habis Dengan Campur Tangan Politik Dalam Pelantikan Jawatan Tertinggi
- Video Ni Boleh Menyedarkan Najib Dan Puak Umno Laknat
- Pejuang kekalkan ISA sibuk nak jadi hero
- Tuan Ibrahim Cerdik
Anwar: K’jaan dinasihati Apco, undang2 zalim bakal ganti ISA Posted: 19 Sep 2011 07:00 AM PDT KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pengumuman kerajaan untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) mendapat nasihat dari firma Perunding Yahudi, Apco Wordwide. Menurutnya, rakyat perlu berwaspada apabila ISA dibatal kerana kalangan pimpinan Umno sendiri menjangkakan, dua akta baru untuk menggantikan undang-undang itu dijangka lebih keras "asalkan bunyinya bukan ISA". "Saya tidak percaya rakyat mudah diperbodohkan dan menilai kedudukan dalam pengumuman kerangka kenyataan yang disediakan oleh Apco. "Biar rakyat menilai dengan sendiri. Kempen Pakatan batalkan ISA berkesan," katanya yang pernah ditahan di bawah ISA sebanyak dua kali. Anwar berkata, ISA diguna pentadbiran Umno-BN sejak sekian lama untuk mempertahan ketuanan Melayu dan melindungi kedudukan Umno dalam kerajaan. Menurutnya, tiada jaminan undang-undang baru bagi menggantikan ISA itu tidak menyekat kebebasan bersuara rakyat. "Dua soalan yang perlu difikirkan bilakah ISA akan dimansuhkan? Dan apakah kedua-dua undang-undang yang menurut maklumat daripada Umno, akan sama ketat dan terhad untuk menggantikan ISA?" katanya. APCO ialah firma Yahudi yang diupah Najib untuk menaikkan imejnya sejak menjadi Perdana Menteri pada April 2009 dengan menggunakan wang pembayar cukai sebanyak RM77 juta setahun. Pendedahan mengenai penglibatan Apco dalam kerajaan mengheret Anwar dan tiga ahli Parlimen Pakatan Rakyat digantung selama setengah tahun, tahun lalu. Khamis lalu, Najib mengumumkan pemansuhan ISA dengan apa yang beliau sifatkan sebagai satu pembaharuan politik, namun menggantikannnya dengan dua akta baru yang tidak diperincikan. |
"Asyhadu anna Muhammadar Syaitan"; LPF dan FINAS amat perlu Panel Syariah yang aktif Posted: 19 Sep 2011 06:00 AM PDT 1. Sungguh menyedihkan ! Ramai pihak sangat kesal dengan kelemahan ketara yang berlaku dalam Lembaga Penapisan Filem [LPF] di bawah Kementerian Dalam Negeri [KDN] dan juga Perbadanan Kemajuan Filem Nasional [FINAS] di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan [KPKK] sehingga membenarkan filem-filem yang berbaur penghinaan kepada Islam diterbitkan untuk tontotan umum. 2. Filem terbaru yang mengandungi unsur menghina Islam adalah "Hantu Bonceng" yang diarahkan oleh Ahmad Idham Ahmad Nazri dengan lakonan oleh Mohd Razizan Abd Razak [Zizan RL]. Salah satu babak yang dilakonkan secara jelas menghina Rasulullah SAW apabila Zizan menyebut "Asyhadu anna Muhammadar Syaitan" yang membawa maksud "Aku naik saksi bahawa Muhammad itu Syaitan". 3. Kalimah syahadah bukan perkataan yang boleh dijenakakan atau dipersenda sedemikian rupa justeru ia membawa kesan yang boleh menggugurkan syahadah walaupun ia sekadar lakonan. Sementelah pula filem yang menjadi tontonan umum ini akan mencetus kekeliruan dan gambaran yang salah masyarakat terhadap Islam. Lebih berisiko apabila kelak ia turut merosakkan aqidah masyarakat awam. 4. Dewan Pemuda PAS turut mempersoalkan, sekiranya benar wujud panel penapisan di dalam LPF ataupun diperingkat FINAS sendiri mengenai filem-filem yang bakal ditayangkan untuk tontonan umum mengapa masih wujud babak yang menimbulkan kontroversi ini ? apa yang ditapis selama ini ? penapis apa yang mereka pakai ? penapis tea ? atau penapis cendol yang berlubang besar ? sehingga masih banyak adegan yang "menyenakkan mata" dan mengganggu sensitiviti masyarakat, lolos menjadi paparan umum melalui filem yang telah diluluskan. 5. Lebih malang, pihak berkuasa agama seperti kaku dan kelu tidak tahu berbuat apa -apa meskipun berdepan dengan isu penghinaan terhadap Islam. Sedih sungguhnkami dibuatnya. Apalah erti dan makna pihak berkuasa agama ? sebelum ini, JAKIM seperti tiada kuasa dan tiada apa yang boleh dilakukan malah untuk menerima memorundum pun tidak berkeupayaan apabila tercetus isu penghinaan terhadap Islam dan syariatnya oleh Mak Cik Hajjah Sitt Al Wuzara. 6. Lambakan filem tahyul dan karut menerusi tontonan umum di kaca televisyen samaada melalui chanel RTM ataupun chanel swasta seperti Astro terus bermaharajalela tanpa sebarang tindakan berkesan oleh pihak berkuasa agama. Apa sudah jadi ? Apakah pihak berkuasa agama tidak menyedari perkara ini ? jika orang awam pun menyedari berlakunya perkara ini, bagaimana pihak berkuasa agama masih tidak menyedarinya ? 7. Kerajaan juga selayaknya serius melihat perkara ini. Jangan biarkan filem menjadi medium untuk menghina, mempersenda dan memperkecilkan Islam di dalam negara ini. Sebelum ini, peka benar kerajaan terhadap isu Kalimah Allah, Isu Gereja dan isu komunis yang tidak wujud. Kenapa dalam perkara ini pihak kerajaan dan jabatan Agama kelihatan seperti "mati pucuk" ? tidak tahu dan tidak berupaya bertindak selayaknya. 8. Dewan Pemuda PAS sangat khuatir sekiranya tidak ada satu garis pandu yang berlandaskan Syariat Islam menjadi rujukan kepada LPF dan FINAS, filem-filem yang lebih "luar biasa" akan dihasilkan dan mungkin diluluskan kerana keuntungan yang bakal diperolehi oleh pihak-pihak tertentu tanpa menimbang tara impak yang akan berlaku. Bukan sahaja kepada filem tempatan yang semakin hari semakin memperlihatkan kepada umum bagaimana hilangnya nilai seni, moral, adab serta adat ketimuran tetapi juga kepada filem luar [asing] yang mengundang kepada keruntuhan moral, akhlak, pemikiran dan budaya masyarakat kita. 9. Justeru, Dewan Pemuda PAS meminta pihak FINAS mahupun LPF untuk mewujudkan panel syariah yang berauthoriti sebagai lembaga penapisan yang tertinggi terutama dalam menapis cerita atau filem yang mempunyai kaitan dengan agama Islam. Selain itu, Dewan Pemuda PAS juga menyeru kepada mereka yang terlibat secara lansung di dalam industri ini seperti penerbit, pelakon dan penyiar untuk merujuk kepada alim ulamak seperti mufti atau pihak berkuasa Agama seperti Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia [JAKIM] terlebih dahulu sebelum menerbitkan sesebuah filem. Jangan apabila sudah wujudnya kontroversi baru mencari ulamak untuk melepaskan diri. 10. Dewan Pemuda PAS juga menyeru kepada para artis untuk meneliti dan membuat kajian terlebih dahulu mengenai skrip yang bakal dilakonkan oleh mereka. Sekiranya skrip tersebut mengandungi unsur-unsur yang dirasakan bertentangan dengan fitrah dan juga berpotensi untuk mencemarkan kemuliaan Islam maka bertanyalah kepada para ulamak . Perkara ini juga mesti dilakukan oleh pihak penerbit, pengarah mahupun pelakon agar tidak mewujudkan suasana kontroversi seperti ini. Semoga industri filem negara terus maju dan berkembang ke serata dunia dengan membawa imej negara yang baik dan gemilang tanpa perlu mencetus elemen lucah, persendaan terhadap agama, tahyul dan perlecehan akhlak semata - mata untuk dijadikan tangkal pelaris filem di bioskop antarabangsa. Nasrudin bin Hassan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia. |
Enggan beri Suara Keadilan permit, bukti Najib tidak ikhlas Posted: 19 Sep 2011 05:30 AM PDT (Oleh: Nabihah Hamid) KUALA LUMPUR: Naib Presiden KEADILAN, N Surendran menyelar tindakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Hishamuddin Hussein yang enggan memberi jawapan samada akhbar Suara Keadilan akan diberi permit semula. "Keengganan berterusan pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengeluarkan permit untuk Suara Keadilan petunjuk paling jelas bahawa kerajaan tidak ikhlas untuk meliberalisasikan undang-undang media dan membenarkan kebebasan sebenar akhbar di negara ini," katanya. Khamis lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pindaan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, dengan menggantikan pembaharuan permit penerbitan tahunan kepada permohonan sekali sahaja, selain memansuhkan ISA. Namun hari ini Hishamuddin Hussein dalam satu sidang media membuat kenyataan bahawa "keselamatan" akan menjadi kebimbangan utama dalam mengeluarkan permit bagi penerbitan akhbar. "Ini mengesahkan kerajaan hanya memberi alasan palsu dan munafik seperti 'sebab-sebab keselamatan' untuk menafikan permit penerbitan yang mengkritik Kerajaan Barisan Nasional (BN)," kata Surendran dalam satu kenyataan. "Ia juga bukti jelas bahawa reformasi yang berupa sebagai PM hanyalah satu penipuan besar-besaran ke atas rakyat," tambah beliau. Katanya, walaupun PM membuat janji-janji untuk menjadikan negara "demokrasi yang terbaik", namun kenyataan Hishamuddin bahawa budi bicara mutlak untuk memberi dan membatalkan permit akan dikekalkan, membuktikan PM hanya sekadar menabur janji. Justeru itu Surendran menyeru kerajaan supaya melakukan pembaharuan secara efektif seperti yang diumumkan PM agar negara berubah menjadi demokrasi yang betul dan matang. |
Lagi peneroka Jengka saman Felda RM510 juta Posted: 19 Sep 2011 03:58 AM PDT (Oleh: Morasikin Samsi) PAHANG: FELDA bakal berdepan musibah terbaru sebaik menerima tuntutan saman lebih RM510 juta oleh peneroka di kawasan Jengka, Pahang dalam jangkamasa terdekat. Ini berikutan 345 lagi peneroka menyerahkan borang waran pelantikan peguam yang menjadikan jumlah keseluruhan mereka yang menyaman Felda di kawasan itu setakat ini adalah seramai 1056 orang. Pada Julai lalu, Felda disaman oleh 711 peneroka di kawasan itu, selain deretan saman dari peneroka di Kelantan, Johor, dan Negeri Sembilan. Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN, Suhaimi Said dalam laman blognya mendedahkan, jumlah tuntutan oleh 1056 peneroka terbabit merupakan jumlah terbesar setakat ini. "Jumlah tuntutan sebanyak RM510,048,000.00 merupakan jumlah terbesar yang pernah dituntut oleh peneroka-peneroka Felda terhadap Felda," katanya. Lanjutan dari kes ini, Jawatankuasa Bertindak yang mewakili peneroka-peneroka terbabit mengadakan Majlis Penyerahan Borang Pelantikan Peguam yang disempurnakan dengan kehadiran Pengarah Guaman KEADILAN, Latheefa Koya pada 18 September lalu di Markaz PAS Felda Jengka 17. Menurut Suhaimi, saman itu dikemukakan berikutan peratusan kadar perahan gred (KPG) buah sawit yang dimanipulasi oleh Felda dan kilang-kilang Felda. "Mereka (peneroka) menuntut buah sawit yang ditolak oleh kilang Felda kononnya buah-buah itu mengkal, muda dan tangkal panjang, walhal buah-buah ini diuji di makmal dengan peratusan perahan sebanyak 20 peratus. "Buah-buah sawit dari kawasan ini telah dihantar ke makmal dan disahkan peratusan perahan KPG (Kadar Perahan Gred) tidak pernah menurun dari 27 peratus sedangkan Felda hanya membayar kepada peneroka di atas kadar perahan antara 17 peratus hingga 19 peratus. "Ini mendatangkan kerugian yang amat besar kepada peneroka-peneroka. Kiraan selama 15 tahun kerugian yang ditanggung oleh peneroka-peneroka melebihi RM400,000.00 bagi setiap peneroka," kata Suhaimi. |
Baru Masuk! Husam Sahut Cabaran Saman Blogger Kickdefella RM5 juta Posted: 19 Sep 2011 01:56 AM PDT KUALA LUMPUR, 19 Sept – Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa memfailkan saman terhadap blogger Kickdefella sebanyak RM5 juta berhubung dakwaan fitnah ke atasnya menersi tiga artikel tahun ini. Writ saman dan pernyataan tuntutannya ke atas Kickdefella atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz difailkan di Mahkamah Tinggi Malaya, Kota Baru petang ini. Husam yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan diwakili peguam Hisham Fauzi. Dalam writ saman itu, Husam selaku plaintif menuntut Syed Azizi selaku defendan memohon maaf secara bertulis kepadanya tanpa syarat, demikian lapor Harakahdaily. Defendan diminta menyiarkan permohonan maaf dalam laman blog defendan serta memadam ketiga-tiga artikel yang ditulis oleh defendan di dalam blog defendan iaitu yang bertajuk 'Husam telah menipu rakyat dan sahabat' pada 27 Januari 2011, artikel 'Sebelum kita lupa Normalam Sudirman' yang diterbitkan pada 3 Februari 2011 dan artikel 'Husam itu pembohong' pada 3 Julai 2011. Husam juga menuntut Syed Azidi mengiklankan permohonan maaf tersebut dalam akhbar nasional harian Bahasa Malaysia selama satu hari, bayaran gantirugi sebanyak RM5 juta kepada plaintif bagi gantirugi terhadap perbuatan fitnah yang telah disiarkan di ruangan blog defendan, gantirugi teladan, gantirugi melampau, gantirugi punitif. Selain itu, satu injunksi bagi menghalang defendan dan/atau ejen-ejennya dan/atau pembantu-pembantunya dan/atau sesiapa sahaja dari berkomunikasi, memberi komen, mengulangi dan/atau menyebabkan menyebabkan penerbitan kenyataan-kenyataan atau perkataan yang berunsur fitnah terhadap plaintif, plaintif diberi kebebasan untuk memohon perintah-perintah lanjut, faedah pada kadar lapan peratus setahun ke atas gantirugi yang dibenarkan oleh mahkamah dari tarikh writ saman hingga penyelesaian penuh, kos atas dasar peguamcara dan klien, kos untuk tuntutan ini; dan lain-lain relif yang mahkamah fikirkan wajar, adil dan suai manfaat. |
UPSI Oh UPSI! Tak Habis-Habis Dengan Campur Tangan Politik Dalam Pelantikan Jawatan Tertinggi Posted: 19 Sep 2011 01:52 AM PDT Dari DS 52 ke JUSA B, Junaidi jadi perhatian ramai Tanjong Malim, 19 Sept. – Kenaikan pangkat luar biasa Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEP&A) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Datuk Paduka Dr. Junaidi bin Abu Bakar mendapat perhatian ramai pihak apabila beliau dilaporkan memperoleh kenaikan pangkat luar biasa – daripada gred DS 52 ke JUSA B. Dalam pada itu, sumber yang menyampaikan maklumat tersebut kepada UPSIkini mendedahkan kenaikan pangkat luar biasa tersebut merupakan sesuatu yang tidak pernah berlaku kepada mana-mana kakitangan akademik sebelum ini. Sumber turut mendakwa terdapat campur tangan politik dalam memberi 'anugerah' tersebut kepada beliau. Kenaikan pangkat luar biasa Junaidi mula menjadi bualan ramai di kalangan warga UPSI setelah beberapa pihak menyedari keakrabannya dengan beberapa orang menteri. Beliau yang menggantikan Prof. Dr Shaharudin Abd Aziz sebelum ini merupakan Pengarah Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia. upsikini |
Video Ni Boleh Menyedarkan Najib Dan Puak Umno Laknat Posted: 18 Sep 2011 08:01 PM PDT kalau puak najib dan umno masih bangang dan bebal tolong sumbab kepala dalam lubang punggung sendiri mudahan sedar dalam mimpi! |
Pejuang kekalkan ISA sibuk nak jadi hero Posted: 18 Sep 2011 08:00 PM PDT Tuan Ibrahim Tuan Man Perisytiharan penghapusan akta zalim ISA pada 15 September telah memenuhi dada-dada akhbar. Seperti lazimnya, juak-juak Umno, yang dulunya lantang melaungkan dan memperjuangkan pentingnya ISA dikekalkan, telah menebalkan muka dan memuji bertubi-tubi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai seorang yang berani, tegas dan hebat. Jika pujian itu diterima, secara logiknya - bukankah itu bermaksud dulu semua pemimpin Umno ini penakut, tiada ketegasan dan tiada kehebatan? Cuma sekarang saja ada keberanian. Pada tahun 2009, kerajaan BN berkali-kali menegaskan bahawa dasar dan pendirian kerajaan adalah untuk mengkaji dan "bukannya memansuhkan ISA." Malah pada bulan Disember 2009, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa "semua pihak" sepakat Akta Keselamatatan Dalam Negeri (ISA) dikekalkan. Pakatan Rakyat pula dalam Buku Jingganya pula menyatakan akan memansuhkan ISA. Apabila Pakatan Rakyat kata penghapusan akta zalim ini meniru idea dalam Buku Jingga, tiba-tiba bangkitlah beberapa orang menteri Umno amnesia yang menyatakan bahawa ini idea asli perdana menteri, bukannya tiru idea Buku Jingga. Malah, Najib menyuarakan bahawa "inisiatif untuk memansuhkan ISA adalah keputusan dibuat kerajaan BN dan bukan perjuangan mana-mana pihak lain." Mana ia penghargaan kepada jasa-jasa pejuang-pejuang memansuhkan ISA selama ini? Tak akanlah disebabkan mereka ini rakyat jelata yang menyokong perjuangan samada dalam wadah pembangkang ataupun tidak, dalam menuntut memansuhkan ISA tiada kredit? Siapakah pencetus inisiatif tersebut kalau bukan rakyat yang membantah kerajaan dalam isu ISA, terutamanya barisan pembangkang dulu, sehinggalah Pakatan Rakyat kini yang menyerang habis-habisan ugutan dan salahguna ISA oleh puak-puak kanan di dalam Umno, dan adik mereka PERKASA selama ini yang menggunakan akta ini demi kepentingan politik semata-mata? Tetiba, pejuang-pejuang yang dulunya bermati-matian nak kekalkan ISA hendak menjadi hero, yang hendak mansuhkan ISA sejak dulu pula sengaja diketepikan. Tindakan ini terus mengingatkan rakyat kepada nasib yang menimpa pejuang-pejuang haluan kiri pra-kemerdekaan… sejarah seolah-olah diulang tayang untuk membuka mata rakyat. Tiru idea Cukup marah nampaknya perdana menteri dan para pimpinan Umno apabila dikatakan mereka telah meniru idea orang lain - barangkali itu sebenarnya punca utama di sebalik penggantungan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan beberapa ahli parlimen dari Parlimen dalam kontroversi APCO kerana mereka juga pernah menyatakan idea 1Malaysia adalah hasil ciplak 1Israel. Media perdana kini terus memberikan bayangan bahawa perdana menteri sedang disanjungi kerana keberaniannya dalam menghapuskan ISA sehinggakan Datuk Zaid Ibrahim perlu cepat-cepat memohon maaf kepada Najib kerana tersilap membuat andaian bahawa menyangka perdana menteri tidak berani, walaupun tiada apa-apa konkrit yang berlaku lagi selain pengumuman lisan beliau. PAS akan meneliti secara dekat hasrat murni ini dengan hati-hati kerana pada masa yang sama, Najib turut mengumumkan untuk menggubal dua akta baru bagi menyekat golongan "pengganas" yang akan mencetuskan suasana huru-hara dan menggugat ketenteraman awam. Tafsiran "pengganas" dan "ancaman" ini pula luas, tak tahulah ia mengikut tafsiran Umno-BN ataupun kerajaan memerintah? Semuanya masih samar dan tidak diketahui. PAS akui keamanan negara menjadi keutamaan dan tiada pihak ingin melihat negara menjadi tidak aman. Rakyat sering dikecewakan Namun, kerajaan BN tidak boleh menyalahkan rakyat yang bersangka buruk pada pengumuman ini kerana rakyat sudah banyak kali dikecewakan. Apa yang menjadi keraguan rakyat ialah kebanyakan akta digubal asalnya dengan tujuan yang sangat baik, tapi rakyat sedar apabila sampai sudut pelaksanaannya, ia sering kali disalahgunakan bukan untuk menjaga kepentingan negara, tapi hanya kepentingan Umno BN, terutamanya apabila hipokrisi mereka telah terlondeh dan nyawa-nyawa ikan. Ini ditambah pula dengan pelbagai janji Umno BN yang jarang ditunaikan, terutamanya janji-janji yang ditaburkan semasa pilihan raya telah menyebabkan majoriti rakyat serik dengan pengumuman sedemikian. Pada masa yang sama, rakyat kini dibelenggui satu persoalan yang amat mustahak - apakah jaminan yang boleh mereka harapkan dengan mengekalkan Umno-BN, selain ISA yang dijanjikan akan dimansuhkan, apakah jaminan bahawa penyelewengan, rasuah, salahguna kuasa, politik fitnah akan turut terhenti daripada terus berlaku itu? Rakyat sebenarnya sedar bahawa tiada apa yang boleh dijamin dalam hal-hal sedemikian sekiranya Umno-BN dikekalkan. Tambahan pula, Najib sudahpun memberikan bayangan jaminan bahawa rakyat akan terpaksa menanggung kedatangan GST (cukai barangan dan perkhidmatan) sekiranya Umno-BN kekal berkuasa selepas pilihanraya umum ke-13. Oleh itu, jaminan terbaik sekarang untuk rakyat ialah dengan mengambil langkah berani untuk mencuba pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat untuk satu penggal bagi membolehkan segala janji yang diterterakan dalam Buku Jingga dilaksanakan selepas pilihanraya umum ke-13. Percayalah kerajaan Pakatan Rakyat akan bersungguh-sungguh melaksanakan semua janji mereka kerana Pakatan Rakyat sedar 'rakyat' adalah bos mereka yang sebenar dan hakikatnya, tiada kerajaan yang hanya ingin berkuasa untuk satu penggal. Inilah jaminan yang lebih menyakinkan daripada terus mempercayai bahawa Umno-BN akan berubah satu hari nanti. Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man adalah Ketua Penerangan PAS. Tulisan ini merupakan pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini. |
Posted: 18 Sep 2011 07:56 PM PDT Pakatan Rakyat memberi jaminan bendera Malaysia yang diguna-pakai sejak negara mencapai kemerdekaan tidak akan ditukar sekalipun pembangkang mengambil alih Putrajaya. Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, tiada keperluan untuk menukar bendera kerana ia adalah lambang kedaulatan negara. "Isu ini tidak perlu jadi polemik kerana ia tidak akan menjadi dasar Pakatan Rakyat, dan PAS secara tegas tidak akan sesekali menyokong cadangan sedemikian daripada sesiapa pun... "Disebabkan itu, sebagai rakyat Malaysia, bendera negara perlu dipertahankan, tidak boleh diperlekehkan dan dipersendakan, katanya dalam satu kenyataan media. M ManoharanTuan Ibrahim mengulas bidasan Umno terhadap kenyataan seorang pemimpin DAP, M Manoharan (kanan) yang juga ADUN Kota Alam Shah dalam Twitter beliau baru-baru ini menyatakan akan bertindak menukar corak bendera Malaysia sekiranya Pakatan menang. Bagaimanapun, beliau telah memadamkan komen berkenaan dan memohon maaf secara terbuka atas keterlanjurannya. Menurut Tuan Ibrahim, isu utama kini bukanlah mengenai bendera tetapi BN yang memerintah negara. "Slogan BN, 1Malaysia yang menggunakan lambang bendera Malaysia itu juga bukan isu utama kerana slogan akan sentiasa bertukar. "Pada zaman Tun Dr Mahathir, berapa banyak slogan yang telah digunakan BN hanya sebagai penyedap kata? Demikian juga zaman Tun Abdullah Badawi dengan Islam Hadharinya dan kini Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan dengan promosi 1Malaysia yang hebat, namun tetap gagal memahamkan orang sebijak Tun Dr Mahathir mengenai maksud slogan tersebut sehingga kini, apatah lagi rakyat Malaysia," kata beliau. Justeru, Tuan Ibrahim yang juga pesuruhjaya PAS Pahang menyeru agar semua pimpinan Pakatan Rakyat bekerja keras bagi menumbangkan kerajaan BN pada pilihan raya akan datang. "Itulah isu yang harus difokuskan oleh semua pemimpin, anggota, penyokong Pakatan Rakyat dan rakyat yang inginkan pembaharuan dan jaminan masa depan yang lebih baik," akhiri beliau. |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan