Kerabu Bersuara ® |
- Terkini! Keadaan Banjir Di Perlis
- Video Seks Mat Sabu? Fitnah?
- KOMUNIS MEMAKSA BRITISH BERUNDING DENGAN TUNKU
- Umno penipu, 50 ahli PAS lompat parti
- Guna kepakaran, ketrampilan dan bakat ahli parlimen
- PAS cabar Umno buat pendirian Malaysia tidak pernah dijajah
- Najib beri amaran jangan cuba nak ubah sejarah
- Mat Sabu, NGO dan laporan polis – Oleh Haris Zuan
- Email Pembaca: Suami Bukan Untuk Dibebani Tapi untuk Disenangi. Isteri Bukan Untuk Dibeli Tapi Untuk Dikasihi
- Majlis Profesor Negara, Di Mana Letak Tokoh Dan Ilmuan Agama Negara Kita?
Terkini! Keadaan Banjir Di Perlis Posted: 11 Sep 2011 08:50 AM PDT Gambar Ampang Timah Tasuh 8:45 malam 11/09/2011 Sila ambik perhatian buat warga Perlis Lebih 100 Penduduk Di Perlis Dipindah Akibat Banjir KANGAR, 11 Sept (Bernama) -- Lebih 100 penduduk di beberapa kawasan rendah di Chuping, Titi Tinggi, Beseri dan Bintong telah dipindahkan ke pusat pemindahan banjir apabila rumah mereka dinaiki air akibat hujan berterusan sejak tiga hari lepas. Menurut jurucakap bilik gerakan banjir Perlis, mereka adalah daripada 47 buah keluarga yang ditempatkan di tujuh buah pusat pemindahan yang dibuka setakat pukul 9 malam ini. Pusat-pusat pemindahan itu ialah di Dewan Titi Tinggi Hilir, Dewan Panggas Besar, Dewan Guar Medang Gatal, Dewan Kampung Melayu Batu 15, Dewan Kampung Syed Omar, Surau Kampung Syed Omar dan Surau Panggas Kecil. Paras air di Empangan Timah Tasoh sehingga pukul 6 petang tadi ialah 29.26m iaitu masih di bawah paras bahaya. Dalam pada itu, jurucakap Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perlis, berkata sehingga kini enam pintu air telah dibuka bagi memastikan paras air di empangan itu sentiasa terkawal. Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu turut melawat kawasan-kawasan yang dilanda banjir. -- BERNAMA |
Posted: 11 Sep 2011 07:10 AM PDT kalau aku cakap puak umno bodoh dan tak reti nak tangkis isu semasa, depa marah kerja dalam kepala hotak puak keris ni yang depa tau seks jer |
KOMUNIS MEMAKSA BRITISH BERUNDING DENGAN TUNKU Posted: 11 Sep 2011 05:00 AM PDT Lim Hong Siang Sering kali nama Martin Luther King Jr. (1929 - 1968) diungkit, malah ayat-ayat dalam ucapan beliau yang bersejarah, "I have a dream" (Aku mempunyai satu impian), berulang-kali dipetik ketika memerangi politik perkauman sempit yang masih berleluasa dalam masyarakat pada kurun ke-21 ini. Nama beliau terpahat sebagai ikon dalam sejarah ketamadunan manusia menuntut kesamarataan antara kaum. Sebaliknya, Malcom X (1925 - 1965), seorang lagi aktivis perjuangan hak kaum kulit hitam yang sezaman dengan Martin Luther King Jr., semakin terpadam dari sejarah. Malcom X adalah nama yang digelar dirinya oleh El-Hajj Malik El-Shabazz, seorang muslim - untuk menonjolkan bagaimana orang putih menghamba-abdikan kaum kulit hitam ketika itu, sehingga hilang nama keturunannya, diganti dengan "X" - simbol pembolehubah yang paling biasa digunakan dalam matematik. Kedua-dua orang Martin Luther King Jr. dan Malcom X mengalami nasib yang sama, menerima peluru sebagai tanda noktah kepada riwayat hidup mereka. Bagaimanapun, "nasib" mereka selepas meninggal dunia - jauh berbeza. Martin Luther King Jr. diberi reputasi yang lebih tinggi dalam sejarah, berbanding dengan Malcom X. Layanan ini mungkin dibezakan mengikut pendekatan perjuangan kedua-dua mereka, di mana Martin Luther King Jr. menggunakan "cara aman", sementara Malcom X mengangguk kepada keganasan. Sejarah bukan hakim muktamad, kerana manusia yang mencatat sejarah tidak bebas daripada prasangka dan prejudis dirinya. Sejarah hanya merakamkan kesudahan yang terpampang di depan mata, jarang sekali mengupas secara mendalam kebenaran yang rumit, berlapik-lapik, malah berliku-liku, apatah lagi apabila sejarah ditulis oleh mereka yang menang dan berkuasa. Hanya mereka yang naif akan percaya bahawa orang putih "insaf" secara tiba-tiba, dan kemudian mengaku salah ke atas segala diskriminasi dan kezalimannya terhadap kaum kulit hitam. Dalam mana-mana pergelutan dan pergolakan yang melibatkan kuasa, sebarang kompromi hanya datang apabila wujudnya penentangan dan tekanan. Berdepan dengan penentangan dari kaum kulit hitam, orang putih Amerika Syarikat terpaksa memilih, antara pendekatan Martin Luther King Jr. dengan Malcom X..., dan sudah tentunya, mereka memilih Martin Luther, King Jr. yang lebih "lembut" berbanding dengan Malcom X yang "ganas". Namun demikian, apakah orang putih akan berganjak langkah untuk memberi laluan kepada Martin Luther, King Jr. tanpa kemunculan Malcom X? Atau, seandainya Malcom X memilih pendekatan yang sama sebagaimana yang digunakan Martin Luther King Jr., di mana agaknya kedudukan tangga reputasinya dalam sejarah? Atau soalan yang lebih relevan mungkin berbunyi, apakah kaum kulit hitam akan berjaya dalam perjuangan hak mereka, atau dipecah-belahkan ketika itu? Bukan maksud dan niat saya untuk mendukung politik dendam dan merestui pendekatan keganasan. Maksud saya, setiap manusia memainkan peranan yang berbeza untuk menggerakkan kemajuan sejarah ketamadunan. Sesungguhnya perwatakan atau peranan seseorang itu mungkin dipertikai seandainya dilihat menggunakan kaca mata zaman ini, namun kita perlu merenungi, apakah pilihan yang ada dalam konteks masyarakat ketika itu? Persoalan yang sama, seandainya tiada perang gerila dalam hutan yang melibatkan Parti Komunis Malaya (PKM), apakah penjajah British sanggup berunding di atas meja bersama wakil UMNO, dan bersetuju untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Malaya pada 31 Ogos 1957? Antara pasukan Chin Peng, Abdullah CD dan Rashid Maidin yang bersenjata, dengan perikatan antara Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng Lock dan V.T. Sambanthan yang bermuka senyum, gandingan manakah yang akan dipilih oleh penjajah untuk "berunding"? Sesungguhnya ia sesuatu yang senang difahami. Meskipun perjanjian ditandatangani dengan dakwat, namun kemerdekaan diperjuangkan dengan titisan darah. Begitu juga keadaannya sekarang, kalau tandatangan pada memorandum boleh membawa perubahan, siapa pula yang sanggup ditembak meriam air berkimia di jalan raya? Sebaliknya, tanpa mereka yang turun untuk melaungkan slogan dalam kepulan gas pemedih mata, tuntutan dalam memorandum hanya akan kekal sebagai dokumen bersejarah yang berdebu. Perlu difahamkan bahawa dalam zaman perang, sama ada saya menembak, atau saya ditembak; sama ada saya membunuh, atau saya dibunuh. Kita tidak semestinya menyetujui kesemua ideologi yang didukung oleh mereka yang meletakkan nyawa mereka di hujung senapang. Namun kita perlu bersetuju bahawa kemerdekaan itu juga diperjuangkan dengan titisan darah anggota PKM, yang akhirnya memaksa penjajah British untuk berunding dengan Tunku Abdul Rahman. Masing-masing memainkan peranan mereka dalam sejarah perjuangan kemerdekaan. Sumbangan Tunku dan perikatannya dipahat dalam sejarah, sementara tiada tempat untuk nama PKM dan rejimennya. Untuk sekian lama titisan peluh, air mata, dan darah mereka dilenyapkan; untuk sekian lama perjuangan mereka dinafikan, dicemuh dan dicaci dengan pelbagai tuduhan liar. Namun, ingatlah bahawa mereka benar layak untuk mendabik dada dan menyanyikan "Negaraku, tanah tumpahnya darahku...". Jika tidak mengiktiraf pun, siapakah pula kita untuk memahat label "pengkhianat" ke atas anggota PKM yang pernah mendabik dada sebagai perisai untuk menghalang kemaraan peluru penjajah? Dan yang paling jelik, orang yang isterinya memiliki cincin bernilai RM24 juta, tanpa segan silu sanggup berbuat demikian. dipetik dari: http://merdekareview.com/ |
Umno penipu, 50 ahli PAS lompat parti Posted: 11 Sep 2011 04:00 AM PDT Mohd Nasir Zakaria Merujuk kepada berita Bernama pada 8 Sept 2011 bertajuk Lebih 50 Anggota Pas Padang Terap Keluar Parti Marah Kenyataan Mat Sabu , kami Dewan Pemuda PAS Padang Terap ingin menyatakan UMNO sanggup menipu rakyat , sudah kehabisan modal dan ketandusan isu untuk menyerang PAS. Itu kesimpulan tepat berkaitan isu 50 orang lompat parti di Padang Terap. Ada beberapa isu yang perlu dijawab oleh Umno dan difikirkan oleh rakyat. 1. Berapa ramai sebenarnya yang melompat parti. Menurut berita RTM1, yang masuk UMNO TUJUH orang. Berita Bernama dan akhbar Sinar Harian melaporkan 50 orang. Dalam gambar yang ditayangkan hanya DUA orang. Apapun seperti biasa akhbar akan bagi jumlah yang besar dan memanipilasi angka untuk meraih sokongan rakyat. Tidak mungkin Umno sanggup masuk berita tajuk utama muka hadapan dengan tajuk : "DUA ORANG MASUK UMNO DI PADANG TERAP", sedangkan Dato Seri Mahawangsa Mahadzir Khalid adalah Ahli Majlis Tertinggi Umno dan ketua pembangkang UMNO Kedah yang jugak Ketua Bahagian Umno Padang Terap. Siapakah yang menipu dalam isu ini? Oleh itu, Dewan Pemuda PAS Padang Terap mencabar Dato' Seri Mahawangsa Mahadzir Khalid menyenaraikan nama-nama "ahli PAS" yang melompat itu dan daripada mana cawangan keahlian mereka. Sekiranya beliau gagal buktikan dalam masa tiga hari, maka benarlah bahawa beliau hanya cuba menipu rakyat Padang Terap. Kami akan sedarkan rakyat dengan segala mekanisma yang ada untuk buktikan bahawa beliau bulan setakat menipu rakyat Padang Terap, tetapi rakyat Kedah dan juga Malaysia. 2. RTM 1 menyiarkan rakaman temubual wartawan dengan En Ismail Abdullah atau dikenali sebagai "Ismail Yamaha". Siapa yang menonton televisyen akan memahami isu sebenar iaitu beliau tidak puashati dengan Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK) Kg tandop Besar iaitu saudara Omar Bin Mat Zain yang dilantik oleh kerajaan negeri. Kononnya MKK , PAS dan kerajaan negeri tidak berperanan sewajarnya dalam membantu En Ismail yang ditimpa musibah. Bumbung rumahnya diterbangkan ribut. Ahli Parlimen Padang Terap YB Ustaz Mohd Nasir bin Zakaria merangkap Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan sendiri turun bersama pengerusi MKK menyampaikan sumbangan dan diterima oleh isterinya. Gambar dilampirkan adalah buktinya. Malah, beliau menyerahkan sumbangan melalui PAS cawangan untuk disampaikan kepada En Ismail. 3. Temubual wartawan berkenaan isu Timbalan Presiden PAS dan Mat Indera telah dijawab oleh anak beliau En Yusuf Ismail. Sekali lagi berlaku kekeliruan laporan akhbar dan tv. Isu komunis atau isu bantuan? Sekiranya mahu bantuan sila ambil, namun memutarkan isu adalah sangat tidak beretika dan memalukan. Tiada isu majlis penyerahan borang UMNO kerana protes kepada Timbalan Presiden PAS.Isu sebenar ialah isu tidak puas hati kepada beberapa pihak. 4. Isu ini sebenarnya sengaja ditimbulkan untuk menutup penyelewengan yang dilakukan terhadap amanah rakyat. Isu sebenar ialah kegagalan dan penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin politik tetapi yang menjadi mangsa ialah rakyat yang tidak berdosa. Sila lihat dan sebarkan penyelewengan DSM Mahadzir Khalid sebagai Pengerusi Seri Temin Development SDN BHD yang menggunakan wang GLC untuk parti UMNO.Ini rekod penyelewengan yang berlaku di Padang Terap. Duit rakyat diambil ini diambil untuk program parti. Sungguh menjijikkan. Jumlah ini tidak termasuk RM130,000.00 yang diagih pada Pilihanraya Umum 2008. Semua ini diambil dari rekod Audit: 1) Membiayai Pergerakan Pemuda UMNO padang Terap untuk pembelian T Shirt dan wang saguhati aktiviti konvoi bermotorsikal sebanyak RM4.000.00. 2) Sumbangan untuk UMNO Cawangan Kerasak, Padang Terap menjalankan aktiviti parti sebanyak RM5,000.00. 3) Bayar cenderahati bagi mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Padang Terap sebanyak RM26,150.00. 4) Bayar pemasangan billboard sempena Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang Terap sebanyak RM10,000.00. 5) Persiapan tempat Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang Terap RM10,000.00 6) Sewa khemah dan meja untuk Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang Terap RM10,000.00 7) Makan dan minum Mesyuarat Perwakilan UMNO Padang Terap RM21,700.00 Justeru itu, pihak Dewan Pemuda PAS padang Terap berpandangan, isu kemasukan beramai-ramai ini hanya gimik bagi menutup segala persoalan besar berkaitan masalah yang dihadapi oleh UMNO dan segala penyelewengan termasuk SPR yang kini dipersoalkan oleh rakyat. Rakyat akan terus meneliti maklumat yang tepat dan berfakta dan akan membuat keputusan yang bijak. (Keterangan Gambar- YB Ustaz Mohd Nasir Zakaria menunjukan atap yang terkena ribut.Sebelah belaiu ialah isteri kepada En Ismail.Turut bersama ialah MKK Tandop Besar Sdr Omar Mad Zain ( Berbaju Hijau) Dan Pengarah Majlis Tindakan Dun Pedu saudara Shukri Abdullah.) YB USTAZ MOHD NASIR ZAKARIA KETUA PEMUDA PAS PADANG TERAP AHLI PARLIMEN PADANG TERAP. |
Guna kepakaran, ketrampilan dan bakat ahli parlimen Posted: 11 Sep 2011 03:16 AM PDT Sekretariat Pakatan Rakyat Pada mesyuarat minggu ini, Jawatankuasa Bajet Alternatif Pakatan Rakyat telah memberi tumpuan kepada proses penyediaan Bajet itu sendiri. Tumpuan pihak media dan masyarakat awam selama ini hanyalah kepada ucapan pembentangan Bajet Menteri Kewangan . Selepas hari-hari berikutnya kita disogok dan disibukkan dengan petikan demi petikan berbagai golongan berkepentingan yang memuji melambung, perhatian pihak media dan masyarakat awam kemudiannya akan dialihkan kepada perkara lain pula. Perkara yang sering dilupakan adalah tujuan utama sang Menteri Kewangan memberi ucapan dan membentangkan Bajet cadangan tersebut, iaitu: "Bajet cadangan yang dibentangkan itu adalah untuk penelitian, pertimbangan dan kelulusan Parlimen." Di dalam sesebuah sistem demokrasi berparlimen, YB ahli-ahli Parlimen adalah di pertanggungjawabkan untuk memberi pengisian dan pengawas-seliaan keatas perancangan pihak Eksekutif, iaitu kerajaan yang memerintah. Fungsi ini dianggap begitu penting hinggakan tidak kurang dari 18 hari bersidang iaitu hampir satu bulan kalendar bekerja diperuntukkan untuk perbahasan mengenai Bajet cadangan itu di peringkat Jawatankuasa. Di peringkat Jawatankuasa ini, Bajet untuk setiap Kementerian sepatutnya akan dibincang dan dibahaskan secara terperinci. Namun begitu, pada masa ini perbahasan yang terperinci tersebut bagaikan mimpi indah sahaja di Malaysia. Di Parlimen-parlimen Dunia Pertama, terdapat jawatankuasa spesifik yang benar-benar mengawas-selia setiap kementerian. Jawatankuasa tersebut pula dianggotai oleh YB ahli-ahli Parlimen dari kedua-dua belah pihak kerajaan dan pembangkang; Di Malaysia, tidak wujud sebarang jawatankuasa seperti itu. Keseluruhan anggota Dewan Rakyat juga merupakan anggota jawatankuasa tersebut. Keadaan seperti ini menjadikan perbahasan dan pengawas-seliaannya dangkal dan tidak berkesan. o YB Ahli Parlimen tidak mempunyai peluang untuk membina ketrampilan dan pengetahuan khusus untuk kementerian tertentu; o YB Ahli Parlimen yang mempunyai pengetahuan, kebolehan dan wawasan untuk disumbangkan mungkin tidak dapat berbuat demikian sekiranya tidak berjaya menarik perhatian Speaker/ Yang Dipertua Dewan; o YB Ahli Parlimen mungkin mengalami kelesuan tumpuan sekiranya Parlimen bersidang hingga larut malam untuk mengejar jadual perbahasan; o Masa yang diperuntukkan adalah tidak mencukupi kerana kesemua 25 kementerian persekutuan itu akan dibahaskan oleh "jawatankuasa" yang sama dalam tempoh masa 18 hari sahaja; Sebarang sumbangan pengisian dari YB Ahli-ahli Parlimen mestilah dianggap penting dan berharga. Ini adalah kerana mereka mewakili kepentingan rakyat. Pakatan Rakyat mahu supaya dilaksanakan perbahasan peringkat jawatankuasa yang sebenar-benarnya,: Untuk permulaan, sebanyak 7 buah Jawatankuasa akan ditubuhkan. Jawatankuasa-jawatankuasa tersebut bakal dianggotai oleh campuran YB Ahli-ahli Parlimen dari pihak kerajaan dan pembangkang, mengikut kadar perwakilan di dalam Dewan yang dimenangi masing-masing; Anggota-anggota Jawatankuasa akan diberi peruntukan yang sewajarnya untuk menggajikan para pembantu penyelidik Parlimen yang boleh membantu meningkatkan tahap keberkesanan. Pakatan Rakyat percaya usul ini akan melahirkan Bajet-bajet akan dating yang lebih berkesan dan memaparkan keperluan dan kehendak rakyat sewajarnya: YB Ahli-ahli Parlimen yang berkhidmat lama boleh menimba pengetahuan dan membina kepakaran dan pengalaman khusus untuk membantu mereka untuk meneliti dan membahas dengan berkesan serta berupaya mengutarakan pengisian dan pemikiran yang bernas dan tuntas; Apabila saiz jawatankuasa semakin kecil, anggota-anggotanya boleh melibatkan diri di dalam perbahasan dan perbincangan dengan lebih bermakna. Jawatankuasa yang lebih kecil juga akan membolehkan interaksi yang lebih produktif dan mengurangkan pendekatan berpuak-puak. Tidak sepertimana yang berlaku sekarang ini dimana pihak kerajaan dan pembangkang seolah-olah menjadi kemestian utk bertelingkah. Pakatan Rakyat mencadangkan penubuhan 7 buah Jawatankuasa berikut dan kementerian-kementerian yang akan diawas-selia dibawahnya (penamaan kementerian adalah mengikut apa yang dilaksanakan kerajaan sekarang dan tidak sesekali mencerminkan pemikiran dan pendirian PR) : 1. Hal-ehwal Nasional dan Antarabangsa Jabatan Perdana Menteri Kementerian Luar Negeri Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar 2. Ekonomi & Kewangan Kementerian Kewangan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kementerian Pelancongan 3. Keselamatan Kementerian Pertahanan Kementerian Dalam Negeri 4. Pendidikan, Bakat & Pekerjaan Kementerian Pendidikan Kementerian Pendidikan Tinggi Kementerian Sumber Manusia 5. Pertanian dan Pembangunan Wilayah Kementerian Industri Perladangan dan Komoditi Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah 6. Infrastruktur, Pengurusan Sumber & Alam Sekitar Kementerian Kerja Raya Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Kementerian Sains, Teknologi dan Innovasi Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air 7. Kesejahteraan Komuniti Kementerian Pengangkutan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Kementerian Kesihatan Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat Kementerian Belia dan Sukan DIKELUARKAN BAGI PIHAK SEKRETARIAT PAKATAN RAKYAT Oleh wakil-wakil parti: YB DR. DZULKEFLY AHMAD, Ahli Jawatankuasa Pusat Parti Islam Se-Malaysia YB LIEW CHIN TONG, Setiausaha, Hal-ehwal Antarabangsa Democratic Action Party YB NURUL IZZAH ANWAR, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat 9 September 2011 |
PAS cabar Umno buat pendirian Malaysia tidak pernah dijajah Posted: 11 Sep 2011 03:09 AM PDT Oleh Syed Mu'az Syed Putra GOMBAK, 11 Sept — PAS mencabar Umno menyatakan pendirian berhubung kenyataan Majlis Profesor Negara (MPN) bahawa negara ini tidak pernah menjadi tanah jajahan British dan tidak dijajah oleh mana-mana kuasa asing lain. Menurut Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, selaku kerajaan pusat yang memerintah negara sejak 54 tahun lalu Umno yang kini diterajui Datuk Seri Najib Razak harus menyatakan pendirian parti itu. "Umno harus nyatakan pendirian berhubung kenyataan MPN bahawa negara tidak pernah dijajah kerana implikasinya cukup besar... implikasi awam dan implikasi akademik. "Umno perlu nyatakan pendirian sama ada sokong atau menentang kenyataan MPN itu, Umno tak boleh duduk diam kerana mereka adalah pemerintah, kita cabar Umno nyatakan pendirian. Kalau betul negara tidak pernah dijajah, kita minta sambutan Hari Pahlawan pada 16 September ini dibatalkan," katanya kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di Hari Terbuka PAS sempena Aidilfitri di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad, Taman Melewar di sini. Tegas Tuan Ibrahim, sejak isu itu dibangkitkan jurucakap MPN Profesor Datuk Dr Zainal Kling beberapa hari lalu, Umno masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan balas. "Umno tak bagi apa-apa kenyataan lagi, apa yang dikatakan MPN itu adalah perkara penting, ia memberi implikasi yang besar kepada negara. "Kalau Umno masih berdiam diri dan tidak mahu jawab kita boleh anggap Umno tidak bertanggungjawab," katanya. Jelas beliau, mata pelajaran Sejarah di peringkat sekolah juga akan menjadi masalah sekiranya fakta sejarah negara tidak tepat. "Bagaimana dengan murid-murid sekolah yang mahu ambil UPSR nanti, mereka jadi keliru. "Walau bagaimanapun Umno perlu jawab dan nyatakan pendirian mereka dalam hal ini," katanya. Selain Zainal, beberapa pakar sejarah seperti Profesor Emeritus Tan Sri Dr Khoo Kay Kim dan Prof Dr Ramlah Adam menegaskan negara tidak pernah dijajah British. Sebaliknya mereka mengatakan bahawa kehadiran British adalah berasaskan perjanjian dengan raja setiap kerajaan dan pegawai British ditugaskan menjalankan pentadbiran dengan kedaulatan tetap pada raja. Penelitian The Malaysian Insider ke atas ucapan dan tulisan bekas perdana menteri dan perdana menteri sejak 1957 menunjukkan perkataan penjajahan British dan negara kolonial ada digunakan. |
Najib beri amaran jangan cuba nak ubah sejarah Posted: 11 Sep 2011 03:03 AM PDT KUALA LUMPUR, 11 Sept ─ Datuk Seri Najib Razak memberi amaran supaya jangan ada mana-mana pihak cuba mengubah sejarah dengan mengagung-agungkan mereka yang mengkhianati tanah air seperti komunis. Dipetik Berita Harian Online, Perdana Menteri dipetik berkata demikian ketika berucap pada majlis Rumah Terbuka Malaysia Aidilfitri-Merdeka 2011 di Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu, Penanti di Permatang Pauh, Pulau Pinang hari ini. Pada Selasa lalu, PAS menggesa Putrajaya agar membentuk sebuah jawatankuasa Kabinet untuk meneliti semula fakta sejarah berkaitan perjuangan kemerdekaan di sebalik kontroversi ekoran kenyataan timbalan presidennya Mohamad Sabu, bulan lalu. Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, Umno telah berbohong apabila melabelkan Muhammad Indera yang turut dikenali sebagai "Mat Indera", seorang anggota komunis - antara individu terbabit dalam tragedi Bukit Kepong pada 1950 — turut diperakui oleh kerajaan negeri Johor menerusi buku berjudul Pengukir Nama Johor. "Jika beliau ikhlas, Najib boleh mengadakan sebuah jawatankuasa Kabinet untuk menulis semula sejarah kemerdekaan," kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub pula. Mustafa menambah, sejarah negara perlu diteliti semula memandangkan versi rasmi hanya mengiktiraf Umno sebagai pejuang kemerdekaan. "Perjuangan mendapatkan kemerdekaan tidak bermula dengan Umno... yang menentang British ialah Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)," katanya. Mustafa berkata PKMM ditubuhkan pada 1945 sedangkan Umno dibentuk setahun kemudian. Beliau bagaimanapun mengakui peranan pemimpin-pemimpin Umno dalam perjuangan kemerdekaan sambil berkata pengasas Umno Datuk Onn Jaafar dan Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah mengambil pendekatan kerjasama dengan menjadi pegawai pentadbiran British. "Bagaimanapun sejarah telah dilarikan apabila dikatakan bahawa pejuang kemerdekaan hanyalah Umno. Ia tidak betul. Jangan menafikan pejuangan lain yang dimulakan oleh PKMM," kata Mustafa lagi. Dipetik Bernama Online, Najib dalam ucapannya berkata, komunis zaman dahulu sememangnya zalim dan mencengkam kehidupan rakyat kerana ideologi mereka tidak memihak kepada rakyat, anti agama dan zalim. "Sebab itulah kita menentang komunis pada zaman itu kerana mereka bertindak kejam di bumi bertuah ini," katanya. Perdana Menteri berkata komunis tidak memberi rakyat Malaysia demokrasi, sebaliknya kerajaan yang memerintah ketika ini menghormati proses demokrasi. "Sebab itu adakala kita menang dan adakala kita kalah tetapi kita harap menang lebih banyak dari kalah," katanya. Najib berkata komunis pada masa dahulu berbeza dengan komunis zaman sekarang kerana komunis zaman dahulu tidak memberi hak kekayaan peribadi kepada rakyat. "Komunis sekarang lain, komunis dulu lain, dulu mereka ingin kuasai negara dan sebarkan ideologi yang tak beri hak kepada rakyat. "Kita baik dengan negara komunis sekarang kerana mereka telah tinggalkan ideologi lama mereka," katanya. Perdana Menteri berkata kerajaan sekarang menghormati suara rakyat, mengamalkan kesederhanaan dan tidak ekstrem. Beliau berkata rakyat negara ini perlu bersyukur kerana telah memilih pemimpin yang begitu kukuh dalam meletakkan dasar negara yang kena pada tempat dan masa. Katanya dua faktor yang meletakkan kejayaan negara ialah pemimpin terdahulu meletakkan dasar yang berpandangan jauh dan mempunyai wawasan. "Setiap era kita ada pemimpin yang mempunyai kebijaksanaan dalam membuat keputusan dan tindakan," katanya. Najib berkata sebagai contoh dalam usaha mendapatkan kemerdekaan negara, pemimpin dahulu memilih jalan rundingan kerana mereka mahu penjajah keluar daripada negara ini. "Kita memilih jalan rundingan dan muafakat untuk memuafakat dan kita tunjukkan kepada British yang kita tidak rela dijajah," katanya. |
Mat Sabu, NGO dan laporan polis – Oleh Haris Zuan Posted: 10 Sep 2011 11:36 PM PDT 10 SEPTEMBER – Menjelang sambutan Kemerdekaan & Hari Malaysia seluruh negara terasa kemeriahannya. Tapi kali ini tidak hanya dirayakan secara tipikal dengan melekatkan Jalur Gemilang bersubsidi di kenderaan dan premis masing-masing tetapi disemarakkan dengan isu pejuang kemerdekaan sebenar. Oh, ya, ketika tulisan ini disiapkan, isian semula prabayar untuk semua rangkaian telefon mudah alih dikenakan cukai sebanyak 6 peratus. Mungkin ini juga termasuk dalam acara sambutan Merdeka. Mat Sabu – maaf, memperkenalkan siapa beliau hanya akan menghina popularitinya kini – menarik perhatian seluruh warga dengan mengangkat semula tokoh Mat Indera, sebagai pejuang kemerdekaan. Pastinya ini membikin ribut yang tidak kecil, khususnya di stesten RTM dan TV3, Mat Sabu yang cool ini dihentam semahunya tanpa ada ruang untuk mempertahankan pandangannya. Malangnya, makin dihentam, makin tinggi pula minat warga untuk menyemak kembali dakwaan Mat Sabu ini. Terima kasih Facebook dan Tweeter Sikap media kawalan kerajaan UMNO-BN ini sangat mudah untuk dijelaskan; sejak tahun 1957, kerajaan telah mengekslusifkan sambutan kemerdekaan sebagai perayaan mengenang jasa UMNO dan BN (dulunya Perikatan) memerdekakan Tanah Melayu, dan tiba-tiba Mat Sabu mengoncang tradisi ini lalu membuka wacana yang lebih segar dan real tentang merdeka. Malangnya, sebagaimana maklum, wacana bukan budaya UMNO-BN, maka segala ruang yang ada cuba dikawal dan dihadkan. Terima kasih pada Facebook dan Tweeter. Dalam pada itu, percakapan Mat Sabu ini mendapat reaksi yang berbeza dalam kalangan mereka yang kelihatannya tidak mendapat manfaat dengan kenyataan Mat Sabu ini. Entah bagaimana, kini seakan menjadi budaya ikutan yang sangat fashionable untuk mengaku sebagai NGO – kumpulan pendesak, ahli masyarakat sivil – dan membuat puluhan malah ribuan laporan polis, kemudian berdemontrasi kecil di hadapan balai lengkap dengan sepanduk, dihangatkan pula dengan ucapan yang sebahagiannya sangat dangkal, sesak dengan retorik serta kadang-kala separuh mengugut. Kegemparan dan kegilaan apakah ini? Mana hujah dahulunya yang mengatakan bahawa demonstrasi itu merosakkan imej negara? Kini, Persatuan Bekas Polis dan Tentera juga turut melakukan unjuk rasa. Selangkah untuk demokrasi. Ya, sebagai kelompok yang mengaku sebagai daripada warga yang prihatin, menjadi hak mereka untuk menyuarakan bantahan dan kecaman terhadap isu yang mereka rasakan menggugat kepentingan segmen masyarakat yang mereka wakili. Proses politik waras Namun, mari kita bertanya dengan penuh kewarasan dan rasa sedar, bagaimana siri laporan polis ini membantu proses politik negara? Dalam teori penglibatan aktif warga (participatory citizenship), kelompok sivil seharusnya berperanan mencetuskan minat awam terhadap isu yang bersangkutan dengan kepentingan umum, menggerakkan wacana-wacana dalam medan yang rasional dan seterusnya membina pandangan awam (public opinion) terhadap isu tersebut. Melalui proses politik ini, maka masyarakat akan menjadi lebih peka, matang, dan ini pastinya akan membantu mereka menentukan sikap terhadap isu yang dipolemikkan. NGO dan elemen masyarakat sivil lainnya – sebagimana dalam teori demokrasi liberal – penting untuk menjambatani masyarakat yang rencam (pluralistic) dan terpencar (fragmented) untuk berinteraksi dan menjernihkan isu secara kolektif – bukan hanya disuapkan dengan pandangan elit politik melalui media kawalan mereka sahaja. Zygmunt Bauman memudahkan huraian ini dengan merumuskan peranan aktif warga ini sebagai "seni menterjemahkan permasalah individu kepada isu awam, dan kepentingan bersama kepada hak dan tanggungjawab individu". Dialog, bukan kecaman atau laporan polis Baiklah, kini mari kita tanyakan, Apakah NGO yang tidak diketahui jelas aktiviti lain mereka kecuali ghairah menebalkan fail laporan polis dan mengeluarkan kenyataan kecaman menjalankan peranannya sebagai penggerak masyarakat? Semangat dan kesungguhan mereka mahu terlibat dalam polemik nasional yang dicetuskan oleh pandangan Mat Sabu harus dipuji dan dirayakan. Namun, kelihatannya peranan kumpulan pendesak konsevatif ini hanya terhenti setakat siri laporan polis dan marah-marah yang tidak jelas hujung pangkalnya. Malah, seolah-olah, mereka ini hanya berminat untuk meraih publisiti murahan dengan menahan lukah di air keruh. Semoga tuduhan ini tidak benar. Selain Ketua Pemuda UMNO yang ada inisiatif untuk berdebat dalam isu ini – sungguhpun kurang kena gayanya – tidak ada organisasi lain yang lantang mengecam Mat Sabu mahu berdialog, diskusi atau berforum sebagaimana Free Public Forum Malaysia (FPF) yang menganjurkan forum di Dewan Perhimpunan Cina KL Selangor. Maka, besar harapan agar wacana yang dicetuskan Mat Sabu ini berkembang subur dan membantu mematangkan cara fikir seluruh warga. Apa yang paling penting, bukan untuk mengangkat siapa-siapa, tapi setidaknya, marilah kita berusaha berlaku adil dengan sejarah bangsa kita – bangsa Malaysia. – Roketkini.com Nota: Baru-baru ini Majlis Profesor Negara mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia tidak pernah dijajah, hanya dinaungi British. |
Posted: 10 Sep 2011 07:09 PM PDT Saya berusia 21 tahun, dan sudah berkahwin. Masih muda bukan? Suami saya berusia 23 tahun. Juga masih muda. Kami berdua masih belajar. Jadi, Mengapa berkahwin? Kalau ikut kata mak ayah, "Nak bagi bini makan apa? Pasir?" Perjalanan cinta saya tidak mudah. Sebelum berkahwin, saya pernah teruk dikecewakan bekas kekasih. Dia minta masa 3 tahun dari tarikh kami "declare", untuk bersedia untuk berkahwin. Hampir 3 tahun, saya ditinggalkan untuk perempuan lain. Kecewa? Sudah tentu. Jujur, saya hampir bunuh diri. Saya mengalami depression di maa saya disconnect dengan dunia luar. Tapi selepas itu baru saya sedar kehadiran suami saya yang sudah 4 tahun menunggu peluang. Pada mulanya, saya ingat sekadar "cinta rebound", tapi selepas 2 bulan berkenalan dan bercintan, suami saya melamar untuk berkahwin. Pada mulanya, saya ingat satu gurauan. Akhirnya si dia berani call ayah saya, dan minta izin untuk berkahwin, kerana takut kehilangan saya lagi. Ayah saya pun dahulu berkahwin ketika belajar, tahun 1 peringkat ijazah. Suami saya pelajar perubatan tahun 3, dan saya Cuma tinggal 2 bulan untuk mengakhiri pengajian. Ayah saya bersetuju, dan memandangkan saya sudah kecewa, takut juga pisang berbuah dua kali. Akhirnya, kami berkahwin. Dengan mahar RM200, sebentuk cincin emas, tiada hantaran, tiada majlis, kami bernikah. Simple bukan? Kenapa perlu pening??? Kalau anda lelaki, anda mesti ingin berikan segala yang terbaik untuk bakal isteri anda. Dan, kalau anda perempuan seperti saya, semestinya inginkan hantaran yang tinggi (lulusan ijazah sekarang, rate hantaran RM10K ke atas). Perlu tidak? Maaf perempuan, kalau terasa. Saya bukan jual diri, saya tidak perlukan hantaran RM10-20K. Saya tidak letak harga untuk nilai diri sendiri dan harga cinta saya. Ini masalah kalau kita kahwin cara Melayu, da bukan cara Islam. Saya perempuan lulusan ijazah, saya ada tulang 4 kerat, dan saya boleh berusaha, kenapa perlu mengharap dengan lelaki? Suami bukan untuk dibebani, tapi untuk Disenangi. Isteri bukan untuk dibeli, tapi untuk dikasihi. Kos kahwin sekarang paling rendah pun RM20K serba satu. Hantaran, majlis, belum baju, pelamin. Tapi cuba fikir, perlu tidak? Baju raya kan masih ada, cantik lagi. Kasut raya pun masih baru. Kenapa perlu buat majlis di hotel, dewan orang ramai kan ada? Kalau rasa sangat mahal untuk katering, boleh upah orang masak, tinggal sediakan bahan dan peralatan. Bersanding tak perlu, buat penat badan duduk macam tunggul depan orang. "Seganlah. Nanti orang kata apa." .. "Isk, buat malu belajar tinggi-tinggi, tak dapat hantaran". Hai, ni mentaliti Barat. Bagi yang beragama Islam, ingat rukun nikah. Tanggungjawab selepas kahwin yang penting. Lebih baik duit sewa pelamin jadi duit persiapan untuk anak pertama. Prioritikan penggunaan duit anda. Kos bersalin bukan murah. Kalau di hospital kerajaan, paling kurang perlu ada RM400-500. Tapi di hospital swasta, minimum RM2000. Kos ada anak sangat tinggi sekarang. Pernah cuba lihat harga setin susu bayi di pasar? Harga lampin pakai buang? Dan sekarang, anda masih terfikir pelamin itu penting? Ini tak kira duit nak beli kenderaan, beli rumah. Pening!! Jadi jangan bebankan diri anda dengan majlis perkahwinan yang membazir dan tidak perlu. Saya bahagia sekarang. Boleh keluar dengan suami tanpa rasa takut dan malu, disentuh lelaki bukan mahram. Dan suami saya tidak perlu takut saya diambil lelaki lain seperti dulu. Apa semua yang pasangan bercinta lakukan, kini kami lakukan dengan halal. Dan kami boleh lakukan lebih dari itu, dengan halal. Tidak perlu risau. Kami aman dan bahagia. Saya dan suami masih bercinta. Masih belajar mengenal sesama sendiri. Dan percayalah, tak guna bercinta lama-lama. Seganlah keluar dengan pasangan yang tidak halal untuk anda. Saya dan suami, masih seperti pasangan yang baru bercinta. Saya mampu tanggung hidup sendiri, kerja dan cari duit sendiri. Buat apa menyusahkan suami? Dan suami berusaha belajar bersungguh-sungguh (bagi pelajar perubatan, anda faham maksud saya),untuk mendapat keputusan yang cemerlang. Saya tahu ego lelaki tercabar, tetapi saya jujur cintakan suami saya. Saya tak ingin jadi beban, cukup asal dia berasa senang dengan saya. Tidak perlu nafkah yang besar, semampu yang ada saya terima. Bakal-bakal isteri sekalian, bersyukurlah dengan suami anda. Dan bakal-bakal suami sekalian, hargai isteri kamu. Terima kekurangan dan kelemahan pasangan anda. Persamaan membina keserasian, perbezaan itu melengkapkan. Rezeki Tuhan ada di mana-mana. Jangan putus asa. Berkahwinlah! Semoga anda semua merasa tenang dan bahagia. |
Majlis Profesor Negara, Di Mana Letak Tokoh Dan Ilmuan Agama Negara Kita? Posted: 10 Sep 2011 05:00 PM PDT klik pada gambar yang lebih besar |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan