Selasa, 6 September 2011

Kerabu Bersuara ®

Kerabu Bersuara ®


(Video) Rompakan Di Kedai Mamak Seksyen 15 Shah Alam

Posted: 06 Sep 2011 08:30 AM PDT



Location : Restoran Subur Seksyen 15 Shah Alam
Date / Time : 28th August 2011 @ 0355hrs to 0405hrs

8 Suspects (5 entered into the shop / 3 were at the side entrance)
Stolen items (1 cashier machine & 3 laptops

Bakar Gambar Mat Sabu Tapi Pakai Seluar Ikut Penjajah! Kesian Pak Cik

Posted: 06 Sep 2011 05:00 AM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh1KhXuIfk2oED_Bgl0VoCJtuRCQicZMj2GUPU0-pHe6QvFaulPbOh8iXQnIr-OTEkRTxah9HH1Mndz5Iq_K13J9LZdWGXZlKZ6aPBjwcEcL3cPzRhimahgksBVpFPw_nwHDJ2kNWSasEI/s1600/5.jpg

Kelihatan Bahrin Abu Bakar, 87, anggota Polis yang terlibat menentang komunis bersemangat memakai seragam Polis dan membakar gambar Mat Sabu yang berpakaian Komunis.

pakai seluar pendek?

ini peel perangai sapa?

mat saleh?

penjajah?

wow pak cik, umur dah 87. demi nak lawan mat sabu pakcik sanggup lawan agama?

ini polis berani namanya barangkali

kami kesian dengan pakcik

bodoh tak boleh nak ajar

cerdik tak boleh bawa untung

Kenderaan Misi Bantuan Somalia Penuh Dengan Gambar Najib Dan Rosmah? Apa Motif?

Posted: 06 Sep 2011 04:44 AM PDT








Selain itu, anggota misi berkenaan ditetapkan supaya sering menukar kenderaan dan tidak meletakkan sebarang tanda di kenderaan berkenaan supaya tidak dikenalpasti sebagai sasaran serangan, kata Abdul Azeez lagi.

dengar apa ulasan mamak paling glamor dan publisiti cakap

korang faham elok-elok.

mana mau mamak ni nak pegi

bodek mesri ada dalam kepala

Politik Samseng! Umno halang Mohd Sabu jumpa mangsa Bukit Kepong

Posted: 06 Sep 2011 04:26 AM PDT

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 6 Sept: Pemimpin Umno tempatan yang tidak berpuas hati dengan kehadiran Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu di rumah mangsa tragedi Bukit Kepong.

"Mereka menghalang kami untuk menziarahi Puan Jamilah," kata Ketua Pemuda PAS Johor, Suhaizan Kaiat dalam satu kenyataan.

Jelasnya, bagi mengelak suasana yang tidak selesa berlaku, beliau telah berbincang dengan Mohamad Sabu untuk keluar daripada kawasan tersebut.

Berikut penjelasan penuh Suhaizan.

Pada 4 September 2011 (Ahad), saya telah memohon Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Pulai, Johor, Saudara Zaba Bin Ibrahim untuk berjumpa Puan Jamilah Binti Abu Bakar, mangsa Peristiwa Bukit Kepong di rumahnya di Skudai Kanan.

Dalam pertemuan tersebut dia (Zaba) telah mendapat persetujuan untuk mengadakan pertemuan dengan Puan Jamilah pada 5 September 2011 dengan disertai bersama oleh Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu sebaik sahaja sidang akhbar di Johor Bahru.

Zaba juga telah mendapat pengesahan dari Puan Jamilah bahawa Mat Indera telah menghalang pihak pemberontak membunuhnya semasa peritiwa Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 yang lalu.

Tujuan utama pertemuan semalam adalah:

1. Untuk mengeratkan silaturahim sempena bulan Syawal yang mulia

2. PAS mahu menawarkan khidmat guaman kepada Puan Jamilah bagi menuntut ganti rugi dari Kerajaan British atas kematian ibu dan adiknya

3. Untuk mendapat maklumat lanjut berhubung kejadian Bukit Kepong.

Zaba telah membuat panggilan terakhir sekitar jam 2 petang semalam untuk mengesahkan kehadirannya di rumah Puan Jamilah manakala saya pula telah membawa Mat Sabu ke rumah Puan Jamilah dengan menggunakan kenderaan saya sendiri.

Setibanya saya di lorong masuk rumah Puan Jamilah kelihatan lebih kurang 10 hingga 20 orang sedang menunggu. Salah seorang daripada mereka telah memberi isyarat menghalau perjalanan kami di lorong tersebut.

Zaba mengesahkan kepada saya bahawa mereka adalah pemimpin Umno tempatan di situ yang tidak berpuas hati dengan kehadiran Timbalan Presiden PAS, Mat Sabu di rumah Puan Jamilah. Mereka menghalang kami untuk menziarahi Puan Jamilah.

Bagi mengelak suasana yang tidak selesa berlaku, saya telah berbincang dengan Mat Sabu untuk keluar daripada kawasan tersebut. Lagipun masa sudah agak lewat kerana Mat Sabu juga mempunyai jadual yang agak ketat di sebelah petang hari tersebut.

Saya bagi pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Johor merasa cukup kecewa dengan halangan yang dibuat oleh pemimpin dan ahli-ahli Umno di Skudai Kanan dan meminta mereka membaca buku 'Pengukir Nama Johor' tulisan Ismail Adnan bertajuk 'Mat Indera' pada muka surat 109.

Buku ini diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor pada tahun 2004. Editor buku ini adalah Prof Datuk Abu Bakar Hamid dan prakatanya ditulis sendiri oleh Dato' Haji Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor.

Niat PAS yang baik ini telah disambut dengan halangan ala-ala penjajah. Saya tidak sangka setelah 54 tahun Malaysia merdeka dan dan anak-anak muda juga sudah banyak terdedah kepada perkembangan isu-isu semasa melalui saluran media baru, rupa-rupanya masih ada lagi pemimpin Umno yang bertindak seolah-olah di zaman penjajah.

Saya mendesak Menteri Besar Johor yang telah menjadi penaung buku 'Pengukir Nama Johor' agar menasihatkan pemimpin Umno Skudai Kanan agar lebih rasional dalam menghadapi isu Mat Indera ini.

perangai macam ni buat malu kat puak laknat umno la wei! main politik cara bodoh dan samseng!

Ibu empat anak parah terminum racun semut disangka sirap pandan

Posted: 06 Sep 2011 04:00 AM PDT

KOTA BARU, 6 Sept – Seorang wanita dimasukkan ke Hospital Raja Perempuan Zainab II selepas terminum racun semut yang disangkanya sirap yang dibancuh suaminya di rumah mereka di Kampung Rambutan Rendang di sini hari ini.

Norhafiza Badli Afendi, 27, mengalami kekejangan dan mulut berbuih selepas terminum racun itu pukul 11 pagi tadi.

Suaminya, Mohd Din Yusof, 27, berkata sebelum itu dia membancuh racun semut itu yang berwarna hijau dan memasukkannya dalam gelas dan diletakkan di atas meja makan.

"Saya keluar bagi mengambil pam penyembur racun dan tidak sangka isteri saya yang menyangka ia sejenis sirap pandan telah meminumnya ketika saya keluar sebentar itu.

"Isteri saya sukar bercakap dan terketar-ketar selepas meminumnya. Keadaan dia sekarang sukar untuk bercakap dan darah mengalir dari mulut dia," kata Mohd Din dipetik Bernama Online.

Pasangan itu mempunyai empat anak, dua daripadanya sudah bersekolah.

Mohd Din berkata bahawa sebelum ini racun itu tidak dibancuh menggunakan air dan dia hanya menabur serbuk racun yang dibeli di pasar malam itu di seluruh kawasan rumah.

"Tapi kali ini saya rasa nak guna air dan menyembur pula sebab sebelum ini nampak tidak berkesan," katanya.

Selangor Anjur Sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia

Posted: 06 Sep 2011 03:44 AM PDT

Kerajaan Negeri Selangor akan menganjurkan Sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia pada 16 September ini bertempat di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Tema sambutan tahun ini ialah Selangorku Berjaya, Rakyat Sejahtera. Program sambutan akan bermula jam 8 malam sehingga 12 tengah malam.

Acara-acara menarik yang disediakan termasuklah persembahan kebudayaan, pertunjukan seni mempertahankan diri dari pelbagai kaum, persembahan pancaragam sekolah-sekolah serta persembahan dari pihak berkuasa tempatan dan agensi kerajaan.

Kemuncak sambutan akan dimeriahkan dengan pertunjukkan bunga api.

Semua rakyat Selangor dijemput menghadiri program ini bagi memeriahkan sambutan Ulang tahun Kemerdekaan negara ke-54 dan pembentukan Malaysia.

TAN SRI ABDUL KHALID IBRAHIM

DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

PAS gesa Najib tubuh panel Kabinet kaji semula fakta sejarah merdeka

Posted: 05 Sep 2011 11:55 PM PDT

Oleh Boo Su-Lyn


KUALA LUMPUR, 6 Sept — PAS hari ini menggesa Putrajaya agar membentuk sebuah jawatankuasa Kabinet untuk meneliti semula fakta sejarah berkaitan perjuangan kemerdekaan di sebalik kontroversi ekoran kenyataan timbalan presidennya Mohamad Sabu, bulan lalu.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, Umno telah berbohong apabila melabelkan Muhammad Indera yang turut dikenali sebagai "Mat Indera", seorang anggota komunis - antara individu terbabit dalam tragedi Bukit Kepong pada 1950 — turut diperakui oleh kerajaan negeri Johor menerusi buku berjudul Pengukir Nama Johor.

"Jika beliau ikhlas, (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib (Razak) boleh mengadakan sebuah jawatankuasa Kabinet untuk menulis semula sejarah kemerdekaan," kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub pada sidang media.

Sidang media turut dihadiri Mohamad, Mustafa, ahli jawatankuasa kerja Dr Dzulkefly Ahmad dan Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Mustafa berkata sejarah negara perlu diteliti semula memandangkan versi rasmi hanya mengiktiraf Umno sebagai pejuang kemerdekaan.

"Perjuangan mendapatkan kemerdekaan tidak bermula dengan Umno... yang menentang British ialah Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)," katanya.

Mustafa berkata PKMM ditubuhkan pada 1945 sedangkan Umno dibentuk setahun kemudian.

Beliau bagaimanapun mengakui peranan pemimpin-pemimpin Umno dalam perjuangan kemerdekaan sambil berkata pengasas Umno Datuk Onn Jaafar dan Bapa Kemerdekaan Tunku Abdul Rahman Putra telah mengambil pendekatan kerjasama dengan menjadi pegawai pentadbiran British.

"Bagaimanapun sejarah telah dilarikan apabila dikatakan bahawa pejuang kemerdekaan hanyalah Umno. Ia tidak betul. Jangan menafikan pejuangan lain yang dimulakan oleh PKMM," kata Mustafa lagi.

Ketika ditanya sama ada komunis ada memberi sumbangan kepada kemerdekaan negara dengan melawan British, Mustafa berkata: "PAS menolak komunis dan ideologi komunis."

Babi Berwajah Manusia

Posted: 05 Sep 2011 09:43 PM PDT



Katakanlah, "Bolehkah aku memberitahu kamu, sebagai ganjaran di sisi Allah, yang lebih buruk daripada itu? Sesiapa yang Allah melaknatkan, dan padanya Dia murka, dan menjadikan antara mereka beruk dan babi, dan penyembah-penyembah Thagut - mereka itu lebih buruk tempatnya, dan lebih jauh sesat daripada jalan yang betul." Surah AL-MAIDAH (Meja Hidangan) ayat 60

Fitnah Isu Pembayaran Bil Perubatan Untuk Mat Sabu, Tutup Mulut Laknat Puak Umno!

Posted: 05 Sep 2011 07:00 PM PDT

Hentikan fitnah, pembangkang digesa tunjuk kesemua resit perubatan Mat Sabu

GEORGETOWN - Pihak pembangkang Pulau Pinang dinasihatkan supaya menghentikan fitnah ke atas kerajaan negeri serta digesa mendedahkan kesemua resit pembayaran kos perubatan Mohamad bin Sabu yang dikeluarkan oleh Hospital KPJ Selangor, kata Lim Guan Eng.

Ketua Menteri Pulau Pinang berkata demikian sebagai respons pada fitnah Ketua Pemuda Umno Bahagian Kepala Batas Datuk Seri reezal Merican bin Naina Merican kononnya kerajaan negeri bersubahat dengan Mohamad menyeleweng lebih RM3,000 dana Perbadanan Bekalan Air (PBA).

"Sebenarnya ada dua resit, tapi dia (Reezal) hanya tunjuk satu resit sahaja sebab berhati busuk...saya yakin ini semua telah diatur (dan) ini semua fitnah (pihak pembangkang)," ujar beliau.

Berdasarkan kedua-dua resit berkenaan (lihat gambar di bawah) , kos hospitaliti keseluruhannya sebanyak RM5,060.54. Manakala kos perubatan dan konsultansi berjumlah RM3373.50.

Jumlah keseluruhan kos perubatan Mohamad yang juga Ahli Lembaga PBA adalah berjumlah RM8,434.05.

Lim berkata, Reezal tidak wajar menuduh Mohamad menyeleweng dana PBA kerana transaksi pembayaran perubatan Mohamad melibatkan PBA dan Hospital KPJ Selangor sahaja.

Bercakap dalam sidang akhbar yang sama, Pengurus Besar PBA Ir Jaseni Maidinsa pula berkata, pihaknya wajar berlaku profesional membiayai kos perubatan ahli lembaga pengarahnya.

Ditambah dengan mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah PBA yang dijadualkan pada 19 Ogos lepas, beliau berkata pihaknya wajar melakukan tanggungjawab korporat kepada Mohamad.

"Inilah keprihatinan kami (PBA), inilah 'manfaat perubatan'. Ini adalah keputusan korporat.

"Sesetengah syarikat korporat ada yang menghantar ahli lembaganya pergi bercuti, tetapi ini tidak berlaku (dalam PBA)," ujar beliau.

Sambil menegaskan bahawa PBA tidak pernah menyeleweng dana rakyat, beliau berkata manfaat yang disumbangkan kepada Mohamad adalah rekod pertama bagi tahun ini.

Beliau turut menjelaskan mengenai status sebenar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam isu yang sengaja dicetuskan oleh pihak pembangkang.

"Tidak ada sebarang siasatan ke atas saya. Sebab itu, mereka (SPRM) datang ke pejabat kami (PBA). Kalau tidak (jika saya disiasat), saya ke pejabat mereka," ujar beliau lagi.

Lim dalam reaksi spontan turut mengalu-alukan SPRM untuk mengesahkan kedua-dua resit pembayaran yang didedahkan oleh Hospital KPJ Selangor dengan kerjasama PBA.

Pada 9 Julai lepas, Mohamad mendakwa kenderaan polis melanggarnya sehingga mengalami kecederaan serius di bahagian lutut.

Dalam pembedahan di Hospital KPJ Selangor, lututnya menerima skru sepanjang 2.5 inci.







Yang pergi melancong bersama keluarga sampai ke disney land tu apa citer der? bising! pppppppppppppppuuuiiiihhhh kat muka mamak. dasar nak cari glamor!

Awang Adek Belajar Dari Rosmah. U Help Me, I Help U

Posted: 05 Sep 2011 04:47 PM PDT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgucHFmKbcDFZDu0s26QtYTd-brHdZylY7Uo0FKr1qBIDpKvwJWg-U9WDSg01g1Pv_PfttuO6sfS5FUOc2nVGUmKLUyWBWl87WFiIgj3q91wP9qZtVQp-uw8Y_GeApXNLNgwjM6qZ73XmHT/s1600/Awang+Adek.png

nampaknya ada lagi sekor makhluk perosak dari kelantan yang tengah mamai

rakyat kelantan dah lama tolak mamat ni main jauh-jauh

angan-angan mat jenin beb!


Tiada ulasan: