Kerabu Bersuara ® |
- Gambar-gambar Khairul Fahmi Che Mat beraya dengan Dalia Teck
- Isu Bukit Kepong: PAS sedia debat dengan Umno
- Laungan Takbir Raya Di Hari Raya Ke 3 Di Rumah Tok Pa?
- Kelab Putera perlu tanggungjawab kematian jurukamera, kata saudara
- Gambar Dan Catatan Sekitar Sambutan Hari Raya Aidilfitri Sultan Muhammad Ke-V
- Pembinaan Lebuhraya : Kenyataan Awang Adek Dangkal dan Sumbang
- Meluruskan sejarah amat menyakitkan
- Gambar YB Husam, YB Ketua Pemuda PAS Kelantan Dan Pelakon Mustapa Kamal
| Gambar-gambar Khairul Fahmi Che Mat beraya dengan Dalia Teck Posted: 04 Sep 2011 06:58 AM PDT sudah lama tidak mengeluarkan berita berkaitan hiburan, malam ni kami paparkan gambar Khairul Fahmi yang beraya sakan dengan 'kawan baiknya', Dahlia seorang model. apa-apa pun, semoga Apek terus cemerlang dengan pasukan olimpik nanti. |
| Isu Bukit Kepong: PAS sedia debat dengan Umno Posted: 04 Sep 2011 06:28 AM PDT Oleh Syed Mu'az Syed Putra KUALA LUMPUR, 4 Sept — PAS bersedia untuk berbahas dengan Umno berhubung kontroversi tragedi Bukit Kepong dan fakta sejarah negara — yang kini menjadi senjata terbaru parti Melayu itu untuk menyerang kepimpinan Mohamad Sabu. Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ramai pejuang kemerdekaan yang tidak diiktiraf dalam sejarah termasuk Muhammad Indera atau Mat Indera, salah seorang yang terlibat dalam tragedi Bukit Kepong. "Mat Indera dan ramai para pejuang kemerdekaan yang tidak diiktiraf dalam sejarah yang telah menjadi fokus utama serangan media perdana pro-Umno kepada PAS memerlukan satu penyelesaian konkrit. "PAS berasa simpati kepada kesan mendalam kepada waris Mat Indera dan tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan yang lain yang bangun menentang penjajah tetapi jasa mereka digugurkan dan tidak diiktiraf dalam sejarah akibat terpaksa menanggung pelbagai tuduhan liar 'pejuang-pejuang pertahanan sejarah versi Umno' tanpa ruang untuk menjawab," katanya dalam satu kenyataan. Jelas beliau, sebahagian besar waris pejuang kemerdekaan yang terkorban menentang penjajah berasa dukacita apabila dilabelkan sebagai komunis. Selain itu, tegas Tuan Ibrahim, serangan Umno melalui lidah rasminya Utusan Malaysia membuktikan parti Melayu terbesar itu kehilangan modal untuk menyerang PAS terutamanya untuk meraih sokongan pengundi Melayu dalam pilihan raya umum ke-13. "Disebabkan serangan bertubi-tubi Umno yang kini berlangsung selama sembilan hari ini, rakyat kini, terutamanya golongan muda yang celik internet terdedah dengan pelbagai maklumat mula membuka mata dan mulai bangkit mencari kebenaran dan membuat penilaian semula fakta sejarah yang dihilangkan selama ini oleh pihak pemerintah. "Selain itu, sebahagian besar waris pejuang kemerdekaan yang terkorban dalam menentang Inggeris kini sangat dukacita apabila mereka dicapkan sebagai golongan komunis, sedangkan mereka langsung tiada kena mengena dengan komunis," katanya. Tambah beliau, waris Muhammad yang ditemui pihaknya juga kesal dengan laporan media yang mengaitkan pemimpin Melayu itu dengan komunis. "Waris Mat Indera yang ditemui juga sangat berdukacita dengan laporan tidak beradab media perdana yang mengaitkannya dengan komunis. Mereka yakin, hanya dengan tumbangnya kerajaan BN (Barisan Nasional) barulah fakta sejarah yang sebenar dapat ditegakkan," katanya. Justeru jelas Tuan Ibrahim, pihaknya bersedia berdebat secara terbuka dengan Umno bagi menghurai kontroversi yang berlaku. "Atas dasar menghormati hak rakyat untuk membuat pertimbangan dan penilaian sendiri melalui hujah-hujah dari kedua-dua pihak, PAS melalui Lajnah Penerangan akan menghantar surat jemputan kepada Ketua Penerangan Umno dalam masa terdekat bagi menganjurkan satu perbahasan umum ilmiah untuk menangani isu 'Siapakah layak digelar pejuang kemerdekaan sebenarnya?' dalam sejarah tanah air sebelum Merdeka. "Fenomena terbaru untuk mencari kebenaran ini turut secara langsung menyedarkan rakyat bahawa mereka mesti bangun menuntut perubahan kepada kepimpinan negara sekarang demi satu masa depan baru yang lebih bertanggungjawab untuk kebaikan generasi akan datang," katanya. Mohamad, Timbalan Presiden PAS dan lebih dikenali "Mat Sabu" mencetuskan kontroversi apabila memberitahu dalam satu ceramah bahawa pejuang kemerdekaan telah melancarkan serangan itu di balai polis Bukit Kepong — membunuh 25 orang — semasa pemberontakan komunis dalam 1950. Ahli politik itu telah dituduh membela komunis oleh pemimpin Umno dan ia disiarkan dalam Utusan Malaysia walaupun Mohamad menafikan ada menggunakan perkataan komunis dalam ceramahnya. Mohamad, dalam ceramahnya mengatakan Muhammad Indera — salah seorang individu yang dipujinya ketika ceramah pada 21 Ogos lalu telah dikatakan sebagai seorang pejuang kemerdekaan, sebagaimana disebutkan dalam Berita Harian pada 13 Ogos 2010. Muhammad, lebih dikenali sebagai Mat Indera, adalah pemimpin komunis Melayu yang melancarkan serangan gerila terhadap berek polis ketika pentadbiran British. |
| Laungan Takbir Raya Di Hari Raya Ke 3 Di Rumah Tok Pa? Posted: 04 Sep 2011 03:30 AM PDT Laungan takbir raya 3 Syawal di rumah Ketua Umno Aslani M JELI, 4 Sept: Umat Islam di negara ini sedia maklum laungan takbir Hari Raya Aidilfitri hanya sunat dikumandangkan sebelum solat sunat Aidilfitri diadakan. Berlainan dengan dengan Hari Raya Aidiladha di mana takbir raya boleh dialunkan sehingga tiga hari iaitu hari-hari tasyrid. Namun lain pula yang berlaku di rumah terbuka Ketua Umno Jeli, Datuk Mustapa Mohamad pada 3 Syawal lalu apabila laungan takbir dikumandangkan pada hari raya ketiga. Seorang penduduk mendakwa pemimpin Umno terbabit bersama anggota jawatankuasanya bertakbir beramai-ramai pada program hari terbuka yang diadakan di Darul Falah. "Saya pun hairan mengapa pula bertakbir raya pada 3 Syawal, sedangkan setahu saya takbir Hari Raya Aidilfitri hanya disunatkan sebelum solat sunat Aidilfitri. "Namun lain pula yang berlaku di kediaman Datuk Mustapa apabila mereka bertakbir Hari Raya pada 3 Syawal. Sekali ingat hendak gelak juga," katanya yang enggan dikenali. Seorang lagi pula mendakwa orang ramai yang hadir tidak mengikut pemimpin Umno bertakbir, sebaliknya asyik melihat sahaja gelagat mereka. Seorang guru agama dari Pondok Sungai Durian berkata, umat Islam hanya disunatkan bertakbir Hari Raya Aidilfitri sebelum solat hari raya dan selepas itu tidak lagi disunatkan. "Hendak bertakbir pada waktu lain tidak menjadi kesalahan tetapi masanya sudah habis kerana takbir pada Hari Raya Aidilfitri disunatkan sebelum solat sunat Aidilfitri. "Kalau hendak buat juga tidak ada lagi pahala sunat seperti diajar agama Islam. Amalan bertakbir itu berlaku di luar waktu ditetapkan," katanya ketika dihubungi di sini. Timbalan Ketua Penerangan PAS Kelantan, Ustaz Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, nampak sangat pemimpin Umno tidak mengambil berat solat agama apabila melakukan perkara mengikut akal semata-mata. Katanya, budak sekolah rendah pun tahu disunatkan bertakbir pada Hari Raya Puasa sebelum solat sunat Aidilfitri. "Mungkin juga mereka bertukar dengan bertakbir Hari Raya Haji yang disunatkan sehingga tiga hari," ujarnya. Sebelum ini bekas Ketua Umno Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali dikatakan pernah mengajak orang ramai menunaikan solat hajat selepas solat Asar. |
| Kelab Putera perlu tanggungjawab kematian jurukamera, kata saudara Posted: 04 Sep 2011 02:13 AM PDT Oleh Boo Su-Lyn SUBANG, 4 Sept — Keluarga terdekat Noramfaizul Mohd Nor mahu penganjur misi kemanusiaan ke Somalia, Kelab Putera 1 Malaysia memikul tanggungjawab atas kematian jurukamera Bernama TV itu kelmarin. Kelab itu diketuai oleh ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Abdul Azeez yang juga Ketua Putera parti itu. "Mereka (Kelab Putera 1 Malaysia) adalah pihak yang menganjurkan (misi)kemanusiaan). Mereka tidak boleh lepas tangan," kata pak cik Noramfaizul, Abu Bakar Md Yasin kepada The Malaysian Insider di Pangkalan TUDM di sini hari ini. "Mereka seharusnya telah melakukan risikan awal. Ia negara asing," kata bekas kakitangan awam Kementerian Pertahanan ini. Seorang lagi bapa saudara pak cik Noramfaizul, Md Tahir Md Yasin berkata kematian itu sepatutnya boleh dielakkan. "Mereka seharusnya memakai baju kalis peluru. Ia bukan negara stabil," kata beliau kepada The Malaysian Insider. Bekas guru berusia 69 tahun ini berkata, Bernama juga seharusnya bertanggungjawab atas kematian Noramfaizul, selain Kelab Putera 1 Malaysia. Mary Francis, pakar psikologi yang merupakan salah seorang peserta misi kemanusiaan memberi pandangan yang seiring dengan kenyataan Tahir dengan berkata: "Mereka tiada jaket kalis peluru. Ini penting di negara yang berkonflik." Katanya, peserta pasukan ada memakai jaket kalis peluru ketika jenazah Noramfaizul dibawa pulang. "Bagaimanapun ia sudah terlewat... dia mungkin selamat jika ada mengenakan jaket," katanya. Suri rumah berusia 54 tahun ini yang menitiskan air mata berkata, pasukan misi kemanusiaan seharusnya telah diberikan latihan secukupnya. Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Senator Datuk Maglin Dennis D'Cruz berkata, wakil media misi sewajarnya telah diberikan latihan dan disediakan aspek keselamatan yang baik. "Menyediakan jaket, kereta kalis peluru... seharusnya mereka disediakan tahap keselamatan tentera yang lebih baik," katanya. "Mereka seharusnya telah diberikan latihan zon perang. Peserta kali pertama (pula) tidak seharusnya dihantar," kata beliau. |
| Gambar Dan Catatan Sekitar Sambutan Hari Raya Aidilfitri Sultan Muhammad Ke-V Posted: 03 Sep 2011 09:30 PM PDT Alhamdulillah, Hari Raya Aidil Fitri pada tahun ini merupakan kali pertama Sultan Muhammad Ke-V menyambutnya bersama rakyat Kelantan selaku Sultan Kelantan. Seperti lazimnya, program pertama Sultan Muhammad Ke-V di pagi raya adalah menunaikan solat Aidil Fitri di Masjid Muhammadi, Kota Bharu, pada jam 8.30 pagi. Pada jam 9.30 pagi pula, Sultan Muhammad Ke-V telah berkenan untuk berangkat ke Makam Diraja Langgar, Kota Bharu, untuk menziarahi makam-makam keluarga diraja. Ini diikuti oleh keberangkatan Baginda untuk berhari raya bersama rakyat di Istana Negeri, Kubang Kerian, pada jam 10.30 pagi. Pada tahun ini acara ini telah dititah supaya dipindahkan dari Istana Balai Besar, Kota Bharu, ke Istana Negeri, Kubang Kerian, yang lebih luas bagi membolehkan lebih ramai rakyat dapat berhari raya bersama Baginda. Alhamdulillah, titah ini adalah satu titah yang tepat kerana lebih ramai rakyat hadir ke acara ini pada kali ini. Selain bersalaman dan beramah-mesra, Baginda juga telah memperkenankan permintaan rakyat untuk bergambar bersama Baginda. Pada jam 5.00 petang, Baginda telah berkenan untuk menerima menghadap Menteri Besar dan Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Kelantan di Istana Negeri, Kubang Kerian. Setelah majlis penghadapan tersebut selesai pada jam 5.30 petang, Baginda telah membuat keputusan mengejut untuk turut berangkat menunaikan solat ke atas jenazah mudir Pondok Terusan, Pasir Tumboh, Tuan Guru Haji Hashim Abu Bakar, yang telah kembali ke rahmatullah pada jam 1.10 tengahari sebelumnya (arwah Tuan Guru Haji Hashim juga telah Baginda anugerahkan dengan Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) pada tahun lalu bagi menghargai sumbangan besar beliau kepada rakyat). Sesungguhnya inilah salah satu bukti kecintaan Baginda terhadap para ulama'. Sebelum itu, pada hari terakhir Ramadhan, Baginda juga telah mengejutkan jama'ah di Masjid Telipot, Kota Bharu, yang turut meliputi ramai anak perantau yang telah selamat kembali ke kampung halaman apabila dengan tiba-tiba sahaja muncul untuk menunaikan solat sunat dan solat Subuh di sana tanpa sebarang protokol dan pengumuman serta tanpa diiringi oleh mana-mana pegawai seperti lazimnya. Kehadiran Baginda yang hanya disedari setelah Baginda selesai menunaikan solat sunat ternyata menggembirakan jamaah yang memenuhi ruang masjid itu yang telah mengambil kesempatan itu untuk berbaris panjang bagi bersalam dengan Baginda setelah Baginda selesai menunaikan solat Subuh. Bersama-sama ini disertakan sebahagian foto sambutan hari raya Sultan Muhammad Ke-V untuk tatapan pengunjung blog. Selamat hari raya, maaf zahir batin, untuk semua. Sumber Gambar Dan Catatan http://thekelantaninsider.blogspot.com/ Diolah Dan Disesuaikan Dengan Pembaca oleh Kerabu Bersuara |
| Pembinaan Lebuhraya : Kenyataan Awang Adek Dangkal dan Sumbang Posted: 03 Sep 2011 07:53 PM PDT Saya menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussin bahawa kerajaan Kelantan berkemungkinan besar tidak akan mampu menyelesaikan masalah kesesakan jalanraya selama-lamanya sebagai satu kenyataan yang berninat jahat dan dangkal serta bernada sumbang. Kenyatan itu juga membayangkan seolah-olah beliau begitu jahil dengan tanggungjawab kerajaan Pusat dalam menyediakan kemudahan lebuharaya di negeri-negeri di seluruh Malaysia. Saya juga ingin melahirkan rasa kesal di atas kenyataan tersebut yang disiarkan di dalam akhbar Utusan Malaysia, 3 September 2011 yang antara lain turut menyatakan bahawa kerajaan PAS Kelantan telah diberi peluang selama 21 tahun untuk menyelesaikan masalah kesesakan namun gagal untuk mencari jalan penyelesaian. Adakah Awang Adek baru tersedar dari tidur atau sengaja mencari pertembungan dengan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan dalam isu ini, wallahualam. Sedarkah Awang Adek bahawa pada 1 September 2011, Utusan Malaysia selaku lidah rasmi UMNO sendiri di halaman 6 menyiarkan kenyataan Datuk Seri Mustapa Mohamed, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan yang tegas menyatakan bahawa kerajaan Kelantan tidak akan mampu membina lebuhraya kerana pembinaan lebuhraya ialah tanggungjawab kerajaan Pusat. Jika Awang Adek terlupa untuk membelek akhbar pada hari tersebut, saya boleh perturunkan kembali kata-kata Mustapha yang antara lain menyebut, "Ini (membina jalan utama) tanggungjawab kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Pas Kelantan tidak mampu untuk membina kecuali dengan bantuan pihak swasta. Jumlah RM2 bilion sangat besar, tidak mampu jika dibandingkan dengan pendapatan kerajaan negeri…" Bukankah kenyataan ini jelas menunjukkan pengakuan Mustapha sendiri bahawa pembinaan lebuhraya ini bukan merupakan tanggungjawab kerajaan negeri? Cuma kerajaan negeri terpaksa mengambil alih apabila pihak yang sepatutnya bertanggungjawab iaitu kerajaan Pusat nampaknya tidak berminat untuk membela nasib rakyat Kelantan yang majoritinya ialah orang Melayu. Dalam hal ini, saya mencabar Awang Adek untuk menyebut mana satukah negeri di Malaysia yang membina lebuhraya tanpa apa-apa bantuan dari kerajaan Pusat? Saya bahkan sepenuhnya yakin jika UMNO yang berkuasa di negeri Kelantan, bukan setakat membina lebuhraya, untuk menyelaras projek kecil-kecilan di peringkat kampung pun akan berlaku pertembungan kepentingan pelbagai pihak demi mengaut keuntungan mudah. Saya harap Awang Adek lebih berhati-hati untuk mengeluarkan kenyataan seperti ini. Ini kerana kedangkalan seseorang itu bukanlah diukur melalui tinggi rendahnya pangkat tetapi pada betul tidaknya fakta yang diberikan. Jangan Awang Adek sangka keterlanjurannya dalam isu judi bola sepak pada tahun lepas sudah dilupakan oleh rakyat Kelantan. Ditambah pula dengan kenyataan dangkal seperti ini, semakin kuranglah markah untuk menjadi 'bakal Menteri Besar Kelantan' sekali lagi. Selamat Hari Raya saya ucapkan kepada Senator Datuk Dr. Awang Adek Hussin. Sekian. YB HAJI ABDUL LATIFF BIN ABDUL RAHMAN, Ketua, Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) Bertarikh : 4 September 2011 |
| Meluruskan sejarah amat menyakitkan Posted: 03 Sep 2011 07:06 PM PDT Oleh: Rossem Generasi Malaysia yang lahir selepas kemerdakaan rata-rata dilanda kecelaruan sejarah yang sangat membingungkan. Harus dimulai dari mana sejarah kemerdekaan itu? Kerana yang didendangkan selama ini lewat radio, televisyen, mahupun coretan sejarah yang tertulis di lembaran kertas; kemerdekaan tanahair diperolehi lewat tangan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putera dan teman-temannya pada 31 Ogos 1957. Maka sejarah kemerdekaan pun bermula daripada tanggal tersebut. Sedangkan seperti umum mengetahui, Malaysia (dulu Tanah Melayu) dijajah oleh bangsa Barat selama hampir 500 tahun sejak Portugis menakluki Melaka 1511, diikuti dengan Inggeris sehingga 1957. Tempoh 500 tahun itu sangat panjang, apakah sepanjang tempoh itu bangsa kita tidak pernah melahirkan putera puteri pejuang kemerdekaan? Dan sememangnya bangsa kita tidak pernah kemarau dengan tokoh yang berani mengangkat senjata melawan Inggeris. Nama-nama seperti Haji Hassan (Tok Janggut), Tok Ku Paloh, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Haji Abdulrahman Limbong, Dol Said, adalah nama-nama besar yang terjun dalam gelanggang perlawanan terhadap Inggeris. Malangnya mereka tidak ditempatkan diwilayah yang selayaknnya sebagai menghargai sumbangan sang perintis kemerdekaan itu. Tahun 40an dan 50an, sederet lagi tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan lahir, seperti Dr Burhanuddin al-Helmy, Ibrahim Yaakob, Ustaz Abu Bakar al-Baqir, Ahmad Boestaman, Ishak Haji Muhamad (Pak Sako). Tokoh-tokoh ini, disebabkan sejarah perjuangan mereka tidak sehaluan dengan semangat UMNO, lalu jasa mereka ditutupi dengan tirai hitam dari pengetahuan umum. Walhal, mereka adalah perintis kemerdekaan sejati yang sebahagiannya pernah meringkuk begitu lama dalam penjara Inggeris, bahkan diantaranya ada yang syahid, seperti Tok Janggut. Namun tokoh-tokoh awal yang menyumbangkan keberanian yang tiada tolok banding ini bagaikan "orang asing" dalam pentas kemerdekaan Malaysia. Jasa mereka tidak pernah dikenang. Umum tidak menafikan peranan Tunku Abdul Rahman Putera Al Haj sebagai bapa kemerdekaan Malaysia. Sejarah tetap mengarap nama besar itu, tapi disebalik Tunku dan teman-temannya, tokoh-tokoh yang disebut itu jangan dipinggirkan, kerana generasi sekarang punya hak untuk mengetahui sejarah kental perjuangan sang pemberani itu, lama sebelum Tunku berperanan. Kecelaruan minda kita semakin kusut bila setiap kali menyambut perayan ulangtahun kemerdekan, televisyen menayangkan filam, contohnya "Bukit Kepong". Filem yang disutradara Jin Shamsuddin 1980an itu mengesahkan serangan pasukan bersenjata Parti Komunis Malaya (PKM) ke atas balai polis Bukit Kepong. Cerita sebenar disebalik serangan itu ialah, PKM yang memiliki kekuatan 200 seldadu, majoritinya Cina, diketuai orang Melayu, iaitu Mat Indera. Namun atas permintaan tertentu, untuk filem itu peranan Mat Indera dikecilkan dengan ketuanya digantikan dengan orang Cina. Mat Indera hanya sebagai peniup serunai (trumpet), namun kebaikannya masih dikekalkan, iaitu beliaulah yang mengarahkan supaya isteri dan anak-anak anggota polis keluar dari kawasan maut (tembakan) dengan signal kenyet mata supaya tidak menjadi mangsa peluru dari pasukannya. Kejadian itu berlaku tahun 1950, iaitu 7 tahun sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan 31 Ogos 1957. Waktu itu Jalur Gemilang belum wujud. Yang berkibar di mana-mana di Malaysia ialah bendera Union Jack (Inggeris). Mat Indera waktu itu melawan penjajah Inggeris, sementara anggota polis pula bermajikankan Inggeris. Timbalan Presiden PAS, Haji Muhamad Sabu mengejutkan ramai orang dari terlena bila dalam ceramahnya di Tasik Gelugor, Pulau Pinang, tanggal 21 Ogos 2011 menyebut Mat Indera sosok yang melawan Inggeris. Maka sesiapa juga, waktu itu yang melawan Inggeris dikatogerikan sebagai jahat, pengganas, walhal mereka berjuang menghalau Inggeris dari tanahair. Mereka mahu membebaskan negara dari penjajah Inggeris. Kata-kata Mat Sabu itu menimbulkan kontroversi. UMNO mengambil kesempatan, mengeksploit isu. Serangan media pro kerajaan ke atas Mat Sabu pun bagaikan bertih di goreng. Bagi saya, Polis Diraja Malysia (PDRM) tidak salah berbangga dengan keberanian anggota pasukannya mempertahankan balai polis tempat mereka bertugas. Seperti juga Angkatan Tentera Malaysia berbangga dengan keberanian Leptenan Adnan mempertahankan Changi, Singapura, dalam peperangan Dunia Kedua. Cuma sejarah itu harus dilurukan agar tidak miring sebelah, biarlah sejarah berjalan di atas fakta yang benar, agar generasi kini dan akan datang memahaminya dengan betul. Sebaliknya, serangan bertubi-tubi media pro UMNO ke atas Mat Sabu rupa-rupanya membuka mata ramai rakyat Malaysia. Buku sejarah Malaysia pun laris dipasaran. Seperti serangan 11 September 2001 yang meranapkan Word Trade Centre New York. Oleh media Barat mengklimkan pengeboman itu dilakukan teroris dari kelompok Islam. Maka berebut-rebutlah orang Barat membeli al-Quran dan buku-buku Islam untuk mengetahui dengan mendalam tentang Islam. Itulah hikmah disebalik kontroversi yang diciptakan pihak tertentu. Saya pun mencari info tentang Mat Indera lewat Wikipedia. Inilah secara ringkas info yang ditemui: Ahmad bin Indera berdarah pahlawan daripada keturunan Datuk Bentara Husin Lela, Pahlawan Siak Seri Inderapura yang pernah menjadi panglima kanan Sultan Sharif di Siak. Seorang hafiz al-Quran, gemar bernasyid, berkasidah dan berzanji. Berguru kepada Kiyai Haji Fadzil Bentan yang menjadi salah seorang guru dan penasihat DYMM Sultan Ibrahim. Dilahirkan pada 1920 di Kampung Gombak, Peserai, Batu Pahat, Johor. Menamatkan persekolahan peringkat darjah enam sekolah agama pada tahun 1937, dan berkhidmat sebagai seorang guru agama di Sekolah Agama Parit Setongkat, Muar. Melibatkan diri dalam politik dengan tujuan untuk memerdekakan tanahair daripada penjajah Inggeris. Menjadi sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ketika itu dipimpin Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ishak Haji Muhamad (Pak Sako). Beliau juga aktif dalam pergerakan Angkatan Pemuda Insaf (API). Memilih masuk ke hutan dan meneruskan perjuangan secara gerlia pada Juni 1948, kerana terpengaruh dengan perjuangan revolusi Indonesia menentang Belanda. Beliau kemudiannya menjadi ketua gerlia Parti Komunis Malaya (PKM) ketumbukan Melayu khusus bahagian selatan iaitu daerah Muar, Batu Pahat, Segamat dan Melaka. Mat Indera menempa nama sebagai pejuang gerlia yang paling dikehendaki Inggeris apabila namanya dikaitkan dengan peristiwa serangan PKM ke atas balai polis Bukit Kepong yang mengorbankan ramai anggota polis. Akibatnya, pihak Inggeris menawarkan $75,000 sebagai hadiah tawaran penangkapan Muhammad Indera. Pada 14 Oktober 1952, Muhammad Indera telah diperangkap oleh anggota Cawangan Khas Batu Pahat dalam satu perjumpaan di Kampung Seri Medan, dan beliau ditangkap. Muhammad Indera kemudiannya menjalani hukuman gantung sampai mati pada jam 11 malam, 30 Januari 1953 di penjara Taiping. Keesokan hari, mayatnya dikebumikan di Kampung Jambu Air, Taiping. (Sinar Harian, Sabtu, 3 September 2011-ms 2) |
| Gambar YB Husam, YB Ketua Pemuda PAS Kelantan Dan Pelakon Mustapa Kamal Posted: 03 Sep 2011 06:27 PM PDT ![]() |
| You are subscribed to email updates from Kerabu Bersuara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Tiada ulasan:
Catat Ulasan