Jumaat, 9 September 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


Dato’ Adzib Pengerusi MAIS Penyokong BN!

Posted: 09 Sep 2011 07:52 AM PDT

Jelas berdasarkan tindakan beliau selama ini, maka boleh disimpulkan bahawa Dato' Adzib sebagai Pengurusi MAIS merupakan penyokong BN dan menggunakan kedudukannya untuk mempertahankan agenda UMNO/BN terutamanya di Selangor. Sekiranya kesimpulan ini tidak tepat dan bercanggah, maka adalah diharapkan agar dapat diberikan jawapan terhadap isu-isu di bawah.

1. Program di perkarangan Masjid bersama YB Kamalanathan
Dua gambar yang disertakan memadai untuk membuktikan bagaimana beliau melayani YB dari Barisan Nasional dengan cara yang begitu istimewa. Amat berbeza dengan layanan beliau terhadap YB dari PR. Gambar-gambar ini diambil diperkarangan Masjid di Hulu Selangor.

Dalam gambar pertama (Gambar 1), Dato' Adzib kelihatan duduk beramah mesra sambil menjamu selera bersama YB Kamalanathan dalam keadaan YB Kamalanathan memakai baju yang jelas tertera di atasnya lambang BN. Pada kebiasaanya baju berlambang parti politik dilarang di dalam perkarangan Masjid, tetapi oleh kerana ianya lambang BN, maka Dato' Adzib menganggap ianya tidak mengapa.


Dalam gambar kedua (Gambar 2), di program yang sama, beliau bersama dengan YB Kamalanathan menyerahkan kalimah 'Allah' kepada penduduk tempatan. Tiada pula dibuat bising apabila YB Kamalanathan sama-sama memegang dan menyerah kalimah tersebut sedangkan pada ketika itu, PAS dan PR dituduh menggadai kalimah Allah yang suci untuk diguna pakai oleh orang bukan Islam. Di sini tidak pula dikatakan ianya diguna pakai untuk tujuan politik oleh orang bukan Islam apabila YB Kamalanathan yang berbaju BN menyerahkannya kepada peserta.


Secara amnya bagi Dato' Adzib, semua yang BN buat boleh sahaja dan semua yang PR buat adalah salah.

2. Aduan terhadap UMNO oleh Tuan Nazir Masjid
Mungkin ada yang berkata, "buatlah aduan, boleh Dato' Adzib akan bertindak". Maka di sini disertakan bukti aduan yang dibuat.

Surat aduan ditulis oleh Nazir Masjid mengadu penggunaan Masjid oleh UMNO untuk memberi sumbangan kepada rakyat yang memerlukan. Sumbangan diberi dengan menggunakan beg yang jelas tertera lambang BN. Nazir bertanya samada ianya dibenarkan dan sekiranya tidak maka diminta pihak MAIS menegur Bahagian dan cawangan UMNO berkenaan.(Surat 1).

Surat

Walaupun surat dialamatkan kepada Dato' Adzib dan hanya di s/k kepada JAIS, JAIS menjawab dan meminta pihak Nazir memberi surat tunjuk sebab mengapa tindakan tidak patut dikenakan ke atas dirinya kerana membenarkan program itu diadakan! (Surat 2).

Nazir menulis balik dan menyatakan kepelikan dan kekhairanan beliau. Dia yang mengadu tetapi dia yang nak dikenakan tindakan! (Surat 3).

Saya yakin dalam kes ini, Dato' Adzib meminta JAIS menulis jawapan sedemikian rupa dan inilah corak hubungan yang wujud di antara mereka di mana agenda UMNO dan BN dilindungi MAIS dan JAIS.

Sedangkan 'aduan' yang dibuat terhadap saya oleh entah siapa, bukan Nazir Masjid atau Pengerusi Surau, terus diambil tindakan dan saya akan didakwa dimahkamah!

Aduan berhubung ADUN BN berceramah di dalam Surau dan Masjid langsung tidak diindahkan. Di sini disertakan gambar yang pernah disertakan bersama aduan yang dibuat terhadap Dato' Idris Abu Bakar. Tiada tindakan kerana UMNO/BN. (Gambar 3 dan 4).



Demi membebaskan JAIS dan MAIS dari terus dinodai UMNO, rakyat Selangor diminta memenangkan PR buat kali keduanya dalam Pilihan Raya ke 13 yang menjelang tiba. Pada ketika itu, segala tanggapan bahawa PR adalah kerajaan satu penggal akan berakhir. Pada masa itu, usaha penodaan yang merupakan kesukaan UMNO/BN akan juga dapat ditamatkan kerana terbukti rakyat tidak redha terhadap usaha-usaha seperti ini. Termasuk usaha-usaha memburuk-burukkan MB secara komplot rahsia demi menjatuhkannya.

Jikalau Dato' Adzib cenderung sangat berpolitik, sila terjun ke medan. DUN dan Parlimen Shah Alam terbuka luas untuknya. Jangan berpolitik secara berselindung disebalik institusi Islam dan dengan itu mencemar institusi tersebut!


WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

Selepas Isu Cukai Prepaid, Kenaikan Cukai Kenderaan Pula Membebankan Rakyat Malaysia

Posted: 09 Sep 2011 05:44 AM PDT

Pekema persoal nilai baru kenderaan import terpakai

PERSATUAN Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) mempersoalkan keputusan kerajaan menaikkan penetapan nilai kenderaan terpakai yang diimport, sekali gus mengakibatkan peningkatan kos cukai yang membebankan pembeli.

Yang Dipertuanya, Datuk Zainuddin Abdul Rahman berkata, kenaikan nilai kenderaan mendorong kenaikan cukai antara 12 peratus hingga 30 peratus dan bagi model kenderaan Toyota Wish misalnya, pembeli kini perlu membayar tambahan sebanyak RM7,000.

Beliau berkata, perintah Jabatan Kastam Diraja Malaysia dikuatkuasakan pada 1 September lalu amat dikesali kerana peraturan itu dilaksanakan tanpa mendapatkan pandangan atau berdialog pun dengan Pekema.

"Tindakan ini menyebabkan pemegang permit import (AP) tertekan dan kerugian kerana pembeli yang membayar deposit, enggan membayar tambahan kos kenaikan nilai kenderaan itu.

"Industri automotif Bumiputera kini mengalami kerugian yang teruk dengan penurunan sehingga 50 peratus jualan sepanjang tahun ini dan berikutan itu, Pekema memohon kerajaan menangguhkan sementara pelaksanaan nilai baru ini, sekurang-kurangnya sehingga keadaan ekonomi negara kembali pulih," katanya dalam kenyataan dikeluarkan di Kuala Lumpur, semalam.

Katanya, jika kerajaan bertegas mahu menguatkuasakan nilai baru itu, Pekema meminta kerajaan mengecualikan kenderaan yang sudah dibawa masuk sebelum 1 September lalu.

Pekema persoal kenaikan nilai kenderaan import terpakai


KUALA LUMPUR 8 Sept. - Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) hari ini mempersoalkan keputusan kerajaan menaikkan penetapan nilai kenderaan terpakai yang diimport.

Ia kerana keputusan itu mengakibatkan peningkatan kos cukai yang membebankan pembeli.

Yang Dipertua Pekema, Datuk Zainuddin Abdul Rahman berkata, kenaikan nilai kenderaan tersebut mendorong kenaikan cukai antara 12 peratus hingga 30 peratus dan bagi Toyota Wish misalnya, pembeli kini perlu membayar tambahan RM7,000.

Arahan Jabatan Kastam Diraja tersebut dikuatkuasakan pada 1 September lalu.

''Apa yang dikesali peraturan itu dilaksanakan tanpa mendapatkan pandangan atau berdialog pun dengan Pekema,'' katanya di sini.

Tambahnya, tindakan kerajaan itu menyebabkan pemegang permit import (AP) berada dalam kedudukan tertekan dan kerugian kerana pembeli yang telah membayar deposit, enggan membayar tambahan kos kenaikan nilai kenderaan itu.

Beliau berkata, ahli-ahli Pekema sudah pun dikenakan levi RM10,000 bagi setiap AP dan operasi pasukan petugas khas pada Jun lalu dan kini berdepan pula pelaksanaan perwartaan nilai kenderaan baharu.

Beliau berkata, industri automotif Bumiputera kini mengalami kerugian yang teruk dengan penurunan sehingga 50 peratus jualan sepanjang tahun ini.

''Sehubungan itu, Pekema memohon kerajaan menangguhkan sementara pelaksanaan nilai baru ini, sekurang-kurangnya sehingga keadaan ekonomi negara kembali pulih.

''Kalau kerajaan bertegas mahu menguatkuasakan nilai baru ini, Pekema meminta ia mengecualikan kenderaan-kenderaan yang sudah dibawa masuk sebelum 1 September lalu,'' katanya.

Zainuddin berkata, Pekema juga telah mengemukakan surat kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi memohon pertemuan dalam masa terdekat.

Beliau berkata, Pekema mahu memberi gambaran sebenar kepada Perdana Menteri mengenai situasi peniaga-peniaga Bumiputera dalam industri automotif negara.

Menurutnya, pewartaan nilai baru kenderaan import itu menimbulkan persoalan kerana jika tujuannya hendak menambah pendapatan negara, ia tidak akan tercapai kerana permintaan ketara merudum disebabkan kos tambahan itu.

''Kesan penurunan permintaan itu akan memberi kesan negatif kepada peniaga seperti kami dan juga industri hiliran seperti institusi kewangan dan pinjaman kerana kurang perniagaan berlangsung.

''Akhirnya industri automotif akan lumpuh,'' katanya.

Zainuddin berkata, jika kenaikan itu bertujuan mendorong jualan kenderaan nasional, ia juga tidak tepat kerana ia berlainan segmen sama sekali.

dalam kepala puak laknat umno, hari-hari dok fikir macam mana nak baham dan makan duit rakyat!

Kad prabayar: Najib mahu cukai enam peratus dikaji semula

Posted: 09 Sep 2011 04:34 AM PDT

Oleh Shannon Teoh

KUALA LUMPUR, 9 Sept — Datuk Seri Najib Razak mengarahkan syarikat-syarikat telekomunikasi mengkaji semula langkah mengenakan cukai perkhidmatan enam peratus ke atas kad prabayar sambil menegaskan ia sukar untuk diterima dalam situasi kenaikan kos sara hidup sekarang.

kalau kerja bangang dan bodoh macam ni pun tak boleh nak fikir baik, patut lah ramai rakyat dh menympah dengan umno bn!

Umno Lebuh raya wang

Posted: 09 Sep 2011 03:16 AM PDT

Adil Mat Selamat

Setakat yang diketahui, belum ada mana-mana negara di dunia ini yang memberi satu konsesi atau tender kepada sebuah syarikat pembuat lebuh raya selama 50 tahun.

Tender ini bukan untuk syarikat pembuat kapal angkasa untuk membantu manusia meneroka angkasa lepas atau membawa kita ke bulan dan bintang demi mencari dan menambah ilmu pengetahuan tamadun kita.

Konsesi ini juga bukan untuk syarikat yang membekalkan oksigen kepada semua manusia untuk terus hidup, atau mana-mana hasil kemajuan sains kesihatan yang mampu memanjangkan usia.

Hak istimewa syarikat lebuh raya

Keistimewaan ini sebaliknya hanyalah untuk syarikat pembuat dan pengurus jalan raya; suatu keperluan rakyat yang tidak boleh dielakkan dan perlu dilaksanakan.

Setakat yang kita tahu, hanya di Malaysia sahaja yang berlaku perkara seperti ini. Kerajaan seolah-olah memberi cek kosong kepada pihak swasta, yang biasanya mempunyai kaitan rapat dengan kerajaan, untuk mengorek untung menerusi jalan raya (keperluan awam).

Bukan sahaja rakyat tidak diberi banyak pilihan malah kerajaan sendiri, mengikut kata-kata bapak-bapak menteri, terpaksa mematuhi perjanjian yang telah dibuat dengan syarikat. Dengan kata lain kerajaan terpaksa menurut kehendak syarikat lebuh raya tersebut khususnya dalam soal pembiayaan, pampasan dan kenaikan harga tol.

Syarikat lebuh raya ini bagaikan dewa dan kerajaan pula adalah pesuruhnya manakala kita yang menggunakan lebuh raya adalah seperti hamba yang tidak boleh bertanya atau melawan, hanya mampu pasrah dan mengeluh dan membayar sahaja.

Jangka masa 50 tahun ini adalah setengah abad. Negara kita sudah merdeka 54 tahun. Bayangkalah betapa seronoknya pemilik syarikat lebuh raya.

Pendek kata, jika ia memegang saham syarikat itu pada usia 20 tahun, bermakna besar kemungkinan sepanjang hayatnya, manusia ini tidak perlu lagi bekerja. Mungkin sesekali boleh suruh budak-budaknya mengorek jalan dan menampung lubang.

Mereka yang memiliki syarikat ini tidak perlu bersaing seperti syarikat-syarikat lain. Keselesaan dan kekayaan ini ibarat bulan jatuh keriba, anugerah ke atas mereka yang terpilih.

Barangkali, mereka ini adalah insan istimewa dan mempunyai kebijaksanaan luar biasa. Sungguh indah menjadi salah seorang daripada mereka.

Purata kos pembinaan lebuh raya oleh syarikat PLUS sekitar RM6 bilion. Dan mula beroperasi pada tahun 1988. Jika menurut jawapan Menteri Kerja Raya pada 28 Jun 2011, tempoh konsesi untuk PLUS adalah selama 50 tahun, ini bermakna tempoh konsesi ini hanya akan tamat pada tahun 2038.

Dalam tempoh itu juga, kerajaan setakat ini telah memberi pampasan sebanyak RM735 juta dan jumlah kutipan tol sehingga kini sudah mencecah sekitar RM23 bilion. Bayangkanlah jumlah yang amat besar ini.

Syarikat untung, rakyat tertekan

Inilah satu-satunya syarikat swasta yang tidak pernah dan rasanya tidak akan rugi. Sebaliknya akan terus untung dan untung dengan jumlah yang amat besar. Barangkali amalan seperti inilah yang membusukkan nama pasaran bebas. Kerana ia sudah melanggar prinsip persaingan sihat serta meminggirkan yang lain.

Itu belum lagi konsesi dan jumlah kutipan syarikat-syarikat lebuh raya yang lain. Di Malaysia sahaja ada 27 buah syarikat lebuh raya. Kita pasti dapat membayangkan ke mana dan berapa banyak wang kita yang telah habis.

Dan sudah menjadi rahsia terbuka bahawa daripada banyaknya syarikat lebuhraya ini, hakikatnya ia hanya dimiliki oleh satu dua kumpulan orang yang amat intim hubungan dengan pucuk pimpinan kerajaan.

Alasan kerajaan atau syarikat lebuh raya tentang tol bagai adik dan abang. Harga tol harus terus naik kerana kos penyelengaraan lebuh raya juga akan senantiasa naik. Yang untung syarikat, yang terpaksa menambah perbelanjaan keluarga adalah kita.

Jika benarlah begitu ingin sekali kita memahami, bagaimana pula dengan pendapatan rakyat, bila nak naik? Harga kereta, bila nak turun? Harga petrol bila nak turun? Harga barangan keperluan harian bila nak stabil? Segala macam cukai bila nak turun? Bagaimana dengan IPP yang juga mendapat layanan istimewa kerajaan sedangkan bil elektrik di rumah dan pejabat kita melambung naik?

Dan yang paling utama, mengapa tempoh konsesi syarikat lebuh raya ini terlalu lama? Apakah tidak ada syarikat dari pengusaha tempatan yang mampu mengurus, menyelenggara dan menawar harga tol yang lebih munasabah?

Jawapan dan alasan akan menjadikan dasar ekonomi kerajaan UMNO-BN seperti sebuah mitos dan legenda. Mitos hanyalah sebuah misteri dan enigma yang tidak tahu hujung pangkalnya dan apa pula kesudahannya.

Begitulah dasar ekonomi kita. Selagi UMNO-BN memerintah, rakyat perlu tutup mulut, jangan disoal-soal lagi. – Roketkini.com

Gambar Ribuan Rakyat Perak Sambut Ceramah Mat Sabu Di Taiping. Telan Air Liur Khairy!

Posted: 09 Sep 2011 02:19 AM PDT

Bukit Kepong: Anak Yusoff Rono akui Mat Indera selamatkan bapanya

Posted: 08 Sep 2011 07:42 PM PDT

KUALA LUMPUR, 9 Sept — Anak kedua kepada anggota polis yang terselamat dalam peristiwa Bukit Kepong Allahyarham Yusoff Rono mengakui bapanya pernah diselamatkan oleh Ahmad Indera atau dikenali sebagai "Mat Indera" ketika serangan enam dekad lalu itu.

Nazir Yusoff, 54, berkata arwah bapanya itu pernah menceritakan tindakan Mat Indera menyelamatkan dia ketika diacukan banet oleh seorang anggota komunis.

Nazir dipetik Sinar Harian hari ini berkata, tindakan tersebut disebabkan Mat Indera sudah mengenali bapanya yang pernah bersama-sama bekerja sebagai buruh di Pelabuhan Muar sebelum berkhidmat sebagai anggota polis.

Dia yang kini menetap di Sungai Duyong, Kandang Melaka di Melaka berkata, menurut bapanya, selepas serangan pada 23 Februari 1950, Yusoff merupakan antara empat yang terselamat.

"Apabila pertempuran berhenti, bapa saya berada dalam himpunan mayat. Ketika anggota komunis membuat pemeriksaan, mereka dapati bapa saya masih hidup.

"Salah seorang anggota komunis mengacukan banetnya kepada bapa saya, sementara tiga lagi anggota polis yang terselamat berjaya terjun ke dalam sungai," katanya.

Nazir menambah, ketika itu bapanya cedera teruk setelah ditarik dari kubu di bahagian bawah, selain tangan kirinya patah terkulai terkena tembakan.

Sementara kaki kiri dan matanya turut cedera terkena serpihan bom.

"Ketika itulah, bapa saya didatangi Mat Indera. Disebabkan dia kenal bapa saya, dia menghalang komunis daripada membunuhnya dengan berkata 'yang sudah itu sudahlah' kepada anggota komunis berkenaan," katanya lagi.

Kelmarin, keluarga Mat Indera, individu yang dikaitkan dengan tragedi Bukit Kepong enam dekad lalu, hari ini menuntut agar kerajaan membersihkan namanya - tidak lagi dilabel sebagai pengkhianat negara, sebaliknya orang yang turut memainkan peranan dalam perjuangan kemerdekaan.

Adiknya, Baharom Shah berkata, Mat Indera adalah individu yang komited terhadap agama dan tegas terhadap pendiriannya untuk membebaskan negara daripada penjajahan.

"Maka, saya yakin beliau seorang pejuang kemerdekaan yang sebenar.

"Saya mohon pihak kerajaan dapat membersihkan Mat Indera daripada dilabel sebagai pengkhianat negara. Sejarah kemerdekaan negara perlu dikaji semula," kata bekas jurutera elektrik dan jentera kor perkhidmatan Tentera Darat.

Katanya, "saya bagi pihak keluarga mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin membersihkan maruah dan nama baik keluarga saya."

Dalam bab mengenai Mat Indera, penulisnya berkata, "pihak Inggeris telah berjaya mempengaruhi pemikiran rakyat Tanah Melayu bahawa seorang manusia Melayu beragama Islam yang kuat pegangan agamanya bernama Mat Indera itu adalah seorang penderhaka kepada negaera, membelakangkan ajaran Islam serta menjadi pengganas komunis yang kejam dan tidak berperikemanusiaan."

Mat Indera merupakan salah satu daripada 12 adik-beradik, dengan dua ibu. Mat Indera merupakan anak kedua ibu pertama manakala Baharom merupakan anak ketiga sebelah ibu kedua.

Baharom yang berusia enam tahun ketika tragedi Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 berkata, berdasarkan maklumat yang diperoleh keluarga mereka, Mat Indera datang lewat ke lokasi kejadian semasa kejadian dan bukannya terlibat dalam serangan sejak awal lagi.

Katanya, Mat Indera datang ke lokasi kejadian bukan untuk bertempur, sebaliknya "datang untuk menyelamatkan mangsa yang terlibat."

"Antara yang diselamatkan daripada dibunuh adalah Yusof Rono, anggota polis dan Jamilah Abu Bakar, anak anggota Marin di Bukit Kepong. Saya difahamkan terdapat ramai lagi mangsa yang diselamatkan oleh Mat Indera," katanya.

Ketika ditanya berapa ramai diselamatkan, "yang diselamatkan itulah yang diselamatkan... ramai."

Baharom berkata, Yusof sendiri ada mengaku kepadanya yang Allahyarham telah diselamatkan oleh Mat Indera.

"Saya sendiri jumpa dia di rumahnya di Bukit Kepong kira-kira 10 tahun lalu sebelum Yusof meninggal dunia... dia ada memberitahu saya diselamatkan oleh Mat Indera," kata Baharom yang bekerja sebagai anggota perkhidmatan tentera selama 10 tahun dan mengadakan bengkel sendiri selepas bersara pada 1980-an.

Legasi palsu Umno akan terdedah

Posted: 08 Sep 2011 06:16 PM PDT

Oleh Ahmad Lutfi Othman

RAMAI menjangkakan sebaik sahaja berakhirnya Ramadan, maka iklim politik tanahair akan kembali membahang, malah suhunya diramal meningkat dengan drastik sekali, terutama ketika teka-teki tarikh pilihan raya umum ke-13 menjadi bualan ramai.

Rupanya belum pun bulan penuh keberkatan dan keampunan itu meninggalkan kita, di hari-hari akhir yang menjanjikan "pembebasan daripada api neraka",

Utusan Malaysia sebagaimana lazimnya, mencetuskan isu kontroversi, juga melibatkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Ia kemudiannya disambut oleh siaran berita TV hampir saban malam. Beliau diserang kiri kanan, depan belakang.

Sejak Jun lalu, sebaik dipilih dalam muktamar parti, Mat Sabu menjadi buruan media. Lanjutan perhimpunan Bersih, 9 Julai, namanya yang sudah sedia popular tambah glamour apabila pihak polis mendakwa beliau memanipulasikan kes penangkapannya.

Hatta pembedahan kakinya pun mahu diungkit. Tidak selesai di situ, kos rawatan beliau turut dipolemikkan oleh Pemuda Umno.

Kebetulan ketika Utusan menimbulkan ucapan Mat Sabu yang mempersoalkan ketepatan sejarah perjuangan kemerdekaan negara, dengan mengambil kes Bukit Kepong sebagai salah satu contoh, Harakah bercuti dua keluaran.

Ramai pembaca mengeluh, se kali gus "sakit hati", melihatkan media di bawah kawalan Umno "se suka hati" memalitkan tuduhan buruk dan fitnah jahat terhadap PAS, tanpa kehadiran Harakah se bagai "pengimbang". Di masa de pan, mereka mengharapkan Harakah dapat memendekkan "cuti rayanya"!

Serangan terhadap Mat Sabu se benarnya adalah usaha berterusan Umno untuk "menghitamlegamkan" wajah PAS menjelang PRU13 khususnya di kalangan pe ngundi Melayu. Dalam pilihan raya paling kritikal dalam sejarah politik moden Malaysia itu nanti, kerajaan mungkin bertukar tangan jika PAS berupaya meraih lebih banyak sokongan daripada masyarakat Melayu.

Berbanding parti-parti pembangkang lain, PAS sejak awal pe nubuhannya pada 1951 dan pembabitannya dalam pilihan raya persekutuan yang pertama pada 1955, dilihat sebagai seteru terbesar atau saingan terdekat Umno-Perikatan.

Meskipun hanya menang satu kerusi pada 1955, ia begitu mengejutkan bukan sahaja kepada Per ikatan yang dipimpin Tunku Abdul Rahman, malah British sen diri memandangkan PAS dilihat sebuah parti yang kerdil dan lemah.

Oleh kerana bimbang kebang kitan PAS selepas merdeka, Pesuruh jaya Jeneral British bagi Asia Tenggara, RH Scott, pada Mei 1957, diarah menyediakan kertas kajian mengenai kerajaan Perikatan dan peluangnya untuk me nang pada 1959.

Mengapa British begitu bimbangkan kebangkitan PAS, sebuah parti kecil yang hanya memenangi satu kerusi ketika itu? Bagi menjaga kepentingannya, British hanya mengharapkan Perikatan, sebuah parti pro-Barat, yang mempunyai dasar selaras dengan kehendak British.

Bagi British, masa depan Tanah Melayu amat penting kepadanya, disebabkan empat faktor. Pertama, sebagai pembekal sumber mentah dan penyumbang mata wang. Kedua, sebagai sebuah negara di mana berjuta paun modal British dilaburkan.

Ketiga, sebagai pang kalan British. Keempat, sebagai simbol pengaruh British di rantau Asia.

Kerajaan Perikatan bukan sahaja membenarkan tentera British ditempatkan di Tanah Melayu selepas merdeka, tetapi juga bersetuju menganggotai Komanwel dan memeterai perjanjian pertahanan dengan Britain. Ia juga berjanji ti dak akan memilik-negara harta atau pelaburan British.

Scott berpendapat kerajaan British mesti membantu mengukuhkan kedudukan Perikatan ba gi memastikan Perikatan kekal berkuasa selepas merdeka. Bagi Bri tish, PAS dan Parti Rakyat di lihat anti-imperialis dan anti- Komanwel. Kepentingan British akan terjejas dengan teruk jika Perikatan kalah.

Pada hemat saya, isu terbaru mem babitkan Mat Sabu ini bukannya muncul secara spontan begitu sahaja. Ia adalah lanjutan da ripada serangan sistematik Umno ke atas PAS, yang dipacu dengan hebatnya selepas PRU12, yang menyaksikan Pakatan Rakyat menguasai 6 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) dan menafikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen.

PAS digambarkan sebagai parti yang begitu "kemaruk kuasa" hingga sanggup menggadai prinsip perjuangan Islam, rela di perkudakan oleh DAP, bersedia berkompromi dalam isu-isu agama termasuk kes murtad dan kristianisasi, serta yang terkini di tohmah menyanjung komunis, sambil menghina pasukan ke selamatan yang sebangsa dan seagama.

Saya cuba meneliti sepintas lalu ucapan Mat Sabu di Tasik Gelugor, Pulau Pinang, 21 Ogos lalu. Sebenarnya tiada sesuatu yang kontroversi atau mengejutkan pun. Bagi mereka yang sering mengikuti ucapan penceramah popular ini, Mat Sabu memang konsisten ketika mengupas dan membedah sejarah.

Begitu juga dalam kolumnya di Harakah yang banyak menganalisis isu-isu berkaitan hak asasi manusia dan demokrasi. Mat Sabu sering mengaitkan hujahnya dengan fakta sejarah, termasuk apabila menyentuh perkembangan terkini di Timur Tengah. Sukar untuk menyanggah kebenaran di dalam tulisannya.

Malah, penegasan Mat Sabu mengenai keperluan sejarah negara diperbetulkan atau ditulis se mua juga bukan pertama kali dibangkitkannya. Pemimpin PAS lain juga sering menimbulkan hal ini terutama di bulan kemerdekaan, setiap tahun. Mungkin agak sedikit berbeda apabila tema sebelum ini terfokus kepada peranan ulama dan golongan agama dalam menggembleng kuasa rakyat menentang penjajah.

Harakah sendiri pada tahun 2007, sempena perayaan 50 tahun kemerdekaan, menerbitkan sisipan khas, yang juga menekankan agar sumbangan semua pihak yang berusaha gigih membebaskan negara diiktiraf secara rasmi. Sejarah panjang proses kemerdekaan negara bukan bermula pada 1946. Ia bukan disebabkan semata-mata oleh penentangan ter hadap Malayan Union. Ratusan madrasah dan sekolah pondok tanpa tajaan pemerintah menjadi benteng paling berkesan kepada orang Melayu agar tidak hilang jati diri daripada proses pembaratan.

Inspirasi daripada tokoh-tokoh pembaharu Islam seperti Jamaluddin Al-Afghani dan Mohamad Abduh juga mencetuskan ke sedaran, termasuk pemimpin tempatan seperti Sayyid Syeikh al-Hadi, dan pengaruh akhbarakhbar al-Imam, al-Ikhwan dan Saudara. Tidak harus dilupakan nama-nama besar yang semerbak harum dalam sejarah, yang terkorban ketika menentang penjajah, seperti Tok Janggut.

Malah, kesedaran orang Melayu menentang MalayanUnion tidak boleh disandarkan hanya kepada Onn Jaafar. Bagi profesor sejarah, Dr Mohamad Redzuan Othman, peranan pemimpin agama yang berpusat di madrasah, yang merupakan jaringan paling berkesan menyebarkan kesedaran ini, cukup efektif bagi menggerakkan perjuangan rakyat menentang MalayanUnion.

Redzuan turut menegaskan bahawa sepanjang 1948 hingga 1951 berlaku kekosongan yang amat ketara dalam perjuangan ke merdekaan yang dimainkan ula ma dan golongan kiri. Perjuangan mereka tersekat apabila British mengisytiharkan darurat yang bukan semata-mata untuk membanteras golongan komunis tetapi juga golongan agama dan kiri, tetapi membenarkan golongan lain yang didominasi Umno terus melebarkan pengaruh.

"Waktu inilah golongan nasionalis yang dalam beberapa per juangannya direstui penjajah British membina kekuatan. Waktu ini Hizbul Muslimin (dalam usia beberapa bulan sahaja) yang peraran t ah neditulis ma n ulkan kemerungkin a a peraagama sa raktahun n sisipankan bebasrasmi.

es keermula abkan angan atusan ondok enjadi ang aratan. oh-toeperti Moha Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS. juangannya berlandaskan Islam diharamkan dan pemimpinnya Abu Bakar al-Bakir dan lain-lain merengkok dalam penjara," tegas Redzuan.

Dalam majlis Muzakarah Ulama 2007 di Ipoh pada 5 Julai, Raja Muda Perak, Raja Nazrin Shah menamakan Maahad al-Ehya as- Shariff, Madrasah Diniah Padang Rengas dan Madrasah al-Idrisiah Padang Rengas sebagai tapaktapak awal kesedaran bangsa Melayu menentang penjajah.

Baginda turut menamakan anak-anak negeri Perak seperti Dr Burhanudin al-Helmy, Ustaz Abu Bakar al-Bakir, Ustaz Baharuddin Abdul Latif dan Dr Zulkiflee Mohamad sebagai tokoh-tokoh yang terlibat aktif menyalakan sema ngat kesedaran bangsa. Raja Nazrin turut menyebut nama Mohamad Asri Muda, anak Kelantan tetapi menjadi guru di Maahad al-Ehya as-Shariff yang bertemu jodoh dengan Ustazah Sakinah Joned.

Ya, sejarah kemerdekaan negara perlu berlaku adil kepada semua.

Memang tidak mudah untuk merongkai kembali "fahaman" yang telah dipasakkan Umno dalam pemikiran masyarakat. Dan Umno akan mempertahankan habis-habisan "legasi" palsunya itu. Selama ini ramai yang "tersihir" dengan dakwaan bahawa Umno yang memonopoli perjuangan kemerdekaan.

Pada tahun ini, hari merdeka bukan sahaja akan diingati kerana jatuh bersamaan pada hari raya Aidilfitri, tetapi memori mengenainya pasti lebih lama bertahan disebabkan "kejutan" Mat Sabu yang disensasikan Utusan.

Kontroversi ini dilihat langkah mula bagi merintis jalan membuka simpulan mati sejarah yang dipesongkan itu. Di peringkat awal mungkin nampak PAS seolaholah terjerat dan banyak pihak, ter masuk yang simpati dengan pembangkang, seperti marah di atas "keceluparan" Timbalan Presiden PAS itu. Mereka bimbang isu ini menjadi senjata tajam Umno dalam kempen PRU13 nanti.

Apa pun, kini giliran Umno pula untuk menjawab. Tidak mus tahil senjata itu akan menikamnya kembali. Yang penting siri penerangan harus berjalan lancar ke akar umbi. Tembelang Utusan akan tersingkap akhirnya.

"Permainan sentimen" ini tidak selamanya dimenangi Umno.

Dan jangan lupa, hari merdeka belum dirayakan lagi. Isu ini tentu akan memakan masa lebih lama dibahaskan sebelum kontroversi baru dicetuskan Umno.

Dalam pada itu, Saya tertarik de ngan ungkapan Mat Sabu dalam ceramahnya di Tasik Gelugor itu, yang tidaklah menolak secara total sumbangan pemimpin Umno: "Kalau nak letak Tunku Abdul Rah man, Dato' Onn pun takpalah (sebagai pejuang kemerdekaan), te tapi kenalah letak juga Dr Burhanudin Al-Helmi, Ustaz Abu Bakar Bakir, Ahmad Boestamam, Ibrahim Yaakob, Mat Kilau dan lain-lain penentang British."

Secara peribadi, saya cukup teruja melihat proses Mat Sabu "menulis" sejarah kemerdekaan negara yang selama ini telah dipesongkan oleh Umno. Beliau telah memulakan "bab pertama" dengan jayanya. Menjadi tanggungjawab sejarawan yang jujur dengan disiplin ilmu untuk meneruskan kerja yang dirintis oleh Mat Sabu ini.

Tiada ulasan: