Kerabu Bersuara ® |
- Gambar: Seekor Lembu Merogol Seorang Nenek Tua
- Apa Guna Laungkan 'Merdeka' Jika Malaysia Tidak Dijajah Oleh British?
- Majlis Profesor Tersasar Jauh Dari Kebenaran
- Profesor Hina Perjuangan Kemerdekaan
- Tayang Payudara Dalam Lakonan: Saya Akan Lakukan Secara Profesional
- NASA Keluarkan Imej Kejadian 9/11 Dari Angkasa
- Presiden PAS: BN guna isu Mat Sabu tutup taktik tipu pilihan raya
- Kedutaan diserbu, duta Israel dan staf keluar Mesir
- Mohamad Sabu saman Utusan Isnin ini
- Penggunaan MyKid dikalangan pati
Gambar: Seekor Lembu Merogol Seorang Nenek Tua Posted: 10 Sep 2011 07:00 AM PDT |
Apa Guna Laungkan 'Merdeka' Jika Malaysia Tidak Dijajah Oleh British? Posted: 10 Sep 2011 06:00 AM PDT Berdasarkan fakta sejarah, Tanah Melayu "tidak pernah terjajah", sebaliknya, hanya dinaungi atau dilindungi oleh British, dakwa sejarahwan Profesor Datuk Dr Zainal Kling. "Fakta sejarah menunjukkan Tanah Melayu tidak pernah terjajah (oleh British). Ini mesti dibaiki dari sekarang oleh semua pihak sama ada pelajar, guru, ahli politik atau pentafsir politik," katanya. Katanya lagi, sejak Perjanjian Pangkor ditandatangani pada tahun 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi. "Dinaungi tidak sama dengan kolonial... Hanya tiga negeri sahaja yang merupakan tanah jajahan iaitu, Singapura, Melaka dan Pulau Pinang. "(Negeri-negeri) yang lain adalah dinaungi (atau) dilindungi... Sejak mula Tanah Melayu bukan tanah jajahan atau koloni. Ini fakta sejarah dan perspektif sejarah (itu) perlu diubah. "Jangan kita sebut, kita terjajah selama 400 tahun. Itu adalah kesalahan yang amat besar," katanya di Putrajaya hari ini. Berita sepenuhnya: http://www.malaysiakini.com/news/175301 Jurukamera/Penyunting: Tan Jiun Wuu |
Majlis Profesor Tersasar Jauh Dari Kebenaran Posted: 10 Sep 2011 05:00 AM PDT ULASAN Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) dan Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) terkejut dengan pendirian apa yang dipanggil Majlis Professor Negara yang mengatakan perjuangan golongan kiri bukan perjuangan kemerdekaan. Mengulas rumusan oleh majlis yang dikatakan dianggotai oleh para ahli professor yang diwakili oleh Datuk Prof Zainal Kling, TERAS dan SHURA berpendirian sejarawan tersebut bermain kata-kata yang berbelit-belit untuk menafi suatu fakta yang sudah sangat ma'ruf dikalangan rakyat. Mana mungkin tafsiran ini dapat diterima sedangkan British lah yang telah mengharamkan pelbagai pergerakan Melayu seperti PKMM, API, AWAS, Hizbul Muslimin dengan tuduhan bahawa semua gerakan ini adalah gerakan komunis. Kata-kata terkenal Datun On Jaafar "ada bahaya dari gunung" merujuk kepada gerakan Islam Hizbul Muslimin di Gunung Semanggul yang ditunding sebagai gerakan komunis. Dari mana Datuk On mengguna label ini jika tidak dari ta'rif British yang menjajah tanah air ini.? Bermakna kesimpulan yang dibuat untuk menuduh gerakan Melayu yang mengambil pendirian garis keras sebagai gerakan komunis adalah dari British dan golongan bangsawan yang dekat dengan British. Pertama TERAS dan SHURA mempersoalkan istilah gologan kiri atau kanan itu adalah sebenarnya lebel dari siapa? Kenapa majlis ini terlalu taksub dengan label yang diberi oleh British. Bermakna mereka telah bermula dengan premis yang batil lagi menyesatkan kerana kerangka dan paradigma serta tasawur British itulah yang menjadi ukuran tafsiran mereka terhadap sejarah perjuangan kemerdekaan. Kiri dianggap komunis dan semua gerakan menjadi komunis bila menentang British dan yang tidak sealiran dengan pendekatan yang diguna Umno. Tidakkah apa yang mereka rumuskan itu termasuk golongan ulama yang telah memilih untuk berjuang dengan cara bersenjata menentang British. Padahal mereka berjuang atas nama tuntutan Islam . Adakah perjuangan mereka dianggap bukan perjuangan yang sah. Beranikah mereka mengelompokkan ulama yang bertempur dengan British seperti Tok Janggut, Abdur Rahman Limbong, Tok Guru Hussin Dol sebagai komunis hanya kerana British melabelkan mereka sebagai pengganas komunis? TERAS dan SHURA kesal dengan keanggkuhan golongan bijak pandai yang dikatakan bergelar Profesor. Dari asas apakah majlis ini membuat rumusan demikian? Adalah sangat mengelirukan jika ia keluar sebagai pendirian rasmi, seolah ahli pemikir sejarah cuba membuat pentafsiran yang batil mengikut faham British yang mahu generasi selanjutnya menerima bahawa British memberi kemerdekaan bukan kerana tekanan golongan ulama dan pejuang nasionalis tetapi kerana berunding dengan Umno. Untuk mengatakan tanah air ini tidak dijajah adalah kedangkalan yang sangat mengejutkan datang dari Majlis Profesor terutama bila mereka dikatakan adalah golongan inteligensia negara . Tidak ada siapapun yang memiliki akal waras mengatakan tanah air ini tidak dijajah sedangkan Raja-raja Melayu hanya menjadi penguasa yang terbatas kepada soal adat dan agama dan dalam urusan yang lain British menjadi tuan. Malah dalam hal melantik qadhi sekalipun British akan campurtangan kerana pihak British jualah yang akan menentukan dasar siapa yang akan dilantik. TERAS & SHURA tidak dapat menerima rumusan yang mengelirukan ini hanya kerana wujud kecenderungan ahli sejarawan mengabsahkan perjuangan Umno sahaja yang benar-benar memperjuangkan kemerdekaan. TERAS & SHIDA mempersoalkan asas Majlis tersebut yang mendakwa bahawa golongan yang menentang British secara bersenjata berniat menghapuskan kuasa-kuasa Melayu di Tanah Melayu dan mahu menubuhkan kerajaan republik. Di mana buktinya dan dari sumber mana mereka menyandarkan hujah ini? Menuduh perjuangan ulama dan nasionalis sebagai perjuangan komunis dan memfitnah pula mereka sebagai bersekongkol, bekerjasama dan bersubahat dengan pejuang komunis untuk menjadikan negeri ini sebagai republik komunis adalah kebiadapan intelektual yang sangat parah. . TERAS & SHURA menganggap dakwaan Prof Zainal Kling bahawa perjuangan nasionalis yang tidak mengikut jalur Umno sebagai tidak sah dan tidak legitimate menunjukkan betapa beliau terperangkap dengan sindrom jiwa terjajah iaitu jiwa yang mengukur keabsahan sesuatu perjuangan itu hanya sah jika diterima oleh British. Nota: Mohd Azmi Abdul Hamid adalah presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS) manakala Abdul Ghani Samsudin adalah pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA). |
Profesor Hina Perjuangan Kemerdekaan Posted: 10 Sep 2011 04:07 AM PDT Kenyataan Akhbar Kenyataan Prof Zainal Kling yang menganggap Malaysia tidak pernah dijajah oleh British kerana yang berlaku ialah perjanjian berkonsepkan naungan adalah sesuatu yang memalukan dan menjatuhkan kredebiliti beliau sebagai ahli akademik yang sayangkan perjuangan bangsanya. Kenyataan beliau yang mewakili MPN (Majlis Profesor Negara) menghina perjuangan bangsa yang selama ini menjadi sumber inspirasi generasi anak merdeka. Kurikulum sejarah sekolah-sekolah sejak sekian lama memahamkan pelajar kita bahawa British adalah penjajah dan kita merdeka dari penjajah dengan laungan Merdeka! Ia tidak memerlukan seorang Profesor untuk memahami bahawa 'MERDEKA' membawa pengertian kebebasan dari sesuatu penjajahan dan bukan naungan. Kenyataan beliau turut menghina pejuang bangsa selama ini kerana jikalau bukan penjajahan mengapakah adanya istilah ' pejuang kemerdekaan'? Mengapakah adanya semangat nasionalisma menentang penjajahan British? Bukankah perjanjian pangkor menandakan penjajahan kepada kekayaan negara dan eksploitasi kekayaan hasil bumi untuk memberikan kekayaan kepada penjajah? Tidak cukupkah maruah bangsa diinjak apabila anak bangsa tidak ada suara dalam menentukan nasib bangsanya selama dijajah? Saya tidak tahu apa maksud Profesor ini apabila memutarbelitkan istilah penjajah kepada penaung? Adakah beliau mahu mengatakan bahawa generasi anak merdeka telah ditipu oleh buku-buku sejarah atau tawarikh yang kita baca di bangku sekolah dan di universiti? Oleh itu saya menuntut supaya pihak MPN melucutkan beliau dari terus menganggotai MPN bagi memelihara kredibeliti majlis ini dan menuntut supaya gelaran Profesor ditarik balik kerana menghina sejarah bangsanya sendiri dan penghayatan kemerdekaan yang baru sahaja kita sambut. Saya juga menuntut beliau menarik balik kenyataannya bahawa kita tidak dijajah, kita hanya dinaungi oleh British. Jika beliau tidak menarik balik, ini menandakan bahawa seluruh rakyat Malaysia yang masih hidup dan yang mati selama ini telah ditipu dengan mempercayai bahawa kita telah dijajah sedangkan kita hanya dinaungi sahaja. Saya menyeru kepada Kementerian Pelajaran supaya mengambil tindakan yang tegas terhadap Profesor ini yang menimbulkan kekeliruan yang amat berbahaya terhadap perjuangan bangsa yang terbina selama ini. Yb Dr Mujahid Yusof Rawa Ahli Parlimen Malaysia Pengerusi Perpaduan Nasional PAS 10 Sept 2011 |
Tayang Payudara Dalam Lakonan: Saya Akan Lakukan Secara Profesional Posted: 10 Sep 2011 02:00 AM PDT Shinta Bachir terkenal dengan penampilan berani dalam filem-filem yang dibintanginya. Terbaru, artis berusia 25 tahun ini nekad tampil seksi dengan menunjukkan sebahagian buah dadanya dalam filem terkininya, Mati Muda Di Pelukan Janda. Shinta mengungkapkan sebelum menerima peranan itu, dia sudah memikirkan secara matang untuk melakukan adegan tersebut. "Saya akan lakukannya dengan cara yang profesional," tegasnya. Sebelum ini sempat tersiar khabar, pelakon itu bersetuju untuk tampil seksi kerana menerima bayaran yang mahal. Saat ditanya tentang hal tersebut, Shinta mengaku sudah jatuh hati dengan peranan yang ditawarkan. "Saya terima peranan itu kerana tertarik dengan wataknya. Saya akan menjadi seorang janda yang nakal. Itu (watak) yang lebih saya utamakan," balas pelakon itu. Malah dia juga sudah bersiap sedia dengan kontroversi yang bakal dihadapinya nanti. Dia juga berani menanggung impak yang bakal tercetus. Katanya: "Jika esok nanti ia menjadi kontroversi, saya melihat itu sebagai satu tuntutan kerja saya dan saya melakukannya dengan profesional." manusia akan jadi rosak binasa akhlak dan sahsiah hidup apabila bertuhankan duit dan dunia. rosak! |
NASA Keluarkan Imej Kejadian 9/11 Dari Angkasa Posted: 09 Sep 2011 11:44 PM PDT Esok genap lah 10 tahun kejadian 11/9 yang telah meranapkan dua menara WTC akibat rempuhan kapal terbang yang dikatakan daripada pengganas. NASA akhirnya telah mengeluarkan imej yang diambil New York City oleh kamera yang dipasang pada satelit Landsat 7. Dalam gambar menunjukkan asap keluar dari bahagian bawah kota Manhattan – lebih daripada 24 jam selepas serangan. Gambar ini telah diambil pada 12 Sept, 2001 sekitar 11:30 am. Klik pada imej untuk melihat saiz penuh: |
Presiden PAS: BN guna isu Mat Sabu tutup taktik tipu pilihan raya Posted: 09 Sep 2011 11:42 PM PDT Oleh Syed Mu'az Syed Putra GOMBAK, 10 Sept — Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan Barisan Nasional (BN) sengaja membesar-besarkan isu kenyataan kontroversi membabitkan timbalannya Mohamad Sabu berhubung tragedi Bukit Kepong untuk menutup segala penipuan pilihan raya yang telah dirancang. Menurut Presiden PAS, pihaknya mendapat maklumat wujud rancangan "penipuan cukup besar" yang hendak dilakukan BN bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya umum ke-13. "Sengaja BN yang tutup isu penipuan pilihan raya, BN buat satu isu apatah lagi kita dapat penemuan dan pendedahan yang nyata, yang jelas kerjasama antara SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) dengan kementerian dan jabatan-jabatan (kerajaan) lain. "Walaupun kita dibayangi dengan maklumat-maklumat yang cukup mendukacitakan di mana rancangan untuk penipuan cukup besar hendak dilakukan, zaman ini zaman Internet . . . kita dapat kesan dan kita juga dapat kesan mereka cepat-cepat tutup maklumat ini," katanya pada sidang media di sini hari ini. Sejak 15 hari lalu, pemimpin-pemimpin Umno terus menyerang PAS dan Mohamad kononnya mengagung-agungkan komunis dalam ceramahnya di Pulau Pinang 21 Ogos lalu. Mohamad atau dikenali sebagai Mat Sabu menafikan ada mengagungkan komunis dan memberi tempoh 24 jam yang berakhir semalam kepada Utusan Malaysia, media Umno untuk memohon maaf atau menghadapi tindakan mahkamah. Dalam ceramahnya Mohamad berkata bahawa pejuang kemerdekaan telah melancancarkan serangan di balai polis Bukit Kepong - membunuh 25 orang -semasa pemberontakan komunis pada 1950. Beliau juga mengatakan Ahmad Indera atau Mat Indera — salah seorang individu yang dipujinya ketika ceramah itu telah dikatakan sebagai seorang pejuang kemerdekaan. Tambah Hadi, bagi memastikan pilihan raya bersih dan adil SPR perlu bertindak sebagai sebuah badan yang telus dan bertanggungjawab selain tidak mengikut mana-mana arahan yang dikeluarkan pemerintah. "Kita harap SPR betul-betul jadi badan yang telus dan bertanggungjawab, jadi macam SPR di Palestin yang mana pengarah dan jenteranya akan meletakkan jawatan sekiranya mereka tiada kuasa. "Jangan nak makan gaji sahaja, kemudian jadi alat kepada BN," katanya. |
Kedutaan diserbu, duta Israel dan staf keluar Mesir Posted: 09 Sep 2011 11:41 PM PDT KAHERAH, 10 Sept — Duta Israel ke Mesir meninggalkan Kaherah hari ini ekoran gelombang keganasan yang menyaksikan penunjuk perasaan yang marah menyerbu bangunan misi rejim Yahudi itu di sini. Penunjuk perasaan bertempur dengan askar Mesir di depan Kedutaan Israel, Kaherah awal pagi ini. — Foto Reuters Media kerajaan melaporkan bahawa sebuah pesawat Israel tiba di Kaherah untuk membawa keluar duta, keluarganya dan kakitangan mereka kembali ke Tel Aviv. Perkembangan terbaru ini membawa Mesir ke dalam krisis diplomatik paling buruk sejak Presiden Hosni Mubarak digulingkan Februari lalu. Keganasan meletus malam tadi. Amerika Syarikat, yang menyalurkan berbilion dolar dalam bentuk kerjasama ketenteraan kepada Mesir sejak perjanjian damai dengan Israel pada 1979, melahirkan kebimbangan ekoran keganasan selepas penunjuk perasaan mencampakkan dokumen-dokumen kedutaan dan bendera Israel melalui tingkap. Polis melepaskan tembakan ke udara dan gas pemedih untuk menyuraikan penunjuk perasaan. Penunjuk perasaan pula membakar tayar di jalan-jalan dan sekuarang-kurangnya dua kenderaan dibakar dekat dengan kedutaan, yang terletak di bahagian atas blok apartmen kediaman yang menghala ke Sungai Nil. Ketika subuh tadi, kira-kira 500 penunjuk perasaan terus berada di jalan-jalan raya. Sesetengahnya membaling batu ke arah polis dan kenderaan tentera. Ia merupakan keganasan kali kedua ke atas kedutaan itu sejak lima pengawal sempadan Mesir terbunuh dalam operasi Israel bulan lalu. Insiden itu telah menyebabkan Mesir memutuskan untuk menarik balik dutanya. Duta Israel Yitzhak Levanon berlepas ke Tel Aviv bersama kakitangan dan keluarganya awal pagi ini. Tindakan menarik balik diplomat Israel meskipun buat sementara waktu dari Mesir, negara Arab pertama menandatangani perjanjian damai dengan rejim Yahudi, akan menggugat keyakinan Israel. Israel juga berhadapan dengan krisis diplomat dengan Turki, sejak minggu lalu ekoran serangan tentera laut Yahudi itu ke atas misi kemanusiaan ke Gaza, menyebabkan sembilan rakyatnya terbunuh Mei 2010. "Tindakan ini menunjukkan kemarahan dan kekecewaan golongan revolusi muda Mesir ke atas Israel khususnya sejak serangan Yahudi yang menyebabkan askar-askar Mesir terbunuh," kata penganalisis politik Mesir Nabil Abdel Fattah kepada Reuters. |
Mohamad Sabu saman Utusan Isnin ini Posted: 09 Sep 2011 09:19 PM PDT Mohd Sabri Said BUKIT MERTAJAM, 10 Sept: "Masanya dah tiba saya saman Utusan Malaysia sampai bankrap sesuai dengan fitnah yang sengaja diatur untuk menjatuhkan maruah saya sekaligus bertujuan melumpuhkan pengaruh PAS bagi memastikan Barisan Nasional (BN) terus kekal," jelas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Beliau ketika berucap di majlis mengutip dana Pondok Turith di Kampung Sekolah, Juru, Bukit Mertajam malam tadi menegaskan, masa yang diberikan kepada Utusan Malaysia selama 24 jam untuk menarik balik siaran muka depan 'Mat Sabu hina pejuang' sudah berakhir dan saman akan bermula Isnin ini. Katanya, semua maklumat telah pun diserahkan kepada peguam dan terserah kepada peguam beberapa tuntutan yang harus dikenakan selari dengan fitnah yang tidak henti-henti selama 15 hari berturut-turut. Tambahnya, tindakan itu bukan untuk mencari kekayaan sebaliknya mahu pengamal media di negara ini bersikap adil dan telus dalam setiap penyiaran berita dan tidak mencipta cerita yang bukan-bukan semata-mata untuk mewujudkan prasangka yang tidak baik terhadapnya, PAS dan Pakatan Rakyat. "Saya diluku sampai hari ini padahal ceramah saya dah lama dan banyak fakta yang direka merapu dan tak wujud. "Saya tidak langsung diberikan peluang untuk menjelaskan keadaan sebenar yang ada dalam TV, saya bercakap tak dak suara, macam itik," jelasnya disambut laungan Allahuakbar dan reformasi para hadirin. Berceramah sama pada malam tadi ialah Pengarah Pilihan raya PAS Pulau Pinang, Rosidi Husain, Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar dan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan negeri, Amirudin Ahmat. |
Penggunaan MyKid dikalangan pati Posted: 09 Sep 2011 04:16 PM PDT Kepada sesiapa yang berkenaan, Sewaktu saya balik ke sabah melalui klia dan mendarat disabah,saya dapati ada sebuah keluarga yg saya amat pasti memang warga asing melalui perbualan sewaktu dalam kapal terbang,dimana 3 dewasa dan 4 kanak-kanak. Apa yang mencurigakan saya sewaktu melalui pemeriksaan mereka menggunakan pasport dan mykad (diragui kesahihannya),yg menghairan kan saya kesemua kanak kanak tersebut menggunakan mykid berserta surat kebenaran barangkali yg menyatakan kanak-kanak tersebut dalam jagaan mereka.tidakkah pihak yg berkuasa syak kerana dalam kad mykid hanya dinyatakan nama sahaja,bukannya gambar. Oleh itu pada fikiran saya untuk menyeludup kanak-kanak begitu mudah untuk dilakukan,terutama melalui lapangan terbang,saya yakin jenayah memperdagangkan kanak-kanak telah lama menggunakan kaedah ini.apakah pihak yang berwajib tidak terfikir cara ini boleh dilakukan dengan mudah atau adanya unsur RASUAH dibahagian pemeriksaan di semua lapangan terbang di MALAYSIA ini? By: awang tabas |
You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan